Anda di halaman 1dari 4

Nama : Intan Nurashura Bt Mohd Deris Tajuk Artikel : Kesan Jigsaw dalam pengajaran dan pembelajaran kata adjektif

f Bahasa Melayu Murid-murid Tahun 4 oleh Caroline Anak Galin

Setelah membuat pembacaan dan kajian secara terperinci terhadap artikel yang dipilih terdapat beberapa ulasan kritikan yang dapat saya huraikan di dalam artikel ini daripada beberapa aspek seperti berikut :

1. Abstrak kajian Kekuatan Dalam abstrak kajian yang dibuat oleh penulis telah didapati bahawa beliau telah menerangkan dengan terperinci mengenai latar belakang kajian seperti sampel yang digunakan, kaedah yang digunakan dan menerangkan mengenai cara pengumpulan kajian yang dibuat. Kelemahan Kelemahan yang dapat dilihat ialah di dalam penulisan abstrak ini tidak dinyatakan secara umum mengenai kemahiran yang ingin disentuh dalam kajian yang dibuat.

2. Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran Kekuatan Dalam komponen ini dapat dilihat penulis telah menerangkan secara terperinci bagaimana proses awal mendapat idea untuk membuat kajian ini Penulis juga memberikan bukti dengan meletakkan gambar bukti yang menunjukkan hasil kerja murid yang telah dibuat pemerhatian awal Penulis juga menerangkan masalah yang dihadapi oleh murid yang mendorong beliau menghasilkan kajian ini.

3. Fokus Kajian Kekuatan Dalam fokus kajian ini dapat dilihat dengan jelas penulis telah menyatakan fokus kajian yang ingin dikaji selain memberikan kepentingan daripada kaedah yang digunakan. Penulis juga telah menyatakan sebab kajian dijalankan dengan jelas

Kelemahan Penulis tidak mengaikan kajian dengan nilai-nilai pendidikan.

4. Objektif Kajian Kelemahan Objektif kajian yang diberikan oleh penulis ini kurang jelas dan terlalu umum Objektif juga tidak selari dengan kajian yang dibuat.

5. Persoalan Kajian. Kekuatan Dapat dilihat persoalan yang dinyatakan adalah jelas dengan kajian yang dibuat Kelemahan Persoalan yang dibuat tidak sama dengan objektif kajian yang dinyatakan

6. Perancangan dan pelaksanaan tindakan Kekuatan Daripada aspek ini dapat dilihat penulis menyatakan dengan jelas kajian literatur dengan lengkap berkaitan dengan kajian yang dibuat. Selain itu, penulis juga menyatakan dengan lengkap langkah-langkah yang digunakan untuk melaksanakan teknik JIGSAW ini dengan jelas

Kelemahan Telah didapati bahawa kajian literatur yang diletakkan tidak terdapat dalam bahagian rujukan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tidak selaras dengan bahagian bibliografi yang dinyatakan.

7. Metodologi Kekuatan Peserta kajian dinyatakan dengan jelas Penulis juga dengan jelas menerangkan mengenai etika penyelidikan yang diamalkan semasa membuat penyelidikan ini. Kelemahan Pada bahagian metodologi kajian ini dapat dilihat dengan jelas cara pengumpulan data hanya dinyatakan secara ringkas dengan tidak

menunjukkan sebarang bukti seperti gambar atau hasil ujian yang dilakukan. Tindakan yang dilaksanakan juga tidak diterangkan secara terperinci. Penulis tidak menyatakan peringkat awal penggunaan kaedah ini dan hanya menyatakan keputusan akhir daripada kaedah ini. Penulis juga tidak menyatakan refleksi yang dibuat daripada setiap perlaksanaan tindakan yang telah dilakukan daripada awal menggunakan teknik JIGSAW ini

Selain itu penulis tidak menyatakan model kajian yang digunakan dalam kajian yang dibuat.

8. Refleksi Dapatan Refleksi dapatan yang dinyatakan terlalu ringkas dan tidak memperlihatkan penulis membuat refleksi yang menyeluruh dan mendalam mengenai penggunaan teknik JIGSAW ini kepada sampel yang dikaji

9. Refleksi Amalan Kendiri Refleksi yang dilakukan oleh penulis ini adalah secara menyelurih dengan menyatakan dilaksanakan. keberkesanan kaedah yang digunakan dalam kajian yang

Anda mungkin juga menyukai