Anda di halaman 1dari 3

cara mengkritik sesebuah karya seni

Biodata

Nama : mahamad Abdullah bin mahamad
No matrik : BC07110002
No kad pengenalan : 870306065413
No telefon : 0139053520
Tempat lahir : kpg new Zealand, pahang
Kursus : teknologi seni visual
Hobby : baca komik
Kemahiran : boleh melukis kartun

Cara mengkritik sesebuah karya Seni

Seni ditakrifkan sesuatu yang indah yang mana ianya sering dikaitkan dengan kehidupan alam,
sesuatu objek malah diri seseorang. Tanpa disedari ianya telah mempengaruhi hampir separuh
kehidupan manusia di seluruh dunia. Contohnya pakaian yang dihasilkan mempunyai nilai seninya
yang tersendiri yang mana reka bentuknya sentiasa berubah-rubah mengikut masa. Ini menunjukkan
juga bahawa seni mengalami perkembangan yang lebih banyak dan lebih awal berbanding dengan
teknologi. Contoh lain yang dapat diberikan ialah dalam penghasilan sesebuah kenderaan itu
memerlukan reka bentuknya terlebih dahulu. Sekiranya reka bentuknya tiada maka kenderaan
tersebut tidak dapat dikeluarkan atau tidak mempunyai pasaran yang baik kerana penghasilannya
berbentuk berkotak-kotak.

Bagi sesebuah karya yang dihasilkan dalam seni ianya bukan sahaja ditafsirkan dari sudut pandangan
luaran sahaja. Ianya melibatkan dua kaedah umum dan empat kaedah khusus. Dua kaedah umum
yang dimaksudkan ialah mengkaji dari sudut formalistic (luaran karya) dan ikonografi (aspek
dalaman). Dalam setiap kaedah umum ini masing-masing terdapat dua kaedah khusus iaitu diskripsi
dan analisis (formalistic) dan interpretasi dan pertimbangan / hipotesis (ikonografi).

untuk mengkritik anda memerlukan sebuah karya. Dari sudut diskripsi ianya memerlukan seseorang
pengkritik mengetahui mengenai cirri-ciri fizikal karya seperti pengolahan formal dan mengenalpasti
imej dan perlu mengumpul data asas/data visual karya dan fakta biodata pengkarya. Contohnya
sesebuah karya yang dihasilkan menggunakan media cat minyak, cat air, pensil dan lain-lain media.

Kaedah kedua ialah analisis. Tahap analisis karya pengkritik perlu menganalisis fakta-fakta visual
seperti komposisi, garis, cahaya, bentuk, warna dan lain-lain aspek asas seni lukis. Untuk mengkritik
sesebuah karya, pengkritik juga harus dihubung dengan persoalan proses dan teknik serta pertalian
idea dan perasaan. Pengkritik seharusnya berupaya mengenalpasti kepelbagaian hal benda
merangkumi figura (manusia), alam semula jadi, alam sekitar, dan objek buatan. Pengkritik juga
perlu kebolehan membaca penampilan imej yang mungkin berkaitan dengan pelbagai aliran dan
gaya seni (tradisi, pascamoden, dan kotemporari). Komposisinya merangkumi aspek-aspek asas seni
reka, media dan teknik. Pengkritik sewajarnya berupaya menganalisis pengolahan komposisi karya
dengan tumpuan kepada prinsip dan unsure seni serta memahani kepelbagaian bentuk tatabahasa
visual seperti abstrak, naturalistic, realistic dan lain-lain. Pengetahuan pengkritik mengenai
penggunaan media dan teknik akan mempertajamkan kritikan kerana pengkritik berupaya
menyelami karya dengnan lebih mendalam. Ini bermaksud bahawa dalam memberi kritikan bagi
sesebuah karya, pengkritik seharusnya mengetahui asas seni seperti garisan, warna, bentuk, rupa
dan jalinan. Begitu juga prnsip rekaan seperti harmoni, kepelbagaian, kadar banding, dominant,
kontra, pergerakan, kesatuan, penegasan dan ekonominya sesebuah karya tersebut. Objek-objek
yang terdapat dalam karya perlu dikenalpasti dengan baik dan mengetahui aliran yang digunakan
serta teknik seperti impasto, titik, sapuan berus secara terus dan lain-lain.

Interpretasi pula sudah mula masuk kepada unsure dalaman sesebuah karya.yang dikritik. Seseorang
pengkritik perlulah berupaya melakukan interpretasi iaitu mengenal pasti kandungan sesebuah
karya yang mengungkap sesuatu tema, makna dan fungsi. Pengkritik juga berusaha meletakkan
bentuk dan makna kontek. Ini bermaksud seseorang pengkritik seharusnya mendalami karya
tersebut berdasarkan tema karya tersebut dengan berupaya mentafsir maksud bagi penggunaan
objek dalam karya. Contohnya penggunaan objek batu yang mana menggambarkan keteguhan dan
tidak mudah kalah. Dari sudut warna pula, contohnya warna merah yang melambangkan keberanian,
sifat marah dan sebagainya. Apabila pengkritik berupaya mentafsir maksud bagi objek dalam karya
maka ianya dapat memudahkan pengkrtik memberikan pertimbangan atau hipotesis bagi karya
tersebut.

Bagi pertimbangan, aspek-aspek tertentu diperlukan oleh seorang pengkritik dalam menghasilkan
pertimbangan dan penilaian yang berbentuk formalistic, ekpresivisme, mahupun intrumentalisme
dan ini juga merupakan pendapat bagiseorang tokoh seni iaitu Feldman pada 1994. pertimbangan
dari sudut formalisme adalah pertimbangan berasaskan aspek-aspek keindahan dan harmoni.
Ekspresive ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan menyampaikan perasaan dan idea. Manakala
instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah
atau alat.

Sekiranya anda memiliki keempat-empat kaedah kritikan seni ini maka anda berupaya untuk
mengkrtik sesebuah karya seni walaupun karya yang dihasilkan merupakan sebuah karya abstrak
keran anda berupaya mendalami karya tersebut berbanding dengan pengkritik yang hanya
mengetahui aspek-aspek luaran sahaja. Terdapat pelbagai karya yang anda boleh cuba kritik.
KESAN PEMBELAJARAN KURSUS TERHADAP SAYA
Terutama sekali saya ingin meluahkan rasa syukur terhadap ilahi kerana dengan kuasanya saya
berada di Universiti Malaysia Sabah ini. Ini kerana dengan berada di institusi ini, banyak benda-
benda baru yang telah saya pelajari walaupun masih lagi baru menuntut dekat sini. Salah satu
daripada ilmu yang amat berguna dalam zaman yang serba canggih ini adalah dari segi pengetahuan
dalam bidang internent. Sudah semestinya berkaitan dengan kursus RANGKAIAN INTERNENT yang
banyak telah memberi manfaat kepada saya.
Sebagai salah satu daripada contoh manfaat yang saya perolehi adalah dari segi penggunaan
intetrnet yang ada pada hari ini dengan lebih mendalam lagi. Mungkin dulu saya banyak
mengunakan internent untuk mencari bahan-bahan bagi membuat tugasan sekolah. Namun ia
tidaklah sedalam yang mana sebagaimana saya menggunakannya pada hari ini. Dengan lebih jelas
lagi, setelah memperolehi pelajaran dalam kursus rangkaian internent ini, saya sedar bahawa masih
banyak lagi benda-benda yang saya belum terokai dalam penggunaan internent. Ini bermakna,
kursus ini telah banyak memberi maklumat kepada saya tentang benda-benda yang terdapat dalam
jaringan atau rangkaian internent pada zaman ini.
Selain daripada menambahkan ilmu pengetahuan tengtang rankaian internent, kursus ini juga telah
banyak memberitahu saya tentang sistem panyambungan yang digunakan pada zaman ini. Sebagai
contohnya seperti penggunaan wayerlass, bluetooth, inframerah dan sebagainya. Ini juga telah
meningkatkan pengetahuan saya dalam penggunaan sistem penyambungan ini. Walaupun ia juga
terdapat dalam telefon bimbit, penggunaanya lagi banyak sehinggakan boleh menghubungkan
banyak komputer dalam satu talian.
Selain itu juga kegunaan internet banyak manfaatnya. Contohnya kegunaannya dalam system
pembelajaran dan proses perniagaan. Tambahan pula melalui pembelajaran ini banyak memberi
pengetahuan yang mana penggunaan dalam perdagangan dan perniagaan dan sebagainya.
Sebagai kesimpulanya, kursus ini telah banyak memberikan kesan-kesan yang positif terhadap diri
saya dan kawan-kawan yang lain. Insya allah akan saya guna ilmu yang diajarkan ini dengan sebaik
yang mungkin. Walaupun begitu, mungkin banyak benda lagi yang saya masih belum tahu berkenaan
dengan internet dan rangkaianya.
http://dullah0002.blogspot.com/

http://mozais63.blogspot.com/2010/04/sejarah-dan-kritikan-seni-visual.html

Anda mungkin juga menyukai