Anda di halaman 1dari 206

1

BAB 1

SEK TOR AWAM DAN K EP ENTI NGANNY A



OBJEKTIF BAB


Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Membezakan di antara pasaran swasta dan pasaran awam.
2. Menjelaskan kepentingan sektor awam dalam ekonomi.
3. Mengenal pasti skop sektor awam di Malaysia.


1.1 PENGENALAN

Cuba anda bayangkan bagaimanakah keadaannya jika sektor awam dan
kerajaan tidak wujud? Sudah tentu tidak terdapat sistem kehakiman
untuk menegakkan keadilan dan menyelesaikan pertikaian. Pertahanan
negara tentu amat longgar atau mungkin timbul keadaan anarki.
Bagaimana pula jika perkhidmatan polis dan bomba tidak dapat
diadakan?

Sebenarnya amat sedikit kehidupan kita yang tidak dipengaruhi oleh
sektor awam. Semua polisi kerajaan memberi faedah atau mengenakan
kos ke atas ahli-ahli masyarakat. Polisi-polisi awam menentukan kuantiti
dan kualiti beberapa perkhidmatan seperti pendidikan, kesihatan awam,
perpustakaan, taman permainan, jambatan, jalan raya dan lain-lain. Selain
itu, kita dapati sektor awam juga mengawal banyak tindakan individu dan
sektor swasta. Dapatkah anda nyatakan beberapa contoh kawalan
kerajaan ke atas kehidupan anda? Antara contoh kawalan kerajaan
termasuk menentukan had laju kenderaan, mengharamkan
penyalahgunaan dadah dan senjata api, di samping mengawal perjalanan
bank, syarikat penerbangan, industri dan lain-lain. Sebagai
kesimpulannya, kita dapati bahawa sektor awam banyak mempengaruhi
kehidupan harian kita.

Untuk menilai bagaimana kerajaan mempengaruhi kehidupan
masyarakat, perlu bagi anda mengetahui mengenai satu cabang ilmu yang
dinamakan ekonomi sektor awam, atau kewangan awam. Kita akan
cuba mengupas beberapa persoalan untuk memahami, mengubah dan
memperbaiki cara-cara bagaimana sektor awam mempengaruhi hidup
kita. Dengan perkataan lain, pembelajaran mengenai kewangan awam



2
menyediakan asas bagi kita memahami penggunaan polisi-polisi
pencukaian dan perbelanjaan kerajaan yang akan memberi kesan kepada
kehidupan ekonomi kita. Kewangan awam cuba menjawab persoalan-
persoalan seperti

(i) Adakah terdapat keadaan bila mana sektor swasta tidak
dapat memperuntukkan sumber dengan baik?;
(ii) Apakah fungsi yang perlu dilaksanakan oleh sektor awam
dan apakah pula aspek kehidupan kita yang patut
ditentukan oleh sektor swasta?;
(iii) Bagaimanakah kita hendak menilai faedah-faedah dan
kos-kos yang terhasil daripada polisi-polisi awam?;
(iv) Siapakah yang patut menerima faedah dan siapakah yang
patut membayar?; dan
(v) Bagaimanakah sektor awam memperuntukkan sumber-
sumber terhad?

1.2 PASARAN SWASTA DAN PASARAN AWAM

Kita sedia maklum bahawa kita hidup dalam dunia yang mempunyai
sumber-sumber yang terhad, sedangkan kehendak kita tidak terhad.
Amat perlu untuk kita mempelajari bagaimanakah sektor awam
memperuntukkan sumber-sumber terhad bagi memenuhi kehendak-
kehendak masyarakat yang pelbagai. Pilihan adalah penting kerana
sumber adalah terhad. Kos melepas (opportunity cost) ialah satu konsep
yang menerangkan bahawa apabila satu pilihan dibuat, kita terpaksa
melepaskan pilihan-pilihan yang lain kerana sumber yang telah digunakan
untuk satu pilihan tidak lagi dapat digunakan untuk memenuhi pilihan
yang lain pada masa yang sama. Contohnya, apabila anda berada di dalam
kelas pada masa ini, anda tidak dapat berada di rumah atau di kantin pada
masa yang sama. Anda juga tidak dapat mengikuti kuliah yang sedang
disampaikan oleh pensyarah lain pada masa yang sama.

Secara keseluruhan, bolehlah dikatakan bahawa dunia ini penuh dengan
kekangan-kekangan ekonomi. Oleh itu, semua ekonomi, sama ada yang
ditentukan oleh pasaran swasta atau yang dikawal oleh pasaran awam
perlu membuat tiga pilihan asas, iaitu

(i) Apakah barang dan perkhidmatan yang hendak
disediakan atau diadakan dalam ekonomi berkenaan?;
(ii) Bagaimanakah sumber-sumber terhad akan digunakan
dalam pengeluaran?; dan
(iii) Siapakah yang akan menerima barang dan perkhidmatan
tersebut?




3
Anda telah melihat di dalam kursus Prinsip Ekonomi bagaimana sistem
harga bertindak untuk memperuntukkan sumber-sumber dalam pasaran
swasta. Anda telah pun faham bagaimana pengguna dan pengeluar
bertindak bagi menentukan harga dan pengeluaran. Keuntungan
pengeluar pula dikaitkan dengan keupayaan mereka untuk memenuhi
kehendak pengguna. Dalam sistem berpersaingan, pengguna akan
memilih pengeluar yang menawarkan barangan yang mereka inginkan
pada harga terendah. Pengeluar yang menggunakan sumber dengan
cekap akan dapat menyediakan barangan pada harga yang rendah dan
kualiti tinggi, serta akan mendapat keuntungan dalam jangka panjang.

Tidak dapat dinafikan bahawa perubahan-perubahan harga merupakan
petunjuk yang penting bagi menentukan peruntukan sumber dalam
pasaran swasta. Sebagai contoh, dalam pasaran kereta, peningkatan
permintaan untuk sejenis kereta akan meningkatkan harganya. Akibat
daripada permintaan yang bertambah, lebih banyak sumber akan
diperuntukkan bagi mengeluarkan kereta jenis itu. Pada masa yang sama,
sumber yang berkurangan akan diperuntukkan untuk pengeluaran lain-
lain jenis kereta.

Seterusnya kita dapati bahawa pengeluaran barangan bukan hanya
ditentukan oleh pasaran swasta semata-mata. Pasaran awam juga didapati
menyediakan barang dan perkhidmatan tertentu dalam sesebuah
ekonomi. Kenapakah hal ini berlaku? Alasan yang selalu diberikan ialah
kerana pasaran swasta tidak menyediakan atau tidak menyediakan dengan
mencukupi sesuatu barang atau perkhidmatan berdasarkan kriteria-
kriteria tertentu. Di antara contoh-contoh yang dapat diberikan ialah

(i) Pasaran swasta mengeluarkan terlalu banyak motosikal
berkuasa tinggi dan terlalu sedikit motosikal berkuasa
rendah atau sederhana;
(ii) Pasaran swasta menawarkan terlalu banyak makanan
segera yang menggemukkan berbanding dengan program
makanan berkhasiat untuk kanak-kanak dan warga tua;
dan
(iii) Pasaran swasta menawarkan imbuhan yang jauh lebih
tinggi kepada kumpulan penghibur berbanding kepada
pendidik.

Kita menggunakan konsep kegagalan pasaran untuk menyatakan
bahawa pasaran swasta tidak selalunya memperuntukkan sumber
mengikut apa yang masyarakat rasakan sebagai patut atau betul. Melalui
kursus ini anda akan melihat bagaimana sektor awam (pasaran awam)
memperuntukkan sumber-sumber sebagai tindak balas kepada kegagalan



4
pasaran dan juga bagi memenuhi fungsi-fungsi sektor awam itu sendiri.
Dua kriteria yang paling diutamakan dalam konteks ini ialah ekuiti dan
kecekapan.

Dalam sistem demokrasi, kita dapati bahawa pengundi membuat
keputusan melalui proses pilihan raya dan pembuat polisi membuat
keputusan melalui proses pembuatan polisi bagi membolehkan sektor
awam memperuntukkan sumber-sumber dalam sesebuah ekonomi.
Polisi-polisi awam selalunya dibentuk untuk mengubah gelagat satu atau
lebih individu (pengguna atau pengeluar) dengan mengenakan peraturan
atau sekatan ke atas tindakan mereka. Contohnya, apabila kerajaan
mengadakan kawalan harga ke atas beberapa barangan utama pengguna
seperti beras dan tepung, ia merupakan satu cara untuk kerajaan
mempengaruhi tindakan pengguna dan pengeluar. Pengguna diharapkan
mendapat bekalan barangan keperluan ini pada harga yang berpatutan
tanpa perlu risau mengenai kenaikan harga yang berterusan. Pengeluar
pula dipaksa menjual pada harga yang ditetapkan untuk mengelakkan
kegiatan mengambil untung secara berlebihan atau mengehadkan jualan
kerana mengharapkan untung yang lebih tinggi akibat daripada kenaikan
harga pada masa depan.

Walaupun tujuan polisi-polisi awam adalah untuk meningkatkan
kesejahteraan orang ramai, kita tidak dapat nafikan bahawa ia selalu juga
dikritik kerana gagal mencapai matlamat yang diharapkan. Keadaan
seperti ini dikatakan sebagai kegagalan sektor awam atau pasaran awam.
Pencapaian matlamat sesuatu polisi awam bergantung kepada tindak
balas peserta pasaran dan keupayaan pihak kerajaan menguatkuasakan
polisi berkenaan.


Dapatkah anda fikirkan, kenapakah ada kalanya pihak
pengguna dan pengeluar membantah sesuatu kawalan
harga?




SOALAN DALAM TEKS 1.1


1. Beban membiayai sektor awam diagihkan secara
sama rata di kalangan ahli masyarakat.
Benar/Salah?
2. Perbezaan antara pasaran awam dan swasta ialah
A. Kos melepas dalam pasaran awam ialah sifar.
B. Hanya pasaran awam memerlukan pilihan
dibuat.



5
C. Pasaran awam mesti ditutup pada hari cuti
umum.
D. Pasaran swasta bergantung kepada harga-harga
untuk memperuntukkan sumber-sumber.
3. Terangkan mengenai konsep kos melepas dan beri
satu contoh.
4. Bezakan antara kegagalan pasaran dan kegagalan
kerajaan.



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


Selain mendapat faedah daripada polisi-polisi awam, kita juga perlu
membayar kos mengadakan polisi-polisi berkenaan. Kita dapati apabila
perbelanjaan kerajaan meningkat, maka kutipan cukai juga meningkat.
Cukai boleh dikenakan ke atas pendapatan individu dan firma, jualan
barang dan perkhidmatan, serta harta. Bagaimanapun, anda perlu ketahui
bahawa mencukai bukanlah satu-satunya cara untuk kerajaan
mendapatkan hasil bagi membiayai aktiviti-aktiviti kerajaan. Cara-cara
lain untuk membiayai polisi awam akan dibincangkan dalam Bab Tiga.

Faedah daripada polisi-polisi awam tidak dinikmati secara sama rata di
kalangan rakyat, begitu juga, rakyat tidak menanggung kos yang sama rata
akibat daripada polisi-polisi berkenaan. Dalam sesetengah keadaan, pihak
yang mendapat faedah daripada polisi awam merupakan mereka yang
akan membayar kosnya. Ada kala pula, anda akan dapati rakyat
membayar kos bagi faedah yang dinikmati oleh orang lain. Ia juga
digunakan untuk mempengaruhi gelagat individu agar tidak
menggunakan sesuatu barangan yang dianggap sebagai membazir atau
memudaratkan. Seterusnya anda akan melihat bagaimana ekonomi sektor
awam mengkaji jenis-jenis perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan, berapa
banyakkah perbelanjaan yang dilakukan dan siapa yang akan menanggung
beban cukai untuk membiayai perbelanjaan tersebut.

1.3 SEKTOR AWAM DI MALAYSIA

Di bahagian yang lepas, kita telah membincangkan bagaimanakah kita
semua mendapat faedah daripada polisi-polisi awam. Semenjak merdeka,
rakyat Malaysia mendapat semakin banyak faedah akibat peningkatan
dalam perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan. Peningkatan dalam
perbelanjaan kerajaan mencerminkan semakin banyak pengaruh sektor
awam ke atas kehidupan kita.



6
Sektor awam di Malaysia terdiri daripada Kerajaan Persekutuan (Pusat),
Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan-kerajaan Tempatan. Bagi
menjalankan tugas-tugas pemerintahan negara, agensi-agensi kerajaan
telah dibentuk untuk merancang, mengawal, membantu dan
melaksanakan segala aktiviti yang dikehendaki oleh kerajaan untuk
mencapai segala matlamat negara. Perbelanjaan tahunan agensi-agensi ini
ditentukan oleh keputusan badan perundangan dan dibiayai dengan
menggunakan dana terkumpul kerajaan. Dalam jentera pentadbiran
sekarang, agensi-agensi kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga
komponen penting iaitu kementerian, jabatan dan badan-badan
berkanun.

Agensi di peringkat kementerian merupakan agensi utama yang berfungsi
menggubal dasar, merancang, mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan
perkara-perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab kementerian
berkenaan. Biasanya sebuah kementerian dipertanggungjawabkan kepada
seorang Menteri yang memegang sesuatu portfolio (ahli Jemaah Menteri)
dengan dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha-setiausaha
Parlimen. Pegawai tadbir utama kementerian ialah Ketua Setiausaha
(KSU) kementerian tersebut. Beliau bertanggungjawab kepada Ketua
Setiausaha Negara (KSN). KSN ialah ketua setiausaha di Jabatan Perdana
Menteri iaitu kementerian yang paling utama.


Adakah anda tahu berapakah jumlah kementerian yang
ditubuhkan untuk melicinkan pentadbiran negara pada
masa ini?


Kita lihat pula kepentingan agensi yang berikut iaitu Jabatan. Ia
merupakan agensi yang melaksanakan sesuatu dasar. Aktiviti harian
jabatan melibatkan pemberian khidmat kepada masyarakat secara
langsung. Perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat meliputi
bidang sosial, keselamatan, pembangunan, dan lain-lain lagi. Ia diletakkan
di bawah pengawasan kementerian yang tertentu. Sebuah jabatan diketuai
oleh seorang pegawai tadbir utama iaitu Ketua Pengarah Jabatan
(mengikut nama jabatan).

Seterusnya, agensi-agensi di peringkat badan-badan berkanun ialah
agensi-agensi separa kerajaan yang bertanggungjawab memajukan sesuatu
bidang selaras dengan aspirasi kerajaan. Badan-badan berkanun
ditubuhkan mengikut akta-akta tertentu bagi melaksanakan tugas khusus
dan penting. Penubuhan badan-badan berkanun dikaitkan dengan
matlamat mengambil faedah-faedah daripada perjalanan agensi kerajaan
dan faedah-faedah daripada amalan syarikat-syarikat swasta. Ia
mempunyai autonomi penuh atau separa, dimiliki atau dikawal oleh



7
kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Ia terlibat
dalam aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial melalui pengeluaran badan
tersebut yang dipasarkan kepada masyarakat. Apabila terlibat dalam
aktiviti-aktiviti ekonomi secara langsung, badan berkanun juga dikenali
sebagai perusahaan awam. Di samping memperoleh keuntungan, ia juga
dikehendaki menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat.



SOALAN DALAM TEKS 1.2


1. Bezakan antara Kementerian dan Jabatan.
2. Berikan satu contoh badan berkanun.



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


1.4 KEPENTINGAN SEKTOR AWAM DALAM EKONOMI

Kewujudan sektor awam sebenarnya menggambarkan ideologi politik
dan sosial yang berbeza daripada kuasa dan kebebasan pengguna
membuat keputusan. Selain daripada itu, mekanisme pasaran semata-
mata juga tidak dapat melaksanakan kesemua fungsi ekonomi.
Mengapakah hal ini berlaku? Ia berlaku disebabkan kegagalan pasaran
swasta untuk berfungsi bagi membawa kepada hasil yang cekap dan
saksama. Oleh itu, polisi-polisi awam didapati perlu untuk mengarah,
membetul dan menambah keputusan yang dibuat melalui mekanisme
pasaran. Bagaimanapun, anda diingatkan sekali lagi bahawa ada kalanya
keputusan yang dibuat oleh sektor awam semakin menjejaskan
kedudukan dan keupayaan ekonomi.

Di bawah, disenaraikan beberapa sebab mengapa sektor awam terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam kegiatan-kegiatan
ekonomi sesebuah negara.

1.4.1 Menjamin Penguatkuasaan Kontrak

Kontrak yang perlu ada untuk melancarkan operasi pasaran tidak boleh
wujud tanpa perlindungan dan penguatkuasaan oleh sistem dan struktur
perundangan. Antara tanggungjawab kerajaan ialah menyediakan undang-
undang yang adil dan saksama kepada semua pihak dalam negara,



8
menegakkan keadilan dan menjamin keselamatan penduduk daripada
ancaman. Undang-undang yang digubal dan dikuatkuasakan oleh sektor
awam melibatkan juga sektor ekonomi dan kegiatan-kegiatan dalam
sektor berkenaan.

1.4.2 Mengurangkan Masalah Ketidakstabilan Ekonomi

Sistem pasaran, terutama yang telah berkembang pesat, selalu mengalami
masalah pengangguran, ketidakstabilan harga dan mengalami kadar
pertumbuhan ekonomi yang rendah. Masalah-masalah yang disebutkan
ini ialah fenomena yang biasa dialami oleh sistem ekonomi.
Bagaimanapun, keadaan-keadaan tersebut menyebabkan masyarakat
mengalami pengurangan kebajikan dan ada kalanya amat menyulitkan
kehidupan mereka. Oleh yang demikian, kerajaan diharapkan dapat
menggubal polisi-polisi untuk mengurangkan kesan-kesan turun naik
ekonomi melalui cara pengurangan pengangguran dan mengawal
kenaikan harga yang keterlaluan. Polisi-polisi awam juga diharap dapat
membantu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang memuaskan.
Antara polisi yang sering digunakan oleh kerajaan untuk tujuan-tujuan
tersebut ialah polisi fiskal dan polisi kewangan.


Dapatkah anda bezakan di antara polisi fiskal dan polisi
kewangan?


1.4.3 Mengurangkan Masalah Disebabkan Jurang Agihan
Pendapatan dan Kekayaan

Beberapa nilai sosial yang ingin dicapai dalam sesebuah masyarakat
mungkin memerlukan beberapa penyelarasan dalam agihan pendapatan
dan kekayaan yang timbul akibat daripada sistem pasaran atau warisan.
Pasaran swasta menawarkan ganjaran yang tinggi berdasarkan kedudukan
kewangan, kebolehan, pendidikan, bakat dan usaha seseorang. Sebagai
contoh, seseorang yang mendapat peluang memperolehi ijazah biasanya
ditawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding dengan seseorang yang
hanya berpendidikan sekolah rendah. Jika anda mempunyai bakat
menyanyi seperti Siti Nurhaliza, anda tentu dapat menjana pendapatan
yang lumayan. Seseorang yang rajin selalunya mendapat ganjaran yang
setimpal dengan usahanya berbanding seseorang yang malas berusaha.
Jika anda mempunyai modal, tentu anda dapat menceburkan diri dalam
dunia perniagaan dan mendapat keuntungan yang tinggi. Hasilnya, kita
dapati bahawa pasaran swasta akan menyebabkan agihan pendapatan
dan kekayaan dalam negara menjadi tidak saksama dan tidak seimbang.




9
Persoalan yang dapat dikemukakan di sini ialah, adakah agihan
sedemikian wajar? Jika jawapan anda ya, bagaimanakah keadaannya bagi
mereka yang miskin, kurang upaya atau kurang bernasib baik?
Sesetengah pihak tidak mendapat peluang melanjutkan bab ke peringkat
tinggi disebabkan ketidakcukupan wang, kurang pendedahan atau
masalah lain. Ada pula yang mengalami masalah kesihatan dan kecacatan.
Mereka tidak minta berkeadaan demikian tetapi disebabkan takdir,
mereka tidak dapat bekerja pada kapasiti yang tinggi. Apabila jurang
agihan pendapatan di antara penduduk adalah tinggi, berkemungkinan
wujud perasaan tidak puas hati di antara mereka. Masyarakat
berpendapatan rendah tentu mengalami tekanan yang menyebabkan
mereka kurang selesa berdampingan dengan golongan yang
berpendapatan tinggi. Bagi mewujudkan dan mengekalkan keharmonian,
persefahaman dan toleransi di antara ahli masyarakat, campur tangan
daripada kerajaan perlu untuk mengurangkan jurang agihan pendapatan
dan kekayaan.

1.4.4 Mengurangkan Halangan Bagi Pertandingan Sempurna

Andaian bahawa mekanisme pasaran dapat menghasilkan penggunaan
sumber yang cekap adalah berdasarkan wujudnya pertandingan atau
persaingan sempurna dalam pasaran barangan. Adakah anda masih ingat
beberapa keadaan yang perlu ada bagi membolehkan pasaran
pertandingan sempurna wujud? Antaranya ialah

(i) Barangan bersifat seragam;
(ii) Harga ditentukan melalui pasaran;
(iii) Tiada halangan untuk keluar atau masuk dalam pasaran;
dan
(iv) Pihak pengguna dan pengeluar mempunyai pengetahuan
sempurna mengenai barangan dan pasaran.

Sekiranya anda dapat menghasilkan satu barangan yang seragam seperti
sabun mandi, adakah mudah bagi anda memasuki pasaran bagi
memasarkan barangan tersebut? Dalam pasaran telah ada banyak jenama
sabun mandi yang terkenal dan diminati. Sabun mandi anda masih belum
dikenali. Anda tentu memerlukan modal yang tinggi untuk mengeluarkan,
memperkenalkan dan memasarkan sabun mandi tersebut. Adakah anda
boleh bersaing di pasaran antarabangsa? Nampaknya sukar untuk anda
memasuki pasaran kecuali melalui kemudahan kredit yang diberikan
kepada usahawan baru seperti anda. Polisi pemberian kredit seperti ini
diwujudkan oleh kerajaan untuk mengurangkan halangan memasuki
pasaran.

Perhatikan pula contoh berikut mengenai masalah pengetahuan
sempurna. Apabila anda menonton televisyen, anda dihidangkan dengan



10
pelbagai iklan rokok. Ada jenama rokok yang menunjukkan aksi seorang
hero dengan kereta mewah bersama wanita pujaan, ada juga yang
menggambarkan suasana ketenangan dan kenikmatan yang tidak
terhingga. Kita terpengaruh dan ingin merasakan keadaan yang sama.
Caranya tentulah dengan menghisap rokok berkenaan. Malangnya,
maklumat mengenai kesan-kesan menghisap rokok ke atas kesihatan
tubuh badan kita tidak mungkin diiklankan secara langsung. Melalui
polisi kerajaan ke atas etika periklanan, pengguna didedahkan kepada
pengetahuan yang lebih sempurna mengenai sesuatu barangan. Maka,
semua iklan rokok perlu menyatakan bahaya merokok kepada pengguna.

Dua contoh di atas merupakan antara tindakan yang dilakukan oleh
kerajaan untuk mengelakkan atau meminimumkan halangan-halangan
untuk mewujudkan pasaran pertandingan sempurna. Sebenarnya,
walaupun semua halangan terhadap persaingan sempurna dapat
dielakkan, ciri-ciri pengeluaran dan penggunaan beberapa jenis barangan
adalah sebegitu rupa sehingga mengakibatkan barangan tersebut tidak
dapat diadakan atau dikeluarkan melalui mekanisme pasaran terbuka
secara cekap. Antara masalah yang dimaksudkan ialah kuasa monopoli,
barangan awam, eksternaliti dan ketiadaan penawaran.

1.4.5 Mengurangkan Masalah Disebabkan Kuasa Monopoli

Monopoli mempunyai kemampuan untuk mengenakan harga yang tinggi
daripada kos marginal menyebabkan peruntukan sumber menjadi tidak
cekap. Hal ini dapat dilakukan kerana sebagai satu-satunya pengeluar atau
pihak yang menawarkan barangan, ia dapat mengehadkan kuantiti
barangan yang ditawarkan atau menentukan pihak pembeli yang akan
dapat menggunakan barangan itu. Akibat daripada keadaan ini, wujud
ketidakcekapan peruntukan sumber yang dipanggil sebagai kehilangan
kebajikan akibat daripada kuasa monopoli.

Kehilangan kebajikan ini berlaku disebabkan lebihan pengguna bagi
barangan yang ditawarkan oleh pasaran monopoli adalah lebih rendah
berbanding dengan lebihan pengguna yang didapati jika barangan
berkenaan ditawarkan melalui pasaran pertandingan sempurna. Apakah
yang anda faham mengenai lebihan pengguna? Lebihan pengguna ialah
jumlah faedah yang diperolehi daripada penggunaan sesuatu barangan
ditolak harga sebenar yang dibayar untuk mendapatkan barangan itu.

Rajah 1.1 menunjukkan kepada anda kesan terhadap kebajikan pengguna
jika barangan ditawarkan oleh pasaran monopoli dan bukan monopoli.
DD ialah keluk permintaan normal bagi barangan tertentu. Keluk SM
ialah keluk penawaran oleh monopoli dan keluk SB ialah keluk
penawaran oleh bukan monopoli. Bagi barangan yang ditawarkan oleh



11
bukan monopoli, persilangan antara keluk DD dan SB akan membawa
kepada harga keseimbangan sebanyak P dan kuantiti keseimbangan
sebanyak QB. Ini bermakna lebihan pengguna adalah sebanyak DPE.

Rajah 1.1
Lebihan Pengguna dalam Pasaran Monopoli dan Bukan Monopoli


Harga
SM

D SB

B
P*
E
P


A
D


0 QM QB Kuantiti



Sebaliknya, kita dapat perhatikan bahawa keluk penawaran monopoli, SM
adalah lebih tinggi berbanding dengan penawaran oleh bukan monopoli.
Keadaan ini berlaku kerana monopoli mempunyai keupayaan
mengehadkan kuantiti barangan yang ditawarkan untuk menaikkan harga.
Apabila keluk SM bersilang dengan keluk permintaan DD, anda akan
dapati harga keseimbangan berada pada P* dan kuantiti adalah QM. Ini
bermakna lebihan pengguna yang akan diperoleh oleh pengguna ialah
sebanyak DP*B. Maka, kita dapati bahawa pengguna telah kerugian
sebanyak PP*BE apabila barangan ini ditawarkan oleh monopoli.
Kerugian ini merupakan kerugian kebajikan yang ditanggung oleh
pengguna akibat penawaran barangan oleh monopoli.

Kebanyakan kerajaan mengadakan undang-undang untuk mengawal
kewujudan kuasa monopoli. Ini tidak bermaksud bahawa pengeluaran
oleh monopoli akan sentiasa membawa kepada ketidakcekapan.
Sesetengah pengeluaran barangan akan menjadi tidak cekap jika
ditawarkan oleh banyak firma. Misalnya, penyediaan air paip ke rumah-
rumah tidak sepatutnya dilakukan oleh lebih daripada satu firma. Begitu
juga dengan bekalan elektrik. Cuba anda bayangkan jika terdapat
beberapa buah firma menyediakan bekalan elektrik ke kawasan kediaman
anda. Tentu terdapat banyak tiang elektrik yang meningkatkan risiko di
samping kos yang tinggi terpaksa ditanggung oleh semua firma
berkenaan. Kos yang tinggi akan ditanggung kemudian oleh pengguna
melalui bayaran yang mahal. Disebabkan keperluan untuk mengekalkan



12
pengeluaran melalui monopoli dalam sesetengah keadaan, kerajaan
bertindak dengan mengawal perjalanan firma berkenaan agar dapat
meminimumkan kesan negatif kepada pengguna.

1.4.6 Memastikan Penawaran Barangan Awam

Terdapat beberapa barangan yang dipanggil sebagai barangan awam atau
barangan sosial tidak sesuai dikeluarkan secara langsung melalui
mekanisme pasaran atau transaksi biasa di antara pengguna dan
pengeluar. Terdapat kes yang menunjukkan pasaran gagal sepenuhnya
manakala dalam kes yang lain, ia hanya gagal berfungsi secara cekap.
Sebelum dapat dibincangkan kenapakah barangan ini tidak dapat
ditawarkan secara cekap melalui mekanisme pasaran, eloklah kita lihat
dahulu ciri-ciri barangan untuk menentukan jenis barangan.

Terdapat tiga jenis barangan dalam ekonomi. Pertama yang
diklasifikasikan sebagai barangan privet atau swasta. Ia mempunyai ciri-
ciri pengasingan dan persaingan. Kedua, barangan awam yang
mempunyai ciri-ciri tiada pengasingan dan tiada persaingan. Ketiga,
barangan yang mempunyai salah satu ciri pengasingan atau persaingan
dan ia dikenali sebagai barangan tol.

1. Ciri Pengasingan

Ciri pengasingan bermaksud sesuatu barangan itu dapat dibezakan di
antara pemilik dan bukan pemilik. Apabila anda membeli barangan
tertentu anda mendapat hak milik eksklusif ke atas barangan berkenaan.
Contohnya anda membeli sebungkus nasi lemak. Nasi lemak berkenaan
telah menjadi milik anda dan tidak dapat dibeli oleh orang lain. Jika anda
membeli sepasang kasut baru, ia akan menjadi milik anda.

2. Ciri Persaingan

Ciri persaingan bermaksud penggunaan barangan itu menimbulkan
faedah kepada pemilik atau pembeli sahaja. Faedah barangan tersebut
tidak dapat dirasai oleh semua orang. Apabila nasi lemak yang anda beli
tadi dimakan oleh anda, maka tentulah anda merasa puas dan kenyang.
Orang lain yang tidak dapat makan nasi lemak berkenaan tentu tidak
merasa faedah daripada kesedapan nasi lemak tadi. Dengan perkataan
lain, penggunaan oleh seorang individu akan menyebabkan faedah
kepada orang lain berkurangan atau terjejas.

3. Ciri Tiada Pengasingan

Ciri tiada pengasingan bermaksud penggunaan barangan tertentu tidak
terhad kepada seorang pengguna sahaja. Sebaliknya, ia dapat digunakan



13
oleh ramai orang pada masa yang sama. Contohnya, cahaya lampu jalan
dapat dinikmati oleh ramai orang pada masa yang sama. Ini bermaksud
tidak ada seorang individu yang mendapat hak penggunaan secara
eksklusif bagi barangan itu. Ciri ini juga dikatakan sebagai penggunaan
bersama.

4. Ciri Tiada Persaingan

Ciri tiada persaingan membawa implikasi bahawa faedah yang dinikmati
oleh seseorang pengguna tidak mengurangkan faedah yang didapati oleh
orang lain. Cahaya lampu jalan tadi tidak akan berkurangan apabila
terdapat lebih daripada seorang pengguna pada satu masa. Semua orang
mendapat cahaya yang sama banyak dan masing-masing mendapat
faedah daripada cahaya lampu jalan tersebut.


Dapatkah anda berikan beberapa contoh barangan
swasta dan awam?


Berdasarkan ciri-ciri tersebut, kita dapati mekanisme pasaran swasta
sesuai untuk menyediakan barangan swasta. Ini kerana ia berasaskan
pertukaran (exchange) dan pertukaran hanya boleh berlaku apabila
terdapat hak milik eksklusif ke atas barangan tersebut. Oleh itu,
pengguna boleh dihalang daripada menggunakannya jika tidak membayar
harganya. Ciri pengasingan sesuai untuk barangan swasta kerana apabila
pengguna membayar harganya, dia akan mendapat hak penggunaan.
Sebaliknya, bagi barangan awam, adalah tidak cekap untuk menghalang
mana-mana individu pengguna daripada menggunakan atau
mendapatkan faedah daripada barangan itu terutamanya apabila ia tidak
menjejaskan penggunaan orang lain.

Pengguna juga mengehendaki barangan awam sebagai sebahagian
daripada barangan keperluan mereka. Oleh itu, pengguna perlu
menyatakan nilai terhadap barangan awam seperti dia menyatakan nilai
terhadap barangan swasta. Bagi menentukan penawaran barangan awam,
nilai yang dinyatakan oleh pengguna tidak dicampurkan secara mendatar
seperti barangan swasta. Ia perlu dicampurkan secara menegak untuk
menentukan harga. Bagaimanapun, pengguna yang rasional tentu tidak
mahu menyatakan nilai barangan awam terhadap dirinya kerana
merasakan sumbangan nilainya terlalu kecil disebabkan terdapat ramai
pengguna lain.

Bagi melihat dengan lebih jelas nilai yang diberikan oleh individu untuk
sesuatu barangan awam, kita gunakan contoh pertunjukan bunga api
yang diadakan semasa menyambut Hari Kemerdekaan. Andaikan



14
pertunjukan tersebut dapat disaksikan dengan jelas oleh 100,000 orang
dan kos yang diperlukan bagi menjayakan pertunjukan ialah RM10,000.
Oleh itu, jika 100,000 orang memberikan nilai yang sama terhadap
keseronokan menikmati pertunjukan itu, maka kos atau harga yang perlu
dibayar oleh setiap orang hanyalah 10 sen. Ini menunjukkan bahawa
sumbangan setiap individu adalah kecil kerana terdapat ramai pengguna
yang lain.

Semua orang yang dapat menyaksikan pertunjukan bunga api itu tahu
bahawa mereka tidak dapat dihalang daripada menyaksikan pertunjukan
walaupun mereka tidak membayar harga barangan itu. Maka, pengguna
akan bertindak sebagai penunggang bebas (free rider) kerana tidak mahu
membuat sebarang sumbangan dari segi bayaran tetapi mahu terus
menikmati barangan tersebut selagi ia disediakan untuk semua orang.
Apabila ramai orang bertindak begitu, maka terputuslah hubungan di
antara pengeluar dan pengguna. Walaupun pengeluar menanggung kos
menyediakan barangan awam tetapi pihak pengguna tidak mahu
membayar harganya.

Disebabkan oleh ciri-ciri tiada pengasingan dan tiada persaingan, sukar
untuk menghalang mereka yang tidak membayar daripada menikmati
faedah yang diperolehi daripada barangan awam. Pasaran swasta
dikatakan cenderung untuk tidak menyediakan barangan awam dengan
mencukupi (under produce) kerana pengeluar swasta tidak mempunyai
keinginan untuk menyediakan sesuatu barangan di mana pengguna
mendapat faedah tetapi tidak mempunyai insentif untuk membayar
harganya. Oleh itu, pasaran swasta gagal menyediakan barangan awam
dengan mencukupi dan campur tangan kerajaan diperlukan bagi
memastikan barangan ini disediakan dengan secukupnya kepada orang
ramai.


Adakah telefon awam sejenis barangan awam? Nyatakan
ciri-cirinya.


1.4.7 Mengurangkan Masalah Eksternaliti

Eksternaliti merupakan kesan sampingan atau kesan limpahan kepada
pihak ketiga yang timbul akibat daripada pengeluaran atau penggunaan
sesetengah barangan. Ia juga dikatakan sebagai kesan luaran. Ia akan
menyebabkan berlakunya kegagalan pasaran apabila penawaran dan
permintaan tidak menunjukkan semua faedah dan semua kos untuk
mengeluarkan dan menggunakan sesuatu barangan. Oleh itu, harga yang
terhasil daripada interaksi penawaran dan permintaan bukan merupakan
harga yang betul.



15
Eksternaliti dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu eksternaliti positif
dan negatif. Eksternaliti positif ialah kesan baik kepada pihak ketiga
akibat pengeluaran atau penggunaan barangan tertentu. Kita ambil
suntikan Rubela sebagai contoh. Suntikan ini diberikan kepada golongan
wanita ketika umur remaja atau pada awal dua puluhan. Ia bertujuan
memberikan ketahanan kepada wanita berkenaan daripada jangkitan
penyakit campak. Penyakit ini tidaklah berbahaya kepada wanita dewasa.
Bagaimanapun, ia mungkin menyebabkan komplikasi seperti kecacatan
atau kematian bayi dalam kandungan jika ibu menghidapi penyakit ini.
Pihak pertama ialah pengguna barangan iaitu wanita yang disuntik
dengan vaksin berkenaan sementara pihak kedua ialah pengeluar iaitu
pembekal atau penjual vaksin itu. Bayi dalam kandungan merupakan
pihak ketiga yang menikmati faedah daripada penggunaan barangan ini.


Dapatkah anda berikan contoh barangan lain yang
mempunyai kesan eksternaliti positif?


Eksternaliti negatif pula merupakan kesan buruk kepada pihak ketiga
disebabkan oleh pengeluaran atau penggunaan sesuatu barangan. Semua
jenis pencemaran merupakan contoh eksternaliti negatif. Anda dapat
lihat bagaimana masyarakat menanggung kos akibat daripada bunyi yang
amat bising, air yang tercemar atau udara yang tercemar. Rokok
merupakan satu barangan yang mempunyai eksternaliti negatif. Cuba
perhatikan apa yang berlaku apabila anda menghisap rokok. Asap yang
keluar daripada rokok tersebut akan mencemarkan udara yang disedut
oleh orang lain di sekeliling anda. Mereka mungkin bukan penggemar
rokok tetapi mengalami sesak nafas atau batuk-batuk akibat keracunan
asap rokok anda. Siapakah yang akan membayar ganti rugi kepada
mereka akibat daripada kos yang mereka tanggung itu?

Bagi barangan yang mempunyai ciri eksternaliti positif, ia mendatangkan
faedah sosial kepada orang lain dan sepatutnya ditingkatkan pengeluaran
atau penggunaannya. Tanpa campur tangan kerajaan, harga akan
ditentukan oleh interaksi antara permintaan dan penawaran dalam
pasaran swasta. Ia tidak mengambil kira faedah sosial kepada pihak
ketiga. Oleh itu, barangan ini selalunya lebih mahal daripada sepatutnya.
Bagi menggalakkan penawaran atau penggunaannya, kerajaan boleh
mengambil tindakan seperti berikut:

(i) Menawarkan sendiri secara percuma atau pada kos yang
rendah kepada masyarakat; atau
(ii) Memberikan subsidi kepada pengguna atau pengeluar
untuk meningkatkan penggunaan atau pengeluaran
barangan berkenaan.



16
Sebaliknya, bagi barangan yang mempunyai ciri eksternaliti negatif, kos
sosial yang timbul tidak diambil kira dalam penentuan harga
menyebabkan harga barangan berkenaan murah daripada sepatutnya. Ini
bermakna bahawa pasaran swasta telah terlebih memperuntukkan
sumber bagi barangan ini. Disebabkan kesan yang tidak baik kepada
masyarakat, barangan ini perlu dihadkan penggunaan atau
pengeluarannya. Antara tindakan yang dapat dilakukan oleh kerajaan
untuk mengurangkan kesan negatif ini adalah melalui

(i) Pengenaan cukai;
(ii) Denda atau penalti; atau
(iii) Mengadakan peraturan atau sekatan.

Tindakan-tindakan tersebut akan menyebabkan harga barangan ini
menjadi lebih mahal kepada pengguna atau pengeluar. Diharapkan
melalui kenaikan harga atau kos kepada pengguna atau pengeluar,
kuantiti diminta atau ditawarkan dalam pasaran akan dapat dikurangkan.

1.4.8 Penyediaan Barangan yang Tidak Ditawarkan Swasta

Ada beberapa barangan yang mempunyai permintaan tetapi tidak
terdapat penawaran. Contoh yang dapat diberikan di sini ialah insurans
kemiskinan. Kita dapati tidak ada syarikat insurans yang sanggup
mengadakan insurans ini. Seseorang boleh membeli polisi insurans
kemiskinan semasa kaya, membayar premium dan kemudian memungut
pampasan apabila jatuh miskin atau bankrap. Anda tentu dapat
bayangkan jika ada syarikat yang menyediakan insurans dalam bentuk ini,
ia tentu akan menjadi tumpuan ramai pihak yang menjangkakan akan
menjadi miskin atau yang tidak sanggup berusaha tetapi ingin mendapat
keuntungan dengan mudah.

Insurans kemiskinan walaupun diperlukan tidak dapat disediakan dengan
mencukupi oleh pasaran swasta. Ini bermakna, pihak yang kurang
bernasib baik dan memerlukan bantuan akibat terperangkap dalam
putaran ganas kemiskinan akan sentiasa miskin. Oleh itu, kerajaan perlu
campur tangan untuk menawarkan insurans kemiskinan melalui
pemberian dan subsidi kepada pihak yang memerlukan bantuan. Subsidi
boleh diberikan dalam pelbagai bentuk. Antaranya ialah wang tunai,
barang keperluan, input pertanian atau kemudahan kredit.

1.4.9 Penyediaan Barangan untuk Keadilan Sosial

Anda dapat melihat bahawa kerajaan juga menyediakan beberapa jenis
barangan untuk membantu pihak yang kurang bernasib baik
mendapatkan barangan berkenaan pada harga yang murah atau percuma.



17
Barangan ini merupakan barangan swasta atau barangan yang
mempunyai eksternaliti positif. Antaranya termasuk pendidikan percuma
kepada kanak-kanak, bantuan buku teks, perkhidmatan kesihatan yang
murah, sistem pembetungan yang memuaskan, jaringan jalan raya yang
baik dan penyelidikan pertanian. Diharapkan apabila golongan kurang
berkemampuan mendapat kemudahan-kemudahan berkenaan, taraf
hidup mereka dapat diperbaiki dan mereka dapat menjalani kehidupan
yang lebih sempurna.



SOALAN DALAM TEKS 1.3


1. Kenapakah keluaran monopoli menimbulkan masalah
kepada pengguna?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan barangan awam?
3. Terangkan mengenai gelagat penunggang bebas.



Semak jawapan anda di akhir bab ini.



1.5 RUMUSAN

Setelah mengikuti bab ini anda tentu faham bahawa terdapat dua bentuk
pasaran dalam sesebuah negara iaitu pasaran swasta dan pasaran awam.
Kedua-duanya bertindak dengan cara yang berlainan untuk memenuhi
kehendak masyarakat. Harga adalah petunjuk yang penting dalam
pasaran swasta sementara pasaran awam pula mengutamakan hasrat
pengundi dan pembuat-pembuat polisi.

Apabila kita mengatakan bahawa terdapat batasan kepada kecekapan
mekanisme pasaran swasta dan memerlukan polisi-polisi awam atau
campur tangan kerajaan untuk memperbaiki atau mengganti, ini tidak
bermakna polisi atau campur tangan kerajaan akan sentiasa dapat
memperbaiki prestasi sistem ekonomi. Kadang-kadang keputusan atau
tindakan kerajaan mungkin tersilap, terlewat, tidak cekap atau tidak
saksama seperti juga keputusan dalam pasaran swasta. Keadaan seperti
ini dikatakan sebagai kegagalan kerajaan.





18


SOALAN PENILAIAN KENDIRI


1. Mempelajari kewangan awam membolehkan anda

A. Mengkaji cara-cara kerajaan membiayai aktiviti-aktivitinya.
B. Mempunyai asas untuk memahami peranan ekonomi
kerajaan.
C. Melihat kesan-kesan tindakan kerajaan ke atas kebajikan
masyarakat.
D. Semua di atas.

2. Penyediaan barang dan perkhidmatan oleh kerajaan memerlukan
sumber

A. Buruh.
B. Peralatan.
C. Bangunan.
D. Tanah.
E. Semua yang dinyatakan .

3. Cukai-cukai yang dibayar mempunyai hubungan langsung dengan
faedah yang diterima daripada penyediaan barang dan
perkhidmatan oleh kerajaan.
Betul/Salah

4. Masalah penunggang bebas ialah satu contoh kegagalan kerajaan.

Betul/Salah

5. Tidak seperti pengguna, pembuat polisi membuat keputusan
berdasarkan pengetahuan sempurna.
Betul/Salah

6. Di Malaysia, kerajaan telah menyediakan kemudahan kesihatan
awam kepada rakyat. Bincangkan tujuan kerajaan mengamalkan
dasar berkenaan daripada perspektif ekonomi sektor awam.

7. Penyiaran awam merupakan barangan awam. Adakah anda
bersetuju dengan kenyataan tersebut? Jawapan anda perlu
merujuk kepada ciri-ciri barangan dan kepentingan penyiaran
kepada masyarakat.




Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.




19
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 1.1

1. Salah

2. D

3. Kegagalan pasaran berlaku apabila pasaran swasta tidak dapat
memperuntukkan sumber berdasarkan kehendak masyarakat.
Ada kalanya pasaran swasta menyediakan terlalu banyak kuantiti
sesuatu barangan yang membawa kesan negatif atau terlalu
sedikit barangan yang membawa kebaikan. Sebagai contoh,
pasaran swasta menyediakan pusat-pusat hiburan yang
menguntungkan pengusaha tetapi membawa implikasi negatif
kepada sebahagian ahli masyarakat.

Sebaliknya, kegagalan kerajaan berlaku apabila campur tangan
kerajaan dalam ekonomi tidak memberikan kesan yang lebih baik
daripada operasi pasaran swasta yang ada. Ini berlaku kerana
tindakan kerajaan mungkin menyebabkan kebebasan pengguna
dan pengeluar membuat keputusan telah tersekat dan semakin
banyak pihak menanggung kerugian akibat daripada campur
tangan kerajaan berbanding apabila pasaran swasta dibenarkan
beroperasi secara automatik.

4. Kos melepas ialah kos atau kerugian yang ditanggung apabila
membuat sesuatu pilihan. Disebabkan kekangan sumber seperti
modal dan tenaga, kita tidak dapat mencapai semua kehendak
kita pada masa yang sama. Contohnya jika anda mempunyai
lebihan pendapatan sebanyak RM100, maka anda dapat membeli
satu barangan pada harga tersebut atau menyimpan wang
berkenaan di bank atau meminjamkannya kepada rakan baik
anda. Bagaimanapun, anda hanya dapat memilih salah satu
daripada tindakan tersebut dan bukan semuanya. Jika anda
memilih untuk membeli barangan, maka anda terpaksa
mengorbankan peluang menyimpan wang tersebut dan peluang
berbakti kepada rakan anda.

SDT 1.2

1. Kementerian ialah agensi utama sektor awam. Ia berfungsi
sebagai penggubal dasar, di samping merancang, mengawal dan
menyelaraskan pelaksanaan perkara-perkara yang berkaitan
dengan tanggungjawab sesuatu kementerian. Sebaliknya jabatan



20
ialah agensi yang melaksanakan dasar. Aktiviti harian jabatan
ialah memberi khidmat secara langsung kepada masyarakat.
Kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang dibantu oleh
Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen. Ketua Setiausaha
ialah pegawai tadbir tertinggi bagi kementerian. Bagi jabatan pula,
pegawai tadbir utama ialah Ketua Pengarah jabatan berkenaan.

2. Universiti Utara Malaysia.

SDT 1.3

1. Pengeluaran monopoli menimbulkan masalah kepada pengguna
kerana ia berkeupayaan untuk mengenakan harga yang tinggi
daripada kos marginal (dengan mengehadkan kuantiti). Akibatnya
peruntukan sumber menjadi tidak cekap kerana pengguna
mengalami kehilangan kebajikan akibat pengenaan harga yang
lebih tinggi oleh monopoli berbanding jika barangan itu
ditawarkan oleh bukan monopoli. Kehilangan kebajikan berlaku
kerana lebihan pengguna telah berkurangan apabila harga
barangan lebih tinggi daripada sepatutnya.

2. Barangan awam ialah barangan yang mempunyai ciri tiada
pengasingan dan tiada persaingan. Ciri tiada pengasingan
bermaksud barangan ini boleh digunakan oleh ramai orang pada
satu masa. Tidak ada mana-mana pihak yang boleh dihalang
daripada menggunakan barangan tersebut. Ciri tiada persaingan
membawa maksud faedah yang dinikmati oleh seorang individu
yang menggunakan barangan itu tidak berkurangan apabila
terdapat lebih daripada satu orang menggunakan barangan
berkenaan. Pertahanan negara merupakan satu barangan awam
tulen. Semua penduduk berhak mendapatkan perlindungan
daripada ancaman dalam dan luar negara. Pertambahan bilangan
penduduk tidak akan menyebabkan faedah kepada mana-mana
penduduk sebelum itu berkurangan apabila sistem pertahanan
yang baik diwujudkan.

3. Gelagat penunggang bebas ialah satu tindakan yang diambil oleh
individu untuk menikmati faedah daripada penyediaan sesuatu
barangan tanpa menyumbangkan bayaran. Gelagat ini cenderung
dilakukan apabila sekatan penggunaan tidak dapat dikenakan ke
atas individu melalui pengenaan harga. Bagi barangan yang tidak
dapat ditentukan hak milik secara eksklusif, ramai orang akan
bertindak untuk menikmati faedah walaupun mereka tidak
membayar untuk mendapatkan hak menggunakan barangan
berkenaan.



21
BAB 2

FUNGSI -FUNGSI SEK TOR AWAM



OBJEKTIF BAB


Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menilai keberkesanan fungsi-fungsi utama sektor awam.
2. Membezakan antara penyediaan dan pengeluaran awam
3. Mengenal pasti beberapa konsep dan ukuran agihan.
4. Menganalisis keupayaan sektor awam menangani masalah
ekonomi.


2.1 PENGENALAN

Institusi kerajaan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
harian kita. Ia dicipta untuk mengawal tindakan-tindakan ahli-ahli
masyarakat yang tinggal bersama supaya wujud keadilan, kesejahteraan
dan kemakmuran. Di samping itu, ia juga diharapkan dapat memenuhi
beberapa keperluan masyarakat untuk kehidupan yang selamat dan
selesa. Masyarakat pada masa yang sama mempunyai tanggungjawab
untuk membantu membiayai aktiviti-aktiviti sektor awam sebagai balasan
kepada perlindungan dan peranan yang dilaksanakan oleh sektor awam.
Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat mengenai peranan
yang seharusnya dilaksanakan oleh sektor awam.

Kita akan bincangkan dengan teliti fungsi-fungsi tradisional yang
biasanya dilaksanakan oleh sektor awam dalam bab ini. Empat fungsi
utama yang dimaksudkan ialah perlindungan, peruntukan, pengagihan
dan penstabilan. Mari kita lihat fungsi yang pertama dan paling penting
iaitu fungsi perlindungan.

2.2 FUNGSI PERLINDUNGAN

Pada kebiasaannya, sistem pasaran dikatakan dapat memperuntukkan
sumber-sumber dengan cekap kerana individu mempunyai hak untuk
menukarkan output yang dikeluarkan oleh mereka dengan output yang
dikeluarkan oleh pihak lain. Andaian di sini ialah individu mempunyai
hak ke atas output yang dikeluarkan oleh mereka. Bagaimanapun, harus
diakui bahawa hak ini dilindungi dengan adanya sistem pertahanan,



22
pasukan polis dan sistem kehakiman. Kita katakan sektor awam
menyediakan fungsi perlindungan apabila ia melindungi harta benda dan
hak-hak individu untuk menguatkuasakan kontrak, memberi kebebasan
kepada individu untuk beragama, bercakap, bebas dari penganiayaan dan
menyelesaikan pertikaian yang wujud.

Adakah anda bersetuju bahawa tanpa perlindungan kerajaan terhadap
hak-hak individu, maka individu perlu melindungi sendiri hak-hak
mereka dan ini akan mengurangkan kecekapan ekonomi mereka? Sebagai
contoh, untuk menjaga keselamatan mereka, individu boleh mengambil
tindakan seperti tidak keluar malam, mengunci semua pintu dan tingkap,
memasang alat penggera keselamatan, menggaji pengawal keselamatan
atau mengadakan kawalan sendiri. Melindungi hak ke atas nyawa, harta
benda dan kebebasan sebenarnya sukar dilakukan sendiri oleh individu.
Oleh itu, manusia telah mencipta institusi pemerintah atau kerajaan
untuk melaksanakan fungsi ini bagi pihak mereka.

Bagi menyempurnakan fungsi ini, kerajaan perlu memperuntukkan
sumber-sumber. Sebagai contoh, apabila kerajaan berhasrat menyediakan
sistem pertahanan yang baik, ia memerlukan perbelanjaan yang besar. Ini
kerana kerajaan perlu membeli senjata dan kelengkapan pertahanan yang
lain, membina infrastruktur seperti markas dan kubu, membayar gaji
tentera, membiayai latihan perang dan banyak lagi. Anda tentu dapat
bayangkan perbelanjaan yang diperlukan untuk menyediakan
perkhidmatan keselamatan dan ketenteraman awam serta menyelesaikan
pertikaian di antara ahli-ahli masyarakat.


Adakah anda bersetuju dengan pendapat bahawa
semakin tinggi perbelanjaan kerajaan untuk pertahanan
negara, semakin tinggi kualiti perlindungan kepada
penduduk tempatan?


2.3 FUNGSI PERUNTUKAN

Mari kita lihat pula tanggungjawab kedua sektor awam yang tidak kurang
pentingnya. Proses di mana sumber-sumber terhad diperuntukkan dan
barangan ditukar milik boleh berlaku sama ada dalam pasaran swasta atau
pasaran awam. Jika anda menyemak bab satu dalam modul ini, anda akan
dapati bahawa pasaran swasta beroperasi apabila sumber-sumber
diperuntukkan berdasarkan sistem harga. Sebaliknya, pasaran awam
memperuntukkan sumber melalui keputusan pengundi dan pembuatan
keputusan dalam proses pembuatan polisi.



23
Oleh kerana kedua-dua sektor awam dan swasta wujud pada masa yang
sama dalam negara, maka negara tersebut perlu menentukan gabungan
peruntukan sumber antara sektor awam dan sektor swasta. Berapa
banyakkah barangan awam dan swasta yang hendak dikeluarkan dalam
negara tersebut? Ini kerana penyediaan barangan tersebut terpaksa
menggunakan sumber-sumber terhad. Anda tentu masih ingat
perbincangan kita mengenai kos melepas dalam bab sebelum ini. Jika
kerajaan membuat keputusan untuk mengeluarkan sesuatu barangan,
katakanlah senjata api, maka sumber-sumber seperti modal dan
kakitangan adalah diperlukan. Maka, sumber-sumber tersebut tidak dapat
lagi digunakan untuk pengeluaran barangan lain. Kos benar bagi
barangan yang disediakan atau dikeluarkan oleh sektor awam ialah nilai
barang dan perkhidmatan sektor swasta yang perlu dikorbankan apabila
sumber-sumber dipindahkan untuk kegunaan sektor awam.

Polisi-polisi perbelanjaan dan cukai selalu memberi kesan terhadap
peruntukan sumber. Perbelanjaan kerajaan untuk membina perumahan
awam, menyediakan sistem pertahanan dan membiayai program-program
penyelidikan merupakan antara polisi-polisi yang memenuhi fungsi
peruntukan. Polisi-polisi berkenaan bertujuan memindahkan sumber-
sumber daripada kegunaan yang kurang diperlukan kepada kegunaan
yang diingini. Malah, untuk mengumpulkan hasil kepada kerajaan dalam
bentuk cukai sekalipun melibatkan peruntukan sumber. Anda mungkin
hairan kenapakah sumber perlu diperuntukkan bagi mengumpulkan hasil
untuk kerajaan. Ia perlu kerana organisasi perlu diwujudkan, kakitangan
perlu dibayar, peralatan perlu dibeli dan beberapa perbelanjaan lain perlu
diadakan.

Maka, semua ekonomi perlu menjawab soalan-soalan berikut:

(i) Apakah barang dan perkhidmatan yang akan
dikeluarkan?;
(ii) Bagaimanakah ia akan dikeluarkan? Adakah ia
dikeluarkan oleh sektor awam atau swasta?; dan
(iii) Siapakah yang akan mendapat barang dan perkhidmatan
yang dikeluarkan itu?

Oleh kerana kedua-dua sektor awam dan swasta dalam sesebuah negara
terlibat dalam penyediaan barangan, maka pembahagian peruntukan
sebenar (actual allocation) di antara kedua-dua sektor sememangnya wujud
setiap masa. Pada masa yang sama, perlu juga diketahui apakah gabungan
peruntukan yang optimum antara keluaran oleh sektor awam dan
keluaran sektor swasta. Gabungan peruntukan optimum ini melibatkan
beberapa angkubah seperti cita rasa dan permintaan pengguna,
kedudukan ekonomi dan sumber dalam negara, serta tekanan politik.



24
Keseimbangan antara pengeluaran oleh sektor awam dan swasta dapat
diperhatikan melalui keluk kemungkinan-pengeluaran. Anda dapat
melihat melalui Rajah 2.1 mengenai kombinasi pengeluaran oleh sektor
awam dan swasta dalam sesebuah ekonomi. Keluk ini mengandaikan
sumber-sumber produktif dan teknologi dapat ditentukan dan digunakan
di tahap maksimum. Pada titik A, DX
1
unit barangan swasta dikorbankan
oleh individu bagi membolehkan kerajaan menyediakan 0K
1
unit
barangan. Sumber-sumber yang sepatutnya digunakan untuk
menyediakan DX
1
unit barang swasta telah digunakan oleh sektor awam
bagi melaksanakan fungsinya.

Rajah 2.1
Keluk Kemungkinan-Pengeluaran


Keluaran sektor
awam C
K
2
B




K
1
A





0 X
2
X
1
D
Keluaran sektor swasta


Semakin banyak barangan yang dikeluarkan oleh sektor awam, semakin
banyak sumber yang perlu dikorbankan oleh sektor swasta. Hal ini dapat
diperhatikan pada titik B. Peningkatan keluaran sektor awam kepada 0K
2
,
menyebabkan keluaran swasta terpaksa dikurangkan kepada 0X
2
. Bagi
tujuan ini, kerajaan mungkin mengenakan lebih banyak cukai dan ini
mengurangkan sumber yang dapat digunakan oleh sektor swasta.

Titik peruntukan sumber optimum dan titik peruntukan sebenar
mungkin sama. Andaikan A ialah pembahagian peruntukan optimum
sumber di antara kedua-dua sektor; di mana 75% sumber diperuntukkan
kepada sektor swasta dan 25% kepada sektor awam. Sekiranya
peruntukan sebenar juga adalah pada titik A, maka dikatakan berlaku



25
keseimbangan sosial dalam ekonomi tersebut. Ia menggambarkan
kehendak masyarakat untuk barangan awam dan swasta dalam negara
tersebut.

Jika peruntukan sebenar pada titik B, maka peruntukan tersebut
dikatakan tidak optimum. Dengan perkataan lain, peruntukan sebenar
yang berbeza daripada peruntukan optimum menunjukkan pembahagian
sumber yang kurang cekap atau tidak saksama. Maka, keseimbangan
sosial tidak berlaku. Bagaimanapun, anda perlu faham bahawa gabungan
peruntukan optimum di antara sektor awam dan swasta bukan sesuatu
yang tetap. Ia berubah berdasarkan kehendak masyarakat mengikut nilai-
nilai tertentu pada satu-satu masa.

Negara yang memilih supaya pembahagian sumber lebih banyak bagi
sektor awam dikatakan condong kepada orientasi sosial atau ekonomi
kebajikan. Sementara negara yang cenderung menggalakkan sektor
swasta memonopoli sumber dikatakan mengamalkan sistem ekonomi
terbuka atau ekonomi berorientasikan kapitalisme.

Kita telah lihat dalam bab satu bahawa mekanisme pasaran sesuai bagi
menyediakan barangan swasta dan barangan tol. Tindakan kerajaan
didapati perlu untuk menentukan penawaran yang berterusan dan cekap
bagi barangan awam. Tahukah anda bahawa terdapat perbezaan antara
penyediaan (provision) dan pengeluaran (production) barangan awam?
Penyediaan awam bermaksud barangan tersebut dibiayai melalui
belanjawan awam dan pengguna mendapat barangan tersebut secara
percuma atau pada harga yang rendah. Ini tidak bermaksud barangan
tersebut mesti dikeluarkan oleh sektor awam.

Pengeluaran awam pula bermaksud kakitangan awam akan digunakan
untuk menawarkan barangan tersebut. Kegagalan untuk membezakan
antara penyediaan dan pengeluaran awam telah menyebabkan monopoli
sektor awam dan beban yang besar untuk mengadakan barangan awam.
Keadaan akan bertambah rumit apabila semakin banyak barangan swasta
didefinisikan sebagai barangan awam.

Di Malaysia, penyediaan barangan awam tidak lagi menjadi aktiviti utama
kerajaan pada masa ini. Beberapa barangan yang biasanya dikeluarkan
oleh sektor awam telah disediakan melalui pasaran. Antaranya termasuk
bekalan elektrik, telefon dan pembetungan. Bagaimanapun, kita dapati
pengeluaran awam bagi barangan swasta yang kemudian dijualkan kepada
orang ramai boleh juga berlaku. Contoh yang paling mudah ialah
kerajaan menjual buku laporan ekonomi kepada orang ramai.




26

Kenapakah perkhidmatan kereta api dijadikan sebagai
perkhidmatan awam oleh sesetengah negara?


Selain daripada kerajaan, pihak swasta juga boleh mengeluarkan barangan
awam. Terdapat lima cara di mana pihak swasta boleh mengeluarkan
barangan tersebut dan mendapat keuntungan pada masa yang sama iaitu
melalui:

1. Kontrak daripada kerajaan

Walaupun kerajaan bertanggungjawab menyediakan barangan tersebut,
contohnya lampu isyarat dan jalan raya, aktiviti-aktiviti ini boleh dibuat
melalui kontrak kepada sektor swasta. Para kontraktor swasta ini akan
dipilih selepas proses tawaran dan hendaklah melaksanakan tugas
mengikut spesifikasi agensi kerajaan yang telah memberikan kontrak.

2. Hak atau francais monopoli

Apabila terdapat monopoli semula jadi atau ekonomi skala yang
memerlukan sesuatu barangan itu ditawarkan oleh hanya sebuah firma,
maka satu syarikat swasta boleh dilantik oleh kerajaan untuk menawarkan
barangan tersebut atas dasar monopoli. Pada peringkat permulaan,
syarikat akan bertanding sesama sendiri untuk mendapatkan hak tersebut.
Oleh kerana peralatan yang digunakan mempunyai tempoh hayat yang
panjang serta memerlukan kos yang besar, maka hak tersebut selalu
diberikan untuk tempoh yang panjang. Syarikat yang berjaya mendapat
hak pengeluaran barangan akan membuat semua pelaburan. Anda tentu
dapat berikan satu contoh barangan yang menggunakan teknik ini di
Malaysia.

3. Kontrak pengurusan

Dalam keadaan ini, agensi awam akan mengekalkan tanggungjawab dari
segi pelaburan tetapi mengatur supaya pengurusan pihak swasta
digunakan. Kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan faedah daripada
pengurusan swasta yang lebih cepat dan tidak memerlukan pengesahan
daripada pelbagai peringkat. Sebagai contoh, perkhidmatan telefon di
Botswana diuruskan oleh sebuah syarikat swasta.

4. Baucar

Ia merupakan satu bentuk subsidi yang dapat diadakan dalam pelbagai
bentuk. Barangan yang ditawarkan kepada pengguna bukan merupakan
barangan awam tetapi barangan swasta yang disediakan oleh kerajaan



27
bagi tujuan keadilan sosial atau menggalakkan penggunaan barangan yang
mempunyai eksternaliti positif. Kita dapat melihat beberapa jenis baucar
yang digunakan di beberapa negara. Di Amerika Syarikat, food stamps
diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk
membolehkan mereka mendapat barangan makanan secara percuma.
Pihak pekedai akan mengajukan baucar tersebut untuk mendapat bayaran
daripada kerajaan. Di Chile, baucar digunakan untuk membolehkan
kanak-kanak mendapat pendidikan awam di sekolah rendah yang menjadi
pilihan ibu bapa. Sementara di Malaysia pula, warga tua yang telah
mencapai umur 55 tahun ke atas layak diberi potongan tambang kereta
api atau kapal terbang.

5. Koperasi atau kelab atau persatuan

Organisasi yang dimaksudkan merupakan organisasi sukarela yang
dikendalikan oleh para ahli koperasi atau kelab yang berkenaan. Ia
dibentuk bagi tujuan memberi faedah kepada para ahli sahaja. Individu
sanggup menjadi ahli dengan membayar yuran dan mengeluarkan
sumbangan kerana percaya mereka akan mendapat faedah bersama jika
berkongsi menyediakan barangan awam. Sebagai contoh, kelab renang
ditubuhkan untuk memenuhi hasrat sesuatu kumpulan yang sanggup
berkongsi kos menyediakan kemudahan kolam renang. Ada persatuan
yang menyediakan kemudahan stesen radio untuk manfaat ahli-ahli
mereka.



SOALAN DALAM TEKS 2.1



1. Dalam negara yang mengamalkan ekonomi
pasaran terbuka, peranan sektor awam tidak
diperlukan. Betul/Salah?
2. Bezakan antara penyediaan dan pengeluaran
awam. Berikan satu contoh bagi setiap satu
konsep tersebut.



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


2.4 FUNGSI PENGAGIHAN

Seperti yang telah dibincangkan dalam bab satu, isu agihan pendapatan
dan kekayaan tidak dapat diabaikan oleh kerajaan. Dapatkah anda
terangkan apa yang dimaksudkan dengan agihan pendapatan dan



28
kekayaan yang adil dan saksama? Sebenarnya, analisis ekonomi moden
sukar untuk memberikan jawapan yang tepat tentang persoalan ini.
Jawapan kepada persoalan ini selalu melibatkan pertimbangan nilai dalam
masyarakat. Antara pendapat beberapa ahli falsafah ialah

(i) Setiap orang berhak mendapat apa yang diusahakan;
(ii) Agihan perlu mencapai kegembiraan atau kepuasan
maksimum bagi masyarakat; dan
(iii) Kebajikan disamaratakan.

Kita dapati pendapat-pendapat berkenaan sukar untuk diterjemahkan
dalam bentuk yang objektif. Jika ia dapat dilakukan sekalipun, ia akan
meningkatkan kos kecekapan ekonomi dan merugikan. Ada pendapat
yang terlalu memihak kepada pihak yang bernasib baik dan berupaya
dalam masyarakat. Sementara yang lain terlalu mengutamakan golongan
kurang bernasib baik sehingga akan menindas pihak yang berada.
Sebenarnya, perlu ada tolak ansur dalam menyelesaikan isu agihan ini dan
ianya bukanlah mudah untuk dilaksanakan.

Walaupun semua pihak sedar bahawa terdapat pelbagai kesulitan seperti
yang disebutkan, isu agihan ini amat penting bagi polisi awam. Kita
berasa gembira apabila terdapat ramai orang kaya dalam sesebuah negara.
Bagaimanapun, jika terdapat ramai orang miskin, perkara-perkara negatif
seperti ketidakpuasan, tiada toleransi, perpecahan dan kegiatan jenayah
boleh meningkat. Banyak kerajaan di dunia berasa gusar apabila ramai
rakyat mereka yang miskin kerana kemiskinan boleh menyebabkan
unsur-unsur sosialisme merebak dengan mudah.

2.4.1 Konsep dan Ukuran

Sebelum kita lihat pendekatan yang perlu diambil oleh kerajaan untuk
menangani isu agihan ini, elok jika kita bincangkan kedudukan agihan
dalam negara. Sebelum menilai atau mengukur kedudukan agihan, aspek
lain yang tidak kurang penting untuk diperhatikan ialah isu kemiskinan.

Kemiskinan dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu kemiskinan
mutlak dan kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak merupakan keadaan
di mana seseorang tidak dapat mencapai satu taraf hidup sara diri. Ini
bermakna dia tidak dapat memenuhi keperluan asas yang penting seperti
makanan, pakaian dan tempat tinggal yang memenuhi standard minimum
tertentu bagi masa dan kawasan tertentu. Biasanya ukuran yang
digunakan untuk menilai kemiskinan mutlak ialah garis kemiskinan.
Jika seseorang mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan, dia
dikategorikan sebagai miskin.




29

Tahukah anda berapakah garis kemiskinan rakyat
Malaysia pada masa ini?


Kemiskinan relatif pula bermaksud perbandingan kedudukan ekonomi
di antara individu atau kumpulan. Individu atau kumpulan tertentu
mungkin mempunyai pendapatan di atas garis kemiskinan tetapi
merasakan diri mereka lebih miskin berbanding dengan pihak lain.
Dalam keadaan ini, kemiskinan lebih berbentuk psikologi berbanding
dengan keadaan taraf hidup sebenar.

Ukuran yang paling kerap digunakan untuk mengkaji kedudukan
ketidaksamaan dan membuat perbandingan untuk suatu jangka masa dan
di antara negara-negara ialah keluk Lorenz dan ko efisien Gini. Keluk
Lorenz menunjukkan kepada kita peratus jumlah pendapatan yang
dimiliki oleh peratusan kumulatif penduduk dalam sesebuah negara
(mengikut kedudukan termiskin hingga yang paling kaya). Anda dapat
perhatikan contoh keluk Lorenz di dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2
Keluk Lorenz

100

- 90

- 80

- 70

- 60

- 50

- 40

- 30

- 20

- 10

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

% Kumulatif Penerima Pendapatan

0
% Kumulatif
Pendapatan
A
B





30
Bentuk melengkung keluk tersebut menandakan darjah ketidaksamaan
dalam agihan pendapatan. Keluk tersebut mesti menyentuh garis 45
pada sudut bawah sebelah kiri (sifar peratus penerima pendapatan bagi
sifar peratus pendapatan) dan pada sudut kanan sebelah atas (100%
penerima mendapat 100% pendapatan). Jika semua penerima mendapat
pendapatan yang sama banyak, maka keluk Lorenz akan berada di atas
garis 45 (saksama sepenuhnya). Jika hanya seorang sahaja menerima
semua pendapatan, maka keluk Lorenz hanyalah satu titik pada sudut
bawah-kanan rajah berkenaan. Semakin jauh keluk Lorenz dari garis 45,
semakin tinggi darjah ketidaksamaan dalam negara berkenaan.

Seperti ahli statistik yang lain, anda mungkin ingin mendapatkan satu
ukuran nombor yang jelas untuk mengukur darjah ketidaksamaan yang
wujud dalam agihan pendapatan. Ukuran yang selalu digunakan untuk
tujuan ini ialah nisbah penumpuan Gini atau ko efisien Gini yang
diperolehi daripada keluk Lorenz. Nisbah ini diukur melalui nilai kawasan
A dibahagi dengan kawasan A campur B seperti di dalam Rajah 2.2.
Semakin besar kawasan A, semakin tinggi nilai nisbah penumpuan ini.
Secara teori, julat nilai nisbah ini ialah di antara sifar dan satu. Berikut
ditunjukkan formula nisbah penumpuan Gini:

A
G = (2.1)
A + B


0
G = = 0 ; pendapatan sama rata (2.2)
0 + B


A
G = = 1 ; paling tidak saksama (2.3)
A + 0

2.4.2 Pilihan di antara Agihan Semula dan Peningkatan
Pendapatan

Secara tradisi, polisi-polisi agihan selalu melibatkan pengagihan semula
pendapatan dan kekayaan melalui cara mengenakan beberapa jenis cukai
ke atas golongan yang berkemampuan dan hasil tersebut dipindahkan
kepada golongan yang kurang berkemampuan. Dapatkah anda nyatakan
beberapa contoh cukai yang dikenakan untuk mencapai objektif agihan
semula? Benar, ia termasuk cukai pendapatan individu yang
menggunakan kadar progresif, cukai ke atas keuntungan perniagaan,
cukai eksais ke atas barangan mewah seperti pakej pelancongan, kereta
mewah, barangan keluaran kulit yang diimport dan barang-barang antik.



31
Seterusnya, pindahan kepada pihak yang kurang berkemampuan boleh
dibuat dalam bentuk pemberian tunai atau barang-barang kegunaan
harian dan input pertanian. Di samping itu, perkhidmatan kesihatan dan
pendidikan yang diberikan secara percuma juga merupakan dua bentuk
subsidi yang bertujuan meningkatkan produktiviti individu. Banyak lagi
contoh yang dapat anda berikan mengenai bentuk pindahan kepada
kumpulan yang kurang berkemampuan.

Anda perlulah faham bahawa teknik cukai-pindahan ini bukanlah
merupakan satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu agihan.
Ketidaksamaan juga dapat dikurangkan dengan cara meningkatkan kuasa
mendapatkan pendapatan bagi kumpulan miskin. Jika dapat dilakukan,
teknik kedua ini perlu diutamakan berbanding dengan teknik agihan
semula. Teknik kedua ini dapat mewujudkan masyarakat yang sihat
kerana mengurangkan ketidakpuasan hati kumpulan yang berkemampuan
dan pada masa yang sama menaikkan moral kumpulan yang kurang
berkemampuan. Ini kerana, kedudukan mereka dapat diperbaiki melalui
usaha sendiri dengan bantuan kerajaan.

Bagaimanakah kerajaan dapat membantu kumpulan yang kurang
berkemampuan untuk meningkatkan kuasa mendapatkan pendapatan
mereka? Ia dapat ditingkatkan melalui polisi meningkatkan produktiviti
dan corak pertumbuhan secara tertumpu kepada kumpulan sasaran.
Kumpulan sasaran ini boleh diberikan latihan kemahiran dalam bidang-
bidang terpilih atau bantuan modal untuk mengusahakan perniagaan atau
projek-projek lain. Sekiranya corak pertumbuhan ekonomi dibuat secara
umum, maka jurang agihan tidak dapat dikecilkan.




SOALAN DALAM TEKS 2.2



1. Bagaimanakah kita dapat menyatakan seseorang itu
miskin?
2. Apakah yang dimaksudkan sebagai kemiskinan
relatif?



Semak jawapan anda di akhir bab ini.





32
2.5 FUNGSI PENSTABILAN

Fungsi penstabilan mempunyai kaitan langsung dengan pencapaian
makro ekonomi seperti guna tenaga tinggi, tingkat kestabilan harga yang
berpatutan dan kadar pertumbuhan ekonomi yang baik. Anda telah
maklum bahawa perkara-perkara tersebut tidak dapat dicapai secara
automatik melalui mekanisme pasaran tetapi memerlukan sokongan
polisi-polisi kerajaan. Tanpa campur tangan kerajaan, ekonomi selalu
mengalami turun naik yang besar, di samping mengalami gangguan dari
segi masalah pengangguran dan inflasi. Pengalaman pada tahun-tahun
1970-an menunjukkan bahawa pengangguran dan inflasi boleh berlaku
pada masa yang sama. Semakin ekonomi menjadi lebih terbuka dan
global, maka kesan-kesan ketidakstabilan akan lebih mudah dipindahkan
ke negara-negara lain.

Teori ekonomi menunjukkan kepada kita bahawa tingkat guna tenaga
dan harga dalam ekonomi bergantung kepada tingkat permintaan agregat
yang mempunyai hubungan dengan jumlah output yang dikeluarkan.
Tingkat permintaan agregat bergantung kepada keputusan-keputusan
pengguna, pengeluar dan pelabur yang berdasarkan faktor-faktor seperti
pendapatan sekarang dan masa lalu, jangkaan pendapatan dan kedudukan
ekonomi, jumlah kredit dan banyak lagi. Mengikut ahli ekonomi John
Maynard Keynes, ketidakstabilan ekonomi adalah disebabkan oleh turun
naik dalam permintaan agregat. Apabila permintaan agregat berada pada
paras rendah, terhasillah pengangguran yang tinggi. Sebaliknya, apabila
ekonomi beroperasi pada kapasiti tinggi, permintaan agregat yang
berlebihan akan menyebabkan berlakunya inflasi. Jika permintaan agregat
dapat dikawal dengan baik, maka kestabilan ekonomi dan guna tenaga
penuh akan dicapai.

Oleh kerana polisi-polisi pencukaian dan perbelanjaan kerajaan boleh
mempengaruhi permintaan agregat, belanjawan kerajaan boleh digunakan
untuk menghadapi ketidakstabilan ekonomi, pengangguran dan inflasi.
Jika anda perhatikan persamaan di bawah, anda akan dapati bahawa
perbelanjaan kerajaan ialah satu komponen permintaan agregat. Ia boleh
mempengaruhi tingkat permintaan secara langsung. Cukai pula akan
memberi kesan terhadap pendapatan boleh guna pengguna dan
keuntungan firma. Maka, polisi pencukaian mempunyai kesan tidak
langsung ke atas penggunaan dan pelaburan yang merupakan sebahagian
daripada komponen permintaan agregat. Cukai dan perbelanjaan kerajaan
merupakan alat-alat fiskal. Kedudukan alat-alat fiskal ini dalam
persamaan permintaan agregat ditunjukkan di bawah:

AD = C + I + G



33
di mana AD ialah permintaan agregat, C ialah penggunaan, I ialah
pelaburan, dan G ialah perbelanjaan kerajaan.

Dalam keadaan pengangguran, harga dan upah sukar diharapkan sebagai
mekanisme yang dapat memperbaiki keadaan secara automatik (downward
rigid). Jika harga atau upah turun, maka permintaan untuk buruh dan
barangan akan naik, menyebabkan guna tenaga meningkat. Sebaliknya,
kita dapati disebabkan kekakuan dalam mekanisme harga dan upah, maka
kerajaan perlu membantu untuk meningkatkan permintaan agregat
melalui polisi fiskal pengembangan (expansionary) iaitu meningkatkan
perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai supaya pendapatan boleh
guna individu dan firma boleh ditingkatkan. Melalui cara ini penggunaan
dapat ditingkatkan.

Dalam keadaan inflasi pula, kerajaan bolehlah menggunakan polisi fiskal
mengecut (contractionary). Polisi fiskal juga akan memberi kesan kepada
kadar tabungan dan pelaburan yang secara langsung membabitkan kadar
pembentukan modal (capital formation) yang akan memberi kesan kepada
pertumbuhan ekonomi dan produktiviti.

Fungsi penstabilan ini menjadi lebih rumit kerana ekonomi setiap negara
tidak beroperasi secara berasingan. Sebaliknya, ekonomi sesebuah negara
dihubungkan dengan ekonomi-ekonomi lain melalui perdagangan dan
pengaliran modal. Polisi dalaman yang memberi kesan kepada tingkat
pendapatan dalaman dan harga juga akan memberi kesan kepada eksport,
import, imbangan pembayaran dan melibatkan negara-negara lain.

Bukan sahaja polisi belanjawan kerajaan mempunyai kesan ke atas
keadaan-keadaan ekonomi, tetapi keadaan ekonomi juga akan memberi
kesan kepada tingkat hasil dan perbelanjaan kerajaan. Dengan perkataan
lain, polisi belanjawan mungkin mendatangkan kesan yang bertentangan
daripada yang dirancangkan. Sebagai contoh, apabila ekonomi berada di
bawah paras guna tenaga penuh, potongan cukai mungkin membawa
kepada defisit yang kecil sahaja berbanding dengan yang dijangkakan. Ini
berlaku kerana, defisit terancang kerajaan telah menggiatkan kenaikan
dalam pendapatan sektor swasta yang akhirnya meningkatkan hasil cukai
kepada kerajaan.

Keadaan sebaliknya berlaku apabila cukai ditingkatkan atau perbelanjaan
kerajaan dikurangkan untuk mengelakkan defisit belanjawan, defisit
mungkin tetap akan berlaku. Kerajaan mungkin menjangkakan defisit
akan berlaku disebabkan jumlah pendapatan berada di bawah tingkat
guna tenaga penuh. Ahli politik pula berpendapat bahawa cukai perlu
dinaikkan dan perbelanjaan kerajaan dikurangkan untuk membawa



34
kepada belanjawan berimbang (balanced budget). Polisi sedemikian
mungkin akan menyebabkan keadaan ekonomi bertambah buruk. Anda
akan dapati kenaikan dalam cukai akan mengurangkan pendapatan boleh
guna, yang akan membawa kepada kejatuhan dalam penggunaan dan
permintaan agregat. Oleh kerana C + I + G telah jatuh, maka tingkat Y
akan jatuh menyebabkan perolehan sebenar daripada cukai akan
berkurangan dan bukannya bertambah seperti yang diharapkan. Maka,
berlaku defisit belanjawan yang tidak dirancang (unplanned).

Setelah mengikuti perbincangan di atas, anda dapat membuat kesimpulan
bahawa mengadakan perubahan-perubahan fiskal yang dapat
menghasilkan guna tenaga tinggi dan pada masa yang sama
mengurangkan ketidakstabilan ekonomi bukanlah satu perkara yang
mudah untuk dilakukan. Ada kalanya sekatan-sekatan fiskal seperti dasar
berjimat cermat yang diadakan untuk menghadapi inflasi membawa
kepada kelesuan ekonomi. Sebaliknya, polisi-polisi makro ekonomi
berbentuk pengembangan pula mungkin membawa kepada keadaan di
mana ekonomi menjadi terlalu giat (overactive) dan membawa kepada
inflasi.


Adakah anda tahu bahawa kerajaan pernah
mengamalkan dasar berjimat cermat pada pertengahan
tahun-tahun 1980-an? Mengapakah kerajaan mengambil
tindakan sedemikian?


Soalan ini mungkin menimbulkan tanda tanya kepada anda. Kenapakah
pembuat-pembuat polisi ada kalanya gagal membentuk polisi yang betul
dan menyebabkan keadaan kestabilan? Antara jawapan-jawapan kepada
persoalan ini ialah

1. Kesilapan meramalkan keadaan ekonomi dan kelewatan
melaksanakan polisi fiskal

Seperti pembuat keputusan yang lain, pembuat-pembuat polisi
bergantung kepada pengetahuan yang tidak sempurna. Kebolehan untuk
menjangkakan keadaan inflasi dan kemelesetan agak terhad. Keadaan
ekonomi tersebut yang memerlukan perubahan dalam polisi fiskal
mungkin telah wujud sebelum ianya disedari. Seterusnya, walaupun jika
keadaan tersebut disedari dan polisi perlu diubah untuk menghadapi
keadaan-keadaan tersebut, kelewatan akan berlaku sebelum ianya dapat
dilaksanakan. Ini kerana, banyak pihak perlu dirujuk dan prosedur perlu
diikuti sebelum sebarang perubahan dalam polisi dapat dikuatkuasakan.
Kelewatan seperti ini dikatakan sebagai masalah jangkaan masa (time lag).



35
2. Jika kemelesetan ekonomi bersifat setempat (localized)
iaitu di sesuatu kawasan atau industri atau di kalangan
kumpulan tertentu, maka rangsangan ekonomi bersifat
umum adalah kurang efektif

Rangsangan yang terhasil daripada penurunan cukai atau peningkatan
dalam perbelanjaan kerajaan akan dirasai di semua bahagian ekonomi dan
keadaan ini akan memberi tekanan kepada bahagian yang tidak
bermasalah sebelumnya dan tidak dapat membantu bahagian yang
bermasalah. Dalam keadaan di mana masalah bersifat terhad atau
tertumpu, pendekatan mikro ekonomi adalah lebih baik. Polisi fiskal
mesti bersifat spesifik kepada masalah untuk membolehkan ia menjadi
efektif. Ini dapat dilakukan dengan membuat perancangan perbelanjaan
projek yang spesifik kepada sektor atau kumpulan bermasalah.
Bagaimanapun, masalah kepada penyelesaian bentuk ini ialah faktor
pertimbangan politik seperti yang dibincangkan di bawah.

3. Teori pilihan awam menunjukkan bahawa polisi fiskal
cenderung menyebabkan kesan inflasi (inflationary bias)

Jika polisi fiskal diharapkan supaya mempunyai pengaruh untuk
membetulkan keadaan ekonomi, ia perlu bertindak berdasarkan keadaan
ekonomi. Sebagai contoh, apabila keadaan ekonomi berubah daripada
keadaan menurun (kemelesetan) kepada keadaan menaik (mengembang),
polisi fiskal juga perlu diubah daripada bentuk pengembangan kepada
bentuk sekatan. Bagaimanapun, polisi fiskal tidak diubah oleh para ahli
ekonomi. Sebaliknya, ia merupakan tindakan oleh pembuat polisi iaitu
ahli-ahli politik. Mereka berminat mengetahui bagaimana polisi fiskal
akan memberi kesan kepada imej dan prospek pemilihan semula mereka.
Oleh itu, dapat dikatakan bahawa polisi fiskal dipengaruhi oleh
pertimbangan politik. Penurunan cukai dan peningkatan perbelanjaan
kerajaan akan membolehkan ahli politik memberi faedah kepada para
pemilih. Faedah seperti ini popular di kalangan rakyat. Sebaliknya, apabila
keadaan memerlukan supaya cukai dinaikkan dan perbelanjaan kerajaan
dikurangkan, ahli-ahli politik agak keberatan untuk melaksanakan polisi
ini.

4. Kesan sampingan daripada polisi fiskal akan
mengurangkan keberkesanannya

Sebagai contoh, pembuat polisi telah bersetuju untuk meningkatkan
perbelanjaan kerajaan bagi menggalakkan permintaan agregat. Jika
tambahan perbelanjaan yang diperlukan itu dibiayai melalui pinjaman,
permintaan untuk dana pinjaman akan meningkat, menyebabkan tekanan
ke atas kadar bunga. Kadar bunga yang meningkat ini akan menyebabkan
tingkat pelaburan swasta dan pembelian barangan tahan lama terjejas.



36
Sekiranya cukai ditingkatkan untuk membiayai perbelanjaan ini, ia akan
menyebabkan perbelanjaan swasta pula terjejas. Kadar cukai yang
semakin tinggi akan mengurangkan pendapatan boleh guna dan
mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan firma.


Bagaimanakah pertimbangan politik dapat
diminimumkan bagi membolehkan pembuat-pembuat
dasar memilih polisi fiskal yang sesuai?

2.5.1 Penstabil Automatik

Terdapat beberapa program fiskal yang bertindak untuk menstabilkan
ekonomi secara automatik. Ia tidak memerlukan tindakan legislatif dan
masalah jangkaan masa juga dapat diminimumkan. Penstabil automatik
ini akan membawa kepada belanjawan defisit semasa ekonomi
mengalami kemelesetan dan akan menyebabkan belanjawan lebihan
apabila ekonomi berkembang. Apabila pengangguran meningkat dan
pasaran menjadi perlahan, penstabil automatik ini akan mengurangkan
cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk membantu
ekonomi memulihkan keadaan. Sebaliknya, apabila ekonomi terlalu cepat
berkembang, ia akan bertindak seperti brek dengan meningkatkan hasil
cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Tiga daripada penstabil
automatik ini ialah:

1. Cukai keuntungan syarikat

Ia merupakan alat fiskal terbaik. Ini kerana keuntungan syarikat sangat
sensitif kepada keadaan turun naik dalam ekonomi. Dalam keadaan
kemelesetan, keuntungan syarikat akan jatuh menyebabkan hasil daripada
cukai ini juga berkurangan. Kejatuhan yang banyak dalam hasil cukai
akan membesarkan saiz defisit kerajaan. Pada masa ekonomi mengalami
kenaikan, cukai syarikat akan meningkat lebih cepat daripada upah,
pendapatan atau penggunaan. Peningkatan keuntungan syarikat ini akan
menyebabkan kenaikan yang banyak dalam hasil cukai kepada kerajaan
walaupun polisi cukai kerajaan tidak diubah pada masa ini.

2. Cukai pendapatan yang progresif

Semasa ekonomi sedang berkembang, pendapatan boleh guna pengguna
akan meningkat lebih perlahan berbanding dengan jumlah pendapatan.
Ini berlaku kerana dengan pendapatan yang lebih tinggi, cukai
pendapatan progresif akan menolak pengguna memasuki tingkat (bracket)
cukai yang lebih tinggi. Maka, hasil cukai meningkat kerana dua sebab.
Pertama, pendapatan yang diperolehi semasa ekonomi berkembang lebih
tinggi daripada sebelumnya. Kedua, kadar cukai yang lebih tinggi akan
dikenakan ke atas pendapatan marginal yang bertambah.



37
3. Pampasan pengangguran

Beberapa negara mengamalkan sistem mengenakan cukai ketika
seseorang mempunyai pekerjaan dan memberikan bayaran (compensation)
apabila beliau tidak bekerja. Apabila pengangguran tinggi, hasil daripada
cukai ini rendah kerana ramai orang tidak bekerja. Bayaran yang terpaksa
ditanggung oleh kerajaan akan meningkat kerana ramai orang layak
mendapat faedah ini. Program ini akan menghasilkan defisit secara
automatik semasa kemelesetan. Sebaliknya, apabila pengangguran rendah,
hasil cukai daripada sumber ini akan meningkat kerana semakin ramai
orang bekerja. Jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada penganggur
adalah sedikit pada masa ekonomi mengalami kadar pengangguran yang
rendah. Program ini akan menghasilkan lebihan semasa keadaan
ekonomi baik.



SOALAN DALAM TEKS 2.3



1. Apabila berlaku inflasi dalam keadaan guna tenaga
tinggi, kerajaan boleh menggunakan polisi fiskal
(mengembang/mengecut) untuk (menyekat/
meningkatkan) permintaan agregat.
2. Kenapakah polisi fiskal cenderung mengalami kesan
inflasi?
3. Terangkan mengenai dua bentuk penstabil automatik
yang ada di Malaysia.



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


2.6 RUMUSAN

Anda telah didedahkan dengan keempat-empat fungsi utama sektor
awam. Sektor awam berkhidmat untuk memenuhi kepentingan dan
kebajikan masyarakat dengan menyediakan sistem pertahanan,
keselamatan dan keadilan yang memuaskan. Rakyat perlu merasakan diri
mereka selamat daripada ancaman musuh dari dalam mahupun luar
negara. Tanpa perlindungan ke atas harta benda, kebebasan dan nyawa
rakyat maka kerajaan negara berkenaan telah gagal menjalankan
kewajipannya yang paling penting.




38
Selain itu, sektor awam memerlukan sumber-sumber untuk
melaksanakan tanggungjawabnya. Melalui fungsi peruntukan, sumber-
sumber dalam negara diagih-agihkan untuk kegunaan sektor awam dan
sektor swasta. Sektor awam perlu mengadakan pelbagai barang dan
perkhidmatan untuk memenuhi tuntutan masyarakat. Oleh itu, ia perlu
mendapatkan sumber melalui cukai, pengenaan bayaran dan pinjaman.

Kepentingan kumpulan kurang bernasib baik dalam sesebuah negara juga
tidak boleh diabaikan. Satu pendekatan untuk mengurangkan jurang
ketidaksamaan ialah melalui teknik cukai-pindahan. Walau
bagaimanapun, kecenderungan pada masa kini adalah untuk
mengurangkan jurang agihan dengan cara menambahkan kuasa
mendapatkan pendapatan bagi kumpulan miskin.

Sektor awam juga diharapkan dapat memperbaiki prestasi dan
menstabilkan ekonomi melalui penggunaan dasar fiskal. Anda telah lihat
bahawa penggunaan dasar fiskal bukanlah sesuatu yang mudah untuk
dilakukan. Ia mungkin menambahkan masalah yang sedang dialami atau
bukan merupakan penyelesaian yang terbaik.

Adalah jelas kepada kita bahawa tanggungjawab sektor awam amat berat
kerana keempat-empat fungsi ini bukan saling melengkapi. Penekanan
kepada mana-mana fungsi mungkin menyebabkan fungsi yang lain
terjejas. Oleh itu, pembuat-pembuat keputusan dalam sektor awam perlu
membuat pertimbangan yang terbaik bagi memenuhi matlamat negara
dan masyarakat pada satu-satu masa.



SOALAN PENILAIAN KENDIRI


1. Sumber-sumber produktif dalam sesebuah negara adalah tidak
terhad.
Betul/Salah?

2. Bagi mengumpulkan cukai jualan, kerajaan tidak perlu
memperuntukkan sumber-sumber.
Benar/Salah?

3. Di antara ukuran-ukuran berikut, yang manakah yang paling
sesuai digunakan untuk mengetahui keadaan agihan pendapatan
dan kekayaan dalam negara?

A. Pendapatan per kapita.
B. Keluk Lorenz.



39
C. Garis kemiskinan.
D. A dan B.
E. B dan C.

4. Jika tingkat perbelanjaan dalam negara tidak mencukupi untuk
menggunakan semua sumber (terdapat masalah pengangguran),
maka kerajaan boleh

A. Meningkatkan cukai pendapatan individu.
B. Menambahkan pelaburan awam.
C. Mengurangkan pelaburan swasta.
D. A dan B.
E. B dan C.

5. Nyatakan empat cara bagi pihak swasta menggantikan kerajaan
sebagai pengeluar.

6. Bagaimanakah polisi-polisi cukai dan perbelanjaan kerajaan dapat
mempengaruhi prestasi ekonomi negara?

7. Senaraikan tiga program bantuan kerajaan kepada rakyat miskin
di Malaysia.




Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.


JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


SDT 2.1

1. Salah.

2. Penyediaan awam bermaksud penawaran barangan kepada
masyarakat dibiayai melalui belanjawan kerajaan. Masyarakat
biasanya mendapat barangan ini secara percuma atau pada harga
yang rendah. Kerajaan mungkin menggunakan teknik pemberian
kontrak atau francais monopoli kepada pihak swasta untuk
mengeluarkan barangan ini. Satu contoh yang dapat diberikan
ialah pemasangan lampu isyarat.

Pengeluaran awam pula bermakna penggunaan kakitangan dan
dana awam untuk menawarkan barangan kepada masyarakat. Satu



40
contoh ialah pendidikan di institusi pendidikan awam.
Kakitangan akademik dan sokongan merupakan kakitangan
awam yang mendapat gaji dan faedah daripada tabung kerajaan.

SDT 2.2

1. Kita dapat menyatakan seseorang sebagai miskin dengan
membandingkan jumlah pendapatan yang diterima dengan garis
kemiskinan. Jika pendapatannya berada di bawah garis
kemiskinan, maka dia dikatakan miskin pada masa itu.

2. Kemiskinan relatif bermaksud kedudukan ekonomi seseorang
atau satu kumpulan berbanding dengan pihak lain yang dirasai
lebih baik berbanding dengan individu atau kumpulan tersebut.
Kedudukan ekonomi individu atau kumpulan itu tidak
semestinya berada di bawah garis kemiskinan.

SDT 2.3

1. Mengecut, menyekat.

2. Polisi fiskal dapat memperbaiki keadaan ekonomi apabila ia
bertindak berdasarkan keadaan ekonomi. Pada masa kemelesetan,
polisi fiskal berbentuk pengembangan dengan peningkatan
perbelanjaan kerajaan dan penurunan cukai. Sebaliknya, dalam
keadaan inflasi, polisi fiskal perlu berbentuk sekatan. Ini
bermaksud perbelanjaan kerajaan dikurangkan dan cukai
ditambah. Bagaimanapun, polisi sedemikian tidak digemari oleh
ahli-ahli politik yang merupakan pembuat-pembuat keputusan.
Polisi sekatan tidak menaikkan imej dan prospek pemilihan
semula kerana ia seolah-olah satu ubat yang amat pahit kepada
rakyat. Ahli-ahli politik lebih menggemari polisi dalam bentuk
pengembangan dan jika ia terus dilaksanakan pada masa inflasi, ia
tidak membantu mengurangkan kesan inflasi, malah
memburukkan lagi keadaan.

4. Dua bentuk penstabil automatik yang ada di Malaysia ialah cukai
keuntungan syarikat dan cukai pendapatan individu yang
progresif. Dalam keadaan ekonomi berkembang, firma akan
mengalami peningkatan untung. Oleh itu, hasil kerajaan melalui
sumber cukai syarikat akan bertambah walaupun kerajaan tidak
mengubah struktur cukai berkenaan. Pada masa kemelesetan
pula, penurunan untung secara automatik akan menyebabkan
hasil kerajaan daripada sumber ini berkurangan. Ini akan
menyebabkan berlaku defisit pada masa kemelesetan.



41
Begitu juga dengan cukai pendapatan individu yang
menggunakan kadar progresif. Bila ekonomi mengalami
pertumbuhan, individu kebiasaannya akan mendapat lebih
banyak pendapatan. Pendapatan yang semakin tinggi ini akan
menyebabkan cukai yang semakin tinggi perlu dibayar. Ini
berlaku kerana pendapatan yang akan dicukai telah memasuki
tingkat kadar yang lebih tinggi. Oleh itu, kerajaan akan mendapat
lebih banyak hasil cukai pada masa ekonomi berkembang.
Perkara sebaliknya akan berlaku pada masa kemelesetan kerana
individu mendapat pendapatan yang kurang dan kadar yang
dikenakan pun lebih rendah.










42



43
BAB 3

P ENI L AI AN P OL I SI AWAM DAN
AL AT-AL AT FI SK AL



OBJEKTIF BAB


Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menilai polisi-polisi awam, terutamanya polisi fiskal.
2. Membezakan di antara alat penerimaan dan perbelanjaan kerajaan.
3. Menentukan kesan penggunaan alat-alat fiskal yang berbeza ke atas
individu, firma dan ekonomi.

3.1 PENGENALAN

Kerajaan telah mengadakan pelbagai polisi yang memberi kesan kepada
kehidupan kita. Banyak di antara polisi-polisi berkenaan melibatkan
faedah atau kos kepada kita sebagai ahli masyarakat. Sebahagian daripada
polisi-polisi tersebut merupakan polisi fiskal yang sedang kita kaji. Oleh
itu amat penting kepada kita untuk melihat beberapa kriteria yang sering
digunakan oleh ahli-ahli ekonomi dan bukan ekonomi apabila
membincangkan mengenai rasional pembentukan sesuatu polisi.

Dalam bab ini juga anda akan didedahkan mengenai alat-alat penerimaan
dan perbelanjaan kerajaan. Alat penerimaan kerajaan ini merupakan
semua hasil sama ada dalam bentuk cukai atau bukan cukai yang diterima
oleh Perbendaharaan kerajaan. Oleh itu ia termasuk lebihan atau
keuntungan yang diterima oleh perbadanan-perbadanan awam dan
pinjaman. Perbelanjaan kerajaan pula didefinisikan sebagai semua
pembiayaan yang dilakukan oleh kerajaan bagi melaksanakan fungsi-
fungsi sektor awam seperti yang dibincangkan dalam bab terdahulu.

3.2 KRITERIA PENILAIAN POLISI AWAM

Oleh kerana polisi fiskal ialah sebahagian daripada polisi awam, penting
bagi anda memahami bagaimana caranya untuk menilai sesuatu polisi
awam. Secara umum, penilaian mengenai polisi awam adalah berdasarkan
pertimbangan nilai (value judgment) mengenai kesan-kesan daripada
sesuatu polisi itu. Disenaraikan di bawah ini beberapa kriteria utama yang
selalu digunakan untuk menilai polisi awam. Ini tidak bermaksud bahawa
kriteria-kriteria ini yang paling baik atau paling penting berbanding
dengan kriteria-kriteria lain yang tidak disenaraikan.



44
3.2.1 Ekuiti

Kriteria ini paling kerap digunakan apabila menilai polisi awam. Apakah
yang anda faham mengenai ekuiti atau kesaksamaan? Kebanyakan orang
merasakan bahawa polisi-polisi kerajaan perlu membawa kesan yang adil
atau saksama kepada masyarakat. Kelebihan kriteria ini ialah ia diterima
oleh orang ramai sebagai penting. Tidak ada orang yang beranggapan
bahawa ketidakadilan baik bagi sesuatu polisi awam.

Walaupun kriteria ini paling kerap digunakan, ia tidak bermakna bahawa
mudah untuk menentukan maksud ekuiti yang diperlukan ini. Beberapa
contoh berikut mungkin dapat memberikan gambaran kepada anda
mengenai kesulitan ini. Adakah sistem gaji minimum merupakan satu
polisi yang saksama untuk dilaksanakan? Pelaksanaan sistem gaji ini akan
menyebabkan sebahagian orang (pekerja) menerima kadar upah yang
lebih tinggi. Pada masa yang sama, ia akan menyebabkan pengangguran
kepada sebahagian yang lain dan kenaikan harga barangan kepada
pengguna. Adakah anda bersetuju bahawa kesan gaji minimum ke atas
kumpulan-kumpulan yang berbeza ini dapat dikatakan sebagai adil dan
saksama?

Bagaimana pula dengan polisi mengenai sekolah awam? Adakah adil
apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas pihak yang tidak mempunyai
anak yang bersekolah untuk membiayai persekolahan awam ini? Pihak
yang tidak membayar cukai pula mungkin mempunyai anak yang ramai di
sekolah awam dan mendapat faedah yang besar daripada polisi ini.

Cuba anda teliti pula kenyataan berikut. Pendapatan daripada faedah
bagi bon-bon kerajaan yang dikecualikan daripada cukai akan
menyebabkan golongan kaya mengelak daripada menanggung beban
yang saksama dari segi pembayaran cukai. Ramai pihak mungkin
bersetuju dengan kenyataan tersebut. Walau bagaimanapun, kenyataan ini
tidak menunjukkan kesan sebenar pengecualian cukai berkenaan. Pihak
yang memegang bon-bon yang kadar faedahnya dikecualikan daripada
cukai bukan merupakan pihak yang mendapat faedah terbesar daripada
polisi ini. Pada kebiasaannya, kerajaan menjual bon dengan kadar faedah
yang lebih rendah berbanding dengan peminjam lain. Jika pengecualian
cukai ditarik balik, maka kerajaan perlu menjual bon pada kadar faedah
yang setara dengan bon-bon komersial yang lain. Akibatnya, golongan
kaya yang membeli bon tersebut akan membayar cukai bagi keuntungan
yang mereka terima. Masalahnya, adakah terdapat perbezaan dari segi
kesan bagi kedua-dua polisi berkenaan?

Contoh di atas menunjukkan kepada kita mengenai kepentingan analisis
yang positif dalam membuat pertimbangan mengenai aspek ekuiti.



45
Kebanyakan orang sering membuat pertimbangan tanpa benar-benar
memahami kesan-kesan yang akan timbul daripada pelaksanaan sesuatu
polisi.

Mungkin sebilangan kecil sahaja yang benar-benar memahami maksud
ekuiti. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kriteria ini sukar untuk
digunakan secara praktikal, tetapi ini tidak bermaksud ianya tidak penting
dan patut diabaikan. Sebenarnya masih terdapat persetujuan umum
mengenai kepentingan kriteria ini. Sebagai contoh, tidak ada pihak yang
akan bersetuju bahawa mencukai golongan miskin bagi tujuan membiayai
aktiviti-aktiviti rekreasi golongan kaya sebagai satu polisi yang akan
memenuhi kriteria ekuiti.

Di kalangan ahli-ahli ekonomi, persoalan mengenai ekuiti membawa
maksud yang agak sempit. Ia selalu dirujuk sebagai kesan pengagihan
semula bagi sesuatu polisi. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, adakah
pihak yang akan menerima faedah merupakan golongan yang lebih
miskin daripada pihak yang akan menanggung kos daripada sesuatu polisi
agihan semula? Jika ya, ia telah memenuhi kriteria ekuiti bagi ahli
ekonomi.


Apakah pendapat anda sekiranya kerajaan memberikan
subsidi kepada syarikat-syarikat besar yang mengalami
masalah semasa kemelesetan?


3.2.2 Kepentingan Awam

Dalam sistem demokrasi, setiap pengundi mempunyai sedikit input
dalam proses pembuatan keputusan kerajaan. Oleh itu, adalah wajar
sekiranya maklumat diperolehi mengenai apakah tindakan-tindakan yang
masyarakat inginkan daripada kerajaan. Salah satu daripada jawapannya
ialah kerajaan patut mengambil tindakan yang memenuhi kepentingan
awam (public interest).

Apakah yang dimaksudkan dengan kepentingan awam? Beberapa kurun
yang lalu, Jeremy Bentham mencadangkan supaya kepentingan awam
dipenuhi oleh kerajaan dengan mengadakan polisi-polisi yang dapat
memberikan faedah terbanyak kepada paling ramai orang (the greatest good
for the greatest number).

Pendapat yang dikemukakan ini nampak menarik. Bagaimana pula ia
hendak diterjemahkan dalam realiti sebenar? Mengikut kriteria Bentham,
polisi yang membawa faedah kepada semua orang adalah polisi yang
terbaik. Mungkin polisi yang membawa banyak faedah kepada bilangan



46
yang ramai dengan kos yang kecil kepada bilangan yang sedikit masih
dapat diterima. Bagaimana pula halnya dengan polisi yang memberi
faedah kepada sebahagian ahli masyarakat dan menimbulkan kos kepada
sebahagian yang lain? Oleh yang demikian, satu kaedah untuk mengukur
faedah dan kos perlu diadakan bagi menentukan sama ada ianya dapat
mencapai kriteria memberi faedah terbanyak kepada ramai orang. Cara
yang digunakan oleh Bentham ini ada kalanya dikenali sebagai pandangan
utilitarian.

Pada penghujung kurun ke sembilan belas, sesetengah ahli utilitarian
seperti John Stuart Mill mengetengahkan pendapat bahawa kepuasan
atau utiliti dapat diukur. Hal ini mungkin hanya teori semata-mata. Ini
kerana, satu cara untuk mengukur kepentingan awam ialah dengan
menjumlahkan jumlah utiliti dalam sesebuah masyarakat. Mana-mana
polisi yang meningkatkan jumlah utiliti masyarakat akan memenuhi
kriteria kepentingan awam. Antara penggunaan terawal konsep ini ialah
ke atas agihan semula pendapatan. Seorang yang kaya dikatakan akan
mengalami pengurangan utiliti yang lebih kecil jika satu ringgit
pendapatannya diambil berbanding dengan peningkatan utiliti kepada
seorang miskin yang diserahkan wang itu. Oleh itu, kriteria kepentingan
awam dapat dilaksanakan apabila pendapatan golongan kaya dicukai
untuk diagihkan kepada golongan miskin.

Perlu disebut di sini bahawa penggunaan konsep utilitarian untuk
mewajarkan polisi awam bukan mudah. Ramai yang tidak bersetuju
bahawa kepuasan dapat diukur secara objektif. Selain itu, penggunaan
kriteria ini ditolak oleh sebahagian ahli masyarakat kerana ia mewajarkan
sebarang tindakan yang merugikan seseorang dengan alasan satu pihak
lagi akan mendapat keuntungan atau penambahan kebajikan yang lebih
tinggi. Bayangkan jika anda dipaksa menyerahkan harta anda kerana harta
itu dapat digunakan oleh lebih ramai orang untuk faedah mereka,
ataupun jika anda dipaksa menjadi abdi kepada orang lain dengan alasan
kerugian yang dialami oleh anda adalah kecil jika dibandingkan dengan
faedah yang akan didapati oleh pihak yang menjadi tuan. Ada pihak yang
mengaitkan kaedah mencukai golongan kaya untuk diagihkan kepada
golongan miskin sebagai satu bentuk pengabdian. Adakah anda bersetuju
dengan pendapat seperti ini?


Apakah pendapat anda mengenai bayaran zakat yang
dikenakan ke atas orang Islam yang berkemampuan?


3.2.3 Kecekapan Ekonomi

Kecekapan ekonomi merupakan satu kriteria yang digunakan dengan
meluas oleh ahli-ahli ekonomi apabila menilai polisi. Ia kadangkala



47
disebut sebagai kriteria Pareto bersempena dengan nama pelopornya
iaitu Vilfredo Pareto (1848-1923). Walaupun kecekapan sangat
dititikberatkan oleh ahli-ahli ekonomi, ianya tidak begitu dipentingkan
oleh mereka yang bukan merupakan ahli ekonomi. Ia dianggap sebagai
remeh kerana dilihat sebagai mementingkan isu-isu material seperti
meminimumkan kos, memaksimumkan keuntungan dan lain-lain.
Sebenarnya kriteria ini bukan berbentuk materialistik, sebaliknya ia
mementingkan kebajikan manusia. Secara umum, sistem ekonomi yang
cekap ialah sistem ekonomi yang membuatkan semua orang mendapat
sebanyak mungkin faedah. Mungkin definisi sebegini dapat diterima oleh
lebih ramai orang yang bukan merupakan ahli ekonomi.

Mari kita lihat dengan teliti definisi kecekapan. Keadaan Pareto optimum
bermaksud satu peruntukan sumber-sumber yang cekap yang tidak
memungkinkan lagi perubahan dilakukan untuk memperbaiki kedudukan
mana-mana individu, tanpa menyebabkan orang lain mengalami
kerugian. Menurut Pareto, tidak munasabah jika membandingkan utiliti
di antara dua individu. Oleh itu, satu cara untuk memastikan perubahan
akan meningkatkan kebajikan sosial ialah jika salah seorang individu
dapat diperbaiki kebajikannya tanpa merugikan individu lain. Perubahan
ini dikatakan sebagai tindakan ke arah kecekapan Pareto (Pareto superior).
Sebaliknya, jika perubahan yang dicadangkan akan menyebabkan
sebahagian daripada orang mendapat kelebihan dan pada masa yang
sama menyebabkan sebahagian yang lain mengalami kerugian, ia
bukanlah merupakan tindakan yang cekap. Ketidakcekapan
membayangkan keadaan pembaziran kerana ekonomi tidak memenuhi
kehendak manusia sebaik yang boleh.

Definisi di atas dapat diterangkan dengan lebih jelas melalui Rajah 3.1.
Bagi memudahkan perbincangan, kita andaikan sebuah masyarakat yang
terdiri daripada dua orang individu iaitu Anis dan Syah. Dalam rajah
berkenaan, kebajikan Anis diukur secara mendatar dan kebajikan Syah
diukur secara menegak. Semakin ke kanan rajah berkenaan, semakin
tinggi kebajikan Anis dan semakin ke atas rajah, semakin tinggi kebajikan
Syah. Sebarang peruntukan sumber-sumber memberikan sejumlah
kebajikan kepada setiap seorang daripada mereka dan dapat diplotkan di
atas rajah berkenaan.

Disebabkan terdapat had kepada jumlah sumber yang ada untuk
menyediakan barang dan perkhidmatan, maka terdapat had mengenai
sejauh manakah kebajikan Anis dan Syah dapat dipenuhi. Had ini
ditunjukkan melalui sempadan kebajikan atau sempadan utiliti (welfare
frontier) Z
1
Z
2
. Sebarang titik di luar garis sempadan ini tidak dapat
dilaksanakan. Sebagai contoh, negara berkenaan tidak dapat



48
mengeluarkan sejumlah gabungan barang dan perkhidmatan yang
ditunjukkan oleh titik M. Sebaliknya, sebarang titik di atas atau di dalam
sempadan Z
1
Z
2
dapat dicapai.

Rajah 3.1
Sempadan Kebajikan


Kebajikan Z
1

Syah
iD
iM

iA


Ci iB






0 Z
2
Kebajikan Anis



Anda dapat melihat bahawa sebarang titik di atas sempadan kebajikan
Z
1
Z
2
menunjukkan peruntukan sumber yang cekap. Sebagai contoh, titik
A ialah peruntukan sumber yang cekap kerana tidak mungkin lagi
kebajikan Anis diperbaiki tanpa merugikan Syah kerana tidak munasabah
untuk bergerak di luar daripada sempadan tersebut. Perhatikan
bagaimana perkara ini juga benar bagi titik B dan D. Kita dapat
simpulkan bahawa terdapat banyak titik yang cekap di atas sempadan
kebajikan berkenaan. Kriteria kecekapan tidak bermaksud terdapat hanya
satu cara sahaja untuk mencapai objektif sesuatu polisi.

Titik kecekapan yang berbeza di atas sempadan kebajikan menandakan
agihan kebajikan atau pendapatan benar yang berbeza di antara Anis dan
Syah. Maka, kecekapan tidak memberikan jawapan kepada soalan
bagaimanakah pendapatan benar sepatutnya diagihkan di antara ahli
masyarakat. Andaikan hanya satu barangan yang dikeluarkan, iaitu
makanan dan penggunaan sumber-sumber dengan cekap akan
mengeluarkan sebanyak 100 unit makanan. Titik A mungkin
menunjukkan bahawa Syah dan Anis masing-masing mendapat 50 unit
makanan. Manakala titik B menunjukkan Syah mendapat 25 unit dan
Anis mendapat 75 unit makanan. Kedua-dua cara pembahagian dianggap
sebagai cekap kerana tidak ada cara lain untuk meningkatkan kebajikan
mereka melainkan memberi mereka lebih unit makanan dan ini hanya



49
dapat dilakukan jika bahagian individu lain dikurangkan. Oleh itu, kita
dapat simpulkan bahawa pertimbangan nilai diperlukan untuk
menentukan agihan pendapatan benar yang saksama bagi individu.

Cuba anda perhatikan pula titik C. Ini merupakan titik yang tidak cekap
kerana ekonomi tersebut mungkin hanya mengeluarkan sebanyak 80 unit
makanan. Masih ada ruang untuk mengubah peruntukan sumber bagi
memperbaiki kedudukan seseorang individu tanpa merugikan individu
lain. Dengan mengubah titik C ke titik A, kedudukan Syah akan
diperbaiki tanpa merugikan Anis, ataupun jika titik C diubah ke B,
kedudukan Anis ditingkatkan tanpa mengurangkan kebajikan Syah.

Ini tidak bermakna semua titik yang cekap lebih baik daripada semua titik
yang tidak cekap. Cuba anda bayangkan perubahan dari titik D yang
merupakan titik peruntukan sumber yang cekap kepada titik C yang
dianggap sebagai tidak cekap. Perubahan ini akan memberikan tambahan
kebajikan kepada Anis walaupun terpaksa mengorbankan sebahagian
daripada kebajikan Syah. Hanya jika kita tidak mementingkan langsung
agihan pendapatan benar di antara individu, baru kita akan
mempertahankan bahawa titik D sentiasa lebih baik daripada titik C.
Bagaimanapun, ahli ekonomi lebih suka jika pengagihan semula
dilakukan dengan mengubah titik-titik yang berada di atas sempadan
kebajikan. Sebagai contoh, titik D diubah kepada titik A atau B.

Walaupun kriteria Pareto ini boleh digunakan sebagai petunjuk kepada
kehendak awam, ia juga mempunyai kelemahan. Pertama, pembaikan
dalam kebajikan sosial menggunakan kriteria ini memerlukan agar
perubahan polisi yang dicadangkan dapat memperbaiki kedudukan
seseorang tetapi pada masa yang sama tidak merugikan individu yang
lain. Dalam masyarakat sekarang yang begitu kompleks sifatnya, iaitu
terdapat berjuta-juta orang, sebarang cadangan polisi tentu akan
menyebabkan sesetengah orang mengalami kerugian. Secara praktisnya,
sukar untuk menggunakan kriteria ini sepenuhnya.

Masalah kedua kriteria ini ialah ia memberikan keabsahan kepada
kedudukan sedia ada (status quo). Oleh kerana perubahan perlu
memperbaiki kedudukan seseorang tanpa memburukkan individu yang
lain, maka jika tidak ada apa-apa pertikaian tentang keadaan sedia ada,
tidak perlu dibuat sebarang perubahan langsung. Ini kerana perubahan
hanya patut dilakukan jika ia tidak menyebabkan kerugian. Kita telah
melihat bahawa sukar mengadakan perubahan yang tidak merugikan
pihak lain.




50

Pasaran selalu dianggap sebagai satu mekanisme yang
cekap. Adakah anda bersetuju jika penjualan bayi
dilakukan melalui pasaran? Proses pengambilan anak
angkat yang biasa digunakan tidak lagi diperlukan
melalui cara ini.

3.2.4 Paternalisme

Polisi kerajaan ada kalanya sengaja diadakan untuk memberikan
perkhidmatan yang tidak akan dipilih oleh masyarakat jika mereka
diberikan pilihan. Yang dimaksudkan di sini ialah kerajaan dengan
sengaja tidak mahu memenuhi kehendak masyarakat, malah
membelakangkan atau mengetepikan kehendak mereka. Polisi dalam
bentuk ini dianggap sebagai bersifat paternalistik kerana ia berasaskan
andaian bahawa sesetengah individu tidak dapat membuat keputusan
atau pilihan yang tepat.

Anda akan dapat memahami kriteria ini melalui beberapa contoh berikut.
Pihak kerajaan selalu memberikan justifikasi kepada program simpanan
wajib seperti caruman wajib dalam dana simpanan pekerja atau dana
pencen kerana sesetengah orang mungkin tidak membuat simpanan yang
mencukupi untuk hari tua mereka. Dengan perkataan lain, kerajaan
beranggapan simpanan yang mungkin dibuat oleh sebilangan individu
terlalu rendah daripada sepatutnya. Oleh itu, kehendak individu
berkenaan untuk membuat keputusan sendiri dan memberi penilaian
sendiri mengenai kadar tabungan yang sesuai bagi dirinya telah diabaikan.
Sebaliknya, mereka dipaksa menabung pada kadar yang dianggap
sesuai oleh kerajaan.

Cuba anda perhatikan polisi mengenai persekolahan awam. Kanak-kanak
dikehendaki mengikuti pengajian sepenuh masa mulai umur tertentu
sehingga beberapa tahun. Ada kalanya kerajaan menetapkan seseorang
pelajar perlu mengikuti pengajian di sekolah tertentu berdasarkan konsep
zoning atau penempatan. Pandangan kanak-kanak dan ibu bapa mereka
secara peribadi tidak diambil kira bagi menentukan sama ada mereka
ingin mengikuti pengajian secara separuh masa pada umur yang lebih
awal atau lebih lewat di mana-mana sekolah yang mereka inginkan.

Ramai yang menyokong polisi-polisi kerajaan bukan kerana mereka
percaya polisi-polisi berkenaan cuba memenuhi kehendak masyarakat,
tetapi mereka merasakan bahawa kerajaan lebih tahu apa yang baik untuk
masyarakat daripada masyarakat itu sendiri. Ini tidak bermakna
paternalisme ialah sesuatu yang buruk. Kita selalu juga menyokong
polisi-polisi dalam bentuk ini. Sebagai contoh, kebanyakan orang akan
bersetuju bahawa kanak-kanak di bawah umur tidak patut menghisap



51
atau membeli rokok walaupun mereka sendiri ingin berbuat demikian.
Mengedar dan menyalahgunakan dadah pula dianggap sebagai aktiviti
yang tidak sihat dan patut diharamkan. Kerajaan mungkin mempunyai
pengetahuan yang lebih mengenai beberapa perkara berbanding dengan
individu itu sendiri terutama yang melibatkan keselamatan pengguna.
Kerajaan dikatakan dapat membuat pilihan yang lebih baik berbanding
dengan individu itu sendiri.


Kenapakah kerajaan mengadakan had laju tertentu di
lebuh raya? Adakah anda bersetuju dengan polisi ini?

Ramai anak muda yang gemar menunggang motosikal
yang mengeluarkan bunyi yang amat bising. Ada kalanya
mereka sanggup menghabiskan wang mengubahsuai
motosikal bagi tujuan itu. Adakah perlu satu polisi
digubal untuk mengetepikan hak mereka berbuat
demikian? Berikan justifikasi anda.

Ramai juga yang mengkritik penggunaan kriteria ini dalam menilai polisi
awam. Ia dianggap sebagai kriteria yang mempunyai elemen anti
demokrasi dan merendah-rendahkan kebolehan masyarakat untuk
membuat keputusan sendiri mengenai kehidupan mereka. Pihak yang lain
pula menyokong kriteria ini kerana bimbang individu membuat
keputusan yang bersifat mementingkan diri sendiri dan menjejaskan
pihak lain.

3.2.5 Kebebasan Individu

Ramai memberikan nilai yang tinggi kepada kriteria ini dan ingin melihat
kerajaan mengurangkan seberapa banyak sekatan ke atas masyarakat.
Sebenarnya sukar untuk menerangkan apakah maksud sebenar kebebasan
individu. Secara umum, ia bermaksud keputusan atau tindakan yang
diambil oleh individu berdasarkan pilihan atau kehendak individu
berkenaan dan bukan disebabkan paksaan, tekanan atau ancaman
daripada pihak lain.

Anda akan dapati bahawa agak sukar menggunakan kriteria ini untuk
menilai polisi-polisi yang bersangkutan dengan kewangan sektor awam.
Ini kerana, apabila kerajaan mencukai rakyat untuk membiayai program-
program pembiayaan kerajaan, ia telah menyebabkan pembayar cukai
kehilangan hak untuk membelanjakan pendapatan mereka seperti yang
diingini. Sukar untuk mengatakan pengenaan sesetengah jenis cukai
adalah lebih baik dari segi kebebasan individu berbanding dengan cukai
yang lain.



52
Dalam perbelanjaan kerajaan pula, ada pihak yang mengatakan bahawa
pindahan wang tunai melalui program kebajikan yang membolehkan
penerima menggunakan wang itu mengikut kehendak mereka sendiri,
menuju kepada kebebasan individu berbanding dengan program yang
mensyaratkan supaya wang itu digunakan untuk membeli makanan
sahaja. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan di sini bahawa kriteria
kebebasan individu ini mungkin lebih sesuai digunakan untuk menilai
polisi-polisi awam yang tidak berbentuk polisi pencukaian atau
perbelanjaan kerajaan.



SOALAN DALAM TEKS 3.1



1. Berikan definisi kecekapan. Bezakan kriteria
kecekapan dengan kriteria ekuiti dalam menilai
polisi awam.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan kriteria
utilitarian? Apakah kelebihan dan kekurangan
kriteria ini?



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


3.3 ALAT-ALAT FISKAL

Alat-alat fiskal boleh diklasifikasikan sebagai penerimaan atau
pendapatan (receipts) dan perbelanjaan (outlays) yang dilakukan oleh
kerajaan. Kerajaan tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan
sahaja, malah mempunyai hak untuk mengumpulkan dana daripada
banyak sumber. Kepelbagaian hasil kerajaan ini akan meningkatkan
fleksibiliti dan autonomi kewangan sektor awam. Selain itu, kerajaan juga
dipertanggungjawabkan untuk membuat beberapa jenis perbelanjaan bagi
memenuhi fungsi-fungsinya seperti yang telah dibincangkan dalam bab
kedua. Perbelanjaan kerajaan dan cukai-cukai yang dikenakan oleh
kerajaan penting kepada setiap individu dalam negara. Oleh kerana
kepentingan yang begitu ketara, kita akan meneliti beberapa alat
penerimaan dan perbelanjaan kerajaan untuk memahami impak alat-alat
tersebut kepada kita sebagai ahli masyarakat.

3.3.1 Alat Penerimaan

Seperti yang disebutkan sebelum ini, penerimaan kerajaan ialah hasil atau
pendapatan yang diterima oleh kerajaan sama ada dalam bentuk cukai



53
atau bukan cukai. Dalam erti kata lain, ia adalah wang kita sebagai rakyat
atau bukan rakyat dalam pelbagai bentuk yang diserahkan kepada
kerajaan. Kerajaan juga tidak sewenang-wenangnya mengumpulkan wang
ini melainkan mengikut peruntukan undang-undang. Berikut
disenaraikan beberapa alat penerimaan kerajaan yang sering digunakan
oleh sesebuah kerajaan moden:

1. Cukai

Cukai merupakan sumbangan wajib tanpa faedah nyata atau langsung
didapati oleh pembayar cukai. Ia bertujuan supaya individu dan firma
menyerahkan kuasa beli (purchasing power) kepada kerajaan agar dapat
disalurkan penggunaannya untuk kepentingan kerajaan atau pihak lain.
Cukai akan mengurangkan pendapatan boleh guna dan kekayaan pihak
yang menanggung beban cukai.

2. Bayaran yuran, lesen, royalti, sewa, faedah dan pendapatan
daripada perusahaan-perusahaan awam

Bayaran yuran, lesen dan royalti selalunya penting kepada negara-negara
yang mempunyai banyak hasil semula jadi. Selain itu, harta-harta yang
dimiliki oleh kerajaan seperti bangunan, tanah atau jentera juga boleh
dikenakan sewa bagi menjanakan pendapatan. Keuntungan yang
diperolehi oleh beberapa perusahaan milik negara juga menjadi punca
hasil kepada kerajaan. Bagaimanapun, sumber ini bukan menjadi
keutamaan kepada kerajaan kerana perusahaan awam tidak ditubuhkan
untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi juga untuk memenuhi
objektif yang lain.

3. Bayaran penggunaan (user charges)

Kerajaan juga mengenakan bayaran bagi beberapa perkhidmatan yang
disediakan olehnya. Pengenaan bayaran secara langsung ini hanya boleh
dilakukan bagi perkhidmatan yang tidak sepenuhnya bersifat awam
(barangan awam) seperti bayaran masuk ke muzium, kadar atau bil air,
bayaran yuran sekolah dan bayaran pendaftaran hospital. Ini tidak
bermakna bahawa pengguna membiayai sepenuhnya kos penyediaan
sesuatu perkhidmatan melalui bayaran. Sebahagian kos masih dibiayai
melalui perbelanjaan kerajaan. Ada pihak yang menyokong penggunaan
alat ini kerana pengguna dapat menghubungkan secara langsung faedah
yang diterima daripada sesuatu perkhidmatan kerajaan dengan kos yang
perlu ditanggung oleh pengguna. Pengguna akan menyatakan jumlah
permintaan yang sesuai bagi barangan yang disediakan oleh kerajaan
apabila mereka perlu membuat pembayaran secara langsung.




54
4. Geran daripada kerajaan-kerajaan lain atau institusi-
institusi antarabangsa

Di Malaysia, kerajaan-kerajaan negeri dan tempatan mendapat geran
daripada kerajaan persekutuan sebagai satu punca hasil yang penting.
Kerajaan pusat pula ada kalanya menerima geran daripada kerajaan lain
atau institusi antarabangsa bagi tujuan tertentu seperti pembinaan
infrastruktur, penyediaan perkhidmatan kesihatan atau pendidikan.

5. Pinjaman (borrowing)

Belanjawan defisit akan berlaku apabila kerajaan membuat perbelanjaan
yang melebihi hasil cukai yang dikutip. Satu cara yang dilakukan oleh
Perbendaharaan untuk membiayai tanggungan kewangannya ialah dengan
membuat pinjaman daripada beberapa sumber. Pinjaman kerajaan
melibatkan pemindahan kuasa beli daripada individu, perusahaan
tempatan atau daripada bukan rakyat, kerajaan atau institusi kewangan
luar negara dengan pertukaran janji untuk membayar semula termasuk
faedah. Transaksi ini dilakukan secara sukarela oleh pemberi pinjaman.

Implikasi pinjaman daripada rakyat adalah pengurangan kecairan (wang
mudah tunai yang dipegang) tetapi tidak mengurangkan kekayaan
mereka. Ini kerana, pemiutang menukarkan satu aset (wang tunai)
dengan aset yang lain (bon atau surat janji hutang). Sebaliknya, pinjaman
yang dilakukan daripada luar negara akan membolehkan negara yang
meminjam meningkatkan import. Maka, kuantiti barang dan
perkhidmatan yang boleh digunakan oleh kerajaan dan lain-lain pihak
dalam negara dapat ditingkatkan.

Persoalan di sini ialah siapa yang akan menanggung beban hutang
kerajaan? Ahli-ahli ekonomi mempunyai pendapat yang berbeza
mengenai isu ini. Tokoh-tokoh seperti Adam Smith dan James Buchanan
berpendapat bahawa ianya akan ditanggung oleh pembayar cukai di masa
hadapan kerana semua hutang kerajaan perlu dibayar melalui kutipan
cukai. Selain itu, pinjaman kerajaan juga didapati menyebabkan kenaikan
kadar bunga dan menurunkan pelaburan. Ini akan menjejaskan
pembentukan modal masa kini. Disebabkan kesan pinjaman kerajaan
terhadap kadar bunga dan pelaburan, kerajaan mungkin mengurangkan
kesan ini dengan menggantikan pinjaman dengan penciptaan wang iaitu
menggantikan hutang dengan wang.

6. Penciptaan wang ( money creation)

Kerajaan merupakan satu-satunya entiti dalam negara yang dapat
menggunakan cara ini untuk mendapatkan wang. Pada masa lalu,



55
penciptaan wang dilakukan dengan mencetak lebih banyak wang oleh
kerajaan. Pada masa sekarang, ia dilakukan dengan cara meminjam
daripada Bank Pusat. Kesan penciptaan wang terhadap ekonomi ialah
inflasi kerana nilai mata wang yang ada tidak selaras dengan nilai
komoditinya (tiada sandaran atau sekuriti). Ada pihak yang menganggap
bahawa inflasi ialah satu bentuk cukai yang tidak nyata.

Oleh kerana inflasi sering dianggap sebagai sesuatu yang tidak diingini,
anda mungkin bertanya kenapa kerajaan ingin menggunakan teknik
penciptaan wang untuk mendapatkan hasil. Kesan inflasi akibat
penciptaan wang akan meningkatkan keupayaan kerajaan mendapatkan
hasil. Kenapakah perkara ini boleh berlaku? Melalui sistem cukai
pendapatan individu yang progresif, pendapatan nominal yang lebih
tinggi akan dikenakan kadar cukai yang semakin tinggi. Hasilnya apabila
berlaku inflasi, kerajaan akan mendapat lebih banyak hasil. Ini kerana
semasa berlaku inflasi, pendapatan nominal individu meningkat dan
tertolak ke tingkat kadar yang lebih tinggi. Akibat daripada itu, individu
berkenaan perlu membayar jumlah cukai yang lebih tinggi. Fenomena ini
dikenali sebagai bracket creep. Pendapatan individu tertolak ke tingkat
cukai yang lebih tinggi kerana inflasi menyebabkan peningkatan dalam
pendapatan nominal melebihi peningkatan dalam pendapatan benar.

Selain itu, inflasi juga menguntungkan peminjam berbanding dengan
pemiutang. Jika kita mempunyai hutang yang memerlukan bayaran tetap,
inflasi akan mengurangkan nilai benar wang dan sekali gus
mengurangkan nilai bayaran tetap hutang itu. Pada kebiasaannya,
kerajaan merupakan penghutang yang terbesar dalam sesebuah negara
dan inflasi akan menguntungkan kerajaan kerana ia mengurangkan beban
hutang negara melalui pengurangan nilai hutang berkenaan.


Apakah yang terjadi kepada Kerajaan Indonesia dan
Jepun apabila mereka mencetak wang yang berlebihan
untuk menampung perbelanjaan negara?

3.3.2 Alat Perbelanjaan

Dapatkah anda memberi jawapan mengenai apakah perbelanjaan
kerajaan? Benar, ia adalah perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan
untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan, bayaran pindahan dan
pelaburan-pelaburan untuk mencapai matlamat-matlamat nasional.
Walau bagaimanapun, definisi ini telah mengetepikan perbelanjaan tidak
nyata (implisit) yang melibatkan kehilangan atau pengurangan hasil
seperti pengecualian cukai dan pemberian hutang pada kadar faedah yang
rendah berbanding dengan institusi kewangan komersial. Berikut
disenaraikan beberapa alat perbelanjaan kerajaan secara umum:



56
1. Perbelanjaan bagi mendapatkan barang dan perkhidmatan

Pembelian barang dan perkhidmatan merupakan satu cara yang
digunakan oleh kerajaan untuk melaksanakan aktiviti-aktivitinya dengan
menggunakan sumber-sumber secara langsung. Cuba anda berikan
beberapa contoh perbelanjaan kerajaan yang termasuk di bawah kategori
ini. Benar sekali jawapan anda! Antaranya termasuk penggajian
kakitangan awam dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan awam
melalui pembelian kelip, pen, kertas sehingga kepada kapal perang. Ia
juga termasuk bayaran utiliti seperti telefon, elektrik dan air yang
digunakan oleh agensi-agensi awam. Alat ini juga dikenali sebagai
penggunaan kerajaan (public consumption).

2. Bayaran pindahan

Bayaran pindahan melibatkan perbelanjaan seperti bayaran subsidi
kepada kumpulan-kumpulan tertentu, pencen dan ganjaran kepada
kakitangan awam, caruman kepada kumpulan-kumpulan wang berkanun
seperti Tabung Kewangan Antarabangsa, caruman kepada pertubuhan-
pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan
geran-geran yang dibayar kepada kerajaan-kerajaan lain. Bayaran
pindahan ialah bayaran kepada pihak tertentu, bukan sebagai pertukaran
dengan perkhidmatan yang diberikan tetapi berdasarkan status individu
atau organisasi tersebut.

Bayaran pindahan ini akan bertindak untuk menambahkan kuasa beli
pihak yang menerima pembiayaan tersebut supaya dapat membuat
pembelian barang dan perkhidmatan dalam pasaran. Dengan perkataan
lain, ia bertindak sebagai satu alat agihan semula.

Dalam banyak negara maju, bayaran pindahan merupakan pembiayaan
untuk kebajikan sosial (social welfare) kepada masyarakat dan merupakan
item yang penting dalam belanjawan. Bagi negara-negara sedang
membangun pula, sebahagian besar bayaran pindahan ini dilaksanakan
dalam bentuk subsidi langsung kepada pengguna atau dalam bentuk
jualan di bawah harga kos oleh perusahaan-perusahaan awam.

3. Pemberian hutang

Kerajaan juga bertindak memberi kemudahan pinjaman kepada individu
dan firma dalam pelbagai bentuk. Di Malaysia, kakitangan awam yang
layak boleh mendapatkan pinjaman daripada kerajaan bagi tujuan
pembelian kenderaan atau rumah. Kerajaan pusat juga memberikan
pinjaman dengan kadar faedah yang rendah kepada kerajaan-kerajaan
negeri, kerajaan-kerajaan tempatan dan syarikat-syarikat tertentu untuk
menambahkan kuasa beli kesemua pihak ini.



57
4. Bayaran balik pinjaman

Pinjaman yang dilakukan oleh kerajaan perlu dibayar beserta dengan
faedah. Sejumlah wang perlu diperuntukkan untuk tujuan pembayaran
semula. Jika jumlah pinjaman masa lalu tinggi, maka kerajaan mempunyai
tanggungan yang besar untuk membayar faedah dan pokok pinjaman.

5. Pembelian aset

Kerajaan juga mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk tujuan
pelaburan dengan membeli aset-aset seperti bangunan, tanah, loji dan
jentera. Aset-aset ini dapat digunakan untuk tempoh yang panjang dan
penting diadakan bagi kebanyakan program pembangunan.



SOALAN DALAM TEKS 3.2


1. Senaraikan tiga alat penerimaan yang penting bagi
Kerajaan Malaysia.
2. Apa yang dimaksudkan dengan kesan penolakan
pendapatan ke tingkat kadar cukai yang lebih tinggi
(bracket creep)?
3. Nyatakan kesan pemberian hutang oleh kerajaan
kepada kakitangan awam.




Semak jawapan anda di akhir bab ini.


3.4 RUMUSAN

Anda telah melihat bagaimana kita dapat membuat penilaian mengenai
polisi-polisi yang diadakan oleh kerajaan. Lima kriteria utama yang dapat
digunakan ialah ekuiti, kepentingan awam, kecekapan, paternalisme dan
kebebasan individu. Walau bagaimanapun, penggunaan kriteria-kriteria
ini tidak mudah dilakukan kerana ia banyak melibatkan pertimbangan
nilai ahli-ahli masyarakat yang begitu subjektif sifatnya.

Di samping itu, perbincangan mengenai alat-alat fiskal akan
memudahkan anda memahami implikasi penggunaan alat-alat tersebut
dari segi kepentingan hasil, kesan terhadap individu dan firma serta kos
yang ditanggung untuk membiayai sektor awam. Antara alat penerimaan
yang terbaik ialah cukai kerana ia meminimumkan kesan inflasi tetapi ia
tidak begitu popular di kalangan pembayar cukai. Kepentingan alat-alat
perbelanjaan yang berbeza pula bergantung kepada orientasi negara dari
segi ekonomi dan sosial, di samping kedudukan hasil dalam negara.



58



SOALAN PENILAIAN KENDIRI


1. Kerajaan mewajibkan semua kenderaan memasang tali pinggang
keselamatan dan lampu brek ketiga. Nyatakan kriteria yang
digunakan untuk mewajarkan perlaksanaan polisi ini.

2. Kerajaan akan mengubah dasar pengeluaran simpanan dalam
KWSP mulai Julai 2000. Para pencarum yang telah memilih skim
pencen dibenarkan mengeluarkan simpanan mereka sebelum
umur 55 tahun. Kriteria penilaian polisi awam yang manakah
yang dapat menerangkan sebab-sebab perubahan polisi ini
dilakukan?

3. Penciptaan wang akan menyebabkan inflasi berlaku. Adakah
kenyataan ini benar/ salah? Berikan justifikasi kepada jawapan
anda.

4. Berikan dua contoh bayaran pindahan yang dilaksanakan oleh
Kerajaan Malaysia.

5. Kecekapan Pareto bermaksud bahawa perubahan boleh
dilakukan untuk memperbaiki kedudukan individu tertentu tanpa
merugikan individu yang lain. Komen kenyataan ini.

6. Nyatakan kebaikan dan keburukan inflasi. Kenapakah inflasi
dikatakan sebagai satu bentuk cukai tidak nyata?

7. Perbincangan dalam bab ini telah mengutarakan beberapa
kriteria untuk menilai polisi awam. Terangkan secara ringkas
kelima-lima kriteria tersebut.

8. Kenapakah ada pihak yang menganggap perbelanjaan cukai
sebagai satu alat perbelanjaan kerajaan? Berikan tiga contoh
perbelanjaan cukai yang anda tahu.



Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.





59
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 3.1

1. Terdapat beberapa definisi kecekapan. Secara umum, kecekapan
bermaksud satu sistem ekonomi atau tindakan yang memberikan
semua orang sebanyak mungkin faedah. Secara khusus, ahli-ahli
ekonomi menggunakan definisi yang dibuat oleh Pareto yang
bermaksud satu peruntukan sumber yang cekap yang tidak dapat
lagi diubah bagi memperbaiki kedudukan seseorang tanpa
menyebabkan faedah kepada pihak lain terjejas.

Kriteria kecekapan mengutamakan peruntukan sumber yang
paling optimum dalam sesebuah ekonomi di mana tidak berlaku
kerugian dan potensi sumber digunakan sepenuhnya. Sebaliknya,
kriteria ekuiti yang digunakan dalam menilai polisi awam
menitikberatkan polisi yang membawa kepada kesan yang adil
dan saksama kepada semua pihak terutamanya golongan yang
kurang bernasib baik.

2. Kriteria utilitarian bermaksud mewujudkan faedah terbanyak
kepada paling ramai orang. Dengan perkataan lain, melalui
perlaksanaan sesuatu polisi yang baik, masyarakat akan
menikmati tingkat kepuasan atau kebajikan yang paling tinggi
pada kos yang sangat kecil. Kelebihan kriteria ini adalah ia mudah
digunakan untuk mewajarkan satu perubahan polisi yang akan
membawa faedah kepada ramai orang walaupun sebilangan kecil
akan mengalami kerugian. Ini memudahkan kerajaan mewajarkan
pelaksanaan sesuatu polisi yang akan menimbulkan kontroversi di
kalangan sebilangan kecil penduduk.

Bagaimanapun, penggunaan kriteria ini selalu ditentang kerana
masalah mengukur faedah secara objektif di kalangan semua
pihak yang mendapat kesan langsung dan tidak langsung daripada
sesuatu polisi awam. Seterusnya, penggunaan kriteria ini juga
dikritik kerana ia mudah digunakan untuk mewajarkan sebarang
tindakan kerajaan yang membawa kerugian kepada sesetengah
pihak dengan alasan pihak lain akan mendapat keuntungan yang
lebih besar daripada jumlah kerugian itu.






60
SDT 3.2

1. Tiga alat penerimaan yang penting bagi kerajaan Malaysia ialah

(i) Cukai
(ii) Pinjaman
(iii) Bayaran penggunaan, lesen, denda dan faedah.

2. Pada masa berlakunya inflasi, pendapatan nominal seseorang
akan meningkat walaupun pendapatan benarnya tidak semestinya
turut naik. Apabila pendapatan nominal meningkat, pendapatan
individu berkenaan akan memasuki tingkat kadar cukai progresif
yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, individu berkenaan perlu
membayar jumlah cukai pendapatan yang bertambah walaupun
nilai sebenar wang telah jatuh semasa inflasi.

3. Pemberian hutang oleh kerajaan kepada kakitangan awam dalam
bentuk pinjaman untuk membeli komputer peribadi, kenderaan
atau rumah akan menyebabkan peningkatan kuasa beli di pihak
kakitangan awam.






61
BAB 4

P ENGENAL AN K EP ADA P ENCUK AI AN



OBJEKTIF BAB


Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Mendefinisikan cukai.
2. Mengenal pasti tujuan pencukaian.
3. Mengelaskan cukai berdasarkan kaedah pembayaran, asas dan
kadar cukai.
4. Menentukan kesan cukai ke atas agihan semula pendapatan.

4.1 PENGENALAN

Seperti yang telah dibincangkan dalam bab yang pertama, kewangan
awam merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji kegiatan-kegiatan
ekonomi kerajaan, terutamanya bagaimana kerajaan mendapatkan hasil
dan bagaimana ia dibelanjakan. Bab yang lepas telah menyebut bahawa
cukai merupakan sumber hasil kerajaan yang paling penting. Setiap rakyat
yang bertanggungjawab dan ingin melihat pembangunan sesebuah negara
diteruskan perlu menerima hakikat bahawa cukai adalah perlu.

Beberapa kurun yang lalu, negarawan Perancis, Jean-Baptiste Colbert
mencadangkan supaya seni mencukai dilakukan seperti mencabut bulu
angsa supaya mendapatkan seberapa banyak bulu dengan jeritan
kesakitan yang paling sedikit. Ekonomi moden mempunyai pandangan
yang lebih liberal mengenai pencukaian. Ia menekankan supaya
pencukaian dilakukan sebegitu cara agar dapat meningkatkan kecekapan
ekonomi di samping mencapai agihan pendapatan yang adil.

Anda telah membayar banyak jenis cukai kepada kerajaan sama ada ia
disedari atau tidak. Ini kerana kerajaan cenderung untuk mengadakan
pelbagai jenis cukai ke atas masyarakat. Bab ini cuba menerangkan
kenapakah cukai itu perlu bagi sesebuah negara dan bagaimanakah ia
dikenakan ke atas pembayar cukai.

4.2 DEFINISI PENCUKAIAN

Apakah cukai? Cukai merupakan bayaran atau sumbangan wajib daripada
pihak yang dicukai kepada kerajaan. Cukai yang dikutip ini akan



62
digunakan untuk menyediakan atau mengeluarkan beberapa barang dan
perkhidmatan atau untuk diagihkan semula kepada sebilangan rakyat.
Oleh yang demikian, kita tidak dapat katakan cukai sebagai denda
walaupun terdapat unsur paksaan dari segi pembayarannya. Ia juga tidak
dapat disamakan dengan harga walaupun ia dalam bentuk bayaran. Ini
kerana harga lebih bersifat sumbangan sukarela daripada pihak pembeli
yang ingin mendapatkan faedah tertentu.

Dari segi arah aliran ekonomi, cukai ditakrifkan sebagai pindahan wajib
sumber ekonomi daripada sektor swasta kepada sektor awam. Pindahan
sumber ini berasaskan kriteria tertentu yang telah dikenal pasti terlebih
dahulu seperti berdasarkan penggunaan barangan atau pemilikan
pendapatan dan kekayaan. Selalunya ia tidak dihubungkan secara terus
dengan jumlah faedah yang diterima oleh pembayar cukai daripada
perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Anda juga perlu faham
bahawa pemindahan sumber boleh berlaku dari sektor awam kepada
sektor swasta. Antara contoh pindahan dalam bentuk ini ialah subsidi
atau pencen. Subsidi dikenali juga sebagai cukai negatif.


Adakah inflasi dapat dikatakan sebagai satu bentuk
cukai?


4.3 PERANAN CUKAI

Cukai diadakan oleh kerajaan untuk mencapai beberapa matlamat
tertentu. Antara peranan utama pencukaian adalah seperti berikut:

1. Punca hasil kerajaan

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, cukai adalah sumber
pembiayaan kerajaan yang paling penting. Ini tidak bermaksud cukai
merupakan satu-satunya cara untuk kerajaan mendapatkan hasil.
Kerajaan boleh juga mencetak wang atau membuat pinjaman. Walau
bagaimanapun, kedua-dua cara ini dapat mencetuskan inflasi dan tidak
begitu digalakkan. Pencukaian akan menyebabkan kerajaan mendapat
hasil melalui pengurangan penggunaan dan pelaburan sektor swasta. Ini
tidak bermakna kerajaan boleh bertindak mengenakan kadar cukai yang
terlalu tinggi sehingga menjejaskan kegiatan sektor swasta dan seterusnya
menyebabkan protes daripada pembayar cukai dan pengurangan hasil
oleh kerajaan.

2. Agihan semula pendapatan

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, pasaran akan menyebabkan
berlakunya jurang agihan pendapatan dan kekayaan di kalangan ahli-ahli



63
masyarakat. Kita semua bersetuju sama ada berdasarkan alasan ekonomi
atau sosial bahawa tidak wajar dibiarkan hanya segelintir individu
memiliki kebanyakan kekayaan negara atau terdapat ramai orang yang
menanggung kesempitan hidup.

Dari segi ekonomi, penting untuk meningkatkan keupayaan mengguna
sut (marginal propensity to consume) dalam negara bagi menggiatkan
pertumbuhan ekonomi. Keupayaan mengguna sut di kalangan orang kaya
adalah lebih kecil berbanding dengan keupayaan mengguna sut di
kalangan orang miskin. Melalui pencukaian, bahagian pendapatan dan
kekayaan negara yang dimiliki oleh golongan miskin akan dapat
ditingkatkan. Cukai yang dikutip daripada golongan kaya dapat
dipindahkan untuk kegunaan golongan miskin. Ada pihak yang
merasakan bahawa golongan yang lari daripada membayar cukai sama
seperti mereka yang mencuri daripada orang miskin yang memerlukan.

3. Kestabilan harga

Salah satu fungsi kerajaan ialah menstabilkan ekonomi negara. Tidak
wajar bagi kerajaan menambahkan perbelanjaan awam dengan jumlah
yang banyak untuk jangka panjang tanpa mengubah cukai. Jika ia
dilakukan, peningkatan perbelanjaan awam dan swasta akan
menyebabkan berlakunya lebihan permintaan dalam ekonomi dan
seterusnya mencetuskan inflasi. Masalah ini akan menjadi lebih serius jika
ekonomi tersebut hampir mencapai guna tenaga penuh.

Sekiranya kerajaan berhasrat membiayai sesuatu projek yang besar, ia
boleh menggunakan dana daripada beberapa sumber. Bagaimanapun,
untuk mengelakkan inflasi, kerajaan boleh mengurangkan
perbelanjaannya untuk projek-projek lain atau mengurangkan
perbelanjaan swasta melalui cara mencukai atau kedua-duanya sekali.
Perlu diingat bahawa cara untuk mengawal inflasi bukan hanya melalui
dasar pencukaian sahaja. Kerajaan boleh juga menggunakan dasar
kewangan untuk tujuan ini.

4. Pertumbuhan ekonomi dan guna tenaga penuh

Pada masa lalu, kerajaan memungut cukai sebagai hasil utama untuk
membiayai perbelanjaan yang akan dilakukan. Ahli-ahli ekonomi klasik
berpendapat bahawa kedudukan ekonomi pasaran cenderung ke arah
mencapai guna tenaga penuh dan tidak memerlukan campur tangan
kerajaan untuk tujuan ini.

Semenjak berlaku kemelesetan besar (Great Depression) pada tahun-tahun
1930-an, banyak negara menerima pandangan ahli ekonomi John



64
Maynard Keynes bahawa kerajaan perlu terlibat bagi meningkatkan
pertumbuhan ekonomi negara dan mencapai guna tenaga penuh. Teori
Keynes telah menafikan kecenderungan jumlah permintaan untuk
menyamai jumlah penawaran pada tingkat guna tenaga penuh.
Kenapakah hal ini berlaku? Ia berlaku kerana upah dan harga agak sukar
untuk turun (downward rigid) bagi mencapai keseimbangan ini. Oleh itu,
campur tangan kerajaan melalui polisi cukai dan perbelanjaan awam
diperlukan untuk membetulkan lebihan atau kurangan dalam jumlah
permintaan.


Bagaimanakah dasar kewangan dapat digunakan untuk
mengawal inflasi?


4.4 PENGELASAN CUKAI

Seperti yang telah anda maklum, terdapat pelbagai jenis cukai yang
dikenakan oleh kerajaan. Mari kita lihat bagaimana cukai-cukai yang
berbeza ini diklasifikasikan. Terdapat tiga cara utama untuk mengelaskan
cukai iaitu melalui kaedah pembayaran cukai, asas cukai yang berbeza
dan kadar-kadar cukai yang digunakan.

4.4.1 Kaedah Pembayaran

Di bawah kaedah pembayaran cukai, cukai dapat dibahagikan kepada dua
bentuk iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung. Cukai langsung
ialah sejenis cukai di mana pihak yang membayar cukai adalah juga pihak
yang menanggung beban (liabiliti) atau kerugian akibat pengenaan cukai
tersebut. Dengan perkataan lain, pembayar cukai tidak dapat
mengalihkan beban cukai kepada pihak lain. Bagaimanakah kita dapat
membuktikan sama ada sesuatu cukai itu dapat dialihkan bebannya
kepada pihak lain atau tidak? Bagi tujuan ini, anda perlu memahami
konsep insiden undang-undang (statutory incidence) dan insiden ekonomi
(economic incidence).

Apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua konsep ini? Insiden
undang-undang merujuk kepada pihak yang ditetapkan oleh statut atau
undang-undang untuk menyampaikan bayaran cukai kepada pihak
kerajaan. Sebaliknya, insiden ekonomi merujuk kepada pihak yang
menanggung kerugian akibat pengenaan sesuatu cukai. Apabila insiden
undang-undang sama dengan insiden ekonomi, kita katakan bahawa
cukai itu adalah cukai langsung. Sebaliknya, apabila insiden undang-
undang sesuatu cukai tidak sama dengan insiden ekonominya, cukai itu
merupakan cukai tidak langsung. Ini kerana, pihak yang diwajibkan
membayar cukai kepada kerajaan mungkin dapat mengalihkan sebahagian



65
atau sepenuhnya beban sesuatu cukai kepada pihak lain. Pengalihan
beban cukai boleh dilakukan melalui kenaikan harga barang atau
perkhidmatan.

Untuk melihat dengan lebih jelas lagi, kita akan mengambil beberapa
contoh cukai sebagai perbandingan iaitu cukai pendapatan individu, cukai
harta benda dan cukai jualan. Dapatkah anda tentukan kaedah
pembayaran cukai bagi contoh-contoh cukai berkenaan menggunakan
konsep insiden undang-undang dan insiden ekonomi? Mari kita
bincangkan cukai tersebut satu persatu. Bagi cukai pendapatan individu,
telah menjadi tanggungjawab individu yang dicukai untuk menyampaikan
sebahagian daripada pendapatannya sebagai bayaran cukai kepada
kerajaan. Individu itu tidak dapat memindahkan beban cukai
pendapatannya kepada pihak lain. Ia merupakan satu contoh cukai
langsung.

Hal yang sama berlaku bagi cukai ke atas harta benda. Sebaliknya, bagi
cukai jualan, pihak yang bertanggungjawab menyampaikan bayaran cukai
kepada kerajaan adalah penjual (peniaga), tetapi beliau berkemungkinan
dapat mengalihkan beban cukai kepada pengguna melalui kenaikan harga
barangan. Oleh itu, ia dikategorikan sebagai cukai tidak langsung.
Sebanyak mana beban ini dapat dialihkan bergantung kepada keanjalan
permintaan dan penawaran barangan berkenaan. Penerangan yang lebih
mendalam mengenai beban cukai dapat anda lihat dalam bab kelima.



SOALAN DALAM TEKS 4.1


1. Nyatakan kaedah pembayaran bagi beberapa jenis
cukai berikut:
A. cukai pendapatan syarikat
B. cukai jalan
C. cukai pintu
D. cukai eksais
E. duti setem

2. Bezakan antara insiden undang-undang dan insiden
ekonomi.


Semak jawapan anda di akhir bab ini.




66
4.4.2 Asas Cukai

Asas cukai adalah item atau aktiviti ekonomi di mana cukai itu dikenakan.
Dengan perkataan lain, asas cukai merujuk kepada cara pengenaan cukai
untuk menentukan jumlah atau nilai yang akan dikenakan cukai. Secara
umum, asas cukai dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu

1. Pendapatan

Pendapatan individu atau firma akan dikira untuk menentukan nilai yang
akan dikenakan cukai. Dari segi ekonomi, pendapatan ditafsirkan sebagai
jumlah keseluruhan nilai penggunaan barangan dan tabungan dalam
tempoh setahun. Ia selalu dianggap sebagai satu petunjuk yang baik bagi
menentukan keupayaan membayar cukai.

2. Perbelanjaan

Cara mengira asas perbelanjaan ialah dengan mencampurkan segala
pendapatan (dibuktikan) dan kemudian ditolak jumlah tabungan yang
dapat dibuktikan. Asas ini digunakan bertujuan menggalakkan aktiviti
menabung di kalangan masyarakat dan juga untuk mendenda gelagat
berbelanja yang keterlaluan.

3. Penggunaan

Ini merupakan asas yang paling kerap digunakan. Cukai akan dikenakan
apabila barang atau perkhidmatan yang dikenakan cukai dijual. Antara
contoh cukai berdasarkan asas ini ialah cukai eksais ke atas rokok dan
minuman keras, cukai import bagi barangan import, cukai eksport bagi
barangan eksport dan cukai jualan.

4. Kekayaan

Kekayaan ialah nilai bersih stok terkumpul seseorang sama ada dalam
bentuk simpanan atau pelaburan. Cukai yang dikenakan ke atas harta atau
aset yang dimiliki oleh individu atau firma tergolong dalam asas ini. Harta
yang dimaksudkan boleh didapati dalam bentuk boleh alih seperti cukai
ke atas kenderaan (cukai jalan) atau tidak alih seperti bangunan (cukai
taksiran atau cukai pintu). Ia boleh dikenakan setiap tahun seperti cukai
taksiran atau sekali sahaja apabila berlaku kematian atau pemindahan hak
milik seperti cukai harta pusaka.

5. Urus niaga

Telah menjadi kebiasaan bagi kerajaan mengenakan cukai ke atas
transaksi atau urus niaga tertentu. Perkara ini dapat anda perhatikan



67
apabila berlaku transaksi seperti jual beli (cukai jualan dan cukai nilai
ditambah), urus niaga eksport (cukai eksport), urus niaga import (cukai
import atau duti kastam) dan transaksi yang mempunyai implikasi sah di
sisi undang-undang seperti pemeteraian perjanjian (duti setem) atau duti
harta pusaka.

4.4.3 Kadar Cukai

Kadar cukai boleh dibahagikan kepada tiga jenis kadar utama iaitu kadar
tetap, progresif dan regresif. Kadar-kadar ini boleh dikenakan ke atas
unit barangan yang dijual atau nilai barangan tersebut. Apabila dikenakan
ke atas setiap unit barangan yang kena cukai, ia dipanggil cukai ke atas
unit. Sebaliknya, jika dikenakan ke atas nilai atau harga barangan, ia
dikenali sebagai cukai ad valorem. Mari kita lihat perbezaan di antara
ketiga-tiga kadar yang disebutkan di atas.

1. Kadar tetap

Cukai berkadar tetap atau berkadaran adalah cukai yang mempunyai
kadar bersifat malar atau tetap walaupun asas cukai bertambah. Contoh
yang dapat diberikan di sini ialah pengenaan duti setem sebanyak satu
peratus daripada nilai sesuatu transaksi. Jika nilai transaksi seperti kontrak
atau perjanjian ialah RM10,000, maka jumlah cukai yang perlu dibayar
ialah RM100. Jika nilai transaksi ialah RM250,000, maka jumlah cukai
ialah RM2,500 kerana kadar yang dikenakan tetap sama iaitu satu peratus.

Rajah 4.1
Struktur Cukai Berkadar Tetap


kadar cukai
(%)





asas cukai (RM)


Rajah 4.1 menunjukkan secara grafik penggunaan kadar tetap. Paksi
mendatar menunjukkan nilai asas cukai (RM) dan paksi menegak
menunjukkan kadar cukai (%).




68
2. Kadar progresif

Mari kita lihat pula penggunaan kadar progresif. Apabila kadar cukai
semakin bertambah dengan peningkatan nilai asas cukai, kita katakan
kadar yang digunakan itu sebagai kadar progresif. Adakah anda tahu
bilakah kadar seperti ini digunakan? Benar, kadar ini selalu digunakan
untuk cukai pendapatan individu. Apabila pendapatan boleh cukai
bertambah, maka kadar cukai yang boleh dikenakan juga akan
bertambah. Ia dikenali juga sebagai kadar bertingkat (graduated rates). Dari
segi grafik, hubungan nilai asas cukai dan kadar progresif dapat
ditunjukkan melalui Rajah 4.2. Semakin curam garis cukai yang bercerun
positif, semakin progresif struktur cukai tersebut.

Rajah 4.2
Struktur Cukai Menggunakan Kadar Progresif


kadar cukai
(%)













asas cukai (RM)


Anda dapat melihat penggunaan kadar progresif dengan lebih jelas
melalui Jadual 4.1. Berdasarkan jadual tersebut, anda dapat perhatikan
bahawa apabila pendapatan boleh cukai bertambah, maka kadar cukai
yang dikenakan akan bertambah. Pada pendapatan RM2,500 yang
pertama, kadar yang dikenakan ialah empat peratus sahaja. Apabila
pendapatan tersebut meningkat melebihi RM2,500, kadar akan naik
menjadi tujuh peratus. Oleh yang demikian, jika pendapatan boleh cukai
ialah RM10,000, maka jumlah cukai yang terpaksa dibayar ialah RM775.
Adakah anda mendapat jawapan yang sama? Jika ya, syabas. Jika tidak,
jangan bimbang. Cara pengiraannya adalah seperti berikut:

RM2,500 x 4% = RM100 +

RM2,500 x 7% = RM175 +
RM5,000 x 10% = RM500

RM775



69
Jadual 4.1
Struktur Cukai Progresif

Kumpulan Pendapatan (RM) Kadar (%)
1 - 2,500
2,501 - 5,000
5,001 - 10,000
10,001 - 20,000
20,001 - 35,000
35,001 - 50,000
50,001 - 70,000
70,001 - 100,000
> 100,000
4
7
10
12
17
22
27
32
35

3. Kadar regresif

Kadar regresif ialah kadar yang semakin berkurangan apabila asas cukai
bertambah. Kadar ini digunakan oleh kerajaan untuk mengurangkan
kesan negatif ke atas insentif bekerja kuat untuk mengumpulkan
pendapatan dan kekayaan, di samping meningkatkan kecekapan,
produktiviti dan pengeluaran. Rajah 4.3 menunjukkan hubungan antara
asas cukai dan kadar regresif. Semakin curam garis cukai yang bercerun
negatif, semakin regresif struktur cukai tersebut. Jika pendapatan adalah
asas cukai ini, maka kadar regresif akan menyebabkan semakin tinggi
pendapatan semakin rendah kadar yang dikenakan. Anda tentu bersetuju
bahawa kadar seperti ini mendenda golongan kurang berkemampuan.

Rajah 4.3
Struktur Kadar Regresif


kadar cukai
(%)










asas cukai (RM)




Selain daripada melihat perubahan dalam kadar cukai apabila asas cukai
berubah, kadar cukai juga boleh dibezakan menggunakan konsep kadar
cukai purata (average tax rate, ATR) dan kadar cukai sut (marginal tax



70
rate, MTR). Kadar cukai purata adalah jumlah cukai yang dibayar
dibahagi dengan nilai asas cukai. Kadar cukai sut pula bermaksud
tambahan cukai yang dibayar apabila asas cukai itu bertambah. Dengan
perkataan lain, kadar cukai berubah apabila asas cukai berubah. Formula
kedua-duanya adalah seperti berikut:

Jumlah cukai yang perlu dibayar
Kadar cukai purata = (4.1)
Saiz asas cukai


Pertambahan jumlah cukai yang perlu dibayar
Kadar cukai sut = (4.2)
Pertambahan saiz asas cukai


Bagi cukai yang berkadar tetap, kadar cukai purata bersamaan dengan
kadar cukai sut. Ini kerana, kadar cukai tidak berubah walaupun tingkat
asas cukai berubah. Jika kadar cukai sut ialah satu peratus, maka kadar
cukai purata juga ialah satu peratus. Rajah 4.4 menunjukkan keadaan ini
secara grafik. Paksi mendatar mengukur pendapatan sebagai asas cukai.

Rajah 4.4
Hubungan antara Kadar Cukai Purata dan Kadar Cukai Sut

MTR
ATR MTR
(%)
ATR ATR
ATR =MTR MTR

RM RM RM
(1) Kadar Tetap (2) Progresif (3) Regresif


Bagi kadar cukai progresif pula, anda akan dapati MTR lebih besar
berbanding dengan ATR. Jika anda merujuk kepada pendapatan boleh
cukai RM10,000 yang menggunakan kadar progresif seperti dalam Jadual
4.1, jumlah cukai yang perlu dibayar ialah RM775. Ini bermaksud ATR
pada tingkat pendapatan boleh cukai RM10,000 ialah sebanyak 7.75
peratus atau (RM775/RM10,000) x 100. MTR mengukur kadar cukai
yang dikenakan pada tingkat pendapatan terakhir yang dikenakan cukai.



71
Pada tingkat pendapatan RM10,000, kadar cukai yang dikenakan ialah 10
peratus. Keadaan sebaliknya akan berlaku bagi cukai yang menggunakan
kadar regresif. Bagi cukai yang menggunakan kadar regresif, MTR adalah
kurang berbanding dengan ATR.



SOALAN DALAM TEKS 4.2


1. Kirakan jumlah cukai yang perlu dibayar
menggunakan kadar progresif dalam Jadual 4.1 jika
pendapatan boleh cukai ialah
A. RM30,000 B. RM55,000

2. Kirakan MTR dan ATR bagi pendapatan boleh
cukai:
A. RM30,000 B. RM55,000



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


4.4.4 Implikasi Penggunaan Kadar Berbeza Terhadap Jumlah
Pembayaran Cukai

Mari kita lihat kesan penggunaan kadar cukai yang berbeza ke atas
jumlah atau liabiliti cukai yang ditanggung oleh pembayar cukai.
Persoalan di sini ialah, kadar cukai yang manakah yang akan
menyebabkan jumlah pembayaran cukai bertambah? Sebenarnya, ketiga-
tiga kadar tersebut akan membawa implikasi pembayaran cukai yang
bertambah apabila asas cukai semakin meningkat. Ini bermaksud
penggunaan kadar tetap, progresif mahupun regresif akan membawa
kepada jumlah cukai yang semakin meningkat. Bezanya ialah dari segi
darjah penambahan. Keadaan ini dapat anda lihat dengan lebih jelas
melalui Jadual 4.2 di sebelah. Andaikan pendapatan sebagai asas cukai.
Individu A mempunyai pendapatan boleh cukai sebanyak RM10,000,
pendapatan boleh cukai individu B ialah RM20,000 dan individu C
mempunyai pendapatan boleh cukai sebanyak RM30,000.



72
Jadual 4.2
Perbezaan Liabiliti Cukai

(1) Kadar Tetap : Kadar ialah 20% ke atas semua tingkat pendapatan boleh cukai.

Individu MTR dan Jumlah Cukai Dibayar ATR

A 20% x RM10,000 = RM2,000 (RM2,000/RM10,000) 100 = 20%

B 20% x RM20,000 = RM4,000 (RM4,000/RM20,000) 100 = 20%

C 20% x RM30,000 = RM6,000 (RM6,000/RM30,000) 100 = 20%

(2) Progresif : Kadar cukai sut bagi tiga tingkat pendapatan boleh cukai adalah seperti
berikut: 10% ke atas pendapatan RM10,000 pertama, 20% ke atas RM10,000 kedua
dan 30% bagi RM10,000 ketiga.

Individu MTR dan Jumlah Cukai Dibayar ATR

A 10% x RM10,000 = RM1,000 (RM1,000/RM10,000) 100 = 10%

B 10% x RM10,000 = RM1,000
20% x RM10,000 = RM2,000

Jumlah RM3,000 (RM3,000/RM20,000) 100 = 15%

C 10% x RM10,000 = RM1,000
20% x RM10,000 = RM2,000
30% x RM10,000 = RM3,000

Jumlah RM6,000 (RM6,000/RM30,000) 100 = 20%


(3) Regresif : Kadar cukai sut bagi tiga tingkat pendapatan boleh cukai adalah seperti
berikut: 30% ke atas pendapatan RM10,000 pertama, 20% ke atas RM10,000 kedua
dan 10% bagi RM10,000 ketiga.

Individu MTR dan Jumlah Cukai Dibayar ATR

A 30% x RM10,000 = RM3,000 (RM3,000/RM10,000) 100 = 30%

B 30% x RM10,000 = RM3,000
20% x RM10,000 = RM2,000

Jumlah RM5,000 (RM5,000/RM20,000) 100 = 25%

C 30% x RM10,000 = RM3,000
20% x RM10,000 = RM2,000
10% x RM10,000 = RM1,000

Jumlah RM6,000 (RM6,000/RM30,000) 100 = 20%

Anda dapat perhatikan bahawa apabila kadar tetap digunakan, ketiga-tiga
individu tersebut perlu membayar jumlah cukai yang berbeza. Semakin
tinggi pendapatan, semakin banyak cukai yang dibayar menggunakan



73
kadar tetap sebanyak 20 peratus. Jadual tersebut juga menunjukkan
kepada anda bahawa kadar cukai sut dan kadar cukai purata adalah sama
bagi ketiga-tiga tingkat pendapatan.

Sebaliknya, anda akan dapati bagi cukai yang menggunakan kadar
progresif pula, individu A cuma perlu membayar cukai sebanyak
RM1,000 berbanding dengan individu B dan C yang perlu membayar
cukai sebanyak RM3,000 dan RM6,000 setiap seorang. Seterusnya, kadar
cukai sut pula sentiasa lebih tinggi berbanding dengan kadar cukai purata
pada ketiga-tiga tingkat pendapatan tersebut. Fenomena ini menunjukkan
bahawa penggunaan kadar progresif tidak semestinya menyebabkan
bayaran cukai yang lebih tinggi berbanding dengan kadar tetap. Ini
kerana pada pendapatan yang rendah, struktur ini menggunakan kadar
yang lebih rendah dan bila pendapatan mencapai tingkat berikutnya
barulah kadar cukai yang lebih tinggi dikenakan ke atas tingkat
pendapatan tingkat kedua dan seterusnya.

Bagi kadar regresif pula, anda dapat melihat bahawa semakin tinggi
pendapatan, semakin tinggi cukai yang perlu dibayar. Bagaimanapun,
pada tingkat pendapatan RM10,000 jumlah cukai yang perlu dibayar
adalah tinggi berbanding dengan kadar tetap dan progresif. Ini
menunjukkan bahawa golongan berpendapatan rendah mengalami
kerugian akibat pembayaran cukai yang tinggi jika kadar regresif
digunakan. Oleh yang demikian, individu perlu berusaha untuk
meningkatkan pendapatan agar dapat menikmati pengurangan kadar
seterusnya.


Pada pandangan anda, penggunaan kadar cukai yang
mana satukah yang lebih adil?


4.4.5 Kriteria Cukai untuk Agihan Semula Pendapatan

Telah disebut sebelum ini bahawa salah satu peranan cukai ialah untuk
mencapai agihan pendapatan dan kekayaan yang lebih adil dan saksama.
Jadual 4.2 pula menunjukkan bahawa pembayaran cukai yang lebih tinggi
tidak semestinya berlaku bagi sistem cukai yang menggunakan kadar
progresif sahaja. Bagaimanapun, demi mengelakkan kesan tanggungan
yang tinggi ke atas golongan kurang berkemampuan, penggunaan kadar
progresif adalah lebih sesuai berbanding dengan kadar tetap dan regresif.
Penggunaan kadar progresif dijadikan sebagai pra syarat kepada
pembentukan struktur cukai bagi tujuan agihan semula. Ada beberapa
faktor lain yang perlu diambil kira bagi tujuan ini. Antaranya ialah





74
1. Ketinggian kadar cukai sut

Dikatakan bahawa semakin tinggi kadar cukai sut, semakin berkesan
sistem cukai itu dalam mengagihkan semula pendapatan. Rajah 4.5
menunjukkan dua sistem cukai yang menggunakan struktur progresif dan
berkadaran. Sistem A mempunyai garisan kadar bercerun positif yang
lebih curam berbanding dengan sistem B. Oleh itu, kadarnya dikatakan
lebih progresif berbanding dengan sistem B. Bagaimanapun, sistem B
mempunyai kadar cukai sut yang lebih tinggi iaitu 55 peratus berbanding
dengan sistem A pada 35 peratus. Maka, sistem B dikatakan lebih
berkesan untuk tujuan agihan semula berbanding dengan sistem A.

Rajah 4.5
Sistem Cukai Pendapatan


Kadar Cukai
Sut (%)
80


60 D
Sistem B

40
C Sistem A

20




0 Y
1
Y
2
Y
3
Y
4


Tingkat Pendapatan




2. Titik permulaan

Titik permulaan cukai menentukan pendapatan yang pertama dikenakan
cukai. Pada kebiasaannya, anda dapat perhatikan bahawa kerajaan tidak
mengenakan cukai bagi sejumlah tertentu pendapatan yang pertama. Ini
kerana ia digunakan untuk sara hidup seperti memenuhi keperluan asas
makan dan minum. Pemberian ini dikatakan sebagai perbelanjaan cukai
atau pelepasan cukai.




75
Rajah 4.5 menunjukkan sistem A mula mengenakan kadar cukai pada
pendapatan Y
2
sedangkan sistem B mengenakan cukai pada Y
1
. Untuk
tujuan agihan dan keadilan dalam masyarakat, cukai yang baik ialah
sistem yang mengenakan cukai pada pendapatan yang lebih rendah
seperti sistem B. Melalui sistem ini, lebih banyak individu akan
membayar cukai dalam masyarakat itu. Sebaliknya, individu lebih
gemarkan sistem yang banyak memberikan pelepasan cukai.

3. Titik minimaks

Apakah yang dimaksudkan dengan titik minimaks? Ia adalah titik terakhir
pendapatan yang menggunakan kadar progresif. Sebenarnya, tidak ada
negara yang mengenakan kadar progresif secara berterusan sehingga
mencapai 100 %. Jika ia dilakukan, tidak ada individu dalam negara
tersebut yang ingin mengumpulkan pendapatan yang terlalu tinggi kerana
kebanyakan atau semuanya akan diambil oleh kerajaan sebagai cukai.
Oleh itu, kadar tetap akan digunakan selepas penggunaan kadar
progresif.

Titik pendapatan terakhir yang menggunakan kadar progresif dalam
sistem A ialah Y
3
. Bagi sistem B pula, titik minimaksnya ialah Y
4
. Jika
anda merujuk Jadual 4.1, titik minimaks bagi sistem tersebut ialah
RM100,000. Titik minimaks yang lebih tinggi dikatakan lebih baik bagi
tujuan agihan semula.

Kesimpulannya di sini ialah sistem cukai B lebih berkesan dari segi
agihan semula pendapatan kerana ia mempunyai kadar cukai sut dan titik
minimaks yang lebih tinggi berbanding dengan sistem A. Selain itu, titik
permulaan cukai bagi sistem B lebih awal berbanding dengan sistem A.
Bagaimanapun, kadar bagi sistem A adalah lebih progresif berbanding
dengan sistem B.

4.5 RUMUSAN

Cukai dapat didefinisikan sebagai pindahan wajib daripada sektor swasta
kepada kerajaan untuk membolehkan kerajaan melaksanakan
tanggungjawabnya kepada masyarakat dalam negara berkenaan. Ia tidak
dapat disamakan dengan harga ataupun denda. Selain membawa hasil
kepada kerajaan, cukai juga digunakan sebagai alat untuk menstabilkan
harga, mengagih semula kekayaan dalam negara dan menggiatkan
pertumbuhan ekonomi negara. Cukai dapat dibahagikan kepada dua
bentuk iaitu cukai langsung dan tidak langsung. Lima asas cukai ialah
pendapatan, kekayaan, perbelanjaan, penggunaan dan urus niaga. Tiga
kadar utama yang digunakan ialah kadar tetap, progresif dan regresif.




76


SOALAN PENILAIAN KENDIRI


1. Bezakan cukai dengan harga.

2. Manakah di antara kadar-kadar berikut akan membawa kepada
liabiliti cukai yang bertambah apabila asas cukai bertambah?

A. kadar tetap
B. kadar progresif
C. kadar regresif
D. A dan B sahaja
E. A, B dan C.

3. Apabila anda mengunjungi restoran makanan segera di negara
ini, anda akan dapati ada sejenis cukai yang dikenakan ke atas
nilai pembelian makanan tersebut. Cukai sebanyak sepuluh
peratus ini dikenali sebagai cukai perkhidmatan.

(i) Nyatakan insiden undang-undang cukai ini.
(ii) Nyatakan insiden ekonomi cukai ini.
(iii) Adakah ia sejenis cukai langsung atau tidak langsung?
(iv) Apakah jenis kadar yang digunakan?
(v) Adakah ia cukai ke atas unit atau cukai ad valorem?

4. Kerajaan-kerajaan negeri mengenakan cukai tanah ke atas
pemilikan tanah di sesebuah negeri. Pada kebiasaannya tanah
pertanian dikenakan kadar yang lebih rendah berbanding dengan
tanah kediaman dan komersial. Jawab soalan-soalan berikut
mengenai cukai tanah.

(i) Ia merupakan cukai ke atas kekayaan. Benar/ Salah?
(ii) Ia adalah cukai tidak langsung. Benar/ Salah?
(iii) Tujuan utama pengenaan cukai ini adalah untuk
mendapatkan hasil kepada kerajaan negeri. Benar/ Salah?
(iv) Mengapakah kadar yang berlainan dikenakan ke atas
jenis-jenis kegunaan tanah?

5. Rujuk struktur cukai berikut untuk menjawab soalan a hingga e.
Struktur cukai ini memberikan pelepasan cukai sebanyak
RM10,000 bagi setiap individu yang dikenakan cukai.



77

Pendapatan (RM) Kadar (%)

1 2,500 5
2,501 5,000 8
5,001 10,000 12
10,000 20,000 15
20,001 35,000 20
35,001 50,000 25
50,001 70,000 30
70,001 100,000 35
> 100,000 40


(i) Berapakah jumlah cukai yang perlu dibayar oleh seorang
individu dengan pendapatan RM50,000 setahun?
(ii) Nyatakan kadar cukai sut tertinggi bagi sistem cukai ini.
(iii) Berapakah kadar cukai purata bagi pendapatan sebanyak
RM50,000?
(iv) Nyatakan titik permulaan cukai.
(v) Nyatakan titik minimaks bagi struktur cukai ini.



Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.


JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 4.1

1 A. Selalu dikategorikan sebagai cukai langsung. Walau
bagaimanapun, jika pemilik syarikat dapat memindahkan
sebahagian daripada beban kepada pengguna melalui
kenaikan harga atau kepada pekerja melalui pengurangan
faedah di tempat kerja, maka ia menjadi cukai tidak
langsung.
B. Cukai langsung.
C. Cukai langsung.
D. Cukai tidak langsung.
E. Cukai langsung.

2. Insiden undang-undang bermaksud pihak yang telah diwajibkan
oleh undang-undang atau akta tertentu untuk menyampaikan



78
bayaran cukai kepada kerajaan. Sebagai contoh, kerajaan telah
menetapkan pemilik tanah untuk menyampaikan sejumlah cukai
disebabkan pemilikan tanah tersebut. Jika tuan punya tanah gagal
menyampaikan bayaran cukai itu, tindakan undang-undang boleh
diambil ke atas beliau.

Sementara insiden ekonomi pula bermaksud pihak yang
sebenarnya menanggung kerugian akibat pengenaan sesuatu
cukai. Ini bermakna cukai itu telah menyebabkan individu
mengalami pengurangan dalam pendapatan boleh guna atau
kekayaannya kerana membayar cukai. Sebagai contoh, jika
penjual dapat memindahkan sebahagian daripada beban cukai
jualan melalui kenaikan harga, maka insiden ekonomi adalah
penjual dan pembeli.

SDT 4.2

1. A. RM3,675

B. RM9,175

2. A. MTR = 17 %
ATR = 12.25 %

B. MTR = 27 %
ATR = 16.68 %












79
BAB 5

P RI NSI P -P RI NSI P P ENCUK AI AN



OBJEKTIF BAB


Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menilai prinsip-prinsip pencukaian yang baik.
2. Menentukan implikasi pengenaan cukai ke atas kerajaan,
pengguna dan pengeluar.


5.1 PENGENALAN

Setelah mengetahui definisi dan tujuan pencukaian, anda akan
didedahkan kepada kriteria-kriteria yang perlu ada bagi membentuk satu
sistem pencukaian yang baik. Kriteria ini disebut juga sebagai prinsip
pencukaian. Anda mungkin mempunyai pendapat sendiri mengenai
apakah yang dikatakan sebagai cukai yang baik. Walau bagaimanapun,
kebanyakan ahli ekonomi bersetuju bahawa cukai perlu mencapai
beberapa matlamat tertentu. Antara matlamat umum pencukaian
termasuk mengutip sejumlah hasil kepada kerajaan, di samping
mengubah gelagat individu supaya mengambil atau tidak mengambil
tindakan tertentu. Kerajaan juga perlu mengkaji kesan-kesan yang timbul
akibat daripada pengenaan sesuatu cukai bukan sahaja ke atas individu
atau masyarakat tetapi juga ke atas kerajaan sendiri.

Antara prinsip-prinsip pencukaian yang sering menjadi ukuran
keberkesanan sesuatu cukai ialah ekuiti, kecekapan ekonomi dan
keberkesanan pentadbiran cukai. Prinsip ekuiti memerlukan cukai
diadakan dengan adil lagi saksama ke atas masyarakat. Kecekapan
ekonomi pula bermaksud pencukaian tidak sepatutnya membebankan
masyarakat dengan kos lebihan yang boleh dielakkan di samping tidak
menghalang objektif pembangunan ekonomi. Keberkesanan pentadbiran
membawa implikasi bahawa taksiran dan kutipan hasil cukai tidak
melibatkan kos yang tinggi ke atas kerajaan dan pembayar cukai.

Walaupun ketiga-tiga prinsip ini diterima secara umum, terdapat konflik
atau percanggahan di antara prinsip-prinsip tersebut. Sukar untuk
kerajaan mencapai ketiga-tiga kriteria tersebut secara serentak apabila
melaksanakan sesuatu polisi pencukaian. Ini kerana, penekanan kepada



80
prinsip ekuiti akan membawa kesan yang negatif terhadap pertumbuhan
ekonomi dan melibatkan kos pentadbiran yang tinggi. Tumpuan kepada
aspek kecekapan ekonomi mungkin membawa kepada ketidakadilan.
Perhatian kepada keberkesanan pentadbiran pula mungkin menyebabkan
penolakan inovasi-inovasi yang boleh meningkatkan kecekapan ekonomi
dan ekuiti. Oleh itu, perlu ada keseimbangan dan tolak ansur dalam
mengimplementasikan ketiga-tiga prinsip berkenaan demi mewujudkan
satu sistem pencukaian yang dapat diterima oleh masyarakat dan
membawa kepada pembangunan ekonomi negara secara keseluruhannya.

5.2 EKUITI

Ekuiti merupakan prinsip asas yang penting bagi setiap ahli masyarakat.
Kita bersetuju bahawa setiap pembayar cukai perlu menyumbang bayaran
yang saksama dalam bentuk cukai bagi membiayai kos pentadbiran
negara. Namun begitu, tidak terdapat persetujuan yang spesifik
bagaimana agihan sumbangan oleh pembayar cukai perlu dilakukan
untuk mencapai keadilan kepada semua pihak. Dua teori yang selalu
digunakan untuk membincangkan prinsip ini di kalangan ahli ekonomi
ialah teori faedah dan teori keupayaan membayar. Sebelum kita
membincangkan dengan mendalam mengenai kedua-dua teori
berkenaan, eloklah kita mengetahui dahulu mengenai konsep-konsep
ekuiti yang menjadi asas kepada kedua-dua teori berkenaan. Konsep-
konsep ekuiti yang dimaksudkan ialah ekuiti mendatar dan menegak.

5.2.1 Ekuiti Mendatar dan Menegak

Ekuiti mendatar atau melintang merujuk kepada agihan cukai di antara
individu yang sama kedudukan boleh cukainya. Apakah yang anda faham
daripada kenyataan tersebut? Ia bermaksud bahawa individu yang
mempunyai kedudukan kewangan yang sama perlu membayar jumlah
cukai yang sama. Sebagai contoh, En. Abu dan En. Abi mempunyai
pendapatan boleh cukai sebanyak RM10,000. Untuk mencapai ekuiti
mendatar, kedua-duanya perlu membayar jumlah cukai yang sama
banyak, katakan RM1,000.

Sebagaimana yang kita semua maklum, dalam mana-mana masyarakat,
tidak semua individu mempunyai kedudukan kewangan yang sama. Ada
yang mempunyai pendapatan yang tinggi dan ada pula yang
berpendapatan rendah. Ada yang mempunyai tanggungan yang ramai dan
ada yang tidak perlu menyara orang lain. Oleh itu, mengenakan kadar
cukai yang sama ke atas semua individu tentu tidak adil. Maka, ekuiti
menegak perlu untuk dilaksanakan. Ekuiti menegak bermaksud individu
dicukai pada kadar yang berlainan mengikut kedudukan ekonomi masing-
masing. Kebiasaannya, mereka yang kaya akan dicukai dengan kadar yang
lebih tinggi berbanding dengan yang miskin.



81
Jika kita mengambil contoh di atas secara lebih terperinci, didapati
bahawa En Abi mempunyai seorang isteri dan enam orang anak.
Sebaliknya En. Abu masih bujang. Keadaan ini menunjukkan kedua-dua
mereka mempunyai tanggungan yang berlainan dan akan memberi kesan
kepada kemampuan membayar cukai masing-masing. Oleh itu,
pengenaan cukai yang sama banyak dalam keadaan ini tentu tidak adil.
Untuk mencapai ekuiti menegak, En Abu sepatutnya dikenakan kadar
cukai yang lebih tinggi. Maka, beliau akan membayar jumlah cukai yang
lebih banyak berbanding dengan En. Abi.



SOALAN DALAM TEKS 5.1


1. Bezakan di antara ekuiti mendatar dan menegak.



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


5.2.2 Teori Faedah

Teori faedah menyatakan bahawa mereka yang menggunakan
perkhidmatan kerajaan dan menikmati faedah daripada kemudahan
awam perlulah membayar cukai. Mereka yang menikmati faedah yang
sama banyak daripada perkhidmatan kerajaan perlu membayar jumlah
cukai yang sama banyak. Ini selaras dengan konsep ekuiti mendatar yang
dibincangkan sebelum ini. Manakala mereka yang menikmati lebih
banyak faedah daripada orang lain pula perlu membayar cukai yang lebih
banyak. Dalam erti kata lain, kadar pembayaran cukai oleh individu
adalah mengikut berapa banyakkah faedah yang diterima daripada
kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Ini bermakna
mereka yang tidak mahu menggunakan perkhidmatan kerajaan tidak
boleh dipaksa membayar cukai. Oleh kerana kadar pembayaran cukai
adalah mengikut jumlah faedah yang diterima oleh individu, ia selaras
dengan konsep ekuiti menegak.


Pada pendapat anda, di antara orang kaya dan orang
miskin, siapakah yang mendapat lebih banyak faedah
daripada kemudahan yang disediakan oleh kerajaan?


Teori faedah ini melihat cukai sebagai harga yang perlu dibayar untuk
mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Harga yang
dibayar mencerminkan faedah yang diterima oleh individu. Konsep ini



82
lebih kurang sama dengan konsep harga yang dibayar oleh pengguna
untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan yang dijual oleh
firma di pasaran swasta.

Oleh kerana cukai yang dikenakan ke atas sesuatu barang atau
perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan disifatkan sebagai harga,
maka ia adalah satu pembayaran ke atas penggunaan (user charge) bagi
barang atau perkhidmatan itu. Konsep ini akan lebih jelas apabila kita
hubungkan dengan jenis cukai tertentu seperti bayaran tol dan cukai
pintu. Hanya mereka yang berkenderaan dan menggunakan lebuh raya
dikenakan bayaran tol. Cukai pintu pula hanya dikenakan ke atas tuan
rumah di kawasan tertentu yang menerima kemudahan (pemeliharaan
kebersihan dan pengindahan) daripada pihak Kerajaan Tempatan. Di
kawasan yang tidak disediakan kemudahan ini, pihak Kerajaan Tempatan
tidak mengutip cukai pintu.

Secara praktik, teori faedah ini sukar untuk dilaksanakan. Ini kerana
terdapat kesulitan untuk mengenal pasti dengan tepat siapakah yang
menikmati faedah dan berapa banyakkah faedah yang diterima daripada
kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Sistem
pencukaian yang baik tidak boleh berdasarkan teori faedah sahaja. Ianya
juga harus mengambil kira keupayaan individu untuk membayar. Untuk
itu, mari kita lihat pula pendekatan yang digunakan dalam teori
keupayaan membayar.

5.2.3 Teori Keupayaan Membayar

Mengikut teori ini, setiap pembayar cukai perlu menanggung
pengorbanan yang sama banyak dari segi pembayaran cukai. Seperti yang
disebutkan dalam bab terdahulu, bayaran cukai ialah satu kewajipan
kepada masyarakat, sama ada mereka suka atau tidak. Oleh itu, ada pihak
yang menganggap pembayaran cukai kepada sektor awam sebagai
kerugian atau pengorbanan yang ditanggung oleh pembayar cukai dari
segi kegunaan alternatif jumlah cukai yang dikenakan itu. Jika wang itu
tidak dibayar sebagai cukai, ia dapat digunakan untuk tujuan lain yang
lebih diutamakan oleh pembayar cukai.

Asas utama kepada teori keupayaan membayar ini ialah pengorbanan
utiliti yang subjektif sifatnya. Utiliti ini boleh membawa maksud
kebajikan atau kepuasan. Ia boleh dijelaskan dengan lebih lanjut melalui
konsep ekuiti mendatar dan menegak. Mengikut konsep ekuiti mendatar,
pengorbanan yang sama di antara pembayar cukai dapat dicapai sekiranya
individu yang mempunyai kedudukan boleh cukai yang sama dicukai
dengan liabiliti yang sama. Dengan perkataan lain, individu dengan
kapasiti boleh cukai yang sama perlulah menanggung beban cukai yang
sama.



83
Mengikut konsep ekuiti menegak pula, individu yang berlainan
kedudukan ekonomi atau keupayaan membayar cukai, mesti dicukai
sebegitu cara supaya pengorbanan mereka disamaratakan. Ini bermaksud,
orang yang mempunyai keupayaan membayar yang berbeza perlulah
membayar jumlah cukai yang berbeza. Individu yang mempunyai
keupayaan membayar yang lebih perlu membayar cukai yang lebih
berbanding dengan individu yang mempunyai keupayaan membayar yang
rendah.

Bagi mengaplikasikan teori ini, adalah penting untuk anda mengetahui
definisi keupayaan membayar cukai (tax paying ability). Masyarakat
selalunya membuat perbandingan pendapatan di antara individu sebagai
petunjuk utama keupayaan membayar cukai. Kadang-kadang didapati
perbandingan kekayaan dan penggunaan juga digunakan.

Usaha untuk membentuk struktur cukai yang berasaskan keupayaan
membayar telah dilaksanakan dengan melihat kepada bentuk
pengorbanan yang terlibat dalam pembayaran cukai. Salah satu
pendekatan di bawah teori ini beranggapan bahawa sistem cukai perlu
dibentuk supaya kebajikan yang dikorbankan dalam pembayaran cukai
oleh setiap individu adalah sama. Dengan perkataan lain, ia bermaksud
pendekatan ini memerlukan setiap orang membayar cukai mengikut
kemampuan masing-masing. Pendekatan yang lain pula mengatakan
bahawa pembentukan sistem cukai ialah untuk mewujudkan jumlah atau
agregat pengorbanan yang paling minimum dalam masyarakat secara
keseluruhan. Secara mudah, pendekatan ini mengehendaki supaya
mereka yang kaya sahaja diwajibkan membayar cukai.

Dalam setiap sistem, pengorbanan sebagai akibat daripada pencukaian
ditentukan mengikut fungsi utiliti marginal seperti yang digambarkan
oleh Rajah 5.1. Adakah anda ingat apa yang dikatakan sebagai utiliti
marginal? Anda pernah mendengar mengenai konsep ini apabila
membincangkan mengenai kepuasan pengguna dalam kuliah Prinsip
Ekonomi. Utiliti marginal pendapatan dalam konteks ini didefinisikan
sebagai kebajikan atau kepuasan yang bersangkutan dengan se unit
tambahan ringgit pendapatan. Keluk utiliti marginal yang dilukis
diandaikan mempunyai kecerunan yang negatif, iaitu setiap tambahan
ringgit akan memberikan tambahan kebajikan yang semakin menurun
kepada pemiliknya. Beberapa ringgit pendapatan yang pertama selalunya
digunakan untuk membeli makanan dan minuman. Ringgit berikutnya
akan digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan lain. Bagi
mengaplikasikan pendekatan-pendekatan pengorbanan yang akan
diterangkan selepas ini, kita perlu mengandaikan bahawa kebajikan
semua individu boleh dicerminkan oleh keluk utiliti marginal yang
serupa. Kita akan bincangkan di sini dua pendekatan utama di bawah
teori keupayaan membayar iaitu



84
1. Pendekatan pengorbanan mutlak saksama

Pendekatan ini memerlukan supaya semua individu merasai kerugian
kebajikan yang sama dalam usaha mereka untuk membantu sektor awam.
Ini bermaksud semua orang perlu menyumbang ke arah pembayaran
cukai tetapi tidak bermaksud sama banyak jumlah cukainya. Sebagai
contoh, untuk mencapai ekuiti mendatar di antara dua individu dengan
tingkat pendapatan boleh cukai sebanyak OA, adalah perlu untuk
mencukai pada jumlah yang sama ke atas kedua-dua individu tersebut,
katakan sebanyak BA. Mereka akan merasai jumlah pengorbanan
kebajikan yang sama banyak yang dapat diukur oleh kawasan ABCD
dalam Rajah 5.1.

Pengorbanan mutlak saksama juga mengehendaki supaya individu
dengan tingkat pendapatan yang berbeza merasai pengorbanan yang
sama. Ini bermakna individu dengan OE sebelum cukai hanya perlu
membayar cukai sebanyak EF. Kita dapat simpulkan bahawa doktrin
pengorbanan mutlak saksama tidak memerlukan pembayaran cukai yang
sama banyak oleh semua individu tetapi memerlukan pengorbanan
kebajikan disamaratakan, iaitu EFGH = ABCD. Walau bagaimanapun,
adalah jelas bahawa keluk utiliti marginal yang semakin mencerun ke
bawah menunjukkan bahawa orang yang kaya akan membayar cukai yang
lebih berbanding dengan orang yang lebih miskin.

Rajah 5.1
Keluk Utiliti Marginal Pendapatan


utiliti
marginal














utiliti
marginal

0 F E $50,000 B A $100,000
pendapatan

G
H
C D





85
2. Pendekatan Pengorbanan Sut Saksama

Mengikut pendekatan kedua ini, cukai yang terbaik ialah cukai yang akan
membawa pengorbanan yang paling sedikit kepada kumpulan masyarakat
secara keseluruhan. Seperti biasa, ekuiti mendatar mengehendaki supaya
setiap individu dengan pendapatan yang sama membayar jumlah cukai
yang sama. Bagi merasai pengorbanan yang sama, anda tentu bersetuju
sekiranya dua individu dengan pendapatan yang sama, katakan OA, perlu
membayar jumlah cukai yang sama.

Seterusnya, pendekatan ini yang juga dikenali sebagai pengorbanan
agregat minimum mengehendaki supaya mereka yang kaya dicukai
sehingga pendapatan selepas cukai mereka mencapai tingkat kumpulan
kedua terkaya. Contoh di dalam Jadual 5.1 menunjukkan kedudukan
pendapatan lima individu pembayar cukai dalam sebuah masyarakat.
Sekiranya kerajaan ingin mengumpulkan hasil cukai sebanyak $50,000
dan cukai ini perlu menyebabkan pengurangan kebajikan yang paling
kecil bagi kumpulan masyarakat ini, maka kesemua dana hendaklah
diambil daripada individu A sahaja.

Jadual 5.1
Agihan Cukai untuk Mencapai Pengorbanan Sut Saksama

Individu Pendapatan Jumlah cukai Pendapatan Jumlah Cukai Pendapatan
pembayar sebelum cukai $50,000 selepas cukai $60,000 selepas cukai
I II III IV V VI

A $100,000 $50,000 $50,000 $55,000 $45,000
B 50,000 0 50,000 5,000 45,000
C 40,000 0 40,000 0 40,000
D 30,000 0 30,000 0 30,000
E 20,000 0 20,000 0 20,000


Jika dirujuk Rajah 5.1, anda akan dapati bahawa pendapatan antara
$50,000 dan $100,000 memberi pemiliknya penambahan kepuasan yang
kecil sahaja. Oleh itu, tidak ada agihan beban cukai lain yang akan
menyebabkan pengorbanan yang lebih kecil ke atas masyarakat
berkenaan. Ini kerana setiap ringgit yang diambil daripada individu B
hingga E akan melibatkan pengorbanan yang lebih daripada setiap ringgit
yang diambil daripada A selagi cukai itu tidak mengakibatkan tingkat
pendapatan selepas cukai bagi A kurang daripada B.

Selanjutnya, ruangan V dan VI dalam Jadual 5.1 menunjukkan kepada
kita agihan cukai dan pendapatan selepas cukai di antara individu
berkenaan sekiranya kerajaan ingin mengumpulkan hasil sebanyak
$60,000. Baki $10,000 akan datang daripada individu A dan B dalam
jumlah yang sama. Ini kerana, selepas cukai sebanyak $50,000 dibayar
oleh A, individu A dan B akan berkedudukan sama.



86
Contoh 5.1

Berikut adalah agihan cukai di antara individu dalam sebuah negara
hipotetikal jika kerajaan ingin mengumpulkan hasil sebanyak $70,000 dan
$150,000.


Individu Pendapatan Cukai Pendapatan Cukai Pendapatan
sebelum cukai $70,000 selepas cukai $150,000 selepas cukai

Sumbing $50,000 $0 $50,000 $12,500 $37,500
Lembing 70,000 10,000 60,000 32,500 37,500
Baling 10,000 0 10,000 0 10,000
Jeling 30,000 0 30,000 0 30,000
Bimbing 100,000 40,000 60,000 62,500 37,500
Lesing 80,000 20,000 60,000 42,500 37,500
Jumlah cukai $70,000 150,000


Pendekatan ini membawa implikasi bahawa kadar cukai meningkat
mengikut pendapatan dan mungkin mencapai tingkat perampasan
(confiscatory). Anda mungkin merasakan bahawa pandangan pencipta teori
ini mengenai konsep keadilan dalam agihan bayaran cukai agak
melampau. Walaupun benar jurang agihan pendapatan dan kekayaan
dapat dirapatkan melalui pendekatan ini, ia akan menyebabkan implikasi
yang negatif ke atas kegiatan ekonomi. Dalam realiti, kerajaan
sememangnya mengamalkan penggunaan kadar progresif seperti yang
telah dibincangkan dalam bab yang lepas. Bagaimanapun, kadar progresif
ini tidak pernah dikenakan begitu tinggi sehingga mencapai 100%
daripada pendapatan boleh cukai seseorang individu.

Kedua-dua pendekatan pengorbanan telah dikritik dengan hebat. Dalam
kehidupan sebenar, tidak banyak orang yang mempunyai keluk utiliti
marginal yang sama di mana mereka menikmati kepuasan yang sama
seperti orang lain bagi setiap ringgit pendapatan masing-masing.
Walaupun kita bersetuju bahawa terdapat kesukaran untuk mengukur
utiliti dengan tepat atau membuat perbandingan utiliti di antara individu,
ini tidak bermakna pendekatan pengorbanan perlu ditolak sama sekali.
Seperti yang telah disebut di awal perbincangan ini, prinsip ekuiti adalah
amat penting bagi masyarakat. Masyarakat perlu merasakan bahawa
sesuatu cukai yang dikenakan adalah adil dan saksama.



87




SOALAN DALAM TEKS 5.2



1. Berapakah agihan cukai bagi setiap individu jika
kerajaan ingin mengumpulkan $250,000 sebagai
hasil cukai menggunakan pendekatan pengorbanan
agregat minimum?

Bilangan individu dengan Pendapatan individu
pendapatan yang sama sebelum cukai

4 50,000
3 70,000
4 10,000
4 30,000
2 100,000
3 80,000

Berapakah agihan cukai jika kerajaan ingin
mengumpulkan cukai sebanyak $400,000 melalui
pendekatan yang sama?



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


5.3 KECEKAPAN EKONOMI

Seperti mana yang telah anda tahu, cukai bertujuan mendapatkan hasil
yang diperlukan dan memindahkan sumber-sumber daripada kegunaan
swasta kepada awam. Walaupun begitu, cukai mempunyai kesan-kesan
sampingan yang akan memberi kesan ke atas gelagat atau tingkah laku
ekonomi individu. Kita mengakui bahawa ada kalanya cukai atau subsidi
memberi kebaikan kepada individu. Sebagai contoh, cukai ke atas rokok
dan minuman keras mungkin menghalang individu daripada
mengamalkan aktiviti yang membahayakan kesihatan dan membazirkan
wang. Biasiswa (cukai negatif) pula diharapkan dapat mendorong
individu untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka.

Dalam perbincangan kita mengenai kecekapan ekonomi, kita hanya akan
melihat kepada kesan-kesan negatif akibat daripada pencukaian. Apabila
kadar cukai rendah dan sektor awam merupakan sektor yang kecil dalam
ekonomi, kesan cukai ke atas gelagat ekonomi individu berkemungkinan
tidak signifikan. Ini dapat menjelaskan kepada anda kenapakah kerajaan
lebih cenderung untuk membina satu sistem yang mempunyai pelbagai



88
jenis cukai dan mengenakan kadar yang rendah berbanding dengan hanya
satu cukai pada kadar yang tinggi. Jika pelbagai cukai dikenakan pada
kadar yang tinggi, maka kesan sampingan yang tidak diingini akan
mempunyai impak yang sangat besar kepada ekonomi. Mari kita lihat
dengan lebih teliti beberapa kesan sampingan yang timbul akibat
pengenaan cukai jualan ke atas beberapa jenis barangan.

5.3.1 Cukai Neutral

Cukai yang tidak menjejaskan pilihan pasaran individu disebut sebagai
cukai neutral. Rajah 5.2 menggambarkan cukai neutral melalui interaksi
antara keluk penawaran dan permintaan dalam pasaran. Cuba anda
perhatikan ciri-ciri keluk permintaan dan penawaran yang digambarkan.
Keluk permintaan AD adalah keluk permintaan normal yang bercerun
dari kiri ke kanan (kecerunan negatif). Apakah yang dapat anda fahami
apabila melihat keluk permintaan sedemikian? Benar, ia menunjukkan
bahawa apabila harga barangan mahal, pengguna akan hanya membeli
pada kuantiti yang kecil. Sebaliknya jika harga murah, pengguna akan
meningkatkan kuantiti permintaan.

Rajah 5.2
Cukai Neutral

Harga S
A





E
P

B C





0 Q Kuantiti





Keluk penawaran pula adalah menegak dengan keanjalan sifar (tidak anjal
sempurna). Ini menunjukkan bahawa kuantiti barangan yang ditawarkan
dalam pasaran adalah terhad dan tidak dapat ditambah dalam jangka
pendek. Dapatkah anda berikan satu contoh barangan yang mempunyai
penawaran seperti itu? Antara barangan yang mempunyai keanjalan
penawaran sifar ialah tanah, barangan antik dan barangan seni karya asal
seniman terkemuka.



89
Persilangan keluk permintaan dan penawaran pada titik keseimbangan E
akan menyebabkan harga keseimbangan dalam pasaran bagi barangan ini
ialah pada P dan kuantiti yang diminta pada Q. Pada pendapat anda,
apakah yang akan berlaku sekiranya cukai sebanyak EC dikenakan ke atas
jualan barangan ini? Jawapannya, tidak ada sebarang perubahan dalam
harga dan kuantiti dalam pasaran. Jumlah barang yang sanggup dibeli
oleh pengguna pada tingkat harga P tidak berubah walaupun cukai
tersebut dikenakan. Pembeli tahu berapa banyak wang yang ingin mereka
belanjakan ke atas barangan tersebut, tetapi mereka berkecuali tentang
siapa yang akan menerima wang mereka, sama ada penjual atau pengutip
cukai.

Dalam kes ini, kita dapati cukai tidak dapat mempengaruhi penawaran
yang mempunyai keanjalan sifar. Kuantiti yang ditawarkan adalah tetap
dan tidak berubah mengikut harga. Kita ambil potret Mona Lisa yang
asal sebagai contoh barangan yang mempunyai keanjalan penawaran
sifar. Terdapat hanya satu sahaja potret berkenaan dan ia tidak dapat
ditambah atau dikurangkan untuk mengubah harga. Oleh kerana harga
barangan tidak berubah, maka ia tidak memberi kesan kepada pembeli.
Bagaimanapun, cukai ini tetap membawa hasil kepada kerajaan. Oleh
kerana sejumlah Q barangan ini dijual pada harga P, maka kerajaan akan
mendapat hasil sebanyak BPEC (EC x Q). Penjual pula mendapat
pendapatan sebanyak 0PEQ (0P x Q) tetapi terpaksa menyerahkan
BPEC kepada kerajaan sebagai cukai. Oleh itu, keuntungan bersih yang
akan diperolehi hanya sebanyak 0BCQ atau 0PEQ BPEC. Ini
bermakna walaupun cukai ini merupakan satu cukai yang tidak
menjejaskan pilihan pengguna, ia tetap memberi kesan kepada pihak lain
dalam pasaran iaitu penjual. Pihak penjual menanggung keseluruhan
beban akibat cukai ini kerana hanya penjual mengalami kerugian iaitu
pengurangan keuntungan apabila cukai ini dikenakan.

5.3.2 Beban Berlebihan

Mari kita lihat pula kesan cukai apabila barangan yang dicukai
mempunyai keluk permintaan yang normal (JH) tetapi keluk penawaran
mendatar seperti yang ditunjukkan melalui Rajah 5.3. Keluk penawaran
(S) dilukis begini jika sesuatu barangan itu mempunyai keanjalan infiniti
atau anjal sempurna. Ia bermaksud barangan ini dapat dihasilkan
berulang kali pada kos malar selepas sejumlah kos overhead telah
digunakan untuk pengeluaran barangan tersebut.


Berikan contoh barangan yang mempunyai keanjalan
penawaran infiniti.





90
Rajah 5.3
Beban Berlebihan dan Keluk Hasil-Kadar Cukai


Kadar/Harga
J


F
P3 S +T3


P2 C S +T2


P1 A S +T1


E S
Hasil R2 R1 P G D B

H

0 Q3 Q2 Q1 Q Kuantiti




Keseimbangan sebelum cukai bagi barangan ini ialah pada titik
persilangan E iaitu harga P dan kuantiti yang dijual ialah Q. Andaikan
seunit cukai sebanyak AB dikenakan ke atas barangan ini. Selagi
pandangan pengeluar terhadap berapa banyakkah wang yang akan
diperolehi daripada barangan ini tidak berubah, maka kedudukan
penawaran selepas cukai boleh digambarkan oleh keluk S + T1. Anda
dapat melihat bahawa kesan cukai dalam kes ini berbeza daripada apa
yang berlaku dalam kes sebelum ini. Keseimbangan harga telah berubah
menjadi P1, iaitu harga yang lebih tinggi daripada harga asal, P. Kuantiti
keseimbangan bergerak menjadi Q1, berbanding sebelumnya pada Q.

Rajah tersebut menunjukkan bahawa cukai ini telah mendatangkan hasil
sebanyak PP1AB kepada kerajaan. Di samping itu, ia juga telah
menyebabkan kesan sampingan. Harga barangan telah meningkat dan ini
dijangka mendorong pengguna menggantikan barangan berkenaan
dengan barangan lain yang menjadi pilihan kedua. Sebelum cukai
dikenakan, pengguna mendapat lebihan pengguna sebanyak PJE apabila
membeli barangan ini pada harga P. Bagaimanapun, setelah harga
barangan meningkat kepada P1, lebihan pengguna telah jatuh menjadi
P1JA. Ini bermaksud pengguna telah mengalami kerugian sebanyak PJE
P1JA = PP1AE.

Adakah anda masih ingat definisi pencukaian? Benar, ia adalah
pemindahan sumber daripada sektor swasta kepada sektor awam. Dalam
kes di atas, sektor awam hanya mendapat hasil sebanyak PP1AB daripada
cukai ini sedangkan pengguna (sektor swasta) mengalami kerugian yang



91
lebih besar iaitu sebanyak PP1AE. Apabila ditolak PP1AE daripada
PP1AB kita akan mendapat kawasan ABE. Kawasan ini ditafsirkan
sebagai beban berlebihan atau kerugian lupus. Ia merupakan kerugian
kebajikan sebagai kesan sampingan cukai tersebut.

Secara lebih khusus, beban berlebihan merupakan satu kerugian kepada
kecekapan ekonomi. Ini kerana, kerugian yang dialami oleh sektor swasta
adalah lebih besar berbanding dengan sumber yang diperolehi oleh
sektor awam daripada cukai tersebut. Anda tentu bertanya kenapakah
perkara ini berlaku. Ia berlaku disebabkan perubahan gelagat
kepenggunaan di mana pengguna bertindak balas menggantikan
barangan yang dicukai yang merupakan barangan pilihan utama dengan
satu barangan lain yang tidak dicukai tetapi merupakan pilihan kedua.
Pilihan kedua ini kurang digemari atau tidak memberi faedah sebanyak
pilihan utama kepada pengguna. Akibatnya kepuasan pengguna telah
berkurangan.

5.3.3 Kesan Laffer

Selain daripada fenomena di atas, Rajah 5.3 juga memaparkan satu lagi
kesan pencukaian. Kesan kedua ini lebih penting kepada kerajaan.
Persoalan di sini ialah adakah kadar cukai yang lebih tinggi akan sentiasa
meningkatkan hasil kepada kerajaan? Sebelum menjawab soalan
berkenaan, elok diperhatikan semula Rajah 5.3. Apabila cukai sebanyak
AB dikenakan, kerajaan akan mendapat hasil sebanyak PP1AB. Jika
kadar cukai dinaikkan menjadi CD, hasil akan bertambah menjadi
PP2CD. Justeru itu, apabila kadar dinaikkan, hasil cukai akan bertambah.
Bagaimanapun, jika kadar terus dinaikkan menjadi FG, kita dapati hasil
cukai mula berkurangan menjadi PP3FG. Keadaan ini dapat ditunjukkan
melalui keluk hasil-kadar cukai di bahagian kiri Rajah 5.3. Jumlah hasil
cukai sebanyak R1 ditunjukkan di atas rajah apabila kadar AB dan FG
dikenakan sementara R2 menunjukkan hasil cukai apabila kadar CD
dikenakan.

Hubungan di antara kadar cukai dan hasil cukai yang dibincangkan telah
diketengahkan oleh ahli ekonomi bernama Arthur Laffer. Oleh itu, ada
pihak yang merujuk keluk hubungan ini sebagai keluk Laffer. Bagi
memudahkan anda, sila rujuk Rajah 5.4 yang memperlihatkan dengan
lebih jelas hubungan tersebut. Dapatlah kita simpulkan bahawa
pengenaan kadar cukai yang tinggi tidak semestinya membawa kepada
jumlah hasil yang bertambah kepada kerajaan. Kebiasaannya apabila
kadar ditingkatkan dari 0 kepada k, hasil akan mula bertambah. Jika kadar
yang dikenakan melebihi k, hasil cukai akan mula berkurangan dan boleh
mencapai jumlah sifar.



92
Rajah 5.4
Hubungan antara Kadar dan Hasil Cukai


Hasil
Cukai







0 k Kadar Cukai


5.3.4 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar

Setelah membincangkan mengenai kesan cukai ke atas kecekapan
ekonomi dan hasil kerajaan, anda akan melihat pula kesan cukai ke atas
pihak pengguna dan pengeluar. Bagi memastikan pihak mana yang akan
menanggung beban daripada sesuatu cukai jualan, kita perlu mengkaji
mengenai lebihan pengguna dan lebihan pengeluar. Adakah anda masih
ingat mengenai konsep lebihan pengguna dan pengeluar? Perkara ini
telah dibincangkan dalam Prinsip Ekonomi dan juga di awal modul ini.

Melalui Rajah 5.5 anda dapat melihat kesan cukai ke atas pengguna dan
pengeluar apabila keluk-keluk permintaan (AD) dan penawaran (SF)
adalah normal. Kebanyakan barangan mempunyai keluk permintaan dan
penawaran yang begini sifatnya. Sebelum cukai dikenakan, harga di
pasaran ialah P1 dan kuantiti Q1. Dapatkah anda nyatakan jumlah
lebihan pengguna dalam keadaan ini? Benar, lebihan pengguna ialah
sebanyak AP1E, manakala pengeluar pula mendapat lebihan pengeluar
atau keuntungan sebanyak P1EF.

Apakah pula yang akan berlaku jika kerajaan mengenakan cukai sebanyak
CG ke atas barangan ini? Pengenaan cukai akan mendatangkan hasil
kepada kerajaan, selain daripada mempengaruhi keseimbangan harga dan
kuantiti. Pengenaan cukai sebanyak CG akan menyebabkan keluk
penawaran berganjak ke atas menjadi S+T. Hasilnya, harga barangan
berkenaan dalam pasaran telah meningkat menjadi P2 tetapi kuantiti
keseimbangan pasaran berkurang kepada Q2. Ini akan memberi kesan
kepada lebihan pengguna kerana faedah bersih daripada penggunaan
barangan ini telah berkurangan menjadi AP2C akibat daripada kenaikan
harga. Dengan perkataan lain, pengguna telah mengalami kerugian
sebanyak P1P2CE apabila cukai sebanyak CG dikenakan ke atas
barangan ini.



93
Rajah 5.5
Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar


Harga
A S +T


P2 C S


P1 E
H G

F D
0 Q2 Q1 Kuantiti


Kita lihat pula apa yang berlaku di sebelah pihak pengeluar. Cukai
berkenaan telah menyebabkan lebihan pengeluar berkurangan daripada
P1EF menjadi HGF sahaja. Jumlah kerugian kepada pengeluar ialah
kawasan P1EGH. Hal ini berlaku kerana pihak pengeluar terpaksa
menanggung sebahagian beban cukai tersebut. Pengeluar tidak dapat
menaikkan harga barangan itu sebanyak CG untuk ditanggung oleh
pengguna kesemuanya kerana sifat barangan ini yang mempunyai
pengganti.

Berapa banyakkah hasil cukai yang akan didapati oleh kerajaan? Kita
darabkan kadar cukai CG dengan kuantiti yang dijual iaitu 0Q2. Maka
jumlah hasil kepada kerajaan ialah sebanyak HP2CG. Cuba anda
bandingkan jumlah tersebut dengan kerugian yang dialami oleh pihak
pengguna dan pengeluar. Kerugian pengguna ialah sebanyak P1P2CE
dan P1EGH ialah kerugian yang ditanggung oleh pengeluar. Maka,
jumlah kerugian kepada sektor swasta ialah HP2CEG sedangkan hasil
cukai kepada sektor awam ialah HP2CG. Ini bermaksud terdapat beban
berlebihan sebanyak CGE yang ditanggung oleh sektor swasta.

Kita lihat satu lagi keadaan apabila cukai dikenakan ke atas barangan
yang mempunyai keanjalan permintaan sifar tetapi keanjalan penawaran
adalah normal. Cuba anda berikan satu contoh barangan yang
mempunyai sifat begini. Benar, barang ini merupakan barang mesti yang
tidak mempunyai pengganti seperti makanan dan minuman.
Bagaimanapun, tidak tepat mengatakan semua jenis makanan
mempunyai keanjalan permintaan sifar. Ini kerana ia dapat diganti
dengan jenis makanan yang lain. Nasi sebagai contoh mempunyai



94
pengganti seperti mee, laksa dan roti. Cuma makanan secara keseluruhan
sahaja mempunyai keanjalan permintaan yang menegak seperti yang
ditunjukkan oleh Rajah 5.6. Semakin banyak pengganti sesuatu barangan,
semakin anjal keluk permintaannya. Jika hanya terdapat sedikit pengganti
maka ia mempunyai permintaan yang kurang anjal.


Adakah garam sejenis barang mesti dengan keanjalan
permintaan sifar?


Disebabkan barangan ini adalah barangan mesti, Q merupakan kuantiti
yang diperlukan oleh pengguna. Ia ditunjukkan oleh keluk permintaan
DQ. Persilangan antara keluk penawaran LS dengan keluk permintaan
akan menentukan harga keseimbangan di pasaran iaitu sebanyak P. Jika
satu cukai sebanyak FE dikenakan ke atas barangan ini, ia akan
menyebabkan keluk penawaran bergerak ke atas menjadi S + T. Apabila
hal ini berlaku, kita akan mendapat keseimbangan baru pada titik F.
Harga barangan akan meningkat menjadi P1. Dalam keadaan ini, anda
akan dapati pengguna adalah pihak yang akan menanggung keseluruhan
beban cukai ini. Ini dibuktikan oleh lebihan pengguna yang semakin
berkurangan. Kerugian pengguna dan hasil kepada kerajaan ialah
sebanyak PP1FE. Ini menunjukkan tidak berlaku kerugian kecekapan
apabila cukai dikenakan ke atas barangan yang mempunyai keanjalan
permintaan sifar. Keadaan yang sama kita dapati apabila cukai dikenakan
ke atas barangan yang mempunyai keanjalan penawaran sifar.

Rajah 5.6
Kesan Cukai Bagi Barangan dengan Keanjalan Permintaan Sifar


Harga D

S +T

P1 F S

P E

L


0 Q Kuantiti


Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah cukai yang baik dari segi
kecekapan ekonomi adalah cukai yang dikenakan ke atas barangan yang



95
mempunyai keanjalan permintaan dan penawaran yang rendah. Dari segi
jumlah beban cukai, beban yang ditanggung oleh pengguna akan
meningkat apabila semakin anjal penawaran atau semakin kurang anjal
permintaan bagi sesuatu barangan. Bagi pengeluar pula, mereka akan
menanggung beban cukai yang besar apabila penawaran kurang anjal dan
permintaan sangat anjal.


Antara minuman beralkohol dan bir, yang manakah
yang lebih baik dikenakan cukai? Bincangkan.




SOALAN DALAM TEKS 5.3



1. Apakah yang dimaksudkan dengan beban
berlebihan dan kenapakah ia berlaku?
2. Terangkan mengenai kesan Laffer.



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


5.4 KEBERKESANAN PENTADBIRAN CUKAI

Seperti yang telah disebutkan di awal bab ini, kriteria pentadbiran
pencukaian yang berkesan juga penting bagi membentuk satu sistem
cukai. Anda tentu maklum bahawa pentadbiran cukai akan menggunakan
beberapa sumber. Penilaian dan pengutipan cukai memerlukan
penggunaan kakitangan dan peralatan. Aktiviti pentadbiran cukai
merupakan salah satu aktiviti perkhidmatan awam dan mesti
dilaksanakan dengan cekap. Perkhidmatan yang berkualiti ini perlu
diadakan dengan menggunakan kos yang berpatutan.

Ciri sistem pencukaian yang baik ialah cukai yang mempunyai kos
pentadbiran yang tidak terlalu tinggi. Kos ini akan semakin meningkat
jika struktur cukai adalah kompleks. Sebagai contoh, cukai kepala (poll
tax) adalah lebih mudah strukturnya dan murah kos untuk ditadbirkan
berbanding dengan cukai jualan. Cukai jualan pula lebih murah kos
pentadbirannya berbanding dengan cukai pendapatan. Walau
bagaimanapun, cukai yang kompleks strukturnya mungkin lebih adil
berbanding dengan cukai yang mudah strukturnya. Oleh itu, perlu ada
keseimbangan dalam menentukan setakat mana struktur sesuatu cukai itu
boleh dijadikan kompleks untuk tujuan keadilan.



96
Seperti juga seperti peraturan dan undang-undang lain, pengakuran
(compliance) yang lebih efektif dapat diperolehi sama ada dengan cara

(i) pengenaan denda atau penalti yang tinggi terhadap
pihak yang bersalah atau ingkar; atau
(ii) membelanjakan kos yang tinggi daripada segi
penguatkuasaan untuk memastikan semua pihak
melaksanakan kewajipan masing-masing.

Persoalan yang mungkin anda fikirkan ialah apakah standard atau
piawaian yang sepatutnya ditetapkan untuk mencapai pentadbiran cukai
yang berkesan. Rajah 5.7 menunjukkan piawaian yang boleh dijadikan
asas dalam menilai keberkesanan pentadbiran cukai. Bagi setiap panel,
paksi mendatar mengukur unit pentadbiran cukai. Bagi memudahkan
perbincangan, kita andaikan unit ini sebagai bilangan pengutip cukai yang
digunakan. Panel (1) menunjukkan kepada kita dari sudut kecekapan
ekonomi, bilangan pengutip cukai yang diperlukan ialah sebanyak N
orang. Keluk FM menunjukkan faedah marginal yang akan diperolehi
daripada kerja-kerja yang dilakukan oleh pengutip cukai. Keluk ini
ditunjukkan mencerun ke bawah kerana pulangan yang didapati akan
semakin berkurangan apabila semakin ramai pengutip cukai digunakan.
Ianya sama dengan konsep utiliti marginal yang telah kita bincangkan
sebelum ini. Bagaimanapun, kita tahu bahawa pengutip cukai tidak
bekerja secara percuma. Keluk KM menunjukkan kos marginal yang
berkaitan dengan penggunaan tenaga kerja ini. Panel (I) menunjukkan
bahawa apabila (N+1) pengutip cukai digunakan, kos yang ditanggung
oleh kerajaan melebihi faedah yang akan diterima.

Panel (II) dan (III) melihat perkara ini daripada perspektif lain. Panel (II)
menunjukkan bahawa secara normal pihak kerajaan tidak sepatutnya
berharap dapat mengutip semua hasil yang wajib dibayar oleh semua
orang. Perkara ini berlaku kerana individu mungkin mengambil tindakan
untuk mengelakkan atau melarikan diri daripada membayar cukai. Dua
tindakan ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut selepas ini. Tindakan
mengelak atau lari daripada membayar cukai akan semakin meningkat
apabila kadar inflasi dalam negara meningkat dan apabila kadar cukai
dinaikkan atau menjadi semakin progresif.

Seterusnya, kos-kos pentadbiran juga dapat dihubungkan dengan jumlah
hasil cukai yang dikutip. Kos pentadbiran sebagai peratusan daripada
jumlah cukai dikutip boleh dijadikan petunjuk kepada kecekapan
pentadbiran. Hubungan ini dapat anda lihat melalui
Panel (III). Disebabkan pelbagai kos yang wujud, maka pengiraan jumlah
keseluruhan kos pentadbiran bukan mudah untuk dilakukan.
Bagaimanapun, prinsipnya ialah kos pentadbiran cukai tidak boleh terlalu
tinggi berbanding dengan hasil cukai.



97
Rajah 5.7
Jumlah Pentadbiran Cukai yang Optimum


$

(I)







0 N unit pentadbiran cukai




100%
kutipan
hasil
cukai
(II)
50%




0 N unit pentadbiran cukai


% kos
pentadbiran
berbanding
dengan jumlah
hasil cukai

(III) 3%




0 N unit pentadbiran cukai


5.4.1 Pengelakan dan Pelarian Cukai

Tidak ramai orang yang suka membayar cukai walaupun kita semua
memahami sebab cukai amat diperlukan. Tanpa cukai tentu banyak
kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tidak dapat diadakan. Walau
bagaimanapun, naluri manusia untuk mengurangkan beban cukai adalah
sesuatu yang normal. Andainya seseorang berjaya mengurangkan beban
KM
FM



98
cukai sebanyak RM100, maka ini akan menyebabkan pendapatan bawa
baliknya bertambah sebanyak RM100. Ada dua tindakan yang dapat
dilakukan oleh individu bagi mengurangkan beban cukainya iaitu melalui
tindakan pengelakan cukai ataupun melalui pelarian cukai. Mari kita lihat
perbezaan di antara kedua-dua tindakan ini.

Pengelakan cukai merupakan tindakan sah yang dilakukan oleh individu
untuk mengurangkan liabiliti cukainya. Sebagai contoh, seorang
peminum arak mengambil tindakan untuk berhenti meminum arak dan
menggantikan minuman kegemarannya itu dengan minuman susu yang
tidak dicukai, ataupun jika seseorang mengambil tindakan membeli polisi
insurans nyawa untuk mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang
perlu dibayar olehnya. Anda mungkin dapat memberikan banyak lagi
contoh tindakan yang diambil oleh anda bertujuan untuk mengurangkan
bayaran cukai. Walaupun pihak kerajaan akan mendapat hasil yang
berkurangan akibat daripada tindakan-tindakan tersebut, ia tidak dapat
dipertikaikan kerana menjadi hak individu untuk berbuat begitu.

Sebaliknya, pelarian cukai merupakan tindakan yang menyalahi undang-
undang bertujuan untuk mengurangkan bayaran cukai atau supaya tidak
membayar cukai sama sekali. Andainya anda menipu jumlah pendapatan
sebenar yang diperolehi ataupun sengaja tidak melaporkan pendapatan
untuk mengelak daripada membayar cukai, ia adalah tindakan yang tidak
sah. Jika anda membeli rokok yang diseludup maka anda juga melakukan
tindakan pelarian cukai. Ini kerana semua rokok yang dijual dikenakan
cukai eksais. Jika anda ingin meneruskan tabiat menghisap rokok, maka
anda perlu membayar cukainya. Jika tidak, berhenti sahaja daripada
menghisap rokok.

5.4.2 Kos Pentadbiran dan Pengakuran Cukai

Kita telah menyentuh mengenai beban berlebihan apabila
membincangkan mengenai kecekapan cukai. Walaupun ia sukar diukur, ia
tetap merupakan kos kepada sektor swasta. Apa yang anda akan lihat di
bahagian ini ialah kos-kos lain yang berkaitan dengan pentadbiran cukai.
Berikut ialah kos-kos yang terlibat dalam pentadbiran cukai:

a. Kos Pentadbiran

Sesuatu sistem cukai perlu ditadbirkan oleh agensi kerajaan. Semua
perbelanjaan yang ditanggung oleh agensi berkenaan ialah kos
pentadbiran cukai. Perbelanjaan ini dapat anda lihat melalui dokumen-
dokumen belanjawan agensi berkenaan. Di Malaysia, kita dapati
kebanyakan cukai langsung ditadbirkan oleh Lembaga Hasil Dalam
Negeri. Cukai tidak langsung pula ditadbirkan oleh Jabatan Kastam dan
Eksais.



99
Perlu diingat di sini bahawa perbelanjaan yang ditanggung oleh kedua-
dua agensi berkenaan bukanlah kos keseluruhan pentadbiran cukai. Ini
kerana terdapat pihak-pihak lain yang terlibat dalam proses pembuatan
keputusan mengenai sesuatu cukai. Pada peringkat Persekutuan misalnya,
ia melibatkan Bahagian Cukai yang terdapat di Perbendaharaan, Kabinet
dan Parlimen. Selain itu, kos penguatkuasaan juga adalah sebahagian
daripada kos pentadbiran dan ia melibatkan aktiviti-aktiviti seperti
pengauditan, penangkapan, pendakwaan, perbicaraan dan lain-lain.

b. Kos Pengakuran

Pihak yang membayar cukai juga menanggung kos apabila mereka
membayar cukai. Individu mungkin perlu menyimpan rekod-rekod,
mengisi borang cukai setelah menyemak semua maklumat yang
diperlukan atau mengupah pihak tertentu seperti akauntan atau
perunding cukai untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar
cukai. Semakin kompleks struktur sesuatu cukai, semakin tinggi kos
pengakuran yang wujud. Bagi cukai yang mudah strukturnya seperti cukai
jualan, maka kos pengakuran adalah rendah kepada pembeli tetapi tinggi
bagi penjual.

5.4.3 Kos-Kos Lain

Selain daripada kos-kos yang dijelaskan di atas, terdapat juga kos-kos lain
yang wujud dalam perlaksanaan sesuatu sistem cukai. Antaranya ialah
perbelanjaan cukai, perlindungan cukai, kos melobi dan pengampunan
cukai. Kesemua yang disebut di atas melibatkan kerugian dari segi hasil
kepada kerajaan.

Perbelanjaan cukai ialah polisi-polisi cukai yang melibatkan pengecualian,
pelepasan atau penolakan sebahagian daripada pendapatan daripada
dicukai atau apabila kadar yang lebih rendah diberikan. Ia juga termasuk
pemberian kredit cukai atau pelanjutan tempoh pembayaran cukai.
Sebagai contoh, pendapatan daripada pencen dikecualikan daripada
cukai. Ini bermakna kerajaan telah kehilangan hasil daripada cukai
pendapatan bagi pendapatan pencen. Polisi kerajaan untuk memberikan
pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan ibu bapa bertujuan
mewujudkan masyarakat penyayang tetapi ia menyebabkan pengurangan
hasil cukai.

Perlindungan cukai pula timbul hasil daripada sesuatu polisi cukai yang
menyebabkan beban cukai pembayar cukai berkurangan tanpa disedari
secara langsung oleh pembuat dasar. Perundangan cukai yang diluluskan
mungkin menyebabkan sumber-sumber dialihkan daripada penggunaan
yang efisien kepada yang kurang efisien dan ini merugikan negara. Ini



100
kerana perlindungan cukai menyebabkan sesuatu aktiviti menjadi tidak
produktif kepada individu atau syarikat berbanding dengan aktiviti-
aktiviti lain. Sebagai contoh, kerajaan mengecualikan pendapatan
daripada simpanan tetap daripada dicukai sedangkan pendapatan
daripada sumber lain dikenakan cukai. Ini mungkin menyebabkan ada
individu bertindak menyimpan semua wang mereka dan tidak digunakan
bagi tujuan pelaburan dalam perniagaan.

Kos melobi pula ialah kos yang ditanggung oleh pihak swasta untuk
mendapatkan pengecualian atau pelepasan cukai daripada kerajaan. Ada
kalanya sesuatu industri membelanjakan sejumlah wang untuk
mempengaruhi para pembuat keputusan supaya beban cukai ke atas
industri berkenaan dikurangkan. Anda mungkin pernah mendengar
bahawa aktiviti melobi ini amat banyak dilakukan di luar negara dan ia
disahkan dalam sistem mereka.

Seterusnya, ada kerajaan yang memberikan pengampunan cukai kepada
pembayar cukai di mana mereka diberi peluang membayar cukai-cukai
yang tertangguh dengan mengurangkan atau mengecualikan penalti yang
seharusnya dikenakan ke atas mereka. Kerajaan akan mendapat kembali
sebahagian daripada hasil cukai yang tidak dibayar. Bagaimanapun,
pengampunan cukai ini merupakan satu isu kontroversi. Ramai pihak
berpendapat ianya tidak adil kepada orang yang membayar cukai pada
masa yang ditetapkan. Jika anda adalah pembayar cukai yang mematuhi
peraturan, anda mungkin merasakan bahawa wajar jika kerajaan berusaha
mencari pengelat cukai dan mengambil tindakan ke atas mereka.
Pengampunan cukai dilihat sebagai satu tindakan menghalalkan gelagat
yang tidak sah dan menyediakan insentif untuk pembayar cukai mengelak
daripada membayar cukai pada masa ini dengan harapan pengampunan
cukai akan terus diberikan pada masa depan.



SOALAN DALAM TEKS 5.4



1. Bezakan di antara tindakan pelarian cukai dan
pengelakan cukai.
2. Senaraikan lima jenis kos yang akan memberi kesan
kepada keberkesanan pentadbiran cukai.



Semak jawapan anda di akhir bab ini.






101
5.5 RUMUSAN

Sesuatu sistem cukai yang baik perlu memenuhi beberapa kriteria
tertentu. Antara kriteria-kriteria tersebut ialah sistem cukai yang dapat
menjana sejumlah hasil yang diperlukan oleh kerajaan, bersifat adil dan
saksama ke atas pembayar cukai, cekap dari segi ekonomi dan berkesan
dari segi pentadbiran. Bagaimanapun, bukan mudah untuk mencapai
kesemua prinsip-prinsip cukai yang baik secara sekali gus. Oleh itu,
kerajaan perlu memilih kriteria-kriteria yang akan digunakan ketika
membentuk sesuatu cukai. Cukai yang berlainan akan menggunakan
kriteria-kriteria yang berlainan.

Sebagai pembayar cukai, anda perlu faham kenapakah sesuatu cukai itu
diadakan dan apakah prinsip-prinsip pencukaian yang digunakan.
Pemahaman mengenai perkara ini memudahkan kita mengambil tindakan
yang sah untuk mengurangkan beban cukai di samping tidak
mengabaikan tanggungjawab sebagai rakyat.



SOALAN PENILAIAN KENDIRI


1. Bincangkan dengan terperinci prinsip-prinsip pencukaian yang
digunakan apabila kerajaan mengadakan cukai pendapatan
individu dan cukai jalan.

2. Pendekatan pengorbanan agregat minimum adalah suatu
pendekatan yang tidak praktikal. Komen kenyataan tersebut.



Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.



JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 5.1

1. Ekuiti mendatar mengukur agihan cukai di antara individu yang
sama kedudukan boleh cukai. Misalnya, individu yang sama
pendapatan boleh cukai perlu dicukai sama banyak untuk
mencapai keadilan di antara mereka. Sebaliknya, ekuiti menegak
mengukur agihan cukai di kalangan mereka yang tidak sama
kedudukan boleh cukai. Mereka yang lebih berkemampuan



102
membayar cukai perlu dicukai pada kadar yang lebih tinggi
supaya mereka membayar amaun cukai yang lebih banyak
daripada individu yang kurang berkemampuan.

SDT 5.2

1. Agihan cukai $250,000 menggunakan pendekatan pengorbanan
agregat minimum.

Bilangan Pendapatan Cukai Cukai Pendapatan Selepas
Individu Sebelum Cukai Individu Kumpulan Cukai

4 $50,000 $0 $0 $50,000
3 70,000 20,000 60,000 50,000
4 10,000 0 0 10,000
4 30,000 0 0 30,000
2 100,000 50,000 100,000 50,000
3 80,000 30,000 90,000 0,000

250,000

2. Agihan cukai $400,000 menggunakan pendekatan pengorbanan
agregat minimum.

Bilangan Pendapatan Cukai Cukai Pendapatan Selepas
Individu Sebelum Cukai Individu Kumpulan Cukai

4 $50,000 $12,500 $50,000 $37,500
3 70,000 32,500 97,500 37,500
4 10,000 0 0 10,000
4 30,000 0 0 30,000
2 100,000 62,500 125,000 37,500
3 80,000 42,500 127,500 37,500

400,000

SDT 5.3

1. Beban berlebihan ialah satu kerugian kebajikan yang berlaku
kepada pihak swasta (pengguna dan pengeluar) akibat daripada
pengenaan beberapa jenis cukai. Ia dipanggil juga sebagai
kerugian kecekapan kerana kerugian yang dialami oleh sektor
swasta lebih besar daripada hasil yang diperolehi oleh sektor
awam. Ia berlaku kerana pengguna bertindak balas mengubah
gelagat kepenggunaan mereka untuk mengelak daripada
membayar cukai. Pengguna bertindak menggantikan barangan
yang dicukai yang merupakan pilihan utama dengan barangan
yang kurang digemari atau kurang baik tetapi tidak dicukai.



103
Sebagai contoh, jika susu tepung dicukai, maka ibu bapa
menggantikan susu tersebut dengan susu pekat manis (tidak
dicukai) yang tidak sebaik susu tepung.

2. Kesan Laffer merujuk kepada kesan pengenaan kadar cukai
terhadap hasil cukai kepada kerajaan. Semakin tinggi kadar yang
dikenakan, semakin tinggi hasil cukai sehingga mencapai paras
maksimum (k) di mana jika kadar terus dinaikkan, hasil cukai
akan berkurangan. Fenomena ini dapat dilihat melalui rajah di
bawah.


Hasil
Cukai



k Kadar Cukai

SDT5.4

1. Pengelakan cukai adalah tindakan mengurangkan beban cukai
dengan mengambil tindakan yang sah di sisi undang-undang
seperti mengurangkan penggunaan barangan yang dicukai atau
mengelakkan aktiviti yang dicukai. Sebagai contoh, menggantikan
arak yang dicukai dengan kopi yang tidak dicukai.

Sebaliknya, tindakan pelarian cukai merupakan tindakan
mengurangkan beban cukai secara tidak sah di sisi undang-
undang. Antaranya ialah menyeludup barangan yang dicukai,
menipu kerajaan melalui tindakan tidak mengisytiharkan harta
atau mengisytiharkan jumlah atau nilai yang rendah daripada
sebenar supaya bayaran cukai dapat dielakkan atau dikurangkan.

2. Lima kos yang akan memberi kesan kepada pentadbiran cukai
ialah

(i) Kos Pentadbiran: Ia melibatkan perbelanjaan oleh
agensi-agensi kerajaan bagi meluluskan undang-
undang cukai, mengutip cukai daripada pihak yang
dicukai dan menguatkuasakan hukuman terhadap
pihak yang ingkar.
(ii) Kos Pengakuran: Kos yang ditanggung oleh
pembayar cukai dalam usaha membayar cukai
kepada kerajaan. Pembayar cukai perlu mempelajari



104
peruntukan-peruntukan cukai atau menggaji pihak
profesional bagi membantu menguruskan bayaran
bagi pihak mereka, menyimpan resit dan rekod-
rekod, selain mengisi borang cukai.
(iii) Kos Perbelanjaan Cukai: Pelepasan, pengecualian
dan penolakan cukai yang diberikan oleh kerajaan
kepada pembayar cukai merupakan kerugian kepada
kerajaan dari segi hasil.
(iv) Kos Melobi: Kos yang ditanggung oleh pihak
swasta bagi mendapatkan pengecualian atau
pelepasan cukai bagi aktiviti-aktiviti atau barangan
yang dikeluarkan oleh mereka.
(v) Pengampunan Cukai: Apabila kerajaan memberi
pengampunan cukai dengan cara menghapuskan
atau mengurangkan cukai atau penalti, ini
bermaksud kerajaan telah kerugian sebahagian
daripada hasil atau penalti yang sepatutnya dikutip.



105
BAB 6

J ENI S-J ENI S CUK AI



OBJEKTIF BAB


Setelah anda mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Mengenal pasti beberapa jenis cukai yang dikenakan oleh
kerajaan.
2. Melihat kesan cukai-cukai berkenaan ke atas pembayar cukai.
3. Mengetahui teknik pengiraan cukai pendapatan individu dan
syarikat.


6.1 PENGENALAN

Dalam bab sebelum ini anda telah didedahkan tentang kepentingan,
tujuan dan cara cukai dikelaskan. Anda juga telah mendapat kefahaman
mengenai prinsip-prinsip percukaian yang baik dan juga implikasi
pengenaan cukai terhadap kerajaan, pengguna dan juga pengeluar.

Untuk membiayai perbelanjaan sektor awam, kerajaan perlu
mendapatkan sumber-sumber pendapatan bagi tujuan ini dengan
mengenakan beberapa jenis cukai ke atas rakyat dan bukan rakyat. Selain
daripada pendapatan sebagai asas cukai, cukai penggunaan, cukai harta
dan cukai kematian adalah antara beberapa jenis cukai yang dapat
dikenakan oleh kerajaan. Ada yang dikenakan setahun sekali seperti cukai
pendapatan individu, cukai pendapatan syarikat dan cukai ke atas harta.
Ada pula yang dikenakan setiap kali kita membeli barangan seperti cukai
jualan, cukai eksais, cukai perkhidmatan dan cukai import.

Di dalam bab ini, kita akan membincangkan tentang pengenaan beberapa
jenis cukai, tujuan cukai berkenaan diadakan dan teknik perlaksanaannya.
Di antara cukai-cukai tersebut, cukai pendapatan individu dan cukai
pendapatan syarikat merupakan antara yang terpenting kepada kerajaan.
Sebagai individu, wajarlah kita mengetahui cara kita menyumbang kepada
kos menyediakan perkhidmatan dan mentadbir negara ini melalui
pembayaran cukai yang pelbagai.




106
6.2 CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU

Sejak sekian lama cukai pendapatan dan cukai ke atas kekayaan telah
dianggap sebagai satu bentuk pencukaian terbaik kerana ia menepati
konsep keupayaan membayar. Secara amnya, cukai pendapatan
bermaksud cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas semua jenis
pendapatan yang melebihi daripada suatu jumlah tertentu. Cukai ini
dikenakan bagi membolehkan kerajaan membiayai aktiviti-aktivitinya
untuk kesejahteraan rakyat seperti pembinaan jalan, sekolah, penyediaan
perkhidmatan dan sebagainya. Cukai pendapatan boleh dikenakan
terhadap individu dan juga syarikat perniagaan.

Anda tentu ingin mengetahui cara cukai pendapatan ditaksirkan. Cukai
pendapatan seseorang ditaksir dengan mengambil kira jumlah
pendapatan yang diterima oleh individu dan ciri-ciri individu itu sendiri.
Ciri-ciri individu inilah yang akan menentukan bentuk-bentuk pelepasan
yang akan diperolehi oleh seseorang individu dalam mengurangkan
jumlah cukai yang perlu dibayar. Ini juga boleh dianggap sebagai satu
bentuk perbelanjaan cukai bagi kerajaan dan pengelakan cukai kepada
individu berkenaan. Contohnya bagi seseorang yang ingin mengurangkan
beban cukai, beliau boleh merancang untuk menambah bilangan anak
atau pun menderma kepada badan-badan yang diiktiraf oleh Lembaga
Hasil Dalam Negeri. Tindakan seperti ini sah dari segi undang-undang
dan tidak dianggap sebagai pelarian cukai.

Selain itu, adalah penting untuk mengetahui pihak-pihak yang akan
dikenakan cukai pendapatan. Menurut Seksyen 3 Akta Cukai Pendapatan
(ACP) 1967, suatu cukai yang dikenali sebagai cukai pendapatan
dikenakan bagi setiap tahun taksiran ke atas semua jenis pendapatan
seseorang yang terakru dalam Malaysia atau diterima dari luar Malaysia.
Di bahagian berikut, anda akan melihat pengenaan cukai pendapatan
individu berdasarkan pengalaman Malaysia.

6.2.1 Jenis Pendapatan yang Dikenakan Cukai

Peruntukan tentang jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai ini
terdapat dalam Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967. Ia termasuk
perolehan atau keuntungan daripada sesuatu perniagaan, perolehan atau
keuntungan daripada sesuatu pekerjaan, dividen, faedah atau diskaun,
sewaan, royalti atau premium, pencen, anuiti atau bayaran berkala yang
lain, dan perolehan atau keuntungan lain yang tidak dinyatakan di atas.

Mari kita lihat satu jenis pendapatan yang dikenakan cukai iaitu
pendapatan penggajian. Ia didefinisikan sebagai perolehan atau
keuntungan daripada sesuatu pekerjaan termasuk bayaran tunai dan
bukan tunai seperti berikut:



107
Upah iaitu sejenis pendapatan yang diberi kepada
seseorang pekerja tanpa mengambil kira sesuatu tempoh.
Gaji iaitu suatu bayaran yang boleh diterima oleh
seseorang pekerja pada setiap hujung bulan ataupun
setiap minggu atau seperti yang dinyatakan dalam
perjanjian pekerjaan.
Komisen yang biasanya dibayar kepada jurujual
berdasarkan nilai jualan atau tertakluk kepada
produktivitinya.
Bonus iaitu bayaran saguhati yang dibayar oleh majikan
kepada pekerja-pekerja dan biasanya diterima pada akhir
tahun kewangan syarikat.
Elaun yang dibayar kepada pekerja seperti elaun keraian,
pengangkutan dan persidangan.
Ganjaran yang diberi apabila seseorang pembayar cukai
meninggal dunia atau bersara.
Manfaat bukan tunai yang disediakan majikan seperti
pembantu rumah, tukang kebun, pemandu, perabot,
perkakas rumah dan barangan.

Tempoh asas bagi pengiraan cukai bagi sumber penggajian biasanya
setahun iaitu mengikut tahun berakhir 31 Disember. Pembayar cukai
perlu mengisi borang retan cukai dan menyerahkan dokumen-dokumen
yang berkenaan sebagai bukti.

Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian oleh pembayar cukai ialah
dari segi pengiraan cukai sebagai individu atau sebagai suami isteri. Isteri
boleh memilih secara bertulis untuk mengumpulkan segala
pendapatannya dengan jumlah pendapatan suami dan ditaksirkan atas
nama suami. Taksiran jenis ini dinamakan sebagai taksiran bersama.
Manakala jika isteri memilih untuk dibuat taksiran atas namanya sendiri ia
dinamakan sebagai taksiran berasingan. Jika pasangan suami isteri
memilih taksiran bersama, ini bermakna suami layak mendapat potongan
untuk isteri sebanyak RM3,000 sahaja. Sebaliknya, jika taksiran
berasingan dipilih, maka:

Isteri akan diberi pelepasan diri sendiri sebanyak
RM8,000.
Isteri layak menerima pelepasan untuk premium insurans
nyawa dan caruman kepada KWSP atau Kumpulan Wang
Pencen yang diluluskan sebanyak RM5,000. Suami juga
layak menerima pelepasan RM5,000.
Suami tidak layak menerima pelepasan untuk isteri
sebanyak RM3,000.



108
Isteri layak menuntut pelepasan perbelanjaan rawatan ibu
bapanya sehingga RM5,000.
Isteri layak mendapat pelepasan sehingga RM5,000 untuk
pembelian alat sokongan asas hilang upaya untuk diri
sendiri, anak atau ibu bapa.
Isteri layak menerima potongan rebat sebanyak RM350,
jika pendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000.
Pelepasan anak-anak boleh dikongsi bersama di antara
suami dan isteri.

6.2.2 Pendapatan yang Dikecualikan Cukai

Jadual 6 di bawah Seksyen 127 ACP 1967 telah memperuntukkan 34
jenis pendapatan yang dikecualikan cukai. Antara pendapatan yang
dikecualikan cukai termasuklah emolumen bagi raja-raja, pendapatan ahli
diplomatik, pendapatan kepada kerajaan dan hadiah yang diterima oleh
ahli sukan profesional. Untuk tujuan cukai pendapatan individu,
disenaraikan di bawah ini beberapa pendapatan yang dikecualikan cukai
iaitu

Pendapatan penggajian bagi pelawat jangka pendek
Untuk melayakkan seseorang dikecualikan daripada
membayar cukai pendapatan, beliau mestilah tidak
ditakrifkan sebagai pemastautin bagi maksud cukai iaitu
tinggal di Malaysia kurang daripada 182 hari pada tahun
berkenaan. Beliau tinggal di Malaysia kurang daripada 60
hari dan menerima pendapatan bagi kerja kurang
daripada 60 hari. Pengecualian ini bagaimanapun tidak
terpakai bagi penghibur antarabangsa.

Pencen
Pencen pertama atau tertinggi yang diperolehi oleh
individu dikecualikan daripada cukai pendapatan dengan
syarat beliau bersara pada umur wajib bersara ataupun
persaraannya disebabkan oleh keuzuran.

Ganjaran persaraan
Seseorang yang bersara pada umur wajib atau bersara
kerana uzur tidak dikenakan cukai ke atas ganjaran
persaraan yang diterimanya. Selain itu, kakitangan awam
yang bersara pilihan juga mendapat keistimewaan ini.

Pampasan kerana kehilangan pekerjaan
Keseluruhan jumlah pampasan akan dikecualikan
sepenuhnya jika kehilangan pekerjaan disebabkan oleh



109
keuzuran. Bagi kes lain, sejumlah RM4,000 pampasan
bagi tiap satu tahun penuh perkhidmatan dengan majikan
yang sama adalah dikecualikan cukai.

Faedah
Termasuk di bawah kategori ini ialah faedah atas akaun
simpanan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau
syarikat kewangan, akaun simpanan tetap sehingga
RM100,000 untuk tempoh 6 bulan dengan BSN, akaun
simpanan tetap bagi tempoh lebih 12 bulan dengan BSN,
deposit sehingga RM50,000 untuk sebarang akaun
simpanan di bawah Bank and Financial Institution Act 1989
dan syarikat kerjasama serta bonus akaun simpanan
Lembaga Urusan Tabung Haji.

Dividen daripada syarikat perintis atau syarikat koperasi
dan pertubuhan unit amanah yang diluluskan bagi dividen
tidak melebihi RM5,000.

6.2.3 Pelepasan Cukai Pendapatan Individu

Pelepasan cukai merupakan sejumlah potongan yang dibenarkan bagi
mengurangkan jumlah pendapatan yang boleh dikenakan cukai. Semua
tuntutan pelepasan berupa perbelanjaan haruslah disertakan resit asal.
Disenaraikan di bawah ini beberapa pelepasan cukai yang diberikan bagi
tahun taksiran 2001 iaitu

Pelepasan diri sendiri dan saudara tanggungan sebanyak
RM8,000. Jumlah ini juga diberikan kepada wanita yang
sudah berkahwin dan memilih untuk ditaksirkan cukai di
atas namanya sendiri.
Pelepasan untuk isteri sebanyak RM3,000 jika taksiran
bersama dipilih.
Pelepasan untuk anak-anak sebanyak RM800 setiap
seorang dengan syarat anak berumur 18 tahun atau
kurang dan belum berkahwin. Bagi anak yang berumur
lebih 18 tahun tetapi sedang menuntut sepenuh masa di
sebuah sekolah, kolej, universiti atau institusi yang setaraf
di Malaysia, sejumlah pelepasan sebanyak RM3,200
diberikan. Jika anak menuntut di luar negara sebelum 1
Januari 1994, RM3,200 diberikan, RM1,600 diberikan jika
mula menuntut antara 1 Januari 1994 hingga 16 Oktober
1997, dan RM800 diberikan jika mula menuntut selepas
17 Oktober 1997. Jika pembayar cukai mempunyai anak
cacat akal atau anggota yang belum berkahwin, sama ada



110
berumur kurang atau lebih 18 tahun, beliau layak diberi
pelepasan sebanyak RM3,200.
Caruman KWSP dan premium insuran nyawa diberi
berasaskan caruman atau bayaran sebenar yang dibayar
dalam tahun berkenaan dengan jumlah maksimum
RM5,000.
Insurans pendidikan dan perubatan diberi berasaskan
bayaran sebenar yang dibayar dalam tahun berkenaan
dengan jumlah maksimum sebanyak RM2,000.
Bil perubatan ibu bapa berasaskan jumlah sebenar atau
maksimum RM5,000.
Pembelian alat sokongan asas perubatan untuk kegunaan
sendiri, isteri, anak dan ibu bapa yang tidak berupaya.
Pembayar cukai perlu mengemukakan surat pengesahan
daripada Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat. Jumlah maksimum yang
diberikan ialah RM5,000.
Individu cacat anggota layak diberikan pelepasan
tambahan sebanyak RM5,000.
Yuran pengajian teknik, vokasional, sains dan teknologi
sehingga jumlah maksimum RM5,000 setahun.
Pelepasan bagi individu yang menghidapi penyakit serius
seperti AIDS, barah, dan lain-lain tertakluk kepada
jumlah maksimum sebanyak RM5,000.
Potongan lain seperti derma wang kepada Kerajaan
Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dan
institusi atau pertubuhan yang diluluskan oleh Ketua
Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Pelepasan sebanyak RM400 untuk pembelian komputer
dalam tahun asas. Pelepasan ini hanya boleh dituntut
setiap 5 tahun sekali.
Pelepasan sebanyak RM500 untuk pembelian buku.
Rebat cukai sebanyak RM350 bagi suami dan isteri jika
pendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000.
Potongan diberikan untuk pembayaran zakat, fitrah dan
bayaran-bayaran keagamaan yang wajib.

Contoh 1:
Encik Ali telah menerima pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember
2000 seperti di bawah:
Gaji dan bonus RM 24,000
Sewa bersih 5,000
Dividen 1,300
(cukai sebanyak RM670 telah dibayar)



111
K.W.S.P. RM 2,000
Derma badan diluluskan 500
Zakat/fitrah 100

Isteri Encik Ali tidak bekerja dan tiada pendapatan. Mereka mempunyai
7 orang anak. Anak yang pertama berumur 21 tahun sedang menuntut di
Universiti Utara Malaysia. Anak kedua menuntut di University
Washington mulai Januari 2000. Anak yang ketiga berumur 17 tahun
tetapi telah berkahwin dan yang lain-lain berumur di bawah 16 tahun dan
masih menuntut di sekolah menengah dan rendah. Kirakan cukai
pendapatan Encik Ali menggunakan kadar cukai yang ditunjukkan
melalui Jadual 6.1.

Jadual 6.1
Kadar Cukai Pendapatan Individu

Tingkat Pendapatan Boleh Cukai (RM) Kadar Cukai (%)
1 - 2,500 0
2,501 - 5,000 1
5,001 - 10,000 3
10,001 - 20,000 5
20,001 - 35,000 9
35,001 - 50,000 15
50,001 - 70,000 20
70,001 - 100,000 25
100,001 - 150,000 28
melebihi 150,000 29


Jawapan:

1. Jumlah pendapatan = Gaji dan bonus (RM24,000) + Sewa bersih
(RM5,000) + dividen (RM1,300) =
RM30,300.

2. Pendapatan terkumpul = RM30,300 Derma (RM500) =RM29,800.

3. Tolak Pelepasan Cukai = Diri (RM8,000) + isteri (RM3,000) + anak
pertama (RM3,200) + anak kedua (RM800) + anak keempat hingga
ketujuh (RM3,200) + KWSP (RM2,000) = RM20,200.

4. Pendapatan boleh dicukai = RM29,800 RM20,200 = RM9,600

5. Cukai ke atas pendapatan boleh dikenakan cukai = RM165.




112
6. Tolak rebet (RM350) - zakat/fitrah (RM100) dividen (RM670).

7. Jumlah cukai perlu dibayar = RM0.



SOALAN DALAM TEKS 6.1



1. Apakah yang dimaksudkan dengan pelepasan
cukai?
2. Bilakah seseorang itu layak untuk membayar cukai
pendapatan individu di Malaysia?
3. Bezakan antara taksiran bersama dan taksiran
berasingan.



Semak jawapan anda di akhir bab ini.





Pada pendapat anda, kenapakah kerajaan memberikan
pelbagai jenis pelepasan cukai kepada individu?


6.3 CUKAI PENDAPATAN SYARIKAT

Cukai ini adalah sejenis cukai yang penting kepada kebanyakan kerajaan.
Sebelum kita bincangkan dengan lebih lanjut mengenai pengenaan cukai
ini, elok kita perhatikan maksud korporat atau syarikat terlebih dahulu.
Perniagaan komersial dapat dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu
perniagaan milik perseorangan (proprietorship), usahasama (partnership) dan
syarikat (corporation). Syarikat merupakan entiti sah yang mempunyai
beberapa keistimewaan tertentu antaranya, pemilik-pemilik syarikat yang
dikenali sebagai pemegang-pemegang saham dapat mengumpulkan
modal yang banyak bagi menjalankan perniagaan kerana bilangan pemilik
boleh melebihi dua orang. Dengan modal yang banyak, perniagaan dapat
dijalankan pada skala yang besar dan dapat menjanakan keuntungan yang
tinggi.

Selain itu, pemilik juga dapat menghadkan liabiliti atau tanggungan
mereka berdasarkan jumlah modal yang telah mereka laburkan ke dalam
syarikat berkenaan. Bagi bentuk-bentuk perniagaan yang lain, sekurang-
kurangnya seorang pemilik mempunyai tanggungan tidak terhad ke atas
hutang-piutang perniagaan tersebut.




113
Kelebihan lain yang dapat kita perhatikan adalah dari segi jangka hayat
syarikat. Syarikat tidak perlu dibubarkan setiap kali pemilik utamanya
berubah. Saham-saham syarikat boleh dipindah milik atau dijual dengan
mudah. Bagi perniagaan bentuk perseorangan atau usahasama,
perubahan pemilikan agak sukar dilakukan. Oleh sebab itu, pemilik
saham syarikat dikatakan mempunyai darjah kecairan modal yang lebih
tinggi berbanding dengan pemilik bentuk perniagaan yang lain.

Walaupun sesetengah negara mengkategorikan cukai syarikat sebagai
sejenis cukai langsung, ahli-ahli ekonomi masih tidak dapat mencapai
kata sepakat mengenai hal ini. Ini kerana insiden cukai ini masih samar-
samar. Adakah beban cukai syarikat ditanggung sepenuhnya oleh pemilik
saham syarikat atau beban berkenaan dapat dipindahkan sebahagian atau
semuanya kepada pihak lain? Dalam perkataan lain, dapatkah beban
cukai itu dipindahkan kepada pekerja syarikat melalui pengurangan
insentif atau kepada pengguna melalui kenaikan harga barangan? Jika
beban cukai ini ditanggung oleh pemilik saham, yang dianggap
mempunyai keupayaan membayar yang tinggi, maka cukai syarikat boleh
dikatakan sebagai bersifat progresif dan merupakan sejenis cukai
langsung. Bagaimanapun, jika beban cukai ini dapat dipindahkan kepada
pengguna atau pekerja, ia dikatakan sebagai cukai tidak langsung dan
bersifat regresif iaitu merugikan pihak yang kurang mampu lebih
daripada pihak yang mampu membayar cukai.



Pada pendapat anda, adakah pengenaan cukai syarikat
sesuatu yang wajar?


6.3.1 Tujuan Pengenaan Cukai Syarikat

Pengenaan cukai syarikat menimbulkan kontroversi di kalangan beberapa
pihak. Ada pihak yang mengatakan bahawa ianya tidak adil dan
menghalang kecekapan ekonomi. Namun begitu, ramai juga yang
berpendapat bahawa ianya wajar disebabkan bentuk perniagaan ini
mempunyai banyak keistimewaan. Oleh yang demikian adalah adil jika ia
dikenakan cukai yang khas.

Selain itu, mencukai syarikat adalah seperti mencukai ramai orang pada
satu masa. Syarikat biasanya mempunyai pendapatan yang berlipat kali
ganda berbanding dengan individu. Maka, kerajaan akan mendapat hasil
yang banyak dengan kos pentadbiran yang lebih rendah jika ia mencukai
pendapatan syarikat berbanding dengan mencukai pendapatan individu.

Mencukai pendapatan syarikat adalah perlu kerana kebanyakan definisi
pendapatan individu bagi tujuan pengenaan cukai pendapatan individu



114
mengambil kira pendapatan daripada dividen atau keuntungan syarikat
yang diagihkan kepada pemilik saham tetapi jarang meliputi keuntungan
syarikat yang tidak diagihkan oleh syarikat. Apabila definisi pendapatan
individu tidak meliputi keuntungan yang tidak diagihkan, ia memberi
ruang kepada individu (pemegang saham) untuk mengelak daripada
membayar cukai pendapatan individu bagi pendapatan yang diperolehi
daripada keuntungan syarikat. Ianya dapat dilakukan dengan cara
mengekalkan sebanyak mungkin keuntungan tidak diagihkan di dalam
syarikat. Untuk mengelak keuntungan yang tidak diagihkan daripada
terlepas daripada dicukai, maka perlu dikenakan cukai ke atas pendapatan
syarikat yang diagihkan dan yang tidak diagihkan. Oleh yang demikian,
dapatlah dikatakan bahawa aspek ekuiti yang dititikberatkan dalam
pencukaian diambil kira apabila cukai pendapatan syarikat dikenakan.
Apabila cukai syarikat telah dikenakan ke atas pendapatan syarikat, maka
pendapatan syarikat dalam bentuk dividen sudahpun dikenakan cukai
dan tidak perlu dicukai lagi di peringkat cukai pendapatan individu.

6.3.2 Mengukur Pendapatan Syarikat

Anda telah melihat dalam kursus Pentadbiran Perniagaan cara untuk
mengukur pendapatan syarikat. Memadai disebut di sini bahawa syarikat
akan menentukan semua jenis bayaran dan perbelanjaan sebagai kos dan
perlu ditolak daripada pendapatan syarikat. Misalnya, bayaran sewa ialah
satu daripada jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh syarikat yang tidak
menjalankan perniagaan menyewakan barangan atau kelengkapan.

Selain itu, pengiraan inventori atau stok juga penting bagi menentukan
liabiliti cukai sesebuah syarikat. Untuk mengira jumlah pendapatan
syarikat, kos barangan dijual perlu ditolak daripada jumlah jualan. Dua di
antara teknik pengiraan inventori ialah kaedah FIFO (first in first out) dan
LIFO (last in first out). Mengikut kaedah FIFO, pengiraan inventori akhir
adalah berdasarkan harga barangan yang dibeli pada akhir tempoh.
Sebaliknya, kaedah LIFO menggunakan harga belian di awal tempoh
untuk menentukan harga inventori akhir. Contoh berikut mungkin dapat
menerangkan kedua-dua kaedah ini dengan lebih jelas lagi.


Tarikh Penerangan Unit Kos Unit Jumlah Kos

1/1 Inventori Awal 100 RM10 RM1,000
15/5 Belian 200 11 2,200
30/11 Belian 200 12 2,400

Jumlah 500 RM5,600




115
Sepanjang tempoh setahun, 250 unit inventori telah dijual dan masih
tinggal 250 unit lagi pada 31 Disember. Mari kita lihat perbezaan
pengiraan inventori akhir menggunakan kedua-dua kaedah tersebut.

Kaedah FIFO
Pengiraan inventori akhir
30/11 200 x RM12 = RM2,400
15/5 50 x RM11 = 550
Jumlah inventori akhir = RM2,950

Kos Barangan untuk Dijual = RM5,600
- Inventori Akhir = 2,950
Kos barangan yang dijual = RM2,650

@
1/1 100 x RM10 = RM1,000
15/5 150 x RM11 = 1,650
Kos barangan yang dijual = RM2,650

Kaedah LIFO
Pengiraan inventori akhir
1/1 100 x RM10 = RM1,000
15/5 150 x RM11 = 1,650
Jumlah inventori akhir = RM2,650

Kos Barangan untuk Dijual = RM5,600
- Inventori Akhir = 2,650
Kos barangan yang dijual = RM2,950

@
30/11 200 x RM12 = RM2,400
15/5 50 x RM11 = 550
Kos barangan yang dijual = RM2,950


Daripada contoh yang ditunjukkan, anda dapat melihat bahawa kaedah
LIFO akan menyebabkan kos barangan yang dijual menjadi lebih mahal
berbanding dengan kaedah FIFO. Hasilnya, pendapatan boleh cukai
syarikat akan menjadi lebih rendah jika menggunakan kaedah LIFO
berbanding dengan FIFO. Semasa inflasi, syarikat akan mendapat
kelebihan cukai jika menggunakan kaedah LIFO kerana liabiliti cukai
mereka adalah lebih rendah. Sementara di waktu berlaku kejatuhan harga,

kaedah FIFO lebih menguntungkan dari segi pembayaran cukai yang
lebih rendah. Bagaimanapun, syarikat dibenarkan menggunakan salah
satu kaedah dan tidak boleh menukar kaedah sesuka hati.




116
Namun demikian, faedah dari segi pembayaran cukai bukanlah satu-
satunya kriteria yang paling utama kepada syarikat. Adakalanya syarikat
menggunakan kaedah FIFO di waktu inflasi walaupun ia akan
menyebabkan liabiliti cukai yang lebih tinggi. Ini kerana, penggunaan
FIFO akan menyebabkan pendapatan syarikat lebih tinggi dan ia akan
menyebabkan keyakinan pelabur mengenai kedudukan kewangan syarikat
tersebut meningkat.

Sementara itu, pengiraan susutnilai juga penting bagi menentukan liabiliti
cukai syarikat. Kos sesuatu pelaburan syarikat perlu diambil kira bagi
menentukan pendapatan bersih syarikat. Kos pelaburan ini perlu ditolak
daripada pendapatan syarikat kerana ia merupakan usaha syarikat bagi
menjana pendapatan. Terdapat beberapa kaedah pengiraan susutnilai
yang boleh digunakan oleh syarikat. Antaranya kaedah garis lurus
(straight-line), garis lurus berganda (dipercepatkan), baki berkurangan
(declining-balance) dan sum-of-the-years-digits.

Di dalam kursus Pentadbiran Perniagaan telah dibincangkan dengan
terperinci beberapa kaedah pengiraan susutnilai seperti yang disebut di
atas. Modul ini hanya membincangkan dua kaedah secara ringkas bagi
menunjukkan implikasi penggunaan kaedah pengiraan susutnilai yang
berbeza terhadap liabiliti cukai. Dua kaedah yang dimaksudkan ialah
kaedah garis lurus dan sum-of-the-years-digits. Cuba anda perhatikan contoh
berikut bagi membantu anda mengingat semula teknik pengiraan kaedah-
kaedah yang dimaksudkan.

Contoh 2 :
Syarikat Bati ialah sebuah syarikat memproses baja tiruan. Syarikat
berkenaan telah membeli sebuah mesin memproses baja yang berharga
RM450,000 (andaikan tiada nilai baki) yang mempunyai usia guna selama
5 tahun. Dengan penggunaan mesin ini, syarikat dapat mengeluarkan
barangan yang dapat dijual dengan harga RM500,000 setahun. Kos
pengeluaran dan jualan ialah RM200,000 setahun, tanpa mengira
susutnilai. Andaikan tiada inflasi dan harga tidak berubah sepanjang
tempoh tersebut. Cukai ke atas keuntungan syarikat ialah 28 peratus.

Jadual 6.2 menunjukkan pengiraan susutnilai, keuntungan syarikat
sebelum cukai, bayaran cukai, keuntungan selepas pembayaran cukai dan
aliran tunai syarikat. Aliran tunai menunjukkan jumlah wang yang
sebenarnya berada di syarikat. Anda dapat perhatikan bahawa pengiraan
susutnilai berdasarkan kaedah garis lurus akan memberikan potongan kos
yang sama sepanjang usia guna aset yang dibeli. Sebaliknya, kaedah sum-
of-the-years-digits membenarkan potongan susutnilai yang lebih tinggi
diberi di awal usia guna pelaburan berkenaan dan jumlah potongan akan



117
semakin berkurangan sepanjang tempoh tersebut. Oleh yang demikian,
liabiliti cukai yang perlu ditanggung oleh syarikat lebih rendah di awal
tempoh pelaburan dan semakin tinggi di tahun-tahun berikutnya.

Jadual 6.2
Pengiraan Susutnilai, Bayaran Cukai dan Aliran Tunai Syarikat

Kaedah Susutnilai : Garis lurus
Tahun Susutnilai Untung Bayaran Untung Aliran
Sebelum Cukai Cukai Selepas Cukai Tunai

1 RM90,000 RM210,000 RM58,800 RM151,200 RM241,200
2 90,000 210,000 58,800 51,200 241,200
3 90,000 210,000 58,800 51,200 241,200
4 90,000 210,000 58,800 151,200 241,200
5 90,000 210,000 58,800 151,200 241,200

Kaedah Susutnilai : Sum-of-the-years-digits
Tahun Susutnilai Untung Bayaran Untung Aliran
Sebelum Cukai Cukai Selepas Cukai Tunai
1 RM150,000 RM150,000 RM42,000 RM108,000 RM258,000
2 120,000 180,000 50,400 29,600 249,600
3 90,000 210,000 58,800 151,200 241,200
4 60,000 240,000 67,200 172,800 232,800
5 30,000 270,000 75,600 194,400 224,400




SOALAN DALAM TEKS 6.2



1. Nyatakan bentuk-bentuk perniagaan.
2. Berikan tiga alasan untuk mencukai syarikat.
3. Bincangkan implikasi pengiraan stok akhir
berdasarkan kaedah LIFO dan FIFO semasa
kemerosotan harga dan kesannya terhadap liabiliti
cukai syarikat.




Semak jawapan anda di akhir bab ini.


6.4 CUKAI JUALAN

Cukai jualan merupakan sejenis cukai penggunaan yang mempunyai asas
pengenaan cukai yang luas dan sudah tentu ia mendatangkan hasil yang
lumayan kepada kerajaan. Bagaimanapun, ada pihak yang mengkritik
bahawa pengenaan cukai ini tidak adil kepada golongan miskin. Mereka
percaya bahawa beban cukai ini bersifat regresif mengikut pendapatan.



118
Justifikasi yang diberikan ialah cukai ini akan meningkatkan harga dan
dengan itu bebannya akan dirasai menerusi penggunaan barangan yang
dibeli. Memandangkan golongan miskin menggunakan kebanyakan
pendapatan mereka untuk membeli barangan keperluan berbanding
dengan golongan kaya, maka tanggungan beban cukai adalah lebih tinggi
terhadap mereka yang miskin. Golongan kaya menggunakan sebahagian
pendapatan untuk pembelian barangan, sebahagian untuk simpanan dan
mungkin juga untuk pelaburan bagi menjana lebih banyak pendapatan di
masa depan.

Di samping itu, beban cukai jualan juga meningkat dengan peningkatan
saiz isi rumah. Hal ini berlaku kerana semakin ramai ahli keluarga
sesebuah isi rumah, semakin tinggi pendapatan isi rumah yang akan
digunakan untuk pembelian barang dan perkhidmatan. Maka,
peningkatan dalam penggunaan akan menyebabkan bayaran bagi tujuan
cukai jualan meningkat untuk keluarga berkenaan. Untuk mengurangkan
kesan regresif daripada pengenaan cukai jualan, kerajaan selalunya
mengecualikan beberapa barangan keperluan seperti makanan dan ubat-
ubatan daripada cukai ini.

6.5 CUKAI EKSAIS

Anda tentu pernah mendengar mengenai cukai eksais. Apakah bezanya di
antara cukai jualan dan cukai eksais? Apabila cukai penggunaan
mempunyai asas yang sempit dan hanya meliputi beberapa jenis barangan
tertentu, ia dikatakan sebagai cukai eksais dan apabila asas cukai meliputi
kebanyakan barangan ia dipanggil sebagai cukai jualan.

Kesan cukai eksais terhadap pengguna dan pengeluar telah dibincangkan
dalam bab lima di bawah topik kecekapan cukai. Secara amnya, cukai
eksais dikenakan untuk mendapatkan hasil kepada kerajaan. Ia juga
merupakan sejenis cukai yang mudah untuk ditadbirkan. Selain itu,
pengenaan cukai eksais ke atas barangan terpilih juga bertujuan untuk
mengubah gelagat pengguna daripada menggunakan sesetengah barangan
yang dianggap membazir atau merbahaya dari segi kesihatan seperti
rokok dan minuman keras. Peningkatan harga barangan berkenaan
disebabkan pengenaan cukai diharap dapat mengurangkan penggunaan
barangan tersebut. Oleh kerana permintaan bagi kedua-dua barangan ini
kurang anjal, ia akan membawa hasil yang lumayan kepada kerajaan.
Keadaan ini dianggap sebagai patut kerana individu yang menggunakan
barangan berkenaan masih bebas menggunakannya tetapi mereka
menyumbang kepada penyediaan prasarana seperti hospital melalui cukai
yang dibayar. Cukai eksais seperti ini dipanggil sebagai cukai kawalan
penggunaan (sumptuary tax).



119
Sekiranya cukai eksais dikenakan bagi tujuan mendapatkan hasil, adalah
lebih berkesan jika ianya dikenakan ke atas barangan yang mempunyai
permintaan yang kurang anjal seperti yang ditunjukkan melalui Panel (I)
dalam Rajah 6.1. Sebaliknya, jika ia bertujuan mengurangkan penggunaan
sesuatu barangan, maka sebaiknya cukai eksais dikenakan ke atas
barangan yang lebih anjal permintaannya seperti yang dapat anda
saksikan melalui Panel (II) rajah berkenaan.

Rajah 6.1
Kesan Ekonomi Akibat Cukai Eksais

(I) (II)
Harga D1 Harga
Seunit Seunit
S +T S +T

S S

D1


Kuantiti Kuantiti





Berikan contoh barangan yang mempunyai keanjalan
permintaan seperti yang ditunjukkan melalui Rajah 6.1.




SOALAN DALAM TEKS 6.3



1. Bezakan di antara cukai jualan dan cukai eksais.
2. Nyatakan beberapa kelebihan cukai eksais.



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


6.6 DUTI EKSPORT

Cukai jenis ini kurang dipentingkan oleh kebanyakan kerajaan. Anda
tentu hairan kenapa kerajaan mengenakan cukai eksport yang akan
membuatkan harga barangan tempatan lebih mahal dan mungkin
menghalang ia bersaing di pasaran antarabangsa. Sebenarnya, cukai jenis



120
ini jarang dikenakan ke atas barangan siap sebaliknya ia dikenakan ke atas
barangan mentah atau separuh siap. Ia bertujuan untuk mengurangkan
eksport barangan jenis ini dan menggalakkan supaya ianya diproses
dalam negara sehingga menjadi barangan siap yang mempunyai nilai
tambah yang lebih tinggi. Pendapatan negara daripada eksport barangan
siap lebih lumayan berbanding dengan eksport barangan mentah atau
separuh siap.

6.7 DUTI IMPORT

Duti import dikenali juga sebagai duti kastam atau cukai import. Ia
merupakan sejenis cukai eksais kerana dikenakan secara terpilih ke atas
beberapa barangan yang diimport oleh sesebuah negara. Dari segi
sejarah, ia merupakan antara cukai yang terawal dikenakan iaitu semenjak
berkembangnya perdagangan antarabangsa. Pada masa lalu, cukai ini
dikenakan bagi mendapatkan hasil kepada kerajaan.

Disebabkan kepelbagaian cukai yang dikenakan kerajaan pada masa ini,
maka tujuan mendapatkan hasil bukan lagi keutamaan kerajaan apabila
memutuskan untuk mengenakan cukai jenis ini. Dengan terbukanya
sistem ekonomi, semakin banyak negara mengurangkan kebergantungan
kepada cukai ini. Sebaliknya, ia dijadikan alat bagi membantu industri
tempatan dengan cara mengurangkan persaingan daripada industri yang
sama dari luar negara. Adalah diharapkan agar harga barangan import
yang lebih mahal disebabkan kesan cukai ini akan membuatkan pengguna
tempatan beralih menggunakan barangan tempatan yang sama jenis.
Semakin anjal permintaan bagi barangan yang diimport semakin berkesan
penggunaan cukai import bagi membantu industri tempatan. Dalam
perkataan lain, pengguna tempatan akan menanggung kerugian atau
berkorban bagi memenuhi kepentingan industri tempatan.

6.8 CUKAI HARTA

Selalunya, cukai jenis ini dikenakan secara sempit ke atas harta seperti
tanah, bangunan, kenderaan, jentera atau bon. Di Malaysia, cukai harta
ialah cukai yang penting bagi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Bagi
kerajaan tempatan, hasil daripada cukai taksiran atau cukai pintu iaitu
cukai yang dikenakan ke atas nilai bangunan merupakan sumber hasil
yang terpenting. Cukai harta seperti cukai ke atas tanah atau bangunan
diwajarkan dengan alasan bahawa kerajaan negeri dan kerajaan tempatan
menyediakan beberapa perkhidmatan yang bersifat tempatan seperti
jalan, lampu jalan, sistem pembetungan, penyediaan air bersih,
perkhidmatan mengutip sampah dan pengindahan kawasan.




121
6.9 RUMUSAN

Cukai merupakan sumber pendapatan kerajaan yang paling penting.
Untuk mengurangkan kesan negatif yang timbul akibat pencukaian,
kerajaan biasanya mengenakan pelbagai jenis cukai supaya beban
membiayai sektor awam dapat diagih-agihkah di kalangan rakyat.
Sesetengah jenis cukai dikenakan bagi mendapatkan hasil yang lumayan
kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, ada juga cukai yang dikenakan
bagi mengubah gelagat aktor-aktor dalam sektor swasta seperti pengguna
dan pengeluar supaya bertindak mengikut keutamaan kerajaan. Antara
keutamaan yang dimaksudkan termasuk menggiatkan aktiviti
pemerosesan bahan mentah dan separuh siap, meningkatkan daya saing
industri-industri terpilih, menggalakkan penggunaan barangan tempatan
dan mengurangkan pengaliran wang keluar negara.




SOALAN PENILAIAN KENDIRI


1. Encik Tawil dan isterinya, Puan Siti, kedua-duanya adalah pekerja
bergaji. Pendapatan mereka bagi tahun taksiran 2001 ditunjukkan
di bawah. Mereka mempunyai enam orang anak yang berumur
daripada 21 hingga 3 tahun. Anak sulung mereka yang berumur
21 tahun sedang belajar di UUM, sementara anak keduanya
melanjutkan pengajian di Universiti Birmingham, United
Kingdom mulai 22 September 1996.

Encik Tawil menuntut RM900 sebagai belanja perubatan ibu
bapanya. Puan Siti juga menuntut RM1,000 untuk belanja
rawatan ibu bapanya. Resit-resit disertakan.

Tawil Siti
Gaji
RM36,000 RM15,000
Sewa bersih 3,200 -
Caruman KWSP 3,960 1,650
Premium insuran nyawa 3,600 1,200
Zakat 100 50

Kirakan cukai yang kena dibayar oleh Encik Tawil dan isterinya
jika mereka memilih taksiran berasingan. Gunakan Jadual 6.1
sebagai panduan untuk mengira jumlah cukai dan tunjukkan jalan
pengiraan.




122
2. En. Fis selaku Pengarah Urusan Syarikat Fis & Fis telah
mencadangkan kepada Lembaga Pengarah syarikat supaya
membeli sebuah peti sejuk model gergasi untuk dijadikan tempat
simpanan ikan yang diimport dari negara jiran. Ikan yang
diimport akan diproses untuk dijadikan ikan jeruk cili padi yang
sangat popular dalam pasaran sekarang.

Harga peti sejuk tersebut ialah RM185,000. Nilai bakinya
RM5,000 dan dapat digunakan selama 5 tahun. Andaikan pihak
syarikat menjangkakan bahawa ia boleh mendapat keuntungan
(sebelum potongan susutnilai) daripada jualan ikan jeruk tersebut
sebanyak RM200,000 setiap tahun. Cukai ke atas keuntungan
syarikat ialah 28%.

Kirakan jumlah potongan susutnilai , keuntungan sebelum cukai,
bayaran cukai, keuntungan sebelum cukai dan aliran tunai syarikat
dengan menggunakan kaedah susutnilai garis lurus dan sum-of-the-
years-digits.




Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.



JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 6.1

1. Pelepasan cukai merupakan potongan cukai yang dibenarkan oleh
kerajaan bagi mengurangkan pendapatan boleh cukai. Implikasi
daripada pemberian potongan ini ialah cukai yang kena dibayar
oleh seseorang akan berkurangan.

2. Seseorang layak membayar cukai pendapatan di Malaysia jika dia
mendapat pendapatan di Malaysia atau daripada sumber luar
negeri yang dibawa masuk ke Malaysia. Bagaimanapun, jika beliau
bukan pemastautin bagi maksud cukai, hanya pendapatan yang
diperolehi di Malaysia sahaja yang akan dikenakan cukai.
Seseorang dianggap sebagai pemastautin jika tinggal di Malaysia
selama 182 hari atau lebih.

3. Taksiran bersama bermaksud pendapatan suami dan isteri
dicampurkan dan suami merupakan pembayar cukai. Oleh yang
demikian, suami berhak mendapat pelepasan untuk isteri



123
sebanyak RM3,000. Sebaliknya, taksiran berasingan bermaksud
pendapatan suami dan isteri akan diasingkan. Isteri akan dilayan
sebagai individu yeng berasingan daripada suami dan akan
menerima pelepasan seperti yang diterima oleh suami. Mereka
boleh membuat keputusan berkongsi pelepasan untuk anak-anak
atau memilih supaya salah seorang daripada mereka menerima
kesemua pelepasan tersebut.

SDT 6.2

1. Terdapat tiga bentuk perniagaan iaitu persendirian (proprietorship),
usahasama (partnership) dan syarikat (corporation).

2. Tiga alasan untuk mencukai syarikat ialah

Mencukai syarikat akan mendatangkan hasil yang
lumayan kepada kerajaan kerana sesebuah syarikat
biasanya mempunyai pendapatan yang banyak
berbanding dengan individu. Ia seperti mencukai ramai
orang pada satu masa. Oleh itu, ia akan menjimatkan kos
pentadbiran cukai.

Perniagaan bentuk syarikat juga mempunyai banyak
keistimewaan. Antaranya, syarikat dapat mengumpulkan
modal yang banyak bagi menjalankan aktivitinya. Jumlah
modal yang banyak dapat memudahkan syarikat
membuat pelaburan yang dikehendaki, menjalankan
kegiatan pada skala besar dan menjanakan keuntungan
yang tinggi. Selain itu, pemilik syarikat mempunyai liabiliti
yang terhad terhadap hutang-piutang syarikat. Liabiliti
pemilik terhad kepada jumlah modal yang telah mereka
laburkan dalam syarikat berkenaan. Selain itu, syarikat
juga mempunyai jangka hayat yang panjang. Ini kerana,
syarikat tidak perlu dibubarkan setiap kali pemiliknya
berubah. Saham syarikat boleh ditukarmilik secara
mudah. Disebabkan keistimewaan-keistimewaan seperti
ini, adalah wajar bagi syarikat untuk membayar satu cukai
khas kepada kerajaan yang telah menyediakan iklim
perdagangan yang kondusif untuk syarikat beroperasi.

Cukai syarikat juga dikenakan bagi mengelakkan
keuntungan syarikat yang tidak diagihkan daripada
terlepas daripada dicukai. Ini kerana, keuntungan syarikat
yang diagihkan dalam bentuk dividen kepada pemilik



124
saham sahaja akan dikenakan cukai pendapatan individu.
Maka, untuk mengelakkan ketidakadilan kepada individu
lain yang tidak mempunyai pendapatan daripada
keuntungan syarikat, samada yang diagihkan atau yang
tidak diagihkan, adalah wajar satu cukai dikenakan di
peringkat syarikat.

3. Semasa kemerosotan harga, kaedah pengiraan stok akhir FIFO
akan menunjukkan bahawa kos barangan yang dijual adalah tinggi
jika dibandingkan dengan kaedah LIFO. Ini kerana harga stok di
awal tempoh adalah tinggi jika dibandingkan dengan harga stok
di akhir tempoh. Oleh itu, liabiliti cukai syarikat akan menjadi
lebih rendah bagi kaedah FIFO disebabkan keuntungan syarikat
adalah rendah selepas ditolak kos barangan yang tinggi.

SDT 6.3

1. Kedua-dua cukai berkenaan termasuk dalam kategori cukai
penggunaan. Apabila asas cukai penggunaan didefinisikan secara
sempit ke atas beberapa barangan secara terpilih, ia dikatakan
sebagai cukai eksais. Sebaliknya, apabila cukai penggunaan
bersifat umum dengan asas yang lebih meluas, ia merupakan
cukai jualan.

2. Beberapa kelebihan cukai eksais ialah ia dapat membawa hasil
yang banyak kepada kerajaan. Ia dianggap cukai yang baik kerana
dapat mengagihkan kos pembiayaan sektor awam secara langsung
kepada pihak yang menggunakan barang atau perkhidmatan
tertentu. Sebagai contoh, cukai eksais ke atas rokok merupakan
satu cara bagi kerajaan mendapatkan pendapatan daripada
perokok untuk digunakan bagi membina pusat rawatan kanser.
Selain itu, cukai eksais ke atas petrol atau kenderaan berenjin
membolehkan kerajaan mendapat hasil bagi membina lebih
banyak lebuh raya. Seterusnya, cukai eksais merupakan cara
terbaik bagi kerajaan untuk mengubah gelagat pengguna agar
menggantikan barangan yang dicukai dengan barangan yang tidak
dicukai.






125
BAB 7

P ENGEL ASAN BEL ANJ AWAN



OBJEKTIF BAB


Setelah anda mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Mentakrifkan belanjawan daripada pelbagai perspektif.
2. Memahami apakah dua peranan utama belanjawan.
3. Mengetahui secara tersusun pengkelasan hasil negara.
4. Mengetahui komponen utama perbelanjaan negara.


7.1 PENGENALAN

Bentuk, jenis dan saiz belanjawan sesebuah negara adalah tidak serupa.
Kandungan, proses dan matlamat ditentukan oleh pihak kerajaan
masing-masing serta dibuat mengikut latar belakang dan keperluan
tersendiri. Namun, mana-mana belanjawan yang dibuat adalah
merupakan kompilasi angka-angka yang berhubungan dengan hasil,
perbelanjaan, pinjaman dan komitmen kewangan kerajaan kepada rakyat.

Semenjak awal penubuhan kerajaan, Malaysia mengamalkan belanjawan
unified atau lebih mudah disebut belanjawan persekutuan yang digubal
dan diluluskan oleh kerajaan peringkat persekutuan setiap tahun.
Belanjawan merupakan dokumen yang mengandungi maklumat
berhubung dengan semua hasil yang diterima oleh kerajaan dan
perbelanjaan negara daripada hasil-hasil tersebut.

Memahami perjalanan dan pentadbiran belanjawan adalah satu perkara
yang akan menarik perhatian pelajar dalam kursus ini. Pelajar akan dapat
mengetahui cara belanjawan digunakan oleh pihak kerajaan untuk
mengatur siapa, dan berapa banyak cukai akan dibayar oleh rakyat serta
bagaimana program-program dan aktiviti yang dijalankan kepada rakyat
ditentukan. Tugas-tugas berkaitan dengan belanjawan akan dijalankan
oleh jabatan-jabatan kerajaan yang tertentu serta agensi-agensi kerajaan
lain yang diberi autoriti.

Belanjawan terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang berlangsung dalam satu
pusingan. Ia memerlukan penglibatan yang luas dan aktif daripada badan-



126
badan yang dipanggil eksekutif dan legislatif. Oleh kerana negara kita
mengamalkan belanjawan tahunan, maka proses belanjawan menjadi satu
usaha yang berulang-ulang setiap tahun di kalangan pihak eksekutif dan
legislatif yang terlibat.

7.2 TAKRIFAN BELANJAWAN

Belanjawan tahunan adalah merupakan suatu kontrak yang dipersetujui
oleh badan-badan eksekutif dan legislatif setiap tahun yang
membenarkan agensi-agensi dan jabatan-jabatan, persekutuan dan negeri-
negeri mendapat dan membelanjakan wang awam dengan cara-cara yang
tertentu bagi satu tahun fiskal yang akan datang, biasanya bermula dari 1
Januari hingga 31 Disember.

Belanjawan tahunan juga boleh dilihat sebagai merupakan satu penyataan
hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat
perancang dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara. Belanjawan
merupakan kompas yang menentukan arah yang harus diambil oleh
kerajaan dalam pentadbiran dan pengurusan kewangannya serta pada
masa yang sama bertindak sebagai roda yang mengawal arah itu.

Takrifan-takrifan di atas dilihat daripada perspektif yang umum.
Belanjawan juga boleh ditakrif secara khusus mengikut perspektif
tertentu. Bagi seseorang pentadbir, belanjawan ialah alat kawalan
eksekutif iaitu apabila peruntukan tahunan diberi kepada agensi kerajaan,
maka peruntukan tersebut mesti dibelanjakan mengikut polisi dan
prosedur yang ditetapkan supaya matlamat agensi mereka tercapai di
akhir tahun kewangan. Sementara bagi ahli ekonomi pula, belanjawan
ialah manipulasi hasil-hasil perbelanjaan untuk mempengaruhi
pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan kepada orang ramai.

Ringkasnya, setiap orang boleh mentakrifkan belanjawan mengikut
perspektif masing-masing. Tidak semestinya perlu wujud takrifan yang
terbaik dan ideal. Apa yang penting untuk difahami oleh pelajar ialah what
a budget does to the people atau faedah belanjawan kepada orang ramai!


Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang rakyat
melihat dan mentakrif belanjawan?


7.3 PERANAN BELANJAWAN

Belanjawan persekutuan yang telah lama dipraktikkan di negara kita
sebenarnya telah mempermudahkan kegunaan belanjawan sebagai



127
instrumen polisi ekonomi dan membolehkan kerajaan membentuk
keutamaan-keutamaan ke atas program-program yang dikendalikan oleh
agensi-agensi kerajaan. Setiap belanjawan tahunan bertujuan untuk
menganalisis situasi semasa ekonomi negara seperti kitaran keluaran
negara, kadar pertumbuhan keluaran negara kasar (KNK), imbangan
pembayaran, tingkat penggunaan agregat, tingkat pelaburan, kadar inflasi
dan kedudukan perbelanjaan kewangan kerajaan.

Peranan belanjawan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu

(i) instrumen polisi fiskal, dan
(ii) instrumen pengurusan kewangan.

7.3.1 Belanjawan sebagai Instrumen Polisi Fiskal

Setiap kali belanjawan diluluskan, ia akan berkuat kuasa bagi satu tempoh
yang dipanggil tahun fiskal. Sepanjang tempoh tersebut, matlamat yang
ingin dicapai dalam belanjawan yang telah dibentuk akan direalisasikan.
Biasanya, kerajaan menggunakan belanjawan bagi mencapai matlamat
pembangunan dan penstabilan ekonomi melalui dasar percukaian yang
berkesan dan dasar perbelanjaan yang cekap. Di sinilah kerajaan akan
mempengaruhi ekonomi dengan menetapkan polisi-polisi semasa yang
bertujuan untuk mengembangkan ekonomi serta mengawal tingkat inflasi
dan guna tenaga.

Dasar fiskal akan membantu kerajaan menjalankan ekonomi dengan
lebih sempurna. Misalnya, dalam keadaan inflasi kerajaan mesti
mengurangkan tingkat perbelanjaan atau menggalakkan tabungan.
Sebaliknya, semasa dalam keadaan kemelesetan, kerajaan akan
merangsang ekonomi dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan atau
mengurangkan cukai yang dibayar oleh rakyat agar mereka dapat
membawa wang masuk ke dalam ekonomi. Dalam kata lain, tindakan
kerajaan dalam menggunakan belanjawan sebagai alat polisi fiskal adalah
sebagai the balancing act atau tindakan pengimbang. Matlamat akhir
kerajaan adalah kepada belanjawan seimbang yang lebih diterima oleh
rakyat dan dipraktikkan oleh banyak negara di dunia.

Dalam menjalankan peranan belanjawan sebagai instrumen polisi fiskal,
kerajaan akan terlibat dengan ratusan pembuatan keputusan baik yang
berskala kecil, sederhana atau besar. Keputusan kerajaan dalam konteks
ini melibatkan proses yang rumit kerana melibatkan banyak pihak di
samping berkait pula dengan polisi-polisi awam. Misalnya polisi
percukaian perlu mengambil kira beberapa aspek seperti keadilan,
kecekapan dan mudah tadbir sebelum sesuatu keputusan tentang kadar



128
cukai dibuat. Keputusan berhubung dengan cukai dibuat setiap tahun di
dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan di
hadapan wakil-wakil rakyat di Parlimen. Penerimaan cadangan
bergantung kepada perbincangan panjang lebar di kalangan legislatif dan
wakil eksekutif kerajaan.

Belanjawan sebagai instrumen polisi fiskal boleh dikupas dalam tiga
fungsi belanjawan iaitu

(i) fungsi peruntukan,
(ii) fungsi agihan, dan
(iii) fungsi penstabil

Fungsi peruntukan merujuk kepada belanjawan sebagai alat untuk
menyediakan barangan dan perkhidmatan asas kepada orang ramai, dan
ini merupakan tanggung jawab utama kerajaan. Sementara fungsi agihan
menjelaskan cara belanjawan mengagihkan semula pendapatan yang
diperolehi kerajaan melalui perolehan hasil daripada cukai yang dibayar
oleh rakyat dan perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan ke atas sektor-
sektor penting. Akhirnya, fungsi penstabil ekonomi melihat kepada
belanjawan yang berperanan untuk mengawal pertumbuhan ekonomi,
guna tenaga dan inflasi.



SOALAN DALAM TEKS 7.1


1. Apakah polisi fiskal dan sila ulas hubungannya
dengan peranan belanjawan sebagai instrumen
polisi fiskal.



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


7.3.2 Belanjawan sebagai Instrumen Pengurusan Kewangan

Belanjawan negara terbentuk bersama-sama dengan peraturan-peraturan
dan amalan-amalan yang telah terhimpun sejak awal konsep belanjawan
kerajaan dilaksanakan. Belanjawan adalah proses yang teratur,
mempunyai kawalan di pelbagai peringkat baik di peringkat badan
eksekutif mahupun badan legislatif. Sebuah kerajaan yang cekap akan
cuba mengawal pelaksanaan belanjawan agar ia tidak terkeluar daripada
lunas-lunas yang telah ditetapkan.



129
Agensi-agensi kerajaan merupakan pelaksana utama dalam
mengimplementasikan belanjawan tahunan. Mereka juga telah pun
terlibat di peringkat pembentukan anggaran belanjawan. Merekalah pihak
yang bertanggungjawab dalam menentukan jumlah yang diperlukan bagi
menyediakan program-program kepada rakyat. Selepas belanjawan
diluluskan oleh pihak legislatif, seterusnya mereka akan melaksanakan
program-program yang telah dikemukakan. Penganalisa ekonomi di
Perbendaharaan dan Bank Negara adalah antara pihak yang terlibat
dalam memberi input penting kepada pihak kerajaan sebelum kabinet
kerajaan membawa belanjawan tahunan ke Parlimen.

Belanjawan bertindak untuk memastikan agar koordinasi dan kecekapan
wujud dalam pentadbiran. Matlamat dan objektif program telah
digariskan semasa di peringkat perumusan lagi, jadi pelaksanaan program
tersebut mestilah diselaraskan supaya pencapaian matlamat yang telah
dibuat terlaksana. Secara langsung, tugas pihak kerajaan turut
menyumbang kepada pencapaian matlamat belanjawan. Pendek kata,
belanjawan menyediakan satu garis panduan pengurusan, iaitu
pengurusan yang merangkumi pemprograman matlamat-matlamat yang
telah dipersetujui oleh unit-unit tertentu dengan sumber-sumber yang
diperlukan.

Belanjawan juga menyediakan satu bentuk kawalan ke atas unit-unit
eksekutif dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan oleh perwakilan-
perwakilan legislatif di Parlimen. Kawalan oleh legislatif dibuat bagi
mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan wang yang
diperuntukkan ke atas eksekutif. Tindakan ini merupakan bentuk
pengawalan yang sah.

Menurut pandangan pengurus-pengurus program di agensi-agensi awam,
belanjawan disediakan oleh pengurus-pengurus program yang membuat
perancangan tahunan berhubung dengan skop dan saiz perbelanjaan
program mereka. Belanjawan memastikan agar pandangan strategik
digalakkan untuk dibuat bagi menghasilkan program-program yang lebih
bermakna dan berkesan kepada penerima faedah dan orang ramai.

Belanjawan di Malaysia menggunakan Sistem Belanjawan Diubah Suai
atau Modified Budgeting System (MBS) dengan ciri-ciri dan format yang telah
ditetapkan oleh agensi-agensi pusat. Dalam kata lain, sistem belanjawan
merupakan instrumen pengurusan dan pentadbiran kerajaan ke atas
agensi-agensi mereka.

Mengikut perspektif pengurusan juga, belanjawan boleh memudahkan
pemeriksaan operasi program daripada segi kecekapan ekonomi. Mana-
mana program yang telah menunjukkan elemen-elemen pembangunan



130
yang positif dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan akan dijadikan
contoh. Pengurus program juga akan dapat menguruskan penggunaan
sumber-sumber dengan berkesan bagi tujuan melaksanakan aktiviti-
aktiviti di masa depan. Menurut pandangan pengurus atasan, belanjawan
memudahkan pengawalan operasi agensi-agensi melalui perhubungan top-
down dan bottom-up serta mengetahui cara tanggung jawab dipikul. Kuasa
undang-undang akauntabiliti boleh digunakan bagi menentukan sama ada
tanggung jawab yang diberi kepada mereka dilaksanakan dengan sebaik-
baiknya dan penyelewengan pula tidak berlaku.



SOALAN DALAM TEKS 7.2


1. Bagaimana kerajaan menggunakan belanjawan
untuk mengawal agensi-agensi kerajaan?



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


7.4 CIRI-CIRI BELANJAWAN YANG BAIK

Terdapat dua ciri yang mesti ada pada belanjawan. Menurut Profesor
Doh Joon Chien (1976), dua ciri tersebut ialah dinamis dan responsif.
Dua ciri tersebut boleh dihubungkan dengan sifat dalaman dan luaran
sesebuah belanjawan.

7.4.1 Ciri Dinamis

Ciri ini bermaksud belanjawan memiliki pendekatan yang anjal iaitu
kandungan polisi fiskal belanjawan boleh berubah dengan mudah agar
dapat disesuaikan dengan keadaan ekonomi semasa. Sebagai contoh,
kerajaan boleh mengamalkan dasar penjimatan dalam perbelanjaan
kerajaan apabila negara berhadapan dengan isu kegawatan ekonomi yang
berlaku di pertengahan tahun 1998. Ciri dinamis bolehlah dikatakan
dicerminkan oleh sifat dalaman yang terkandung dalam sesebuah
belanjawan yang boleh diubah suai mengikut situasi ekonomi negara.

7.4.2 Ciri Responsif

Ciri responsif pula dikaitkan dengan sifat luaran yang dimiliki oleh
sesebuah belanjawan yang baik. Belanjawan haruslah responsif kepada
perubahan persekitaran seperti tekanan permintaan, perubahan dalam
struktur ekonomi masyarakat, dan bahkan pengaruh globalisasi.



131
Belanjawan haruslah bertindak balas kepada masalah-masalah negara
yang tangibles atau yang ketara seperti masalah kekurangan penawaran
rumah kos rendah dan sederhana, peningkatan kesedaran rakyat untuk
memiliki komputer peribadi agar dapat menggunakan kemudahan e-
dagang, perniagaan elektronik dan sebagainya, dan juga pelbagai masalah
lain. Masalah-masalah tersebut dapat diselesaikan atau dikurangkan
dengan pihak yang terlibat secara langsung dalam menyediakan
belanjawan. Bagi belanjawan yang responsif, masalah-masalah yang
dihadapi oleh masyarakat dan negara akan membantu kepada melahirkan
kandungan belanjawan yang baik.


Adakah ciri dinamis dan responsif perlu ada bagi
sesebuah organisasi awam?


7.5 KOMPONEN BELANJAWAN PERSEKUTUAN

Komponen belanjawan kerajaan persekutuan terbahagi kepada dua
bahagian iaitu hasil dan perbelanjaan. Kita akan meneliti komponen hasil
dan diikuti dengan komponen perbelanjaan kerajaan.

7.5.1 Hasil Kerajaan Persekutuan

Kerajaan akan memberi tumpuan yang penting ke atas struktur hasilnya.
Keputusan yang baik ke atas struktur hasil akan memberi pendapatan
yang cukup kepada kerajaan dan tidak membebankan pembayar cukai.
Hasil atau pendapatan kerajaan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun
kerana komitmen kerajaan untuk menyediakan barangan dan
perkhidmatan kepada rakyat juga bertambah setiap hari.

Tugas bagi menentukan banyaknya hasil yang dapat dicari oleh kerajaan
bukanlah mudah. Ambil contoh semasa kegawatan ekonomi yang
melanda negara pada pertengahan 1998 hingga penghujung 1999. Di
pihak rakyat, kegawatan mendorong kita berjimat cermat, sebaliknya
kerajaan terpaksa bekerja keras untuk mencari pendapatan yang pada
hakikatnya pada masa tersebut adalah terhimpit. Kerajaan mengambil
langkah yang positif kerana memberi penekanan kepada cara untuk
memulihkan perolehan hasil negara semasa ekonominya mengalami
kegawatan. Dasar berjimat cermat dalam konteks mengawal perbelanjaan
juga turut berjaya memulihkan ekonomi dalam tempoh yang tidak lama.
Seterusnya, marilah kita mengenal pasti apakah jenis-jenis hasil utama
yang diterima oleh kerajaan persekutuan pada hari ini.




132
a) Hasil cukai

Dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 96), kerajaan persekutuan
telah diberi kuasa dan autoriti melalui Parlimen untuk melevi dan
meluluskan penggunaan cukai. Ini bermaksud, tiada mana-mana pihak
pun boleh mengguna dan mengutip cukai tanpa mendapat kelulusan
daripada Parlimen. Sebarang perubahan terhadap cukai dan kadarnya
harus dibuat melalui kelulusan Parlimen. Menteri Kewangan akan
membuat pengumuman mengenai perubahan-perubahan kadar cukai
sewaktu membuat pembentangan belanjawan tahunan di Dewan Rakyat.
Hasil cukai ialah pendapatan utama negara. Daripada ciri-ciri kutipan
yang tersendiri, hasil cukai boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
cukai langsung dan cukai tidak langsung.

Cukai langsung
Cukai langsung ini dikenakan secara langsung kepada
pembayar cukai berasaskan pendapatan, kekayaan dan
pemeteraian dokumen perjanjian. Suatu kadar akan
dikenakan mengikut peruntukan pihak berkuasa dan
individu atau pihak tersebut tidak boleh memindahkan
tanggungan cukai kena bayar kepada orang lain. Antara
jenis contoh cukai sebegini ialah cukai pendapatan
perseorangan, cukai pendapatan syarikat, duti harta
pusaka, duti setem, cukai jualan, dan cukai ke atas
keuntungan hartanah. Agensi yang diberi kuasa mengutip
cukai langsung ini adalah seperti Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN), dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Cukai tidak langsung
Cukai ini dikenakan apabila seseorang individu membeli,
atau mengguna barangan, atau mengguna perkhidmatan
yang dicukai oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh,
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja mengenakan cukai
import ke atas kereta keluaran Jepun yang dibawa masuk
ke dalam negara untuk dijual. Pengimport akan
membayar duti import tersebut dan kemudian
memindahkan duti itu kepada pembeli kereta tersebut.
Pemindahan ini dibuat ke atas harga barangan yang
biasanya akan memasukkan kos duti yang telah dibayar.
Jika kerajaan mengenakan peratus duti yang tinggi maka
semakin tinggilah harga kereta buatan Jepun dalam
pasaran apabila sampai kepada pembeli.




133
b) Hasil-hasil bukan cukai

Kerajaan persekutuan juga ada menerima hasil-hasil selain daripada cukai
yang dipanggil hasil bukan cukai. Kutipan hasil-hasil ini merujuk kepada
bayaran yang dikenakan ke atas pengguna yang menggunakan
perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan secara langsung
kepada orang ramai. Sebagai contoh, Jabatan Imigresen mengenakan
bayaran memproses dan menyediakan paspot dan pas-pas tinggal kepada
penduduk yang hendak ke luar negara dan orang asing yang ingin tinggal
bekerja di negara kita. Contoh lain ialah Kementerian Kewangan
mengenakan bayaran ke atas syarikat yang berdaftar dengan mereka bagi
mendapat peluang kontrak-kontrak daripada agensi kerajaan. Banyak lagi
contoh hasil bukan cukai yang boleh diberikan. Anda boleh mencari dan
berbincang dengan rakan-rakan anda bagi memahami hasil yang
dibincangkan ini dengan lebih lanjut.

c) Terimaan-terimaan bukan hasil

Hasil cukai dan bukan cukai ialah sumber hasil utama negara yang
membekalkan perbelanjaan kerajaan. Terimaan bukan hasil pula ialah
bentuk hasil yang tidak diperolehi daripada rakyat tetapi daripada agensi-
agensi kerajaan yang memulangkan semula hasil atau peruntukan yang
tidak dihabiskan pada tahun fiskal itu. Mengikut prinsip perakaunan
kerajaan, sumber ini mesti dikelaskan ke atas sesuatu nama dan kod dan
oleh sebab itu ia dinamakan terimaan bukan hasil. Contoh lain ialah
pemberian atau pembayaran antara agensi awam dan jualan daripada apa-
apa output sampingan yang dikeluarkan oleh agensi secara langsung
seperti buku laporan dan majalah.

d) Hasil dari Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Labuan dan Putra Jaya ialah kawasan ekonomi dan
pentadbiran yang turut menyumbangkan sumber hasil kepada negara.
Kawasan-kawasan tersebut turut dibenarkan mengutip hasil cukai, bukan
cukai dan terimaan bukan hasil. Cawangan-cawangan agensi seperti
LHDN, JKED, dan JPJ misalnya ditubuhkan untuk menguatkuasakan
peraturan ke atas pengguna-pengguna di kawasan tersebut. Kekuatan
ekonomi dua kawasan wilayah ini semakin penting kepada kerajaan
persekutuan dan sumbangan kepada pendapatan negara adalah
signifikan.






134


SOALAN DALAM TEKS 7.3


1. Sila bincang beberapa sumber hasil cukai beserta
siapakah pihak yang berfungsi mengutip cukai
tersebut?



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


7.5.2 Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan

Selepas meneliti aspek hasil, marilah kita melihat pula komponen
perbelanjaan negara pada hari ini. Adalah penting untuk pelajar
memahami arah perginya hasil yang dikutip tadi. Terdapat dua
komponen utama di bawah perbelanjaan negara iaitu perbelanjaan
mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

a) Perbelanjaan mengurus

Perbelanjaan Mengurus (PM) diperuntukkan oleh undang-undang bagi
membenarkan anggaran perbelanjaan dibuat ke atas program-program
kerajaan (agensi-agensi) yang telah ditetapkan setiap tahun melalui
anggaran belanjawan tahunan.

Terdapat pula dua jenis perbelanjaan di bawah PM iaitu

(i) Perbelanjaan bekalan
(ii) Perbelanjaan tertanggung

i) Perbelanjaan bekalan

Perbelanjaan ini diperuntukkan oleh Akta Perbekalan apabila ia
membenarkan perbelanjaan dibuat bagi pembiayaan aktiviti-aktiviti
harian yang berulang-ulang. Perbelanjaan ini harus dibawa ke perdebatan
di Parlimen bagi memberi kebenaran mengeluarkan wang daripada
Kumpulan Wang Disatukan (KWDS). Kebenaran ini akan berkuat kuasa
untuk suatu tempoh, dan biasanya pada satu tahun fiskal, dan ia akan
luput selepas tarikh tersebut tamat. Wang yang tidak habis dibelanjakan
akan menjadi terimaan bukan hasil. Sekiranya peruntukan yang diberi
tidak mencukupi, satu Undang-undang Perbekalan Tambahan boleh
dibentangkan di Parlimen sebelum tamat tahun fiskal.

Antara contoh-contoh perbelanjaan di bawah Perbelanjaan Bekalan ialah
emolumen ke atas kakitangan awam kerajaan, perkhidmatan dan bekalan



135
oleh agensi-agensi awam serta pembelian aset dan pemberian serta
kenaan tetap agensi. Biasanya huruf B yang diikuti pula dengan nombor
kepala Perbelanjaan Bekalan akan ditulis bersama-sama dengan nama
Pegawai Pengawal Kementerian di dalam buku Anggaran Belanjawan.

ii) Perbelanjaan tertanggung

Di samping perbelanjaan bekalan, Perlembagaan Persekutuan turut
memperuntukkan satu perbelanjaan tahunan yang dipertanggung
jawabkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan melalui satu undang-
undang khas. Undang-undang ini berbeza daripada Akta Perbekalan yang
memiliki tempoh hayat setahun. Sifat undang-undang khas ini tidak akan
luput setiap tahun atau dalam kata lain tidak perlu diperbaharui setiap
tahun bagi mengeluarkan peruntukan tahunannya. Prosedur pengeluaran
wang daripada KWDS hanyalah melalui satu waran yang perlu disebut
oleh Menteri Kewangan di Parlimen. Ia tidak perlu melalui perdebatan
seperti mana perbelanjaan bekalan. Keperluan perbelanjaan tertanggung
ini sifatnya mestilah diutamakan daripada keperluan perbelanjaan
bekalan.

Nombor kepala anggaran yang mengandungi peruntukan tersebut
dikenali dengan huruf T. Antara contoh perbelanjaan yang mendapat
keistimewaan ini ialah elaun Diraja, elaun dan gaji Ketua Audit Negara,
Ketua Hakim dan hakim-hakim, perbelanjaan Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam, pencen dan hutang negara. Kesemuanya terdapat 15 kepala T
dalam buku Anggaran Belanjawan.

b) Perbelanjaan pembangunan

Perbelanjaan Pembangunan (PP) merupakan perbelanjaan yang mula
diperkenalkan selepas merdeka selepas kerajaan menyedari tentang
perlunya perbelanjaan pembangunan dilakukan di samping PM yang
disediakan bagi tujuan operasi tahunan kerajaan. PP dikenali sebagai
perbelanjaan projek atau modal kerana perbelanjaan untuk pembangunan
negara biasanya mengambil masa lebih dari 1 tahun serta melibatkan
modal yang besar. Setiap tahun PP dikemukakan di parlimen untuk
mendapat kelulusan bersama-sama dengan Akta Perbekalan. Nama akta
yang membawa PP ialah Akta Kumpulan Wang Pembangunan. Ia
dibentangkan setiap tahun bagi mendapatkan kebenaran memperolehi
jumlah wang yang dijangka akan dibelanjakan untuk tahun itu sahaja
sehinggalah projek itu tamat. Anggaran asal bagi keseluruhan projek
mestilah sentiasa ditunjukkan di dalam buku Anggaran Belanjawan.

Pegawai Pengawal ialah individu yang diberi tanggung jawab bagi
memantau projek PP sesebuah agensi. Beliau hendaklah menyediakan



136
satu jadual rancangan perbelanjaan modal yang menunjukkan jumlah
yang perlu dibelanjakan bagi projek dari setiap tahun ke tahun yang
seterusnya sehingga projek tamat. Anggaran PP tahunan mesti
mengandungi anggaran kos yang dikemas kini bersama-sama setiap tahun
dengan menyatakan kos dan perbelanjaan bagi tahun yang lalu dan
menambahkan satu tahun lagi. Serahan ini dinamakan Kertas Turus yang
akan diberi kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Unit
Perancangan Ekonomi. Di peringkat negeri pula, Pegawai Kewangan
Negeri akan menyerahkan Kertas Turus ini kepada pihak berkuasa
kewangan negeri bagi tindakan kelulusan atasan.

Anggaran PP setiap agensi mengandungi peruntukan vot projek saraan
kakitangan sementara dan pembelian loji serta jentera untuk projek itu
sahaja. Saraan-saraan lain seperti saraan kakitangan tetap akan diletakkan
dalam pecahan-kepala emolumen anggaran agensi berkenaan dan hal ini
sama juga dengan loji dan jentera yang digunakan bagi output umum
agensi.

Dari manakah datangnya sumber wang untuk PP? Amalan pembiayaan
untuk PP di negara kita tidak diambil terus dari KWDS. Hal ini
bermakna, untuk menjalankan projek modal negara seperti projek LRT,
KLIA, Bakun, sekolah dan hospital, pihak kerajaan terpaksa mencari
sumber lain seperti membuat pinjaman dalam dan luar negara, lebihan
akaun semasa dan anggaran tambahan PP yang diperuntukkan daripada
Kumpulan Wang Luar Jangka. Bagi negara yang memiliki ramai
penduduk yang kaya, pihak kerajaan negara tersebut boleh membiayai
perbelanjaan projek modal mereka dari cukai yang dibayar oleh
penduduknya. Misalnya di California, rakyatnya tidak perlu membayar
tol lebuh raya kerana projek itu dibiayai daripada cukai pendapatan
rakyatnya.


Bolehkah kerajaan mengurangkan beban membayar tol
lebuhraya? Apakah implikasi yang mungkin terjadi?




SOALAN DALAM TEKS 7.4


1. Bincangkan tiga perbezaan antara perbelanjaan
bekalan dan tertanggung?



Semak jawapan anda di akhir bab ini.




137
7.6 KEDUDUKAN HASIL DAN PERBELANJAAN
KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2000

Sekarang, mari kita melihat pula kedudukan anggaran hasil dan
perbelanjaan kerajaan pada tahun fiskal 2000.

Hasil utama kerajaan masih diperolehi daripada sumber cukai
pendapatan iaitu sebanyak 34.0%, yang diikuti pula oleh 23.2% daripada
pinjaman dan penggunaan aset kerajaan, 18.2% daripada hasil cukai dan
cukai-cukai lain, 16.9% cukai tidak langsung, 6.0% duti import dan 0.8%
duti eksport. Keseluruhan hasil yang dijangka diperolehi adalah sebanyak
59.9 bilion ringgit.

Sementara itu, perbelanjaan kerajaan pula telah ditetapkan sebanyak
78.03 bilion ringgit bagi Belanjawan 2000. Jumlah ini telah meningkat
sebanyak 19.9% daripada jumlah asal yang diperuntukkan bagi 1999.
Dengan perbelanjaan yang melebihi anggaran hasil tersebut, maka
belanjawan defisit masih dipakai bagi tahun 2000 dengan jangkaan defisit
sebanyak 12.97 bilion atau 4.4 peratus daripada Keluaran Negara Kasar
(KNK).

Rajah 7.1
Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahun 2000

Sebanyak 53.35 bilion ringgit diperuntukkan kepada perbelanjaan
mengurus dan 24.67 bilion ringgit pula kepada perbelanjaan
pembangunan. Daripada perbelanjaan mengurus tersebut, perbelanjaan
ke atas pemberian dan kenaan bayaran tetap adalah sebanyak 28.37 bilion
ringgit, iaitu amalan baru kerajaan yang tidak lagi melihat perbelanjaan
emolumen di tempat yang teratas (14.61 bilion ringgit).

DARI MANA DATANGNYA ?
Pinjaman dan
Penggunaan Aset
Kerajaan
23.2%
Duti Eksport
0.8%
Duti Import
6.0%
Cukai Tidak
Langsung Lain
16.9%
Cukai
Pendapatan
34.9%
Hasil Cukai dan
Cukai-cukai Lain
18.2%



138
Rajah 7.2
Anggaran Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Tahun 2000


Rajah 7.3
Komponen Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Tahun 2000

Manakala di dalam perbelanjaan pembangunan, sektor ekonomi masih
lagi mendapat keutamaan peruntukan iaitu 44.1%, diikuti oleh sektor
sosial 29.4%, keselamatan dan perkhidmatan am. Sebanyak 1 bilion
ringgit (4%) disediakan bagi simpanan luar jangka bagi peruntukan
tambahan dan vot kredit.

KE MANA DIBELANJAKAN ?
(Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan)
Perbelanjaan Lain
20.0%
Pemberian dan
Serahan Kepada
Kerajaan Negeri
2.3%
Pencen dan
Ganjaran
5.3%
Bekalan dan
Perkhidmatan
9.7%
Bayaran Khidmat
Hutang
12.3%
Simpanan Luar
J angka
1.3%
Pentadbiran Am
3.7%
Keselamatan
3.4%
Perkhidmatan Sosial
9.3%
Perkhidmatan
Ekonomi
13.9%
Emolumen
18.7%
31.30%
1.70%
17.80%
21.60%
16.30%
3.80%
7.50%
32.70%
1.90%
15.50%
25.70%
12.90%
3.30%
8.00%
29.50%
2.20%
14.30%
28.10%
14.30%
3.50%
8.10%
31.40%
2.60%
15.50%
26.80%
11.70%
3.80%
8.20%
29.20%
2.10%
18.50%
25.50%
12.80%
3.50%
8.30%
27.90%
2.20%
18.40%
25.70%
14.50%
3.50%
7.80%
1995 1996 1997 1998 1999 2000
anggar an bel anj awan
Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan
Pencen dan Ganjaran
Pemberian dan Serahan Kepada Kerajaan Negeri
Bekalan dan Perkhidmatan
Perbelanjaan Lain
Bayaran Khidmat Hutang
Subsidi
Emolumen



139
Rajah 7.4
Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan Mengikut Sektor

7.7 RUMUSAN

Melalui bab ini, diharap pelajar sudah faham tentang peranan yang
dimainkan oleh belanjawan dan juga komponen hasil serta perbelanjaan
yang dilakukan oleh kerajaan setiap tahun. Walaupun jenis dan saiz
belanjawan berbeza antara negara-negara lain namun yang penting
peranan yang dimainkan adalah serupa. Kerajaan persekutuan merupakan
peringkat kerajaan yang akan menyedia dan mengemukakan dokumen
belanjawan di Parlimen. Kelulusan daripada Parlimen adalah penting
kerana ia menggambarkan persetujuan rakyat terhadap rancangan
belanjawan tahunan kerajaan. Belanjawan yang ideal ialah belanjawan
yang dapat mengatasi masalah ekonomi, menjaga kesejahteraan rakyat
dan merancang pembangunan negara yang berkesan.



SOALAN PENILAIAN KENDIRI


1. Bincangkan secara ringkas dua peranan belanjawan yang boleh
dikaitkan dengan negara kita?

2. Terangkan dengan jelas kepentingan dan perbezaan antara
perbelanjaan mengurus dan pembangunan?



Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

46.00%
30.60%
11.10%
12.30%
50.90%
27.90%
14.30%
6.90%
51.10%
31.90%
7.60%
9.40%
47.60%
31.20%
14.70%
6.50%
52.60%
27.20%
16.70%
3.50%
45.80%
25.00%
20.60%
8.60%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
1995 1996 1997 1998 1999 2000
a n g g a r a n b e l a n j a w a n
P e r b e l a n j a a n P e m b a n g u n a n K e r a j a a n P e r s e k u t u a n
M e n g i k u t S e k t o r
Pentadbiran A m
K es elamatan
Perkhidmatan S os ial
Perkhidmatan Ekonomi



140
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 7.1

1. Polisi fiskal adalah polisi perbelanjaan dan hasil kerajaan yang
digunakan untuk pertumbuhan ekonomi negara dan mengatasi
masalah-masalah ekonomi semasa yang dihadapi oleh negara.
Sebagai instrumen utama kerajaan, polisi fiskal boleh memainkan
beberapa peranan dalam belanjawan iaitu

dasar percukaian yang akan menentukan sumber
perolehan negara setiap tahun.
mengurangkan atau menaikkan tingkat perbelanjaan
kerajaan mengikut keadaan ekonomi yang ingin
diperbaiki.
membuat keputusan berskala kecil, sederhana dan besar
yang mempunyai implikasi kepada semua pihak.
menjalankan tiga fungsi belanjawan iaitu fungsi
peruntukan, agihan dan penstabil.

SDT 7.2

1. Melalui belanjawan, kerajaan boleh mengawal agensi-agensi
kerajaan dengan memastikan arahan dan peraturan yang dibuat
oleh agensi-agensi pusat yang menjaga belanjawan akan dipatuhi
setiap masa. Jika tidak, kelewatan untuk mendapatkan
perbelanjaan tahunan mungkin berlaku. Sistem Belanjawan
Diubah Suai juga merupakan mekanisme yang boleh digunakan.

SDT 7.3

1. Sumber hasil cukai seperti cukai pendapatan dikutip dan dijaga
bagi pihak kerajaan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
2. Hasil cukai jalan dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan di
setiap negeri.
3. Hasil cukai tidak langsung seperti duti import dikendalikan oleh
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

SDT 7.4

1. Perbelanjaan bekalan perlu melalui Rang Undang-undang
Perbekalan yang disediakan oleh Menteri Kewangan sedangkan



141
perbelanjaan tertanggung hanya perlu melalui waran tahunan
sahaja.
2. Perbelanjaan bekalan perlu diperdebatkan di Dewan Rakyat
sedangkan perbelanjaan tertanggung ialah perbelanjaan wajib
yang tidak perlu dibincangkan oleh ahli-ahli Parlimen.
3. Punca pembiayaan perbelanjaan mesti ditanggung terus oleh
Kumpulan Wang Disatukan walau dalam apa-apa keadaan
kewangan negara. Manakala perbelanjaan bekalan sifatnya
sekunder selepas dibuat pembiayaan ke atas perbelanjaan
tertanggung.



142



143
BAB 8

P ENGURUSAN BEL ANJ AWAN



OBJEKTIF BAB


Setelah anda mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Melihat fasa-fasa dalam setiap pusingan belanjawan.
2. Memahami pusingan belanjawan tahunan di Malaysia.


8.1 PENGENALAN

Setelah kita melihat komponen-komponen yang perlu ada di dalam
sebuah belanjawan, sekarang mari kita lihat pula cara dokumen
belanjawan dihasilkan. Sesebuah belanjawan akan melalui satu proses
yang dipanggil pusingan belanjawan. Pusingan belanjawan ini melibatkan
fasa perancangan, pembentukan belanjawan, pelaksanaan dan penilaian.
Anda tentu mendapat gambaran yang kasar tentang betapa rumitnya
proses ini berlaku. Bagi sesuatu belanjawan tahunan, tempoh masa yang
diperlukan dari peringkat perancangan hingga penilaian memerlukan
masa beberapa tahun.

Pusingan belanjawan berbeza antara satu kerajaan dengan kerajaan yang
lain dan antara satu agensi dengan agensi yang lain. Sekiranya sesebuah
kerajaan atau agensi adalah kecil, maka ia hanya memerlukan masa yang
pendek bagi menyediakan belanjawan. Sebaliknya bagi kerajaan atau
agensi yang besar, masa yang lebih panjang diperlukan untuk
menyediakan dokumen belanjawan.

Anda tentu merasa pelik apabila mengetahui bahawa sesuatu pusingan
belanjawan mengambil masa beberapa tahun. Sebenarnya, peringkat
pelaksanaan belanjawan melibatkan tempoh setahun tetapi pada masa
yang sama pihak kerajaan dan agensi serta pegawai-pegawai belanjawan
perlu melalui fasa perancangan dan pembentukan belanjawan tahun akan
datang di samping perlu menilai dan melalui proses pengauditan
belanjawan yang lepas. Untuk mengelakkan kekeliruan, tahun-tahun di
dalam pusingan belanjawan selalu dikenali dengan nama-nama tertentu
seperti tahun fiskal (FY) atau tahun belanjawan (BY). Contohnya
belanjawan tahun 2000. Mari kita lihat dengan terperinci fasa-fasa yang
terlibat dalam sesuatu pusingan belanjawan.



144
8.2 FASA PERANCANGAN DAN ANALISIS

Fasa yang pertama ini berlaku di awal pusingan belanjawan. Ia dinilai
oleh pihak eksekutif yang akan merancang anggaran perbelanjaan. Semua
agensi perlu merancang dengan teliti semua aktiviti dan program yang
hendak dilakukan. Pernahkah anda mendengar mengenai Rancangan
Lima Tahun atau RLT? Tentu jawapan anda adalah ya. Sehingga tahun
2000, Malaysia telah menyediakan sebanyak tujuh RLT. Mulai tahun
2001 pula, kita akan melaksanakan Rancangan Malaysia Kelapan. RLT
merupakan belanjawan pembangunan jangka panjang iaitu bagi tempoh
lima tahun. Ia merupakan alat dan proses bagi menentukan matlamat-
matlamat pembangunan jangka panjang Malaysia.


Pernahkah anda menyemak matlamat-matlamat dan
program-program yang dicadangkan dalam sesuatu
RLT?


Selain daripada projek-projek baru, agensi juga perlu merancang dan
menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan supaya
agensi tersebut dapat mencapai matlamat yang diharapkan dengan cara
yang paling cekap dan berkesan. Terdapat pelbagai teknik perancangan
dan analisis yang boleh digunakan, antaranya termasuk pengunjuran, kos-
faedah, kos-keberkesanan dan analisis utiliti marginal.

8.3 PEMBENTUKAN BELANJAWAN

Di peringkat ini, belanjawan disediakan dan diluluskan. Seperti mana
yang kita tahu, belanjawan merupakan suatu alat yang penting bagi
kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasarnya. Oleh kerana belanjawan
merupakan alat pengurusan dan kawalan yang penting kepada kerajaan, ia
perlu disediakan mengikut peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang
telah ditetapkan. Pihak yang bertanggungjawab menyediakan belanjawan
adalah semua agensi pelaksana. Pihak lain yang terlibat menyemak dan
mengubah suai belanjawan ialah agensi pusat, kabinet dan badan
perundangan. Di Malaysia, proses penyediaan belanjawan dapat
dibahagikan kepada dua peringkat. Pertama, proses penyediaan
belanjawan jangka pendek atau dipanggil juga sebagai belanjawan
tahunan dan kedua, proses penyediaan belanjawan jangka panjang.


Adakah anda masih ingat tujuan-tujuan belanjawan
seperti yang telah dibincangkan di dalam bab yang
lepas?





145
Seperti yang telah dinyatakan, proses penyediaan belanjawan jangka
pendek merupakan satu proses untuk menyediakan belanjawan yang
dapat digunakan bagi satu-satu tahun kewangan. Ia melibatkan kedua-dua
agensi pusat dan agensi pelaksana. Adakah anda masih ingat apakah itu
agensi pusat dan agensi pelaksana? Sekiranya ya, ini bermaksud ingatan
anda sangat baik. Jika tidak, tidak mengapa. Anda akan dapat mengimbas
kembali kedua-dua bentuk agensi ini apabila kita membincangkan proses
penyediaan belanjawan seterusnya.

Proses penyediaan belanjawan jangka pendek secara khusus bermaksud
penyediaan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan
tahunan. Definisi kedua-dua perbelanjaan ini telah dibuat dalam bab yang
lalu. Elok kita imbas kembali maksud kedua-duanya. Perbelanjaan
mengurus merupakan perbelanjaan bagi membiayai aktiviti harian dan
berulang agensi kerajaan. Sementara perbelanjaan pembangunan pula
merupakan perbelanjaan modal yang tidak berulang sifatnya dan akan
memberi pulangan kepada negara dalam jangka panjang. Mari kita teliti
cara kedua-dua perbelanjaan ini disediakan dan pihak yang akan terlibat
dalam proses ini.

8.3.1 Penyediaan Belanjawan Mengurus

Perbincangan mengenai penyediaan belanjawan mengurus akan
dibahagikan kepada dua aspek iaitu bagi peringkat agensi pusat dan
peringkat agensi pelaksana.

a) Peringkat agensi pusat

Agensi pusat yang paling penting bagi peringkat penyediaan belanjawan
ialah Bahagian Belanjawan, Perbendaharaan yang terletak di bawah
Kementerian Kewangan. Ia bertanggungjawab merancang, menimbang,
melulus dan mengawal penyediaan serta penggunaan belanjawan
mengurus. Ia juga menggubal dasar dan strategi belanjawan yang akan
dituruti oleh agensi-agensi kerajaan. Walau bagaimanapun, sebelum
sesuatu perbelanjaan tahun hadapan dapat dirancang, adalah penting bagi
agensi ini untuk mengetahui unjuran hasil negara. Untuk tujuan tersebut,
bahagian ini akan mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan
daripada Bahagian Ekonomi dan Bahagian Cukai di Kementerian
Kewangan. Maklumat ini digunakan sebagai asas bagi menyediakan
unjuran belanjawan tahun hadapan.

Pusingan belanjawan akan bermula apabila pihak Perbendaharaan
mengeluarkan suatu surat pekeliling yang dikenali sebagai Pekeliling
Perbendaharaan. Surat pekeliling ini biasanya dikeluarkan pada awal



146
Januari tahun sebelum belanjawan itu dilaksanakan. Ia diedarkan kepada
semua Jabatan dan Kementerian. Surat pekeliling ini amat penting
kepada semua agensi pelaksana kerana ia mengandungi garis panduan
dan penjelasan ringkas tentang:

Dasar dan strategi belanjawan;
Asas-asas bagi menyediakan cadangan perbelanjaan
mengurus dan perbelanjaan pembangunan; dan
Format-format bagi cadangan perbelanjaan untuk
disampaikan kepada Perbendaharaan.

Bagi melancarkan proses menyediakan cadangan anggaran belanjawan
oleh semua agensi, Bahagian Belanjawan mengamalkan pendekatan
interaktif dengan mengadakan satu forum preliminary hearings. Kenapakah
forum sebegini dirasakan perlu diadakan? Ini kerana di dalam forum ini,
Bahagian Belanjawan dan agensi-agensi pelaksana akan dapat
membincangkan isu-isu penting seperti kedudukan kewangan negara,
hasil negara dan lain-lain aspek makro ekonomi yang akan memberi
kesan ke atas cadangan belanjawan mengurus. Ia amat penting bagi
membolehkan kedua-dua pihak iaitu agensi pusat dan agensi pelaksana
mencapai persetujuan awal mengenai jumlah perbelanjaan mengurus
yang diperlukan. Hasilnya, pihak agensi pelaksana akan dapat merancang
dengan lebih teliti dan tepat anggaran perbelanjaan yang diperlukan dan
mendapat gambaran awal jumlah yang akan diperuntukkan kepadanya.

Setelah Bahagian Belanjawan menerima cadangan-cadangan anggaran
perbelanjaan mengurus semua agensi, pegawai-pegawai belanjawan yang
dikenali sebagai Budget Review Officer akan meneliti cadangan berkenaan
dan kemudian menjemput wakil agensi-agensi menghadiri mesyuarat
pemeriksaan belanjawan untuk membincangkan cadangan belanjawan
masing-masing. Mesyuarat ini juga akan dihadiri oleh wakil daripada
Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perdana Menteri. Kenapakah
kedua-dua agensi pusat ini dijemput bersama di dalam mesyuarat
pemeriksaan ini? Ia bertujuan untuk memastikan semua pihak mendapat
maklumat yang tepat mengenai dasar-dasar kerajaan yang telah digubal.
Setelah pemeriksaan belanjawan selesai dilakukan, pegawai-pegawai
Belanjawan akan menyediakan beberapa perkara iaitu

Kertas Turus Cadangan Belanjawan bagi
dipertimbangkan oleh Pengarah Bahagian Belanjawan;
Kertas Jemaah Menteri untuk anggaran belanjawan;
Rang Undang-undang Perbekalan bagi Perbelanjaan
Mengurus dan Draf Usul bagi Anggaran Belanja
Pembangunan; dan
Draf Ucapan Belanjawan untuk Menteri Kewangan.



147
Sebelum cadangan belanjawan itu dapat dibentangkan di Parlimen, ia
perlu dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan. Pada
kebiasaannya, Menteri Kewangan akan membentangkan cadangan
belanjawan pada minggu terakhir bulan Oktober atau minggu pertama
bulan November. Anda tentu biasa melihat di kaca televisyen apabila
Menteri Kewangan membentangkan cadangan belanjawan di Dewan
Rakyat setiap tahun.


Kenapakah penting bagi kita untuk mengikuti
pembentangan cadangan belanjawan ini setiap tahun?


Setelah diluluskan di Dewan Rakyat, rang undang-undang perbekalan
tersebut akan dikemukakan ke Dewan Negara untuk mendapat kelulusan
sebelum diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di
Pertuan Agung untuk diperkenankan. Dengan ini, tamatlah proses
penyediaan belanjawan jangka pendek oleh agensi Pusat iaitu
Perbendaharaan. Mari kita lihat pula peranan yang dijalankan oleh agensi
pelaksana dalam proses ini.

b) Peringkat agensi pelaksana

Setelah menerima surat pekeliling Perbendaharaan, semua agensi akan
memulakan proses penyediaan cadangan belanjawan. Secara umumnya,
proses ini dibahagikan kepada empat aktiviti utama iaitu penentuan atau
pengkajian semula objektif dan strategi agensi, pemilihan program dan
aktiviti, pengukuran prestasi dan penentuan keperluan kewangan bagi
program-program dan aktiviti-aktiviti yang dipilih untuk dilaksanakan.
Mari kita lihat sepintas lalu aktiviti-aktiviti berkenaan.

Penentuan objektif. Agensi menentukan hasil yang
hendak dicapai olehnya dengan ringkas dan jelas.
Pemilihan program dan aktiviti. Agensi memilih program
dan aktiviti yang sesuai bagi melaksanakan objektif yang
telah ditetapkan.
Pengukuran prestasi. Agensi perlu menilai sejauh mana ia
telah berjaya mencapai objektif melalui program dan
aktiviti yang dilaksanakan. Tiga kriteria yang dipentingkan
ialah kecekapan, keberkesanan, dan mutu serta taraf
perkhidmatan.
Penentuan keperluan kewangan. Agensi menentukan
jumlah peruntukan yang diperlukan bagi melaksanakan
program dan aktiviti yang dirancang mengikut keperluan
Pekeliling Perbendaharaan.



148
Semua cadangan perbelanjaan mengurus agensi perlu mendapat
kelulusan Pegawai Pengawal Kementerian dan Jabatan sebelum
dikemukakan kepada Perbendaharaan. Ini bermaksud cadangan
perbelanjaan bagi sesuatu Kementerian atau jabatan perlu diluluskan di
peringkat Kementerian atau jabatan terlebih dahulu sebelum di hantar
kepada Perbendaharaan bagi proses yang berikut.


Adakah anda masih ingat definisi Pegawai Pengawal
yang telah dibincangkan dalam Bab 4?


Agensi pelaksana dikehendaki mengemukakan cadangan perbelanjaan
mengurus mereka pada awal bulan Mei tahun semasa. Cadangan tersebut
akan dikaji oleh pegawai belanjawan (BRO) bersama-sama pegawai-
pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Unit Perancang
Ekonomi (UPE). Selepas pemeriksaan belanjawan dilakukan, semua
Kementerian dan jabatan perlu menyediakan minit mesyuarat belanjawan
dan kemudian mengkaji anggaran perbelanjaan bagi setiap program,
aktiviti dan projek untuk disesuaikan dengan jumlah anggaran
perbelanjaan yang telah dipersetujui.



SOALAN DALAM TEKS 8.1


1. Nyatakan langkah-langkah yang perlu diikuti oleh
agensi pelaksana selepas ia menerima arahan
menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus
tahunan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan.
2. Nyatakan agensi pusat yang terlibat dalam proses
menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus
tahunan.



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


8.3.2 Penyediaan Belanjawan Pembangunan Tahunan

Belanjawan Pembangunan melibatkan tempoh masa beberapa tahun.
Sekiranya kita mengambil contoh suatu projek pembinaan infrastruktur
iaitu universiti awam, kita dapati ia mengambil masa beberapa tahun



149
untuk disiapkan. Namun begitu, adalah penting suatu perbelanjaan
pembangunan tahunan disediakan bagi membolehkan agihan peruntukan
secara tahunan dibuat. Peruntukan yang diberi secara tahunan lebih
mudah untuk diuruskan berbanding dengan pemberian yang terlalu
banyak secara sekali gus. Seksyen (4) Akta Kumpulanwang
Pembangunan 1966 telah memperuntukkan supaya anggaran
perbelanjaan pembangunan tahunan dibentangkan dalam bentuk usul di
Parlimen setiap tahun untuk diluluskan.

Kita telah membincangkan mengenai perbelanjaan pembangunan di
dalam bab yang lepas. Jika anda kurang ingat, sila rujuk semula bab
berkenaan. Secara umumnya, ia melibatkan projek-projek Rancangan
Lima Tahun (RLT) yang telah diluluskan. Dari segi penyediaan cadangan
perbelanjaan pembangunan tahunan, agensi pelaksana perlu
mengemukakan cadangan tersebut kepada agensi-agensi berikut:

(i) Bahagian Belanjawan, Perbendaharaan;
(ii) Bahagian Perjawatan, Jabatan Perkhidmatan Awam;
(iii) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; dan
(iv) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP), Jabatan Perdana
Menteri.

Seperti juga penyediaan belanjawan mengurus, agensi pusat yang akan
terlibat secara langsung ialah Perbendaharaan. Setelah bahagian
Belanjawan menerima cadangan perbelanjaan pembangunan, ia akan
memulakan proses pemeriksaan. Ia kemudian akan mempengerusikan
satu mesyuarat pemeriksaan yang dihadiri bersama oleh pegawai-pegawai
daripada agensi-agensi pelaksana dan agensi-agensi pusat lain seperti JPA,
UPE dan UPP. Mengapakah agensi-agensi pusat ini perlu dipanggil
bersama dalam mesyuarat pemeriksaan berkenaan? Ia bertujuan untuk
menasihati Bahagian Belanjawan tentang perkara-perkara yang berkaitan
dengan projek yang telah diluluskan oleh UPE dalam RLT dan perkara-
perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan projek dan perjawatan.

Apabila pemeriksaan belanjawan tamat, Bahagian Belanjawan akan
menyediakan dan mengemukakan kertas usul perbelanjaan pembangunan
kepada Jemaah Menteri dan Parlimen untuk kelulusan sama seperti yang
dilakukan bagi perbelanjaan mengurus. Keseluruhan proses penyediaan
belanjawan dapat di lihat melalui Rajah 8.1.





150
Rajah 8.1
Proses Penyediaan Belanjawan Tahunan


(10) Waran Peruntukan kepada
(9) Waran Amkepada Kementerian/J abatan (1) Pekeliling Perbendaharaan
Akauntan Negara

(8) Menteri Kewangan (2) Penyediaan Belanjawan
Bentang Belanjawan oleh Agensi Pelaksana
di Parlimen

(3) Pegawai Pengawal
Melulus dan
(7) Perbendaharaan Menyelaraskan
Meluluskan Anggaran Agensi
Belanjawan

(6) Mesyuarat (4) Cadangan Dikemuka
Pemeriksaan kepadaAgensi Pusat
Belanjawan


(5) Agensi Pusat Kaji Cadangan
Belanjawan





SOALAN DALAM TEKS 8.2


1. Nyatakan agensi-agensi pusat yang terlibat dalam
penyediaan belanjawan pembangunan tahunan.



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


8.4 PROSES PELAKSANAAN BELANJAWAN

Di dalam fasa ini, belanjawan digunakan sebagai panduan kepada pihak
pentadbir. Fasa ini berlaku dalam tahun semasa atau tahun belanjawan
berkenaan. Penggunaan kuasa berbelanja semasa pelaksanaan belanjawan
ditentukan mengikut peruntukan Perlembagaan dan Arahan
Perbendaharaan.

Setelah sesuatu belanjawan sah termaktub sebagai rang undang-undang,
Menteri Kewangan akan mengeluarkan Waran Am bagi membolehkan
Akauntan Negara mengeluarkan wang daripada Kumpulanwang
Persekutuan Disatukan. Akauntan Negara akan mengeluarkan waran
peruntukan bagi membolehkan semua Kementerian dan Jabatan
membuat perbelanjaan seperti yang telah diluluskan. Walau
bagaimanapun, sebagai satu bentuk kawalan, peruntukan tidak diberi
secara sekaligus. Sebaliknya ia dikawal melalui pengagihan peruntukan
(allotment) secara berkala. Menurut pandangan anda, mengapakah pihak



151
Perbendaharaan mengamalkan pengagihan secara berkala apabila
peruntukan tahunan telah diluluskan sepenuhnya? Ia diamalkan bagi
membolehkan Kementerian dan Jabatan merancang penggunaan wang
dengan lebih cekap berdasarkan keperluan semasa dan tidak secara
terburu-buru.

Pegawai Pengawal bertanggungjawab memastikan perbelanjaan bagi vot
di bawah kawalannya tidak terlebih digunakan. Tindakan surcaj boleh
diambil sekiranya hal ini berlaku. Apabila berlaku perbelanjaan tidak
mencukupi atau terlebih digunakan, Pegawai Pengawal berkenaan
hendaklah membuat laporan kepada Perbendaharaan bagi membolehkan
mereka memohon pendahuluan untuk dikeluarkan daripada Kumpulan
Wang Pendahuluan Diri (Pegawai Awam) sementara menunggu
keputusan mengenai permohonan anggaran peruntukan tambahan.
Pemeriksaan lengkap akan dilakukan oleh Perbendaharaan sebelum
permohonan berkenaan dapat diluluskan di Parlimen.


Bincangkan keadaan cara permohonan anggaran
tambahan peruntukan dapat dipertimbangkan oleh
Perbendaharaan.


Sekiranya kita menyemak peruntukan-peruntukan perundangan yang
berkaitan dengan penggunaan wang awam, kita dapati tiada perundangan
yang mewajibkan supaya semua wang yang diperuntukkan dibelanjakan
oleh agensi. Namun begitu, adalah menjadi kebiasaan bagi agensi untuk
cuba menghabiskan peruntukan perbelanjaan yang diberikan. Agensi
pelaksana yang tidak bijak merancang perbelanjaan tentu menghadapi
kesukaran membuat permohonan perbelanjaan yang lebih besar di masa
hadapan. Ini kerana rekod prestasi masa lalu menunjukkan agensi
berkenaan memohon terlalu banyak wang berbanding dengan keperluan
sebenar atau tidak menghabiskan perbelanjaan yang sepatutnya dilakukan
untuk faedah orang awam.

Seterusnya, perbelanjaan wang yang diperuntukkan tidak terbatas kepada
pecahan maksud tertentu sahaja. Pindah peruntukan atau viremen adalah
dibenarkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan 18 selagi jumlah
keseluruhan peruntukan agensi tidak melebihi jumlah yang ditetapkan.
Pindah peruntukan memerlukan kelulusan Perbendaharaan. Menurut
seksyen 15(4) Akta Acara Kewangan, pihak yang memohon pindah
peruntukan ini perlu memberi justifikasi tentang sebab untuk menambah
peruntukan kepada pecahan baru di samping alasan mengapa simpanan
di dalam pecahan kepala yang satu lagi dapat dikurangkan. Ini tidak
bermaksud pindah peruntukan dapat dibuat dengan mudah terutamanya
apabila ia melibatkan pecahan kepala emolumen. Ini kerana tidak ada
jawatan baru yang dapat diwujudkan atau dikurangkan oleh agensi tanpa



152
mendapat kelulusan Perbendaharaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam
terlebih dahulu. Pindah peruntukan antara item di bawah pecahan kepala
yang sama tidak memerlukan kelulusan Perbendaharaan, mencukupi
dengan suatu laporan dihantar mengenai hal tersebut.


Mengapakah jawatan tetap yang diperlukan dalam
sesebuah agensi tidak dapat diadakan tanpa mendapat
kelulusan Perbendaharaan dan JPA terlebih dahulu?


Ada keadaan di mana seorang pegawai Pengawal atau pemegang waran
peruntukan mendapati perlu untuk menyerahkan sebahagian
perbelanjaan di bawah kawalan beliau untuk kegunaan pegawai lain.
Apakah tindakan yang dapat diambil olehnya untuk tujuan itu? Beliau
boleh mengambil satu daripada tindakan yang berikut:

(i) Memberi kebenaran melalui surat rasmi, ataupun
(ii) Mengeluarkan waran peruntukan kecil kepada pegawai
lain itu.

Melalui cara pertama, kawalan masih terletak kepada Pegawai Pengawal
tersebut. Sebaliknya, bagi cara kedua kawalan dipindahkan kepada
pegawai pemegang pecahan waran yang baru.

Semua Kementerian dan Jabatan perlu menyediakan laporan
perbelanjaan setiap suku tahunan kepada Akauntan Negara dan
Perbendaharaan. Pada pendapat anda apakah kegunaan laporan ini?
Memang benar, laporan ini akan digunakan oleh Perbendaharaan bagi
menilai prestasi agensi pelaksana. Selain itu, ia juga dapat mempengaruhi
pemberian peruntukan perbelanjaan bagi tahun akan datang.



SOALAN DALAM TEKS 8.3


1. Apakah yang dimaksudkan dengan viremen?
2. Nyatakan tatacara yang perlu diikuti apabila
timbul keperluan untuk memindahkan
sebahagian perbelanjaan yang dikawal oleh
Pegawai Pengawal kepada pegawai lain.



Semak jawapan anda di akhir bab ini.




153
8.5 PROSES PENILAIAN BELANJAWAN

Fasa terakhir dalam pusingan belanjawan bermula apabila tamat tahun
semasa belanjawan (CY). Fasa ini melibatkan perakaunan, pengauditan
dan penilaian semula. Walaupun sesetengah kerja audit dan penilaian
patut dilakukan lebih awal, kebanyakan kerja penilaian berlaku dalam fasa
terakhir ini. Aktiviti-aktiviti perakaunan, audit dan penilaian melibatkan
agensi pelaksana, Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Audit Negara dan
Parlimen. Perakaunan di jabatan kerajaan akan ditutup pada 31 Januari
setiap tahun. Ini membolehkan Akauntan Negara mengakaun akaun-
akaun awam sebelum beliau menyerahkannya kepada Ketua Audit
Negara.

Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
supaya semua akaun awam disemak dan dibentangkan oleh Ketua Audit
Negara di Parlimen. Untuk tujuan tersebut, pegawai awam yang
diberikan tanggung jawab perlu menguruskan wang tunai seperti hasil
dan perbelanjaan, dan harta seperti pembelian dan urusan stor
berdasarkan sistem perakaunan dan rekod yang ditentukan oleh
peraturan-peraturan yang terkandung dalam Arahan Perbendaharaan.
Semua urus niaga kewangan mesti direkodkan ke dalam akaun dengan
tepat, lengkap dan kemas kini bagi mengelakkan penyelewengan wang
awam.

Pegawai Pengawal dan semua pegawai lain bertanggung jawab
menyampaikan semua maklumat yang diperlukan oleh Ketua Audit
Negara. Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, tindakan tatatertib
akan dikenakan atau dakwaan di mahkamah akan diambil jika didapati
perbelanjaan dan lain-lain urusan yang berkaitan kewangan tidak
dilakukan dengan betul dan teratur.

Ketua Audit Negara juga menyemak laporan-laporan perbelanjaan suku
tahunan agensi bagi membuat penilaian mengenai kecekapan pengurusan
wang awam. Laporan penilaian ini dibentangkan di Parlimen. Di dalam
laporan tersebut, Ketua Audit Negara memberikan teguran dan cadangan
untuk memperbaiki prestasi dan keberkesanan perbelanjaan agensi-agensi
kerajaan di masa depan.

Lanjutan daripada itu, Parlimen melalui Jawatankuasa Kira-kira Awam
akan menyiasat teguran yang telah dibuat dan berhak memanggil Pegawai
Pengawal dan pegawai- pegawai lain yang berkenaan menghadiri sesi
mesyuarat bagi menerangkan beberapa perkara seperti pembaziran, tidak
memungut hasil atau membuat perbelanjaan tanpa kebenaran. Tindakan
boleh diambil ke atas pegawai yang didapati tidak bertindak mengikut
ketetapan perundangan dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan
belanjawan.



154
8.6 RUMUSAN

Anda telah melihat dengan terperinci pusingan belanjawan dan fasa-fasa
yang terlibat. Secara amnya, terdapat empat fasa utama iaitu peringkat
perancangan dan analisis, pembentukan belanjawan, pelaksanaan dan
penilaian belanjawan. Peringkat perancangan dan pembentukan
belanjawan berlaku sebelum bermula tahun fiskal belanjawan berkenaan.
Peringkat pelaksanaan melibatkan tempoh satu tahun iaitu tahun semasa
belanjawan berkenaan. Seterusnya, fasa penilaian dilaksanakan
sepenuhnya selepas belanjawan berkenaan dilaksanakan.

Antara pihak yang terlibat secara langsung dalam pusingan belanjawan
ialah semua agensi pelaksana dan beberapa agensi pusat. Agensi pusat
yang penting sekali ialah Perbendaharaan. Walau bagaimanapun,
penglibatan agensi seperti UPE, JPA, JPM dan lain-lain juga memberikan
sumbangan yang besar bagi menjayakan proses yang amat kompleks ini.



SOALAN PENILAIAN KENDIRI


1. Bincangkan secara ringkas fasa-fasa yang perlu diikuti bagi
menyempurnakan sesuatu pusingan belanjawan.

2. Sebutkan sepuluh langkah utama yang berlaku dalam proses
penyediaan belanjawan mengurus tahunan.



Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.


JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 8.1

1. Setelah menerima arahan menyediakan anggaran perbelanjaan
mengurus tahunan melalui surat pekeliling Perbendaharaan,
agensi pelaksana perlu melakukan empat aktiviti utama iaitu

a. penentuan objektif: menentukan hasil yang ingin dicapai
oleh agensi berkenaan secara jelas.
b. pemilihan program dan aktiviti: program dan aktiviti yang
bersesuaian perlu dipilih bagi mencapai objektif yang
telah ditentukan.



155
c. pengukuran prestasi: menilai kejayaan masa lalu dan
keberkesanan aktiviti serta program yang sedang
dijalankan.
d. penentuan keperluan kewangan: menentukan jumlah
peruntukan yang diperlukan.

2. Agensi pusat yang terlibat dalam proses penyediaan anggaran
perbelanjaan mengurus tahunan ialah Perbendaharaan, Jabatan
Perkhidmatan Awam dan Unit Perancang Ekonomi.

SDT 8.2

1. Agensi-agensi pusat yang terlibat dalam penyediaan belanjawan
pembangunan tahunan ialah Unit Perancang Ekonomi,
Perbendaharaan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Unit
Penyelarasan Pelaksanaan, JPM.

SDT 8.3

1. Viremen adalah pindah peruntukan perbelanjaan daripada satu
pecahan maksud kepada pecahan maksud yang lain. Pindah
peruntukan juga boleh dibuat bagi item-item di bawah pecahan
maksud yang sama. Viremen tidak menyebabkan jumlah
keseluruhan peruntukan bagi agensi berubah.

2. Apabila di dapati perlu untuk memindahkan sebahagian
perbelanjaan kepala untuk digunakan oleh pegawai lain, Pegawai
Pengawal boleh memberi kebenaran melalui surat rasmi. Melalui
cara ini, kawalan masih terletak kepada Pegawai Pengawal. Cara
kedua ialah mengeluarkan waran peruntukan kecil kepada
pegawai yang berkenaan. Ini akan menyebabkan kawalan
dipindahkan kepada pegawai kedua yang menerima waran
peruntukan baru.




156



157
BAB 9

P ERK EMBANGAN SAI Z SEK TOR AWAM



OBJEKTIF BAB


Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Menilai saiz sektor awam.
2. Mengkaji perkembangan sektor awam di Malaysia.
3. Memahami beberapa hipotesis mengenai perkembangan sektor
awam di dunia.


9.1 PENGENALAN

Kita semua bersetuju bahawa sektor awam amat diperlukan dalam
kehidupan masyarakat moden. Sektor awam menyediakan dan
mempengaruhi penyediaan banyak barang dan perkhidmatan dalam
sesebuah negara. Selain itu, ia juga mempengaruhi tingkah laku dan
pembuatan keputusan kita sebagai individu atau organisasi. Persoalan di
sini ialah sejauh mana sektor awam telah berkembang atau berubah
dalam suatu jangka masa tertentu. Adakah sektor awam kini terlalu besar
atau terlalu kecil? Bagaimanakah kita dapat mengukur saiz sektor awam?

Bab ini cuba memperihalkan perkembangan sektor awam dan ukuran-
ukuran yang dapat digunakan untuk menilai saiz sektor awam. Dalam
perbincangan ini, tumpuan akan diberikan kepada Kerajaan Persekutuan
Malaysia sebagai satu unit kerajaan yang paling penting dalam sistem
federalisme di Malaysia. Seterusnya, kita juga akan membincangkan
beberapa hipotesis yang dikemukakan oleh beberapa pengkaji ekonomi
sektor awam bagi menerangkan fenomena perkembangan sektor awam.

9.2 SAIZ SEKTOR AWAM

Pengaruh sektor awam ke atas kehidupan kita boleh dilihat melalui
program-program perbelanjaan dan pinjaman, undang-undang
pencukaian, peraturan-peraturan ke atas pengguna dan firma-firma
perniagaan serta program-program kredit dan insurans kerajaan.
Pemeriksaan ke atas polisi-polisi yang pelbagai ini dapat memberikan
kefahaman dan gambaran kepada kita tentang saiz sektor awam.
Bagaimanapun, anda diingatkan bahawa mengukur saiz sektor awam



158
bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan kerana pengaruh sektor awam
ke atas kehidupan kita sentiasa bertambah dan sering pula berubah-ubah.
Anda akan melihat di sini beberapa ukuran yang sering digunakan oleh
pengkaji-pengkaji ekonomi sektor awam apabila membincangkan
mengenai saiz sesebuah sektor awam.


Pada pendapat anda, adakah saiz sektor awam di
Malaysia terlalu besar, sederhana atau terlalu kecil?
Berikan justifikasi kepada jawapan anda.


9.2.1 Polisi-Polisi Perbelanjaan

Apabila membincangkan saiz sektor awam, kita perlu mengkaji polisi-
polisi perbelanjaan kerajaan sebagai satu ukuran kasar aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan oleh sektor awam. Ukuran ini dapat dipecahkan
kepada beberapa ukuran kecil seperti berikut:

1. Jumlah perbelanjaan awam

Jumlah perbelanjaan merupakan satu ukuran yang paling kerap
digunakan untuk melihat saiz sektor awam. Rajah 9.1 menunjukkan trend
perbelanjaan kerajaan Persekutuan Malaysia berbanding dengan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tempoh 27 tahun. Ini bermaksud
perbelanjaan kerajaan diletakkan dalam perspektif keseluruhan ekonomi
kerana ia menunjukkan bahagian perbelanjaan ekonomi yang
diperuntukkan kepada sektor awam bagi negara ini. Melalui rajah
berkenaan kita dapati bahawa dalam tempoh tersebut, peratus
perbelanjaan kerajaan Persekutuan ialah di antara 22.4 hingga 49.3 %
daripada KDNK atau secara puratanya sebanyak 31.9 %. Perbelanjaan
awam menunjukkan trend turun naik sepanjang tempoh 1970 hingga
1986. Bersesuaian dengan polisi jimat cermat yang diperkenalkan, trend
perbelanjaan semakin menurun mulai tahun 1987.

2. Jumlah perbelanjaan swasta

Secara mudah, ekonomi dibahagikan kepada dua komponen iaitu sektor
awam dan sektor swasta. Ini bermaksud sebarang peningkatan dalam
bahagian peruntukan sumber yang dikawal oleh sektor awam membawa
implikasi bahawa bahagian yang dikawal oleh sektor swasta berkurangan
dalam jangka masa tersebut. Dengan perkataan lain, apabila sektor awam
memperuntukkan lebih banyak sumber, sektor yang satu lagi terpaksa
mendapat sumber yang semakin sedikit.




159
Rajah 9.1
Peratus Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Berbanding dengan KDNK, 1970-1996

0
10
20
30
40
50
60
1
9
7
0
1
9
7
2
1
9
7
4
1
9
7
6
1
9
7
8
1
9
8
0
1
9
8
2
1
9
8
4
1
9
8
6
1
9
8
8
1
9
9
0
1
9
9
2
1
9
9
4
1
9
9
6
%

* Data adalah dalam harga semasa
Sumber: Beberapa Keluaran Laporan Ekonomi, Bank Negara Malaysia


Rajah 9.2
Peratus Perbelanjaan Swasta Berbanding dengan KDNK, 1970 1996

0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
1
9
7
0
1
9
7
2
1
9
7
4
1
9
7
6
1
9
7
8
1
9
8
0
1
9
8
2
1
9
8
4
1
9
8
6
1
9
8
8
1
9
9
0
1
9
9
2
1
9
9
4
1
9
9
6
%

Sumber: Beberapa Keluaran Laporan Ekonomi, Bank Negara Malaysia.


Rajah 9.2 menunjukkan kepada anda kepentingan sektor swasta dari segi
peruntukan sumber sepanjang tempoh 1970 hingga 1996. Bermula
dengan 73.5% daripada KDNK dalam tahun 1970, bahagian
perbelanjaan sektor swasta mengalami pengurangan sehingga mencecah
50.7% pada tahun 1981 dan mengalami peningkatan semula sejak 1987.
Pada tahun 1996, bagi setiap RM100, peruntukan bagi perbelanjaan
sektor swasta ialah sebanyak RM77.40. Adakah anda bersetuju bahawa
peruntukan ini merupakan satu jumlah yang agak besar bagi sesebuah
negara?




160
9.2.2 Pembahagian Perbelanjaan Awam

Selain membandingkan jumlah perbelanjaan kedua-dua sektor, mari kita
lihat pula trend perbelanjaan sektor awam dengan lebih terperinci melalui
pembahagian perbelanjaan awam mengikut kategori atau objek
perbelanjaan. Walaupun pembahagian ini agak bersifat umum, ia dapat
menunjukkan arah tuju polisi-polisi awam. Jadual 9.1 menunjukkan corak
perbelanjaan mengurus kerajaan Persekutuan bagi tempoh 1990 hingga
1995. Sepanjang tempoh ini, purata perbelanjaan mengurus ialah
sebanyak 77% daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan kerajaan
Persekutuan.

Jadual 9.1
Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan Mengikut Objek

1990 1991 1992 1993 1994 1995
Emolumen 36.6% 35.1% 36.4% 36.6% 36.0% 35.8%
Pencen dan Ganjaran 4.6 6.4 6.8 7.2 7.8 7.5
Bayaran Khidmat Hutang 27.3 24.9 22.8 22.2 19.4 17.8
Pemberian dan Serahan kepada
Kerajaan Negeri
5.8 4.7 3.8 4.0 4.1 3.9
Bekalan dan Perkhidmatan 11.7 11.8 11.6 12.9 14.0 16.3
Subsidi 2.0 3.4 1.7 1.8 1.7 1.7
Lain-lain * 12.0 13.7 16.9 15.3 17.0 17.0

* Termasuk Biasiswa/Dermasiswa, bantuan pengurusan kepada sekolah, pembelian
harta, bayaran balik dan hapus kira, pemberian kepada badan-badan berkanun dan
pertubuhan antarabangsa dan lain-lain.

Sepanjang tempoh tersebut, perbelanjaan yang paling penting ialah
emolumen, iaitu pembayaran gaji dan elaun kepada kakitangan awam.
Seterusnya, kerajaan Persekutuan juga membelanjakan jumlah yang agak
besar untuk bayaran khidmat hutang dan perbelanjaan untuk bekalan dan
perkhidmatan. Sebaliknya, peruntukan subsidi adalah kecil jika
dibandingkan dengan lain-lain objek perbelanjaan bagi kerajaan
Persekutuan. Keadaan ini jauh berbeza dengan kebanyakan negara maju
yang memperuntukkan jumlah perbelanjaan yang banyak untuk
pemberian subsidi dalam pelbagai bentuk kepada rakyat mereka.

Oleh kerana Malaysia mengamalkan sistem federalisme dengan kerajaan
pusat yang kuat, kita mendapati bahawa daripada segi perbelanjaan,
kerajaan Persekutuan memperuntukkan jumlah perbelanjaan yang sangat
besar berbanding dengan semua kerajaan negeri. Seperti yang anda sedia
maklum, Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan supaya kerajaan
Persekutuan membuat semua perbelanjaan yang penting seperti
pertahanan, keselamatan dalam negeri, pendidikan, kesihatan dan
hubungan luar negeri. Sebaliknya, kerajaan negeri dibenarkan untuk
membuat perbelanjaan yang kurang penting seperti yang terdapat dalam




161
Senarai Negeri iaitu mengenai pertanian dan perhutanan, tanah, hukum
syarak dan hal ehwal kerajaan tempatan. Rajah 9.3 dapat menunjukkan
kepada anda trend perbelanjaan kedua-dua peringkat kerajaan tersebut
berbanding dengan KDNK.

Rajah 9.3
Perbandingan Perbelanjaan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutan

0.0
10.0
20.0
30.0
40.0
1985 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995
%
Kerajaan Persekutuan Kerajaan Negeri
Sumber: Laporan Ekonomi (beberapa keluaran), Kementerian Kewangan Malaysia.

9.2.3 Pembiayaan Aktiviti-Aktiviti Sektor Awam

Sektor awam mempunyai beberapa cara untuk membayar polisi-polisi
perbelanjaannya. Masihkah anda ingat perbincangan kita mengenai alat-
alat penerimaan kerajaan? Sekiranya jawapan anda adalah ya, syabas
diucapkan. Jika kurang ingat, jangan lupa merujuk semula jawapannya
dalam bab yang berkenaan. Antara cara utama bagi membiayai
perbelanjaan awam ialah melalui hasil kerajaan dan pinjaman. Mari kita
lihat dengan lebih terperinci komponen-komponen berikut bagi melihat
trend perkembangan sektor awam di Malaysia.

1. Hasil kerajaan

Komponen hasil kerajaan terdiri daripada hasil cukai dan bukan cukai.
Kita telah membincangkan dengan terperinci jenis-jenis cukai dalam bab
enam dan hasil bukan cukai di bawah tajuk alat-alat fiskal. Rajah 9.4
menunjukkan kepada anda arah aliran hasil kerajaan Persekutuan
semenjak tahun 1970. Anda dapat melihat bahawa trend hasil cukai
adalah selaras dengan jumlah hasil kerajaan Persekutuan. Purata hasil
cukai ialah 81.5% daripada jumlah hasil kerajaan Persekutuan bagi
tempoh tersebut. Jumlah hasil kerajaan Persekutuan tidak pernah
melebihi 30% daripada KDNK.

Sebaliknya jika anda bandingkan trend hasil dengan trend perbelanjaan,
keadaannya agak berbeza. Terutamanya jika dilihat trend perbelanjaan



162
dan hasil selepas tahun 1988, anda akan dapati bahawa jurang di antara
kedua-dua komponen ini semakin rapat. Keadaan ini bersesuaian dengan
polisi kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada sumber pinjaman
bagi membiayai aktiviti-aktivitinya.

Rajah 9.4
Kedudukan Jumlah Hasil dan Hasil Cukai Kerajaan Persekutuan, 1970 1996

0
5
10
15
20
25
30
1
9
7
0
1
9
7
2
1
9
7
4
1
9
7
6
1
9
7
8
1
9
8
0
1
9
8
2
1
9
8
4
1
9
8
6
1
9
8
8
1
9
9
0
1
9
9
2
1
9
9
4
1
9
9
6
%
Hasil Cukai

Sumber: Beberapa keluaran Laporan Ekonomi, Bank Negara Malaysia.


2. Defisit dan lebihan belanjawan

Sekiranya jumlah perbelanjaan dan hasil kerajaan adalah sama, kita
katakan bahawa belanjawan adalah berimbang. Pada kebiasaannya,
fenomena ini agak jarang berlaku. Selalunya belanjawan mengalami
keadaan defisit, di mana hasil kerajaan tidak dapat membiayai semua
perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan. Defisit pada kebiasaannya
dibiayai melalui sumber pinjaman. Keadaan yang agak jarang berlaku
ialah belanjawan lebihan di mana hasil melebihi perbelanjaan. Polisi
seperti ini boleh diamalkan oleh kerajaan jika ekonomi mengalami
pertumbuhan yang pesat.

Anda dapat melihat trend defisit dan lebihan belanjawan bagi kerajaan
Persekutuan melalui Rajah 9.5. Belanjawan kerajaan Persekutuan
mengalami defisit semenjak tahun 1970 hingga 1992. Trend defisit
yang terus bertambah dialami sehingga tahun 1981 (-RM12.6 juta) dan
kemudian mulai berkurangan. Mulai tahun 1993 hingga 1996, belanjawan
kerajaan Persekutuan mengalami lebihan walaupun jumlahnya tidak
begitu besar.




163
Rajah 9.5
Defisit dan Lebihan Belanjawan Kerajaan Persekutuan, RMjuta.

-15000 -10000 -5000 0 5000
RMjuta
1970
1974
1978
1982
1986
1990
1994
t
a
h
u
n
* Data dalam harga semasa.

3. Hasil kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri

Mari kita lihat pula trend kedudukan hasil di antara dua unit kerajaan
iaitu kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melalui Rajah 9.6. Seperti
mana perbelanjaan, kerajaan Persekutuan dibenarkan oleh Perlembagaan
untuk memungut kebanyakan hasil yang penting dan banyak seperti
cukai pendapatan individu, cukai syarikat, cukai eksais dan cukai jalan.
Kerajaan negeri pula hanya dapat memungut hasil yang kurang anjal
sifatnya dan kecil dari segi jumlah seperti hasil daripada tanah, hutan,
lombong, kedai tuak dan zakat fitrah. Sepanjang tempoh 1985 hingga
1996, purata hasil kerajaan negeri berbanding dengan KDNK ialah
5.08% setahun, sementara kerajaan Persekutuan pula mendapat sebanyak
25.36% daripada pendapatan negara.

Rajah 9.6
Perbandingan Hasil di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri, 1985 1995
0.0
5.0
10.0
15.0
20.0
25.0
30.0
1985 19861987 198819891990 19911992 19931994 1995
%
Kerajaan Negeri Kerajaan Persekutuan




164
9.2.4 Guna Tenaga Sektor Awam

Satu lagi ukuran saiz sektor awam yang selalu digunakan ialah jumlah
kakitangannya. Rajah 9.7 menunjukkan kepada anda bahawa guna tenaga
sektor awam di Malaysia agak kecil saiznya jika dibandingkan dengan
jumlah keseluruhan guna tenaga. Sepanjang tempoh tersebut, trend
peratus guna tenaga awam berbanding dengan jumlah keseluruhan guna
tenaga adalah menaik. Bagaimanapun, kerajaan mula mengamalkan polisi
sekatan pengambilan kakitangan awam mulai tahun 1984 dan kita dapati
trendnya semakin menurun selepas itu.

Penggunaan ukuran ini sering dikritik kerana ia tidak memberikan
gambaran sebenar mengenai saiz sektor awam. Ini kerana banyak aktiviti
sektor awam yang tidak dilaksanakan secara langsung oleh kakitangan
awam. Sebaliknya, kerajaan banyak memberikan kontrak kepada pihak
swasta untuk melaksanakan beberapa perkhidmatan yang disediakan oleh
kerajaan.

Rajah 9.7
Peratus Guna Tenaga Awam Berbanding dengan Jumlah Keseluruhan
Guna Tenaga di Malaysia
0
2
4
6
8
10
12
14
16
1
9
7
0
1
9
7
2
1
9
7
4
1
9
7
6
1
9
7
8
1
9
8
0
1
9
8
2
1
9
8
4
1
9
8
6
1
9
8
8
1
9
9
0
1
9
9
2
1
9
9
4
1
9
9
6
%

9.2.5 Program-Program Kredit dan Insurans

Sektor awam biasanya ialah penghutang terbesar sesebuah negara dan
juga menjadi pemiutang terbesar. Di antara polisi pemberian hutang oleh
kerajaan termasuklah faedah kredit untuk pembelian hartanah, kenderaan
dan komputer kepada kakitangan awam, memberi pinjaman kepada
kerajaan negeri dan kerajaan tempatan, pemberian pinjaman kepada
pelajar institusi pengajian tinggi dan pembayaran caruman Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja.




165
9.2.6 Sektor Awam di Negara-Negara Maju

Selain daripada melihat saiz sektor awam di Malaysia, elok juga jika kita
membuat perbandingan saiz sektor awam di Malaysia dengan negara-
negara lain. Jadual 9.2 menunjukkan kepada anda saiz sektor awam di
beberapa negara maju. Ukuran yang digunakan di sini ialah nisbah hasil
cukai kepada KDNK. Anda dapat melihat bahawa saiz sektor awam di
kebanyakan negara maju jauh lebih besar berbanding dengan Malaysia.
Di antara negara yang terdapat dalam senarai tersebut, Sweden
merupakan negara yang mempunyai saiz sektor awam yang besar sekali.
Secara kasar, kita dapat membuat kesimpulan bahawa saiz sektor awam
di negara-negara berkenaan mempunyai trend semakin meningkat
sepanjang tempoh 1965 hingga 1987. Para pengkaji mendapati bahawa
negara yang mempunyai peratus cukai tidak langsung yang tinggi dan
perbelanjaan sosial yang tinggi cenderung mempunyai saiz sektor awam
yang besar.

Jadual 9.2
Saiz Sektor Awam di Beberapa Negara Maju
(Hasil Cukai sebagai Peratusan daripada KDNK)

1965 1975 1985 1987
Amerika Syarikat 25.9 29 29.2 30
Australia 23.2 27.6 30.4 31.1
Denmark 29.9 41.4 49 52
Jepun 18.3 20.9 28 30.2
Jerman 31.6 35.7 38 37.6
Kanada 25.4 32.4 32.9 34.5
Norway 33.3 44.9 47.6 48.3
Perancis 34.5 36.9 44.5 44.8
Sepanyol 14.5 19.6 29.1 33
Sweden 35.4 43.9 50.6 56.7
Turki 15 20.7 19.7 24.1
United Kingdom 30.4 35.7 37.8 37.5
Purata 26.55 30 34 35.8
Sumber: National Accounts Statistics (beberapa keluaran).

Semua ukuran yang telah dibincangkan tidak dapat digunakan secara
bersendirian untuk menerangkan saiz sebenar sektor awam. Ada pihak
yang merasakan bahawa segala bentuk campurtangan kerajaan dalam
kehidupan masyarakat perlu diterjemahkan dalam bentuk kewangan
supaya dapat diukur pengaruh sebenar sektor awam. Ini termasuk
penggubalan undang-undang dan peraturan-peraturan pentadbiran.
Semua aktiviti bagi setiap unit kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan,
kerajaan negeri, kerajaan tempatan atau separa kerajaan perlu diukur dan
dicampurkan bagi menentukan saiz sebenar sektor awam. Anda tentu
dapat merasakan betapa sukar untuk mencari data untuk menentukan
dengan tepat saiz sektor awam.



166


SOALAN DALAM TEKS 9.1


1. Nyatakan tiga ukuran yang dapat digunakan bagi
melihat saiz sektor awam di sesebuah negara.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan defisit dan
lebihan belanjawan? Bagaimanakah trend defisit
dan lebihan belanjawan di Malaysia?



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


9.2 BEBERAPA HIPOTESIS MENGENAI PERTUMBUHAN
SEKTOR AWAM

Secara umum, saiz sektor awam yang semakin meningkat telah lama
diperhatikan oleh para pengkaji ekonomi sektor awam. Anda dapat
meneliti beberapa pendapat mengenai sebab musabab kepada fenomena
ini yang menjadi begitu ketara sejak kurun ke sembilan belas. Perlu
diingat bahawa pendapat yang akan dinyatakan ini masih diperdebatkan
walaupun ia telah dikemukakan semenjak kurun ke sembilan belas.

9.3.1 Hukum Wagner

Seorang ahli ekonomi Jerman iaitu Adolf Wagner telah mengemukakan
pandangan beliau bahawa peranan sektor awam ialah untuk mewujudkan
kesejahteraan kepada masyarakat secara keseluruhan. Beliau tidak
bersetuju dengan sistem ekonomi laissez-faire yang dilihatnya sebagai
hanya mengutamakan kumpulan pemodal semata-mata. Beliau percaya
bahawa walaupun peranan sektor awam tidak perlu melibatkan semua
aspek kehidupan masyarakat, ada beberapa perkara yang tidak dapat
dielakkan untuk ditunaikan oleh kerajaan. Di antaranya ialah
menyediakan kemudahan pendidikan yang bersesuaian bagi
meningkatkan keupayaan rakyat dan mengadakan program agihan semula
untuk mencapai keadilan. Beliau juga mengingatkan bahawa keperluan
fiskal kerajaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab ahli-ahli
masyarakat.

Wagner telah mengutarakan apa yang dikatakan sebagai hukum
peningkatan aktiviti sektor awam. Hukum ini menyatakan bahawa
apabila ekonomi berkembang pesat, maka terdapat tekanan daripada



167
masyarakat untuk meningkatkan kemajuan sosial. Oleh itu, sektor awam
perlu meningkatkan aktivitinya bagi memenuhi keperluan dan kehendak
semasa masyarakat. Ini bermakna peranan dan saiz sektor awam
cenderung untuk terus meningkat.

9.3.2 Hukum Engel

Seorang ahli akademik Jerman pada kurun kesembilan belas, Ernst
Engel, telah mendapati bahawa terdapat hubungan di antara corak
perbelanjaan dengan pendapatan isi rumah. Menurut beliau, semakin
tinggi pendapatan maka semakin kecil peratusan perbelanjaan bagi
barangan keperluan sara hidup. Dapatlah kita katakan bahawa di
peringkat pendapatan sara hidup, seseorang lebih memerlukan makanan,
pakaian dan tempat tinggal. Apabila tingkat pendapatan sara hidup telah
dilepasi, maka permintaan untuk keperluan seperti kemudahan kesihatan,
pendidikan, jalanraya, pertahanan dan perkhidmatan lain yang disediakan
oleh sektor awam akan bertambah. Tidak dapat dinafikan bahawa
permintaan barangan swasta juga akan turut meningkat selepas
pendapatan sara hidup.

Bagi kebanyakan barangan, peningkatan dalam pendapatan akan
meningkatkan permintaan bagi barang berkenaan. Keanjalan permintaan-
pendapatan mengukur tindak balas permintaan terhadap peningkatan
dalam pendapatan. Ia didefinisikan sebagai peratus perubahan dalam
kuantiti yang diminta dibahagi dengan peratus perubahan dalam
pendapatan. Jika keanjalan permintaan-pendapatan adalah 0.5, maka
kuantiti permintaan akan meningkat sebanyak 5 peratus apabila
pendapatan meningkat sebanyak 10 peratus. Kajian oleh Thomas
Borcherding (1977) mendapati bahawa keanjalan pendapatan bagi
barangan awam adalah lebih rendah berbanding dengan barangan swasta.
Beliau mengatakan bahawa keanjalan pendapatan bagi barangan awam
adalah 0.75.

Seterusnya, keanjalan permintaan-harga mengukur tindak balas sesuatu
barangan terhadap perubahan harga. Ia didefinisikan sebagai peratus
perubahan dalam kuantiti barangan yang diminta dibahagi dengan
peratus perubahan dalam harga. Jika peratus perubahan kuantiti lebih
besar daripada peratus perubahan harga, maka keanjalan harga adalah
melebihi 1.0 dan permintaan dikatakan sebagai anjal harga. Sebaliknya,
jika peratus perubahan kuantiti kurang berbanding harga, ia dikatakan
tidak anjal harga (keanjalan kurang 1.0). Lain-lain perkara tidak berubah,
jika harga sesuatu barangan meningkat, jumlah perbelanjaan bagi barang
berkenaan akan berkurangan jika ia anjal harga. Sebaliknya, bagi barangan
yang tidak anjal harga, jumlah perbelanjaan akan meningkat jika harga
meningkat.



168
Sekali lagi, kita dapat mengambil penemuan oleh Thomas Borcherding
sebagai asas untuk menunjukkan bahawa keanjalan harga bagi barangan
awam adalah kurang anjal, iaitu sebanyak 0.56. Ketidakanjalan harga bagi
barangan awam akan menyumbang kepada pendapat Engel dan Wagner
bahawa peningkatan perbelanjaan sektor awam akan berterusan.

9.3.3 Model Pertumbuhan Tidak Seimbang Baumol

William Baumol (1967) telah merangka satu model pertumbuhan
ekonomi tidak seimbang yang dapat menjelaskan kepada kita sebab-
sebab perbelanjaan sektor awam cenderung untuk meningkat. Andaian
yang digunakan ialah semua aktiviti ekonomi dapat dibahagikan kepada
dua kumpulan iaitu aktiviti yang dapat menggunakan teknologi bagi
meningkatkan produktiviti dan aktiviti yang tidak dapat menggunakan
teknologi secara progresif.

Baumol dan ramai pengkaji mendapati bahawa produktiviti dalam sektor
awam rendah berbanding dengan sektor swasta. Bagi Baumol, hal ini
berlaku kerana perkhidmatan kerajaan bersifat intensif buruh. Malah,
buruh bukan sahaja merupakan input tetapi juga sebagai produk akhir.
Sebagai contoh, perkhidmatan polis yang disediakan oleh sektor awam
memerlukan manusia untuk menyelesaikan masalah dan penggunaan
teknologi tidak dapat meningkatkan produktiviti dengan ketara.

Apakah implikasi daripada perbezaan produktiviti bagi kedua-dua sektor
ini? Apabila produktiviti meningkat dalam sektor swasta, upah dapat
ditingkatkan tanpa menyebabkan harga barangan meningkat. Bagi
mengekalkan guna tenaga yang berkualiti dalam sektor awam, maka
kerajaan perlu membayar upah yang tidak terlalu jauh berbeza dengan
apa yang didapati dalam sektor swasta walaupun produktiviti dalam
sektor awam tidak meningkat dengan banyak. Ini akan menyebabkan kos
barangan yang dikeluarkan oleh sektor awam meningkat berbanding
dengan kos barangan sektor swasta. Apabila kos pengeluaran sektor
awam bertambah ia akan menyebabkan kenaikan dalam jumlah
perbelanjaan sektor awam. Perbezaan produktiviti dan keanjalan harga
yang rendah bagi barangan awam dapat menjelaskan kenapa Wagner
yakin bahawa saiz sektor awam cenderung untuk meningkat.


Bagaimanakah teknologi dapat membantu
meningkatkan produktiviti pegawai pendakwa dan
hakim?

Bagaimanakah dapat diukur output kakitangan awam
bagi menentukan sejauh mana produktiviti telah
meningkat?



169
9.3.4 Hipotesis Peacock-Wiseman

Pada kurun kedua puluh, dua orang pengkaji saiz sektor awam iaitu Alan
Peacock dan Jack Wiseman telah membuat kajian tentang peningkatan
perbelanjaan awam di England. Tempoh kajian mereka adalah di antara
tahun 1890 hingga 1955. Yang menariknya ialah mereka telah mendapati
bahawa peningkatan aktiviti sektor awam bukan berlaku secara linear dan
berterusan. Sebaliknya, ia mengalami keadaan menaik secara bertingkat-
tingkat. Kenaikan akan berlaku bagi tempoh peperangan atau persediaan
menghadapi peperangan dan kemudian mengalami keadaan mendatar
sehingga berlaku pula peperangan atau ancaman peperangan yang lain.
Dengan perkataan lain, kekacauan atau gangguan sosial juga merupakan
alasan kepada pertumbuhan perbelanjaan sektor awam di England. Jika
anda membuat kajian, anda akan dapat mengesan keadaan yang serupa
berlaku di Amerika Syarikat.

9.3.5 Pertambahan Penduduk dan Kesesakan

Kita dapat mengandaikan bahawa saiz penduduk di sesebuah negara juga
mempengaruhi permintaan terhadap barang dan perkhidmatan yang
disediakan oleh sektor awam. Pertambahan penduduk akan
meningkatkan permintaan bagi barangan awam.

Seterusnya, apabila jumlah penduduk di sesebuah negara semakin
bertambah, maka tumpuan penduduk akan berlaku. Bandar akan
bertambah padat dan sesak, sementara hubungan sesama penduduk akan
semakin rapat dan berhubungkait. Apabila ini berlaku, maka semakin
banyak konflik perlu diselesaikan, tahap kebersihan dan mutu kesihatan
perlu diawasi, semakin banyak pencemaran perlu dikawal dan pertahanan
perlu ditingkatkan. Dengan perkataan lain, pertambahan penduduk dan
penumpuan penduduk menyebabkan peningkatan dalam tindakan dan
aktiviti kerajaan. Hasilnya, kos sektor awam akan turut meningkat.

9.3.6 Teori Pilihan Awam

Seperti yang telah anda lihat dalam bab yang pertama, barangan awam
mempunyai ciri tiada pengasingan. Disebabkan ciri tersebut, penyediaan
barangan ini melalui mekanisme pasaran swasta tidak dapat dilakukan
dengan cekap. Apabila harga tidak dapat ditentukan melalui pasaran
swasta, pembayaran bagi barangan awam mesti dilakukan secara
berasingan daripada penerimaan faedah. Maka, penyediaan barangan
tersebut perlu dilakukan melalui proses keputusan awam.

Melalui proses pembuatan keputusan awam, hubungan di antara harga
barangan awam dan faedah yang dinikmati tidak dapat ditunjukkan



170
secara langsung. Oleh itu, kita dapati keputusan perbelanjaan awam
selalunya bebas daripada keputusan mencukai. Seperti yang anda
maklum, sebahagian besar keputusan awam adalah keputusan politik.
Ahli politik mempunyai kecenderungan untuk menyediakan semakin
banyak perkhidmatan yang diminta oleh pengundi kerana perkara ini
meningkatkan peluang mereka dipilih semula. Walau bagaimanapun,
peningkatan perbelanjaan awam akan kemudiannya membawa kepada
peningkatan dalam cukai yang perlu dibayar.



SOALAN DALAM TEKS 9.2


1. Nyatakan pendapat yang dikemukakan oleh Alan
Peacock dan Jack Wiseman mengenai
pertumbuhan sektor awam di England. Adakah
perkara yang sama dapat dikesan di Malaysia?
2. Bezakan di antara keanjalan pendapatan dan
keanjalan harga bagi barangan awam.
3. Kenapakah Adolf Wagner merasakan bahawa saiz
sektor awam akan berterusan meningkat?


Semak jawapan anda di akhir bab ini.


9.4 RUMUSAN

Fenomena peningkatan saiz sektor awam amat ketara semenjak kurun
kesembilan belas. Anda telah melihat trend pertumbuhan sektor awam di
Malaysia, terutama bagi kerajaan Persekutuan semenjak tahun 1970. Di
antara ukuran-ukuran yang biasa digunakan bagi menilai saiz sektor
awam termasuk jumlah dan jenis perbelanjaan awam, jumlah hasil dan
hasil cukai, kedudukan lebihan atau defisit belanjawan dan jumlah guna
tenaga sektor awam. Daripada ukuran-ukuran tersebut, kita dapati
bahawa saiz sektor awam di Malaysia tidak terlalu besar jika
dibandingkan dengan lain-lain negara di dunia.

Selain daripada menilai data-data masa lalu mengenai saiz sektor awam,
anda juga telah melihat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh para
pengkaji mengenai kecenderungan saiz sektor awam untuk meningkat.
Di antara sebab yang diberikan ialah pertambahan penduduk dan
disekonomi, keanjalan permintaan-pendapatan bagi barangan awam
selepas pendapatan sara diri, ketidak anjalan harga barangan awam,
produktiviti rendah dalam sektor awam dan kecenderungan pembuat
keputusan awam untuk meningkatkan perbelanjaan.



171


SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Siapa yang telah mengutarakan pendapat bahawa kos
perbelanjaan sektor awam cenderung meningkat disebabkan
perbezaan produktiviti antara sektor swasta dan awam?

A. Adolf Wagner
B. Ernst Engel
C. William Baumol
D. Jack Wiseman

2. Manakah di antara ukuran berikut dapat menerangkan mengenai
saiz sektor awam?

A. Jumlah perbelanjaan sektor awam
B. Jumlah cukai
C. Bilangan guna tenaga
D. Semua yang dinyatakan

3. Berbanding dengan kebanyakan negara maju, saiz sektor awam di
Malaysia adalah besar. Benar/Salah?

4. Rajah di bawah menunjukkan tahap-tahap pendapatan negara
yang berbeza. Bincangkan saiz sektor awam pada tahap I dan II
dengan mengemukakan justifikasi kepada perbezaan jumlah
perbelanjaan kerajaan pada kedua-dua tahap tersebut.



G


TahapI TahapII Tahap III
Y







Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.



172
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 9.1

1. Tiga ukuran yang dapat digunakan bagi melihat saiz sektor awam
di sesebuah negara ialah

(i) Jumlah perbelanjaan sektor awam berbanding dengan
KDNK.
Ukuran ini dapat menerangkan peratusan sumber-sumber
dalam negara yang digunakan oleh sektor awam bagi
tempoh tertentu. Selain itu, boleh juga dikaji mengenai
perbezaan di antara jumlah perbelanjaan sektor awam
berbanding dengan jumlah perbelanjaan sektor swasta. Ini
kerana, secara mudah terdapat dua sektor dalam sesebuah
negara iaitu sektor awam dan sektor swasta. Sumber yang
tidak digunakan oleh sektor awam dapat digunakan oleh
sektor swasta. Jika sumber yang banyak digunakan oleh
sektor awam, maka sektor swasta akan mendapat sumber
yang sedikit sahaja untuk kegunaannya.

(ii) Jumlah hasil yang diperolehi oleh sektor awam
berbanding dengan KDNK. Ukuran ini menerangkan
kepada kita bahagian pendapatan negara yang didapati
oleh sektor awam berbanding dengan keseluruhan
ekonomi. Kebanyakan negara juga menggunakan ukuran
jumlah hasil cukai berbanding dengan KDNK kerana
cukai merupakan hasil kerajaan yang paling penting bagi
sesebuah negara.

(iii) Peratusan guna tenaga sektor awam berbanding dengan
keseluruhan guna tenaga. Ukuran ini menunjukkan
penggunaan tenaga kerja dalam sesebuah negara.
Bagaimanapun, ukuran ini tidak dapat menerangkan saiz
sebenar sektor awam kerana banyak aktiviti sektor awam
yang tidak dilaksanakan secara langsung oleh kakitangan
awam.

2. Defisit dan lebihan belanjawan mengukur perbezaan di antara
jumlah hasil dan jumlah perbelanjaan kerajaan. Jika jumlah hasil
melebihi jumlah perbelanjaan, dikatakan berlaku lebihan
belanjawan. Sebaliknya, jika jumlah perbelanjaan melebihi jumlah
hasil, maka berlaku pula defisit belanjawan.




173
Jika kita kaji trend belanjawan Malaysia, kita akan dapati bahawa
sepanjang tempoh 1970 hingga 1992, belanjawan kerajaan
Persekutuan mengalami defisit. Trend defisit adalah semakin
menaik dan menjadi amat tinggi pada penghujung tahun-tahun
1970-an dan awal 1980-an. Selepas itu, defisit mula berkurangan
dan belanjawan mengalami lebihan mulai 1993 hingga 1997.

SDT 9.2

1. Mengikut kajian oleh Alan Peacock dan Jack Wiseman, trend
pertumbuhan sektor awam di England bercorak menaik secara
bertingkat-tingkat. Kenaikan seperti ini berlaku kerana England
mengalami beberapa kali gangguan sosial dalam bentuk
peperangan atau persediaan menghadapi peperangan. Setiap kali
gangguan sosial tercetus, kerajaan akan meningkatkan
perbelanjaan awam dan menambah kutipan cukai bagi
menampung keperluan tersebut. Jumlah perbelanjaan dan cukai
tidak berkurangan selepas perang atau ancaman perang.
Sebaliknya ia kekal mendatar untuk suatu tempoh masa kerana
membiayai keperluan selepas berlaku gangguan itu. Hal ini
berterusan sehingga berlaku kemungkinan gangguan sosial yang
baru.

Keadaan yang sama mungkin dapat dikesan di Malaysia jika kita
membuat kajian siri masa yang berpanjangan. Satu keadaan
gangguan sosial yang hampir serupa yang dialami ialah semasa
konfrantasi dengan Indonesia pada tahun 1963 dan Peristiwa 13
Mei 1969.

2. Keanjalan pendapatan bagi barangan awam mengukur tindak
balas permintaan terhadap barangan awam apabila berlaku
peningkatan dalam pendapatan. Ia didefinisikan sebagai peratus
perubahan kuantiti barangan awam yang diminta dibahagi dengan
peratus perubahan dalam pendapatan. Sebaliknya keanjalan harga
bagi barangan awam mengukur tindak balas permintaan terhadap
barangan awam apabila berlaku perubahan dalam harga. Ia
didefinisikan sebagai peratus perubahan kuantiti barangan awam
yang diminta dibahagi dengan peratus perubahan dalam harga.

3. Mengikut Adolf Wagner, saiz sektor awam akan meningkat
secara berterusan disebabkan perubahan peranan sektor awam
mengikut keperluan masyarakat moden. Beliau merupakan antara
pengkritik kepada dasar ekonomi bebas tanpa campur tangan
kerajaan. Baginya, dasar berkenaan akan hanya mengutamakan
segolongan kecil para usahawan tetapi tidak dapat



174
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi atau memakmurkan
sebahagian besar ahli masyarakat yang lain.

Untuk tujuan itu, kerajaan perlu meningkatkan campur tangan
dalam ekonomi dengan menyediakan kemudahan pendidikan
yang bermutu untuk tujuan pembinaan negara-bangsa. Dasar
agihan semula juga perlu diberi perhatian untuk tujuan keadilan
dan kerajaan mesti menyediakan infrastruktur yang diperlukan
bagi memenuhi permintaan rakyat ke arah kemajuan dan
pembangunan. Peningkatan peranan dan aktiviti kerajaan akan
membawa kepada peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan dan
hal ini akan berterusan selagi negara bergerak ke arah ekonomi
moden.



175
BAB 10

K EP ENTI NGAN DASAR FI SK AL
DI MAL AY SI A



OBJEKTIF BAB


Setelah anda mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Melihat perkembangan dasar fiskal di Malaysia.
2. Menghubungkan objektif-objektif pertumbuhan, pembangunan,
ekuiti dan kestabilan ekonomi dengan penggunaan dasar fiskal.
3. Meneliti beberapa langkah untuk memperbaiki kedudukan
kewangan kerajaan di masa hadapan.


10.1 PENGENALAN

Sektor awam memainkan peranan yang penting dalam ekonomi Malaysia
terutamanya dalam empat dekad yang lepas. Hal ini dapat kita perhatikan
melalui peningkatan perbelanjaan awam berbanding dengan Keluaran
Negara Kasar (KNK). Terdapat perubahan yang ketara dari segi polisi
awam, di mana polisi berdasarkan sistem ekonomi terbuka (laissez faire)
penjajah dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an telah digantikan
dengan campur tangan dan penglibatan secara langsung oleh kerajaan di
dalam sektor-sektor produktif ekonomi semenjak 1970-an hingga kini.

Ekonomi Malaysia telah melalui keadaan ekonomi yang membanggakan
dan juga keadaan ekonomi yang sukar seperti kemelesetan dan inflasi.
Pelbagai usaha melalui penggunaan dasar fiskal telah dilakukan oleh
kerajaan bagi menangani masalah yang berlaku di samping meneruskan
agenda kerajaan untuk memberikan keselesaan dan keadilan kepada
rakyat.

10.2 PERKEMBANGAN DASAR FISKAL DI MALAYSIA

Peranan sektor awam di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga fasa
utama. Semasa tahun-tahun 1950-an dan 1960-an, fokus strategi
pembangunan negara adalah untuk mengurangkan kebergantungan
kepada eksport getah dan bijih timah. Ia bertujuan mengukuhkan asas
ekonomi dan meningkatkan kestabilan ekonomi. Perbelanjaan sektor
awam digunakan bagi menyediakan infrastruktur asas dan kemudahan-



176
kemudahan bagi mengerakkan pengeluaran sektor swasta. Program
untuk memodenkan sektor pertanian dan menggalakkan pembangunan
industri telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan ke
arah pembangunan ekonomi dan sosial yang terancang.

Jika diukur dari segi pertumbuhan ekonomi, polisi-polisi berkenaan dapat
dikatakan sebagai berjaya. Kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi telah
dicapai pada dekad yang pertama. Dalam tempoh 1960 hingga 1965,
kadar purata pertumbuhan benar Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) ialah 5% setahun. Ia meningkat kepada 5.4% setahun bagi
tempoh 19661970.

Corak perbelanjaan awam berubah sejak 1970-an akibat daripada
rusuhan kaum yang berlaku dalam tahun 1969. Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang telah digubal untuk mengurangkan ketidakstabilan antara
kaum telah memperkenalkan dimensi baru bagi perbelanjaan kerajaan.
Selain bertujuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kerajaan juga
berhasrat mencapai agihan kekayaan yang lebih saksama. Hasilnya,
kerajaan telah menjadi peserta ekonomi yang aktif bagi menyediakan asas
ekonomi produktif yang dikehendaki.

Penglibatan langsung sektor awam telah meningkat sepanjang tempoh
1970-an. Ia dapat dilihat melalui nisbah jumlah perbelanjaan awam
kepada KNK yang meningkat daripada 29% dalam tahun 1970 kepada
40% pada tahun 1979. Di samping itu, defisit sektor awam dan hutang
kerajaan juga meningkat dalam tempoh tersebut. Kedudukan
perbelanjaan awam yang melebihi hasil awam ini dapat anda perhatikan
melalui Rajah 9.5 dalam bab yang lepas.

Sepanjang tahun-tahun 1970-an, aktiviti-aktiviti fiskal kerajaan telah
dilaksanakan dalam persekitaran pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan
stabil walaupun suasana perdagangan dunia pada masa itu kurang stabil
disebabkan kejutan minyak (oil shocks) dan kadar inflasi yang tinggi.
KDNK benar Malaysia telah meningkat daripada 7.3% setahun dalam
tempoh 19711975 kepada 8.5% setahun bagi tempoh 19751980.

Dekad 1980-an menandakan fasa yang agak berbeza bagi pembangunan
ekonomi negara. Kebanyakan negara industri utama di dunia mengalami
kemelesetan ekonomi yang teruk. Justeru itu, ekonomi Malaysia juga
mula mengalami kejatuhan akibat daripada polisi-polisi counter-cyclical yang
diputuskan oleh kerajaan. Tempoh 19811985 menyaksikan peningkatan
yang tinggi bagi perbelanjaan awam. Rajah 9.1 dalam bab 9 menunjukkan
nisbah perbelanjaan awam kepada KDNK yang tinggi pada masa itu.
Sekiranya dalam tempoh 1970-an imbangan pembayaran menunjukkan
lebihan, kini anda dapat menyaksikan angka negatif mula ditunjukkan.



177
Defisit awam dibiayai kebanyakannya melalui pinjaman daripada dalam
dan luar negara. Keadaan ini memberikan tekanan ke atas pasaran modal
tempatan dan menyebabkan negara menanggung beban hutang luar yang
tinggi.

Pada peringkat mikro, polisi fiskal mengecut yang diamalkan pada tahun
198283 telah memberikan kesan negatif kepada pasaran buruh dan
modal. Pengurangan perbelanjaan kerajaan yang begitu besar telah
menjejaskan kadar pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kadar
pengangguran. Kejatuhan harga komoditi di pasaran antarabangsa telah
semakin memburukkan keadaan kemelesetan yang dialami sejak 198586.

Prestasi ekonomi Malaysia bagi dekad 1990-an adalah membanggakan
dengan catatan kadar purata KDNK sebanyak 8% setahun sehinggalah
negara-negara Asia Timur mengalami krisis kewangan pada pertengahan
tahun 1997. Hasilnya, KDNK benar mengecut buat pertama kalinya
semenjak tahun 1985. Kelembapan ekonomi yang dialami menyebabkan
permintaan agregat berkurangan dan sektor-sektor seperti pembinaan
dan perkilangan terjejas. Aktiviti ekonomi yang lembap dan kejatuhan
pendapatan boleh guna benar telah menyebabkan penurunan permintaan
bagi import. Dengan kejatuhan jumlah import yang besar dan
peningkatan eksport yang kecil, akaun semasa dalam imbangan
pembayaran telah mencatatkan lebihan sebanyak RM15 juta dalam
separuh penggal 1998. Ini merupakan catatan lebihan yang pertama sejak
tahun 1989.

Selepas mencatatkan lebihan fiskal yang kukuh sejak tahun 1993,
kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan telah mengalami defisit
dalam tahun 1998. Hal ini berlaku disebabkan kesan kelembapan aktiviti
ekonomi ke atas hasil kerajaan dan juga tindakan kerajaan meningkatkan
perbelanjaan kerajaan dengan banyak untuk menggiatkan ekonomi
supaya tidak terperangkap dalam kitaran kemelesetan yang berpanjangan.
Kerajaan telah mengubah pendekatan polisi fiskal yang digunakan
daripada polisi belanjawan berimbang kepada polisi fiskal mengembang.
Peningkatan ketara adalah dari segi perbelanjaan pembangunan iaitu
sebanyak 23% dalam tahun 1998 yang mana ia termasuk perbelanjaan
bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan juga bagi
membantu syarikat-syarikat tempatan yang menghadapi masalah serius
semasa krisis ini.

10.3 DASAR FISKAL UNTUK PERTUMBUHAN DAN
PEMBANGUNAN

Sebelum kita bincangkan mengenai penggunaan dasar fiskal bagi
mencapai strategi-strategi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi



178
yang berbeza, mari kita lihat definisi pertumbuhan dan pembangunan
terlebih dahulu. Pertumbuhan ekonomi bermaksud peningkatan output
atau keluaran atau pendapatan sama ada secara agregat atau per kapita.
Ukuran pertumbuhan yang boleh digunakan ialah Keluaran Negara
Kasar (KNK) atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang
dinyatakan pada harga tetap. Kedua-dua ukuran ini sesuai digunakan
untuk menerangkan perihal pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa
pendek iaitu bagi tempoh beberapa tahun. Walau bagaimanapun, ia
kurang sesuai digunakan untuk mengukur prestasi ekonomi dalam jangka
masa panjang kerana corak pengeluaran dan penggunaan dalam negara
mungkin telah mengalami perubahan yang besar.

Pembangunan ekonomi pula merupakan konsep yang agak samar. Ia
selalunya dimaksudkan sebagai keadaan pertumbuhan ekonomi dan
perubahan dalam struktur ekonomi negara ke arah penggunaan cara-cara
moden dan kurang pergantungan kepada pengeluaran komoditi utama. Ia
juga dianggap sebagai merangkumi modenisasi sosial dan politik dalam
negara. Adalah diterima umum bahawa kerajaan perlu mengambil
tanggungjawab untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan
menggiatkan pembangunan ekonomi negara.

Untuk memudahkan perbincangan kita mengenai penggunaan dasar
fiskal bagi mencapai strategi pertumbuhan dan pembangunan, dua
strategi utama yang berbeza akan dikemukakan di sini iaitu strategi
neoklasikal dan pertumbuhan seimbang (balanced growth). Seperti yang
disebut sebelum ini, Malaysia cuba mengamalkan strategi yang
berorientasi pasaran atau neoklasikal di awal tempoh kemerdekaan. Ia
kemudiannya diubah kepada strategi yang lebih mirip kepada
pertumbuhan seimbang sejak tahun 1970-an.


Nyatakan objektif-objektif utama yang hendak dicapai
melalui DEB.


Melalui strategi neoklasikal, kerajaan hendaklah menghadkan fungsi dan
campurtangannya dalam pasaran. Fungsi kerajaan hanya terhad untuk
memastikan keadilan, keamanan, keselamatan dan melindungi harta
benda rakyat. Perdagangan antarabangsa perlu bebas dan digalakkan.
Oleh yang demikian, sepatutnya tidak ada perbezaan cukai di antara
barangan keluaran tempatan dan barangan import. Selain itu, pendokong
strategi ini beranggapan cukai perbelanjaan (expenditure tax) lebih baik
daripada cukai pendapatan kerana cukai progresif ke atas pendapatan
dikatakan boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi.




179
Sebaliknya, bagi strategi pertumbuhan seimbang, kedua-dua sektor
pertanian dan perindustrian perlu digalakkan. Di peringkat awal strategi
ini, kebanyakan negara kurang maju menggalakkan sektor pertanian,
industri menggunakan output pertanian dan industri barangan pengguna.
Ada negara yang mengamalkan polisi penggantian import untuk
membuka ruang kepada industri-industri tempatan memperolehi daya
saing dengan menyediakan pasaran tempatan bagi barangan keluaran
negara. Untuk menjayakan polisi ini, kerajaan akan mengenakan sekatan
import melalui kadar tarif yang tinggi atau pengenakan kuota bagi
barangan import. Cara ini akan meningkatkan harga kepada pengguna
menyebabkan mereka beralih kepada barangan tempatan. Namun begitu,
jika polisi ini diamalkan terlalu lama ia akan menjejaskan daya saing
industri tempatan sekiranya mereka tidak mengambil peluang untuk
meningkatkan kecekapan.

Oleh yang demikian, selepas suatu jangka masa, polisi yang lebih terbuka
iaitu yang berasaskan eksport (export-oriented) hendaklah digunakan.
Untuk membolehkan industri tempatan mempunyai kelebihan di
peringkat antarabangsa, kerajaan perlu campurtangan bagi menyediakan
pelbagai insentif dan kemudahan. Dari sudut perbelanjaan awam, jumlah
perbelanjaan yang besar akan digunakan bagi meningkatkan produktiviti
rakyat. Rakyat sebagai salah satu faktor pengeluaran perlu mempunyai
kebolehan dan kecekapan yang tinggi. Oleh itu, sistem pendidikan,
perkhidmatan kesihatan dan penyelidikan perlu diberi keutamaan.

Seterusnya, kemudahan-kemudahan infrastruktur yang memuaskan perlu
disediakan dan diselenggarakan dengan baik bagi melancarkan operasi
perdagangan. Antaranya termasuk jalan raya, jambatan, pelabuhan, sistem
penerbangan, penyimpanan, telekomunikasi, bekalan elektrik, air bersih
dan banyak lagi. Sektor perkhidmatan seperti perbankan, insurans dan
pengangkutan hendaklah dimajukan.

Dari sudut pencukaian pula, kerajaan perlu memastikan bahawa jumlah
hasil cukai adalah mencukupi bagi menampung jumlah perbelanjaan yang
sentiasa bertambah. Maka, cukai yang luas asasnya perlu ditekankan
berbanding dengan cukai yang bersifat terpilih. Walau bagaimanapun,
sistem pencukaian tidak sepatutnya menyekat kemahuan dan
kemampuan bekerja atau keinginan menabung di kalangan rakyat.

Untuk mempercepatkan industri tempatan berusaha meningkatkan daya
saing, cukai eksport dan cukai import sepatutnya dielakkan. Kerajaan
bolehlah memberikan insentif cukai seperti menggalakkan pengiraan
susutnilai yang lebih cepat untuk pengeluaran industri tempatan. Namun
demikian, pemberian insentif perlu memberikan faedah yang besar
kepada industri berkenaan supaya kerajaan tidak kerugian hasil semata-
mata.



180

Apakah keutamaan-keutamaan yang dipilih oleh
kerajaan dalam belanjawan tahunan bagi tempoh
beberapa tahun kebelakangan ini?



SOALAN DALAM TEKS 10.1


1. Nyatakan dua ukuran pertumbuhan yang selalu
digunakan.
2. Bezakan di antara pembangunan ekonomi
berdasarkan strategi neoklasikal dan pertumbuhan
seimbang.



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


10.4 DASAR FISKAL UNTUK EKUITI

Kebanyakan negara mengakui bahawa objektif mencapai agihan yang
lebih seimbang dan adil perlu diberikan perhatian sewajarnya di samping
menekankan objektif-objektif lain seperti pertumbuhan, pembangunan
dan kestabilan ekonomi. Agihan semula pendapatan dan kekayaan yang
lebih saksama dapat mengurangkan masalah-masalah yang ditimbulkan
oleh sistem pasaran. Biasanya kerajaan mengenakan cukai pendapatan
individu yang progresif, cukai pendapatan syarikat dan cukai harta bagi
tujuan ini. Hasil daripada cukai ini akan dibelanjakan dalam bentuk
bayaran pindahan langsung iaitu pemberian wang atau barangan kepada
golongan miskin.

Pada asasnya, cukai yang dikenakan secara progresif adalah baik bagi
tujuan agihan pendapatan dan kekayaan kerana cara ini menyebabkan
mereka yang kaya menangggung beban cukai yang lebih besar
berbanding dengan mereka yang miskin. Objektif ini selaras dengan
prinsip keupayaan membayar yang merupakan satu daripada ukuran
keberkesanan sistem cukai. Apabila pendapatan menjadi asas cukai,
golongan berpendapatan tinggi akan membayar cukai yang lebih banyak.

Kerajaan juga mengenakan beberapa cukai penggunaan yang melibatkan
barangan yang diklasifikasikan sebagai barangan mewah. Antaranya
termasuklah cukai eksais ke atas kereta dan barangan import berjenama.
Cukai ke atas minuman keras, rokok, kelab-kelab malam dan tempat-
tempat perjudian bukan sahaja dapat mengurangkan gelagat yang negatif
tetapi juga dapat menambahkan hasil untuk perbelanjaan sosial kerajaan.



181
Dasar fiskal kerajaan bukan sahaja membantu memungut sumber tetapi
dapat digunakan bagi tujuan meningkatkan taraf hidup di kalangan
golongan miskin. Perbelanjaan kerajaan yang dibuat selain daripada
digunakan untuk memberikan subsidi terus dalam bentuk wang tunai, ia
juga boleh diberi dalam bentuk barangan keperluan dan input-input
pertanian seperti baja, benih, racun atau anak lembu. Harga makanan
asas di Malaysia iaitu beras juga disubsidi oleh kerajaan. Namun begitu
cara ini tidak akan mengurangkan ketidaksamaan agihan pendapatan
dengan berkesan. Kelebihan cara ini ialah ia dapat meningkatkan kualiti
hidup golongan miskin.

Kerajaan juga membelanjakan hasil kerajaan dalam bentuk projek-projek
yang boleh meningkatkan kualiti hidup dan keupayaan menambahkan
pendapatan rakyat terutamanya golongan miskin. Barang dan
perkhidmatan yang membawa implikasi sosial yang besar sewajarnya
disediakan oleh kerajaan supaya membolehkan semua pihak mendapat
faedah. Rakyat diberi peluang mendapatkannya secara percuma atau pada
kadar bayaran yang rendah. Tanpa pembiayaan ini mungkin
menyebabkan golongan miskin tidak mampu menikmati taraf hidup yang
lebih baik kerana pihak swasta akan mengenakan bayaran yang tinggi
bagi menjual barangan berkenaan. Contoh barangan yang dimaksudkan
ialah buku teks percuma dan rancangan makanan tambahan di sekolah,
pendidikan rendah dan menengah, perkhidmatan kesihatan termasuk
imunisasi percuma, penyelidikan dan khidmat perundingan pertanian,
perumahan awam dan tapak-tapak perniagaan secara kecil-kecilan. Selain
itu, projek-projek pembersihan kawasan luar bandar seperti sistem
pembentungan yang lebih sempurna, bekalan air bersih daripada perigi
atau paip dan pencegahan penyakit berjangkit akan berupaya
meningkatkan produktiviti penduduk luar bandar.

Jelaslah bahawa jika dibiarkan sistem ekonomi pasaran sahaja yang
menentukan agihan pendapatan dan kekayaan dalam negara semata-mata,
sudah tentu berlaku ketidaksaksamaan agihan pendapatan dan kekayaan
di antara rakyat. Demi ketenteraman dan kemakmuran negara, kerajaan
perlu berperanan membantu kumpulan yang tidak berkemampuan
supaya dapat memperbaiki keadaan kehidupan masing-masing. Setiap
individu dalam negara ialah aset yang dapat memberikan pulangan
kepada negara jika kebajikan mereka dititikberatkan dan peluang
diwujudkan.

10.5 DASAR FISKAL UNTUK PENSTABILAN

Melalui dasar fiskal, kerajaan cuba memperbaiki keadaan melambung
(boom) dan meleset (slump) serta menggerakkan ekonomi ke arah yang
lebih baik. Keadaan boom bermaksud tingkat ekonomi mencapai guna



182
tenaga penuh dan kapasiti industri digunakan sepenuhnya. Pada
peringkat ini, tingkat upah dan harga cenderung mengalami kenaikan
akibat kekurangan buruh dan bahan-bahan mentah. Slump pula bermakna
tingkat ekonomi berada di bawah guna tenaga penuh dan kapasiti
industri tidak digunakan sepenuhnya. Upah dan harga mengalami
kejatuhan akibat lebihan buruh dan bahan mentah menyebabkan
berlakunya keadaan pengangguran.

Kita dapat katakan bahawa tingkat kegiatan ekonomi negara dapat
dibahagikan kepada tiga peringkat seperti berikut:

(i) Tingkat kegiatan ekonomi negara mencapai tingkat guna
tenaga penuh.
(ii) Tingkat kegiatan ekonomi negara berada di bawah tingkat
guna tenaga penuh dan pengangguran berlaku.
(iii) Tingkat kegiatan ekonomi negara melebihi tingkat guna
tenaga penuh dan inflasi berlaku.

Tingkat kegiatan ekonomi negara yang berada pada tingkat guna tenaga
penuh ialah tingkat yang dikehendaki oleh kerajaan. Pada tingkat ini,
faktor-faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya. Jika tingkat ekonomi
berada di bawah tingkat guna tenaga penuh maka akan berlaku lompang
deflasi iaitu berlaku pengangguran. Sebaliknya, jika tingkat kegiatan
ekonomi melebihi tingkat guna tenaga penuh akan berlaku lompang
inflasi di mana harga barangan akan meningkat.

Salah satu cara yang dapat digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi
masalah lompang inflasi dan deflasi ialah melalui dasar fiskal. Dasar fiskal
ini boleh digunakan melalui tiga cara iaitu

a) Mengubah cukai
Perubahan cukai dapat dilakukan ke atas cukai-cukai yang dikutip
daripada individu atau firma. Untuk menghadapi pengangguran,
kerajaan akan mengurangkan cukai. Cukai yang lebih rendah akan
menyebabkan pendapatan boleh guna rumahtangga bertambah
dan dapat meningkatkan penggunaan. Ia juga menyebabkan
keuntungan selepas cukai bertambah dan lebih banyak wang
dapat digunakan untuk membuat pelaburan.

b) Mengubah perbelanjaan kerajaan
Dalam masa inflasi, kerajaan perlu mengurangkan
perbelanjaannya bagi menurunkan perbelanjaan agregat dan
mengurangkan kadar inflasi. Pada masa berlakunya kadar
pengangguran yang tinggi, kerajaan akan bertindak
menambahkan perbelanjaan agregat supaya dapat menggalakkan



183
perkembangan aktiviti ekonomi. Walau bagaimanapun,
kebanyakan negara selalunya membuat pertimbangan yang teliti
sebelum melaksanakan dasar ini disebabkan beberapa kesan
buruk yang mungkin timbul. Hal ini berlaku kerana kerajaan
terpaksa meminjam dan menambahkan hutang negara untuk
membiayai peningkatan dalam perbelanjaan sedangkan pinjaman
secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak akan
menyebabkan berlakunya inflasi pula. Keadaan akan menjadi
lebih buruk jika kerajaan perlu meminjam daripada sumber luar
negeri kerana jumlah matawang asing yang banyak perlu
disediakan untuk membayar pinjaman dan faedahnya.

c) Mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan secara serentak
Teknik ini boleh dilakukan melalui dua cara iaitu dengan
mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan ke arah yang
bertentangan, iaitu apabila cukai dinaikkan maka perbelanjaan
kerajaan dikurangkan dan sebaliknya. Ataupun, cukai dan
perbelanjaan kerajaan berubah ke arah bersamaan. Tujuan teknik
kedua ialah untuk mencapai belanjawan berimbang.



SOALAN DALAM TEKS 10.2


1. Bezakan di antara lompang inflasi dan lompang
deflasi.
2. Terangkan masalah yang akan dihadapi oleh
sesebuah negara jika meningkatkan perbelanjaan
awam semasa berlakunya kemelesetan?



Semak jawapan anda di akhir bab ini.


10. 6 LANGKAH MENINGKATKAN KEBERKESANAN
DASAR FISKAL

Kedudukan kewangan Malaysia dalam tahun-tahun akan datang
bergantung kepada usaha untuk meningkatkan hasil cukai, meningkatkan
produktiviti perbelanjaan awam, meningkatkan tabungan, dan
memperbaiki kecekapan perusahaan-perusahaan awam. Langkah-langkah
ini akan dapat mengurangkan jurang fiskal yang wujud dan mengecilkan
saiz hutang awam. Mari kita lihat dengan lebih terperinci perkara-perkara
yang perlu dilakukan untuk meningkatkan keupayaan cukai. Antaranya
ialah



184
a) Mengubah suai cukai langsung
Usaha untuk meningkatkan kutipan hasil cukai pendapatan
memerlukan supaya asas cukai langsung diperluaskan. Setiap
individu perlu diwajibkan untuk mengisi borang retan cukai
walaupun mereka mempunyai pendapatan yang tidak tetap.
Pemberian atau pengecualian cukai yang tidak mendatangkan
manfaat yang besar kepada individu atau sektor korporat perlu
dikaji semula berdasarkan analisis kos faedah dan ditarik balik.
Struktur cukai perlu dipermudahkan dengan mengurangkan
pelepasan-pelepasan cukai yang diberikan. Selain itu, kadar cukai
pendapatan individu juga perlu dipermudahkan dan dikurangkan
tingkatnya.


Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengira
jumlah pendapatan individu yang bekerja sendiri bagi
tujuan pengenaan cukai pendapatan?

Selain itu, langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah pelarian
cukai adalah dengan mengadakan sistem maklumat yang cekap
bagi mengesan pembayar-pembayar cukai yang baru. Maklumat
yang diberi oleh pembayar cukai melalui borang retan mereka
perlu disemak menggunakan beberapa sumber untuk memastikan
kesahihannya. Walaupun mencukai mereka yang bekerja sendiri
merupakan masalah yang besar, kerajaan tidak boleh
mengenepikan kepentingan hasil cukai daripada sumber ini. Satu
cara untuk mencukai mereka adalah dengan menganggarkan
potensi pendapatan mereka dan mengenakan cukai berdasarkan
asas andaian ini dengan mengambil kira faktor-faktor seperti saiz
perniagaan dan kawasannya. Selain itu, perlu ada integrasi antara
cukai pendapatan syarikat dan cukai pendapatan individu untuk
menggalakkan pembangunan pasaran modal dan aktiviti
pengambilan risiko.

b) Mengubah suai cukai tidak langsung
Untuk kemudahan pentadbiran dan ketelusan, elok sekiranya
cukai jualan dikenakan secara terbuka untuk meliputi kebanyakan
barangan. Bagi mengurangkan kesan kepada golongan
berpendapatan rendah, beberapa barangan keperluan hendaklah
dikecualikan daripada cukai ini. Resit jualan perlu menunjukkan
pengenaan cukai ini agar pengguna lebih jelas mengenai beban
cukai sebenar yang ditanggung oleh mereka. Pada masa ini,
pengenaan cukai nilai ditambah tidak dilaksanakan oleh kerajaan
Malaysia. Di beberapa negara maju, pengenaan cukai ini telah
mula dipersoalkan kerana ia menggalakkan pengenaan cukai di
pelbagai peringkat pengeluaran dan hanya membebankan
golongan pengguna tanpa mereka sedari.



185
c) Mengubah suai perbelanjaan awam
Selain daripada meningkatkan hasil cukai, langkah-langkah untuk
memperbaiki imbangan belanjawan melibatkan usaha-usaha
untuk mengurangkan perbelanjaan yang membazir atau
meningkatkan produktiviti sektor awam. Ini tidak bermaksud
perbelanjaan awam perlu dikurangkan bagi semua aktiviti sektor
awam kerana langkah seperti ini akan menjejaskan keupayaan
produktif sektor-sektor berkenaan dan juga mengurangkan
kebajikan awam. Pengurangan perbelanjaan sepatutnya ditujukan
kepada perbelanjaan yang memberikan faedah yang kecil kepada
masyarakat atau yang melibatkan kos yang terlalu tinggi. Untuk
menentukan aktiviti mana yang perlu diteruskan dan yang mana
perlu dikecilkan, kajian yang menyeluruh secara tahunan bagi
semua aktiviti sektor awam perlu dilakukan.

Selain itu, perbelanjaan dalam bentuk bayaran pindahan, geran
dan subsidi juga perlu diteliti semula. Kerajaan perlu berusaha
untuk mendapatkan semula sebahagian kos yang telah
dibelanjakan untuk menyediakan perkhidmatan kepada orang
ramai. Walaupun penyediaan perkhidmatan kesihatan dan
pendidikan kepada golongan kurang mampu patut dilakukan,
sebahagian besar masyarakat perlu menanggung kos menyediakan
perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

d) Memperbaiki prestasi perusahaan awam
Potensi untuk menambahkan sumber-sumber awam bagi
kegunaan pembangunan masa depan terletak kepada perusahaan-
perusahan awam yang begitu banyak jumlahnya. Kebanyakan
perusahaan ini tidak menunjukkan prestasi yang begitu baik. Ada
yang mendapat keuntungan yang kecil berbanding dengan modal
yang dilaburkan dan ada pula yang menanggung kerugian yang
besar. Walaupun beberapa perusahaan awam boleh diswastakan,
penekanan sepatutnya diberikan kepada perusahaan yang
mendatangkan kos yang tinggi dari segi belanjawan kerajaan.

Keperluan yang utama ialah mencari ruang bagi meningkatkan
kecekapan dan keuntungan perusahaan-perusahaan awam itu.
Ianya akan dapat dilakukan jika perusahaan-perusahaan tersebut
mempunyai objektif yang jelas dan penilaian prestasi yang
realistik. Mereka perlu diberi keupayaan untuk membuat
perancangan korporatnya sendiri, menentukan polisi harga dan
dikendalikan oleh ahli-ahli profesional yang bertanggungjawab
bagi kejayaan atau kegagalan sesuatu perusahaan itu.




186
10.7 RUMUSAN

Pada tahun 2000, Malaysia masih merasai kesan daripada krisis kewangan
yang dialami sejak pertengahan tahun 1997. Bagaimanapun, pelbagai
usaha telah diambil oleh kerajaan termasuk melindungi ekonomi negara
daripada kesan luaran ekonomi global. Walaupun masyarakat
antarabangsa tidak menyokong tindakan seperti ini, ekonomi Malaysia
kini mampu mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif.

Sejauh mana kedudukan kewangan awam dapat diperbaiki di masa
hadapan bergantung kepada usaha untuk mengecilkan hutang fiskal
dengan membesarkan asas hasil kerajaan, menghapuskan pengecualian-
pengecualian cukai yang merugikan kerajaan, menghapuskan
perbelanjaan dan subsidi yang membazirkan dan meningkatkan
kecekapan perusahaan-perusahaan awam. Walau bagaimanapun, kejayaan
strategi-strategi ini bergantung kepada prestasi pertumbuhan ekonomi
negara dalam masa sepuluh tahun awal kurun ke-21 ini.



SOALAN PENILAIAN KENDIRI


1. Diantara cukai-cukai berikut, yang manakah selalu digunakan
oleh kerajaan untuk membantu industri-industri tempatan
mendapatkan pasaran?

A. Cukai pendapatan
B. Cukai Eksport
C. Cukai Import
D. Cukai Eksais

2. Apakah yang dimaksudkan dengan kuota import dan
kegunaannya.

3. Kenapakah ada pihak yang menganggap cukai perbelanjaan lebih
baik berbanding dengan cukai pendapatan?

4. Berikan empat contoh alat-alat fiskal yang digunakan untuk
memenuhi fungsi pengagihan kerajaan?

5. Terangkan secara ringkas langkah-langkah untuk memperbaiki
kedudukan kewangan kerajaan di masa hadapan bagi menghadapi
era globalisasi yang semakin mencabar.



Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.




187
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 10.1

1. Dua ukuran pertumbuhan yang selalu digunakan ialah Keluaran
Negara Kasar (KNK) dan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) yang dinyatakan pada harga tetap. KNK benar
mengukur jumlah pendapatan dalam ekonomi berkenaan.
KDNK pula mengukur jumlah atau nilai output yang dikeluarkan
oleh faktor-faktor pengeluaran di dalam ekonomi domestik.

2. Pembangunan ekonomi berdasarkan strategi neoklasikal ialah
satu strategi pembangunan ekonomi bersifat terbuka di mana
fungsi dan campurtangan kerajaan dalam ekonomi ialah di tahap
minimum. Fungsi kerajaan dihadkan untuk menjamin keamanan,
keselamatan, keadilan dan melindungi harta benda rakyat.
Penggunaan dasar fiskal kurang diperlukan dan tidak digalakkan
kerana ia akan menjejaskan pembuatan keputusan oleh aktor-
aktor dalam sektor swasta.

Strategi pertumbuhan seimbang sebaliknya memerlukan
penglibatan aktif sektor awam untuk menggerakkan aktiviti-
aktiviti ekonomi ke arah yang dikehendaki. Melalui pendekatan
ini, kedua-dua sektor pertanian dan perindustrian akan
dibangunkan. Di peringkat awal, kemungkinan polisi yang mirip
kepada penggantian import akan digunakan. Ia bertujuan
menyediakan asas kepada industri-industri tempatan untuk
memperolehi kemahiran dan kecekapan mengeluarkan barangan.
Alat-alat fiskal kerajaan yang bersesuaian seperti cukai eksport
dan import akan digunakan bagi mempengaruhi gelagat
pengeluar dan pengguna tempatan.

Selepas itu, negara akan bertukar kepada polisi penggalakkan
eksport supaya dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Ianya
perlu dilakukan kerana sesebuah negara tidak boleh bergantung
kepada pasaran tempatan semata-mata untuk memasarkan
barangannya. Kebolehan untuk bersaing dan mendapat pasaran
yang lebih luas akan menjadi pengukur kepada kejayaan strategi
ini. Untuk menjayakannya, kerajaan perlu meningkatkan
perbelanjaan awam bagi menyediakan infrastruktur dan tenaga
kerja tempatan yang produktif. Kerajaan memerlukan hasil cukai
yang besar bagi membiayai kos campurtangan ini. Cukai-cukai
yang akan memberikan kesan yang negatif ke atas iklim
perdagangan terbuka tidak digalakkan.



188
SDT 10.2

1. Lompang inflasi bermaksud tingkat kegiatan ekonomi melebihi
tingkat guna tenaga penuh. Pada masa ini harga barangan
mengalami kenaikan yang berterusan. Sebaliknya, lompang
deflasi bermaksud tingkat kegiatan ekonomi berada di bawah
tingkat guna tenaga penuh dan kapasiti industri tidak digunakan
sepenuhnya. Upah dan harga mengalami kejatuhan sehingga
menyebabkan berlakunya keadaan pengangguran.

2. Sewaktu berlaku kemelesetan, sumber-sumber cukai yang dapat
dikutip oleh kerajaan terhad kerana permintaan agregat adalah
lemah dan pendapatan rakyat terjejas. Sekiranya sesebuah
negara meningkatkan perbelanjaan awam semasa berlakunya
kemelesetan, ia mungkin menghadapi masalah kerana hasil
dalaman tidak mencukupi untuk menampung peningkatan
perbelanjaan. Untuk membiayai perbelanjaan yang bertambah,
kerajaan terpaksa meminjam dan meningkatkan hutang negara.
Pinjaman daripada sumber dalaman mungkin tidak mencukupi.
Jika dapat dibuat sekalipun akan menyebabkan persaingan
dengan sektor swasta tempatan dan akan menjejaskan
pelaburan dan pembentukan modal dalam negara. Jika
pinjaman dibuat daripada luar negara, jumlah kecairan akan
meningkat dan menyebabkan inflasi tercetus. Peningkatan
hutang negara yang besar akan menjejaskan fleksibiliti fiskal
kerajaan di masa depan kerana menghadapi komitmen
pembayaran hutang yang tinggi.



189
BIBLIOGRAFI

Anggaran Belanjawan 2000.

Aronson, R. J. (1985). Public finance. Singapore: McGraw-Hill.

Aronson, R. J. (1985). Public finance. New York: Mc Graw-Hill.

Borcherding, T. E. (1985). The causes of government growth of
expenditure: A survey of the US evidence. Journal of Public
Economics. Vol. 28.

Browning, E. K., & Browning, J. M. (1987). Public finance and the price
system (3rd ed.). New York: Macmillan Publishing Company.

Corry, Dan. (1997). Public expenditure: Effective management and control.
London: The Dryden Press.

Cullis, J., & Jones, P. (1992). Public finance and public choice: Analytical
perspectives. London: McGraw-Hill Book Company.

Davis, J., & Meyer, C. (1983). Principles of public finance. New Jersey:
Prentice Hall.

Evans, C. E., Greenbaum, Abe. (1998). Tax administration: Facing the
challenges of the future. New South Wales: Prospect Media Pty. Ltd.

Gillis, M. (1987). Economics of development (2nd ed.). New York: W.W.
Norton & Company.

Goode, R. (1984). Government finance in developing countries. Washington:
The Brooking Institution.

Holcombe, R. G. (1987). Public sector economics. Belmont: Wadsworth
Publishing Company.

Hyman, D. N. (1999). Public finance: A contemporary application of theory to
policy (6th ed.). Forth Worth: The Dryden Press.

Jackson, P. M. (1996). The foundations of public finance (Vol. 1). Cheltenham:
Edward Elgar Publishing Limited.

James, S., & Christopher N. (1992). The economics of taxation (4th ed.).
London: Prentice Hall.




190
Laporan Ekonomi (beberapa keluaran) Kementerian Kewangan Malaysia. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional.

Lynch, T. D. (1985). Public budgeting in America (2nd ed.). New Jersey:
Prentice Hall.

Malaysia Institut Tadbiran Awam (INTAN). (1991). Malaysia Kita. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional.

Malaysia. Perlembagaan Persekutuan 1957, Bahagian 7, Perkara 96-112.

Md Zyadi Md Tahir, Ragayah Hj. Mat Zin. (1990). Ekonomi pencukaian.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mikesell, J. L. (1999). Fiscal administration: Analysis and applications for the
public sector. Fort Worth: Harcourt Brace College Publishers.

Mikesell, J. L. (1991). Fiscal administration: Analysis and applications for the
public sector (3rd ed.). California: Brooks/Cole Publishing.

Musgrave, R. A., & Musgrave, P. B. (1989). Public finance in theory and
practice (5th ed.) New York: Mc Graw-Hill.

National accounts statistics: Main agregates and detailed tables. (beberapa keluaran).
New York: United Nations Publications.

Panduan percukaian individu. Kuala Lumpur: Jabatan Hasil Dalam Negeri.

Rosen, H. S. (1999). Public finance (5th ed.). Boston: Irwin/McGraw-Hill.

Taylor, C. L. (1983). Why governments grow: Measuring public sector size.
California: Sage Publications.

Teks Belanjawan 2000. (1999). Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan
Malaysia.

Teks Ucapan Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan
2000.

Weygandt, J. J., Donald E. K., & Paul, G. K. (1998). Accounting Principles
(5th ed.). New York: John Wiley and Sons Incorporated.



191
L AMP I RAN

JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI

BAB 1


1. D

2. E

3. Salah

4. Betul

5. Salah

6. Kemudahan kesihatan awam disediakan oleh kerajaan untuk
mencapai keadilan sosial. Kesihatan amat penting kepada semua
ahli masyarakat. Apabila taraf kesihatan seseorang tidak
memuaskan, produktivitinya akan terjejas. Bagaimanapun, apabila
kemudahan kesihatan disediakan oleh pihak swasta, bayaran yang
dikenakan mungkin tidak mampu dibayar oleh sebahagian
daripada ahli masyarakat yang berpendapatan rendah. Maka,
kerajaan bertindak mengadakan kemudahan kesihatan awam
kepada semua bagi menjamin taraf kesihatan yang memuaskan.

Di samping itu, kemudahan kesihatan juga mempunyai ciri
eksternaliti positif. Apabila seseorang mengubati penyakit
tertentu (terutama yang mudah berjangkit), maka ianya bukan
sahaja memberi manfaat kepada individu berkenaan. Malah, ia
juga memberi faedah kepada orang di sekelilingnya yang mungkin
dijangkiti penyakit berkenaan melalui interaksi dengan pesakit.
Perkhidmatan yang mempunyai faedah sosial seperti ini wajar
ditingkatkan penawarannya dalam pasaran.

7. Penyiaran awam boleh menjadi barangan awam atau barangan
swasta dalam konteks yang berlainan. Sekiranya penyiaran dapat
memenuhi ciri tiada pengasingan dan tiada persaingan, maka ia
menjadi barang awam tulen. Sekiranya apabila dipancarkan,
siaran televisyen atau radio dapat dinikmati oleh semua orang
yang mempunyai televisyen atau radio, dikatakan bahawa
barangan ini mempunyai ciri tiada pengasingan. Jika pengguna
yang ramai bilangannya mendapat siaran ini tanpa menyebabkan



192
gangguan kepada pengguna yang lain (faedah tidak terjejas kerana
siaran tetap sama dari segi kuantiti dan kualiti), maka ia dikatakan
sebagai mempunyai ciri tiada persaingan. Selalunya, kerajaan
mengamalkan dasar menjadikan sesuatu siaran itu sebagai
barangan awam apabila ia berguna dari segi penambahan ilmu
pengetahuan, pembentukan sahsiah dan mempunyai implikasi
integrasi nasional.

Sebaliknya, jika dapat disekat mana-mana individu daripada
menikmati siaran tertentu melalui sesuatu teknologi, maka ciri
pengasingan dapat diwujudkan. Sebagai contoh, ada siaran yang
dihadkan kepada pengguna tertentu melalui bayaran keahlian, kad
penggunaan, kata kunci dan pemasangan alat khas untuk
mengasingkan pihak yang tidak membayar daripada menikmati
siaran, maka ia bukan lagi menjadi barangan awam tulen. Faedah
penggunaan hanya dapat dinikmati oleh pihak yang membayar
harga barangan berkenaan. Maka, ciri-ciri pengasingan dan
persaingan telah wujud. Oleh itu, ia telah menjadi satu barangan
swasta dalam keadaan ini. Apabila, sesuatu siaran bertindak
sebagai alat hiburan atau media alternatif semata-mata, adalah
wajar ia dijadikan sebagai barangan swasta dan bukan sebagai
barangan awam tulen bagi mengalakkan persaingan dalam
pasaran dan menambahkan pilihan kepada pengguna.


BAB 2


1. Salah

2. Salah

3. B

4. B

5. Empat cara utama pihak swasta dapat menggantikan kerajaan
sebagai pengeluar ialah

(i) Pemberian kontrak oleh kerajaan
Pihak swasta akan mengadakan barangan yang
dikehendaki mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh
kerajaan selepas proses tawaran harga. Bayaran akan
dibuat oleh kerajaan.




193
(ii) Pemberian hak atau francais monopoli
Melalui cara ini, pihak swasta diberi hak untuk
menyediakan sesuatu barangan yang mempunyai ciri
monopoli untuk satu tempoh yang panjang. Pihak swasta
perlu membuat semua pelaburan modal dan dibenarkan
mengutip bayaran daripada pengguna mengikut syarat-
syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

(iii) Kontrak pengurusan
Kerajaan akan mengekalkan tanggungjawabnya dari segi
pelaburan untuk menyediakan sesuatu barang atau
perkhidmatan. Bagaimanapun, untuk meningkatkan
kecekapan dan mencapai hasil yang lebih memuaskan, ia
akan memberi kontrak kepada sesebuah syarikat swasta
untuk menguruskan penyediaan barang atau
perkhidmatan berkenaan.

(iv) Kelab/ Persatuan
Sebilangan orang boleh berpakat sesama mereka untuk
menyediakan beberapa kemudahan yang mereka perlukan
secara bersama. Hanya mereka yang menjadi ahli
dikehendaki membuat bayaran untuk menyediakan dan
menyelenggarakan sesuatu barang atau perkhidmatan dan
hanya mereka berhak menikmati faedah daripadanya.

6. Polisi-polisi cukai dan perbelanjaan kerajaan dapat
mempengaruhi prestasi ekonomi negara kerana ia dapat
mempengaruhi permintaan agregat. Untuk melihat hubungan dan
kesan polisi-polisi berkenaan, mari kita perhatikan persamaan
permintaan agregat (AD) di bawah ini.

AD = C + I + G

Perbelanjaan kerajaan (G) melalui pembayaran gaji kakitangan
awam, pembelian aset dan peralatan serta pelaburan awam akan
memberi kesan langsung kepada tingkat permintaan dalam
negara. Dalam keadaan ekonomi mengalami kelesuan, sektor
swasta selalunya tidak dapat membuat pelaburan swasta yang
tinggi bagi menggiatkan ekonomi. Sektor awam melalui
perbelanjaan kerajaan diharapkan menjadi pemangkin kepada
pertumbuhan ekonomi. Hal ini kita dapati berlaku di Malaysia
pada awal tahun 1980-an dan semasa kegawatan ekonomi pada
tahun 1998 sehingga tahun 1999.




194
Cukai memberikan impak tidak langsung kepada permintaan
agregat kerana ia memberi kesan kepada penggunaan (C) dan
pelaburan (I). Apabila cukai yang dikenakan tinggi, ia akan
menyebabkan individu dan firma mempunyai pendapatan boleh
guna yang kurang. Cukai cenderung dikurangkan semasa
kemelesetan bagi menggalakkan sektor swasta membuat
penambahan penggunaan dan pelaburan supaya permintaan
agregat dapat ditingkatkan. Sebaliknya, apabila ekonomi
berkembang dengan terlalu pesat sehingga membawa kepada
kadar inflasi yang tinggi, cukai selalu dinaikkan untuk menyerap
kecairan dalam ekonomi dan mengurangkan permintaan agregat.

7. Tiga program bantuan kerajaan kepada rakyat miskin di Malaysia
ialah

(i) Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) yang
melibatkan penyediaan infrastruktur pertanian, skim
tanam semula, penyatuan dan pemulihan tanah serta
khidmat sokongan;
(ii) Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk
meningkatkan pendapatan dan menerapkan nilai-nilai
positif seperti berdikari dan bekerja keras di kalangan
rakyat miskin; dan
(iii) Program Amanah Saham Bumiputera (ASB) PPRT
yang dimulakan pada tahun 1992 yang membolehkah
setiap isirumah termiskin menyertai skim ASB melalui
penerimaan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM5,000.


BAB 3

1. Kriteria paternalisme.

2. Kebebasan individu.

3. Benar. Apabila kuantiti wang ditambah dalam negara, ia akan
menyebabkan individu dan firma merasakan pendapatan mereka
telah bertambah. Mereka akan cenderung meningkatkan
penggunaan atau permintaan dalam pasaran. Akibat daripada
lebihan permintaan berbanding dengan jumlah penawaran, akan
berlaku kenaikan harga barangan (inflasi tarikan permintaan)
secara menyeluruh dalam ekonomi tersebut.

4. Dua contoh bayaran pindahan yang dilaksanakan oleh kerajaan
Malaysia ialah bayaran pencen kepada pesara kakitangan awam
dan subsidi kepada penanam padi.



195
5. Kenyataan tersebut tidak tepat bagi mencerminkan kecekapan
Pareto. Lebih tepat jika dikatakan bahawa tindakan yang dapat
memperbaiki kedudukan seseorang individu tanpa merugikan
individu lain lebih mencerminkan tindakan ke arah kecekapan
Pareto. Kecekapan Pareto sebenarnya dikatakan telah berlaku
apabila tidak ada lagi apa-apa cara untuk memperbaiki kedudukan
seseorang tanpa merugikan orang lain.

6. Inflasi dilihat sebagai satu bentuk hasil kepada kerajaan dan
dianggap sebagai satu cara untuk menggalakkan pembangunan.
Ini berlaku kerana ia menyebabkan tabungan paksaan oleh
pemegang wang dan tabungan ini dipindahkan kepada kerajaan
yang memerlukan sumber pendapatan. Apabila pendapatan
nominal meningkat, semakin banyak pendapatan yang dapat
dicukaikan dan ini akan mendatangkan hasil kepada kerajaan.
Sumber ini dapat digunakan oleh kerajaan bagi membuat
pelaburan dalam aktiviti-aktiviti produktif yang dapat
menggiatkan ekonomi.

Pada masa yang sama, inflasi akan mengurangkan nilai wang yang
dipegang oleh orang ramai. Berlakulah apa yang dikatakan sebagai
ilusi wang, di mana pendapatan nominal meningkat tetapi
pendapatan benar dan kuasa beli telah berkurangan. Pengguna
mungkin mendapat kuantiti barangan yang semakin sedikit
berbanding ketika sebelum berlakunya inflasi.

Inflasi dikatakan sebagai cukai tidak nyata kerana ia akan
menyebabkan pendapatan nominal individu yang telah
bertambah memasuki tingkat kadar cukai progresif yang lebih
tinggi. Oleh itu, kerajaan mendapat pendapatan tambahan
daripada hasil cukai walaupun tidak berlaku sebarang perubahan
dalam struktur atau kadar cukai.

7. Disenaraikan di bawah ini lima kriteria untuk menilai polisi
awam.

(i) Ekuiti
Sesuatu polisi yang dicadangkan perlu membawa kepada
kesan yang adil dan saksama kepada masyarakat. Ia tidak
boleh membawa kepada beban yang berbeza-beza kepada
kumpulan-kumpulan dalam masyarakat. Bagaimanapun,
adalah sukar untuk menyatakan maksud ekuiti secara
objektif. Apa yang lebih penting ialah golongan kurang
berkemampuan tidak menanggung beban yang lebih
besar berbanding dengan golongan yang mampu
membiayai sesuatu polisi.



196
(ii) Kepentingan awam
Polisi yang diadakan oleh kerajaan juga diharapkan dapat
mendatangkan faedah yang banyak kepada seberapa
ramai ahli masyarakat. Jika ia hanya mementingkan
sebilangan kecil dan merugikan ramai orang lain, ia tidak
dikategorikan sebagai polisi yang mementingkan
kebajikan awam.

(iii) Kecekapan ekonomi
Kriteria ini mementingkan penggunaan sumber secara
optimum supaya pembaziran dapat diminimumkan.
Penggunaan sumber yang paling cekap ialah apabila
kedudukan seseorang individu tidak dapat lagi diperbaiki
melainkan terpaksa mengorbankan kebajikan yang sedang
dinikmati oleh orang lain.

(iv) Paternalisme
Mengikut kriteria ini, ada polisi kerajaan yang diluluskan
bagi mengubah gelagat individu supaya melakukan atau
tidak melakukan tindakan tertentu yang dianggap sebagai
baik atau tidak baik oleh kerajaan. Dengan perkataan lain,
dalam beberapa perkara kerajaan dikatakan lebih
mengetahui apa yang baik untuk individu berbanding
dengan individu itu sendiri.

(v) Kebebasan individu
Polisi yang memenuhi kriteria ini pula ialah polisi yang
memberikan kebebasan kepada individu untuk membuat
pilihan sendiri tanpa paksaan atau tekanan.

8. Perbelanjaan cukai akan menyebabkan pemindahan kuasa beli
daripada kerajaan kepada pihak yang mendapat keistimewaan
daripada perbelanjaan cukai ini. Sebagai contoh, satu polisi
perbelanjaan cukai mungkin menyebabkan seseorang membayar
cukai yang kurang kepada kerajaan sebanyak RM100. Ini
bermakna, jika polisi ini ditarik balik, kerajaan akan mendapat
tambahan hasil cukai sebanyak RM100 daripada individu
berkenaan. Oleh yang demikian, ada pihak yang cenderung
menyamakan perbelanjaan cukai seperti perbelanjaan kerajaan
yang lain. Jika keadaannya begitu, ini bermakna apabila individu
itu layak membayar RM100 cukai kurang daripada sepatutnya, dia
seperti menerima subsidi daripada kerajaan sebanyak RM100.
Subsidi ialah satu bentuk perbelanjaan kerajaan.



197
Tiga contoh perbelanjaan cukai ialah pengecualian cukai bagi
pendapatan pencen, pelepasan cukai bagi individu pembayar,
isteri dan anak-anak tanggungan serta rebat cukai.


BAB 4

1. Cukai merupakan sumbangan wajib daripada pembayar cukai
kepada kerajaan untuk membolehkan kerajaan menggunakannya
bagi beberapa tujuan. Ia tidak semestinya berhubung secara terus
dengan sesuatu faedah yang disediakan oleh pihak kerajaan
kepada pembayar cukai. Sebaliknya, harga ialah bayaran bagi
mendapatkan sesuatu faedah yang diingini oleh pembayar. Ia
melibatkan pertukaran secara sukarela oleh yang membayar dan
yang menerima bayaran.

2. E

3. (i) Pemilik restoran makanan segera
(ii) Pelanggan/pengguna/pembeli
(iii) Cukai tidak langsung
(iv) Kadar tetap
(v) Cukai ad valorem

4. (i) Benar
(ii) Salah
(iii) Benar
(iv) Jenis-jenis tanah yang berbeza mempunyai nilai ekonomi
yang berbeza. Biasanya tanah pertanian membawa
pulangan yang lebih rendah kepada pemiliknya
berbanding dengan jenis-jenis kegunaan tanah yang lain.
Oleh itu, kadar cukai bagi tanah pertanian selalunya lebih
rendah berbanding dengan tanah untuk kegunaan
kediaman atau perniagaan.

5. (i) RM6,675
(ii) 40%
(iii) (6,675/50,000) x 100 = 13.35%
(iv) RM10,001
(v) RM100,000




198
BAB 5

1. Prinsip pencukaian yang diutamakan oleh kerajaan apabila
mengadakan cukai pendapatan individu ialah ekuiti atau
kesaksamaan. Melalui cukai pendapatan individu, kedudukan
boleh cukai di antara mereka yang sama kedudukan boleh cukai
(ekuiti mendatar) dan mereka yang berlainan kedudukan boleh
cukai (ekuiti menegak) diberikan perhatian.

Ekuiti mendatar bermaksud mengenakan cukai secara saksama di
kalangan mereka yang sama kemampuan membayar cukai. Cukai
yang sama banyak dikenakan untuk mencapai keadilan di
kalangan mereka yang sama pendapatan boleh cukai. Selanjutnya,
cukai individu juga mementingkan keadilan di kalangan mereka
yang berlainan kemampuan membayar cukai. Mereka yang lebih
berkemampuan dengan pendapatan yang lebih tinggi akan
dikenakan kadar progresif supaya amaun cukai yang dibayar lebih
tinggi berbanding dengan mereka yang kurang berkemampuan.

Bagi cukai jalan pula, ketiga-tiga prinsip pencukaian yang baik
dapat diaplikasikan iaitu ekuiti, kecekapan ekonomi dan
keberkesanan pentadbiran. Cukai jalan dikenakan ke atas pemilik
kenderaan bermotor kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai
infrastruktur dan kemudahan kepada pengguna seperti jaringan
jalanraya, lampu isyarat, dan lampu jalan. Kenderaan bermotor
juga menyebabkan berlakunya pencemaran. Oleh itu, adalah
wajar pemilik kenderaan bermotor membayar cukai untuk faedah
daripada kemudahan infrastruktur dan pencemaran yang
dilakukan. Ianya selaras dengan konsep faedah walaupun tidak
diaplikasikan dengan sepenuhnya kerana jumlah faedah tidak
diukur bagi menentukan jumlah bayaran cukai. Ianya lebih
mengutamakan konsep keupayaan membayar kerana kenderaan
bermotor yang lebih tinggi nilai ekonominya dikenakan cukai
yang lebih tinggi.

Di samping itu, prinsip kecekapan ekonomi juga digunakan. Bagi
mengelakkan cukai jalan, orang ramai boleh menggunakan
kenderaan awam, berjalan kaki atau menggunakan kenderaan
tidak bermotor. Oleh yang demikian, dapat di katakan bahawa
permintaan untuk kenderaan bermotor adalah kurang anjal dan
cukai yang dikenakan ke atas barangan yang kurang anjal adalah
agak cekap kerana menyebabkan kerugian kecekapan yang kecil
sahaja.




199
Akhir sekali, prinsip keberkesanan pentadbiran juga dapat
digunakan dalam pengenaan cukai jalan. Kos pentadbiran dan
pengakuran cukai ini adalah rendah disebabkan struktur cukai
yang mudah.

2. Pendekatan pengorbanan agregat minimum dianggap oleh
sesetengah pihak sebagai pendekatan yang kurang baik. Ini
kerana, pihak yang mempunyai pendapatan yang tinggi perlu
membayar jumlah cukai yang sangat tinggi. Ia akan memberi
kesan yang negatif terhadap insentif untuk mengumpulkan
pendapatan dan meningkatkan produktiviti kerana semakin tinggi
pendapatan maka semakin tinggi amaun cukai yang akan dikutip
daripada individu berkenaan.

Walau bagaimanapun, dari perspektif keadilan, pendekatan ini
membantu golongan kurang berkemampuan kerana tidak
mewajibkan pembayaran cukai ke atas mereka. Sebaliknya, hanya
golongan yang berkemampuan sahaja akan dikenakan cukai.
Ianya akan menyebabkan jurang agihan pendapatan menjadi lebih
kecil. Kebanyakan sistem cukai pendapatan individu
mengamalkan pelepasan atau pemberian potongan cukai supaya
golongan berpendapatan rendah dapat dikecualikan daripada
cukai atau hanya membayar amaun cukai yang rendah. Di
samping itu, pengenaan kadar progresif juga selaras dengan
konsep pengorbanan agregat minimum. Bagaimanapun, untuk
mengelakkan kesan negatif (disinsentif) terhadap usaha
mengumpulkan pendapatan dan kekayaan, kadar tetap akan
digunakan selepas tingkat kadar progresif tertentu dilaksanakan.


BAB 6

1. Jumlah pendapatan En Tawil = RM36,000 +RM3,200 =
RM39,200

Jumlah pelepasan cukai = Diri (RM8,000) + KWSP (RM3,960)
+ Premium insuran nyawa
(RM3,600) + anak pertama
(RM3,600) + anak kedua (RM1,600)
+ anak ketiga (RM800) + anak
keempat (RM800) + anak kelima
(RM800) + anak keenam (RM800)
+ belanja perubatan ibu bapa
(RM900) = RM24,860.




200
Jumlah pendapatan boleh dikenakan cukai = RM39,200
RM24,860
= RM14,340

Jumlah cukai = (RM2,500 x 0%) + (RM2,500 x 1%) +
(RM5,000 x 3%) + (RM4,340 x 5%) =
RM392.00.

Jumlah cukai yang perlu dibayar oleh Encik Tawil

= RM43.40 rebet
(RM350) zakat
(RM100) = RM10

Jumlah pendapatan Puan Siti = RM15,000

Jumlah pelepasan cukai = Diri (RM8,000) + KWSP (RM1,650)+
Insuran (RM1,200) + belanja
perubatan ibu bapa (RM1,000) = RM
11,850

Jumlah pendapatan boleh dikenakan cukai = RM15,000
RM11,850
= RM3,150.

Jumlah cukai = (RM2,500 x 0%) + (RM650 x 1%) = RM6.50

Jumlah cukai yang perlu dibayar oleh Puan Siti

= RM6.50 rebat (RM350) zakat (RM50) = RM0

Kesimpulannya, kedua-dua En Tawil dan Puan Siti tidak perlu
membayar cukai pendapatan bagi pendapatan mereka apabila
taksiran berasingan dipilih.

2. Kaedah : Garis lurus

Tahun Potongan
Susutnilai
Keuntungan
sebelum
Cukai
Bayaran
Cukai
Keuntungan
selepas
cukai
Aliran Tunai


1 RM36,000 RM164,000 RM45,920 RM118,080 RM154,080
2 36,000 164,00 45,920 118,080 154,080
3 36,000 164,000 45,920 118,080 154,080
4 36,000 164,000 45,920 118,080 154,080
5 36,000 164,000 45,920 118,080 154,080



201
Kaedah : Sum-of-the-years-digits
Tahun Potongan
Susutnilai
Keuntungan
sebelum
Cukai
Bayaran
Cukai
Keuntungan
selepas
cukai
Aliran Tunai


1 RM60,000 RM140,000 RM39,200 RM100,800 RM160,800
2 48,000 152,000 45,560 109,440 157,440
3 36,000 164,000 45,920 118,080 154,080
4 24,000 176,000 49,280 126,720 150,720
5 12,000 188,000 52,640 135,360 147,360


BAB 7

1. Dua peranan utama belanjawan ialah

(i) Belanjawan sebagai instrumen polisi fiskal
Setiap kerajaan menggunakan belanjawan untuk
menggerakkan polisi-polisi fiskal yang melibatkan
perbelanjaan dan pendapatan negara. Polisi-polisi fiskal
akan mempengaruhi ekonomi seperti tingkat inflasi dan
kadar penggangguran. Misalnya, pada masa ekonomi
meleset, kerajaan akan menggunakan polisi fiskal yang
boleh merangsangkan ekonomi seperti
memperbanyakkan perbelanjaan kerajaan. Sebaliknya,
dalam ekonomi yang terlalu panas kerajaan akan menarik
keluar wang dari pasaran agar tahap inflasi dapat
dikurangkan.

(ii) Belanjawan sebagai instrumen pengurusan
kewangan
Belanjawan boleh menjadi alat kawalan pengurusan ke
atas agensi-agensi kerajaan yang membelanjakan wang
untuk program dan aktiviti kepada rakyat. Kawalan
biasanya berdasarkan konsep-konsep pengurusan yang
menurunkan kuasa-kuasa membuat perancangan
kewangan ke peringkat bawahan. Ianya akan dibuat
bersama-sama dengan peraturan-peraturan perundangan
dan arahan-arahan yang mesti dipatuhi. Biasanya pihak
Perbendaharaan adalah agensi pusat yang paling penting
mengawal pengurusan kewangan kerajaan.

2. Perbelanjaan Mengurus (PM) yang juga dikenali sebagai
perbelanjaan penggunaan digunakan untuk membiayai aktiviti-
aktiviti harian kerajaan yang bersifat ulangan dan berterusan.
Perbelanjaan ini adalah nadi kepada operasi harian jentera



202
pentadbiran kerajaan. Perbelanjaan Pembangunan (PP) pula ialah
perbelanjaan bagi projek-projek agensi yang bertujuan
mempercepatkan proses pembangunan negara.

Perbezaan utama di antara perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan ialah

(i) Sumber pembiayaan PM datang daripada
Kumpulanwang Disatukan iaitu hasil-hasil utama
kerajaan tetapi sumber PP adalah daripada lebihan
akaun semasa atau pinjaman.
(iii) Amaun perbelanjaan PP biasanya besar kerana projek-
projek pembangunan memerlukan masa yang panjang
dan modal yang besar. PM boleh dibuat ke atas item
perbelanjaan yang kecil.
(iii) Agensi yang memantau PM ialah Perbendaharaan
sementara bagi PP ialah Unit Perancang Ekonomi.


BAB 8

1. Fasa-fasa yang perlu diikuti bagi menyempurnakan sesuatu
pusingan belanjawan ialah

(i) Fasa perancangan dan analisis
Fasa ini bukan sahaja dilakukan di awal pusingan
belanjawan tetapi juga di peringkat-peringkat lain apabila
diperlukan. Di peringkat awal, agensi-agensi kerajaan
perlu merancang semua aktiviti yang hendak dijalankan
bagi memenuhi matlamat negara. Ia juga perlu merancang
perlaksanaan setiap aktiviti yang hendak dijalankan agar
dapat disempurnakan dengan cekap dan berkesan.
Pelbagai analisis perlu dilakukan bagi tujuan tersebut.

(ii) Pembentukan belanjawan
Belanjawan disediakan dan diluluskan di peringkat ini. Ia
memerlukan kerjasama yang erat di antara semua agensi
pelaksana dan agensi-agensi pusat yang berkenaan.
Pelbagai peraturan dan kaedah perlu dipatuhi bagi
menyediakan belanjawan jangka pendek dan jangka
panjang.

(iii) Fasa pelaksanaan belanjawan
Belanjawan yang telah sah dimaktubkan sebagai undang-
undang bertindak sebagai panduan kepada pentadbir
melaksanakan tugas mereka. Waran Am akan



203
ditandatangan oleh Menteri Kewangan bagi
membolehkan wang dikeluarkan daripada Kumpulan
wang Disatukan. Seterusnya, waran-waran peruntukan
akan dikeluarkan oleh Akauntan Negara kepada semua
agensi kerajaan pada skala masa dan jumlah tertentu.

(iv) Fasa penilaian belanjawan
Fasa ini bermula apabila tamat tahun semasa belanjawan.
Ia melibatkan perakaunan, pengauditan dan penilaian
semula aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan tatacara
perbelanjaan. Bukan sahaja agensi pelaksana dan
beberapa agensi pusat seperti Perbendaharaan dan Unit
Perancang Ekonomi terlibat dalam fasa ini, tetapi juga ia
melibatkan Jabatan Audit dan Jawatankuasa Kira-kira
Awam di Parlimen.

2. Sepuluh langkah utama yang berlaku dalam proses penyediaan
belanjawan mengurus tahunan ialah

(i) Arahan penyediaan belanjawan melalui surat pekeliling
Perbendaharaan.
(ii) Penyediaan belanjawan oleh semua agensi pelaksana.
(iii) Kelulusan anggaran belanjawan agensi oleh Pegawai
Pengawal dan penyelarasan dilakukan supaya sesuai
dengan dasar yang telah diputuskan oleh Jemaah
Menteri.
(iv) Cadangan belanjawan agensi dikemukakan kepada
Perbendaharaan.
(v) Agensi-agensi pusat (terutamanya Perbendaharaan)
mengkaji cadangan belanjawan yang dikemukakan.
(vi) Mesyuarat pemeriksaan belanjawan.
(vii) Kelulusan belanjawan semua agensi oleh
Perbendaharaan (Kertas Turus disediakan).
(viii) Cadangan belanjawan dikemukakan untuk kelulusan
Jemaah Menteri.
(ix) Menteri Kewangan membentangkan belanjawan di
Parlimen.
(x) Belanjawan dimaktubkan sebagai undang-undang yang
sah (diwartakan).


BAB 9

1. C

2. D



204
3. Salah

4. Tahap I merupakan tahap pendapatan rendah di mana
kebanyakan penduduk di negara berkenaan hanya mempunyai
pendapatan sara diri. Keperluan yang diutamakan pada tingkat
pendapatan ini ialah keperluan asas seperti makanan, pakaian dan
kemudahan tempat tinggal. Ini tidak bermaksud penduduk tidak
memerlukan perkhidmatan awam yang disediakan oleh kerajaan
sama sekali. Pada tahap pendapatan ini, perkhidmatan awam
utama yang perlu disediakan oleh kerajaan ialah pertahanan. Oleh
yang demikian, perbelanjaan awam tidak begitu tinggi pada
Tahap I.

Sebaliknya, pada tahap II penduduk di negara berkenaan telah
memperolehi tingkat pendapatan yang lebih tinggi. Keperluan
sara hidup mereka telah dipenuhi. Maka, mereka akan mula
memerlukan barangan swasta dan barangan awam yang lain
untuk keselesaan dan kepuasan mereka. Semakin banyak
barangan awam akan diminta seperti jalanraya, lampu jalan,
lampu isyarat, sistem pembetungan yang baik dan sistem
peparitan yang memuaskan. Selain itu, banyak lagi permintaan
yang akan dikemukakan kepada sektor awam untuk
menambahkan kebajikan masyarakat awam. Hal ini akan
menyebabkan kerajaan terpaksa memperuntukkan semakin
banyak perbelanjaan untuk memenuhi kehendak dan keperluan
masyarakat. Semakin banyak sumber yang digunakan oleh sektor
awam bermaksud semakin besar saiz sektor awam di negara
berkenaan.

BAB 10

1. C

2. Kuota import merupakan satu bentuk sekatan kepada kuantiti
barangan yang dapat diimport ke dalam sesebuah negara.
Kerajaan membuat keputusan untuk menghadkan jumlah
barangan tertentu dan akan memberikan hak atau lesen
mengimport barangan tersebut kepada pengimport tertentu yang
tertakluk kepada syarat tersebut. Oleh kerana kuantiti yang
terhad, barangan import berkenaan menjadi lebih mahal dalam
pasaran tempatan dan diharapkan peningkatan harga ini akan
menyebabkan pengguna beralih kepada barangan tempatan yang
sama jenis dengannya. Ia merupakan satu alat untuk melindungi
industri tempatan daripada persaingan antarabangsa.




205
3. Cukai perbelanjaan dianggap lebih baik daripada cukai
pendapatan kerana ia mengalakkan aktiviti menabung di kalangan
rakyat. Individu dan firma bebas untuk meningkatkan
pendapatan dan ia akan menggiatkan persaingan dan
pertumbuhan dalam ekonomi. Sementara cukai pendapatan pula
dikatakan cenderung menyebabkan kesan negatif terhadap aktiviti
produktif kerana semakin tinggi pendapatan individu dan firma
semakin banyak pendapatan mereka terpaksa diserahkan kepada
kerajaan dalam bentuk cukai.

4. Empat contoh alat-alat fiskal yang dapat memenuhi fungsi
pengagihan atau ekuiti kerajaan ialah cukai pendapatan yang
progresif, cukai ke atas barangan mewah, pemberian subsidi
kepada golongan miskin dan pembinaan perumahan awam yang
murah harganya untuk masyarakat berpendapatan rendah.

5. Untuk menghadapi persaingan yang hebat dalam era globalisasi,
kerajaan perlu mempunyai kedudukan fiskal yang kukuh dan
tidak boleh bergantung kepada sumber-sumber pembiayaan
daripada luar. Oleh itu, kerajaan hendaklah berusaha
meningkatkan keupayaan untuk menjana hasil cukai yang
mencukupi terutamanya melalui cukai langsung dan tidak
langsung, peningkatan keberkesanan perbelanjaan awam dan
memperbaiki kecekapan dan produktiviti perusahaan-perusahaan
awam.

Walaupun kerajaan telah memperkenalkan sistem taksiran sendiri
bagi cukai pendapatan untuk menjimatkan kos pentadbiran, ia
hendaklah diikuti dengan penguatkuasa secara berterusan untuk
mengenalpasti para penbayar yang lari daripada membayar cukai.
Pengenaan penalti yang tinggi hendaklah dilakukan dan
disebarkan secara meluas supaya menjadi halangan kepada aktiviti
pelarian cukai ini. Maklumat yang meluas perlu disampaikan
kepada rakyat supaya mereka mengambil tanggungjawab secara
serius untuk menyerahkan cukai kepada kerajaan. Bagaimanapun,
kerajaan perlu memodenkan sistem maklumat, perundangan
pencukaian dan struktur cukai yang ada supaya lebih berorientasi
mesra kepada pembayar cukai (taxpayer friendly).

Cukai tidak langsung perlu mempunyai asas yang meluas dan
tidak hanya melibatkan barangan terpilih sahaja. Untuk
mengekalkan keharmonian dalam iklim perdagangan global,
kerajaan tidak lagi boleh bergantung kepada cukai import.




206
Dari sudut perbelanjaan awam pula, jumlah perbelanjaan yang
banyak dan sentiasa meningkat adalah tidak bermakna jika tidak
berjaya mencapai matlamat yang diingini. Semua jenis
perbelanjaan awam perlu dikaji secara analisis kos faedah.
Perbelanjaan yang tidak menbawa nilai hasil yang tinggi perlu
dikurangkan. Para pegawai awam juga perlu mempunyai
akauntabiliti yang lebih tinggi.

Bilangan perusahaan awam yang banyak mendatangkan kos yang
tinggi kepada kerajaan. Walaupun objektif penubuhan sesetengah
perusahaan tersebut bukan untuk menjana keuntungan, ini tidak
bermakna ia perlu sentiasa menanggung kerugian atau beroperasi
pada kos yang tinggi. Semua perusahaan awam perlu berusaha
meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran dan
campurtangan politik serta dikendalikan oleh pegawai-pegawai
profesional yang bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai