Anda di halaman 1dari 1

Ikan Bakar Email this Recipe Print this Recipe

Kiriman: Fauziah Shamsudin


Sumber: Ibu Mertua Tersayang
Hits: 1991 Rating: 7.44 Review: 0

Bahan-Bahan:

2 ekor anak ikan pari 200gr cili hidup merah


daun pisang (secukupnya) 100gr lada kering
10 helai daun limau purut dihiris halus 2 labu bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia muda
1 biji limau kasturi
kicap manis secukup rasa
garam
serbuk perasa
minyak untuk menumis secukupnya

Cara:

Bersihkan ikan atau makanan laut dan ketepikan. Kisar cili hidup merah dan cili kering yang telah di rendam air
panas. Kisar bawang besar, bawang putih, halia muda berasingan.

Panaskan minyak dan tumis cili yang dikisar sahaja dahulu, campurkan dengan sedikit sahaja daun likmau purut
yang telah di hiris. Setelah cili garing masukkan bahan bawang dan halia yang telah dikisar juga. Tumislah sehingga
terbit minyak. Setelah terbit minyak dan baunya bangkit masukkan garam, serbuk perasa, kicap manis dan lebihan
daun limau purut yang dihiris halus.Perahkan jus limau kasturi sebelum tutupkan api.

Ikan atau makanan laut tadi dibakar setengah masak dahulu. Alas kuali dengan daun pisang dan bubuhkan separuh
dari sambal tadi dan letak ikan atau makanan laut tadi dan siramkan lebihan sambal lagi. Tanak diatas api dan
biarkan ikan atau makanan laut tadi masak.

Enak dimakan bersama nasi yang hangat.

Anda mungkin juga menyukai