Usul Tafsir

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 38

DEFINISI TAFSIR

At-Tafsir menurut bahasa : "

( " menerangkan sesuatu).

Firman

Allah Taala:
"

"

Dan mereka tidak membawa kepada Mu sesuatu kata-kata ganjil (untuk


menentangmu) melainkan Kami bawakan kepada kebenaran dan penjelasan
yang sebaik-baiknya untuk menangkis segala yang mereka katakan itu
Setengah ulama berpendapat ilmu tafsir bukanlah sesuatu ilmu yang
boleh ditafsirkan seperti ilmu-ilmu yang lain malah ilmu Tafsir lebih

( ),

merupakan

kerana demikian cukuplah sebagai takrifan:

Menerangkan Kalam Allah atau menerangkan lafaz-lafaz al-Quran dan


mafhumnya.
Walaubagaimanapun,

setengah

ulama

cuba

mentafsirkan

Tafsir dengan berbagai takrif. Antaranya ialah takrif yang diberikan oleh
Abu Hayyan dalam kitabnya al-Bahru al-Mahith sebagai berikut:
Ilmu Tafsir ialah ilmu yang membicarakan tentang bagaimana hendak
menuturkan

perkataan-perkataan

Al-Quran

(dari

segi

tajwid)

dan

memberikan makna menurut keadaan perkataan dan hukuman-hukuman


pada ketika ia satu perkataan

( )

dan pada ketika bersusun

( )

dan makna-makna yang boleh diertikan pada ketika hakikat atau majaz.
Juga membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan nasikh dan mansukh
dan sabab nuzul
Dari

takrifan

yang

diberikan

oleh

Abu

Hayyan

di

atas

jelas

menunjukkan bahawa mentafsirkan Al-Quran itu mengandungi penjelasan,


huraian, cara membacanya mengikut tajwidnya, menghuraikan maksud-

maksud ayat sesuai dengan keadaan perkataan ketika


ketika

( ),menghuraikan

( )

dan pada

makna-makna hakiki dan majazi dan

menghuraikan ayat-ayat naskh dan mansukh juga sabab nuzulnya.


SYARAT-SYARAT PENTAFSIR AL-QURAN (MUFASSIR)
Para ulama banyak membahaskan syarat-syarat tfsir al-Quran sebelum
ditafsirkannya seperti al-Suyuti melalui kitabnya, al-Itqan Fi Ulim al-Quran,
Syeikh Ibn Taimiyah dalam Mukadimah Fi Usul al-Tafsir, Ibn al-Qayyim dalam
al-Tibyan Fi Aqsam al-Quran, al- Zarkasyi dalam al-Burhan, al-Zurqani dalam
anahil al-Irfan dan ramai lagi ulama.
Mentafsirkan

al-Quran

merupakan

amanah

yang

berta

dan

besar.

Sehubungan dengan itu, bukan sebarang orang yang mampu untuk memikul
amanah yang besar ini. Oleh itu, sesiapa sahaja yang ingin mentafsirkan alQuran, hendaklah memenuhi syarat-syarat tertentu agar terhindar daripada
melakukan kesilapan ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Antara syaratsyarat tersebut adalah seperti yang berikut :
a) Akidah yang benar. Syarat ini sangat penting bagi menjamin mufassir
tidak melakukan penyelewengan terhadap ayat-ayat al-Quran. Selain
itu, mereka juga tidak terdorong kepada mazhab-mazhab yang
menyeleweng dengan mengemukakan pentakwilan yang bertentangan
dengan akidah yang benar.
b) Bersih

daripada

hawa

nafsu.Hal

ini

kerana

hawa

nafsu

akan

mendorong diri seseorang itu untuk membela dan menegakkan


kepentingan mazhabnya semata-mata.
c) Mempunyai keahlian dalam bidang hadis, riwayah dan dirayah, kerana
hadis-hadis Nabi merupakan penjelasan dalam mentafsirkan ayat-ayat
mujmal dan mubham dan seterusnya hadis-hadis Rasulullah akan

membntu pentafsir menerangkan segala kemusykilan yang timbul


berhubung perkara ini.
d) Mempunyai ilmu yang luas dalam pelbagai bidang seperti :
i)
Ilmu Bahasa Arab. Oleh kerana pentingnya penguasaan terhadap
ilmu bahasa Arab dalam menafsirkan ayat al-Quran terutamanya
yang berkaitan dengan tatabahasa dan irab perkataan, maka
mujahid telah mengatakan yang bermaksud,
Tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat
berbicara mengenai sesuatu yang terdapat dalam Kitabullah apabila di tidak
mengetahui bahasa Arab
Selain itu, ilmu bahasa Arab juga merangkumi ilmu-ilmu berikut :

Ilmu Tasrif (sorof) kerana dengannya dapat diketahui bina (struktur)

dan sighah (kata kerja) sesuatu kata.


Isytiqaq (derivasi) kerana sesuatu nama apabila isytiqaqnya berasal
daripada dua subjek yang berbeza, maka ertinya pun juga

berbeza.
Al-Bayan

kerana

dengannya

dapat

diketahui

kekhususan

pasti
tarkib

(komposisi) suatu kalimat dari segi perbezaanya sesuai dengan jelas

atau tidaknya sesuatu makna.


Al-Badi kerana dengannya

dapat

diketahui

kekhususan

tarkib

(komposisi) suatu kalimat dari segi keindahan suatu kalimat Ketiga-tiga


ilmu di atas ( al-Maani, al-Bayan dan al-Badi) disebut sebagai ilmu
balaghah yang merupakan ilmu yang perlu dikuasai dan diperhatikan
oleh seseorang mufassir agar peka terhadap keindahan bahasa (Ijaz)
al-Quran.
ii)

Ilmu

Qiraah

kerana

dengannya

dapat

diketahui

cara

mengucapkan al-Quran dan kuat tidaknya model bacaan yang


disampaikan antar satu qari dengan qari yang lainnya.

iii)

Mendalami ilmu usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannya


seseorang mufassir dapat mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang

iv)

berkaitan dengan .
ketuhanan dan hak-hak

Allah

dengan

betul

serta

tidak

mentakwilkannya dengan sewenag-wenangnya atau dengan


v)

melampaui batas.
Berpengetahuan dalam Usul Fiqh kerana ia dapat membantu
mufassir membuat kesimpulan dari ayat-ayat al-Quran dan
berdalil dengannya. Juga dengannya dapat diketahui wajh al-

istidlal (segi penunjukan dalil) terhadap hukum dan istinbat.


vi)
Berpengetahuan luas dalam ilmu Ulum Al-Quran seperti :
Asbabun Nuzul (sebab-sebab turunnya ayat) kerana dengannya
dapat

diketahui

maksud

ayat

sesuai

dengan

peristiwa

diturunkannya.
An-Nasikh wa al-Mansukh agar diketahui mana ayat yang
muhkam(ditetapkan hukumnya) dari yat selainnya.
iv)

Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti sosiologi, antropologi,

zoology, ilmu

sejarah, geografi, psikolgi serta ilmu semasa seperti

ekonomi, politik sosoal dan sebagainya bagi membantu mufassir untuk


mentafsirkan al-Quran.
e) Memulakan tafsir al-Quran dengan al-Sunnah itu sendiri.
f) Mentafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah.
g) Merujuk kepada pandangan dan ijtihad para sahabat.
h) Merujuk kepada pendapat Tabiin jika tidak terdapat tafsiran para
sahabat.
i) Ilmu mauhibbah, iaitu ilmu yang Allah Taala anugerahkan kepada
orang yang mengamalkan ilmunya.
ADAB-ADAB PENTAFSIR AL-QURAN (MUFASSIR)

Pentafsir perlu memiliki adab-adab yang baik untuk membolehkan mereka


mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Antaranya adalah seperti berikut :
1) Niat dan tujuan yang baik
Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang sahih bermaksud : Setiap
amalan adalah berdasarkan kepada niatnya. Justeru, untuk berkhidmat
kepada al-Quran, perlulah memiliki niat yang baik agar tidak terjerumus ke
dalam usaha yang melibtkan keduniaan dan sempamanya.
2) Berakhlak Mulia
Seorang mufassir akan dijadikan contoh teladan oleh orang lain. Oleh itu, dia
hendaklah mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia sesuai dengan
ajaran al-Quran itu sendiri.
3) Beramal dengan isi kandungan al-Quran
Ilmu yang dipraktikkan akan lebih mudah diterima berbanding ilmu yang
tidak diamalkan. Selain itu, ilmu yang diamalkan juga akan membawa
kepada keberkatan. Pepatah Arab telah menyatakan : Ilmu tanpa mal
ibarat pohon yang tidak berbuah
4) Bersikap Tawadhuk dan Merendahkan Diri
Kesombongan yang wujud akan menjadi hijab daripada ilmu tersebut
dimanfaatkan.
5) Tegas dalam Menyampaikan Kebenaran
Raulullah telah menyatakan bahawa Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang
benar di hadapan pemerintah yang zalim.

SEJARAH PERKEMBANGAN TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH,


SAHABAT DAN TABIEN.
TAFSIR ZAMAN RASULULLAH
Metode/Bentuk Penafsiran
Orang yang mula-mula mewujudkan ilmu Tafsir al-Quran dan menjelaskan
maknanya kepada orang ramai ialah Rasulullah s.a.w . Baginda ialah orang
yang paling faham tentang makna-makna ayat al-Quran. Baginda juga
memahami tentang rahsia-rahsia yang terkandung dalam al-Quran dan
mengetahui tujuan sesuatu ayat berkenaan diturunkan. Bahkan dalam
sesetengah ayat, seruan itu ditujukan terus secara langsung kepada baginda
s.a.w supaya menjelaskannya kepada manusia. Contohnya ayat berikut:
Supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah
diturunkan kepada mereka,
Menurut Ibn Kaldun dalam Muqaddimahnya, Nabi s.a.w menjelaskan kepada
sahabt-sahabat tentang ayat-ayat yang umum dengan mempericikan supaya
difahami

dengan

jelas

oleh

mereka.

Demikian

juga

bginda

s.a.w

membezakan mana ayat yang Nasikh dan mana yang mansukh. Penjelasan
Rasulullah member faham makna dan maksud tersirat dalam ayat, manakala
peristiwa atau sebab nuzul sedia diketahui oleh para sahabat yang
menyaksikan wahyu diturunkan. Semuanya ini diperjelaskan oleh Nabi
sendiri kepada sahabat sahabat baginda s.a.w sehingga mereka benarbenar faham dan mengerti penjelasan dan pentafsiran sesuatu ayat al-Quran
dan perkara yang berkaitan dengannya. Ilmu pentafsiran ini kemudiannya
berpindah daripada generasi sahabat kepada generasi tabiin dan begitulah
seterusnya.

Keadaan ini berterusan apabila ilmu ini sentiasa berpindah randah dari
generasi pertama iaitu generasi sahabat kepada generasi seterusnya iaitu
generasi

tabiin

dan

sehingga

generasi

kebelakangan.

Sehinggalah

pengetahuan ini menjadi satu cabang ilmu yang akhirnya dibukukan khusus.
Kemudian ilmu ini kian bercambah dengan penulisan buku-buku yang
tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Semua ini dipindahkan secara
asli daripada sahabat, tabiin dan generasi selepasnya sehinggalah lahir
tokoh-tokoh Tafsir yang terkenal seperti al-Tabari , al-Wafidi, al-Thalibi dan
seumpama mereka.
Kesimpulannya, boleh dikatakan metode yang dibawa oleh Nabi Muhammad
s.a.w ialah metode terus atau secara langsung. Ini bersesuaian dengan
keadaan Nabi yang bertindak sebagai pemberi penjelasan terhadap ayatayat al-Quran yang diturunkan kepadanya.
Secara kesimpulannya, metode Rasulullah s.a.w menafsirkan al-Quran
kepada sahabat ialah seperti yang berikut:
a) Menjelaskan sesuatu yang mujmal (tidak disebut secara terperinci).
Seperti Nabi s.a.w menjelaskan cara solat dan kadar zakat yang
diwajibkan yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 43.


[43-2]



b) Menerangkan sesuatu ayat yang kabur. Seperti penjelasan Rasulullah


s.a.w terhadap surah al-Baqarah ayat 186.


[186-2]
c) Mengkhususkan

yang

umum.

Contohnya

kezaliaman

yang

dimaksudkan dalam surah al-An;aam ayat 83.











[83-6]

Sumber Ilmu Tafsir di Zaman Rasulullah


Apabila sahabat- sahabt mempunyai persoalan tentang ayat-ayat al-Quran,
mereka merujuk terus kepada baginda s.a.w. Mereka akan bertanya
Rasulullah penjelasan terhadap sesuatu ayat atau perkataan tertentu dalam
mana-mana ayat. Maka Rasulullah s.a.w akan menjawab serta menjelaskan
segala kemusykiln itu. Ini adalah kerana Allah mengutuskan Nabi Muhammad
s.a.w sebagai pemberi penjelasan terhadap al-Quran yang diturunkan
kepada baginda. Ini dijelaskan melalui ayat berikut:
Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Al-Quran Yang
memberi peringatan, supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia
akan apa Yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka
memikirkannya.
Rasulullah s.a.w adalah sumber utama untuk menjelaskan segala keraguan
terhadap ayat-ayat al-Quran pada masa itu. Para sahabat sangat tekun
mempelajari al-Quran dan penafsirannya daripada Rasulullah s.a.w. Mereka
juga terus menghafal ayat-ayat itu dan mengamalkannya. Uthman bin Affan,
Abdullah bin Masud dan selainnya apabila mempelajari daripada Nabi s.a.w
sepuluh ayat, mereka tidak akan meneruskan ayat yang lain sehinggalah
mereka benar-benar faham ayat itu dan beramal dengannya.
Walaupun tafsir al-Quran tidak pernah dibukukan ahupun dikelaskan sebagai
ilmu yang berasingan pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan ilmu ini hanya
diriwayatkan

oleh

sahabat

dari

meriwayatkan hadis-hadis lain.


TAFSIR AL-QURAN ZAMAN SAHABAT

Rasulullah

sebagaimana

mereka

Sebagaimana

yang

diketahui

bahawa

Rasulullah

s.a.w

menjelaskan

kebanyakan makna al-Quran kepada sahabat-sahabat baginda. Mereka ialah


golongan yang paling mengetahui al-Quran selepas Rasulullah s.a.w. Ilmu
Tafsir pada zaman sahabat tidak jauh bezanya dari zaman Rasulullah s.a.w.
Para sahabat merupakan rujukan utama apabila ada kemusykilan terhadap
ayat-ayat al-Quran. Bahkan terdapat perbezaan di antara mereka dalam
memahaminya berdasarkan keupayaan akal mereka, lamanya tempoh
mereka bersama Nabi s.a. w. Antara sahabat yang paling mengetahui
tentang ilmu tafsir al-Quran ialah khalifah yang empat, Abdullah bin Masud,
Ubai bin Kab dan Abdullah bin Abbas. Selain mereka, terdapat sahabat lain
seperti Abu Musa al-Asyari, Amru ibn al-As, Anas bin Malik, Jabir bin
Abdullah dan Aisyah. Ali bin Abi Talib dianggap sebagai sahabat yang paling
mengetahui tentang ilmu Tafsir, sementara Abdullah bin Abbas pula yang
paling muda dalam kalangan mereka.
Sumber Tafsir Zaman Sahabat
Sahabat-sahabat Nabi s.a.w berijtihad dalam Ilmu Tafsir berdasarkan sumbersumber berikut;

Tafsir al-Quran dengan al-Quran. Ini adalah sumber utama

yang diajar oleh Rasulullah kepada para sahabat.


Tafsir al-Quran dengan al-sunnah al-sahihah. Ini adalah sumber
yang tidak kurang pentingnya kerana Rasulullah s.aw. ialah
orang yang paling mengetahui tentang kitab Allah dan

penafsiran makna-maknanya.
Tafsir al-Quran dengan ijtihad

yang

dilakukan

dengan

penelitian dan kefahaman yang baik. Sumber ini juga penting


kerana sahabat adalah orang yang paling mengetahui tentang
al-Quran selepas Rasulullah s.a.w . Mereka
Rasulullah s.a.w ketika al-Quran diturunkan.
TAFSIR AL-QURAN ZAMAN TABIIN DAN TABI TABIIN

berada bersama

Zaman ini bermula pada awal abad kedua Hijrah hingga awal abad keempat
Hijrah.Pada zaman itu Islam telah tersebar luas dan Negara jajahan Islam
telah banyak hingga ke Negara bukan Arab.Lantaran itu,pengaruh dan
kebudayaan asing mulai menular ke dalam mmasyarakat Islam dan
Arab.Antara lain juga ia telah mempengaruhi ajaran Islam.Untuk itu ulama
waktu itu mencari jalan dan memikirkan untuk membentuk pentafsiran alQuran sebagai suatu ilmu yang tersendiri.Hal itu supaya ia menjadi lebih
berkesan dan mudah difahami oleh pelbagai bangsa dan ,masyarakat Islam
yang bukan berasal dari kalangan bangsa Arab.
ZAMAN TABIIN
Sebagaiman dimaklumi,pada zaman nabi dan sahabat,riwayat-riwayat tafsir
adalah diwarisi dari mulut ke mulut,di mana waktu itu belum lagi ada
pembukuan.Ulama pertama yang berusaha kea rah penulisan dan mencatat
tafsir yang berkaitan dengan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk buku adalah
daripada kalangan ulama Tbiin yang dipelopori oleh Mujahid.Selepas batu
asas yang dibuat oleh Mujahid,maka munculah kemudiannya ulama lain
yang bertungkus-lumus untuk mengumpulkan tafsir ayat-ayat al-Quran yang
asalnya berselerak dan ada di tempat yang berbagai-bagai itu.Ulama
terkenal yang menjadi pengumpul dan berusaha untuk mengimpulkan segala
tafsir ayat-ayat al-Quran yang berselerak itu ialah:

Sufian Ibn Uyainah yang meninggal dunia pad tahun 198 Hijrah
Waki Ibn al-Jarah yang meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah
Syubah Ibn al-Hajjaj yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah.
Ishak Ibn al-Rahawiyah yang meninggal dunia pada 238 Hijrah.

Seterusnya satu hal lain yang perlu difahami ialah tentang wilayah Islam
yang sudah mulai terbuka luas pada zaman Tabiin.Ekoran daripada keadaan

tersebut ramai daripada kalangan para sahabat terkemuka telah berpindah


ke kota-kota yang baru dibuka,dan ini semua menyebabkan munculnya
beberapa aliran di berbagai kota Islam yang diketuai atau dipimpin oleh para
sahabat terkemuka tersebut.Ekoran perluasan wilayah

dan penghijrahan

para sahabat terkemuka ke berbagai daerah dan kota yang baru dibuka
dalam hubungannya dengan ilmu Tafsir dapat dinyatakan sebagaiman
berikut:
> Di Mekah.Madrasah al-Tafsir telah diasaskan oleh Ibn Abbas .Di antara
murid Ibn Abbas terdiri dari ulama Mekah:Mujahid Ibn Jabar yang meninggal
dunia pada tahun 103 Hijra,Ata Ibn Abi Rabah yang meninggal dunia pada
114 Hijrah,ikrimah Maula Ibn Abbas yang meninggal duniayang meninggal
dunia pada tahun 105 Hijrah,Said Ibn Jubair yang meninggal dunia pada
tahun 93 hijrah dan Tawus Ibn Kasan al-Yamani yang meninggal dunia pada
tahun 106 Hijrah.
> Di Madinah.Madrasah al-Tafsir diasaskan oleh Ubai Ibn Kaab menjadi
masyhur lebih dari sahabat lain dalam bidang tafsir.Antara murid beliau yang
terkenal dari kalangan Tabiin,samada yang belajar daripada beliau secara
langsung atau tidak langsung iala:Zaid Ibn Aslam,Abu al-Aliyah serta
Muhammad Ibn al-Qarazi.
> Di Kufah,Iraq,Madrasah Tafsir diasaskan oleh Abdullah Ibn Masud yang
dianggap oleh para ulama sebagai asas awal kepada kemunculan aliran Ahl
al-Rayi dalam bidang Tafsir.Ramai daripada kalangan Tabiin daripada
penduduk

Iraq yang terkenal dalam bidanga Taffsir.Antara murid

muridnya:terdiri daripada ulama majoritinya berada di Kufah,antara mereka


ialah:Alqamah Ibn Qais yang meninggal dunia pada tahun 102 Hijrah .alAswad Ibn Zaid yang meninggal dunia pada tahun 105 Hijrah ,Ubaidah Ibn
Amru al-Salmani dan Msruq Ibn al-Ajda.

Nama-nama yang tersebut di atas merupakan ahli-ahli tafsir terkenal dari


kalangan

tabiin

itu.Menyusul

yang

selepas

muncul
mereka

di

berbagai

ialah

generasi

kota

Islam

Tabiin

al

pada

waktu

Tabiin

yang

merupakan para murid al-Tabiin.Mereka semua telah meninggalkan kepada


kita suatu warisan ilmiah yang berkekalan.
-Dari kalangan ahli tafsir yang tersebut di atas merupakan ahli-ahli tafsir
terkenal ialah Mujahid Ibn Jabar dan Said Ibn Jubair.Hal tersebut dapat
dibuktikan

dengan

ungkapan

oleh

Imam

Nawawi

sebagaimana

katanya:Apabila kamu sudah mengetahui Tafsir Mujahid,maka ia adalah


memadai bagi kamu.
-Antara lain juga sebagaiman ungkapan Sufian al-Thauri:Ambillah Tafsir alQuran daripada empat orang ulama Tafsir.iaitu :Said Ibn Jubair,Mujahid
,Ikrimah dan al-Dhahhak.
-Walaupun pada zaman Tabiin ilmu Tafsir telah berkembang pesat ,namun
sebagai rumusannya,majoritinya ia masih terus wujud dalam bentuk
pengajaran dan riwayat secara lisan.Dimana pembukuan yang berlaku pada
zaman Tabiin masih belum begitu pesat.
-Apa yang ketara dan jelasnya ,satu perkembangan baru yang berlaku dalam
zaman al-Tabiin ialah dimana pada waktu itulah mulanya menyelinap masuk
ke dalam disiplin ilmu Tafsir unsur-unsur Israilliyat.
-Hal itu terjadi disebabkan pada waktu itu telah ramai golongan ahli kitab
yang memeluk Islam.
-Maka

golongan

Tabiin

menukilkan

cerita-cerita

daripada

mereka

terutamanya daripada:Abdullah Ibn Salam,Kaab Ibn al-Ibn Juraij. Ceritacerita israilliyat tersebut diselitkan di sana sini semasa mereka membuat

tafsiran terhadap ayat-ayat tertentu di dalam al-Quran.

KITAB TAFSIR ZAMAN TABIIN

ZAMAN TABI TABIIN

Bermula pada permulaan kurun ketiga Hijrah.


Perkembangan tafsir zaman ini juga ekoran wilayah Islam yang sudah

mulai terbuka luas.


Hal itu menyebabkan munculnya beberapa aliran di berbagai-bagai

kota Islam yang


diketuai atau dipimpin oleh para Tabiin.
Ulama golongan tabi tabiin tersebut telah berusaha dengan gigih

untuk menyempurnakan lagi pentafsiran al-Quran.


Usaha tersebut dilakukan berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada
pada mereka,bahasa Arab,lahjah Arab di samping saranan ahli Tafsir.

KITAB TAFSIR ZAMAN TABI TABIIN.


- Kitab tafsir yang wujud pada zaman tersebut merupakan ekoran kewujudan
dan perkembangan daripada penyusunan kitab tafsir yang dilakukan oleh
tabiin.
- Ulama Tabi Tabiin telah menyusun dan menulis kitab tafsir dengan lebih
teratur.
- Di mana pada peringkat zaman itu mereka telah mulai menulis tafsir yang
merangkumi atau melengkapi semua surah-surah al-Quran.
- Antara lain juga di dalam kitab tafsir tabi tabiin majoritinya mengandungi
perkataan-perkataan sahabat dan para tabiin yang tersebut sebelum ini.
Antara kitab tafsir terkenal yang wujud pada peringkat zaman itu
ialah:

Al-Waqidi yang meninggal dunia pada tahun 207 Hijrah.

Al-Allaf yang meninggal dunia pada tahun 226 Hijrah.

Ibn Jarir al-Tabari yang meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah.

-Pada peringkat itu kitab tafsir Ibn Jarir yang terkenal dengan tafsir al-Tabari
merupakan kitab tafsir mutaqaddimin yang paling besar yang wujud hinnga
kini.
-Tafsir al-Tabari tersebut asalnya bernama Jami al-Bayan.
-Ibn Jarir telah menulis tafsirnya itu dengan mengikuti kaedah-kaedah
salaf.Iaitu mentafsir al-Quran berdasarkan Hadis ,di samping itu juga beliau
menerangkan tawil-tawil yang kukuh yang diperolehinya daripada para
sahabat .
-Selain itu ,Ibn Jarir juga memasukkan ijtihad beliau sendiri dalam tafsirnya.
SUMBER TAFSIR ZAMAN TABI TABIIN

BANDINGBEZA SEJARAH BAGI SETIAP ZAMAN


PERBEZAAN PENGAJIAN TAFSIR ZAMAN RASULULLAH, SAHABAT DAN
TABIIN
ZAMAN

RASULULLAH

SAHABAT

TABIIN

TABI TABIIN

PERBEZAAN

SUMBER
TAFSIR

Tafsir
daripada
al-Quran

-Tafsir alQuran
dengan alQuran.
-Tafsir alQuran dengan
al-Sunnah alSahihah
-Tafsir alQuran dengan
ijtihad dengan
penelitian dan
kefahaman
yang baik.

-Tafsir al-Quran dengan alQuran


-Tafsir al-Quran dengan alSunnah al-Sahihah
-Tafsir al-Quran dengan katakata sahabat

Khalifah yang
empat:
TOKOH YANG
TERLIBAT

Rasulullah

RUJUKAN
UTAMA

Rasulullah

KITAB TAFSIR
YANG
MASYHUR

-Abdullah bin
Masud
-Ubai bin Kab,
--Abdullah bin
Abbas
-Zaid Bin
Thabit
-Abu Musa alAsyaari, Amru
ibn al-As
-Anas bin
Malik, Jabir bin
Abdullah
-Aisyah.
-Ali Bin Abi
Talib

Para sahabat

Mujahid, Said
bin Jabir,
Ikrimah Maula
Ibn Abbas,
Thawus, Atha
bin bin Abi
Rabiah,
Alqamah, alAswad bin
Yazid alNakhaI,
Ubaidah bin
Amru alSalmani dan
Amru bin
Syarbahil.

Para Tabiin
-Tafsir al-Saudi

Belum dibukukan.
Dari mulut ke mulut.

-Tafsir Ibn
Juraij Hijrah

-Sufian Bin
Uyainah
-Waki bin
al-Jarrah
dan lainlain.

Para Tabi
-Tafsir alWaqidi
-Tafsir
al-Allaf

-Tafsir Maqatil
-Tafsir
Muhammad
Ibn Ishak

-Tafsir Ibn
Jarir alTabari

PEMBAHAGIAN TAFSIR
PEMBAHAGIAN TAFSIR
Para ulama telah membahagikan tafsir kepada tiga bahagian mengikut aliran

yang wujud dalam perkembangan tafsir Al-Quran iaitu:


Pertama:Tafsir bi Al-Mathur atau juga dikenali Tafsir Bi al-Riwayah dan
Tafsir Bi al-Naqli
Kedua: Tafsir Bi Al-Rayi atau dikenali juga dengan Tafsir Bi al-Dirayah atau
Tafsir bi-alaql
Ketiga: Tafsir Suf atau Al-Tafsir Al-Isyari yang dipelopori oleh golongan sufi.
TAFSIR BIL MATHUR
TAFSIR BIL MATHUR
Tafsir bil Mathur ialah tafsir yang merujuk kepada Al-Quran, As-Sunnah dan
pendapat para sahabat dan tabiin untuk menjelaskan atau menghuraikan
maksud ayat Al-Quran.Sehubungan dengan itu,tafsir daripada jenis ini hanya
berpegang kepada riwayat yang sahih iaitu penafsiran Al-Quran dengan AlQuran sendiri atau mentafsirkan Al-Quran berpandukan hadis kerana fungsi
hadis itu sendiri ialah menerangkan serta menjelaskan isi kandungan AlQuran,atau

riwayat

para

sahabat

yang

menafsirkan

Al-Quran

memandangkan golongan para sahabat merupaka golongan yang paling


mengetahui tentang al-Quran al-Karim.
Tafsir bil Mathur berkembang melalui beberapa cara iaitu:

Pertama:Secara lisan.Disebut juga sebagai periwayatan


Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun
pertama hijrah pada zaman Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan Bani
Ummayah
Melalui

cara

ini,

para

sahabat

mengambil

penafsiran

daripada

Rasulullah saw atau para sahabat meriwayatkan daripada sahabat iaitu


dengan cara penukilan yang boleh dipercayai, diteliti dan mengambil
berat tentang sanad periwayatan. (Pengantar Usul Tafsir]
Pada waktu ini lahirnya mufassirin dari kalangan sahabat utama seperti

khulafa al-Rasyidin, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubai bin Kaab dan Aisyah
r.anhum. Keadaan ini berterusan sehingga zaman permulaan tabiin
yang mana mereka menerima secara lisan dari sahabat. Pada zaman
ini munculnya Madrasah Tafsir; Ibn Abbas di Mekah, Ubay bin Kaab di
Madinah dan Abdullah bin Masud di Kufah.

Kedua: Secara penulisan atau pembukuan (tadwin)


Cara kedua adalah hasil lanjutan daripada cara pertama iaitu riwayatrowayat tersebut dicatit. Pada peringkat awal ia ditulis dalam kitabkitab

hadith

seperti

kitab

al-Tafsir

dalam

sohih

al-Bukhari.

Cara ini berlaku pada zaman tabiin dan tabi tabiin iaitu pada kurun ke2 Hijrah pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasi. Golongan tabiin
dan tabi tabiin telah mencatat riwayat-riwayat tafsir sama ada dalam
bentuk marfu atau mauquf pada sahabat atau kata-kata tabiin yang
utama(Kibar al-Tabiin). Riwayat-riwayat ini
bersama

dengan

hadith-hadith

ditulis

termasuklah

dengan sanad

pandangan

sahabat

berkaitan hadith, fiqh , aqidah dan istinbat hukum. Pada masa ini
munculnya Mujahid(m104H), Said bin Jubayr(m95H), Qatadah(m118H)
yang mencatat tafsiran guru mereka Ibn Abbas, Muhammad bin
Kaab(m120H), Zaid bin Aslam(m136H) yang mencatat tafsiran Ubay
bin Kaab dan Hasan al-Basri(m110H) dan Masruq bin al-Ajda(m63H)
yang mencatat tafsiran Abdullah bin Masud.

Ketiga: Penulisan tafsir bil Mathur dengan jalur sanad terasing dari
hadith
Pada peringkat ini tafsir bil Mathur ditulis secara berasingan dari
hadith. Penulisan ini berlaku pada zaman Atba al-Tabiin iaitu pada
kurun ke-2 dan ke-3 hijrah. Antara tafsir yang dibukukan pada tempoh
ini ialah:

Sahifah Ali bin Abi Talhah(m143H) yang mencatat riwayat Ibn


Abbas.

Tafsir Sufyan bin Said al-Thawri(m161H)

Tafsir Sufyan bin Uyahnah(m198H)

Tafsir Abd al-Razzaq bin Hammam al-Sanani(m211H)

Tafsir Abd bin Humayd(m249H)

Tafsir Ishaq bin Rahawayh(m238H)

Tafsir al-Nasai(m303H)

Keempat: Penulisan tafsir secara lengkap beserta dengan sanad yang


bersambung
Peringkat ini berlaku sekitar tahun ke-4 Hijri dengan tafsir menjadi satu
disiplin ilmu yang tersendiri dan berpisah secara sepenuhnya dari
hadith. Para mufassirin sepanjang tempoh ini berusaha mengumpulkan
riwayat yang mathurat dalam tafsir dari hadith-hadith, kata-kata
sabahat,

kata-kata

Tabiin

dan

Tabi

Tabiin.

Pada peringkat ini munculnya tafsir al-Quran yang lengkap mengikut


susunan mushaf dengan menyebut riwayat-riwayat dan pandanganpandangan

yang

mathur

bagi

setiap

ayat.

Antara tafsir yang dibukukan pada peringkat ini ialah Tafsir Ibnu
Majah(m273H), Tafsir Imam Ibnu Jarir al-Tabari(m310H), Tafsir Abu
Bakar bin al-Mundhir al-Naysaburi(m318H), Tafsir Ibn Abi Hatim alRazi(m327H), Tafsir Ibn Hibban(m369H), Tafsir al-Hakim(m405H), dan
tafsir Abu Bakar bin Mardawayh(m410H).

Kelima: Pengguguran

Sanad

dari

tafsir

bil

Mathur

Peringkat ini adalah peringkat selepas al-Tabari, Ibn Abi Hatim, Ibn alMundhir

dan

menggugurkan

Ibn

Mardawayh.

sanad

Pada

riwayat-riwayat

peringkat

para

tafsir

dengan

pentafsir
tujuan

memudahkan penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut semua riwayat


tanpa mengambil kira riwayat yang sohih dan daif. Oleh kerana
riwayat-riwayat tersebut ditulis tanpa sanad maka sukar sekali untuk
menilai riwayat tersebut dan membezakan antara riwayat yang sohih
dan daif. Para pentafsir pada peringkat ini menyebut pelbagai
pandangan yang mathur dari sahabat atau tabiin atau tabi;tabiin
sehinggakan ada diantara riwayat tersebut bertentangan antara satu
sama

lain.

Antara tafsir yang menjadi contoh kepada peringkat ini ialah tafsir Bahr
al-Ulum oleh al-Samarqandi, al-Kashf wa al-Bayan An Tafsir Al-Quran
karya Abu Ishaq al-Thalabi, Tafsir Bahr al-Muhit karangan Abu Hayyan,
Al-Durr al-Manthur fi Tafsir bil Mathur hasil tangan al-Sayuti , Tafsir alQuran al-Azim hasil garapan Ibn Kathir al-Dimashqi dan Fath al-Qadir
tinggalan al-Shawkani
SYARAT-SYARAT TAFSIR BIL MATHUR
Tafsir bil Mathur memerlukan kepada beberapa syarat.Antaraynya ialah:

Mempunyai ilmu yang cukup mengenai sunnah


Mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir,juga mengenai kata-

kata para sahabat dan tabien


Mampu untuk mengumpul dan menyatukan riwayat-riwayat yang

bercanggah
Mengetahui tentang asbab al-Nuzul dan nasakh mansukh
Tidak bersandar kepada riwayat Israiliyyat

SUMBER TAFSIR BIL MATHUR


Tafsir bil Mathur bersumberkan kepada beberapa sumber iaitu tafsir al-

Quran

dengan

al-Quran,tafsir

al-Quran

dengan

hadis

Rasulullah

s.a.w,pendapat dan ijtihad para sahabat dan Tabiin.


a) Pertama:Tafsir al-Quran dengan al-Quran
Bentuk tafsir seumpama ini adalah yang terbaik dan paling mulia.Hal
ini kerana tidak ada seorang pun yang lebih mengetahui kalam Allah
selain daripada Allah. Justeru itu,Ibn Kathir telah menyatakan bahawa
sekiranya ada orang bertanya tentang kaedah yang terbaik untuk
mentafsir,maka jawapannya ialah Al-Quran itu sendiri.
Sekiranya ada orang bertanya, apakah jalan terbaik mentafsir, maka
jawapannya ialah al-Quran itu sendiri.
Mentafsir ayat al-Quran dengan al-Quran dapat dilihat dari pelbagai
sudut. Antaranya ialah:
i.

Pentafsiran terhadap ayat-ayat ringkas


Terdapat ayat yang ringkas di dalam al-Quran, namun telah
ditafsirkan dengan lebih jelas dan lengkap pada ayat yang
lain.Contohnya firman Allah dalam surah al-Fatihah:

[4-1]

Maksudnya:Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan


(hari Akhirat)
Perkataan

ditafsirkan dengan firman Allah dalam

surah Al-Infitar ayat 17-19:

[ 18-82] [ 17-82]

[19-82]

Maksudnya:Dan

mereka

(sentiasa

berada

Dalam

azab

seksanya), tidak ghaib daripadanya. dan apa jalannya Engkau


dapat mengetahui kedahsyatan hari Pembalasan itu? sekali lagi,
apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari
Pembalasan itu? (hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat
memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan

Segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.


ii.

Pentafsiran secara lebih jelas terhadap ayat yang


berbentuk menyeluruh(mujmal)
Dimaksudkan dengan ayat yang berbentuk menyeluruh ialah
sesuatu yang tidak jelas dalilnya.Contohnya ialah firman Allah
dalam surah al-Baqarah ayat 187:

Maksudnya; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata


kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam
kegelapan malam), Iaitu waktu fajar.
Perkataan fajar telah menerangkan maksud perkataan benang
putih dan benang hitam.
iii.

Pentafsiran

dengan

mengkhususkan

ayat-ayat

yang

umum.
Contohnya ialah firman Allah:

[225-26] [ 224-26]
[226-26]
Maksudnya:. dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan Yang
sesat - tidak berketentuan hala.tidakkah Engkau melihat Bahawa
mereka merayau-rayau Dengan tidak berketentuan hala Dalam
tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?dan Bahawa
mereka

memperkatakan

apa

Yang

mereka

tidak

melakukannya?
(Al-Syuara:224-226)
Ayat umum di atas telah dikhususkan dengan pengecualian

terhadap penyair-penyair yang beriman seperti firman Allah


dalam surah al-Syuara ayat 227:




[227-26]
Maksudnya: Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal
soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula
mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri
sesudah mereka dianiaya. dan (ingatlah), orang-orang Yang
melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke
tempat mana, mereka akan kembali.

iv.

Pentafsiran melalui ketentuan ikatan terhadap sesuatu


ayat yang mutlak
Contohnya

ialah

berhubung

dengan

hukm

darah

yang

diharamkan di dalam islam.Terdapat tiga ayat al-Quran yang


menunjukkan darah itu secara mutlak iaitu ayat 173 surah alBaqarah,ayat 3 surah al-Maidah dan ayat 115 surah alNahl.Firman Allah:

...
(Surah al-Baqarah ayat 173)
Maksudnya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada
kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan
binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah..
Darah yang telah disebut secara mutlak dalam ayat ini dikaitkan
dengan darah yang mengalir (al-masfuh) dalam ayat yang
lain.Firman Allah:






Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati
Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang
diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan
kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging
babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang
dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama
Yang lain dari Allah
(Al-Anam:145)
v.

Pentafsiran melalui ayat-ayat nasakh


Contohnya ialah firman Allah:






[240-2]
Maksudnya: Dan orang-orang Yang (hampir) mati di antara
kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk
isteri-isteri mereka, Iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai
dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, Dengan tidak
disuruh pindah dari tempat tinggalnya. kemudian jika mereka
keluar (dari tempat tinggalnya Dengan kehendakNya sendiri)
maka tidaklah kamu bersalah (Wahai wali waris si mati)
mengenai apa Yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri
mereka dari perkara Yang patut Yang tidak dilarang Syarak) itu
dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Baqarah:240)
Ayat di atas menerangkan tentang edah wanita yang kematian
suami iaitu setahun lamanya. Kemudian ayat ini dimansukh atau

diganti dengan ayat yang lain yang mengatakan bahawa


edahnya ialah empat bulan 10 hari,sebagaimana firman Allah:



Maksudnya: Dan orang-orang Yang meninggal dunia di antara
kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah
isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat
bulan sepuluh hari...
(al-Baqarah:234)
vi.

Pentafsiran dengan cara menyesuaikan antara perkara


yang dilihat secara zahirnya bertentangan di antara satu
sama lain
Contohnya ialah ayat-ayat yang menyatakan tentang penciptaan
Nabi Adam yang pada zahirnya seolah bertentangan.Ayat-ayat
tersebut adalah seperti yang berikut:

[59-3]
Maksudnya: Sesungguhnya Perbandingan (kejadian) Nabi Isa di
sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah
menciptakan Adam dari tanah lalu berfrman kepadanya: "Jadilah
engkau!" maka menjadilah ia.
(Al-Imran:59)
Dinyatakan di dalam ayat di atas bahawa Nabi Adam diciptakan
daripada tanah. Manakala dalam ayat yang lain pula,dinyatakan
bahawa Nabi Adam diciptakan daripada tanah yang becampur air
( )seperti dalam ayat berikut:



Maksudnya: Allah berfrman: "Apakah penghalangnya Yang

menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis


menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai
Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari
tanah."
(Al-Araf:12)
Seterusnya,Allah menjelaskan bahawa Nabi Adam diciptakan

()

daripada tanah hitam yang liat

yang boleh dibentuk

sebagaimana firman Allah:


[28-15]


Maksudnya:
berfrman

Dan

(ingatkanlah

kepada

malaikat:

peristiwa)

ketika

"Sesungguhnya

Tuhanmu

Aku

hendak

menciptakan manusia dari tanah liat Yang kering, Yang berasal


dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya.
(Al-Hijr:28)
Seterusnya Nabi Adam juga dijadikan daripada tanah kering
sehingga terbentuknya satu lembaga,seperti firman Allah dalam
surah ar-Rahman ayat 14:

[14-55]



Maksudnya: Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari
tanah liat kering seperti tembikar
Justeru,daripada

beberapa

membincangkan

tentang

ayat

al-Quran

penciptaan

diatas

Adam

yang

a.s,dapat

disimpulkan bahawa kejadian Adam adalah menerusi beberapa


peribgkat iaitu:

()

Bermula daripada tanah

Kemudian diikuti dengan tanah yang bercampur air ()


Peringkat ketiga adalah daripada tanah hitam yang liat yang
boleh dibentuk

()

Seterusnya peringkat terbentuknya kejadian Adam ialah

)iaitu tanah kering seperti tembikar.

Bentuk terakhir ialah ditiupkan roh.

b) Kedua:Tafsir Al-Quran dengan As-sunnah


Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang paling layak untuk
mentafsir al-Quran.Hal ini adalah kerana al-Quran itu sendiri telah
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w,justeru Nabi lah orang yang
paling memahami al-Quran.Sehubungan dengan itu,para sahabat
apabila menghadapai sebarang kemusykilan mengenai al-Quran akan
terus merujuk kepada Nabi s.a.w bagi memahami ayat tersebut.
Contoh tafsir al-Quran dengan al-sunnah (al-Hadith):


[82-6]

Maksudnya: Orang-orang Yang beriman dan tidak mencampur


adukkan iman mereka Dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orangorang Yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang Yang
mendapat hidayah petunjuk.
(Al-Anam:82)
Maksud zulm (kezaliman) di dalam ayat di atas bukanlah merujuk
kepada

sebarang

kezaliman,akan

tetapi

ia

ditafsirkan

sebagai

perbuatan yang syirik berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w yang


menyatakan sedemikan.
c) Ketiga:Tafsir al-Quran dengan pendapat dan Ijtihad Sahabat
Memandangkan para sahabt merupakan golongan yang sentiasa
bersama Rasululah dan mendapat penerangan tentang al-Quran
secara langsung daripada Nabi s.a.w,maka sewajarnya pandangan
serta ijtihad mereka mengenai tafsiran al-Quran diterima. Contohnya
ialah firman Allah:




[30-21]

Maksudnya: Dan tidakkah orang-orang kafr itu memikirkan dan


mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal
mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan
antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang
hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

(al-anbiya:30)
Ibn Abbas mentafsirkan langit yang paduialah langit yang tiada
hujan,manakala

bumi

tumbuhan.Manakala

yang

lalu

padu

Allah

ialah

pecahkan

bumi

yang

tiada

keduanya,ditafsirkan

sebagai turunnya hujan dan tumbuhnya tumbuhan.


d) Keempat:Tafsir al-Quran dengan Pendapat Tabiin
Para ulama tidak bersependapat mengenai tafsiran melaui pendapat
Tabiin.Sebahagian ulama berpendapat bahawa tafsir mereka termasuk
dalam kategori tafsir bi-al Mathur.Manakala sebahagian ulama yang
lain menyatakan bahawa pendapat Tabiin termasuk dalam kategori
Tafsir bi al-Rayi
Contoh tafsir al-Quran menurut pendapat Tabiin ialah firman Allah:



[99-15]


Maksudnya: Dan Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu


(perkara Yang tetap) yakin.

(al-Hijr:99)
Mujahid seperti yang telah diriwayatkan oleh Ibn Jarir ,Ibnu Munzir dan
Ibn Abi Hatim dalam mentafsir al-yaqin pada ayat di atas telah
menyatakan bahawa ia bermaksud al-maut(kematian).

TAFSIR BI AL-RAYI
Tafsir bi al-Rayi ialah tafsir yang menggunakan akal fikiran untuk berijtihad
mencari sesuatu maksud ayat al-Quran al-Karim.

Ahli tafsir bi al-Rayi

menggunakan seluruh ilmu yang dikuasai tanpa terikat kepada penjelasan


para sahabat atau tabiin. Mereka berpandukan kepada ilmu pengetahuan
yang mantap dalam bahasa Arab dan ilmu yang berkaitan dengan asas-asas
agama yang lain seperti usul fiqh,ilmu Hadis dan sebagainya. Tafsir bi alRayi terbahagi kepada dua iaitu: mahmud dan mazmum.
Tafsir Mahmud:Tafsir Mahmud bermaksud tafsir yang baik dan terpuji iaitu tafsir yang
bertepatan dengan syarak,tidak terdapat unsur-unsur penyelewengan dan ianya selari dengan
tatabahasa Arab dan kaedah syarak.
Tafsir Mazmum:Tafsir Mazmum bermaksud tafsir yang buruk dan keji iaitu tafsir yang tidak
berdasarkan ilmu,sebaliknya mengikuti hawa nafsu,tanpa merujuk kepada kaeda-kaedah bahasa
atau syariah atau menafsirkan ayat al-Quran berasaskan aliran pemikiran (mazhab) yang sesat dan
Tafsir bi al-Rayi berkembang pada zaman Bani Abbasiyah seiring dengan
bidah.
berkembangnya ilmu pengetahuan pada masa itu.Tafsir ini menggalakkan
peranan ijtihad berbanding dengan penggunaan tafsir bi al-Mathur.Dengan
bantuan ilmu-ilmu bahasa Arab,ilmu qiraah,ilmu-ilmu al-Quran,hadis dan
ilmu Ulum Hadis,usul fiqh dan ilmu-ilmu lain ,seorang ahli tafsir akan
menggunakan kemampuan ijtihadnya untuk menerangkan maksud ayat dan
mengembangkannya

lagi

dengan

bantuan

perkembangan

ilmu-ilmu

pengetahuan yang ada.

Syarat Tafsir Bi al-Ray


Imam al-Zarkasyi menjelaskan di dalam Kitabnya al-Burhan Fi Ulum al-Quran
bahawa terdapat empat perkara yang perlu dijadikan sebagai asas sandaran
ahli tafsir dalam mentafsir ayat al-Quran al-Karim iaitu:

Pertama:Dinaqhalkan

waspada terhadap hadis dhaif dan maudhu


Kedua:Mengambil riwayat yang sahih daripada para sahabat Rasulullah
s.a.w dan tabiin

daripada

Rasulullah

s.a.w

dengan

bersikap

Ketiga:Berpegang dengan Bahasa Arab secara total kerana al-Quran

diturunkan dalam bahsa arab yang fasih


Keempat:Berpegang dengan makna yang sesuai dengan pertuturan
Arab yang disokong oleh asas-asas syariat Islam.

Kedudukan Tafsir bi al-Rayi


Para ulama telah berselisih pendapat mengenai persoalan ini. Terdapat dua
golongan ulama yang bertentangan pendapat:
Satu golongan berpendapat tidak wajar mentafsirkan al-Quran dengan
pendapat atau ijtihad. Bagi mereaka al-Quran hanya perlu ditafsirkan

dengan sumber yang mathur sahaja yang diterima.


Sementara golongan lain pula berpendapat harus mentafsirkan alQuran dengan pendapat atau ijtihad. Ia tidak bermakna mengenepikan
sumber-sumber yang terdahulu yang lebih baik dan sahih, malah ini
adalah pilihan terakhir setelah sumber-sumber asli tidak dapat

diperolehi.
Contoh tafsir Mazmum
Firman Allah:


[72-17]

Maksudnya: Dan (sebaliknya) sesiapa Yang berada di dunia ini (dalam

keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat
lagi jalanNya
(Al-Isra:72)
Terdapat penafsiran yang salah terhadap ayat di atas dengan mentafsirkan
perkataan Imam dengan maksud ummahat iaitu ibu-ibu yang memberi
pengertian (Ingatlah) hari kami menyeru tiap-tipa kumpulan manusia
dengan nama ibu-ibu mereka Golongan yang mentafsirkan sedemikian
menyangka bahawa perkataan imam di dalam ayat tersebut adalah kata
jamak bagi kata nama mufrad umm sedangkan sebenarnya kata jamak
bagi kata mufrad umm ialah ummahat.Pentafsiran seperti ini ditiolak
sama sekali kerana tidak mengikut kaedah bahasa arab yang tepat dan
bertentangan dengan prinsip asas syariat Islam.Pentafsiran yang betul ialah

perkataan imam member maksud pemimpin iaitu nabi yang menjadi


pemimpin kepada sesuatu ummat.
Ahli-ahli Tafsir Bi al-Ray yang terkenal:
1. Imam al-Baydawi dan tafsirnya Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Tawil
Beliau ialah al-Qadi Nasir al-Din Abu al-Khayr Abdullah bin Umar bin
Muhammad bin Ali al-Baydawi, al-Syirazi, al-Farisi, al-Syafie. Dilahirkan di
Bandar al-Bayda yang terletak di Syiraz tetapi tarikh lahirnya tidak
diketahui. Beliau datang dari keluarga yang alim kerana kedua-dua bapa dan
datuknya merupakan orang alim dan kadi. Para ulama berselisih tentang
waktu kematian al-Baydawi dan menurut Ibn Hubayb beliau meninggal pada
tahun 685H semasa berusia 100 tahun.
Beliau menghasilkan penulisan dalam pelbagai bidang seperti fiqh,
usul fiqh, Usuluddin dan bilangan karya mencapai 21 buah buku. Antara
karyanya yang terkenal ialah tafsir Anwar al-Tanzil, al-Ghayah al-Quswa fi
Dirayah al-Fatwa tentang fiqh mazhab syafie, Minhaj al-Wusul Ila Ilm alWusul ringkasan kepada kitab al-Mahsul karangan al-Razi tentang usul fiqh
dan Tawali al-Anwar tentang akidah.
Tafsir al-Baydawi:
Beliau mengarang tafsirnya semasa beliau menetap di Bandar Tibriz, satu
dari Bandar di Parsi di penghujung usianya. Tafsirnya Anwar al-Tanzil wa
Asrar al-Tawil mendapat tempat dikalangan generasi selepasnya seperti
yang disebut oleh Haji Khalifah dalam kitabnya Kashf al-Zunun An Asami alKutub wa al-Funun
Tafsir al-Baydawi kitab yang hebat dari segi kedudukannya, tidak perlu
dijelaskan lagi, beliau telah mengambil intisari dari kitab al-Kashhaf
berkaitan fleksi(Irab), ilmu al-Maani dan Ilmu al-Bayan, dari tafsir al-Kabir
berhubung hikmah-hikmah dan ilmu kalam, dan dari tafsir al-Raghib(Jami alTafasir) berhubung derivasi(istiqaq), kesamaran dan rahsiaselain beliau
mengemukan pandangan-pandangan yang sendiri

Pengaruh tafsir al-Baydawi sangat jelas melalui syarah dan Hashiyah yang
bilangan

mencecah

empat

puluh

mengikut

perkiraan

Haji

Khalifah

dalam Kashf al-Zunun, tujuh puluh mengikut perkiraan Ismail al-Baghadadi


dan 83 mengikut perkiraan orientalis Brokelmen . Antara yang masyhur
ialah:
(a)Hashiyah Jalal al-Din al-Sayuti Nawahid al-Abkar wa Shawahid al-Afkar
(b)Hashiyah al-Kazruni Abu al-Fadl Al-Qurashy al-Sadiqi al-Khatib(m940H)
(c) Hashiyah al-Qunuwy; Muhammad bin Mustafa(m951H)
(d) Hashiyah Abd al-Hakim al-Siyalkuti al-Lahuri(m1060H)
(e) Hashiyah Shihabuddin al-Khafaji(m1069H)
2. Imam al-Nasafi dan tafsirnya Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Tafsir
Beliau ialah Abu al-Barakat Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Nasafi.
Digelar

al-Nasafi

merujuk

kepada

Nasaf

yang

terletak

di

wilayah

Samarqand.Tidak diketahui tahun lahirnya dan meninggal pada 710H


mengikut pandangan yang rajih. Beliau meninggalkan lebih 15 karya seperti
Umdah al-Aqaid dalam aqidah yang terkenal dengan al-Aqaid al-Nasafiyah,
Manar al-Anwar dalam usul fiqh dan tafsirnya.
Tafsir al-Nasafi
Al-Nasafi menjelaskan objektif penulisan tafsirnya:
Saya telah diminta oleh pihak yang berkuasa(sultan) menulis kitab yang
sederhana berkaitan tawil al-Quran, yang menghimpunkan pandangan
tentang bentuk-bentuk fleksi(Irab), dan qiraat, mengandungi perbahasan
tentang ilmu badi, al-Maani dan al-Bayan, berisi dengan pandangan ahli
sunnah dan jauh dari pandangan batil, tafsir yang tidak panjang yang
menjemukan dan tidak pendek yang tidak sampai maksudnya.
Beliau telah menyelesaikan tafsirannya dalam masa yang singkat seperti
yang dinyatakan di muqaddimah tafsir Madarik al-Tanzil.
Antara sumber tafsir al-Nasafi ialah

Tafsir al-Khashaff dan tafsir al-Nasafi merupakan ringkasan kepada


tafsir ini dengan menggugurkan pandangan muktazilah

Tafsir al-Baydawi: al-Nasafi sezaman dengan al-Baydawi kerana beliau

meninggal 25 tahun
sebelum al-Nasafi
Tafsir al-Kashf wa al-Bayan karya Abu Ishaq al-Thalabi
Tafsir Syarh Tawilat Ahl al-Sunnah karangan Abu Mansur al-Maturudi.

Metodologi:
Menurut Dr.al-Dhahabi, al-Nasafi dalam tafsirnya menggunakan Qiraat Tujuh,
dan membincangkan serba sedikit berkaitan permasalahan nahu. Dalam
masalah fiqh pula beliau mentarjihkan mazhab Hanafi, dalam persoalan
aqidah beliau mendukung pandangan ahli sunnah dan menolak pandangan
aliran yang menyeleweng, beliau tidak banyak menyebut riwayat Israiliyyat
dan alangkah baik sekiranya beliau tidak menyebutnya.
3.Burhan al-Din al-Biqai dan tafsirnya Nazm al-Durar
Biografi:
Beliau ialah Burha:n al-Di:n Abu: al-Hasan Ibra:hi:m bin Umar bin Hassan alRuba:t. Beliau merupakan anak kelahiran Kg. Hirbah Duha:, Lubnan pada
tahun

809H.

Semasa

berusia

12

tahun,

beliau

berpindah

bersama

keluarganya ke Damsyik pada tahun 821H. al-Biqa: i: menadah ilmu dengan


beberapa tokoh ilmuan pada waktu itu seperti Ibn al-Jaza:ri: dalam disiplin
ilmu Qiraah, Ta:j al-Di:n bin Baha:dir dalam ilmu fekah, al-Qayati dalam ilmu
feqah, usul fiqh, nahu, balaghah. Beliau turut membaca dengan gurunya ini
tafsir al-Kashsha:f. Dalam ilmu hadith pula beliau menuntut ilmu dengan
tokoh hadith Ibn Hajar al-Asqa:la:ni: dan Ibn Na:sir al-Di:n al-Dimashqi:.
Beliau telah mengembara kebeberapa tempat dalam usaha pencarian ilmu
seperti Baitul Maqdis, Kaherah, Dimyat, Mekah, Taif, Madinah dan Halab.
Selain

menjadi

tokoh

dalam

pelbagai

disiplin

ilmu,

al-Biqa: i:

tidak ketinggalan dalam menyertai beberapa siri peperangan. al-Biqa: i:


meninggal dunia pada 18 Rejab tahun 885H ketika berusia 76 tahun. Beliau
meninggalkan lebih dari tujuh puluh karya dalam pelbagai disiplin ilmu.
Bentuk-bentuk kesalahan dalam tafsir

Salah dari segi matlamat dan tujuan seperti pandangan orang bukan

Islam terhadap al-Quran.


Salah dalam metodologi memahami al-Quran seperti tafsiran mazhab-

mazhab yang menyeleweng


Salah dalam mentafsirkan aspek kecil yang berlaku dikalangan
mufassir ahli sunnah wa al-Jamaah.

Penyelewengan dan kesilapan dapat dilihat seperti berikut:


1. Salah dari segi menjadikan dalil tetapi pegangannya adalah betul.
Pentafsir menerima makna asal ayat tetapi pentafsir memberikan tafsiran
tambahan kepada ayat tersebut
Contohnya tafsir ayat 66 surah al-Nisa oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami.



[66-4]
Maksudnya: Dan Sesungguhnya kalau kami perintahkan kepada mereka:
Bunuhlah dirimuatau keluarlah kamu dari kampungmu, niscaya mereka
tidak

akan

melakukannya

kecuali

sebagian

kecil

dari

mereka.

dan

Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan


kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan
lebih menguatkan (iman mereka)
Beliau mentafsirkan Bunuhlah dirimu dengan melawan hawa nafsu dan
keluarlah dari kampungmu dengan keluarkan perasaan cinta dunia dari
hatimu.
Makna yang diberikan oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami adalah betul iaiatu
kewajipan melawan hawa nafsu dan mengeluarkan dunia dari hati tetapi
menjadikan ayat sebagai dalil adalah salah kerana perkataan Bunuhlah
dirimu

adalah

makna

yang

sebenar

iaitu

bunuh

dengan

makna

mengeluarkan roh dari badan dan keluar dari kampung adalah keluar
dengan fizikal.

2. Salah dari segi menjadikan dalil tetapi pegangannya adalah betul. Bentuk
kedua berbeza dari pertama kerana pentafsir menafikan makna asal ayat
dan menjadikan

ayat

sebagai

dalil

yang

menyokong

pandangannya. Dengan ini pentafsir telah melakukan dua kesalahan.


Pertama: Meninggalkan makna ayat yang betul.
Kedua:Mentafsirkan ayat dengan makna yang salah
Contohnya tafsiran Sahl bin Abdullah al-Tasturi tentang ayat 35 surah alBaqarah. Firman Allah:




[35-2]
Maksudnya: Dan kami berfrman: Hai Adam, diamilah oleh kamu dan
isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi
baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon
ini[37], yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim
[37] pohon yang dilarang Allah mendekatinya tidak dapat dipastikan, sebab
Al Quran dan Hadist tidak menerangkannya. ada yang menamakan pohon
khuldi sebagaimana tersebut dalam surat Thaha ayat 120, tapi itu adalah
nama yang diberikan syaitan.
Menurut Sahl makan dalam ayat ini bukan makan yang sebenarnya dan
mentafsirkannya dengan memberikan penumpuan kepada selain Allah.
3. Tafsiran yang dari segi pegangan salah dan dalilnya salah seperti tafsiran
Ibnu Arabi terhadap ayat 8 surah al-Muzammil



[8-73]

Maksudnya: Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya


dengan penuh ketekunan
Ibnu Arabi mentafsirkan sebutlah nama Tuhanmu iaitu diri kamu sendiri atau

kenalilah diri anda janganlah lupa nanti Allah akan lupakan kamu.
Ibnu Arabi dalam tafsiran ini menyokong fahaman yang dipegangnya iaitu
wehdah al-Wujud iaiatu tuhan dan manusia benda yang sama, nama
tuhanmu ditafsirkan dengan diri manusia(kamu), jelas sekali kesesatan dan
kebatilan tafsiran ini.
TAFSIR ISYARI/SUFI
Menurut ahli,setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin.Yang zahir
adalah yang segera mudah mudah difahami oleh akal fikiran,sedangkan
yang batin adalah yang merupakan isyarat-isyarat yang tersembunyi di
sebaliknya itu yang hanya diketahui oleh ahlinya.
Menurut al-Zahabi,tafsir sufi atau Isyari bermaksud mentakwilkan ayat-ayat
al-Quran dengan tidak berpandukan kepada kenyataan-kenyataan zahir
ayat,disebabkan terdapat tanda-tanda tersembunyi yang hanya diketahui
oleh ahli tasawwuf dan pentakwilan ini mempunyai titik pertemuan dengan
maksud zahir ayat.

Syarat Penerimaan Tafsir Sufi/Isyari


Semua tafsir Isyari tidak boleh diterima begitu sahaja,akan tetapi ia
hendaklah memenuhi syarat-syarat yang tidak boleh ditinggalkan oleh para
mufassir.Syarat-syarat tersebut adalah seperti yang berikut:

Pentafsiran Isyari / Sufi ini tidak bercanggah dengan makna ayat yang

zahir
Pentafsiran tersebut perlu disokong dengan bukti-bukti syarak yang

benar
Tidak bertentangan dengan syariat dan akal
Hendaklah dimulakan dengan penafisran terhadap makna zahir
terlebih dahulu dan kemudian barulah didatangkan kemungkinan

adanya makna lain selain makna zahir


Pentakwilan yang dibuat tidak terlalu asing

Seseorang mufassir tidak boleh mendakwa bahawa Tasir SufiIsyari


sahaja yang tepat

Contoh penafsiran secara Isyari

..
[22-2]
Maksudnya: .. maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang
sekutu, padahal kamu semua mengetahui(bahawa Allah ialah Tuhan Yang
Maha Esa)
Al-Tastary mentafsirkan perkataan

()

nafsu amarah yang jelek.Jadi maksud

(Al-Baqarah:22)
yang bermaksud sekutu sebagai

()

di sini bukan hanya merujuk

kepada patung-patung berhala,syaitan atau jiwa sahaja,akan tetapi nafsu


amarah yang sering dijadikan tuhan ole manusia juga merupakan apa yang
dimaksudkan daripada ayat tersebut,kerana manusia selalu menyekutukan
tuhannya dengan selalu menjadi hamba bagi nafsu amarahnya.
Mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan melihat isyarat yang ada di
dalamnya telah banyak dilakukan oleh para sahabat Nabi,di antaranya
pentafsiran Isyari sahabat iaitu ketika turunnya ayat daripada surah al-Nasr
yang berbunyi:

[ 2-110] [ 1-110]

[3-110]
Maksudnya: Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa
Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah),. dan Engkau
melihat

manusia

Ucapkanlah

tasbih

masuk

Dalam

Dengan

ugama

memuji

Allah

Tuhanmu

beramai-ramai,
dan

mintalah

-maka
ampun

kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


(Al-Nasr:1-3)
Di antara para sahabat,ada yang memberikan pentafsiran ayat tersebut
memerintahkan kepada mereka untuk bersyukur kepada Allah dan meminta

keampunannya.Akan tetapi

berbeza dengan Ibn Abbas yang mengatakan

bahawa ayat tersebut adalah sebagai tanda hampirnya ajal Rasulullah s.a.w

Anda mungkin juga menyukai