Anda di halaman 1dari 24

PJJ-UUM

1.0

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

PENGENALAN

Takrif Tadbir Urus Baik.


Cabaran besar ke arah mencapai tadbir urus yang baik (good governance) adalah
membanteras rasuah daripada menjadi lingkaran syaitan (vicious circle) yang tidak
berkesudahan. Apa yang dimaksudkan dengan good governance? Organisasi Kerjasama
Ekonomi dan Pembangunan (OECD) telah mentakrifkan good governance sebagai the
management of government in a manner that is essentially free of abuse and corruption, and
with due regard for the rule of law. Terdapat beberapa ciri penting kepada tadbir urus yang
baik sepertimana digariskan oleh OECD yang diambil dari portal rasmi unesco.org, iaitu
keterlibatan (participation), ketelusan (transparency), akauntabiliti (accountability),
kedaulatan undang-undang (rule of law), efektif (effective), kesaksamaan (equity), membuat
keputusan secara bersama (consensus decision) dan responsif (responsiveness).
Untuk mencapai tadbir urus yang baik, antara perkara pertama yang perlu diselesaikan
adalah soal ketelusan (transparency) dalam pentabiran sepertimana yang ditulis oleh Saladin
al-Jurf (1999) dalam makalahnya Good Governance and Transparency: Their Impact on
Development. Menurutnya, mana-mana kerajaan tidak boleh terlibat dalam tadbir urus yang
baik seperti pengurusan negara yang bagus tanpa menggalak dan mempromosikan ketelusan.
Justeru, kepimpinan politik negara terutama Tun Hussien Onn , Tun Mahathir dan Tun
Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) begitu giat membanteras korupsi sebagai matlamat
perjuangan dalam memimpin dan mentadbir Negara. Malah tidak ketinggalan, Perdana
Menteri kita hari ini, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak juga menyuntik semangat
WAWASAN 2020 dalam Pelan Transformasi Kerajaan yang bertujuan untuk memperkasa
tadbir urus yang baik.
Ironinya, persepsi umum kian merosot kerana statistik rasuah negara saban tahun
meningkat. Rakyat mula mempertikai keberkesanan program untuk membasmi gejala tidak
sihat ini daripada terus membarah. Usaha untuk membentuk dan menghidup suburkan tadbir
urus yang baik akan terencat jikalau gejala rasuah ini tidak ditangani dengan bersungguh1
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

sungguh oleh semua pihak samaada kerajaan ataupun swasta, samaada pemimpin mahupun
rakyat jelata.
Integriti atau lebih dikenali sebagai keutuhan merupakan satu istilah yang menjulang
nama sesebuah tamadun peradaban manusia dahulu kala sehingga disegani dan disanjungi
sehingga kini. Tamadun Greek, Rom, Parsi, Turki, Empayar-Empayar Kerajaan Islam,
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka antara contoh terdekat, berkembang dengan pesat atas
asas yang kukuh iaitu ketinggian integriti institusi-institusi pemerintahannya dan budaya
hidup masyarakat yang berteraskan nilai murni yang tinggi.
Integriti ditakrifkan oleh Dewan Bahasa sebagai kejujuran. Oxford Dictionary
merumuskan integriti sebagai Honesty, Wholeness, Soundness, Quality of Being Honest
(Ahmad, 2007). Manakala Menurut Pelan Integriti Nasional (PIN) mentakrifkan integriti
secara umumnya adalah, kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada
individu dan organisasi. Ianya berkaitan rapat dengan etika dan pencerminan etika dalam
tindakan sehari-hari. PIN membahagikan integriti kepada 3 tahap iaitu:
i.

Integriti Individu
Keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang
dikotakannya. Keselarasan di anatara tindakanya dengan prinsip moral, etika,
undang-undang. Serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan

ii.

kepentingan umum.
Integriti Organisasi
Tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan
atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik kod etika
organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati sehingga menjadikannya sebagai

iii.

budaya organisasi.
Integriti Perkhidmatan Awam
Melaksanakan amanah dan kuasa yang diberikan menurut kepentingan umum.
Ianya tidak boleh bertindak atau mengambil keputusan yang mementingkan
diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Keutamaan mestilah
diberikan kepada kepentingan umum.

2
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Maka dengan itu, integriti atau keutuhan menuntut kepada ketinggian budi pekerti
dan nilai-nilai murni. Keutuhan pengurusan pula merujuk kepada kualiti diri setiap individu
yang berada di dalam sistem organisasi tersebut, samada ia seorang pemimpin atau pekerja
bawahan. Tidak mungkin sesebuah organisasi boleh mengecapi pencapaian terbaik tanpa
kualiti yang ada pada setiap individu yang mendokongnya. Perkara inilah yang tersirat di
sebalik konsep TQM yang menegaskan Quality Performance Come Only From Quality
People(Moh. Samsudin, 2006). Pekerja berkualiti bukan sekadar do the right thing, at the
right time, at all the time tetapi memiliki maruah dan nilai diri yang tinggi dengan ciri-ciri
seperti jujur, amanah, ikhlas, benar, telus dan bersyukur.

2.0

PENYATAAN MASALAH
Dunia masa kini dilanda dengan isu-isu yang menggugat integriti samada individu

mahupun sistem pentadbiran sesebuah negara. Antara isu integriti ialah masalah rasuah,
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Isu ini tidak hanya melibatkan negara-negara
maju seperti negara-negara dalam kelompok G-7 sahaja, malahan negara-negara membangun
juga terbelenggu dengan isu-isu seperti ini termasuklah negara Malaysia. Sistem kerajaan
masa kini dilanda rasuah di semua sektor. Jabatan-jabatan dan agensi kerajaan mahupun
swasta tidak terkecuali daripada gejala ini dan ternyata trennya meningkat. Ini adalah
berdasarkan kepada data yang diperolehi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) seperti dijadual 1.
Berdasarkan kepada Statistik Tangkapan dari tahun 2005 hingga tahun 2014
mendapati bahawa trennya adalah meningkat daripada satu tahun ke satu tahun yang lain.
Daripada data ini juga, secara keseluruhan semua golongan termasuk penjawat awam, pihak
swasta, orang awam dan ahli politik terlibat dalam isu ini. Daripada jadual 1 ini, kita dalam
melihat bahawa statistik tangkapan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati bahawa tangkap daripada tahun ke tahun terus
meningkat sehingga tahun 2010 dan mulai menurun pada tahun 2011 hingga tahun 2014
berdasarkan kes-kes yang berkaitan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah. Secara
3
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

tidak langsung, integriti individu yang rendah ini menyebabkan sesebuah negara boleh
mengalami kerugian yang besar.
Selain daripada itu, kesan langsung yang memberikan kesan negatif kepada negara
dimata dunia dimana ianya akan memberi kesan terhadap index persepsi rasuah di peringkat
antarabangsa. Merujuk kepada Jadual 2 iaitu Index Persepsi Rasuah yang telah dikeluarkan
oleh Transparency International (TI), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang
berpangkalan di Berlin, Jerman. Indeks ini hanya mengkhususkan kepada isu persepsi tahap
rasuah sesebuah negara di mana kedudukan sesebuah negara akan disenaraikan mengikut
skor yang diperoleh dan bukannya berdasarkan realiti sebenar tahap rasuah di negara
terbabit.. CPI dikeluarkan berdasarkan pengumpulan kajian-kajian oleh pelbagai pihak,
terutamanya berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas ahli-ahli perniagaan luar negara
dengan penekanan diberi kepada elemen rasuah. Apabila CPI diperkenalkan pada tahun
1995, Malaysia berada di kedudukan ke-23 daripada 41 yang dikaji dengan skor mata 5.28.
Kedudukan negara dalam CPI mula menurun ke tangga ke-26 (1996), tangga ke-32 (1997)
dan terus merosot ke kedudukan 60 dalam tempoh 17 tahun sejak CPI diperkenalkan. Namun
kembali meningkat mulai tahun 2012 hingga 2014.
Dari segi skor pula, skor terbaik yang pernah dicapai adalah dalam tahun 1996 iaitu
skor 5.32 manakala skor yang paling rendah pula adalah pada tahun 2011 iaitu skor 4.3.
Walaupun Malaysia merosot dari segi kedudukannya, secara umumnya skor Malaysia masih
berada di peringkat pertengahan. Di samping itu bilangan negara yang dikaji perlu juga
diambil kira di mana 178 negara terlibat dalam CPI 2010 berbanding 41 negara pada tahun
1995. Kedudukan Malaysia dalam CPI, bilangan negara yang terlibat dan skor mata yang
diperoleh dari tahun 1995 hingga 2014 adalah sebagaimana dalam Jadual 2. Tren penurunan
index ini berlaku secara langsung ianya berkaitan rapat dengan integriti masyarakat di dalam
negara Malaysia. Dengan ini boleh disimpulkan bahawa, integriti masyarakat Malaysia telah
pun menurun daripada tahun ke tahun berdasarkan kepada Index yang telah dikelurrkan ini.

4
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Jadual 1 :
Tahun
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014

Tangkapan
339
497
485
557
590
605
500
831
801
701
509
552

Sumber : SPRM

5
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Jadual 2 : Kedudukan Malaysia: Corruption Perception Index(CPI) dari tahun 1995


hingga 2010

Tahun

Skor

Kedudukan

Bil. Negara Dikaji

1995

5.28

23

41

1996

5.32

26

54

1997

5.01

32

52

1998

5.3

29

85

1999

5.1

32

99

2000

4.8

36

90

2001

5.0

36

91

2002

4.9

33

102

2003

5.2

37

133

2004

5.0

39

146

2005

5.1

39

159

2006

5.0

44

163

6
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

2007

5.1

43

180

2008

5.1

47

180

2009

4.5

56

180

2010

4.4

56

178

2011

4.3

60

178

2012

4.9

54

176

2013

5.0

53

177

2014

5.2

50

175

Sumber : Transparency International

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk :


3.1

Kepentingan integriti di dalam semua sektor baik kerajaan, swasta mahupun


masyarakat.

3.2

Faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan integriti


7
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

3.3

Impak sekiranya integriti ini tidak dititik beratkan.

3.4

Kelemahan-kelemahan yang kenalpasti di dalam perlaksanaan programprogram dan aktiviti-aktiviti yang dirancang di dalam meningkat integriti
individu, organisasi mahupun masyarakat.

3.5

Langkah-langkah perlu diambil bagi meningkat integriti di dalam sektor


awam, swasta dan lain-lain

4.0

METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah mengunakan keadah :
4.1

Pengumpulan Data
Dalam pengumpulan data ini, data-data yang digunakan adalah merupakan
data-data sekunder. Data sekunder adalah merupakan data yang diditerbitkan
atau data yang sedia ada. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data yang
diperolehi daripada laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) iaitu statitik tangkapan tahun 2005 hingga tahun 2010. Data yang
kedua digunakan adalah data yang diperolehi daripada Transparency
International (TI) yang mengenai Index Persepsi Rasuah (CPI) daripada tahun
1995 hingga tahun 2010. Data-data ini dirujuk sebagai Jadual 1 dan 2.

5.0

ANALISIS KAJIAN
Pembudayaan integriti dan etika individu harus melalui proses yang berterusan dan

sepanjang hayat. Ia melibatkan peranan institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan
media massa. Pembudayaan ini di dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak
sebagai teladan manakala kakitangan yang lain menzahirkan kod etika itu dalam tindakan
mereka. Organisasi jga perlu mempunyai matlamat dan objektif yang jelas dan realistic yang
boleh dikongsi dan difahami bersama anggota organisasi. Ianya perlu mempunyai sistem dan
8
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

prosuder yang bersistematik serta teratur bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara cekap,
teratur, dan tepat. Selain itu juga mempunyai sistem kawalan kualiti, pemamtauan, ganjaran
dan penghukuman. Integriti dan etika yang digariksan ini perlu dipatuhi kerana akhirnya
individu itu bertanggungjawab keatas dirinya dan kepada Tuhannya. Oleh yang demikian,
pentingnya integriti yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia akan membawa sebuah negara
yang adil, aman dan maju secara berterusan.
5.1

Faktor-faktor Penyebab Kemerosotan Integriti


Faktor-faktor yang dianalisa sebagai penyebab keruntuhan integriti adalah:
(Karunanithy, 2010) :
5.1.1. Individu
Kelemahan indiviidu itu merupakan faktor asas dalam keruntuhan
integriti. Individu yang lemah didikan agama dan penghanyatan nilainilai murni, lemah displin diri dan etika kerja, serta bersifat tamak dan
mementingkan diri akan menyebabkan merosotnya integriti.
Kemerosotan ini juga boleh berlaku sekiranya individu itu hanya
melihat kelemahan orang lain, enggan memeriksa kelemehan diri
sendiri, lantaran itu jauh sekali untuk mengakui dan mengatasinya.
Tekanan hidup juga boleh mmenyebabkan individu terjerumus ke
dalam kancah rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan gejala
tidak bermoral. Hal ini berkemungkinan lebih besar berlaku sekiranya
pegangan kepada nilai-nilai murni itu sendiri lemah.
5.1.2. Sistem dan Prosedur
Aspek ini merangkumi pelbagai dimensi. Disini kita mengenal pasti
enam aspek sistem dan prosedur yang boleh menjejaskan integriti
iaitu:
a)

Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan


awam. Contoh seperti pengurusan tender.
9
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

b)

Prosedur kerja yang tidak bersistematik dan tidak teratur.


Kelemahan ini boleh menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan
dan perselisihan pendapat sesame sendiri di dalam satu
oeganisasi.

c)

Penguatkuasaan yang tidak berkesan dan ada kalanya


dilakukan secara terpilih sahaja.

d)

Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan


sesuatu strategi dan program yang dijalankan.

e)

keupayaan sumber yang terhad sama daripada sumber manusia


ataupun material sehingga menjejaskan keupayaan
penguatkuasaan.

f)

Undang-undang yang tidak dikemaskini mengikut peredaran


dan perubahan masa serta tidak sesuai lagi digunakan pada
masa sekarang.

5.1.3. Sturktur dan Institusi


Kompenan yang paling mustahak dalam menjaminkan kelancaran
pentadbiran organisasi tidak kiralah kerajaan atau pun swasta mahupun
masyarakat umum. Struktur sesebuah organisasi mestilah kemas,
fokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan difahami oleh semua
peringkat anggota. Struktur ini perlulah dikemaskini dari semasa ke
semasa bagi menangani tuntutan dan cabaran yang baru. Struktur
yang tidak kemas, tidak fokus dan tidak difamami oleh anggota akan
membazirkan sumber sedia ada. Ini menyebabkan ia tidak berkesan
untuk mencapai objektifnya.
Institusi merupakan peranan yang paling utama dalam keseluruhan
sistem pentadbiran. Skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi
10
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

perlu diperincikan dan dikoordinasikan dengan bersistematik dan


teratur. Pertindihan dalam skop, tugas dan tanggungjawab boleh
mengkibatkan persiangan tidak sihat ataupun konflik institusi, serta
pengabaian tanggungjawab. Kurang koordinasi antara institusi pula
boleh menyebabkan pembaziran sumber dan tugas yang dilakukan
tidak cemerlang, gemilang dan terbilang.
5.1.4. Budaya
Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberikan
persekitaran yang kondusif kepada individu untuk tidak menyimpang
dalam tingkah lakunya. Budaya yang sebaliknya akan menyebabkan
berlakunya sikap tidak ambil peduli, tidak bertanggungjawab dan
melepaskan tanggungjawab kepada individu yang lain.
5.1.5

Modenisasi.
Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan
pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek
pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang
juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil
kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan
moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan
tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai
pengurusan atau pembuat keputusan. Memberi rasuah merupakan
sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan
bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat
menyiapkan projek dan sebagainya.

5.1.6

Politik.
Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti
kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk
11
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik,


mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.
Seharusnya, ahli politik ini perlulah mempunyai integriti yang tinggi
untuk memimpin masyarakat.
5.2

Impak sekiranya integriti jika tidak dititik beratkan.


Perbincangan integriti dan etika adalah penting kerana kemerosotan integriti
dan etika akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan
kemerosotan integriti dan etika, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan
seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan
sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada.
Kemerosotan integriti dan etika akan hanya menghakis kepercayaan orang
awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana kemerosotan integriti dan etika
tidak dibendung dengan sewajarnaya, maka pemerintah kehilangan hasil atau
tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Kesan yang paling
besar daripada kemerosotan integriti dan etika ini ialah akan menyebabkan
pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan
masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan
masyarakat dan sebagainya. kemerosotan integriti dan etika juga boleh
menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang
berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden
Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan-amalan negetif yang
tidak terbendung.
Kemerosotan integriti dan etika ialah musuh pembangunan. Dalam dunia
politik, kemerosotan integriti dan etika akan menjejaskan perjalanan
demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan.
Kemerosotan ini jaga jika berlaku dalam pilihan raya atau pemilihan umum
lain dan dalam badan perundangan/ legislatif merosakkan akauntibiliti dan
12
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

kecekapan juga; rasuah dalam sistem pengadilan pula mencabul ketertinggian


undang-undang; dan kemerosotan integriti dan etika dalam pentadbiran awam
menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum,
kemerosotan integriti dan etika akan mengikis kemampuan sesuatu sistem;
kerana ketidaktertiban prosedur, kemerosotan sumber daya/usaha, dan pejabat
diiktiraf/dinaikkan oleh jabatan bukan kerana prestasi. Keseluruhannya,
kemerosotan integriti dan etika menghancurkan kepercayaan masyarakat
terhadap sistem-sistem yang ada.
Di samping itu juga, kemerosotan integriti dan etika ini menimbulkan
kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projekprojek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya,
sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan awam (mungkin juga
kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima
peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya),
walaupun sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah
yang berlaku. Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar
projek tersebut menjadi pertaruhan . Kemerosotan integriti dan etika juga
menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang
dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada
belanjawan/bajet kerajaan.
Kita juga sedia maklum negara Malaysia sedang dalam proses menjadi sebuah
negara maju. Pertumbuhan ekonomi sebanyak sekurang-kurangnya 8 peratus
melebih satu dekad menunjukkan kita berpotensi untuk merealisasikan
Wawasan 2020. Bagaimanapun, untuk mengekalkan momentun tersebut maka
kita perlu mengelakkan pembaziran. Dalam hal ini rasuah merupakan kos
tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, kita
memerlukan pelaburan asing yang banyak. Bagaimana jika pelabur asing
menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang dilingkari dengan kegiatan
rasuah, maka mereka akan tidak begitu berminat untuk melabur di sini.
13
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

6.0

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

CADANGAN PENYELESAIAN
Kelemahan-kelemahan yang kenalpasti di dalam perlaksanaan program-program dan

aktiviti-aktiviti yang dirancang di dalam meningkat integriti individu, organisasi mahupun


masyarakat. Pelbagai sasaran ditetapkan untuk memastikan CPI ini berada di skor yang lebih
baik. Antaranya, Pelan Integriti Nasional yang menetapkan sasaran menaikkan skor ke tahap
6.5. Manakala NKRA yang menetapkan sasaran untuk memperbaiki CPI 2010 ke tahap 4.9.
Kesemua sasaran ini tersasar dan tidak mencapai objektif yang dihasratkan. Kenapa dan di
manakah silapnya?
6.1

Di antara kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti adalah seperti berikut:


i.

Usaha untuk menaikkan skor Index Perserpsi Rasuah(CPI) ini hanya


diletakkan di tanggungjawab entiti tertentu sahaja seperti SPRM, Institut

ii.

Integriti Malaysia (IIM) dan NKRA;


Untuk mencapai sasaran skor CPI yang ditetapkan, IIM dan NKRA dilihat
tidak fokus kepada usaha mengenal pasti, menganalisis dan mendekati 9
bentuk kajian yang digunakan oleh CPI untuk dijadikan asas bagi
membentuk strategi dan pendekatan meningkatkan persepsi dan imej

iii.

negara;
Strategi dan pendekatan yang diguna pakai IIM dan NKRA wajar dikaji

iv.

semula;
Kumpulan sasaran iaitu golongan peniaga dan pelabur domestik dan
antarabangsa yang merupakan sampel kajian tidak pernah didekati dan
dijelaskan berhubung inisiatif dan pembaharuan yang dilaksanakan

v.

Kerajaan;
Lain-lain agensi Kerajaan yang terlibat dalam pelaburan dalam dan luar
negara yang berurusan dengan peniaga dan pelabur tidak memainkan
peranan mereka dan menganggap kempen meningkatkan integriti dan

vi.

memerangi rasuah tidak penting dan bukan tanggung jawab mereka;


Keseriusan Kerajaan dalam memerangi rasuah dengan memperkenalkan
pelbagai inisiatif sebenarnya tidak disambut secara bersungguh-sungguh
14
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

oleh sebahagian besar agensi Kerajaan. Dalam erti kata lain, ketua-ketua
jabatan masih dilihat tidak serius menangani masalah rasuah dan rasuah
vii.

masih kerap dilaporkan dalam agensi-agensi tertentu;


Terlalu banyak publisiti berhubung kes-kes rasuah di media massa
menyebabkan wujud persepsi bahawa rasuah amat berleluasa di negara
ini;
Perlakuan segelintir ahli-ahli politik yang suka memburuk-burukkan

viii.
ix.

Malaysia di negara luar turut mempengaruhi tahap persepsi ini;


Perlakuan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ketika
membentangkan kertas kerja di persidangan antarabangsa mengkritik dan
memburuk-buruk Kerajaan;
Beberapa dasar khususnya yang melibatkan pelaburan perlu dikaji semula

x.

iaitu berkaitan peranan konsultan atau pengaruh middleman dalam melobi


xi.

projek atau peluang-peluang pelaburan di negara ini.


Ketidakstabilan politik juga dilihat sebagai elemen yang menggugat
kedudukan CPI kerana semua isu berkaitan rasuah dijadikan alat politik
untuk menabur fitnah dan menanamkan rasa benci rakyat terhadap
pemerintah.

6.2

Langkah-langkah perlu diambil bagi meningkatkan integriti di dalam sektor


awan, swasta dan lain-lain.
6.2.1

Sektor Kerajaan
Kerajaan menyedari bahawa sektor awam merupakan tulang belakang
di daman pembangunan negara.

Justeru pembudayaan nilai dan

integriti mestilah pada setiap masa diterjemahkan dalam semua aspek


pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sektor ini.

Penerapan,

penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni serta bersih daripada


gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa perlu sentiasa
diperkukuhkan dan menjadi amalan berterusan. Oleh itu, kerajaan
telah memperkenalkan beberapa konsep bagi memantap dan
mempertingkatkan

nilai-nilai

murni

dan

integriti

di

dalam

perkhidmatan awan antaranya adalah penghayatan konsep Bersih,


15
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Cekap dan Amanah. Penerapan Nilai-nilai Islam, Budaya Kerja


Berkualiti, Kod Etika Kerja, Piagam Pelanggan dan ISO 9000.
Dalam memantapkan penguatkuasaan keatas kesalahan rasuah,
penyelewengan dan salahgunak kuasa, kerajaan melalui Parlimen telah
meluluskan Akta Pencegahan Rasuah 1961 bagi mengantikan The
Prevention of Corruption Ordinance 1950. Pada 11 Mac 2009, Badan
Pencegah Rasuah (BPR) yang ditubuhkan pada tahun 1967 bertujuan
menghapuskan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa telah telah
bertukar nama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM). Akta Pencegahan Rasuah juga telah digubal dan diluluskan
oleh Parlimen pada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
yang memberikan kuasa yang lebih efektif di dalam memerangi gejala
rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.
Selain daripada itu juga, kerajaan telah mengambil beberapa
pendekatan yang lain iaitu dengan menubuhkan Biro Pengaduan
Awam (BPA) sebagai satu mekanisme dan saluran untuk orang ramai
memberikan pandangan atau aduan mengenai salah tadbir, salahguna
kuasa, dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam.
Pemodenan

Tadbiran

(MAMPU)

juga

dan

Perancangan

ditubuhkan

sebagai

Pengurusan
peneraju

Unit

Malaysia

pembaharuan

pentadbiran dalam mengwujudkan perkhidmatan awam yang mden,


cekap dan berkesan. Lain-lain insitusi kerajaan yang ditubuhkan bagi
meletakakan isu integriti pengurusan kerajaan sebagai fokus utamanya
adalah seperti Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan
Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) serta Jawatankuasa Keutuhan
Pengurusan (JKP) di peringkat, persekutuan, negeri dan daerah.
Satu garis panduan penghayatan dan pegamalan nilai-nilai murni juga
dilkasankan oleh kerajaan bertujuan untuk meningkatkan integriti
penjawat awam.

Himpunan nilai teras yang diterapkan sebagai


16
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

panduan penghayatan dan pengamalan ini ialah amanah, benar,


bijaksana, adil, telus dan bersyukur.

Selain daripada itu juga,

penekanan elemen etika dan integriti yang dinyatakan diatas Kod Etika
Hakim (1994) dan Kod Etika bagi Anggota-Anggota Pentadbiran
(1997) juga telah digubal dan diguna pakai.
6.2.2

Sektor Swasta
Sektor ini merupakan pemacu pembangunan dan penjana ekonomi
negara. Isu utama mengenai integriti sektor swasta yang dipandang
berat masa kini adalah tadbir urus koporat. Sifat ekonomi Malaysia
yang terbuka dan kemakmuran ekomoni selama ini memberi peluang
bukan sahaja sektor swasta dalam negeri malahan dari luar juga.
Beberapa isu yang berlaku di dalam dan di luar negara masa kini
menunjukkan betapa pentingnya urus tadbir koporat terbaik untuk
dijiwai syarikat serta membimbing perlakuan para pegawainya
(Ahmad, 2007).

Satu prinsip urus tadbir yang baik dilaksanakan

untuk garis panduan bagi memastikan pegawai bertingkah laku dan


bertanggungjawab terhadap pelabur dan pihak kepentingan yang lain.
Sektor swasta merupakan penyumbang yang terbesar di dalam
penglibatan gejala rasuah sebagai pemberi rasuah dan penjawat awam
sebagai penerima rasuah.

Betapa seriusnya masalah ini, satu

konvensyen antarabangsa telah diadakan serta telah ditandatangani


oleh 35 buah negara pada tahun 1999 untuk menangani dan mencegah
amalan pemberian rasuah(PIN, 2007)
Daripada segi pemantauan dan penguatkuasaan ke atas sektor swasta
ini bagi membendung gejala penyelewengan, penipuan dan rasuah ini
institusi yang diberikan kuasa adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) dan Suruhanjaya Sekuariti (SC) dalam usaha untuk

17
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

mempertingkatkan integriti dan kemakmuran ekonomi sejagat dapat


dikekalkan.
Satu kod mengenai urus tadbir korporat yang dikenali sebagai
Malaysia Code On Corporate Governance (MCCG) juga diterbitkan
pada tahun 2000 (Ahmad, 2007).

Kod ini perlu diterapkan dan

dipatuhi oleh semua syarikat-syarikat swasta untuk mempertingkatkan


ketelusan dan pertanggungjawabannnya.

Selain itu satu himpunan

etika dalam perniagaan juga dipraktikkan dan digubal serta


diterimapakai oleh Kementerian Perdagagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang
dikenali sebagai Rukuniaga.

Rukunniaga ini mengariskan enam

prinsip dalam urusan perniagaan iaitu, berlaku benar dalam amalan


perniagaan; bertanggungjawab kepada pelanggan, masyarakat dan
persekitaran; berperikemanusian kepada semua insan; kesederhanaan
tingkah laku dalam perniagaan; saksama terhadap pelanggan; dan
kesungguhan menjayakan perniagaan(Juhary, 2004). Sektor swasta
digalakkan menggunkan rukunniaga ini sebagai pedoman dalam
urusan perniagaan mereka.

6.2.3

Lain-lain sektor
Didalam lain-lain sektor seperti Malis Peguam Malaysia, Persatuan
Perubatan Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan dan professional
merekan ini mempunyai kod etika masing-masing.

Kod etika ini

adalah bertujuan sebagai garis panduan untuk meningkatkan integriti


ahli-ahlinya dan menunjukkan kesederan bahawa betapa pentingnya
integriti dan beretika di dalam apa jua urusan di dalam kehidupan ini.

18
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

7.0

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

KESIMPULAN
Integriti merupakan satu satu sifat ayng paling penting yang perlu ada didalam diri

invididu. Tanpa integriti wujudlah suatu gejala penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah.
Ianya juga ditaksirkan sebagai tidak berintegriti kerana perilaku manusia yang tipis imannya,
rendah asas akhlak, dhaif akal budi, tamak, pilih kasih, dorongan nafsu dan cita-cita melulu
demi kepentingan peribadi yang secara rakus mengumpul kekayaan material dan merebut
pangkat atau kedudukan melalui jalan yang tidak sah. Justeru, semua pihak seharusnya
prihatin untuk terus membudayakan dan mengamalkan nilai-nilai murni dan etika kehidupan
yang baik emi untuk memastikan masyarakat negara kita berintegriti tinggi. Dalam semua
sektor dan istilah integriti dipandang begitu hambar bagi sesetengah pihak terutama apabila
berkaitan dengan keadaan dunia yang penuh dengan persaingan untuk survival. Lantaran itu,
fahaman materialism yang semakin menebal dalam masyarakat telah merongkai nilai-nilai
murni individu dalam kehidupan bermasyarakat. Nilai-nilai seperti perasaan saling hormat,
tolong menolong dan kasih saying terhadap jiran tetangga dan masyarakat sekitar semakin
pudar. Perasaan patriotic atau cintakan negara semakin dingin dan penghayatan kepada
agama juga begitu rapuh dan diremehakan. Akhirnya sistem sosial, ekonomi dan politik kita
hari ini mula dilanda dengan pelbagai masalah yang semuanya bertitik tolak daripada
pelbagai isu yang berkaitan dengan integriti.

Kepentingan untuk mengukukkan semula

dalam masyarakat dan sistem pentadbiran begitu rancak diusahakan bukan sahaja kerajaan
tetapi juga negara-negara di dunia. Malah ada yang lebih maju ke hadapan. Nampaknya
usaha mereka tidak sia-sia, malah memberikan faedah yang banyak terutama dalam arena
perdangangan antarabangsa(Mod. Samsudin, 2008). Persoalannya sekarang, bolehkah kita
kea rah yang sama dengan segala kemelut yang kita hadapi sekarang seperti gejala rasuh,
peyelewengan dan salahguna kuasa dibiarkan terus berlaku?

19
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

8.0

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

RUJUKAN
Agong Djojosoekarto et.al, 2008. Pelayanan Publik Dalam Persepsi Masyarakat.
Indonesia: Kemitram Partnership.
Ahmad Atory Hussin, 2007. Tadbir Urus Koprat: Ke Arah Tabdir Urus yang
Berkualiti Dalam Sektor Awam dan Swasta. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributiors Sdn. Bhd.
Chamil Wariya, 2004. Kesinambungan dan Perubahan: Zaman Perdana Menteri Ke5 Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributiors Sdn. Bhd.
20
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Juhary Haji Ali, 2004. Etika Perniagaan Dan Tanggungjawab Sosial. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan: Edisi Ke-3, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Karunanithy A/L Y.Subbiah, 2010. News Coverage On Corruption Prevention: A
Content Analysis Berita Harian and The Star. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Kerajaan Malaysia, 2007. Pelan Integriti Nasional. Kuala Lumpur: Institut Integriti
Malaysia.
Khoo Chai Lee, 2010. Let Make A Diffence: Fight Corruption. Perak: Kertas Kerja
Sempena Sambutan Ulangtahun Penubuhan SPRM yang Pertama.
Moh. Samsudin Bin Yusof, 2008. Integriti dalam Pendidikan: Ancaman Rasuah dan
Cabaran Menanganinya. Perak: Kertas Kerja Sempena Sambutan Ulangtahun
Penubuhan SPRM yang Pertama.
Website SPRM : http://www.sprm.gov.my
Website IT: http://www.transparency.org

9.0

LAMPIRAN

21
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

22
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

23
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

24
NO. MATRIK : 222998

Anda mungkin juga menyukai