Anda di halaman 1dari 66

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

SESI 2015/2016

OLEH:
MUHAMAD SHAZA BIN SULAIMAN

FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
IXS 4996

8 Jun 2015 Hingga 28 Ogos 2015

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Laporan ini disediakan sebagai memenuhi


Syarat Lulus IXS 4996 Latihan Industri

Oleh

MUHAMAD SHAZA BIN SULAIMAN


IBA13035118

PENGHARGAAN

Segala pujian dipanjatkan kehadrat Allah S. W. T, selawat dan salam


ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W seiring dengan limpahan
kesyukuran kerana akhirnya saya telah berjaya menyiapkan laporan
latihan industri yang telah saya jalani dalam tempoh tiga bulan
bermula 8 Jun 2015 hingga 28 Ogos 2015. Latihan industri yang saya
jalani di Institut Latihan Dan Dakwah Selangor adalah untuk
memenuhi syarat lulus bagi melengkapkan kursus Ijazah Sarjana
Muda Usuluddin Dengan Kepujian di Universiti Sultan Zainal Abidin.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia akademik saya
iaitu Dr. Abdul Soma Thoarlim yang telah banyak memberi nasihat
serta bimbingan sehingga saya berjaya menjalani latihan ini dengan
baik dan akhirnya dapat juga saya menyiapkan laporan Latihan
Industri sebagaimana yang diharapkan.
Setinggi-tinggi

penghargaan

juga

saya

ucapkan

kepada

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tuan Haji


Paimuzi bin Yahya dan penyelia industri saya iaitu Ustazah Nor
Diyana binti Mohamed Rais di atas kesudian menerima saya sebagai
pelatih praktikal di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Tidak
lupa juga saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang terlibat samada


secara langsung atau tidak langsung dalam memberi tunjuk ajar dan
nasihat selama saya menjalankan latihan industri.

Dengan adanya laporan ini, diharapkan ia akan menjadi


panduan kepada bakal-bakal pelatih yang akan menjalankan latihan
industri di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan juga
memberi faedah yang sangat berguna kepada mereka atau jabatan
terbabit.
Akhir kata, segala yang baik dan sempurna itu datangnya dari
Allah S.W,T dan yang kurang itu dari Allah juga tetapi disandarkan
kepada kelemahan saya selaku hamba-Nya tetapi hakikatnya keduaduanya datang dari Allah S.W.T. Semoga kita mendapat taufik dan
hidayah daripada Allah S.W.T yang Maha Mengetahui atas apa yang
ditadbir-Nya. Sekian.

SENARAI KANDUNGAN
Muka Surat
PERAKUAN

iv

PENGHARGAAN

SENARAI KANDUNGAN

vi

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN
1.1 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
1.2 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR
1.3 OBJEKTIF PENYEDIAAN LAPORAN INDUSTRI
1.4 LATAR BELAKANG ORGANISASI
1.4.1 SEJARAH PENUBUHAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH
PERSEKUTUAN
1.4.2 SEJARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN
1.5 CAWANGAN AKIDAH, SYARIAH DAN PENTADBIRAN
1.6 CAWANGAN PENGURUSAN HALAL
1.7 CAWANGAN PENAPISAN MEDIA
1.8 FUNGSI BAHAGIAN PENYELIDIKAN
1.9 LOKASI
1.10 VISI
1.11 MISI
1.12 LOGO
1.12.1 Kod Logo

vi

1.12.2 Bentuk
1.12.3 Warna
1.12.4 Simbol
1.12.5 Cogan Kata
1.13 CARTA ORGANISASI JAWI
1.14 OBJEKTIF
1.15 PIAGAM PELANGGAN
1.16 SENARAI NAMA KAKITANGAN JAWI BAHAGIAN PENYELIDIKAN

BAB II LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG TEMPOH LATIHAN


INDUSTRI
2.0 PENGENALAN
2.1 RINGKASAN AKTIVITI
2.1.1 Punch Card Clock-In dan Clock-Out, Scan Card dan Thumb Print
2.1.2 Bertugas pada setiap pagi
2.1.3 Menjawab Panggilan Telefon
2.1.4 Jamuan Raya
2.1.5 Menaip untuk Pegawai
2.1.6 Menjaga Kaunter
2.1.7 Minit Fail
2.1.8 Faks Surat
2.1.9 Keratan Akhbar
2.1.10 Tadarus al-Quran
2.1.11 Tauliah Sembelihan

vi

2.1.12 Pantauan Sembelihan


2.1.13 Program Kursus Tauliah Sembelihan
2.1.14 Menyediakan Sijil Penghargaan
2.1.15 Darul Kalam (Pelupusan Al Quran)
2.1.16 Jemputan Seminar Nuzul Al Quran
2.1.17 Urusetia Wacana Akidah Siri 8/2015
2.1.18 Urusetia Seminar Implikasi Media Baharu
2.1.19 Terbitan Semula Artikel
2.1.20 Semakan Audio Visual Permainan Video
2.1.21 Tapisan Bahan Bercetak Berunsur Islam
2.1.22 Semakan Laman Web
2.1.23 Terjemahan Laporan/ Aduan

BAB III

DAPATAN DAN HASIL LATIHAN INDUSTRI

3.0 PENGENALAN
3.1 DAPATAN

BAB IV

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

4.0 PENGENALAN
4.1 SUMBANGAN KEPADA PELATIH INDUSTRI
RUJUKAN
LAMPIRAN

39

vi

BAB I
PENDAHULUAN

1.0

PENGENALAN

Latihan Industri merupakan salah satu komponen kursus yang wajib


diambil oleh semua pelajar Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
(FKI) bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Pengajian Islam (Syariah, Usuluddin dan

Dakwah) Dengan, Ijazah

Sarjana Muda Usuluddin Kaunseling Dengan Kepujian Kepujian dan


Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah (Qiraat) Dengan
Kepujian. Latihan Industri merupakan satu latihan di mana pelajar
ditempatkan di sebuah organisasi untuk mendapatkan pengalaman
bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan program yang diikuti di
universiti. Tujuan utama latihan ini ialah untuk mendedahkan pelajar
kepada

suasana

alam

pekerjaan

yang

sebenar

agar

mereka

mendapat pengalaman dan kefahaman tentang aspek-aspek yang


berkaitan dalam bidang pengajian mereka secara khusus dan bidang
pekerjaan lain secara umum.
Bagi memenuhi keperluan ini saya telah ditempatkan di
Jabatan

Agama

Islam

Wilayah

Persekutuan

(JAWI)

bahagian

Penyelidikan selama dua belas minggu bermula 8 Jun 2015 hingga 28


Ogos 2015. Sepanjang tempoh latihan ini kami telah melaksanakan

pelbagai aktiviti yang menjadi rutin harian tugasan dan kerja bagi
seorang kakitangan di JAWI. Sepanjang tempoh latihan ini saya telah
diselia oleh Ustazah Nor Diyana binti Mohamed Rais, Penolong
Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan. Di jabatan ini, saya telah mempelajari banyak perkara
serta mendapat ilmu yang amat berguna berkaitan dengan Akidah,
Syariah serta Pentadbiran. Di sini, saya belajar cara proses kerja dan
carta aliran kerja mengikut prosedur yang betul seperti proses klaim
elaun, proses bayaran elaun, proses mencatat surat masuk dan
keluar, dan sebagainya.
Manakala penyediaan laporan latihan industri pula adalah bertujuan
memberi penerangan yang khusus tentang segala aktiviti yang telah
dilaksanakan oleh pelajar sepanjang tempoh mengikuti latihan
industri.

Penyampaian

maklumat

yang

dilaporkan

sedikit sebanyak pengetahuan kepada saya

memberikan

serta kepada pihak

atasan seperti fakulti dan penyelia akademik yang memerlukan


maklumat berkenaan sesuatu organisasi tersebut. Melalui laporan ini,
pengalaman yang dilalui boleh disampaikan kepada umum.
Saya amat gembira menjalankan latihan industri saya di sini kerana
saya telah mempelajari sedikit sebanyak tentang gerak kerja di
JAWI . Malahan, saya dapat pengalaman berada di persekitaran kerja
yang

sangat

berbeza

jika

dibandingkan

pembelajaran.

dengan

persekitaran

1.1

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Objektif adalah merupakan satu matlamat ataupun ketetapan yang


perlu dicapai melalui rangka kerja yang telah dibentuk. Maka, untuk
memahami dengan lebih lanjut

dan mendalam berkaitan dengan

objektif, beberapa tujuan utama telah digariskan sebagai panduan


utama dalam mencapai matlamat Latihan Industri ini. Antara objektif
tersebut adalah seperti berikut :

1.1.1 Mendedahkan pelajar kepada persekitaran kerja sebenar dalam


bidang masing-masing.
1.1.2 Memberi
peluang
kepada
pengetahuan

dan

pelajar

memperolehi

mempertingkatkan

pengalaman

bekerja

industri / organisasi berkaitan bidang masing-masing.


1.1.3 Melatih pelajar berinteraksi dan berkomunikasi
berkesan di semua peringkat di tempat kerja.
1.1.4 Memupuk semangat bekerja secara berkumpulan.
3

di

secara

1.1.5 Memupuk pelajar untuk menghayati nilai etika profesyen


masing-masing.
1.1.6 Mewujudkan jalinan

pengkongsian

pintar

antara

UniSZA

dengan industri.
1.1.7 Membantu UniSZA menghasilkan graduan yang cekap, mahir
dan berkemampuan untuk memenuhi permintaan tenaga kerja
dalam bidang masing-masing.

1.2

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR


Program Latihan Industri yang telah dijalankan adalah khusus

kepada para pelajar di peringkat sarjana muda dan mempunyai


kepentingan-kepentingan yang tersendiri. Di antara kepentingannya
adalah seperti berikut :

1.2.1 Menjadikan pelajar yang lebih bersedia dan berkeyakinan


apabila menempuh alam pekerjaan yang sebenar.
1.2.2 Pelajar dapat mempelajari pelbagai sudut di dalam setiap
aspek pekerjaan.
1.2.3 Dapat melatih diri pelajar supaya menjadi seorang pekerja
yang

berdisiplin,

bertanggungjawab

bekerja.

dan

beretika

ketika

1.2.4 Pengalaman berdikari dan berinteraksi di antara pekerja dapat


membuat pelajar lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk
bekerja di dalam satu pasukan.
1.2.5 Dapat menyumbangkan idea-idea baru dan secara tidak
langsung juga dapat membantu menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
1.2.6 Dapat mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari sepanjang
tempoh Latihan Industri di setiap mata pelajaran yang diambil.

1.3

OBJEKTIF PENYEDIAAN LAPORAN INDUSTRI


Di

samping

pengalaman

yang

untuk

menimba

bernilai,

pelajar

ilmu
juga

pengetahuan
diwajibkan

dan
untuk

menghasilkan sebuah buku laporan mengenai Latihan Industri. Buku


laporan yang dihasilkan hendaklah lengkap, sempurna, sistematik
dan perlu diterangkan secara terperinci tentang tugas-tugas yang
dilaksanakan sewaktu pelajar-pelajar menjalani Latihan Industri
tersebut.

Laporan yang lengkap ini akan memudahkan penyelia untuk


menyemak segala aktiviti yang dijalankan oleh pelajar sewaktu
Latihan Industri. Banyak objektif bagi penyediaan laporan ini kepada
para pelajar. Antaranya adalah :

1.3.1 Memastikan para pelajar melaksanakan tugas-tugas yang


diamanahkan oleh pihak organisasi dengan jujur, amanah, dan
dedikasi.

Ia

adalah

penting

untuk

memastikan

pelajar

mengikuti latihan tersebut serta tidak menjalankan tugasan


mereka secara sambil lewa.
1.3.2 Mengalakkan para pelajar untuk sentiasa mengaitkan tugasan
harian mereka bersesuaian dengan kehendak fakulti.
1.3.3 Boleh dijadikan sebagai buku rujukan seandainya para pelajar
memerlukannya.
1.3.4 Mempengaruhi pembahagian markah kerana segala bentuk
penilaian oleh pensyarah adalah berdasarkan laporan yang
disediakan.
1.3.5 Sebagai bukti para pelajar benar-benar menunjukkan minat,
ketekunan serta komitmen yang tinggi terhadap organisasi dan
tugas-tugas yang dijalankan.

1.4 LATAR BELAKANG ORGANISASI


1.4.1 SEJARAH PENUBUHAN JABATAN
PERSEKUTUAN

AGAMA

ISLAM

WILAYAH

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditubuhkan pada


peringkat awalnya dengan nama Urusetia Majlis dengan tujuan untuk
melancarkan perjalanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP). Ia diwujudkan pada 1 Februari 1974.
Urusetia Majlis pada ketika itu hanya terdiri dari beberapa orang
pegawai sahaja, mereka terdiri daripada:

1. Mufti Wilayah Persekutuan.


2. Kadi Besar Wilayah Persekutuan.
3. Ketua Penolong Setiausaha.
4. 2 Orang Kadi.
5. Pegawai Tadbir Masjid.
6. 2 Orang Pegawai Zakat & baitulmal.
7. Pegawai Pendakwa & Penguatkuasa.

Apabila Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ditubuhkan pada


tahun 1978, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah
diletakkan di bawah Kementerian ini. Walaubagaimanapun, pada
tahun 1987 Kementerian ini telah dimansuhkan. Maka, Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan pula di
bawah

pentadbiran

Jabatan

Kemajuan

Islam

Malaysia

(JAKIM)

sehingga kini. Pada peringkat awal operasi, Jabatan Agama Islam


Wilayah Persekutuan (JAWI) hanya terdiri daripada beberapa unit
kecil sahaja iaitu:

1. Unit Pentadbiran.
2. Unit Pengurusan Masjid.
3. Unit Penguatkuasa & Pendakwaaan.
4. Unit Pentadbiran Nikah, Cerai dan Ruju`.
5. Unit Zakat & Baitulmal.
6. Unit Fatwa.

Sejak

awal

penubuhannya,

Jabatan

Agama

Islam

Wilayah

Persekutuan (JAWI) tidak pernah menoleh ke belakang malah terus


berkembang hingga ke hari ini dengan kewujudan 2 cawangan iaitu
Cawangan Labuan diwujudkan pada 16 April 1984 manakala
Cawangan Putrajaya pula diwujudkan pada 1 Ogos 2001. Kini,
peranan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah
diperluaskan kepada beberapa bidang antaranya:

1. Merancang pembangunan dan aset Majlis


2. Penyelidikan.
3. Memberi pendidikan serta keperluan guru yang mencukupi
untuk mendidik anak-anak masyarakat Islam khususnya di
Wilayah Persekutuan.
4. Menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan.
5. Pengurusan saudara baru yang lebih konsisten.
6. Pengurusan zakat , wakaf dan Baitulmal.

7. Penguatkuasaan & Pendakwaan serta memberi kaunseling


kepada pasangan bermasalah.
8. Pentadbiran Undang-undang Keluarga yang lebih sistematik.
9. Menerbit dan mengedarkan majalah berkaitan dengan aktivitiaktiviti JAWI dan kitab-kitab agama.
10.

Penyelidikan fatwa.

1.4.2 SEJARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN


Bahagian Penyelidikan merupakan salah satu bahagian di bawah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pada tahun 1999
sehingga 2004, Bahagian Penyelidikan hanya merupakan salah satu
sub- -unit yang diletakkan secara langsung di bawah bahagian
Pelajaran.

Bermula

tahun

2005,

program

penyelidikan

telah

dipisahkan ( secara pentadbiran ) dari Bahagian Pelajaran. Susulan


daripada itu, program dan aktivitinya telah mula dipertingkatkan
disamping

memperkenalkan

beberapa

program

aktivti

baru

bersesuaian dengan fungsi yang ada. Hanya pada 5 Disember 2007


secara rasminya Bahagian Penyelidikan mempunyai perjawatannya
tersendiri berdasarkan Waran Perjawatan W.P. Bil. A 178 /2007 & Bil.
A 207 / 2007. Bahagian Penyelidikan mempunyai seramai 17 orang
anggota yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang diketuai
oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Bahagian Penyelidikan
bertanggungjawab untuk mengkaji dan menyelidik isu-isu semasa
yang berkaitan dengan akidah dan syariah bagi mempertahankan
9

kesucian agama Islam sekaligus menjaga imej masyarakat Islam di


Wilayah

Persekutuan.

Bahagian

Penyelidikan

pada

asalnya

merupakan salah satu unit yang bergabung di bawah satu bumbung


bersama dengan Bahagian Pelajaran dan Penyelidikan.
Pengwujudan Bahagian Penyelidikan dengan fungsi utamanya untuk
menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan isu-isu akidah
dan

syariah

dengan

disertakan

pemantauan

dalam

pelbagai

pendekatan diharapkan akan dapat memantapkan lagi pengamalan


ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan masyarakat Islam di
Wilayah

Persekutuan.

Walaubagaimanapun,

selaras

dengan

pengembangan peranan dan fungsi bahagian ini maka ia telah


dijadikan sebuah bahagian yang terdiri daripada 3 cawangan utama
iaitu:
1. Cawangan Pemantauan Akidah, Syariah dan Pentadbiran.
2. Cawangan Pengurusan Halal.
3. Cawangan Penapisan Media.

1.5

CAWANGAN AKIDAH, SYARIAH DAN PENTADBIRAN

1.5.1 Akidah:
1.
Menyediakan perancangan program / aktiviti dan anggaran
2.

belanjawan tahunan bagi unit.


Menerima maklumat dan
berkaitan isu-isu akidah.

10

menjalankan

pemantauan

3.

Menerima maklumat dan menjalankan pemantauan institusi

4.

pengajian secara berkala.


Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan isu-isu

5.

akidah.
Menyedia bahan-bahan terbitan, laporan / maklumbalas

6.
7.

berkaitan isu-isu akidah.


Mengendalikan sesi kaunseling berkaitan isu-isu akidah.
Melaksanakan program / seminar / bengkel / kursus /

8.

taklimat / lawatan berkaitan isu-isu akidah.


Mengurusetiakan proses permohonan, penyaringan dan
mengendalikan temuduga permohonan surat sokongan Pas
Lawatan Ikhtisas Saudara Baru dan Pengajar Agama Warga

9.

Negara Asing.
Mengurusetiakan

proses

permohonan

pertukaran

pembetulan nama.

1.5.2 Syariah:
1. Menyediakan perancangan program / aktiviti dan anggaran
belanjawan tahunan bagi unit.
2. Menjalankan penyelidikan / kajian dan analisa isu-isu syariah.
3. Melaksanakan penerangan dan penjelasan isu-isu syariah
melalui seminar / taklimat dan bengkel.
4. Membangunkan pengkalan data atau maklumat berkaitan isuisu syariah di Wilayah Persekutuan dan bahagian-bahagian di
JAWI.
5. Menyediakan bahan-bahan terbitan ilmiah / garis panduan dan
kertas kerja fatwa.
6. Menjalankan pemantauan berkala / aduan berkaitan isu-isu
syariah.

11

1.5.3 Pentadbiran:
1. Menyediakan dan menyelaras perancangan program / aktiviti
dan anggaran belanjawan tahunan bagi unit dan bahagian.
2. Menyelaras tugas-tugas pentadbiran am dan pengurusan
bahagian.
3. Menyediakan dan menyelaras segala laporan / maklumbalas
bagi

mesyuarat-mesyuarat

Tahunan dan Kewangan

pentadbiran

Jabatan,

Laporan

serta laporan aktiviti / program

cawangan dan bahagian.


4. Menjadi urus setia bagi mesyuarat-mesyuarat pentadbiran
anjuran bahagian dan kertas-kertas cadangan untuk mesyuarat
Jawatankuasa Baitulmal.
5.

Melaksanakan program seminar / bengkel / kursus / taklimat


dan lawatan berkaitan pentadbiran bahagian.

6. Menguruskan Pusat Sumber Bahagian.


7. Menguruskan urusan HRMIS Bahagian.

12

1.6 CAWANGAN PENGURUSAN HALAL

1.6.1 Pengurusan Halal:


1. Menyediakan perancangan program / aktiviti dan anggaran
belanjawan tahunan bagi unit.
2.

Menguruskan permohonan baru dan lanjutan bagi tauliah


penyembelihan halal (ayam).

3. Mengendalikan dan mengurusetiakan temuduga surat tauliah


sembelihan.
4. Menyediakan bahan-bahan terbitan, laporan / maklumbalas
perkembangan isu-isu pengurusan halal / sembelihan.
5. Menguruskan aduan dan pemantauan kepada juru sembelih di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
6. Melaksanakan program / seminar / bengkel / kursus / taklimat /
lawatan berkaitan isu-isu halal / sembelihan.

13

1.7 CAWANGAN PENAPISAN MEDIA


1.7.1 Penapisan Media:
1. Menyediakan perancangan program / aktiviti dan anggaran
belanjawan tahunan cawangan.
2. Menjalankan kajian tapisan :
a) Buku-Buku Penerbitan bercetak berunsur Islam.
b) Bahan-bahan penerbitan bercetak / majalah.
c) Barang-barang gunaan orang Islam.
d) Audio visual berunsur Islam.
e) Laman Sesawang / Laman web / Media baru yang bercanggah
dengan Islam.
3. Menerima maklumat dan menjalankan pemantauan berkaitan
bahan-bahan

penerbitan

berunsur

gunaan orang Islam.

14

Islam

serta

barangan

4. Membangunkan dan menerbitkan Jurnal Penyelidikan JAWI.


5. Melaksanakan program / seminar / bengkel / kursus / taklimat /
lawatan berkaitan isu media cetak / media baru.

1.8
FUNGSI BAHAGIAN PENYELIDIKAN
2. Menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan isu akidah
dan syariah.
3. Mengkaji dan menapis bahan bahan terbitan berunsur Islam,
memantau bahan bahanterbitan yang telah disenarai hitamkan
berpandukan kepada Garis Panduan Bahan Bahan Penerbitan
Berunsur Islam (JAKIM).
4. Melaksanakan aktiviti aktiviti pengurusan halal seperti Kursus
Penyembelihan Halal dan pemantauan halal bersamam agensi
agensi berkaitan.
5. Menyaring permohonan

bagi

tujuan

pengeluaran

surat

Sokongan Visa Ikhtisas (belajar/mengajar) kepada warga asing


dan surat kebenaran menyembelih.

15

1.9
Kompleks

LOKASI
Pusat

Islam

Jalan

Perdana

Kuala

Berhampiran Masjid Negara, YADIM dan TV al Hijrah.

16

Lumpur

1.10

VISI

Menjadi Sebuah Organisasi Peneraju Dalam Memartabatkan Hal


Ehwal Islam

1.11
MISI
1. Memantapkan Aqidah, Syariah dan Akhlak Secara Kolektif dan
Komprehensif.
2. Mengurus Hal Ehwal Kekeluargaan Islam.
3. Melaksanakan Dakwah Secara Menyeluruh Dan Professional.
4. Memantapkan Pendidikan Ummah Berteraskan Al-Quran dan
Sunnah.
5. Mengimarahkan Masjid dan Sura
1.12
LOGO

17

1.12.1 Kod Logo


Sentiasa Dicontohi
1.12.2 Bentuk
Bentuk seperti kitab yang tidak berbucu bermaksud kebolehan JAWI
untuk beradaptasi dengan zaman dan masyarakat. Adaptasi ini
meliputi tiga kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
dan Putrajaya. Pendukung kepada adaptasi ini menerusi penerapan
ilmu dan amalan Al-Quran dan Hadis yang menjadi petunjuk
sepanjang zaman dan generasi. Tiga bentuk Kitab yang menadah ke
atas simbolik doa dan tiga negeri. Lima bentuk bulat kecil simbolik
masyarakat dan generasi terbilang dan ia mewakili kepada Rukun
Islam.
1.12.3 Warna
Kuning

Islam di bawah bidang kuasa Di Raja dan ketelusan

pengurusan.
Biru Tua Kematangan dan keteguhan organisasi JAWI.

18

Merah

Keberanian, Ketegasan dan Toleransi.

Putih

Keluhuran dan kesucian niat.\

1.12.4 Simbol
Corak Melengkung yang meliputi logo simbolik kepada kuasa dan
penguatkuasaan
(Garis lengkung corak disatukan dengan symbol genggaman
lima jari
bermaksud keteguhan JAWI.
Anak Bintang Lima Simbolik Rukun Islam dan kedudukan tertinggi
Islam di
Malaysia.
1.12.5 Cogan Kata
JAWI tulisan rumi berwarna merah bermaksud organisasi yang
sentiasa berani, tegas dan dihormati.
SENTIASA DICONTOHI Kedudukan di tepi bucu sebagai keperluan
menjaga akhlak dan pelengkap kepada keseluruhan Imam di
samping JAWI bergerak sebagai organisasi ikutan dan sentiasa
berada di hadapan bergerak bersama-sama organisasi yang lain.

19

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Kedudukan di


dalam lembaran bermaksud kekuatan dan keteguhan JAWI sebagai
organisasi Islam yang utama.

1.13

CARTA ORGANISASI JAWI

1.14 OBJEKTIF
1.14.1 Meningkatkan Kualiti Pengurusan Dakwah.
1.14.2 Memberi
Kefahaman
Islam
yang
sebenar

dalam

pembentukan sahsiah ummah.


1.14.3 Mengeratkan Ukhuwah Islamiah.
1.14.4 Memberi khidmat kebajikan di kalangan masyarakat Islam
dalam menangani gejala sosial.
20

1.14.5 Memantapkan aqidah umat Islam


1.14.6 Memperbanyak usaha-usaha kebajikan

dan

mencegah

kemungkaran dalam kalangan masyarakat Islam.

1.15 PIAGAM PELANGGAN


Kami beriltizam memberi khidmat kepada penduduk di Wilayah
Persekutuan Khususnya masyarakat Islam dalam meningkatkan syiar
Islam di dalam Kehidupan Harian merangkumi fungsi-fungsi berikut:
1.15.1 Meningkatkan

Kefahaman

Islam

kepada

seluruh

masyarakat di Wilayah Persekutuan melalui pendekatan


Dakwah Bil Hal dan Dakwah Bil Lisan.
1.15.2 Mengendali dan mengurus sambutan hari-hari kebesaran
Islam, Majlis Tilawah Al-Quran dan Majlis Menghafaz AlQuran.
1.15.3 Memastikan

pendaftaran

Masuk

Islam

diproses

dan

diselesaikan dalam tempoh 90 minit daripada permohonan


yang lengkap diterima.
1.15.4 Mengurus Kebajikan dan sokongan bantuan kepada Mualaf
daripada agensi-agensi berkaitan seperti Baitulmal, DBKL,
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendaftaran Negara
dan sebagainya yang berdaftar di JAWI dan bermastautin di
Wilayah Persekutuan.
1.15.5 Menyediakan khidmat

nasihat

pesakit di Hospital Kuala Lumpur.


21

dan

kebajikan

kepada

1.15.6 Mengendali dan mengurus jenazah tidak berwaris secara


Cekap dan Beramanah.
1.15.7 Menyediakan Perkhidmatan kenderaan jenazah kepada
golongan dhaif dan tidak berkemampuan berdasarkan kadar
Bayaran yang ditetapkan.
1.15.8 Bersedia memberi khidmat kepada penduduk Islam di
Wilayah

Persekutuan

khasnya

dan

semua

penduduk

Malaysia amnya dalam Mempertingkatkan Kefahaman Islam


dan amalan di dalam kehidupan harian.
1.16 SENARAI
KAKITANGAN
JAWI

BAHAGIAN

PENYELIDIKAN
BIL

NAMA

JAWAT
AN/

EXT

NO

EMEL

TELEFON

HJ. ZAINUL ABIDIN BIN

GRED
KPPK

1400 01928185

zainal@jawi.gov.my

MAT NOR
MUHAMMAD FAIRUDZ

S54
PPK(I)

35
1450 01633304

mfairudzsadery@jawi

BIN SADERI
SITI FUZIAH BINTI

AS44
PPK(II)

74
1408 01237284

.gov.my
sitifuziah@jawi.gov.m

BACHOK
ABD. FATAH BIN

PM S44
23
PP.
H 1411 01927744

y
Abd.fatah@jawi.gov.

YUSOF
NOR DIYANA BT

S41
PP.PY

89
1405 01665069

my
Nor.diyana@jawi.gov.

MOHAMED RAIS
HASHRINA BT AYUB

S41
PP.SY

75
1407 01926474

my
hashrina@jawi.gov.m

NORADILAH BINTI

S41
Pen.PH

25
1409 01747337

y
adilaramli@jawi.gov.

RAMLI

EI

22

11

my

S27
8

RASHIDAH BINTI

Pem.H

1403 01935351

MOHAMAD YUSOF

EI.K.PY

61

KHAIRUDDIN BIN

S22
PT(K).

1403 01665034

khairuddin@jawi.gov.

10

BUYONG
NURUL AINI BINTI

PY N22
Pem.H

15
1404 01954419

my
nurulaini@jawi.gov.m

YAHYA

EI.SY

JUSRIZALMAN BIN

S17
Pem.H

1404 01320109

JAMALUDDIN

EI.PM

64

FIRDAUS BIN HASHIM

S17
Pem.H

1401 01729608

11

12

10

EI.H

71

Rashidi.myusof@jawi.
gov.my

y
jusrizalman@jawi.gov
.my
Firdaus.hashim@jawi.
gov.my

MD. AFZAN BIN MD.

S17
Pem.H

ALI

EI.H

WAN ZAMANI BIN WAN

S17
Pem.H

DERAMAN

EI.H

15

NORAZURA BINTI

S17
PT(F).P

1427 01234033

norazura@jawi.gov.m

16

MOHAMED NIZAN
SHAHINAZ BINTI

Y N17
PT(P).P

74
1427 01337259

y
shahinaz@jawi.gov.m

17

NAZRAN
ROSLAN BIN BAHARI

YN17
PAP.

51
1403 01222849

y
roslan@jawi.gov.my

18

MUHAMAD SHAZA BIN

N11
PRAKTI

26
01760364

Muhamadshaza36@g

SULAIMAN

KAL

33

mail.com

13

14

1428 01733277
23
1426 01925684
34

23

md.afzan@jawi.gov.
my
wzamani@jawi.gov.m
y

BAB II
LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG TEMPOH LATIHAN INDUSTRI

2.0

PENGENALAN

Sepanjang menjalani Latihan Industri, para pelatih telah diberikan


pelbagai tugasan sebagai pendedahan kepada suasana sebenar
alam pekerjaan. Taklimat tentang bidang tugas dan skop kerja telah
disampaikan oleh Penyelia Industri kepada para pelatih semasa sesi
taaruf dan suai kenal selepas pelatih melaporkan diri di tempat
latihan.
Tugasan-tugasan

yang

disenaraikan

dalam

bab

ini

merupakan aktiviti- aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh


latihan. Semua aktiviti tersebut adalah berdasarkan tugasan yang
telah ditetapkan oleh pihak Penyelia Industri. Di samping itu, pelatih
telah ditugaskan untuk menjalankan tugasan

24

mengikut cawangan

yang telah ditetapkan 3 minggu sekali. Antaranya seperti 3 minggu


awal ialah di Cawangan Halal, kemudian 3 minggu berikutnya
ditempatkan di Unit Akidah dan Syariah, seterusnya Cawangan
Penapisan Media dan Unit Pentadbiran. Segala tugas yang dijalankan
berdasarkan tugasan yang ditetapkan namun tugasan sampingan
sentiasa dilakukan oleh pelatih bagi mengisi kekosongan waktu kerja
pada setiap hari.

2.1 RINGKASAN AKTIVITI


2.1.1 Sistem Kad Perakam Waktu, Scan Kad dan
Thumb Print.
Sepanjang melaksanakan aktiviti latihan amali dan industri
ini, kad perakam waktu merupakan perkara wajib bagi merekodkan
kedatangan semua kakitangan dan pelajar praktikal. Di samping itu,
pelatih perlu melakukan thumb print dan scan kad praktikal seperti
yang dilakukan oleh pekerja pekerja yang lain.

2.1.2 Bertugas pada setiap pagi

25

Pada setiap pagi, pelatih industri dikehendaki berada di


meja masing-masing dalam keadaan sentiasa bersedia menerima
apa sahaja tugasan yang akan diberikan oleh mana-mana pegawai
secara langsung atau secara tidak langsung serta bergilir-gilir
menjadi petugas khidmat pelanggan di Bahagian Penyelidikan.

2.1.3 Menjawab Panggilan Telefon


Telefon merupakan salah satu perhubungan yang penting
bagi menghubungkan di antara pelanggan dengan pihak pengurusan
pejabat atau pun perhubungan dengan pejabat-pejabat yang lain.
Antara kebiasaan urusan yang melibatkan perhubungan telefon ini
ialah persoalan ataupun pertanyaan mereka proses permohonan
bagi kad tauliah sembelihan serta temuduga bagi saudara baru.
Selain itu, panggilan telefon juga bagi membuat sambungan
panggilan kepada pihak-pihak tertentu.
2.1.4 Jamuan Raya
Satu sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di
JAWI . Majlis dimulakan pada jam 11.30 pagi dengan ucapan dari
Pengarah JAWI, Tuan Haji Paimuzi. Jamuan bermula dengan bacaan
doa. Setiap Bahagian menghias gerai untuk majlis. Bahagian
Penyelidikan telah menyediakan minuman bagi yang hadir seperti
cendol, air oren dan sirap.

26

2.1.5 Menaip untuk Pegawai


Dalam tugasan ini, kami diminta untuk menaip surat yang
diperlukan oleh mana-mana kakitangan pejabat mengikut bahagian
yang ditetapkan. Kami juga diminta untuk memasukkan data ke
dalam microsoft excel atau microsoft office. Kebiasaanya kerja-kerja
menaip ini kerap kali dilakukan seperti menaip nama dif-dif jemputan
yang berhormat Menteri Besar, Dato Tuan Puan dan kerabat diraja
untuk undangan ke majlis-majlis penting. Selain itu, kami juga
membantu membuat surat untuk dikeluarkan kepada pihak tertentu,
antaranya membuat surat atau memo bagi wacana akidah, tauliah
atau kursus sembelihan serta seminar berkaitan dengan perana
media baharu.

2.1.6 Menjaga Kaunter


Menjaga kaunter juga merupakan perkara asas yang perlu
ada pada setiap pekerja. Para pekerja dan Pelatih Industri akan
bergilir gilir untuk menjaga kaunter mengikut masa yang ditetapkan.
Penjagaan

kaunter

kebiasaannya

akan

melakukan

kerja

yang

behubung kait dengan masyarakat. Antara perkara yang sering


dilaksanakan ketika menjaga kaunter adalah berkaitan dengan
pendaftaran tauliah sembelihan, temuduga saudara baru, aduan dari

27

pihak pihak tertentu berkaitan isu halal, mengenai kebenaran visa


untuk tauliah mengajar dan juga berkaitan dengan pekerja pekerja di
bahagian lain seperti penghantaran surat dan sebagainya. Semasa
menjaga kaunter juga, setiapa apa yang berlaku perlu direkodkan
dalam buku log JAWI seperti tarikh, masa, perkara dan tandatangan
pekerja yang sedang bertugas.

2.1.7 Minit Fail


Semasa di Bahagian Penyelidikan, Pelatih Industri diajar
oleh En Firdaus bin Hashim cara-cara menulis minit surat masuk dan
keluar. Setiap surat masuk atau keluar hendaklah ditulis minit pada
kertas minit fail yang telah disediakan dalam fail berkenaan.
Tujuannya adalah untuk memudahkan pekerja menyemak semula
surat-surat tersebut sebagai bukti dan rujukan sekiranya perkara
tersebut berbangkit atau timbul permasalahan pada fail tersebut
sama ada di dalam atau di luar mesyuarat. Secara tidak langsung
menjadi panduan kepada pekerja baru jika berlaku sebarang
pertukaran pekerja di tampuk jawatan yang terbabit.

2.1.8 Faks Surat


Kerja-kerja mengfaks banyak dilakukan dengan mengikut
masa yang tertentu sahaja. Contohnya mengfakskan surat jemputan

28

ke seminar peranan media baharu, surat menyurat dan jemputan


mesyuarat.
2.1.9 Keratan Akhbar
Kerja kerja yang berkaitan dengan keratan akhbar terdapat
di Bahagian Penyelidikan. Kerja ini telah diberikan tugasan oleh
Pengarah Bahagian Penyelidikan iaitu Tuan Hj. Zainul Abidin bin Mat
Noor

untuk

mencari

beberapa

hal

yang

berkaitan

dengan

penyelidikan seperti Aqidah, Syariah dan Tapisan Media. Antara skop


kerja yang perlu dilakukan ialah mengambil atau menggunting
keratan akhbar tersebut kemudian digamkan atau di lekatkan pada
kertas A4 untuk di failkan mengikut tajuk atau bidang yang
ditetapkan seperti aqidah dan sebagainya bagi memudahkan untuk
pegawai pegawai membuat rujukan sekiranya isu berbangkit dan
timbul permasalahan dalam kalangan masyarakat yang berulang
ulang. Kebanyakan isu isu yang sering menjadi perhatian dan
ditumpukan sepanjang tempoh praktikal ialah berkaitan dengan ISIS,
Tarekat dan juga hukum Hudud.

2.1.10

Tadarus al-Quran

Tadarus al-Quran dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan


bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi secara berkumpulan
di tempat yang telah ditetapkan. Semua kakitangan terlibat dalam

29

program ini. Setiap kumpulan diwajibkan menghabiskan 30 juzuk alQuran sepanjang Ramadhan. Walaubagaimanapun, pada setiap hari
jumaat bacaan surah Yasin dan taklimat dari KPP berjalan seperti
biasa.

2.1.11

Tauliah Sembelihan

Segala hal yang berkaitan dengan Tauliah Sembelihan di


Wilayah Persekutuan perlu dilaksanakan seperti menyiapkan tugasan
bagi mengisi maklumat permohonan renew kebenaran untuk
menyembelih secara Islam di Wilayah Persekutuan, mengisi dan
melengkapkan

borang

format

temuduga

surat

kebenaran

penyembelih bagi menghadiri tauliah sembelihan, menyusun dalam


satu fail setiap peserta yang bakal ditemuduga dan menyediakan
jadual

untuk

senarai

pemohon

temuduga

tauliah

kebenaran

menyembelih bagi permohonan baru dan yang ingin memperbaharui


permohonan. Selain itu Pelatih Industri juga dikehendaki menelefon
peserta

tauliah

penyembelihan

untuk

menghadiri

tauliah

dan

temuduga sembelihan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.


Di samping itu juga, Pelatih Industri perlu mengemaskini borang
pendaftaran dan kehadiran peserta bagi tauliah sembelihan tersebut.

30

Pelatih

Industri

juga

hendaklah

menyediakan

borang

untuk

peperiksaan dan temuduga kepada peserta tauliah sembelihan


secara

Islam.

Pelatih

Industri

juga

mengikuti

program

cara

menyembelih ayam secara praktikal yang diadakan di sekitar JAWI.


Selepas selesai program tauliah temuduga, Pelatih Industri perlu
mengira dan menyemak markah yang telah diberi oleh pegawai
pegawai yang menemuduga peserta tauliah sembelihan tersebut.
Setiap markah perlu dicatit dan dimasukkan kedalam data untuk
menyiapkan kad tauliah sembelihan kepada peserta yang lulus. Kad
tauliah tersebut perlulah dicetak dan di laminate beserta dengan
nama serta no kad tauliah mereka. Kemudian kad tersebut di
masukkan ke dalam fail mengikut syarikat masing masing untuk
dituntut oleh peserta tauliah sembelihan.
2.1.12
Pantauan

Pantauan Sembelihan
Sembelihan

yang

dilakukan

oleh

Bahagian

Penyelidikan pada waktu malam sekitar jam 12 malam adalah


bertujuan

untuk

memantau

premis

premis

sekitar

Wilayah

Persekutuan. Pantauan ini dijalankan bagi memastikan bahawa


setiap

pekerja

atau

premis

sekitar

Wilayah

Persekutuan

menyembelih ayam menurut syara dan bersih di sisi Islam.

2.1.13

Program Kursus Tauliah Sembelihan

31

Program Kursus ini telah diadakan di dua tempat dan tarikh


yang berbeza. Program yang pertama telah diadakan di Maktab
Tentera Diraja (MTD). Pelatih Industri telah dilantik menjadi urusetia/
fasilatator semasa program sembelihan tersebut diadakan. Semasa
di MTD sebanyak 200 ekor ayam di sembelih dan 200 peserta
menghadiri kursus ini. Pelatih Industri menjadi fasilitator dalam
kumpulan yang dibahagikan bagi menunjuk ajar kepada peserta.
Pelatih Industri membimbing serta menunjukkan cara sembelihan
kepada kumpulan tersebut dengan menggunakan kaedah Islam.
Seterusnya, program kursus sembelihan yang kedua telah
diadakan di Masjid Usamah bin Zaid di Wangsa Maju. Pelatih Industri
dilantik sebagai pembantu bagi menyembelih lembu dan kambing.
Selain itu, Pelatih Industri turut serta ketika proses melapah haiwan
sembelihan tersebut.

2.1.14

Menyediakan Sijil Penghargaan

Pelatih Industri telah ditugaskan untuk membuat sijil


penghargaan

kepada

peserta

tauliah

sembelihan

kursus

asas

sembelihan di Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju. Sebanyak 60


sijil penghargaan telah ditaip beserta dengan nama dan dicetak.
Kemudian

berjumpa

dengan

setiausaha

32

pengarah

JAWI

bagi

mengambil tandatangan dan cop untuk diedarkan sijil tersebut


kepada pihak pengurusan masjid.

2.1.15

Darul Kalam (Pelupusan Al Quran)

Pelatih Industri diarahkan untuk menjalankan tugasan di


darul kalam. Al Quran yang dilupuskan tersebut ialah al Quran
yang telah rosak atau sudah tidak boleh digunakan lagi. Pembakaran
al Quran itu diproses melalui mesin relau yang terletak di Taman
Selaseh, Batu Caves Selangor. Selain itu terdapat juga buku buku
agama yang sudah rosak dan tidak boleh dibaca dilupuskan.

2.1.16
Pelatih

Jemputan Seminar Nuzul Al Quran

Industri

bersama

pegawai

pegawai

dan

staf

Bahagian Penyelidikan dijemput bagi menghadiri Program Seminar


Nuzul Al Quran 1436H/2015M yang bertemakan Al Quran

Di

Junjung Al Sunnah Di Sanjung. Seramai 10 orang dijemput hadir di


Bahagian Penyelidikan bagi memenuhi kuota penganjur program ini.
Borang telah diberikan oleh pihak penganjur dan bagi melancarkan
urusan mereka pihak Bahagian Penyelidikan perlu mengembalikan
borang pengesahan kehadiran tersebut berdasarkan tarikh yang
ditetapkan dan melalui faks.

33

Antara slot yang dijadualkan dalam seminar ini ialah


berkaitan dengan Penurunan Al Quran oleh Al Fadhil Ustaz Dr.
Khairul Anuar bin Mohamad, Pengarah Pusat Islam Universiti Sains
Islam Malaysia (USIM). Seterusnya pada slot kedua adalah berkaitan
dengan Kesilapan Kesilapan Dalam Pembacaan Al Quran: Kaedah
Rasm Othmani oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Abdul Rauf bin Hassan,
Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Putra
Malaysia (UPM). Manakala slot yang terakhir iaitu slot yang ketiga
adalah bertemakan Tazkiyyah An - Nafs oleh Al Fadhil Ustaz Mohd
Zaidi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan dan pada penghujung seminar yang berakhir
pada pukul 4 petang diakhiri dengan sesi soal jawab.

2.1.17
Bahagian

Urusetia Wacana Akidah Siri 8/2015


Penyelidikan

telah

melantik

Pelatih

Industri

semasa bertugas di bawah Unit Akidah untuk menjadi urusetia dan


sebagai pengiring penceramah dari Bahagian Penyelidikan iaitu
Ustaz Abd. Fatah bin Yusof untuk menghadiri wacana akidah yang
diadakan di Dewan Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu (IPGKBM), Pantai Baru Kuala Lumpur. Sehubungan
dengan itu, Pelatih Industri dilantik sebagai urusetia. Antara perkara
yang perlu dilakukan oleh Pelatih Industri ialah mengambil gambar
ketika seminar serta mencatat isi penting ceramah.

34

2.1.18

Urusetia

Seminar

Implikasi

Media

Baharu
Pelatih Industri telah dilantik menjadi Urusetia Seminar
Implikasi Media Baharu Serta Pengaruh Dalam Kehidupan Seharian
Terhadap Penjawat Awam dan Kesannya Kepada Masyarakat. Antara
tugasan yang perlu dilakukan oleh Pelatih Industri ialah persiapan
dewan, penyediaan peralatan teknikal ceramah seperti Laptop, LCD
projektor, Slide, dan mengambil gambar. Selain itu juga, Pelatih
Industri dan beberapa orang staff yang terlibat turut menyambut
ketibaan

penceramah

dan

peserta

bagi

sesi

pendaftaran,

menyediakan handout dan goodies peserta, dan menyediakan


borang klaim penceramah.

2.1.19
Pelatih

Terbitan Semula Artikel

Industri

diarahkan

dan

bekerjasama

dengan

pegawai dari Unit Akidah iaitu Ustaz Muhammad Fairudz bin Saderi
untuk membuat pamplet dan terbitan semula berkaitan dengan Apa
Itu Ajaran Sesat yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) dan membuat artikel berkaitan dengan Jihad
Menurut Islam. Semasa melakukan tugas ini, ianya bukan sekadar

35

hanya menyalin kemudian diterbitkan semula. Namun, Pelatih


Industri dan pegawai yang terlibat memperkemaskan lagi sebelum
menerbitkan

semula

bahan

tersebut

seperti

meng-edit

dan

menambah maklumat beberapa isu, membetulkan kesalahan ejaan


dan mencari sumber rujukan yang berautoriti.
Disamping itu juga, Pelatih Industri bersama pegawai telah
menerbitkan semula artikel yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti
Wilayah Persekutuan berkaitan dengan Senarai Tarekat, Ajaran dan
Amalan yang telah Difatwakan Sesat di Wilayah Persekutuan. Antara
beberapa perkara yang dilakukan seperti menyemak semula ejaan
dan meringkaskan lagi beberepa ayat untuk lebih mudah memberi
kefahaman kepada pembaca.

2.1.20

Semakan Audio Visual Permainan Video

Menjalankan tapisan terhadap audio visual permainan


video yang menghina Islam. Sebanyak 5 keping cakera padat telah
diberi oleh Pembantu Hal Ehwal Islam iaitu Ustaz Jusrizalman bin
Jamaluddin. Antara video permainan tersebut seperti Devil May Cry
3, Guitar Hero dan Stronghold Crusader Extreme. Semakan telah
dibuat bagi memastikan diperingkat mana penghinaan terhadap
Islam dilakukan.

36

2.1.21

Tapisan Bahan Bercetak Berunsur Islam

Membuat semakan dan tapisan terhadap beberapa buah


buku yang berunsur meragukan dan menghina Islam atau terkeluar
dari landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diberi oleh Pegawai
Penapisan Media iaitu Ustazah Siti Fuziah binti Bachok.
Buku yang perlu disemak

ialah Napas Sang Pengasih

yang dikarang oleh Abu Muhammad Zainal Abidin. Kesalahan yang


perlu diteliti oleh penyemak seperti unsur unsur yang meragukan.
Buku ini jelas menunjukkan unsur unsur Syiah seperti taksub kepada
Ahlu Al Bayt dan mengatakan bahawa Saidina Ali adalah maksum.
Walaubagaimanapun, buku buku yang lain juga turut disemak dan
sekadar mengambil isi penting dan diserahkan kepada pegawai yang
bertanggungjawab untuk disemak. Antara buku yang terlibat ialah
Aku _____, Maka Aku Ada karangan Faisal Tehrani, Ulama Yang
Bukan Pewaris Nabi karangan Wan Ji Wan Husin, Ulang Siar Dosa
karangan Afiq Abrar dan Dalila Dahri, Antara Dua Sangkakala dan
Ulang Siar Dosa terbitan Buku Hitam Press.
Di samping itu, selepas disemak buku tersebut, Pelatih
Industri perlu membuat laporan mengikut format yang dikehendaki
bagi menghantar kepada pihak atasan seperti JAKIM dan KDN.

2.1.22

Semakan Laman Web

37

Semakan laman web ini merupakan salah satu tugas


daripada Cawangan Tapisan Media. Laman web tersebut ialah
www.prophetofdoom.net yang telah pihak JAWI terima aduan dari
orang awam. Antara perkara yang perlu diteliti dalam semakan
laman web seperti unsur yang menghina Islam dan sebagainya.

2.1.23

Terjemahan Laporan/ Aduan

Pelatih Industri juga turut melakukan terjemahan dari


Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Hal ini kerana, laporan yang
dibuat

itu

adalah

diterjemahkan
kepada

berkaitan

laporan

Pegawai

dengan

tersebut,

Agama

akidah.

Pelatih

Cawangan

Industri

Akidah

Jadi,

selepas

menyerahkan

untuk

prosedur

seterusnya.

BAB III
DAPATAN DAN HASIL LATIHAN INDUSTRI

3.0

PENGENALAN
Setelah dihurai segala gerak kerja dan bentuk latihan

sepanjang berada di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

38

(JAWI) adalah wajar sekiranya untuk pelatih membuat kesimpulan


dan rumusan mengenai kesan atau apapun sumbangan yang
diperolehi bagi pelatih yang menjalani latihan industri atau
praktikal ini. Seterusnya dicatatkan masalah serta cadangan atas
apa yang dirasakan perlu diperbaiki dari masa ke semasa dan
sama-sama menambah baik beberapa sudut tertentu.
3.1 DAPATAN
Sepanjang tempoh Latihan Industri yang kami lalui selama
lebih kurang 3 bulan iaitu bermula pada 08 Jun 2015 hingga 28
Ogos 2015, Pelatih Industri tidak menghadapi banyak masalah
samada dari sudut penyelesaian penempatan, kemudahan ke
tempat kerja, interaksi dengan kakitangan Pejabat Agama dan
tugasan-tugasan yang diberikan. Segala masalah yang dihadapi
dapat diatasi dengan sebaiknya melalui nasihat dan bimbingan
daripada

kakitangan

pejabat.

Walaubagaimanapun

beberapa

kelemahan dan kekurangan di

JAWI

terdapat

yang dapat

dikenalpasti sebagaimana berikut:


3.1.1 Pemberian skop kerja tidak mengikut waktu dan
jadual yang telah ditetapkan seperti ketika Pelatih
Industri berada di Cawangan Tapisan Media, kerja
kerja di bawah Cawangan Pengurusan Halal turut
diberikan
Tapisan

sedangkan
Media

kerja

masih

didalam

belum

mengikut masa yang ditetapkan.

39

lagi

Cawangan
disiapkan

BAB IV
RUMUSAN DAN KESIMPULAN

4.0

PENGENALAN

40

Bab ini menghuraikan beberapa rumusan dan kesimpulan yang


diperoleh oleh para pelatih sepanjang menjalani latihan di JAWI.
Rumusan yang dikemukakan dalam bab ini adalah dalam bentuk
sumbangan latihan industri yang dilaksanakan kepada pelatih,
organisasi tempat latihan industri dan pihak fakulti (FKI) atau
universiti (UniSZA).

4.1 SUMBANGAN KEPADA PELATIH INDUSTRI


Program Latihan Industri ini ternyata memberi sumbangan
besar terutama terhadap pengalaman dan pengurusan kerja Pelatih
Industri sebelum melibatkan diri dalam bidang pekerjaan sebenar
kelak. Program ini walaupun singkat dan hanya dilakukan sekadar 3
bulan sahaja, tetapi pelbagai maklumat serta pendedahan baru yang
kami perolehi melalui program ini. Melalui latihan ini, Pelatih Industri
didedahkan kepada situasi sebenar tempat kerja dan permintaanpermintaan di dalam sektor pekerjaan. Pelatih Industri juga dapat
mempraktikkan segala ilmu mengenai pengurusan organisasi dan
aktiviti di JAWI apabila Pelatih Industri menyambung pelajaran di
universiti sejurus selepas tamat dari latihan industri ini.
Melalui program ini, Pelatih Industri percaya dapat melihat dan
membayangkan kerjaya masa depan mereka dan apakah yang
mereka ingin dan sepatutnya dilakukan untuk masa depan mereka.
Melalui latihan ini juga Pelatih Industri dapat menilai diri sendiri
41

dalam bidang pekerjaan manakah yang lebih sesuai dengannya.


Pelatih Industri juga didedahkan dengan kehendak-kehendak majikan
terhadap pekerjanya. Perkara ini memudahkan Pelatih Industri
apabila bekerja kelak kerana akan lebih bersedia dan tahu apakah
yang diinginkan oleh mereka serta dapat memberikan pekhidmatan
yang terbaik dari segala aspek.
Selama lebih kurang 3 bulan berada di JAWI, terdapat beberapa
program yang telah Pelatih Industri turut serta. Pelatih Industri diberi
beberapa tugasan untuk melicinkan perjalanan program. Tugasan
tersebut memberi Pelatih Industri peluang untuk memberikan
khidmat bakti kepada agensi di tempat menjalani latihan ini.
Program ini merupakan program dua hala yang melibatkan pihak
Universiti Sultan Zainal Abidin dengan Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan. Secara tidak langsung Pelatih Industri telah membawa
nama baik Universiti ke JAWI. Pengurusan organisasi yang sedikit
sebanyak telah dipelajari di sini akan dipraktikkan di dalam Universiti
Sultan Zainal Abidin melalui aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa laporan ini amat membantu
dalam memberikan pengalaman yang berguna kepada Pelatih
Industri. Semoga hasil tugasan ini mendapat keberkatan daripada
Allah SWT dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada semua
orang.

42

RUJUKAN

1.

Buku log harian pelajar

2.

Maklumat daripada kakitangan JAWI

3.

Penyelia Universiti Sultan Zainal Abidin

4.

Pegawai Agama Bahagian Penyelidikan

5.

Laman web Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

6.

http://www.jawi.gov.my/

7.

Buku Sejarah Dan Perkembangannya JAWI

8.

Pamplet dan artikel JAWI

43

Lampiran
1) LaporanTapisan Buku

44

2) Terbitan Semula Artikel

45

3) Pemantauan Sembelihan

46

4) Kursus Sembelihan di Maktab Tentera Diraja

47

5) Seminar Implikasi Media Baharu

48

6) Program Sembelihan Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju

49

7) Tapisan Buku

50

8) Memo Memo Berkaitan

51

52

53

Anda mungkin juga menyukai