Anda di halaman 1dari 6

Minggu 12 (5hb - 9hb April 2010)

MINGGU KEDUA BELAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MASALAH
Pada minggu kedua belas P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah dari sudut kekurangan
pengalaman / pengetahuan sedia ada (tentang teknik).
ANALISIS
Masalah timbul mungkin kerana murid tidak didedahkan dengan kepelbagaian teknik yang ada dalam
penghasilan karya. Dalam sesi P&P saya, murid baru belajar mengenali dan menerokai teknik. Dalam
keadaan ini, murid masih baru dengan teknik yang dipelajari. Jadi semasa proses penghasilan karya
didapati murid agak sukar (lambat) menghasilkannya. Guru perlu menunjukkan satu per satu langkah
dengan terang dan jelas. Banyak teguran terhadap proses kerja murid dilakukan. Hasilnya juga kurang
memuaskan walaupun aktiviti sangat bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid.
CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk memilih aktiviti
yang bersesuaian pada tahap pengalaman dan pengetahuan sedia ada pada murid.
2. Saya akan memperkenalkan kepada murid teknik yang pelbagai dalam penghasilan karya. Pada P&P
saya nanti, saya akan menerangkan langkah-langkah penghasilan karya bagi satu per satu teknik dengan
terang, jelas dan dapat difahami oleh murid. Semasa proses penghasilan karya, saya akan turut
memantau bagi membantu murid menghasilkan teknik dengan betul.
3. Saya juga akan mendapatkan cadangan atau tips untuk menjadikan P&P saya lebih menarik untuk
memperkenalkan satu-satu aktiviti (teknik) dari rakan guru pelatih.
TEMPOH MASA
Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana kekurangan ini akan menjadikan murid
ketinggalan dalam subjek pelajaran. Tahap pembelajaran murid menjadi rendah sedangkan tahap /
pencapaian yang sepatutnya adalah yang lebih baik.
PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk member penilaian tentang kejayaan
saya disamping meminta pandangan dan pendapat dari rakan guru pelatih yang lain.
TINDAKAN SUSULAN
Semasa proses penerangan aktiviti, guru akan memastikan murid memberi perhatian dan tumpuan
sepenuhnya. Guru menggalakkan sesi soal jawab bagi membantu kekeliruan yang dihadapi oleh muird.
Guru juga bercadang untuk meminta murid mengadakan sebuah buku seni bagi mendokumentasikan
segala aktiviti seni yang telah dipelajari (sebagai rujukan di masa hadapan).
AKTIVITI MINGGUAN
Pada minggu ini P&P berjalan seperti biasa. Guru membuat bidang menggambar dengan membuat
lukisan bertajuk Flora dan Fauna. Pada minggu ini juga guru pembimbing Bahasa Melayu membuat
penilaian untuk kali kedua dan ketiga. Guru pembimbing PSV pula melihat folio yang saya sediakan.
Pada sebelah petang pula, seperti biasa latihan bola baling pasukan sekolah diadakan yang akan
dipertandingkan pada 06 Mei 2010. Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya akan menjadi tuan rumah pada
tahun ini.
Dicatat oleh Cikgu Hafidz pada 4/11/2010 02:10:00 PTG Tiada ulasan:
Labels: Jurnal Mingguan

Jumaat, 2 April 2010

Minggu 11 (29hb March - 2hb April 2010)


MINGGU KESEBELAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MASALAH
Pada minggu kesebelas P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah dari sudutdisiplin murid.
ANALISIS
Masalah mungkin timbul kerana penerimaan guru baru yang mengajar di kelas dan mereka sangat teruja
sehingga memperlihatkan sikap mereka yang kurang memuaskan seperti suka bercakap, mahu diberi
perhatian, menjawab soalan tetapi tidak mengangkat tangan sebaliknya masing-masing terus
menyatakan sesuatu (menjadikan kelas tidak terkawal dan keadaan menjadi bising), suka berdiri semasa
guru menerangkan langkah akiviti, sikap suka mentertawakan rakan dan berbual sesame mereka.
CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing samada cikgu Salinda mahupun cikgu Nazri
berkenaan dengan tips cara-cara untuk mendapatkan perhatian murid semasa proses P&P berlangsung.
2. Jika perkara ini berlaku juga, saya akan menegur sikap mereka. Menyatakan pada mereka bahawa
mereka perlu memberikan perhatian agar mereka dapat melakukan aktiviti atau tugasan yang akan
diberikan dengan langkah yang betul.
3. Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk mengawal murid dan kelas dari guru-guru
yang lain dan rakan guru pelatih.
TEMPOH MASA
Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana keadaan kelas yang tidak terkawal akan
menyebabkan perjalanan atau kelancaran P&P mungkin terganggu, malah objektif P&P juga tidak akan
tercapai.
PENILAIAN SUSULAN
Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan
saya disamping meminta pandangan dari rakan guru pelatih yang lain.
TINDAKAN SUSULAN
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar (RPH), saya akan memikirkan objektif-objektif dan
aktiviti yang sesuai yang melibatkan penglibatan semua murid agar mereka yang bermasalah dapat
dikawal dan lebih bersedia untuk belajar.
AKTIVITI MINGGUAN
Pada minggu ini P&P dapat dijalankan seperti biasa. Pada hari Rabu, pensyarah pembimbing Bahasa
Melayu (minor) iaitu encik Othman Bin Ahmad telah datang buat kali kedua untuk menilai tahap
pengajaran saya dan tajuk pada hari itu ialah berkenaan dengan keselamatan jalan raya yang
berlangsung di bilik PPSMI.
Dicatat oleh Cikgu Hafidz pada 4/02/2010 05:02:00 PTG Tiada ulasan:
Labels: Jurnal Mingguan

Ahad, 28 Mac 2010

Minggu 10 (22hb - 26hb March 2010)


MINGGU KESEPULUH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MASALAH

Pada minggu kesepuluh P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah yang sama seperti di minggu
yang ketiga dan kelima iaitu masalah penggunaan masa yang tepatsebagaimana yang telah dirancang
dalam Rancangan Pengajaran Harian. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan
kerana kelemahan tertentu. Hal ini menimbulkan masalah untuk mencapai objektif, khususnya objektif
perlaksanaan apresiasi di hujung proses penghasilan tugasan.
ANALISIS
Masalah ini timbul dalam langkah penghasilan, iaitu murid telah mengambil masa yang lama untuk
menghasilkan tugasan. Hal ini berlaku kerana murid tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan
sedua ada tentang teknik dan aktiviti.
CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk melaksanakan
P&P dalam masa yang telah ditetapkan dan cara untuk memberi kefahaman kepada murid bahawa
dengan menepati arahan guru akan menjadikan aktiviti bertambah senang dan P&P bertambah menarik.
2. Saya akan melihat semula aktiviti yang hendak dirancang perlulah mencukupi masa yang ditentukan,
bagi mencapai keseluruhan objektif termasuk sesi apresiasi.
3. Saya juga mungkin akan menggunakan masa (5 minit) yang diperuntukkan untuk membuat set induksi
untuk terus memperkenalkan aktiviti (aktiviti-aktiviti tertentu). Tetapi saya perlu menyediakan BBM
(contoh karya dari guru) yang menarik sehingga boleh menarik minat murid dan sekaligus mereka tahu
apakah aktiviti yang akan dilakukan pada sesi P&P tersebut.
PENILAIAN
KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk member penilaian tentang kejayaan
saya disamping meminta pandangan dan pendapat dari rakan guru pelatih yang lain.
TINDAKAN SUSULAN
Semasa membuat RPH, saya akan memikirkan tentang kemungkinan perkara yang boleh mengganggu
ketetapan masa. Jadi saya perlu lebih prihatin terhadap kemampuan atau tahap penerimaan dan
menguasaan murid. Saya juga boleh mengambil langkah menyediakan saiz hasil tugasan pada saiz yang
lebih kecil tetapi masih mampu menguji penguasaan murid terhadap teknik yang diajarkan.
AKTIVITI MINGGUAN
Pada minggu ini P&P dapat dijalankan seperti biasa. Pada hari Khamis, pensyarah pembimbing major
pula datang buat kali ketiga untuk menilai tahap pengajaran saya.
Dicatat oleh Cikgu Hafidz pada 3/28/2010 03:55:00 PTG Tiada ulasan:
Labels: Jurnal Mingguan

Jumaat, 19 Mac 2010

Minggu 9 (15hb - 19hb March 2010)


MINGGU KESEMBILAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI MINGGUAN
Pada minggu kesembilan, sekolah telah bercuti selama seminggu untuk penggal pertama dan P&P akan
dijalankan seperti biasa pada minggu seterusnya.
Dicatat oleh Cikgu Hafidz pada 3/19/2010 11:47:00 PG Tiada ulasan:
Labels: Jurnal Mingguan

Sabtu, 13 Mac 2010

Minggu 8 (8hb - 12hb March 2010)

MINGGU KELAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MASALAH
Pada minggu kelapan P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah sama seperti pada minggu
keenam iaitu dari sudut disiplin murid iaitu murid bersikap malas.
ANALISIS
Masalah timbul kerana murid telah mengambil masa yang lama semasa membuat kolaj di dalam kelas.
Iaitu dengan menggunting kertas yang telah diberikan oleh guru bukan sahaja tidak mengikut teknik
dengan betul malah menunjukkan bahawa murid bersikap malas. Ini kerana murid tidak berminat untuk
meneroka teknik, kurang yakin dan menganggap proses kerja melecehkan serta merumitkan.
CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk melaksanakan
P&P dalam masa yang telah ditetapkan dan cara untuk memberi kefahaman kepada murid bahawa
dengan menepati arahan guru akan menjadikan aktiviti bertambah senang dan P&P bertambah menarik.
Juga menggalakkan murid melaksanakan kerja sebaik mungkin dan untuk memupuk daya saing dalam
menghasilkan karya yang terbaik.
2. Saya akan menegur sikap mereka dengan cara yang lembut dalam tegas. Menyatakan pada mereka
bahawa mereka perlu membuat hasil karya yang terbaik untuk kepuasan diri mereka sendiri dan akan
menampalnya di dinding belakang kelas.
3. Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk mengawal murid dan kelas dari guru-guru
yang lain dan rakan guru pelatih.
PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk member penilaian tentang kejayaan
saya disamping meminta pandangan dan pendapat dari rakan guru pelatih yang lain.
TINDAKAN SUSULAN
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktivitiaktiviti yang sesuai, yang lebih terarah kepada pengenalan teknik dan penghasilan tugasan serta
menekankan aspek disiplin kerja pada murid-murid seperti memupuk nilai menepati masa seperti yang
telah diperuntukkan.
AKTIVITI MINGGUAN
Pada minggu ini P&P dapat dijalankan seperti biasa. Pada hari Rabu, pensyarah pembimbing Bahasa
Melayu (minor) iaitu encik Othman Bin Ahmad telah datang untuk menilai tahap pengajaran saya dan
tajuk pada hari itu ialah berkenaan dengan pencemaran sungai yang berlangsung di bilik PPSMI kerana
di dalam kelas tidak mempunyai LCD Projector. Pihak sekolah ada menyediakan LCD Projector tetapi
perlulah terlebih dahulu meminjam dari guru yang dipertanggungjawabkan. Pada hari berikutnya iaitu hari
Khamis, pensyarah pembimbing major pula datang buat kali kedua untuk menilai tahap pengajaran saya.
P&P pada hari itu juga dijalankan di bilik PPSMI.
Dicatat oleh Cikgu Hafidz pada 3/13/2010 03:47:00 PTG Tiada ulasan:
Labels: Jurnal Mingguan

Ahad, 7 Mac 2010

Minggu 7 (1hb - 5hb March 2010)


MINGGU KETUJUH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MASALAH

Pada minggu keenam P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah dari sudutkekurangan
pengalaman / pengetahuan sedia ada (tentang teknik).
ANALISIS
Masalah timbul mungkin kerana murid tidak didedahkan dengan kepelbagaian teknik yang ada dalam
penghasilan karya. Dalam sesi P&P saya, murid baru belajar mengenali dan menerokai teknik. Dalam
keadaan ini, murid masih baru dengan teknik yang dipelajari. Jadi semasa proses penghasilan karya
didapati murid agak sukar (lambat) menghasilkannya. Guru perlu menunjukkan satu per satu langkah
dengan terang dan jelas. Banyak teguran terhadap proses kerja murid dilakukan. Hasilnya juga kurang
memuaskan walaupun aktiviti sangat bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid.
CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk memilih aktiviti
yang bersesuaian pada tahap pengalaman dan pengetahuan sedia ada pada murid.
2. Saya akan memperkenalkan kepada murid teknik yang pelbagai dalam penghasilan karya. Pada P&P
saya nanti, saya akan menerangkan langkah-langkah penghasilan karya bagi satu per satu teknik dengan
terang, jelas dan dapat difahami oleh murid. Semasa proses penghasilan karya, saya akan turut
memantau bagi membantu murid menghasilkan teknik dengan betul.
3. Saya juga akan mendapatkan cadangan atau tips untuk menjadikan P&P saya lebih menarik untuk
memperkenalkan satu-satu aktiviti (teknik) dari rakan guru pelatih.
TEMPOH MASA
Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana kekurangan ini akan menjadikan murid
ketinggalan dalam subjek pelajaran. Tahap pembelajaran murid menjadi rendah sedangkan tahap /
pencapaian yang sepatutnya adalah yang lebih baik.
PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk member penilaian tentang kejayaan
saya disamping meminta pandangan dan pendapat dari rakan guru pelatih yang lain.
TINDAKAN SUSULAN
Semasa proses penerangan aktiviti, guru akan memastikan murid memberi perhatian dan tumpuan
sepenuhnya. Guru menggalakkan sesi soal jawab bagi membantu kekeliruan yang dihadapi oleh muird.
Guru juga bercadang untuk meminta murid mengadakan sebuah buku seni bagi mendokumentasikan
segala aktiviti seni yang telah dipelajari (sebagai rujukan di masa hadapan).
AKTIVITI MINGGUAN
Pada minggu ini P&P berjalan seperti biasa. Guru membuat bidang menggambar dengan teknik gosokan.
Pada minggu ini juga guru pembimbing Bahasa Melayu membuat penilaian untuk kali pertama,
pensyarah pembimbing dan guru pembimbing juga telah masuk kelas untuk melihat dan membuat
penilaian bagi kelas Pendidikan Seni Visual (PSV).
Dicatat oleh Cikgu Hafidz pada 3/07/2010 10:58:00 PG Tiada ulasan:
Labels: Jurnal Mingguan

Ahad, 28 Februari 2010

Minggu 6 (22hb - 26hb Feb 2010)


MINGGU KEENAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MASALAH
Pada minggu keenam P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah dari sudut disiplin murid
iaitu murid bersikap malas.

ANALISIS
Masalah timbul kerana murid telah mengambil masa yang lama semasa membuat anyaman di dalam
kelas. Iaitu dengan menggunting kertas yang telah dilakar bukan sahaja tidak mengikut teknik dengan
betul malah menunjukkan bahawa murid bersikap malas. Ini kerana murid tidak berminat untuk meneroka
teknik, kurang yakin dan menganggap proses kerja melecehkan serta merumitkan.
CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk melaksanakan
P&P dalam masa yang telah ditetapkan dan cara untuk memberi kefahaman kepada murid bahawa
dengan menepati arahan guru akan menjadikan aktiviti bertambah senang dan P&P bertambah menarik.
Juga menggalakkan murid melaksanakan kerja sebaik mungkin dan untuk memupuk daya saing dalam
menghasilkan karya yang terbaik.
2. Saya akan menegur sikap mereka dengan cara yang lembut dalam tegas. Menyatakan pada mereka
bahawa mereka perlu membuat hasil karya yang terbaik untuk kepuasan diri mereka sendiri dan akan
menampalnya di dinding belakang kelas.
3. Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk mengawal murid dan kelas dari guru-guru
yang lain dan rakan guru pelatih.
PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk member penilaian tentang kejayaan
saya disamping meminta pandangan dan pendapat dari rakan guru pelatih yang lain.
TINDAKAN SUSULAN
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktivitiaktiviti yang sesuai, yang lebih terarah kepada pengenalan teknik dan penghasilan tugasan serta
menekankan aspek disiplin kerja pada murid-murid seperti memupuk nilai menepati masa seperti yang
telah diperuntukkan.
AKTIVITI MINGGUAN
Pada minggu ini P&P dapat dijalankan cuma pada hari Isnin sahaja kerana pada hari Selasa, Rabu dan
Khamis, sekolah telah mengadakan ujian penilaian untuk setiap murid.

Anda mungkin juga menyukai