Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN REFLEKTIF

Guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh(Kamus


Dewan Edisi Keempat). Agen juga bermaksud bahan atau organisma yang dapat
mempengaruhi atau dapat memberi kesan kepada sesuatu tindak balas (Kamus
Pelajar Edisi Kedua). Perubahan atau transformasi ditakrifkan oleh Carzo &
Yanouzas sebagai satu proses pertukaran kelakuan atau status yang stabil kepada
satu pola kelakuan yang lain. Bagi Atkinson (1987), perubahan merupakan
kegiatan/proses yang membuat sesuatu/seseorang berbeza dengan keadaan
sebelumnya. Manakala masyarakat ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang
hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu (Kamus Dewan).
Masyarakat juga boleh dianggap sebagi sekumpulan individu yang mengadakan
kesepakatan untuk mengelola kehidupan secara bersama-sama atas alasan-alasan
biologis, psikologis dan sosial. Sebagai rumusannya, Guru Sebagai Agen Perubahan
Masyarakat bermaksud guru berpotensi menjadi pengantara untuk mengubah
masyarakat.
Dalam Buku Panduan KBSR ada dinyatakan,"walau bagaimanapun sama ada
perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah
bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru dan Guru Besar dalam
sesebuah sekolah.". Abd. Aziz (2000) menyebut guru sebagai pelaksana
perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang mempunyai sifat
positif dalam segala hal. Mereka perlu bersifat kreatif yang tinggi terutamanya dalam
penciptaan alat dan bahan pengajaran, peka dalam hal perubahanperubahan dan
pembaharuan-pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah

berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan


dalam bilik darjah.
Perubahan ke atas guru mungkin boleh didefinisikan sebagai keseluruhan
aktiviti yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah
keberkesanan dan kecekapan pengajaran para guru. Walaupun istilah seperti
perubahan

kakitangan,

latihan

dalam

perkhidmatan,

dan

perkembangan

profesionalisme selalu di gunakan, tetapi perubahan ke atas guru menggambarkan


satu konsep yang menghubungkan kesemua aspek dalam persekitaran pendidikan.
Ia juga boleh dianggap sebagai satu proses yang dinamik. Ia mesti dikendalikan
dengan sistematik dengan menekankan matlamat jangka panjang dan pendek.
Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi
yang sentiasa berubah di samping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu
mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya
menulis. Menurut Sharil et al. (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu,
guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar mereka.Tanpa pembinaan budaya
ilmu dalam inovasi pendidikan, matlamat yang disasarkan agak sukar dicapai.
Peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru
kerana keupayaan guru menyelesaikan masalah bergantung kepada keupayaan
guru sebagai fasilitator, penyelesai masalah, pemangkin dan pendorong
pembelajaran. Harison dan Gowin (1966), telah menggariskan beberapa ciri guru
yangberkesan. Antaranya ialah: (i) Jujur, (ii) Baik hati, (iii) Mesra, (iv) Kesefahaman,
(v) Bijak dan berbudi, (vi) Suka bekerjasama, (vii) Bermoral tinggi, (viii) Tinggi tahap
etika dan profesionalisme, (ix) Mempunyai keinginan belajar yang kuat, (x)
Mempunyai keinginan mengajar yang kuat, (xi) Mempunyai semangat dan minat
yang kuat terhadap manusia, (xii) Mampu menganalisis diri sendiri, (xiii) Mempunyai

kawalan diri dari segi emosi dan kehendak, (xiv) Sanggup mengkritik diri sendiri, (xv)
Mempunyai keyakinan diri dan kepada tugas, (xvi) Mempunyai budaya diri seperti;
tabah, intelektual, bermoral, sosial dan profesional, (xvii) Mempunyai taraf diri
seperti: boleh menetapkan nilai diri dan kerja; dan (xviii) Mempunyai rasa
pengorbanan diri seperti sanggup mengorbankan diri demi kebajikan
dan minat pelajar.
Program Seminar Pendidikan merupakan program yang dirancang di bawah
Program Bina Insan Guru dan dilaksanakan untuk menyempurnakan takwim
Program BIG Fasa II. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pelatih PISMP
Ambilan Januari 2010 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KPM.
Guru dan Hubungan Komuniti merupakan tema seminar pendidikan ini. Sebagai
seorang bakal guru, guru-guru pelatih hendaklah mengetahui tentang peranan
mereka dalam masyarakat selain tugas-tugas harian seorang guru.

Maka, dari

institut latihan inilah guru-guru pelatih diajar bagaimana untuk menjadi seorang guru
yang berwatak.
Program seminar pendidikan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ceramah dan
bengkel. Tajuk ceramah adalah mengenai Guru Sebagai Agen Perubahan.
Manakala

bagi

tajuk

bengkel

dan

pembentangan

adalah

Cabaran

Guru

Merealisasikan Pendemokrasian Pendidikan Hubungan Sekolah dan Komuniti Ke


Arah Pembangunan Pendidikan. Seminar ini disampaikan oleh Tn. Hj. Omar Bin
Abdul.
Antara kekuatan yang dapat saya kenalpasti melalui ceramah ini adalah
penceramah telah menyampaikan ceramah beliau dengan sangat berkesan. Huraian
yang disampaikan adalah sangat jelas dan bertepatan dengan tajuk. Ini
membolehkan

para

peserta

ceramah

dapat

memanfaatkan

ceramah

yang

disampaikan dengan baik. Penyampaian ceramah yang berkesan adalah sangat


penting kerana ini akan menentukan hala tuju skop ceramah yang ingin disampaikan.
Mesej yang ingin disampaikan dalam ceramah perlu dihuraikan dengan jelas dan
teratur supaya para peserta yang mendengar ceramah tersebut akan mengambil
iktibar akan apa yang telah disampaikan dan perkara seperti yang diibaratkan
masuk telingan kanan keluar telinga kiri tidak akan berlaku. Selain itu, kekuatan
yang saya dapati semasa aktiviti ceramah tersebut belangsung adalah tempat yang
disediakan oleh pihak penganjur adalah sangat selesa untuk para peserta
mendengar ceramah. Bagi saya, penyediaan tempat yang baik adalah sangat
penting kerana ia akan melambangkan kreadibiliti pihak penganjur tersebut dalam
usaha untuk menganjurkan sesuatu majlis yang baik dan akan diinagti oleh setiap
peserta program. Kegagalan pihak penganjur untuk menyediakan tempat yang
selesa akan menyebabkan para peserta akan berasa tidak selesa dan mereka akan
mula berfikiran negatif kepada pihak penganjur. Kekuatan yang saya dapati semasa
program ceramah ini berlangsung adalah hand-out yang disediakan kepada para
peserta dapat member lebih kefahaman kepada peserta ceramah. Ini adalah kerana,
di samping mendengar ceramah, peserta dapat membaca dan seterusnya akan
dapat memahami dengan lebih jelas lagi tentang apa yang ingin disampaikan oleh
penceramah.
Setiap kekuatan sudah pasti akan ada kelemahannya. Antara kelemahan yang
saya dapati mengenai aktiviti ceramah ini adalah masa yang ditetapkan untuk aktiviti
ceramah adalah tidak bersesuaian iaitu pada pukul 3.15-5.15. Ini adalah kerana
pada waktu petang seperti ini, para peserta akan berasa mengantuk seterusnya tidak
dapat memberi sepenuh tumpuan kepada ceramah yang akan disampaikan. Selain
itu, saya mendapati pengacara telah melakukan sedikit kesilapan semasa

mengacarakan majlis iaitu semasa menyebut nama Timbalan Pengarah. Walaupun


kesilapan yang dilakukan akan menyebabkan kreadibiliti beliau sebagai pengacara
majlis akan tercalar namun bagi saya ia hanyalah kesilapan yang kecil dan boleh
dimaafkan serta diperbaiki pada masa-masa yang akan datang.
Antara peluang yang saya peroleh melalui ceramah ini adalah saya dan para
peserta ceramah berpeluang untuk memahami dengan lebih jelas lagi mengenai
konsep seorang guru adalah sebagai agen perubahan masyarakat. Seorang guru
yang berkreadibiliti unggul akan mampu untuk menjadi ikon kepada masyarakat. Ini
adalah kerana di mata masyarakat, seorang yang bergelar guru akan dipandang
mulia oleh masyarakat dan justeru itu, sebagai seorang guru yang baik, kita haruslah
sentiasa menunjukkan peribadi yang unggul selaras dengan konsep guru sebagai
agen perubahan masyarakat.
Selain itu, ancaman yang saya dapati semasa program berlangsung adalah
masa yang ditetapkan untuk aktiviti ceramah adalah tidak bersesuaian iaitu pada
pukul 3.15-5.15. Ini adalah kerana pada waktu petang seperti ini, para peserta akan
berasa mengantuk seterusnya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada
ceramah yang akan disampaikan.
Secara tuntasnya, pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan
membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu
masyarakat. Pada zaman moden ini, guru adalah bertangggungjawab untuk memberi
pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke atas diri seseorang.
Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna, secukupnya dan
menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai