Anda di halaman 1dari 20

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,kami bersyukur kepada Allah S.W.T yang memberikan taufik dan hidayahNya kerana dapat menyiapkan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustazah Afifah bt. Abu Bakar selaku pensyarah bagi matapelajaran Pengajian Agama Islam kerana memberi sokongan, panduan dan tunjuk ajar yang amat berguna.Terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu kami memberi bahan-bahan rujukan sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini. Semoga segala usaha ini akan meningkatkan penguasaan ilmu dan penghayatan serta mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

PENGENALAN Setiap guru, khususnya guru Pendidikan Islam perlu meghayati etika keguruan Islam. Ini kerana etika tersebut dapat mengikat diri dalam usaha memberi komitmen terhadap tugas yang wajib dilaksanakan.

Guru Pendidikan Islam yang unggul ialah guru yang perlulah mempunyai ciri-ciri yang positif . Guru sepatutnya sedar mereka adalah mudarris, mu`allim, murabbi, muaddib mursyid dan da`i dalam usaha mendidik generasi masa kini. Guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri muridmuridnya. Meskipun kini terdapat pelbagai bentuk pembelajaran seperti pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia serta mempunyai pengaruhnya yang besar, namun ia tidak dapat menafikan status dan peranan utama guru dalam pembentukan sahsiah murid. Alat teknologi moden/pasca moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran mereka untuk memastikan objektif pada hari tersebut tercapai .

PENGERTIAN ETIKA

Menurut Kamus Dewan (1995) bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Manurut Kamus Oxford (1994) pula ia bermaksud prinsip moralatau set prinsip moral. Dari persepktif Islam pula , etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah hasil dari ketakwaan kepada Allah. Etika boleh dianggap sebagai satu disiplin yang menilai betul atau salah. Etika bergerak selari dengan akauntabiliti/tanggungjawab sebagai pekerja dan kakitangan. Akauntabiliti setiap pegawai dan kakitangan kerajaan ialah untuk mengikuti dan patuh kepada arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

ETIKA KEGURUAN ISLAM Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pencipta (Allah), terhadap diri, terhadap ilmu, terhadap profesion, terhadap masyarakat dan negara, terhadap murid, terhadap rakan sejawat dan terhadap ibu bapa pelajar serta masyarakat dan negara. Tergolong dalam kelompok guru pendidikan Islam (Guru Agama /Ustaz) yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru pendidikan Islam yang mengamalkan etika keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru muslim khususnya guru pendidikan Islam yang baik personaliti mereka. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, telah merumuskan Etika Kerguruan Islam sebagaimana berikut:

a) Tanggungjawab Terhadap Allah Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut: i. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan dan keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. ii. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian. iii. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah. iv. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam. v. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya. vi. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.

b) Tanggungjawab Terhadap Diri i. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral. ii. iii. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek. iv. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara. v. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru. c) Tanggungjawab Terhadap Ilmu i. ii. iii. iv. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam. Beriltizam dengan amanah ilmiah. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan. v. vi. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat d) Tanggungjawab Terhadap Profesion i. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. ii. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. iii. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

iv.

Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

v.

Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

vi.

Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

vii.

Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

viii.

Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan.

ix.

Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.

x.

Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.

xi.

Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan statusstatus lain.

xii.

Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.

xiii.

Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.

xiv.

Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

xii.

Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.

xiii.

Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.

xiv.

Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

xv.

Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar.

xvi.

Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.

xvii.

Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.

xviii.

Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.

xix.

Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

xx.

Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.

xxi.

Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.

xxii.

Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

xxiii.

Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar.

xxiv.

Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.

xxv.

Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.

xxvi.

Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

xxvii. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar. xxviii. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. xxix. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. xxx. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap para pelajarnya. xxxi. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya. xxxii. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. xxxiii. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan). xxxiv. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

e) Tanggungjawab Terhadap Pelajar/Murid i. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain. ii. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor

jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama. iii. iv. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran. v. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. vi. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran. vii. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

f) Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat i. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. ii. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. iii. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial. iv. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. v. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

g) Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara i. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara. ii. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. iii. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. iv. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. v. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecend ikiawanan masyarakat. vi. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.

h) Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa i. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. ii. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. iii. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. iv. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

v.

Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

vi.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM Guru adalah agen pendidikan yang berkesan (Muhammad Uthman el-Muhammady, 1991 dIm. Ahmad Mohd. Salleh, 1997). Walau sebaik mana pun sesuatu sistem pendidikan itu, jika guru yang mengajar bukannya guru yang berkesan bermakna apa yang disampaikan/diajar tidak akan difahami murid - tidak mencapai matlamat pe ngajaran. Oleh itu, guru, khususnya guru-guru Pendidikan Islam, perlu mengukuhkan lagi peranan mereka masing-masing. Kategori peranan guru Pendidikan Islam terbahagi kepada lima kategori berikut: Apabila menceburi diri bidang perguruan dan pendidikan, guru perlu sedar dan mengenal dirinya sebenar. Dalam bahasa Arab, guru boleh diterjemahkan dengan berbagai istilah, seperti muallim, muaddib, mudarris, murabbi, mursyid, da`ie dan sebagainya yang menunjukkan kepelbagaian peranan seorang guru yang BAIK. Berikut dijelaskan secara ringkas maksud kepelbagaian peranan seorang guru Pendidikan Islam yang baik itu :

Guru seba gai Mu 'allim Mu'allim adalah kata nama pelaku (Isim Fail) yang muncul dari kata terbitan/masdar ta'lim (pengajaran yang benar). Mu`allim ialah guru yang mengajar ilmu yang benar. Surah al-Baqarah ayat 31 menerangkan penggunaan kalimah mu`allim yang membawa makna mengajar perkara yang benar:


10

Maksudnya: Dan Dia (ALLAH) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu golongan yang benar. Menurut Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002), al-Ta'lim bermaksud: Mengajar; iaitu menjadikan seseorang individu memiliki ilmu pengetahuan dan proses tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat. Al-Ghazali mengatakan ta'lim adalah proses menguasai ilmu yang meningkatkan manusia daripada taraf haiwan kepada taraf manusia. Manusia sememangnya memiliki sifat-sifat yang turut dimiliki oleh haiwan antaranya hawa nafsu, bermusuhan, dan sukakan kebendaan; dan pada masa yang sama manusia mempunyai sifat mereka sendiri seperti berakaI, beriman, bijaksana dan sebagainya (Saedah Siraj, 2001). Didalam sistem pendidikan sedia ada, para guru perlu memperkemaskan lagi peranan mereka dalam memberi ilmu kepada murid. Ini kerana, ilmu ini akan dijadikan panduan oleh murid dan juga perisai kehidupan untuk mengawal unsur-unsur kehaiwanan yang secara semulajadi ada dalam diri manusia (termasuk murid) dan juga meningkatkan akhlak mereka. Mengenai perkara ini, Saedah Siraj (2001) mengatakan bahawa seorang individu yang tahu menggunakan dengan baik dan betul unsur-unsur kemanusiaannya akan dapat mengawal unsur-unsur kehaiwanan yang ada dalam dirinya, maka ia akan menjadi manusia sebenar dengan memiliki akhlak yang mulia. Sebaliknya, tambah beliau, jika seseorang itu tunduk kepada seluruh unsur haiwan yangada di dalam dirinya, maka perbuatan, kelakukan, pemikiran serta rohnya juga adalah sama tarafnya dengan haiwan. Oleh itu, dalam pembangunan bangsa yang berasaskan ilmu pengetahuan dewasa ini, guru, selain berperanan membentuk akhlak murid, mereka juga berperanan sebagai mu'allim, perlu memberi tumpuan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan (Wan Mohd. Nor Wan Daud, 1991). Dalam hal ini, guru perlu menguasai ilmu sebagaimana berikut: i) Ilmu Bidang: ialah ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidang ber kenaan dan it ulah ilm u yang kit a ajar kan kepada or ang lain. Dinisbahkan kepada guru Agama, maka ilmu agama lah bidang

11

kita. Justeru guru agama mesti dalam pengetahuannya tentang agama serta permasalahannya dan mantap kefahamannya. Jika guru sains, maka pengetahuan sainsnya mesti baik. Demikianlah dengan pelajaran lain. Sekirannya guru tidak menguasai bidangnya sendiri, ia tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan serta tidak dapat menjawab persoalan yang dikemukan oleh murid kepadanya. ii) Ilmu Fardhu Ain: bukan berkmaksud hukum-hukum bersuci, solat, puasa, zakat dan haji. Ini ialah Asas Fardhu Ain. Fardhu Ain di sini bermksud ilmu tentang tanggungjawab setiap orang Islam, termasuk mengetahui haram halal dan sebagainya. Seorang peniaga harus mengetahui apa perkara yang boleh diperniagakan dan apa yang dilarang oleh Islam. Sebagai pegawai apa yang perlu ia lakukan terhadap pejabatnya dan orang yang di bawahnya. Guru pun demikian juga. Adakah mengajar sahaja atau ada kerja-kerja lain yang perlu dilakukan. Jika tidak dilakukan seperti yang ditetapkan apa akibatnya. Ini semua memerlukan ilmu agama khasnya yang bekaitan dengan amanah dan tanggungjawab. iii) Ilmu Alat pula bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas dengan lebih sempurna. Ini juga berdasarkan kepada bidang masingmasing. Kerani misalnya memerlukan kemahiran menaip, simpan kira dan lain-lain. Guru memerlukan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran, iaitu psikologi, pedagogi, sosiologi, prinsip-prinsip pengajaran, perkaedahan, penilaian, kepimpinan, bahasa dan lain-lain. Selaku mu'allim, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru sewajarnya mempunyai niat yang ikhlas; mengetahui dasar-dasar pendidikan dan strategi mengajar yang berkesan; memberi rangsangan motivasi kepada para murid dan memaharni kaedah-kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Imam alGhazali menekankan supaya para guru mengajar dengan niat untuk menyelamatkan para muridnya daripada seksaan api neraka; mengajar bukan untuk mendapat upah atau pun apa-apa ganjaran di dunia, sebaliknya bertujuan mendekatkan diri kepada Allah; tidak memandang remeh ke atas ilmu yang disampaikan, sebaliknya, meyakininya dengan penuh bermakna; memberi perhatian kepada murid yang lemah dalam muridan;

12

selain mengamalkan ilmu yang disampaikannya kepada murid. Wan Bakar Wan Dagang (1991) menambah, guru Pendidikan Islam perlu berusaha meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan; sentiasa mencari pendekatan pengajaran yang boleh menimbulkan minat murid serta menanam minat dan penghayatan terhadap agama; cintakan agama; mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di dalam dan di luar sekolah; sentiasa memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas dalam bidang perguruan sama ada melalui pengkajian, menghadiri kursus, mesyuarat, persidangan, seminar dan lawatan (Ahmad Mohd Salleh, 1997). Guru sebagai Muaddib Salah satu peranan utama guru adalah bertindak sebagai mua'ddib (Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1986; Zawawi Hj. Ahmad, 1992). Berhubung perkara ini, Rasulullah saw mengatakan bahawa Allah swt sendiri yang telah mendidik baginda dengan sebaik-baik pendidikan. Syed Muhammad Naquib aI-Attas (1986) lebih menekankan peranan guru sebagai muaddib berbanding murabbi dan mu'allim. Beliau menggunakan perkataan ta'dib untuk menjelaskan erti pendidikan. Menurut beliau, pendidikan Islam adalah lebih tepat berorientasikan kepada istilah ta'dib. Ini kerana peranan guru yang paling menonjoI, menurut beliau, adaIah sebagai muaddib. Terdahulu, al-Ghazali dalam menghuraikan konsep tadib oleh guru, mengatakan bahawa ta'dib adalah: Proses mendisiplinkan kedua-dua aspek spiritual dan fizikal manusia, yang turut melibatkan perkataan, perbuatan, kepercayaan dan niat seseorang; dan proses ini juga melibatkan penguasaan ilmu pengetahuan; dan perubahan sahsiah bertujuan mencapai akhlak yang mulia - proses ini melibatkan menahan nafsu dan disiplin yang tinggi (riyadah).

13

Abdullah Nasih 'Ulwan (2002) mengatakan guru-guru dalam kategori ta'dib perlu sedar dan insaf bahawa mereka sebenarnya menjadi ikutan dan teIadan murid, Oleh kerana itu, menurut Abdul Raof Dalip (1985, 1993) , guru-guru tersebut perIu: i. ii. iii. Menanam dalam dirinya dan juga muridnya rasa cinta dan taat kepada Allah; Menanamkan kepercayaan yang benar di dalam jiwa murid; Mendedahkan dan memahamkan murid mengenai jenis-jenis ibadah yang wajib dilaksanakan; dan

iv. Menaikkan semangat murid serta menimbulkan minat mereka untuk mempraktiskan ajaran agama sehingga menjadi kebiasaan kepada mereka. Menurut Husain Mazhahiri (1993), Ibrahim Amini (1997) dan Abdullah Nasih 'Ulwan (2002), sebagai mua'ddib, guru wajib memiliki sejumlah sifat-sifat terpuji; dan sifat terpuji yang paling utama adaIah zuhud dalam proses mendidik - bukan kerana inginkan balasan kebendaan (wang, pangkat) dan penghormatan masyarakat tetapi semata-mata bertujuan untuk mendapat keredaan Allah.

Bagaimana pun, Husain Mazhahiri (1993) dan Ibrahim Amini 2001) mengatakan dalam soal menerima balasan kebendaan (ganjaran-upah-gaji) dalam proses mendidik murid, tidak bermakna guru tidak boleh menerima ganjaran daripada usaha mereka. Apa yang perlu difahami di sini ialah kemuncak matlamat kerja yang dilakukan seharusnya tidak diukur berdasarkan kepada pencapaian kebendaan (berapa tinggi ganjaran yang diterima) kerana ini akan membahayakan peningkatan diri dari aspek spiritual, kemuliaan individu yang berilmu di sisi Allah akan tercemar apabila mereka mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan (ganjaranupah-gaji). Ini kerana menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah merupakan tugas dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh individu-individu yang berilmu; dan bukan hanya dengan diberi ganjaran barulah mereka mahu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Individu-individu tertentu yang dekat dengan Allah seperti nabi dan rasul tidak pernah, walaupun sekali, mengharapkan sebarang balasan kebendaan apabila menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah. Dari aspek kualiti pengajaran pula, kualiti pengajaran guru-guru (yang mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan-ganjaran-upah-gaji) akan menurun apabila mereka tidak menerima ganjaran tinggi yang mereka harapkan.

14

Selain dari itu, ini juga akan membahayakan pencapaian murid kerana; kualiti pembelajaran menurun apabila kualiti pengajaran guru menurun; dan kualiti spiritual murid di sisi Allah terjejas apabila kemuliaan guru-guru mereka tercemar di sisi Allah. Menurut Husain Mazhahiri (l993) dan Ibrahim Amini (2001) sifat-sifat terpuji mua'ddib yang lain adalah; Pembersihan atau penyucian diri - para pendidik perlu membersihkan jiwa mereka dari segala bentuk kekotoran (dosa) seperti riak, hasad, 'ujub dan pemarah, selain para guru perlu memiliki kebersihan lahiriah (antaranya makan makanan yang suci dan bersih; menjaga kebersihan diri; memakai pakaian yang bersih) dan berperibadi mulia. Dalam soal ini, Muhammad Uthman el-Muhammady (1991 dIm.Ahmad Mohd Salleh, 1997) mengatakan para guru perlu menjaga kehebatan dan kehormatan diri mereka pada pandangan masyarakat. Ini boleh dilaksanakan dengan menjaga peribadi, bersikap merendah diri dan tahu mengambil hati orang lain. Guru juga tidak boleh melibatkan diri dalam suasana yang boleh menjatuhkan maruahnya sama ada dalam cara berpakaian, perbuatan atau percakapan. Guru Pendidikan Islam perlu menjadikan diri mereka sebagai sumber teladan utama kepada para murid kerana selain berperanan sebagai mu'allim, murabbi dan mua'ddib, para guru pendidikan Islam adalah individu-individu yang sangat berpengaruh dalam pembentukan akhlak murid (Abdul Raof Dalip, 1993).

Guru seba gai Mudarris Mudarris bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Guru ini boleh jadi orang Islam dan bukan Islam. Kalau dia orang Islam, boleh jadi yang taat atau yang tidak taat. Perkara yang diajar boleh jadi yang baik atau pun tidak baik. Yang mengajar ilmu sihir pun mudarris, demikian juga yang mengajar ilmu salah atau ajaran sesat. Semua mereka ini termasuk dalam kategori mudarris. Bagaimanapun dalam kontek perbincangan kita ialah guru adalah mudarris yang menyampaikan ilmu yang benar yang sesuai dengan peranan guru seterusnya iaitu guru juga sebagai mu`allim.

15

Guru sebagai Murabbi Murabbi berasal daripada kata terbitan, tarbiyyah (pendidikan). Hasan Langgulung (1995) merujuk perkataan tarbiyyah dalam Al-Qur 'an: Surah Al-Isra` ayat 24:

Maksudnya : Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil . Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002) mengatakan tarbiyyah adalah mencurahkan kasih sayang, memelihara, mendidik, mengembangkan, menyuburkan dan membesarkan. Peranan guru Pendidikan Islam sebagai murabbi melibatkan proses mendidik, memelihara dan membentuk murid sehingga wujud rasa kasih sayang dan saling percaya mempercayai antara mereka. Antara ciri-ciri guru-murabbi menurut al-Ghazali (tt) adalah: i. ii. Menyayangi murid dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri; Sentiasa menasihati murid dalam segala hal termasuk pembelajaran dan perlakuan mereka; iii. Menjaga disiplin murid dengan menggunakan Pendekatan Mencegah dan Menegur Secara Baik terhadap perlakuan maksiat dan juga menggalakkan perlakuan makruf secara kasih sayang. Bagi Ahmad Mohd Salleh (1997) pula, antara ciri-ciri guru murabbi adalah: i. ii. Mengutamakan keselamatan dan kebajikan murid; Bersikap adil terhadapmurid tanpa mengira latar belakang keluarga, keupayaan akademik, danekonomi; iii. Merahsiakan maklumat sulit murid kecuali kepada yang berhak; dan iv. Bersedia membimbing murid serta menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku sebagai contoh yang baik kepada murid.

16

Guru sebagai Mursyid Mursyid dari perkataan [arsyada]. Mursyid adalah kata pelaku (isim fa`el). Ini sinonim dengan perkataan [ahda] yang bermaksud memberi petunjuk. Dengan itu, perkataan mursyid bererti orang yang memberi petunjuk . Ini juga menunjukkan peranan seorang individu yang memberi petunjuk atau seorang individu yang menunjukkan hidayah (petunjuk) kepada murid adalah bertepatan dengan tujuan profesion keguruan Pendidikan Islam itu sendiri. Abdul Halim Muhammad (2003) mengaitkan antara Giri-Giri mursyid dengan peri bahasa "melentur buluh biarlah dari rebung" dan hadis Rasulullah saw yang menyarankan supaya mendidik anak mengerjakan solat seawal usia tujuh tahun. Nasih 'Ulwan (1989) memetik ayat Al-Qur'an yang ada kaitannya dengan sifat-sifat mursyid guru Pendidikan Islam antaranya:


Maksudnya: Dan (Dia berkata): "Hai kaumku, Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak mengetahui". (Surah Hud:29) Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas. Berhubung dengan peranan guru sebagai mursyid , murabbi, mu'allim dan mua'ddib, Hussain Mazhahiri (1993, 1994) dan Ibrahim Amini (2001) mengatakan bahawa pendidik yang telah berjaya membimbing muridnya dan berjaya menghidupkan roh mereka adalah satu kejayaan yang sangat besar kerana dapat membentuk golongan murid yang berakhlak mulia khususnya dan masyarakat amnya.

17

Guru seba gai Da`ie: Da`ie : bermakna orang yang mengajak orang lain berbuat kabajikan. Ini maknanya guru bukan sahaja menyampaikan pelajaran, tetapi juga mengajar dan mengajak muridnya melakukan kebajikan dan meninggalkan kejahatan. Dengan itu guru haruslah terdiri daripada orang yang melakukan kebajikan dan menjauhi diri daripada segala bentuk kemungkaran yang boleh menjatuhkan martabatnya. Dengan erti kata lain guru perlu berusaha membentuk diri sebagai contoh terbaik kepada anak muridnya. Hal ini akan lebih memudahkan proses pemebentukan sahsiah murid. Guru perlu berusaha sedaya upaya mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w. kerana baginda telah dinobatkan oleh Allah sebagai contoh terbaik (model terbaik) untuk seluruh umat manusia sebagaimana Firman-Nya dalam Surah Al-Ahazab ayat 21:


Maksudnya : Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w. contoh teladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang men gharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. Sehubungan itu, Nasis 'Ulwan (2002) mengatakan: Keteladanan dalam pendidikan adalah metod berkesan yang paling meyakinkan keberhasilannya dalam mempersiapkan dan membentuk anak di dalam moral, spiritual dan sosial. Hal ini kerana pendidik adalah contoh terbaik dalam pandangan anak, yang akan ditirunya dalam tingkah lakunya, disedari atau tidak, bahkan tercetak dalam jiwa dan perasaan suatu gambaran pendidik tersebut, baik dalam ucapan atau perbuatan, baik material atau spiritual, diketahui atau tidak diketahui. 0leh kerana itu, tidak kira sama ada guru berperanan sebagai mu 'allim, murabbi, mua'ddib mahupun da 'i, tidak boleh tidak, sepertimana yang disepakati juga oleh pakar pakar pendidikan, mereka perlu menyediakan diri sebagai qudwah hasanah (model terbaik) kepada murid kerana sifat tersebut adalah salah satu daripada sunnah Rasul dengan Rasulullah saw sebagai modelnya yang terbaik.

18

RUMUSAN

Etika Keguruan Islam dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia adalah saling berkait. Kalau kedua-duanya dipatuhi dan diamalkan akan membantu keberkesanan pangajaran guru. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak matlamat yang digariskan. Meskipun ciri dan sahsiah guru yang baik telah dicapai namun itu tidak pula bermakna pengajaran mereka dengan sendirinya berkesan. Pengajaran guru sama ada berkesan atau tidak bergantung kepada beberapa faktor yang berkaitan degan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid. Guru-guru pendidikan Islam haruslah terdiri dari orang-orang yang benar-benar memahami, menghayati dan memperjuangkan cita-cita Islam yang syumul dan merangkum. Dengan keikhlasan dan semangat Islam yang membara guru dapat mengatasi kekurangan alat teknologi untuk menghasilkan keberkesanan pengajaran mereka. Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang semakin serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di sekolah. Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan pembelajaran generasi baru yang semakin canggih dan pelbagai. Masyarakat juga mustahak memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan generasi yang baik.

19

BIBLIOGRAFI Abdul Raof Dalip (1985), November 17 - Disember 13). Peranan guru agama dalam pendidikan. Kursus ikhtisas guru-guru Agama Islam Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Abdul Raof Dalip (1993). Teknik pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah menengah. DIm. Ismail Abd. Rahman (Ed), Pendidikan Islam Malaysia. Bangi, Selangor: Penerbit UKM. Abdullah Basmih, 1985, Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Kuala Lumpur : Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, Abdullah Ishak, ( 1989), Sejarah Perkembangan Pelajaran Dan Pendidikan Islam, : Al- Rahmaniyah, Kuala Lumpur. Abdullah Nasih Ulwan. (2002). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam . Terjemahan Ahmat Semait. Syed. Pustaka Nasional Singapura. Ahmad Mohd. Salleh (1997) Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ahmad Mohd.Salleh, 1997 Kuala Lumpur: Pendidikan Islam, Asas Dinamika Guru. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, Al-Syaibany, Omar Muhamad al-Toumy (1979). Falsafah pendidikan Islam (Terjemahan: Hasan Langgulung ) , Jakarta: Bulan Bintang. Hasan Langgulung (1991). Pendidikan Islam menghadapi abad ke 21. Shah Alam: Hizbi Hasan Langgulung, Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam Dan Peralihan Paradigma . Kuala Lumpur: Pustaka Aman.

20

Anda mungkin juga menyukai