Anda di halaman 1dari 14

1 Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif

www.karyanet.com.my BAHASA

I
Bahasa
Apa itu bahasa Bahasa adalah satu fenomena penting dalam hidup kita. Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan. Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Sekiranya ia diletakkan dalam satu masyarakat lain, ia akan terus berjalan dan seterusnya menuturkan bahasa masyarakatnya yang baru itu. Ini menunjukkan bahawa berjalan

BAB
PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif 2

adalah fungsi biologi tubuh badan secara naluri, tetapi pertuturan adalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari. Jika diteliti akan cara orang bertutur tentang bahasa, kita sering mendapati bahawa bahasa itu sering dianggap sebagai suatu alat yang boleh dipunyai, diperoleh malah dihalangi. Ahliahli linguistik pula sering memperkatakan mengenai bahasa sebagai sesuatu yang berlaku seolah-olah ia suatu objek seperti jam loceng yang mempunyai struktur dalaman yang boleh dikaji. Anggapan sebegini tidaklah tepat kerana bahasa itu seringkali dirujuk sebagai organisma yang hidup. Mengikut Pit Corder dalam bukunya Introducing Applied Linguistic:
We speak about the birth of the language, of its growth, development and decline. Language have periods of blossoming and flowering; they are related to each other in families, or descended from each other. They are living or dead. They also have physical and moral qualities; they are beautiful, ugly, vulgar, based or decadent.

Petikan di atas bermaksud, Bahasa itu dikatakan lahir, tumbuh, berkembang dan merosot. Ada masanya bahasa itu menguntum, dan berbunga, berkeluarga dan berketurunan serta mempunyai kualiti moral dan fizikal seperti ia cantik, buruk, kasar, rendah atau lapuk.

Di samping itu, bahasa juga dianggap unik kerana boleh digunakan untuk menulis, membaca dan berkomunikasi. Ini memberi pengertian bahawa bahasa dianggap sebagai satu kelakuan mahir (skilled behaviour) yang terpaksa dipelajari. 3 Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif
www.karyanet.com.my BAHASA

Manusia tidak lahir dengan kebolehan bertutur dan memahami bahasa. Sebaliknya manusia harus mempelajari untuk menguasainya. Adalah jelas bahawa kelakuan bahasa adalah suatu kemahiran yang kompleks yang sukar dikuasai oleh seorang bayi dalam satu tempoh masa yang singkat. Mengikut ahli bahasa dan ahli psikologi, manusia dilahirkan dengan satu kebolehan belajar khusus yang ditentukan secara genetic. Ada juga yang berpendapat bahawa kebolehan menguasai bahasa itu hanyalah satu fungsi dari kapasiti-kapasiti kognitif am manusia yang memungkinkan mereka belajar. Bahasa yang digunakan dalam pertuturan merupakan satu alat perhubungan penting dalam kehidupan manusia seharian. Walaupun ia merupakan satu alat yang begitu kompleks, bahasa dapat digunakan dengan kod-kod tertentu sahaja. Ia tidak pula menjadi satu-satunya sahaja cara manusia berhubung. Manusia boleh berhubung melalui gerak-geri simbol atau kod telegraf, muzik dan lain-lain, tetapi yang paling sempurna sekali ialah melalui perantaraan bahasa. Bahasa menggunakan bunyi suara. Daripada bunyi suara itulah pula diterbitkan lambang-lambang visual berlainan yang boleh digambarkan di atas kertas dan lainlain seperti tulisan dan isyarat. Untuk memahami apa itu bahasa, kita perlu juga meninjaunya dari segi fungsinya sebagai fenomena sosial. Menguasai apa yang diakui sebagai alat yang kompleks tidak berguna sekiranya penilaian dan penggunaannya tersendiri tidak diambil peduli oleh masyarakat sekelilingnya. S. Pit Corder menjelaskan People sometimes even actually call language a tool. Maksudnya ia digunakan untuk menghubungkan seseorang individu dengan individu yang lain dalam sesebuah masyarakat. Seseorang penutur akan bersikap bersahaja atas sebab audiennya tidak mendapat tindak balas. Ini terjadi sekiranya si penutur
PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif 4

tidak memperhitungkan sifat-sifat dan kelakuan si pendengar biarpun kedua-duanya menggunakan bahasa. Bahasa daripada pendekatan yang kedua ini menjadikannya suatu peristiwa sosial. Ia tidak akan dapat dihuraikan sepenuhnya sekiranya pihak yang terlibat di dalam bidang ini iaitu mengenai keperibadian, kepercayaan, sikap-sikap, pengetahuan tentang dunia perhubungan antara satu sama lain, status sosial, aktiviti yang sertai, tentang apa yang diperkatakan dan peristiwaperistiwa yang berlaku sebelumnya, secara linguistik dan secara bukan linguistik, apa yang berlaku selepasnya, di mana mereka berada dan sejumlah fakta-fakta lain dan mengenai situasi itu tidak diambil kira. Bahasa adalah keupayaan sesuatu kumpulan. Ini bermaksud bahawa kita hanya boleh berhubung dengan orang lain jika kita berkongsi suatu set cara-cara berkelakuan yang dipersetujui. Lebih jelas lagi, bahasa boleh dikatakan satu alat perhubungan antara seseorang itu dengan orang lain. Inilah salah satu fungsi

bahasa yang diperkatakan oleh S. Pit Corder dalam bukunya Introducing Applied Linguistic:
Language is a means of communication: by which man communicates; a system of communication; for the purpose of communication.

Bahasa juga adalah satu alat perhubungan yang mempunyai sifat-sifat yang universal. Bahasa merupakan milik manusia yang terpenting dan ia jugalah yang membezakan di antara manusia dengan makhluk yang lain. Manusia menggunakan bahasa sebagai alat untuk berhubung, melahirkan pandangan, perasaan dan pendapat, menyampaikan ilmu pengetahuan dan sebagainya 5 Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif
www.karyanet.com.my BAHASA

dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Bahasa itu sering dianggap sebagai alat yang boleh dipunyai, diperoleh dan boleh juga terhapus. Bahasa diketahui lahir dan berkembang melalui masa. Perkembangan sesuatu bahasa itu pula bergantung kepada penggunaan dan usaha memperkayakannya. Satu bahasa, jika tidak berkembang dan maju, bolehlah dianggap sudah pupus. Satu ketika dahulu bahasa-bahasa seperti bahasa Yunani Kuno, bahasa Latin dan bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dikagumi pada peringkat awal tamadun manusia tetapi tidak digunakan lagi pada masa kini. Terdapat pelbagai pendapat telah diperkatakan tentang bahasa. Malah pendapat-pendapat di kalangan ahli bahasa juga didapati berbeza-beza tetapi pada maksud dasarnya masih sama. Bahasa dianggap oleh ahli-ahli bahasa sebagai sistem lambang-lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Ianya bermaksud, bahasa tidak lain merupakan alat yang digunakan oleh sesebuah kumpulan atau kelompok masyarakat dengan tujuan untuk berhubung. Bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat itu pula berbeza di antara satu dengan yang lain. Apabila dua orang berkomunikasi, mereka akan menggunakan bahasa yang sama sebagai alat untuk berhubung. Oleh sebab bahasa itu digunakan, alat-alat artikulasi memainkan peranan yang penting untuk mengeluarkan bunyi bahasa secara sistematik dan dalam linguistik bunyi-bunyi ditafsir sebagai lambang. Ini kerana bunyi tidak menghasilkan maksud atau makna kecuali setelah dituturkan dalam bentuk unit bahasa yang terkecil iaitu kata. Bunyi-bunyi yang digunakan juga tertakluk pada perubahan-perubahan yang dibenarkan oleh bahasa dan perubahan-perubahan itu sangat
PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif 6

sistematis. Keseluruhan organisasi bunyi itu dipanggil sistem bunyi atau sistem lambang-lambang bahasa. Dengan maksud yang sama Edward dalam bukunya An Introduction to the Study of Speech mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambanglambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk tujuan menyampaikan fikiran dan perasaan. Ahli-ahli psikologi pula menganggap bahasa itu sebagai alat untuk melahirkan perasaan, menyampaikan ilmu, mencipta keindahan, menurunkan ilmu kebudayaan peradaban dan untuk berkomunikasi (Raja Mukhtaruddin Mohd Dain, 1982:29). Pendapat

ahli-ahli psikologi ini ada benarnya dalam beberapa perkara. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang, marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda. Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis. Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya. Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa. Sultan Takdir Alisjahbana mula melihat bahasa sebagai ucapan fikiran dan perasaan manusia yang teratur dengan memakai alat bunyi (S.Takdir Alisjahbana, 1964:7). Bertolak daripada pengertian yang sama, bahasa boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama berupa isi iaitu fikiran dan perasaan, bahagian kedua pula berupa bentuk iaitu bunyi yang teratur. Bentuk bahasa yang dituturkan itu meliputi segala aspek yang tersusun dan berperingkat-peringkat iaitu bermula dari peringkat perkataan, frasa, ayat, bunyi, intonasi hinggalah ke peringkat wacana. Di antara pendapat ahli bahasa tentang definisi bahasa, 7 Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif
www.karyanet.com.my BAHASA

pendapat Block & Trager merangkumi segala maksud yang terkandung dalam bahasa sebagai alat perhubungan manusia. Dalam bukunya yang berjudul Outline to Linguistic Analysis, mereka menyatakan Bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota-anggota sesebuah masyarakat untuk berhubung. Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Block & Trager itu, maka apa juga bahasa di dunia ini mempunyai ciri-ciri umum seperti berikut: 1. Bahasa terdiri daripada bunyi-bunyi. 2. Bahasa dilambangkan secara struktur. 3. Bahasa mempunyai sistem. 4. Bahasa mempunyai erti. 5. Bahasa adalah arbitrari. Menurut Edward Sapir dalam bukunya An Introduction to the Study of Speech:
Language is a purely human and non-instinctive method of communicating ideas, emotions and desires by means of a system of voluntarily produce symbols.

Yang bermaksud:

Bahasa adalah satu cara tulen yang noninstingtif yang digunakan oleh manusia untuk menyampaikan buah fikiran (ide), perasaan dan hasrat dengan menggunakan suatu sistem simbol-simbol atau lambang yang dihasilkan secara arbitrari.
PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif 8

Henry Sweet pula berpendapat:

Language is the expression of speech, sounds into words. Words are combined into sentences. This combination answering to that of idea into thought.

Yang bermaksud:

Bahasa adalah peluahan atau penyataan buah fikiran dengan bunyi suara digabungkan dalam bentuk perkataan. Perkataan pula digabunggabungkan menjadi ayat. Gabungan inilah melahirkan maksud buah fikiran itu.

Fromkin dan Rodman mendefinisikan bahasa sebagai


Satu sistem yang mengaitkan bunyi dengan makna.

Sarjana Melayu terkenal, Asmah Hj. Omar pula melihat bahasa itu dari segi fungsinya iaitu:
Sistem yang menyatakan akal fikiran dan isi hati manusia dan juga bahasa sebagai alat perhubungan antara manusia dan harus berkembang selaras dengan perkembangan masyarakat pemakai bahasa itu. Dengan perkataan lain bahasa yang mendukung akal fikiran itu harus dapat mengejar dan mengatasi keperluan masyarakatnya.

9 Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif


www.karyanet.com.my BAHASA

Daripada definisi-definisi yang telah diberikan tadi, dapat dibuat kesimpulan bahawa bahasa adalah satu sistem lambang pertuturan arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi sesama mereka. Tetapi tidak semua komunikasi antara manusia menggunakan bahasa. Misalnya, senyuman, marah, kerlingan dan sebagainya tidak tergolong dalam pengertian bahasa. Ahli-ahli bahasa membataskan bahasa kepada komunikasi manusia yang melibatkan sistem vokal atau pertuturan. Oleh itu, bunyi-bunyi lain yang dihasilkan oleh manusia tidak tergolong dalam bahasa. Bunyi-bunyi ini tidak digunakan untuk menyampaikan maklumat seperti juga halnya dengan bersin, batuk, berdengkur dan sebagainya. Bunyi yang dihasilkan itu bukan arbitrari. Oleh sebab itu, bahasa merupakan satu perlakuan yang dikawal dan dimiliki bersama dalam kadar yang tertentu oleh semua penutur dalam sesebuah masyarakat. Bahasa adalah sistem Tiap-tiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu ataupun bentuk sintaksis. Dalam bahasa terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna mengikut strukturnya. Percantuman unit-unit itu pula terjadi menurut dasar-dasar tertentu. Daripada bilangan unit yang begitu banyak dalam sesuatu bahasa, percantuman tidak boleh terjadi sembarangan tetapi dengan tatacara dan peraturan yang tertentu. Percantuman menurut cara dan peraturan tertentu inilah yang dikatakan bersistem. Bahasa dikatakan mempunyai sistem kerana mempunyai aturan-aturan atau rumus-rumus tertentu yang pasti dan teratur. Tanpa sistem pada bahasa tentunya manusia mengalami kesulitan untuk mempelajarinya. Selain daripada itu, bahasa juga tidak
PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif 10

akan berkembang. Dalam pertuturan terkandung bentuk-bentuk bahasa yang terdiri daripada kumpulan bunyi yang berupa perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Tiap-tiap bahasa mempunyai set atau sistem tertentu yang menjadi asas kepada pengguna untuk menuturkannya. Tiap-tiap bentuk mempunyai

sistem tingkah laku yang tersendiri. Bahasa Melayu misalnya mempunyai sistem atau peraturan-peraturannya yang tersendiri dalam menghasilkan sesuatu urutan bunyi dan mempunyai hukum-hukumnya yang membentuk perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Bunyi-bunyi yang dikeluarkan itu ada peraturan. Bahasa mempunyai sistemnya tersendiri yang meliputi kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. Contohnya dalam bahasa Inggeris terdapat bunyi konsonan yang diwakili oleh lebih dari satu huruf dalam perkataan seperti wh pada perkataan what, which, who, spring, dan bunyi ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Sebaliknya bunyi konsonan ny dan ng berulang kali timbul dalam perkataan-perkataan seperti yang terdapat pada perkataan nyamuk, nyanyi, nyanyuk, mengantuk, nganga, dan mengambil yang tidak terdapat dalam bahasa Inggeris. Menurut Bolinger D. Sears dalam bukunya Aspect of Language:
Bahasa adalah satu sistem komunikasi yang melibatkan pertuturan dan pendengaran hasil interaksi dengan pengalaman penggunapenggunanya dengan menggunakan simbolsimbol yang konvensional yang terdiri daripada unit-unit bunyi bersifat arbitrari dan disusun mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

11 Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif


www.karyanet.com.my BAHASA

Pernyataan ini cuba menerangkan bahawa tiap-tiap bahasa mempunyai sistem atau peraturan-peraturannya tersendiri yang berupa set dan ini menjadi asas kepada pengguna untuk menuturkan bahasa tersebut. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu kita mempunyai struktur frasa buku itu, dan tiga buah buku kuning. Dalam bahasa Inggeris strukturnya berlainan sebab sistemnya berbezabeza. Frasa-frasa nama dalam bahasa Inggeris seperti:
that book (buku itu) (itu buku) three yellow books (tiga buah buku kuning) (tiga kuning buku)

Dalam bahasa Mandarin pula:


na ben shu (buku itu) san ben huang se de shu (tiga buah buku kuning)

Contoh-contoh itu membuktikan bahawa struktur bahasa berlainan dalam sesuatu bahasa kerana sistemnya berbezabeza. Bahasa adalah linear Ronald Wardhaugh di dalam bukunya Introduction to Linguistics, memberi definisi yang sama dengan Sapir tetapi menekankan penggunaan bahasa sebagai alat untuk manusia berkomunikasi. Beliau melihat bahasa dari aspek gramatikal yang lebih jelas dan praktikal. Di dalam buku beliau yang berjudul Language and Its Structure, beliau menggambarkan bahasa sebagai satu set ayat-ayat yang tidak terhad yang bercirikan makna dan bunyi. Bagaimana yang dikatakan Bahasa adalah linear? Walaupun dalam bahasa Melayu istilah linear bermaksud mendatar,
PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif 12

kelinearan bahasa merupakan satu sifat yang abstrak. Bahasa dikatakan linear apabila bahasa yang dituturkan oleh seseorang

diturunkan menurut urutan mendatar, satu demi satu mengikuti yang lain, dengan satu lambang mewakili satu bunyi. Apabila seseorang itu bertutur, bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu persatu, atau sekelompok demi sekelompok, yakni sejajar dengan pergerakan alat pertuturan. Misalnya untuk menyebut perkataan nasi, bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah [ n ], diikuti oleh [ a ], [ s ], dan [ i ]. Begitu juga dengan pengucapan yang lebih panjang seperti frasa dan ayat. Dalam ayat saya makan nasi, satu kelompok lambang yang mewakili sekelompok bunyi saya mendahului kelompok bunyi makan dan keduaduanya mendahului pula kelompok bunyi nasi. Charles F. Hockett di dalam bukunya Refurbishing Our Foundations pula mengatakan bahawa bahasa adalah linear apabila bahasa yang dituturkan bersifat satu arah dan satu dimensi. Beliau mengatakan bahawa bahasa dituturkan mengikut satu arah iaitu yang terdahulu hingga yang terkemudian. Beliau juga menyifatkan pertuturan bersifat satu dimensi sebab pertuturan hanya boleh didengar tetapi tidak boleh dilihat. Bunyi hanya boleh didengar semasa berlakunya pertuturan, mengikut aturan dari yang terdahulu hingga yang terkemudian dan selepas selesainya penuturan itu, bahasa tidak dapat didengar lagi. Dari aspek sintaksis pula, John Lyons di dalam bukunya Introduction to Theoretical Linguistics mengatakan bahawa semua ayat di dalam suatu bahasa mempunyai satu struktur linear. Sesungguhnya setiap ayat dalam sesuatu bahasa itu boleh diterangkan dari sudut gramatikal sebagai satu pertalian konstituen (atau perkataan-perkataan). Pertalian konstituen ini mempunyai susunan yang tertentu. Dalam kebanyakan bahasa, 13 Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif
www.karyanet.com.my BAHASA

susunan adalah dari kiri ke kanan. Contohnya saya makan nasi. Jika susunan ini diubah, ayat tersebut akan menjadi sama ada tidak bermakna atau akan memberi makna yang lain. Sebagai contoh, saya nasi makan, adalah ayat yang tidak jelas maknanya, manakala ayat nasi makan saya mempunyai nilai yang tidak bermakna berbanding dengan ayat saya makan nasi. Susunan perkataan dalam pertuturan boleh diterangkan oleh hukum kelinearan sintaktik seperti berikut. Jika terdapat dua perkataan, A dan B, hanya ada dua kemungkinan yang akan terjadi iaitu sama ada A mendahului B atau B mendahului A. Perkataan mana yang mendahului perkataan yang satu lagi adalah faktor penting yang menentukan makna sesuatu frasa atau ayat. Contohnya:
air mata : mata air kuda lumba : lumba kuda Ali melihat Halimah : Halimah melihat Ali

Sebagai kesimpulan, apabila bahasa dikatakan linear, maksudnya merujuk pada bentuk pengucapan. Jika diimbas kembali sejarah masa yang lampau, pada abad yang ke-18, ramai ahli falsafah Perancis, bermula dengan Condillac pernah menekankan bahawa kelinearan pertuturan merupakan faktor penting yang memaksa seseorang itu menyusun fikiran. Pendapat Condillac ini disokong oleh Saussure, Lashley dan Vygotsky.

Bagaimanapun, menurut Hockett, pendapat ini kurang tepat. Ini kerana, kelinearan pertuturan tidak membawa kepada kelinearan dalam berfikir. Kelinearan pertuturan tidak menyempitkan dimensi interpretasi dan kefahaman orang yang
PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif 14

mendengar. Ini disebabkan orang yang mendengar itu akan memproses maklumat yang didapatinya dengan berbagai-bagai cara. Bahasa bersifat arbitrari Terdapat keterangan yang menyebut arbitrari bermaksud sewenang-wenangnya. Secara sosialnya, dikatakan bahawa lambang bahasa dicipta sesuka hati. Secara linguistik pula, apabila satu lambang, contohnya sekolah apabila disebut, ia tidak membayangkan murid-murid, meja, kerusi, guru dan lainlain. Sekolah hanya berfungsi sebagai lambang semata-mata. Ringkasnya, tiada perhubungan atau perkaitan yang wujud di antara bunyi atau lambang dengan maksud/makna lambang, malahan bahasa digunakan sebagai alat berhubung untuk maksud sosial dan bukannya maksud penghayatan. Dalam menjelaskan konsep arbitrari ini, Wardaugh menulis, ...We cannot predict exactly which specific features we will find in a particular language if we are unfamiliar with the language or with a related language yang bermaksud, kita tidak boleh mengandaikan dengan tepat fitur-fitur khusus mana yang akan kita temui dalam bahasa tertentu jika kita tidak arif tentang bahasa itu ataupun bahasa yang berkaitan. Tidak terdapat sebarang cara untuk meramal maksud sesuatu perkataan dengan hanya mendengar sebutannya. Menurut De Saussure, bahasa dikatakan arbitrari dari aspek ia dihasilkan dengan tidak dimotivasikan, tidak terdapat hubungan semula jadi di antara penunjuk dengan apa yang ditunjuknya dan sebarang perkara yang ditunjukkan boleh dinyatakan oleh sebarang penunjuk. Sama sekali tidak boleh dijangkakan di dalam kebanyakan sifat-sifat bahasa dan hampir wujud perkaitan antara simbol dan objek (Wells, 1968) apabila 15 Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif
www.karyanet.com.my BAHASA

mereka bertutur. Dengan perkataan lain, bunyi bahasa yang diucapkan itu tidak semestinya ada hubungan penghayatan di antara bunyi yang dilafazkan dengan benda atau objek atau peristiwa yang dimaksudkan (Arbak, 1986). Oleh sebab sifat yang arbitrari itulah, maka bahasa mewujudkan perkataan-perkataan lain dalam pelbagai bahasa untuk menerangkan atau melambangkan maksud yang sama. Sebagai contoh:
Bahasa bahasa bahasa bahasa bahasa bahasa Kata nama Melayu bulan Inggeris moon German mond Greek men Arab Al-gamar

bulan , moon, mond, men, dan Al-gamar merupakan urutan bunyi yang berbeza tetapi mempunyai satu makna yang sama. Oleh sebab sifat arbitrari itu juga, bahasa-bahasa yang berlainan dapat mengenali lambang yang bermaksud bulan

dalam bahasa Melayu dengan perkataan-perkataan yang dicipta sewenang-wenangnya (secara arbitrari itu). Satu lagi aspek bahasa yang bersifat arbitrari ialah onomatopoeia yang sering diubahsuai kegunaannya menjadi kata kerja. Sebagai contoh, kambing itu mengembek dengan kuat, perkataan embek itu merupakan bunyi kambing yang berperanan sebagai kata kerja dalam ayat tersebut. Dalam bahasa Inggeris pula, bunyi onomatopoeia ini boleh menjadi kata adjektif misalnya, ding dong bell atau kata kerja contohnya the cat meowed dan the clock ticks. Sebagai kesimpulan, bahasa-bahasa di dunia ini telah dicipta sewenang-wenangnya tanpa memperlihatkan perkaitan
PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif 16

yang jelas di antara makna dan bunyi/lambang. Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa semua bahasa tidak boleh dijangka atau diramal sepenuhnya dalam sistem masing-masing. Jika ini benar, unsur-unsur seperti kata nama, kata kerja, ganti nama, konsonan dan vokal tidak dapat dibincangkan oleh sesiapa pun. Walaupun sifat-sifat spesifik bagi tiap-tiap bahasa adalah arbitrari dan tidak terjangkakan, mereka mempunyai satu sistem undangundang bahasa yang tertentu. Yang penting, dengan wujudnya bahasa, manusia dapat berhubung dan bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain dan memudahkan berbagai-bagai urusan. Bahasa sebagai kod Untuk mengenal bahasa, ada yang mengatakan supaya kita mengenal maksud kod. Bagaimanakah dapat kita menjelaskan konsep bahawa bahasa itu merupakan suatu kod. Pandangan yang menentang fikiran tentang bahasa itu dikatakan kod ialah hakikat bahawa bahasa tidak wujud dalam keadaan abstrak, sebaliknya bahasa digunakan oleh orang sehari-hari untuk menyatakan segala hal yang berlaku disekelilingnya melalui pertuturan atau pengucapan sebenar, dan bahawa setiap mesej yang dipindahkan dalam pertuturan atau tulisan perlu ada permulaannya, walaupun titik permulaan itu tidak diketahui tempatnya. Jawapan yang mudah untuk itu ialah otak dan sistem saraf seseorang dan bagaimana pengucapan itu dirangkaikan bukanlah tugas ahli bahasa tetapi merupakan tugas ahli psikologi atau ahli neurologi, atau seseorang yang mengkhusus dalam bidang permasalahan extra-linguistik kerana ini melibatkan penerbitan idea atau fikiran. Ada pihak yang menjawab persoalan ini dengan mudah dan mengatakan bahawa manusia mengumpulkan tanda-tanda linguistik di dalam otak dan sistem sarafnya 17 Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif
www.karyanet.com.my BAHASA

sebelum menggunakannya. Sebaliknya, jika kenyataan itu adalah benar, maka kenapa pula terjadi keadaan kita mengalami kesusahan untuk mengungkap perkataan yang sesuai dalam peristiwa berbahasa. Kenapa kadang-kadang kita berupaya memilih perkataan daripada stok item yang dianggap sesuai dan menolak apa yang kita tidak gemari? Apa yang kita lakukan seolah-olah ialah memilih item-item daripada stok yang ada pada kita yang difikirkan sesuai dan menolak yang tidak sesuai digunakan. Sehubungan dengan pemilihan ini, ada pihak mengatakan

bahawa yang memilih pengucapan ialah keperihalan keadaan (context of situation), iaitu keadaan yang menyebabkan terjadinya penggunaan bahasa. Ini kerana suatu peristiwa pengucapan biasanya tidak berlaku tanpa sebab. Dalam bahasa Inggeris misalnya, pengucapan The gonfalons ticklish entropy cherishes too heavy gossamer concrete merupakan ayat yang cukup gramatis kerana ia dibawakan oleh pola sintaksis yang lazim di kalangan penutur natif bahasa Inggeris, walaupun ayat itu tidak dapat dianggap ayat yang pernah diucapkan sebelum ini, kerana konteks untuk pengucapannya tidak pernah wujud sebagai bermakna. Dalam hubungan dengan anggapan ini, teori tanda (the theory of signs) dapat menerangkan hal di mana situasi memilih pengucapan. Kita menggunakan bahasa melalui pembelajaran. Pembelajaran pula berlaku secara perlahan, iaitu untuk seseorang menguasai cara bahasa digunakan memerlukan tahap kematangan yang akan mengambil masa. Oleh itu, pembelajaran kita untuk menerima correspondences di antara pola-pola sebutan dengan sensasation dan pengamatan kita tentang sesuatu, terbina dan tersimpan dalam ingatan kita yang meliputi seluruh item dan susunannya dalam bentuk pola yang lazim. Manakala daripada
PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif 18

ingatan itu tadi, item-item dapat dikeluarkan secara sedar dengan tidak perlu adanya penggerak luaran (external stimuli) untuk mengatur pengucapan. Pemisahan pola sebutan daripada pengertian (sensasation) dan pengamatan yang berkaitan, dengan mengosongkan dan mengisi semula secara konstan pola-pola bentuk tersebut dengan ingatan yang berbeza tentang sebutan yang berbeza (yang kemudiannya apabila kita belajar membaca dan menulis menggunakannya sebagai simbol grafik) merupakan ciptaan jentera linguistik yang dapat pula mendorong secara sedar pemilihan item-item yang berbeza-beza maknanya bagi mendapatkan pola-pola yang sesuai. Ini dilakukan dengan pengamatan yang terdapat pada pengalaman seseorang serta lambang-lambang bahasa yang berkaitan. Seseorang itu dapat mengeluarkan bahan bahasa yang dikehendaki daripada ingatan pada masa-masa yang diperlukan untuk mengisi pola-pola yang diingati itu. Seperti yang telah kita ketahui, bahasa merupakan bentuk isyarat (signalling) yang telah berkembang pada tahap tertinggi dalam kelompok haiwan. Cuma bezanya manusia daripada haiwan ialah kebolehan menggunakan tanda-tanda atau isyarat bunyi yang membolehkan manusia mengetahui maksud orang lain iaitu melalui perhubungan. Masalahnya ialah bagaimana dan bila manusia mula bercakap? Masalah ini menjadi tugas ahli etologi (ahli dalam hal tingkah laku binatang) dan tugas ahli psikologi yang berkemungkinan hingga sekarang pun belum lagi selesai. Ahli bahasa menganggap tugas tersebut sebagai bidang tugas di luar dunia linguistik tulen. Mereka lebih gemar mengetahui bahasa sebenar yang digunakan oleh manusia dan bukan ramalan tentang bagaimana bahasa bermula. Dari aspek 19 Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif
www.karyanet.com.my BAHASA

bagaimana bahasa itu terjadi masih menjadi tanda tanya, lebih-lebih lagi ahli bahasa tidak berminat pada aspek seperti itu, tetapi dari aspek mengapa bahasa digunakan telah diteroka dan hakikatnya jelas. Besar kemungkinan bahasa mula diungkapkan kerana manusia perlu bekerjasama di antara satu sama lain untuk mereka menjalani hidup, dan kerjasama ini memerlukan komunikasi yang efisien. Bahasa akhirnya digunakan untuk membezakan maklumat yang bersifat fakta dengan bentuk-bentuk arahan yang perlu disampaikan. Inilah yang dikatakan fungsi arahan pada bahasa atau dengan lebih mudah dikatakan percakapan yang memberitahukan. Bahasa juga dapat digunakan untuk menyampaikan perasaan dan emosi, iaitu fungsi ekspresif bagi bahasa atau percakapan ragam. Aspek bahasa ini tidak berkembang baik berbanding percakapan pemberitahuan. Ini kerana manusia dapat menyampaikan perasaannya melalui jeritan, grants, sobs, isyarat-isyarat dan sebagainya. Dalam komunikasi terdapat sejenis bahasa yang digunakan untuk cakap-cakap kosong di kalangan sahabat handai, rakan kenalan yang dianggap pengungkapan yang tidak bererti dalam kehidupan sehari-hari seperti Hai, bagaimana kau hari ini?, Ponteng kerja ke? Pengungkapan sosial di kalangan rakan taulan seperti ini dipanggil bahasa taulan (Phatic Communion). Terdapat juga beberapa fungsi bahasa yang tidak berapa penting dari kaca mata ahli bahasa, iaitu golongan yang berminat pada bahasa sebagai alat penyampai maklumat yang tepat. Seseorang boleh menggunakan bahasa untuk tujuan pemupukan kesenian. Dalam penulisan puisi, misalnya, seseorang pandai bermain kata-kata seperti mana juga pandainya seorang pelukis bermain dengan berus untuk menghasilkan sebuah lukisan iaitu maksud yang ternyata atau terkandung dalam puisi
PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif 20

itu boleh berbeza-beza, sedikit sebanyak bergantung pada tafsiran seseorang untuk menafsirkan maksud pelukis menghasilkan lukisannya itu. Bahasa boleh juga digunakan dengan cara yang tersendiri untuk menyampaikan perasaan tegang, kemarahan dan kekecewaan yang dihadapi oleh seseorang. Pengungkapan ini dianggap bahasa wacana atau pengungkapan komunikatif yang berdasarkan situasi atau keperihalan keadaan dalam peristiwa bahasa. Bidang ini dianggap juga bidang di luar dunia linguistik. Banyak faktor yang terlibat dalam pengungkapan seperti itu seperti penutur, topik, daftar, situasi, orang yang dilawan bertutur, mesej dan sebagainya. Di kalangan ahli bahasa, faktor yang berbeza-beza mempengaruhi penggunaan bahasa yang berbagai-bagai ragam dan bentuknya itu dianggap bidang stilistik, iaitu bidang yang mengkaji bahasa dari sudut sosiolinguistik. Bahasa selalu berubah Semua bahasa selalunya berubah. Salah satu kekuatan bagi bahasa ialah hakikat bahawa bahasa dapat mengatasi situasisituasi besar dengan cara membentuk perkataan dan gabungangabungan perkataan baru. Ini tidak pula bermakna bahawa bahasa sentiasa berada dalam perubahan yang berterusan. Oleh sebab unsur-unsur bahasa saling bergantung antara satu dengan yang lain, perubahan pada satu unsur boleh mendatangkan

kesan kepada unsur-unsur lain. Dalam bahasa, sering terjadi sentuhan perubahan pada unsur-unsur yang lain dan ini berlaku dengan sendirinya apabila salah satu atau beberapa unsur bahasa mengalami perubahan. Semasa perubahan berlaku, unsur-unsur baru yang mengalami perubahan itu boleh menduduki tempat tertentu dalam pola yang ada atau pola baru terbentuk sesuai dengan perubahan 21 Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif
www.karyanet.com.my BAHASA

yang berlaku itu. Apa pun yang terjadi, bahasa tetap wujud dalam keadaan berpola, jika tidak, perhubungan akan terjejas. Kejadian pola inilah membolehkan manusia mengingati begitu banyak item dan bercakap tentang begitu banyak hal. Manusia tidak mungkin mengingati kekeliruan oleh beribu-ribu item yang berubah tanpa landasan berpola. Oleh sebab keadaan bahasa yang sentiasa berubah, polapola bahasa menjadi tidak sempurna atau sentiasa tetap. Kekecualian tetap berlaku di sana sini tetapi dalam keadaan yang minimum gejalanya. Maksud ini selari dengan kata Edward Sapir bahasa semua tatabahasa bocor. Perubahan dan kebocoran yang konstan membuatkan banyak perkara menjadi sukar di kalangan ahli bahasa. Mereka mestilah menganggap bahasa sebagai sistem yang terikat kuat dalam satuan yang bertindak sendiri, di samping pada masa yang sama mengakui bahawa sistem yang dipercayai bertindak sendiri itu juga mengalami liku-liku dan sentiasa berubah (sekalipun perlahan-lahan). Apa yang tidak boleh sama sekali dilakukan oleh ahli bahasa ialah perbuatan (dengan sikap positif mana sekalipun) mencipta rumus atau mewujudkan bentuk-bentuk pengucapan yang tidak pernah diungkapkan oleh penutur natif bahasa itu. Mereka juga tidak ada bidang kuasa untuk menghapuskan kekecualian yang wujud secara natural dalam bahasa atau menimbulkan sebarang kekecualian baru yang dipaksa ke atas penutur atau pengguna bahasa yang berkenaan. Demikianlah objektifnya sikap ahli bahasa dalam kajiannya, walaupun pada masa yang sama mengakui bahawa bahasa selalu berubah. Di kalangan para pengkaji bahasa, termasuklah ahli bahasa yang menghuraikan gejala bahasa secara saintifik, istilah dinamik digunakan untuk maksud perubahan yang berlaku pada bahasa. Justeru itu, salah satu sifat bahasa yang
PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif 22

universal ialah bahasa itu dinamik. Skop linguistik Linguistik umum meliputi bidang topik yang luas sekali dan sukar juga untuk mendefinisi batas dan had-hadnya. Gambar rajah di bawah ini menggambarkan ruang lingkup yang diliputi oleh linguistik.
Rajah: 1.1

MORFOLOGI FONOLOGI FONETIK SINTAKSIS SEMANTIK

Gambar rajah yang berbentuk roda di atas meletakkan fonetik pada pusat bahasa iaitu kajian tentang bunyi-bunyi bahasa manusia. Pengetahuan yang lengkap tentang fonetik

perlu bagi seseorang ahli bahasa. Malahan pengetahuan ini merupakan pengetahuan latar belakang asas untuk memahami linguistik berbanding bahagian-bahagian lain dalam kajian linguistik itu sendiri. Seperti perlunya kita belajar membaca sebelum mengkaji kesusasteraan, begitu juga perlunya kita mempunyai pengetahuan tentang fonetik sebelum mengkaji linguistik. Ahli fonetik mengetahui sifat-sifat fizik bunyi yang merupakan bahan mentah bagi bahasa yang diucapkan itu. 23 Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif
www.karyanet.com.my BAHASA

Mereka mengkaji kedudukan lidah, gigi dan pita suara semasa bunyi-bunyi bahasa dihasilkan, selain mencatat dan menganalisis gelombang bunyi. Manakala ahli bahasa lebih berminat pada cara pola-pola bahasa dinyatakan. Mereka menganalisis bentuk pola-pola ini berbanding unsur fizikal yang membentuk kesatuankesatuan (unit-unit) bahasa. Ahli bahasa Swiss yang terkenal Ferdinand de Saussure, menyatakan perbezaan yang jelas apabila membandingkan bahasa dengan permainan catur (chess game). Ahli bahasa berminat pada beberapa pergerakan yang dilakukan oleh buah catur serta cara kedudukan buah catur itu ditempat dan diatur di atas papan catur. Daripada apa buah catur dibuat, sama ada daripada keju atau gading, tidak penting kerana yang diambil kira ialah unsur-unsurnya yang tidak boleh merubah peraturan permainan. Kalau buah-buah catur itu dianggap unsur dalam permainan catur, demikian pula kesatuan-kesatuan bahasa yang dianggap unsur dalam pola-pola ayat tidak mampu merubah peraturan bahasa tetapi sebaliknya digunakan mengikut peraturan atau rumus dalam sesuatu bahasa itu. Walaupun fonetik dan linguistik kadang-kadang dirujuk bersama sebagai sains linguistik, fonetik bukanlah bahagian utama daripada linguistik umum sebagai kajian pola-pola bahasa. Atas alasan ini, maka fonetik khususnya mengendali tentang cara (yang melibatkan perhubungan alat-alat tutur, dan sifatsifat bunyi yang melibatkan sifat-sifat arus udara yang terlibat serta dari mana arus itu bergerak, datang dan melalui bahagian tertentu di ruang mulut dan sebagainya) sesuatu bunyi itu dikeluarkan dari dalam mulut manusia. Fonologi (fungsi bunyi), tatabahasa dan semantik (kajian makna) merupakan asas kajian bahasa (linguistik). Semantik terletak di luar fonologi dan tatabahasa oleh kerana hubungannya
PENGANTAR LINGUISTIK AM www.karyanet.com.my Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif 24

yang rapat dengan dunia luar yang melibatkan hal-hal yang mujarad dan tafsiran. Dalam pada itu, semantik dapat juga dianggap bidang kajian yang khusus apabila bahasa itu dianggap terbentuk oleh unsur-unsur makna yang pengucapannya itu menjadi cara menyampaikan makna dan maksud dalam perhubungan. Kini kelihatan jelas bahawa semantik telah berdiri sebagai suatu disiplin yang berjalan seiring dengan linguistik. Mengelilingi bidang-bidang utama (seperti yang tergambar di dalam gambar rajah 1.1) ialah beberapa cabang linguistik yang juga berkembang pesat hingga sekarang. Bidang-bidang itu ialah psikolinguistik, sosiolinguistik, linguistik antropologi, linguistik falsafah, linguistik matematik, linguistik komputer,

dan stilistik manakala pengajaran bahasa yang mendapat manfaat daripada linguistik dianggap tergolong dalam bidang linguistik gunaan. Ada pula yang berpendapat bahawa kesemua disiplin yang tersenarai itu dikira sebagai bidang linguistik gunaan. Hasil-hasil kajian linguistik dianggap bahan bantu bagi kajian yang tujuannya untuk mengetahui perkara-perkara yang berada di luar bidang, walaupun ada kaitannya, seperti nilai budaya sesuatu masyarakat, status pengguna bahasa dalam masyarakat, struktur pemikiran, penterjemahan, proses pembelajaran dan metodologi pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai