Anda di halaman 1dari 2

Info untuk semua jurnal 12 minggu di : http://www.pendidik2u.

my
JURNAL
MINGGU 8
6 - 10 MAC 2011
MASALAH
Minggu ini merupakan minggu ke lapan saya di sekolah ini, kali ini saya ingin mengetengahkan
masalah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas, terutamanya di dalam aktiviti berkumpulan.
Masalah yang sangat ketara apabila hanya murid yang sama sahaja yang aktif melibatkan diri
dalam aktiviti yang dilakukan. Manakala murid lain hanya memerhati dan kadangkala
mengganggu murid lain.
PUNCA MASALAH
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah berbanding
dengan pelajar lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk tampil ke hadapan menjadi punca
masalah ini. Ia juga mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang
mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka
menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
CARA PENYELESAIAN
1. Guru perlu menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan murid agar mereka dapat
menjawab dengan betul dan dapat menanam keyakinan dalam diri mereka.
2. Guru harus memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai peneguhan yang
memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang
dijalankan dalam kelas.
Menurut Skinner, peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah
perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan

itu diulangi atau

diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah
satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh
peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan

kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan,
memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya.
3. Guru perlu merancang suatu aktiviti yang boleh menarik perhatian murid untuk
melibatkan diri semasa proses P&P berlangsung.
TEMPOH MASA
Masalah perlu diatasi dengan secepat mungkin dan perlu diambil tindakan segera. Jika perkara
ini dibiarkan berterusan, murid-murid yang lemah akan terus ketinggalan dan tidak merasai
keseronokan untuk belajar.
KESIMPULAN
Pengukuhan adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perkara itu diulangi.
Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak
individu; keduanya untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan
pengukuhan kepada 2 bahagian iaitu pengukuhan positif dan negatif. Sebagai guru, sangat
penting untuk mengaplikasikan teori ini bagi menarik minat murid-murid dalam aktiviti P&P.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

--------------------------------------(..)

--------------------------------(

Info untuk semua jurnal 12 minggu di : http://www.pendidik2u.my

Anda mungkin juga menyukai