Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan Akidah Islam- Mengenal Akidah Islamiyyah

Apa itu Akidah???


Kata "aqidah" diambil dari kata dasar "al-aqdu" yaitu ar-rabth(ikatan), alIbraam (pengesahan), al-ihkam(penguatan), at-tawatstsuq (menjadi kokoh, kuat), asysyaddu biquwwah (pengikatan dengan kuat), at-tamaasuk (pengokohan) dan alitsbaatu (penetapan). Di antaranya juga mempunyai arti al-yaqiin (keyakinan) dan aljazmu (penetapan).
Aqidah Islam bermaksud keimanan dan keyakinan yang teguh dengan Rububiyyah
Allah ta'ala, Uluhiyyah-Nya, Asma'u wa sifah-Nya, Qada' dan Qadar, hari Kiamat,
segala berkaitan perkara ghaib, pokok-pokok agama dan apa yang disepakati oleh
salafus salih dengan ketundukkan yang bulat kepada Allah ta'ala dari segi perintah-Nya,
hukum-Nya, ketaatan kepada-Nya serta meneladani Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam.

Nama-nama lain ilmu Akidah


Terdapat beberapa pecahan nama-nama ilmu Akidah yang telah dipersetujui oleh
ulama' Islam yang merujuk kepada ilmu ketuhanan dan kerasulan antaranya ialah:

1. Ilmu Tauhid- Dasar ilmu ini membicarakan mengenai keEsaan Allah SWT dan
kewujudan Allah SWT.
2. Ilmu Usuluddin- ilmu yang membicarakan mengenai perkara asas dalam Islam
(Akidah)
3. Ilmu Akaid- Ilmu berasaskan kepada kepercayaan dan keyakinan yang mantap
dan kukuh di dalam hati.
4. Ilmu Kalam- Ilmu perbahasan atau perdebatan kerana pada peringkat awal ilmu
ini membawa kepada perdebatan lidah/ percanggahan pendapat.
5. Ilmu Makrifah- Ilmu mengenal Allah dan rasulNya.
Tujuan Mempelajari Ilmu Akidah

Setiap ilmu yang kita belajar pasti ada sebab dan tujuannya. Jika belajar tanpa tujuan
maka sia-sialah ilmu yang dipelajari. Antara tujuan belajar ilmu Akidah Islam ialah:
1. Untuk memperoleh keyakinan dan kepercayaan yang mantap dan kukuh tentang
kewujudan Allah S.W.T dan kesempurnaan sifat-sifatNya berdasarkan dalil nakli dan
akli seperti mana yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah Al-Ikhlas ayat 1-4.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa(1)
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat(2)
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan(3)
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.(4)

surah ini jelas menunjukkan akan ketauhidan Allah S.W.T dan betapa pentingnya
Akidah itu untuk disempurnakan sebelum menyusul kemantapan Ibadah dan akhlak.
2. Untuk melahirkan kesedaran kepada Mukmin bahawa seluruh kehidupan yang
dilangit dan dibumi atau dimana jua adalah di bawah kekuasaan, kawalan, dan
pengawasan Allah S.W.T
3. Supaya dapat merealisasikan keyakinan Akidah yang kukuh dan jitu dalam setiap
tindakan dan amalan seharian seorang Mukmin.

Anda mungkin juga menyukai