Anda di halaman 1dari 27

MODUL BIMBINGAN KELOMPOK

MENINGKATKAN POTENSI DIRI


DISEDIAKAN OLEH:
MOHD ISKANDAR SHAH BIN KAMARUDDIN
135947
MOHD ZAIDI BIN ABDUL RASHID
135987
BAC. PEND. BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEM 3
PENSYARAH:
EN. WAN MARZUKI

ISI KANDUNGAN
BIL.
PRAKATA

MUKA SURAT
1

PENGENALAN

2 - 4

Modul aktiviti 1

5 - 6

Modul aktiviti 2

7 - 8

Modul aktiviti 3

9 - 10

Modul aktiviti 4

11 - 12

Modul aktiviti 5

13 - 14

Modul aktiviti 6

15 - 16

Modul aktiviti 7

17

Modul aktiviti 8

18 - 19

Modul aktiviti 9

20 - 22

Modul aktiviti 10

23 24

BIBLIOGRAFI

25

PRAKATA
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan kepada En.
Wan Marzuki. Bersyukur kami kepada Allah kerana dengan izinNya, akhirnya
kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya, iaitu
Pembinaan Modul Latihan Bimbingan Kelompok.
Terlebih dahulu kami berdua mengucapkan ribuan terima kasih yang
tidak terhingga buat En. Wan Marzuki kerana memberi tunjuk ajar, dan
nasihat yang berguna kepada kami dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
Banyak halangan yang kami tempuhi dalam proses menyiapkan tugasan ini.
En. Wan juga dapat membentuk
Kehidupan kami sebagai pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam
bidang akademik, tetapi juga sahsiah. Semoga Allah merahmati dan
memberkati En. Wan Marzuki dan sekeluarga.
Tidak lupa kepada insan yang telah mendidik kami dari kecil lagi, iaitu
ibu bapa kami, yang sentiasa doakan kejayaan kami. Terima kasih atas
segalanya. Doa kami, moga Allah melindungi, merahmati dan menempatkan
diri kalian di kalangan hamba-hambaNya yang diredhai.
Untuk sahabat-sahabat yang banyak membantu, terima kasih atas
segalanya. Sesungguhnya, perjuangan kita masih belum selesai. Wassalam.

PENGENALAN
Bimbingan merupakan satu proses pembelajaran yang bertujuan untuk
perkembangan potensi individu yang paling maksimum (Robert D.Myrick,
Ph.D, 1987). Bimbingan boleh dilakukan secara individu atau berkelompok.
Terdapat banyak program bimbingan yang dijalankan dan alat bantuan yang
digunakan dalam menjalankan program bimbingan tersebut, salah satu alat
bantuan ialah modul.
Greager dan Murray (1985) menyatakan bahawa modul adalah satu
unit pengajaran yang lengkap dan bebas dengan fokus utamanya ialah untuk
mencapai beberapa objektif yang telah dinyatakan.
Kamdi Kamil (1990) pula mentakrifkan modul sebagai satu pakej
pengajaran dan pembelajaran atau pukal belajar sendiri yang lengkap dengan
komponen-komponen pengajaran pembelajaran seperti objektif, bahan dan
aktiviti pembelajaran, aktiviti penilaian serta arahan dan tatacara yang
sistematik supaya pelajar dapat mengikuti langkah demi langkah bagi
menguasai sesuatu unit pembelajaran dan boleh dijalankan secara individu
(Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad, 2005).
Terdapat beberapa jenis modul dan pendapat yang berbeza berkaitan
dengan jenis modul ini. Antaranya, Amrstrong (1973) telah membahagikan
modul kepada tiga jenis, iaitu modul permohonan, modul prosedur dan modul
struktur. Dalam bimbingan kelompok terdapat beberapa jenis iaitu, kelompok
perbincangan, kelompok maklumat, kelompok melaksanakan sesuatu tugas,
kelompok latihan, kelompok kaunseling, dan kelompok psikoterapi.

Sasaran kami untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dalam modul yang dicipta ini
ialah pelajar sekolah menengah kerana menyedari hakikat bahawa pelajar
sekarang perlu bersaing untuk menempatkan peluang belajar di universiti.
Jadi

dengan ini, pelajar perlu membuktikan dengan mendapat keputusan

yang cemerlang dalam peperiksaan. Ini membuktikan dengan berbekalkan


keputusan yang cemerlang dalam akademik sahaja tidak mencukupi untuk
menunjukkan potensi pelajar itu berjaya di universiti atau lebih tinggi,
Oleh itu, pelajar terbaik adalah cemerlang dalam akademik dan kokorikulum perlu mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran
komunikasi, kemahiran bekerjasama dalam kumpulan, berkepimpinan dan
pelbagai kemahiran lain. Dalam modul kami ini terdapat aktiviti-aktiviti yang
mengandungi kemahiran tersebut dan mampu untuk membantu pelajar sedikit
sebanyak.
Dalam modul ini kami memilih Modul Meningkatkan Potensi diri. Di
mana

pelajar-pelajar dapat membentuk personaliti yang terbaik dalam

menjalani kehidupan seharian.

OBJEKTIF MODUL
Selepas, selesai mengikuti modul ini, pelajar-pelajar :
1) Meningkatkan keyakinan diri sewaktu berkomunikasi dengan orang
ramai.
2) Menyedari halangan dan dugaan dalam menjalani kehidupan sebagai
pelajar sekolah pada masa kini.
3) Menyedarkan para peserta betapa pentingnya bekerja dalam satu
kumpulan kerana apabila bersatu padu dalam satu kumpulan, maka
semua masalah dapat diatasi.
4) Melatih diri untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan
hidup sebagap bakal pemimpin pada masa hadapan.
5) Melatih diri supaya berfikiran kreatif dan kritis apabila berhadapan
dengan sesuatu isu.
6) Mempertingkatkan keyakinan diri dan menganggap diri mereka adalah
yang terbaik.

KUMPULAN SASARAN
Para pelajar sekolah menengah
KAEDAH PENYAMPAIAN
1. Percambahan pendapat
2. Penerangan fasilitator
3. Aktiviti kumpulan

MODUL AKTIVITI 1
Nama Aktiviti

: Ice Breaking

Masa

: 1 jam

Bahan

: Pen, Pensil & Kertas

Objektif

:
1) Mengenali serta mewujudkan hubungan yang baik
antara ahli.
2) Melatih

kemahiran

berinteraksi

secara

interpersonal di kalangan ahli kelompok.


3) Melatih diri menjadi lebih berani apabila berdepan
dengan masyarakat.
4) Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi
pelajar lebih baik.
Prosedur

:
1) Aktiviti dimulakan dengan bacaan Al Fatihah bagi
yang Muslim dan bagi yang

bukan Muslim,

mereka diminta bertafakur sebentar.


2) Fasilitator akan memperkenalkan diri kepada ahliahli kelompok sebelum memulakan aktiviti.
3) Seterusnya fasilitator memberikan penerangan
mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
4) Selepas itu, fasilitator mengedarkan bahan-bahan
aktiviti kepada setiap ahli.
5) Ahli-ahli kelompok dikehendaki melukis lambang
pengenalan

diri

masing-masing.

Setiap

ahli

diperuntukkan

masa

selama

minit

dalam

menyiapkan tugasan yang diberikan.


6) Seterusnya

setiap

ahli

diminta

supaya

membentangkan hasil kerja yang dilakukan secara


individu itu kepada ahli-ahli kelompok yang lain.
7) Semasa proses pembentangan dilakukan ahli-ahli
kelompok yang lain bebas mengutarakan soalan
mengenai diri ahli yang membuat pembentangan.
8) Setelah setiap ahli selesai membentangkan hasil
tugasan masing-masing, fasilitator mengutarakan
kesimpulan aktiviti tadi.
9) Fasilitator memberitahu bahawa setiap insan
adalah unik dan mempunyai kesitimewaan yang
tersendiri.
10)Peserta

akan

belajar

menghormati

dan

menghargai diri dan orang lain. Hal ini bertujuan


untuk memastikan setiap ahli kelompok memberi
perhatian

semasa

proses

pembentangan

dilakukan.
11)Fasilitator membuat konklusi aktiviti.

Falsafah

: Mengenali keistimewaan diri sendiri dan orang lain

seperti berada di puncak bukit,harganya tidak ternilai

MODUL AKTIVITI 2
Nama Aktiviti

: Diriku Seorang Bisu

Masa

: 1 jam

Bahan

: satu bilik kosong

Objektif

:
1)

Mempertingkatkan

keyakinan

diri

dan

menganggap diri mereka adalah yang terbaik.


2)

Mengetahui

teknik-tenik

komunikasi

yang

berkesan.
3)

Menilai kepentingan kerjasama di dalam sesuatu


kelompok.

Prosedur

:
1)

Aktiviti dimulakan dengan membaca surah AlFatihah bagi yang muslim dan bagi yang bukan
muslim mereka diminta bertafakur sebentar.

2)

Fasilitator memanggil salah seorang daripada ahli


kelompok yang paling kacak atau cantik.

3)

Peserta yang sukarela mengaku diri mereka


kacak atau cantik di kehendaki masuk ke dalam
sebuah bilik yang kosong.

4)

Fasilitator

memberi

satu

ungkapan

peribahasa kepada peserta sukarela tersebut.


Contoh, hangat-hangat tahi ayam.
5)

Peserta

tersebut

dikehendaki

menyampaikan

peribahasa tersebut kepada seorang rakan yang

lain tanpa menggunakan percakapan lisan dan


hanya menggunakan gaya serta pergerakan tubuh
badan sahaja.
6)

Peserta

yang

kedua

dikehendaki

menyampaikan pribahasa tersebut dengan syarat


yang sama kepada peserta yang ketiga dan
seterusnya secara bergilir-gilir.
7)

Seorang fasilititor memantau pergerakan

peserta dalam bilik tersebut agar peserta tidak


melanggar syarat aktiviti.
8)

Peserta terakhir dikehendaki memberitahu

pribahasa yang diterima kepada ahli kelompok.


9)

Fasilitator

seterusnya

mengesahkan

pribahasa yang disampaikan oleh peserta yang


terakhir. Jika tidak benar, fasilitator memberitahu
peribahasa yang sebenar kepada peserta.
10)

Fasilitator

membuat

rumusan

aktiviti yang telah dijalankan.

Falsafah

: Komunikasi berkesan asas perpaduan

tentang

MODUL AKTIVITI 3
Nama aktiviti

: Menuju ke puncak Everest

Masa

: 1 jam

Bahan

: 2 helai kertas mahjung, 10 helai kertas A4, pita pelekat


dan gunting.

Objektif

:
1) Menggunakan daya kreativiti dalam membuat
sesuatu perancangan.
2) Menyedari hakikat kegagalan dalam mengejar
cita-cita.
3) Menyedari betapa tingginya harapan ibu bapa
terhadap masa depan mereka.
4) Dapat membentuk sifat kerjasama antara ahli
kumpulan.
5) Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan
kemahiran di dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diarahkan

Prosedur

:
1) Aktiviti dimulakan dengan membaca surah AlFatihah bagi yang muslim dan bagi yang bukan
muslim mereka diminta bertafakur sebentar.
2) Ahli kelompok dibahagikan kepada dua kumpulan.
3) Setiap kumpulan disediakan dengan sehelai kertas
mahjung, 5 helai kertas A4, pita pelekat dan
gunting.

4) Setiap kumpulan dikehendaki membina sebuah


menara setinggi dan secantik yang mungkin serta
sekukuh yang boleh.
5) Setelah selesai, fasilitator akan menguji tahap
pengukuhan menara yang telah dibina dengan
meniup menara tersebut.
6) Fasilitator menerang dan memprovok binaan yang
telah dihasilkan oleh peserta dengan mengaitkan
matlamat atau cita-cita masing-masing.
7) Seterusnya, fasilitator bertindak meroboh dan
memusnahkan binaan tersebut bagi meningkatkan
kemarahan peserta.
8) Peserta diberi peluang untuk meluahkan perasaan
mereka apabila hasil binaan mereka diruntuhkan.
9) Fasilitator membuat rumusan dengan mengaitkan
binaan yang musnah tersebut bagaikan harapan
ibu bapa yang tinggi terhadap mereka tetapi
mereka telah mensia-siakannya.

Falsafah

: Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih

tidak akan datang melayang.

MODUL AKTIVITI 4
Nama aktiviti

: Cita-cita saya

Masa

: 1 jam

Bahan

: alat tulis dan kertas A4

Objektif

:
1) Pelajar dapat menyenaraikan kaedah-kaedah yang
boleh dilakukan untuk mencapai cita-cita mereka.
2) Pelajar dapat berfikir cita-cita beliau pada masa akan
datang.
3) Dapat mengatur langkah-langkah agar berjaya dengan
cita-cita yang diinginkan.

Prosedur

:
1) Aktiviti dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah
bagi yang muslim dan bagi yang bukan muslim mereka
diminta bertafakur sebentar.
2) Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap
peserta.
3) Fasilitator menerangkan tugasan yang perlu dilakukan
oleh peserta.
4) Pelajar menulis dan menyenaraikan kaedah-kaedah ke
arah mencapai cita-cita tanpa pengetahuan rakanrakan.
5) Setelah selesai menyenaraikan, secara rawak pelajar
membacakan kaedah-kaedah yang ditulis oleh mereka.

6) Fasilitator

menyenaraikan

semua

kaedah-kaedah

tersebut di papan tulis.

Falsafah

: Kejayaan boleh dicapai melalui usaha-usaha yang

betul, berterusan dan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa.

MODUL AKTIVITI 5
NAMA AKTIVITI

: Fantasi kejayaan

MASA

: 45 minit

BAHAN

: Tiada

OBJEKTIF

:
1) Supaya peserta dapat meningkatkan konsep diri.
2) Supaya peserta dapat menikmati erti dan perasaan
sesuatu kejayaan.
3) Otak pelajar dapat berfikir pada masa akan datang.
4) Timbul celik akal untuk berjaya.

PROSEDUR

:
1) Aktiviti dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah
bagi yang muslim dan bagi yang bukan muslim mereka
diminta bertafakur sebentar.
2) Fasilitator mengarahkan supaya semua ahli kumpulan
memejam mata, tarik nafas dan hembusan (beberapa
kali). Cuba bertenang.
3) Cuba bayangkan suatu hari anda berasa amat gembira
sekali sepanjang hidup anda. Tumpukan perhatian
pada suatu kejayaan waktu itu.
4) Cuba ingatkan kembali kejayaan itu. Di manakah ia
berlaku

Adakah

anda

mencapainya

secara

berseorangan atau dengan bantuan orang lain ?


Adakah anda merancang untuk mencapainya atau ia
berlaku secara spontan.
5)

Sekarang sedarkan diri anda.

6)
FALSAFAH

Minta peserta berkongsi kejayaan masing- masing

: Setiap individu perlu yakin mereka akan berjaya jika

berusaha dengan bersungguh-sungguh.

MODUL AKTIVITI 6
NAMA AKTIVITI

: Rantaian Bing Bong

MASA

: 45 minit

BAHAN

: 2 kotak pencil

OBJEKTIF

:
1) Meningkatkan kemahiran komunikasi.
2)

Memupuk semangat kerjasama diantara ahli

kumpulan
3)

Mempertingkatkan

kemahiran

menerima

maklumat dan menyebarkan maklumat.


PROSEDUR

:
1) Fasilitator mengarahkan supaya semua ahli kumpulan
duduk dalam satu bulatan besar. Fasilitator akan
bertindak sebagai ketua kumpulan untuk memberikan
arahan.
2) Fasilitator akan memberi kotak pensel kepada orang
kanannya dengan berkata this is a bing. Ahli yang
terima kotak pensil mesti bertanya what?
3) Fasilitator akan membalas A bing. Penerima akan
membalas A bing, thank you sambil terima kotak
pensil.
4) Pemegang kotak pensil diberikan pula pada orang
kanan yang seterusnya. Mengikut putaran lawan jam.
Ulang langkah 2 dan 3 tetapi pertanyaan akan

dilontarkan secara berantai kepada ketua begitu juga


jawapan akan diberikan secara berantai melalui ahli.
5) Kotak pensil yang satu lagi diberikan kepada orang
disebelah kiri. Mengikut putaran Dialog yang sama
akan diberikan tetapi bing akan ditukarkan kepada
bong. Prosuder sama seperti 2, 3, dan 4 sehingga
kedua-dua kotak pensil kembali kepada ketua dengan
melalui satu putaran lengkap.
6) Minta ahli berkongsi pendapat masing- masing.
FALSAFAH

: kecelaruan dalam penyampaian maklumat akan

menyukarkan makna yang ingin disampaikan.

Fasilitator

MODUL AKTIVITI 7
Nama aktiviti

: Garisan hidupku

Masa

: 1 jam

Bahan

: alat tulis dan kertas A4

Objektif

:
1) Mengingatkan kembali ahli-ahli kelompok tentang
pengalaman lepas.
2) Menghargai kejayaan dan kegagalan yang dilalui
3) Menjadikan

perkara

yang

telah

dilalui

sebagai

pemangkin dalam mencapai matlamat hidup.


Prosedur

:
1) setiap pelajar dikehendaki untuk melukiskan graf
hidup berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
2) Lajur Y mewakili perasaan bermula dari -20 hingga
20. manakala lajur X mewakili umur mereka yang
bermula dengan 0 hingga umur sekarang.
3) Pelajar dikehendaki melukiskan graf tentang masam
manis pengalaman yang dilalui mengikut tahun.
4) Setelah semua pelajar selesai, mereka diminta
menceritakan

tentang

graf

hidup

mereka.

Ahli

kelompok digalakkan bertanyakan soalan.


Falsafah
diri seseorang.

: Segala pengalaman yang dilalui lebih mendewasakan

MODUL AKTIVITI 8
Nama aktiviti

: Aku bukan mat jenin

Masa

: 40 Minit

Bahan

: Kertas A4, pensel warna, pen/pensel,

Objektif

:
1) Melahirkan ahli kelompok yang mampu melahirkan idea
serta cadangan yang bernas dan rasional
2) Memberi

peluang

ahli

bersuara

dan

memberi

pendapat,seterusnya menjana kekuatan dalaman ahli


3) Memupuk keyakinan diri di kalangan ahli kelompok
Prosuder

:
1) Setiap ahli kelompok akan diberi kertas A4.
2) Fasilitator meminta ahli kelompok melukis objek yang
paling penting dalam kehidupan seharian.
3) Fasilitator meminta ahli kelompok menerangkan tentang
lukisan masing-masing dan memberi alasan atau sebab
mereka memilih objek tersebut.
4) Rakan-rakan lain diminta untuk bertanyakan soalan
kepada ahli kelompok.
5)

Setelah giliran untuk menerangkan tentang lukisan


mereka tamat, ahli kelompok diminta untuk

berbahas

dan menegakkan bahawa objek yang dipilih oleh masingmasing adalah paling penting.
6) Kaunselor akan memastikan setiap ahli bercakap dan
tidak pasif

7) Kaunselor meminta ahli memberi pandangan tentang


tujuan aktiviti tersebut diadakan dan apakah manfaat
yang diperolehi oleh setiap ahli
8) Fasilitator membuat rumusan tentang aktiviti.
Setiap ahli seharusnya mempunyai keyakinan
dalam menentukan setiap kenyataan atau setiap
idea yang mereka utarakan.
Memupuk semangat berkerjasama di kalangan
ahli kelompok.
Ahli

perlu

sedar

bahawa

setiap

manusia

mempunyai hak untuk bersuara.

Falsafah

: Selagi tak dipecahkan ruyungnya, bagaimana untuk

mendapatkan sagunya.

MODUL AKTIVITI 9
Nama aktiviti

: Seharian Dalam Kehidupan Saya

Masa

: 1 jam

Bahan

: Kertas A4, borang pengurusan masa, pen.

Objektif

: Pada akhir aktiviti ini peserta akan dapat


1. membuka minda dan fikiran tentang pentingnya
pembahagian masa mengikut kepentingan.
2. Menetapkan jadual harian yang wajib dengan
mengutamakan tugasan yang segera dan penting.
3. Menguruskan kehidupan harian dengan baik dan
sistematik.

Prosuder

:
1. Fasilitator mengedar kertas A4, pen dan boring
pengurusan masa kepada setiap peserta.
2. Fasilitator memberi penerangan berkenaan aktiviti
yang akan dijalankan.
3. Peserta dikehendaki mengisi borang yang telah
diedarkan.
4. Setelah selesai mengisi borang, setiap peserta
menyampaikan kepada ahli kelompok berkaitan
dengan jadual yang telah diisi.
5. Setelah setiap peserta mengambil bahagian, para
peserta berbincang antara mereka berkenaan
kepentingan keutamaan aktiviti seharian.

6. Peserta dikehendaki berbincang antara mereka


berkenaan pengurusan masa dari sudut akademik
dalam aktiviti seharian.
7. Hasil perbincangan, peserta dikendaki membuat
jadual aktiviti seharian mereka. Jadual tersebut
akan

menjadi

rujukan

sepanjang

kehidupan

rumusan

berkaitan

seharian mereka.
8. Fasilitator

membuat

kepentingan pengurusan diri dan masa mengikut


kepentingan-kepentingan.
Falsafah

: kecemerlangan pengurusan masa pembentuk


peribadi unggul dalam meningkatkan potensi diri.

Lampiran :
Borang pengurusan masa

SEGERA

PENTING

TAK
PENTING

TIDAK SEGERA

MODUL AKTIVITI 10
Nama aktiviti

: Muhasabah Diri

Masa

: 1 jam

Bahan

: kertas A4 dan pen

Objektif

:
1) Mengingat kembali semua aktiviti yang telah mereka
lalui iaitu aktiviti pertama hingga aktiviti sembilan.
2) Kesedaran tentang peranan mereka sebagai hamba
Allah yang taat, anak yang soleh dan pelajar yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
3) Merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli kelompok dan
fasilitator.
4) Ahli kelompok menyedari tugas mereka sebagai
pelajar berat.

Prosedur

:
1) Aktiviti dimulakan dengan bacaan Al Fatihah bagi
yang Muslim dan bagi yang bukan Muslim, mereka
diminta bertafakur sebentar.
2) Ahli kelompok sama-sama memberi pendapat tentang
input yang telah diperolehi sepanjang sesi yang telah
dijalankan sebelum ini.
3) Aktiviti diteruskan dengan refleksi diri. Dimana ahli
kelompok diminta untuk menutup mata.
4) Ahli kelompok diminta untuk kosongkan fikiran,
tenangkan hati, dan ikhlaskan diri dalam menjawab

soalan yang akan diutarakan oleh fasilitator. Ahli


kelompok diminta untuk merenung kembali kesalahan
mereka dan dosa-dosa yang pernah mereka lakukan
5) Ahli kelompok diminta untuk membuka mata
6) Seterusnya fasilitator akan memberikan ahli kelompok
sehelai kertas A4 dan pen.
7) Setiap ahli kelompok diminta untuk membentangkan
hasil kerja mereka.
8) Setelah

selesai

perbentangan,

fasilitator

akan

merumus tentang aktiviti yang terakhir ini.


9) Aktiviti diakhiri dengan bacaan Tasbih Kifarah dan
surah Al-Asr bagi ahli yang beragama Islam dan bagi
yang bukan Islam, diminta bertafakur sebentar
10)Fasilitator dan ahli kelompok bermaaf-maafan.

Falsafah

: Manusia Bukanlah Maksum seperti Nabi-Nabi ALLAH,

Tapi Ini Bukan Alasan Untuk Kita melakukan Kesilapan.

RUJUKAN
Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Hj Muhammad Zakaria (2005)
Petua Pelajar Cemerlang,Cheras, Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd

Mohamed Fadzil Che Din. (2005). Modul Umum dalam Aktiviti Bimbingan dan
Kaunseling Kelompok. Universiti Putra Malaysia.

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Nasir Markom, Othman A. Kassim (2001).
Permainan kreatif untuk guru dan jurulatih, Karya Bestari Sdn. Bhd. : Shah
Alam.

Sidek Mohd Noah, Jamaluddin Ahmad. 2005. Pembinaan Modul. Universiti


Putra Malaysia. SERDANG: Penerbit UPM.

Anda mungkin juga menyukai