Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI

Oleh : Nurul Nadia Binti Azmi


PISMP Matematik Januari 2012
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya
dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus bagi subjek Pengajaran Geometri,
Sukatan dan Pengendalian Data (MTE3113). Terdapat beberapa kelebihan,
kekurangan serta pengalaman sepanjang menjalankan tugasan bagi kerja kursus ini.
Antara kelebihan yang telah dikenal pasti ialah dari segi penulisan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH). Memandangkan tugasan ini perlu dilakukan di sekolah
tempat di mana saya menjalani praktikum fasa dua iaitu di Sekolah Kebangsaan
Tambak Paya, Melaka. Pengalaman selama satu bulan menjalani praktikum semasa
di fasa satu dan dua bulan semasa di fasa dua, teknik dan cara penulisan RPH telah
dapat dipertingkatkan dari hari ke hari berdasarkan tunjuk ajar serta bimbingan yang
diberikan oleh guru pembimbing di sekolah dan pensyarah penyelia. Semestinya
RPH merupakan suatu rancangan persediaan awal yang sangat penting bagi
seseorang guru.
Menurut Buku Panduan Kementerian Pelajaran (1956), butir-butir mata
pelajaran harian yang dimasukkan hendaklah disempurnakan terlebih dahulu
sebelum mata pelajaran tersebut diajarkan. Selain itu, penulisan RPH juga dilihat
bukan sekadar sebagai dokumen perancangan awal mengenai sesuatu perkara yang
perlu diajar dan sebagai catatan rekod perkara yang telah diajar malah dapat
berperanan sebagai suatu persediaan yang rapi mencakupi pelbagai perkara
penting. Menurut Atan Long (1980), sesuatu persediaan mengajar menunjukkan apa
yang telah dibuat, ke arah mana murid-murid akan dibimbing dan apa sahaja yang
akan dilakukan dalam unit pelajaran itu. Dalam penulisan RPH KSSR ini, langkahlangkah yang rapi telah ditulis dengan lengkap mengikut empat fasa yang telah
ditetapkan iaitu fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan. Oleh itu,
RPH perlu disediakan lebih awal supaya memudahkan berlakunya proses
pengajaran dan pembelajaran dan menjadi panduan guru semasa mengajar.
Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar maujud digunakan bagi mengajar
tajuk ruang ini. Fungsi utama penggunaan bahan maujud adalah bagi memudahkan
murid memahami isi pengajaran dan membnatu para guru dalam menyampaikan

penerangan pengajaran dengan berkesan. Bahan-bahan maujud atau konkrit ini


sememangnya membantu meningkatan minat dan mental imej serta kefahaman
murid terhadap tajuk yang diajar supaya pembelajaran matematik menjadi lebih
bermakna. Menurut Piaget (1952), kanak-kanak memerlukan pengalaman konkrit
untuk memahami istilah matematik dan simbol matematik. Istilah-istilah yang
digunakan dalam tajuk ruang ini seperti bucu, permukaan rata dan sisi akan dapat
memberikan gambaran yang jelas kepada murid tentang istilah-istilah tersebut.
Murid-murid dapat melihat sendiri bahagian-bahagian tersebut dengan mata mereka.
Menurut Heddens (2005), bahan maujud atau konkrit ialah model konkrit yang
melibatkan konsep matematik, menarik kepada beberapa deria serta boleh disentuh
dan digerakkan oleh murid. Oleh itu, bahan konkrit ini sememangnya membantu
membina mental imej yang lebih jelas untuk memahami idea-idea dan konsepkonsep matematik. Selain itu, alat bantu mengajar yang dibina juga berwarna-warni
bagi menarik minat murid dalam mempelajari tajuk ruang ini. Warna-warna yang
berlainan digunakan bagi membezakan bentuk. Contohnya, dalam prisma segi tiga
mempunyai bentuk segi tiga dan segi empat sama. Betuk segi tiga berwarna hijau
manakala bentuk segi empat sama berwarna merah jambu. Hal ini bertujuan untuk
membantu guru semasa sesi penerangan bentuk-bentuk yang terdapat dalam
sesuatu prisma. Dengan ini, murid akan lebih mudah faham bentuk-bentuk yang
mereka lihat dengan nama bentuk tersebut.
Selain itu, penggunaan lembaran kerja digunakan semasa sesi penerangan
guru. Hal ini membolehkan murid-murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap
sesi pengajaran dan pembelajaran sekali gus mengawal disiplin murid serta
menjimatkan masa guru dan murid. Lembaran kerja juga merupakan salah satu
daripada alat bantu mengajar Guru tidak perlu menulis perkara-perkara yang hendak
diterangkan kepada murid dan murid pula tidak perlu menyalin perkara-perkara yang
diterangkan oleh guru. Lembaran kerja ini dibina sendiri bagi disesuaikan dengan
tajuk dan langkah-langkah pengajaran yang hendak diajar oleh guru serta mengikut
keperluan murid. Murid-murid boleh mengisi nama bentuk, bahagian-bahagian
bentuk, ciri-ciri bentuk dan gabungan bentuk dalam sesuatu prisma semasa guru
memberi penerangan.

Seterusnya, pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam kelas yang


diajar oleh saya sendiri yang sedikit sebanyak telah memahami kerenah murid-murid
kelas 3 Arif tersebut. Cara untuk mengawal kelas juga merupakan suatu cabaran
semasa guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp). Memandangkan
sesi pdp ini dijalankan selepas 6 minggu saya dan rakan berpraktikum di sekolah
tersebut, maka strategi yang digunakan bagi mengawak disiplin murid-murid adalah
dengan menggunakan sistem token yang diamalkan sejak hari pertama saya
mengajar kelas tersebut. Penggunaan sistem token ini sememangnya berkesan
untuk mengurangkan kebisingan dan mengawal tingkah laku mereka. Mengamalkan
ganjaran dan hukuman yang diolah dari Teori Pelaziman Operan Skinner. B. F.
Skinner (1958) yang mempercayai bahawa sesuatu tingkah laku itu dipengaruhi oleh
faktor peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan. Dengan adanya ganjaran dan
hukuman yang sesuai, maka tingkah laku positif dapat dikekalkan manakala tingkah
laku yang negatif murid-murid akan diubah. Ganjaran yang diberikan oleh guru ialah
memberikan token kepada kumpulan yang berjaya menjawab soalan guru apabila
ditanya dan hukuman yang diberikan ialah menolak token kumpulan mereka
sekiranya terdapat ahli kumpulan mereka membuat bising atau salah memberikan
jawapan semasa menjawab soalan teka-teki aktiviti kumpulan.
Tambahan lagi, murid-murid telah dibiasakan dengan aktiviti kumpulan
semasa fasa perkembangan. Dengan itu, mereka telah tahu untuk masuk ke
kumpulan masing-masing apabila guru mengarahkan mereka untuk duduk dalam
kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 6 orang ahli dan penyataan ini disokong
oleh Dunne dan Bennett (1994) yang mengatakan bahawa majoriti guru di Britain
membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4-6 orang ahli. Aktiviti kumpulan dapat
memupuk pembelajaran koperatif dalam diri murid-murid. Kaedah Pembelajaran
Koperatif adalah suatu strategi pengajaran yang melibatkan pelajar-pelajar saling
bantu membantu diantara satu sama lain dalam kumpulan kecil dengan mempunyai
matlamat bersama. Pelajar-pelajar melakukan aktiviti secara aktif semasa proses
pembelajaran dan ini meliputi pengalaman pembelajaran yang dirasai dan dialami
sendiri oleh mereka. Aktiviti-aktiviti dirancang sebegitu rupa supaya berpeluang
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum
1994). Semasa pelajar-pelajar belajar dalam kumpulan, mereka boleh berkongsi
pengetahuan (intelek), memupuk nilai-nilai murni (rohani), bertimbang rasa (emosi)

serta mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi (sosial). Kajian terkini mendapati


penggunaan
pencapaian

Pembelajaran
pelajar,

Koperatif

pemikiran

boleh

kritikal

dan

meningkatkan
kreatif,

sikap

dan

mewujudkan

positif

terhadap

matapelajaran dan sekolah, kemahiran sosial dan interaksi kumpulan, keyakinan diri
dan saling menghormati. Tugas guru sebagai tenaga pengajar beralih kepada
penggalak agar mereka terangsang untuk menyiasat, meneroka dan mencari sendiri
maklumat yang dikehendaki terutama dalam matematik. Menurut Johnson, Johnson,
and

Smith

(1991)

pembelajaran

koperatif

perlu

mengandungi

'Positive

Interdependence' iaitu setiap ahli bergantung antara satu sama lain untuk mencapai
sesuatu matlamat. Jika mereka gagal memainkan peranan masing-masing,
kumpulan itu akan menanggung akibatnya.
Selain itu, pengajaran makro dijalankan bagi menyempurnakan objektif
tugasan kerja kursus ini. Pengajaran mikro ialah penyampaian pelajaran lengkap
yang mengandungi kemahiran-kemahiran pelbagai dalam satu sesi pengajaran
pembelajaran dalam kelas sebenar. Pengajaran makro dipraktikkan oleh guru pelatih
dengan diperhatikan oleh rakan pelatih yang lain. Pengajaran makro berdasarkan
masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan iaitu 60 minit. Ianya bertujuan
membiasakan guru pelatih melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi
pengajaran, disamping mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka
menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah. Terdapat empat
fasa penting dalam pengajaran KSSR iaitu bahagian persediaan, imaginasi,
perkembangan dan fasa tindakan. Keempat-empat fasa ini dijalankan dengn baik
mengikur Rancangan Pengajaran Harian yang telah disediakan. Dalam aspek
penggabungjalinan kemahiran juga perlu dinyatakan sebagai sebahagian daripada
persediaan mengajar. Kelebihan pengajaran makro ini adalah ianya dapat
meningkatkan keyakinan dalam diri, dapat menguasai kemahiran mengajar,
mengenalpasti potensi diri dan mengenalpasti kelemahan guru semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Antara kelemahan yang didapati sepanjang melaksanakan pengajaran makro
adalah bentangan prisma yang diberikan kepada setiap kumpulan sedikit iaitu satu
untuk dilakukan oleh enam orang ahli kumpulan. Terdapat murid yang tidak
memberikan kerjasama semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Oleh itu, guru terpaksa

menekankan supaya mereka bekerjasama dalam kumpulan masing-masing semasa


membuat hasil bentangan yang diberikan tadi. Penambahbaikan yang bolh dilakukan
ialah bilangan bentangan prisma dibanyakkan kepada 3 setiap kumpulan supaya
mereka secara berpasangan dapat menghasilkan satu bentuk dan tiga bentuk bagi
setiap kumpulan. Seterusnya ialah, semasa sesi kedua iaitu fasa imaginasi,
penerangan yang dilakukan oleh guru mengambil masa yang agak lama dan
ditambah pula dengan murid-murid menulis di lembaran kerja, maka, masa yang
diperuntukkan semasa fasa imaginasi tidak mngikut masa yang telah ditetapkan
dalam Rancangan Pengajaran Harian. Oleh itu, saya perlu memantapkan lagi
kemahiran menerang supaya dapat mengikut masa yang telah ditetapkan dalam rph
dan dapat mengelakkan daripada mengambil masa yang lama.
Itulah serba sedikit kekuatan serta kelemahan dan pengalaman saya semasa
mengelolakan pengajaran makro tersbut. Meskipun banyak kekurangannya namun
kami telah membuat sehabis baik dan semampu kami untuk memastikan bahawa
pengajaran makro itu berjaya. Adakalanya kawalan kelas bukanlah salah murid
semata-mata, mungkin juga berpunca dari kelemahan guru. Meskipun kurang
berjaya dari segi pelaksanaan fasa dan aktiviti kumpulan, namun setidaknya saya
memperoleh pengalaman baru untuk mengajar matapelajaran matematik bagi tajuk
ruang. Kesimpulannya, tugasan ini sememangnya membantu saya meningkatkan
kemahiran pengajaran matematik. Tugasan ini menjadikan saya lebih bersemangat
untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarahpensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Semua yang telah
saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru
kelak.

Anda mungkin juga menyukai