Anda di halaman 1dari 14

IJTIHAD

Adib Thuraya binti M. Fathil A12C

APA ITU IJTIHAD?


Bahasa : - berasal daripada kata ijtihada )) Mencurahkan tenaga dalam melakukan sesuatu perbuatan

Istilah : Mencurahkan usaha oleh seseorang mujtahid untuk mengetahui hukum syarak dengan cara istinbat

MENCURAHKAN TENAGA Menumpukan sepenuh kekuatan fikiran sehingga ke tahap yang semaksimum mungkin MUJTAHID Mereka yang mempunyai malakah ijtihad dan kemampuan untuk mengkaji, menyelidik dan mendapatkan hukum-hukum syara yang amali dari dalil-dalilnya yang terperinci

- Seorang Faqih dalam kalangan ulama usul

ISTINBAT
Daya usaha membuat keputusan hukum syarak berdasarkan dalil-dalil AlQuran atau sunnah yang sedia ada. Orang yang layak beristinbat : para fuqaha (ulama fiqh) - mereka yang benar-benar mengetahui dan menguasai kaedah-kaedahnya. Mereka dituntut untuk menguasai sumber-sumber hukum Islam, iaitu: Al-Quran, Sunnah, Ijma, pendapat sahabat Nabi, masalih mursalah, dan lain-lain, dan mendapat persetujuan dari ulama lainnya.

CONTOH ISTINBAT
Hukum potong tangan dalam Al-Quran : Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (al-Maidah: 38) bahawa Nabi s.a.w memotong (tangan pencuri) yang mencuri baju besi berharga tiga dirham. ( Bukhari Muslim)

Hadis Nabi s.a.w., bermaksud:

Merujuk kepada hadis ini di atas Saiyidina Abu Bakar r.a. melakukan hukum potong tangan bagi orang yang mencuri senilai lima dinar. Abu Hurairah dan Said berkata : Tangan pencuri dipotong jika mencuri 5 dirham. Sebilangan fuqaha tabiin, Malik, Syafii, dan Ahmad. mengikuti pendapat ini. Ibnu Masud tidak memotong tangan pencuri jika kurang dari 10 dirham (1 dirham 7/10 dinar, 1 dinar 4,25 gram). Sebahagian ulama Kufah juga mengikuti pendapat ini.

Berdasarkan perkara di atas, para fuqaha dapat menetapkan bahawa seorang pencuri yang sabit kesalahannya akan dipotong tangannya dengan syarat:

Sampai nisab (5 dirham, fuqaha berbeza pendapat dalam menentukan kadarnya).


Barang tersebut dicurinya di tempat simpanan tertentu (almari, laci, bank, dan lain-lain) Bukan barang yang tercicir atau tertinggal.

TUJUAN BERIJTIHAD
memenuhi keperluan umat manusia akan pegangan hidup dalam beribadah kepada Allah di suatu tempat tertentu atau pada suatu waktu tertentu.
memberi jawapan segera kepada masyarakat dalam menghadapi persoalan yang berkenaan, kerana tanpa jawapan yang segera orang ramai akan membina persepsi sendiri.

SYARAT-SYARAT IJTIHAD
Mesti mengetahui Bahasa Arab
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab Hadis dalam bahasa Arab

Mesti mengetahui Al-Quran


Menguasai dan mengetahui erti ayat-ayat hukum yang terdapat dalam Al-Quran, baik menurut bahasa maupun syariah.

Mesti mengetahui Sunnah


Mujtahid haruslah mengerti selok belok hadis dan perawinya secara umum. Menguasai dan mengetahui hadis-hadis tentang hukum, baik menurut bahasa maupun syariat.

Mesti Mengetahui Usul Al-Fiqah


Mujtahid dapat mengetahui dalil-dalil syara, cara-cara istinbat hukum dari sumbernya. Dapat memahami kaedah tarjih dalil

Perlu Mengetahui Masalah-Masalah yang telah Diijma


Perlu mengetahui dengan jelas masalaj yang telah disepakati oleh ulama kerana dia tidak harus sama ekali menyalahi ijma dalam masalah yang dikaji dan diijtihadkannya.

Perlu Mengetahui Maqasid Al-Syariah


Maqasid Al-Syariah = Maksud Syara Kiblat bagi para mujtahidin (Imam AlGhazali) Berkemampuan mengetepikan amalan taqlid buta

Kesediaan Fitrah untuk Berjihad


Mempunyai pemikiran fiqah, pemahaman yang teliti, pandangan yang jauh, kecerdasan yang tajam.

Adil dan Takwa


Hukum yang dikeluarkan bersifat adil

NAS QATI & NAS ZHANI


Nas QatI
Dalil yang mendatangkan kepastian & keyakinan. Terbahagi kepada 2 : Qati subut - teks yang pasti datangnya dari Allah SWT atau dari Rasulullah SAW.
Qat`i dilalah - dalil yang lafaz dan susunan katanya tegas dan jelas menunjuk erti/maksud tertentu. Tidak boleh ditafsirkan Contoh : Surah Al-Baqarah ayat 3 - perintah solat Surah An-Nur ayat 4 : Hukum orang menuduh wanita berbuat zina

"Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera..."

Nas Zhani
Dalil yang yang mendatangkan perbezaan pendapat.

Zhani subut : dalil yang diduga keras datangnya dari pembuat syara. Hanya berlaku pada sunnah.

Zhani dilalah : dalil yang lafaz atau susunan katanya tidak jelas dan tidak tegas menunjukkan pada erti/maksud tertentu.

Perkara yang Boleh dan Tidak Boleh Diijtihadkan

BOLEH
Hal dan perkara yang tidak disebut hukumnya dalam nas al-Quran, alSunnah dan ijmak ulama Hukum yang tidak ada nas qate, tetapi ada padanya nas-nas zhani (sabit & dilalah)

Masalah-masalah yang tiada nas Syara mengenainya.

TIDAK BOLEH Hukum-hukum Syara yang ada dalil-dalil qati

Contoh : Solat, puasa, haram berzina


Hukum syara yang tiada nas zhani padanya baik pada subut atau dilalahnya.

RUJUKAN
http://drmaza.com/home/?p=1617

http://www.scribd.com/doc/53727834/Ijtihad
sham86.files.wordpress.com/2009/02/kuliah-pengantar-fiqh.ppt www.slideboom.com/presentations/download/344726/Ijtihad-ABDULAMAR-ABDUL-MALIK http://al-syariah.blogspot.com/2007/05/maqasid-syariah.html Mohd Saleh Haji Ahmad, 2007, pengantar Syariat Islam, Pustaka Haji Abdul Majid.

Anda mungkin juga menyukai