Anda di halaman 1dari 5

Kenapa saya memilih bahasa jepun sebagai bahasa ketiga?

Saya memilih bahasa jepun sebagai bahasa ketiga kerana saya sangat berminat dengan budaya
mereka seperti mementingkan masa dan menjaga kesihatan. Bagi saya, orang jepun adalah
bangsa yang sangat teliti dalam melakukan sesuatu sehinggalah mereka dapat menghasilkan
sesuatu yang berkualiti tinggi dan dipercayai suluruh dunia.

Budaya jepun (makanan)

Orang Jepun mempraktikan memakan secara "Eating with the Seasons".


"Wherever you live in the world, the influences of your climate, daily cycles of lightness and
darkness, and what fresh foods you eat affect your body's natural rhythms; and these rhythms are
influenced by the change of seasons."
Sayuran yang mengikut musim lobak putih (daikon), lobak merah (ninjin), akar teratai
(renkon)=Lotus root, ubi udo, ubi kledek, ubi keladi, ubi kentang, akar gobo, ubi konnyaku dan
rebong. Orang Okinawa terkenal dengan panjang umur mereka berbanding dari lain-lain daerah
di Jepun. Salah satu sayur yang ditanam di merata sini ialah goya=peria pahit.. Bila musim
panas, nak katakan hari-hari makan goya. Tauhu, natto, air kacang soya, miso (sejenis taucu
buat sop) dan segala yang diperoleh dari kacang soya.

Bermula musim panas banyak orang Jepun menanam sayur-sayur walaupun mereka
tidak ada tanah. Dalam pasu, pagar-pagar, di veranda, depan rumah, celah dapur.terung, tomato,
piman (green peppers). Yang ada tanah pula akan menanam lebeh dari itu timun, jagung, kacang
boncis, bende, peria, petula, lada merah, sayur sawi, bayam, keledek, kentang, lobak putih dan
merah. Minuman tradisenal mereka ialah teh hijau. Khasiat teh hijau jauh lebeh tinggi dari kopi.

Orang Jepun biasanya gemar memakan makanan tradisi mereka. Sebahagian besar rancangan-
rancangan TV pada waktu petang dikhaskan kepada penemuan dan penghasilan makanan
tradisional yang bermutu. Makanan Jepun mencipta nama di seluruh dunia dengan sushi, yang
biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis ikan mentah yang digabungkan dengan nasi sejuk
dan pes wasabi. sushi digermari penduduk seluruh dunia. Makanan jepun menumpu kepada
peralihan musim, dengan menghidangkan mi sejuk dan sashimi pada musim panas,
manakala ramen panas dan shabu-shabu disediakan pada musim sejuk.
Antara makanan orang jepun

Makanan tradisi jepun yang kini popular dan telah mencipta nama di dunia adalah sushi. Sushi
diperbuat daripada pelbagai jenis ikan mentah yang digabungkan dengan nasi sejuk dan pes
wasabi. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut,
sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak
diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada
abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara Cina untuk perkataan 'sushi', bererti 'ikan terperam'
pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8. Yohei Hanaya yang membuka gerai sushi di
bandar Edo pada tahun 1800-an dikenali sebagai pencipta sushi gulungan tangan, atau nigiri
sushi. Nigiri sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dunia Kedua.

Sushi berlainan dari segi bentuk dan ramuan, tetapi nasi merupakan bahan yang sentiasa
dimasukkan. Kadangkala dua sushi yang berbeza mempunyai ramuan yang sama, hanya
berbeza dari segi penyediaan. Terdapat beberapa jenis sushi:-

1. Nigiri-sushi
2. Temaki-sushi
3. Maki-sushi
4. Oshi-sushi
5. Chirashi-sushi
6. Temari-sushi
Sushi makanan tradisional orang jepun.

Sashimi ialah makanan laut dengan kesegaran utama yang terus dimakan dalam keadaan
mentah bersama penyedap seperti kicap masin, parutan halia, dan wasabi.
Makanan laut segar seperti ikan, kerang, dan udang kara dihidangkan dalam bentuk hirisan kecil
yang mudah dimakan, sedangkan udang yang berukuran kecil ada yang hanya dikupas kulit dan
dibuang kepalanya saja.
Tsuma adalah sebutan untuk bahan makanan pendamping yang boleh juga berupa lobak yang
dipotong panjang-panjang dengan ukuran sangat halus, daun berwarna hijau yang disebut Oba
(Aojizo), atau rumput laut seperti Wakame dan Tosakanori.
Sashimi juga bermaksud menikmati sesuatu dalam keadaan mentah, bermula dari potongan
mentah daging kuda (Basashi), daging ayam (Torisashi), hati ayam atau hati lembu, hingga pada
potongan Konnyaku dan tauhu yang disebut Yuba. Di daerah Kansai, sashimi lebih dikenali
dengan sebutan O-tsukuri.
Jenis-jenis sashimi

1. Tsugatazukuri

Potongan-potongan ikan disusun di atas tubuh ikan yang dikekalkan bentuknya mula dari
bahagian kepala hingga ekor. Sashimi jenis ini kebanyakannya hanya dinikmati pada waktu-
waktu istimewa.

2. Ikezukuri
Tsugatazukuri dengan ikan hidup yang dijadikan sashimi hanya beberapa saat sebelum
dihidangkan.

3. Tataki
Potongan ikan yang diletak untuk beberapa saat di atas api sehingga kelihatan masak di
bahagian luar, segar di bahagian dalam. Tataki ikan (Katsuo) dimakan bersama sos Ponzu,
parutan bawang putih dan hirisan daun bawang.

Ramen ialah sejenis masakan Jepun berbentuk mi sup yang berasal dari China. Ramen selalu
dihidangkan air rebusan, dan menggunakan hias atas seperti hirisan daging khinzir (チャーシュ
ー, chāshū?), rumpai laut kering (海苔, nori?), kamaboko, bawang hijau, dan jagung pun. Hampir
setiap tempat atau wilayah di Jepun mempunyai variasi ramen yang tersendiri, dari ramen
tonkotsu di Kyūshū hingga ramen miso di Hokkaidō. Ramen diperkenalkan di Jepun (Pekan Cina
di Kobe atau Yokohama) pada zaman Meiji. Ramen garam berasal dari Hokkaidō pada zaman
Taisho.

Meskipun berasal dari China, waktu ramen diperkenalkan di Jepun masih belum dipastikan. Asal-
usul perkataan "ramen" pun menjadi perdebatan. Satu hipotesis yang mungkin paling boleh
dipercayai ialah "ramen" merupakan sebutan Jepun untuk perkataan bahasa Cina 拉麺 (lamian),
iaitu "mi tarik" (nama yang masih digunakan untuk jenis mi sebegini dalam bahasa Cina). Satu
lagi hipotesis menyatakan 老麺 (laomian, "mi tua") sebagai bentuk asalnya, sementara satu lagi
menyatakan bahawa ramen mula-mulanya disebut 鹵麺 (lúmiàn), iaitu mi yang dimasak dalam
sos yang pekat dan berkanji. Satu lagi hipotesis ialah 撈麵 (lāomiàn, "lo mein"): 撈 bererti
"mengorek keluar" dan memaksudkan kaedah memasak mi ini dengan merendamkannya dalam
air yang mendidih sebelum mengeluarkannya dengan jarring dawai.

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada budaya jepun ini, kita dapat lihat orang jepun adalah
bangsa yang mementingkan kesihatan kerana makanan merreka terdiri daripada makanan laut,
sayur sayuran yang banyak untuk setiap hidangan dan juga dimasak dengan cara merebus atau
stim. Mereka juga kebiasaannya memakan ikan secara mentah bagi mengelakkan kehilangan
zat dalam sesuatu makanan.

Anda mungkin juga menyukai