Anda di halaman 1dari 18

1

PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063



Deklarasi Pelajar
Penyataan Keaslian Tulisan
' Saya yang bertandatangan di bawah ini menyatakan dengan sebenarnya bahawa hasil tugasan
ini merupakan hasil kerja saya yang asli, bukannya hasil pengambil alihan data,tulisan atau
Iikiran orang lainyang saya akui sebagai hasil saya sendiri. Apabila terbukti hasil tugasan ini
merupakan hasil ciplakan, maka saya sedia menerima sebarang hukuman terhadap perbuatan
tersebut.


.....................................
Nama : Hazariyah bt Abu Hashim
No Kad Pengenalan : 820303075418
No Matriks : PPG/20426/11
Pengkhususan Pengajian : Bahasa Inggeris
2
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKASURAT
PRAKATA 3
1. PENDAHULUAN 4
2. APA ITU PSIKOLOGI 4 - 5
3. DEFINISI TEORI 5 - 6
4. DEFINISI PENILAIAN 6
5. ISU KEJADIAN MANUSIA 6 - 8
6. KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA BARAT 8 - 12
6.1Pandangan Golongan Materialis 8
6.2Latar belakang Charles Darwin 8 - 9
6.3Teori Evolusi 9 - 10
6.4Asas Hipotesis Darwin 10 - 11
6.5Penyokong Teori Evolusi 11 - 12
7. KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM 12 - 14
7.1Pegangan Agama Islam 14
8. KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN 14 - 15
8.1Pegangan Agama Kristian 15
9. KESIMPULAN 16
10.PUISI - Lahirlah Engkau 17
11.BIBLIOGRAFI 18

3
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
PRAKATA
Bismillahirahmanirahim,
Saya Hazariyah bt Abu Hashim memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana di atas
limpah dan rahmatNya maka tugasan Pembangunan Sahsiah (KKD2063) Sejauh manakah teori
psikologi Timur mampu menandingi dan menjadi alternatiI kepada teori teori yang
dikemukakan di Barat`dapat disiapkan. Tugasan ini memerlukan saya banyak membuat rujukan
daripada pelbagai sumber seperti buku buku ilmiah dan juga mengakses daripada internet.
Di dalam tugasan ini saya lebih berIokus kepada deIinisi psikologi,teori dan penilaian.
Sebelum menerangkan tentang perbezaan dan membuat kesimpulan saya terlebih dahulu
memberikan sedikit penerangan tentang apa yang dikatakan psikologi Timur dan Barat itu.
Selain itu saya juga menyenaraikan contoh contoh psikologi Timur dan Barat termasuklah
sejarah perkembangan serta konsep atau Iahaman yang cuba diterapkan.
Justeru di sini saya mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada seluruh ahli
keluarga terutamanya suami Ahmad Hamidi b Ishak, pensyarah Pembangunan Sahsiah Dr
Shahabuddin Hashim dan rakan rakan seperjuangan yang banyak memberikan bimbingan dan
inIo yang berguna untuk menyiapkan tugasan ini.
Namun tugasan yang dipersembahkan ini sudah tentu ada kelemahan dan kekurangannya.
Akhir kata sudilah apa kiranya menegur mana yang silap dan membetulkan mana yang salah.
Sekian,terima kasih
HAZARIYAH BT ABU HASHIM

4
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
ISU KE1ADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF BARAT DAN TIMUR
a:ariyah bt Abu ashim (PPG/20426/11)
Pengafian Inggeris
University Sains Malaysia

1. PENDAHULUAN
Kenyataan bahawa manusia berasal daripada tanah atau mawas telah diperdebatkan sejak
zaman dahulu lagi. Berbagai pendapat dan teori malah kitab kitab agama juga dikaji bagi
membuktikan dakwaan manakah yang betul. Tidak dinaIikan pendapat tentang Teori Evolusi
sangat hebat diperkatakan dalam kurun ke 18 di mana Charles Darwin, pengasasnya telah
menagakui bahawa manusia sebenarnya berasal daripada mawas. Beliau telah membuat kajian
berdasarkan hipotesis ke atas burung burung dan Iosil Iosil yang ditemui pada zaman dahulu.
Namun benarkah pengakuannya itu?
Di dalam tugasan ini, saya telah mengumpul serba sedikit maklumat yang berkaitan
dengan Teori Evolusi dan saya bandingkannya dengan ayat ayat yang diambil dari Al quran
tentang proses kejadian manusia. Kemudian saya terangkan juga mengenai pandangan agama
Kristian tentang proses kejadian manusia bagi mengetahui samada mereka juga sependapat
dengan Darwinisme ataupun tidak.
. APA ITU PSIKOLOGI
' Psychology 8 a compound of two Greek word8 psyche, meanng ~breathe, ~ lfe
or ~8oul and logos meanng ~thought or ~rea8on. A8 th8 der;aton 8ugge8t8 ,
p8cholog n;ol;e8 rea8onng about or 8tudng the human 8prt or 8oul. P8cholog 8
u8uall under8tood to refer to the 8tud of thought and beha;or. (Psychology, Bab 1;hal 3)
5
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
Pengertian yang lebih jelas tentang apa yang cuba disampaikan ialah ' Psikologi berasal
daripada dua perkataan Greek iaitu psyche yang membawa erti roh dan logos bererti mengkaji
sesuatu perkara. Dua perkataan asal ini digabungkan untuk mendeIinisikan sesuatu topic kajian.
Dalam abad ke 16 istilah psycho digunakan untuk merujuk tentang roh dan minda yang
berbeza dengan jasad. Selain dari itu, Psikologi juga bermaksud kajian yang berkaitan dengan
pemikiran dan tingkah laku manusia.
Dalam psikologi, teori merupakan suatu system idea yang saling berkait untuk
menerangkan sesuatu set pemerhatian. Disebabkan tiada satu teori pun yang boleh menerangkan
tingkah laku selengkapnya, maka wujudlah pelbagai teori yang berbeza beza dan adakalanya
bercanggah antara satu sama lain
. DEFINISI TEORI
Perkataan TEORI adalah berasal daripada perkataan Yunani iaitu therio yang bermaksud
pandangan. Ia juga membayangkan bahawa,teori berasaskan kepada konsepsi seseorang yang
kemudiannya mengemukakannya dalam bentuk suatu pandangan (view). SiIat teori itu relatiI
kepada pelbagai pendapat. Justeru ,tidak hairan sekiranya terdapat deIinisi yang berbeza beza
berdasarkan pandangan yang berbeza beza di kalangan ahli ahli teori sehingga ke hari ini.
Berikut dikemukakan beberapa deIinisi teori yang diberikan oleh sarjana Barat.
Mieke Bal(1985) menyebutkan ' , theory is , system,tic set of gener,lized st,tements
,-out , p,rticul,r segment of re,lity" Kerlinger (1973) mendeIinisikan teori sebagai satu
himpunan konsep, takriIan dan deIinisi yang paling berkait yang memberikan gambaran secara
sistematik tentang Ienomena dengan memperincikan hubungan antara pemboleh ubah. Dia juga
6
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
menambah dengan mengatakan bahawa tujuan teori itu mengandungi beberapa konsep yang
mempunyai kaitan sesama sendiri.
Dengan semua deIinisi yang telah dikemukakan di atas dapatlah saya simpulkan, teori itu
sendiri memberikan pengertian bagaimana dan apa yang menyebabkan sesuatu Ienomena itu
terjadi.
. DEFINISI PENILAIAN
Istilah penilaian merujuk kepada satu proses sistematis bagi meninjau proses atau hasil
sesuatu kajian yang telah dijalankan dengan memeriksa dan menilainya untuk melihat sama ada
objektiI-objektiI tertentu yang telah ditetapkan, tercapai atau tidak. SiIat utama penilaian itu ialah
memberi penghakiman` tentang kebaikan atau kelemahan sesuatu program,analisa atau kajian
yang dipilih sebagai contoh tajuk yang dikemukakan di atas.
5. ISU KE1ADIAN MANUSIA
Secara biologinya manusia adalah diertikan sebagai homo sapiens ( Bahasa Latin untuk manusia)
sebuah spesies primate dari golongan mamalia yang dilengkapi otak yang mampu berIikir dan
bertindak balas. Spesies primate ini terdiri dari seluruh lemur,monyet dan manusia. Primate
berasal dari kata latin Primates yang bererti `salah satu yang terbaik,pertama atau noble`
Menurut bidang ilmu pengetahuan iaitu ilmu logik manusia ialah binatang. Cuma apa yang
membezakan keduanya ialah manusia mampu berIikir dan berkata kata. Selain itu, manusia
juga sama siIatnya dengan haiwan. Dalam erti kata lain, manusia juga mempunyai keiginan
untuk makan, berketurunan, merasa sakit, sihat,merasai tua dan mati dan sebagainya.
7
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
Asal usul kewujudan manusia pertama di bumi sering menjadi topik perbahasan di seluruh dunia
sehinggalah hari ini. Namun,persoalan siapakah manusia pertama yang mendiami dunia ini
mendapat pertentangan pandangan antara pengamal disiplin ilmu dunia dan berteraskan aliran
agama.
Pada asasnya para saintis telah melihat kewujudan manusia melalui tiga garis utama iaitu Three
Age System. Bermula dari Zaman Batu iaitu Paleolitik,Mesolitik dan Neolitik, ZamanGangsa
sehinggalah Zaman Logam. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Three Age System
ini ialah seorang ahli arkeologi Eropah bernama Christian J. Thompsen pada tahun 1819. ArtiIak
yang menjadi bahan kajiannya telah dipamerkan di Museum oI Northern Antiquities ( National
Museum oI Denmark). Idea beliau kemudiannya telah dikembangkan lagi oleh Jens Jacob
Asmussen Worsaae(1831 1835) dan dikemaskan lagi oleh Sir John Lubbock (1834 1913).
Menerusi pemerhatian yang dijalankan, Thompsen mendapati bahawa nilai seni alatan batu yang
ditemui pada zaman prasejarah telah berkembang daripada buatan yang kasar ke buatan yang
lebih halus. Maka dengan itu, beliau merumuskan bahawa manusia juga berkembang pada
konsep yang sama. Ini adalah kerana salah satu kebolehan manusia ialah mampu menyesuaikan
diri dengan persekitaran. Semakin manusia bertindak secara normal dengan lingkungan alamnya,
manusia akan menghasilkan sesuatu yang lebih bagus.
Manusia mampu untuk membuat sesuatu kerana kehebatan manusia telah diperjelaskan dalam
Islam terletak pada akalnya. Pembuktian sains mendapati bahawa otak manusia pada awalnya
sebesar hanya lebih kurang 500 cc. Kemampuan otak pada waktu itu hanya boleh mengingat
sesuatu perkara sekadar dua jam sahaja berbanding sekarang ini, saiz otak telah berkembang ke
1,000 hingga 1,500 cc.
8
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
Homo habilis misalnya mempunyai kapasiti otak 50 peratus lebih besar daripada yang terdahulu.
Para saintis menamakan Iosil ini sebagai Homo genius kerana karakternya yang mirip manusia.
Kerana itu mereka dianggap sebagai manusia pertama yang mendiami bumi. Dianggarkan
mereka telah hidup sekitar 2.5 juta tahun dahulu di bahagian selatan dan timur AIrika.
. KE1ADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF SAR1ANA BARAT
.1 Pandangan Golongan Materal8
Manusia hanyalah secebis daging, darah, tulang, urat, sistem saraI, kelenjar dan tisu-tisu.
Manusia hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan ini adalah peredaran sistem-sistem
Iisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan, Iikiran dan kudrat, keazaman
dan kemahuan hanyalah kesan daripada adunan unsur-unsur bumi dan natijah daripada
percampuran tanah dan air. Kehidupan hanyalah pusingan hari-hari tertentu yang dapat diambil
kesempatan untuk merasai kenikmatan sepenuhnya sebelum mati. Sesungguhnya dunia ini untuk
makan, minum dan tidur. Bila ini semua luput, maka selamat tinggallah dunia. Dengan masa,
lama kelamaan manusia akan luput dan Iana. Tiada apa-apa lagi selepas itu.
. Latar Belakang Charle8 Darwn
Charles Darwin ialah seorang pakar penyelidik alam semulajadi lebih dikenali sebagai pengarang
buku yang terkenal " The Origin OI Species" .Beliau dilahirkan pada tahun 1809 di bandar
Shrewsbury dari sebuah keluarga mewah.Bapanya adalah seorang tabib yang terkemuka
manakala datuknya ,Eramus Darwin juga seorang tabib yang terkenal dan ahli IalsaIah yang
telah banyak menulis mengenai alam .
9
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
Darwin sejak kecil lagi amat mencintai alam semulajadi dan suka memerhatikan haiwan-haiwan
dan tumbuhan yang ditemuinya.Beliau seorang yang sabar dan tekun.SiIat-siIat inilah yang
akhirnya membawa beliau kepada kejayaan sebagai seorang penyelidik alam semulajadi yang
terkenal di dunia sains.
Di Bahia Blanca,Darwin mengambil langkah yang pertama dalam teori evolusinya .Beliau telah
menjumpai banyak rangka-rangka haiwan yang melekat pada batu,termasuk juga Iosil
Megatherium.Kemana sahaja dia pergi sentiasa memerhatikan jasad hidupan disekelilingnya
dengan teliti.Di samping itu beliau mengumpulkan spesimen-spesimen yang kecil dan senang
disimpan.Dari Amerika Selatan beliau belayar keutara ,Pulau Galapagos.Beliau dapat melihat
adanya persamaan antara burung-burung di Pulau Galapagos dengan burung-burung di Amerika
Selatan yang jaraknya kurang lebih 600 batu.Ketika beliau kembali ke England pada tahun
1837,banyaklah masalah yang menjadi persoalan dan memulakan dengan penyelidikkan dan
tulisan tulisannya secara senyap.
. Teor E;olu8
Evolusi bermaksud perkembangan secara beransur ansur spesies tumbuh tumbuhan dan
haiwan yang baru selama berjuta juta tahun.Teori Evolusi dalam Sains Moden digambarkan
sebagai teori yang menyatakan manusia berasal dari binatang. Khususnya,binatang yang
dimaksudkan itu berupa mawas manusia. Darwin menyatakan bahawa semua makhluk yang
hidup telah wujud hasil daripada proses evolusi yakni dari satu atau beberapa nenek moyang.
Teori beliau sebenarnya memIokuskan bagaimana bentuk haiwan yang simple berevolusi
menjadi sesuatu yang lebih kompleks.
10
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
Beliau juga telah membuat satu rumusan berdasarkan pengalamannya yang lepas, bahawa semua
jenis binatang berasal dari ameba, sejenis haiwan yang mempunyai satu sel. Ini bermakna beliau
percaya Pencipta telah mencipta satu atau beberapa bentuk organisma yang simple atau ringkas
kemudian ia berevolusi menjadi sesuatu yang kompleks dalam suatu tempoh masa tertentu.
Namun yang pasti,beliau percaya organisma organisma atau spesies spesies yang kompleks
berhasil dari nenek moyang yang sama iaitu spesies yang simple.
. A8a8 Hpote88 Darwn
Hipotesis evolusi menyarankan bahawa semua yang sedang atau telah hidup berasal dari
organisma yang lebih rendah atau kurang sempurna melalui proses turunan disertai perubahan.
Terdapat beberapa beberapa bukti yang telah disenaraikan oleh Darwin mengikut keutamaanya.
Pertama,di antara individu-individu kebanyakkan spesis,terdapat berbagai variasi dan
perubahan .Variasi ini sangat jelas di kalangan haiwan ternak dan tumbuhan pertanian. Kedua,
dalam perjuangan hidup ,organisma (haiwan atau tumbuhan) yang akan terus hidup ialah yang
paling mampu untuk mempertahankan diri atau menyesuaikan diri dengan keadaan iklim dan
suasana sekitarnya.Organisma-organisma yang terbaik itu akan memindahkan baka-bakanya
kepada keturunannya secara proses seleksi tabii. Ketiga,mutasi dan pemencilan memain peranan
yang penting untuk mewujudkan sesuatu spesis yang baru. Keempat,rekod-rekod Iosil dari
zaman purba yang dijumpai di lapisan geologi telah memberi bukti bahawa evolusi telah berlaku.
Di dalam sesuatu spesis terdapat banyak variasi yang selalu disebut sebagai diversiIikasi .TakriI
istilah "spesis" sebagaimana lazim digunakan ialah organisma-organisma yang meliputi suatu
populasi .Satu dari ciri-ciri penting hipotesis evolusi ialah organisma-organisma yang lebih
11
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
sempurna muncul atau berasal daripada makhluk yang lebih sederhana atau dengan erti yang lain
evolusi mencari penjelasan mengenai terjadinya jenis-jenis baru. Contohnya ikan sebelah , pada
asalnya mempunyai kedua-dua belah mata dibahagian yang sama di kepalanya. seperti ikan-ikan
lain. Tetapi oleh kerana tabiat ikan sebelah suka menghabiskan hampir seluruh hayatnya di
dasar laut dengan sentiasa berkedudukan sebelah sahaja maka mata dibawahnya menjadi tidak
berguna langsung. Untuk menyesuaikan dirinya, kedudukan mata ikan sebelah telah berubah,
lalu terletak di sebelah bahagian kepalanya Begitulah juga binatang yang lain.
Untuk membuktikan bahawa proses evolusi telah berlaku kenyataan dari sejarah adalah
diperlukan dan ianya hanya boleh diperolehi dari Iosil-Iosil.Rekod-rekodIosil tidak menunjukkan
siri-siri Iosil yang berturutan dimana terdapat perubahan yang beransur dari bentuk yang mudah
ke bentuk yang kompleks.
.5 Penokong Teor E;olu8
Thomas Henry Huxley (1825 1895) adalah ahli zoology dan penyokong teori evolusi Darwin.
Dia sanggup berdebat dengan seorang paderi tentang teori ini sehingga digelar Darwin
Bulldog`. Dalam satu kejadian Bishop oI OxIord, Samuel WilberIorce menyoal Huxley jika dia
berasal daripada beruk sebelah bapa atau ibunya. Jawapan Huxley sungguh memeranjatkan
sehingga seorang wanita jatuh pengsan dan terpaksa dibawa keluar.
Ahli alamiah AlIred Russell Wallace telah mengirim sebuah bungkusan yang mengandungi
karangan ke rumah Charles Darwin di Downe House pada tahun 1856. Karangan itu
mengisahkan tentang kesimpulan yang ringkas dan tepat tentang idea evolusi yang diIikirkan
oleh Darwin selama lebih 20 tahun. Mereka kemudiannya bekerjasama dan setelah kematian
12
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
Darwin,Wallace telah menerbitkan arwinism sebuah buku yang menceritakan pelbagai aspek
teori Darwin.
Challinor seorang ahli geologi terkenal yang menulis buku 'Darwin`s Biological Work
menyatakan bahawa bukti yang jelas belum ada untuk menunjukkan evolusi telah berlaku.
Namun, untuk terus mempertahankan teori-teorinya ,beliau telah mengemukakan satu jenis
haiwan dari Iosil bernama Archeopteryx,walaubagaimanapun setelah diselidiki ,para ahli sains
berpendapat bahawa haiwan itu tidak berupa rantai perhubungan antara reptilia dan burung tetapi
tetap termasuk dalam jenis burung.Nenek moyang dan keturunannya tidak diketahui.
. KE1ADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
Teori penciptaan dalam Islam adalah kepercayaan bahwa alam semesta (termasuk umat
manusia dan semua makhluk yang lain) tidak hanya yang diciptakan oleh Allah, tetapi juga
dijalankan oleh Allah dalam setiap waktu. Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia
mengendalikan alam semesta menurut kehendak-Nya sesuai Iungsi dan peranan yang spesiIik.
'Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.
Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh
(rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami
jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang
belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang
(berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. Kemudian, sesudah
itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu
sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat. (al-Mu`minun: 12-16)
13
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
Ayat di atas jelas menunjukkan proses proses kejadian manusia sebagaimana yang telah
diterangkan di dalam al Quran. Secara ringkasnya proses proses ini meliputi nutIah, alaqah,
mudghah, pembentukan tulang,tulang membaluti daging,menjadi rupa bentuk manusia dan
akhirnya proses meniupkan roh di dalam jasad manusia itu.
Selain itu,ayat di atas juga dapat dikaitkan dengan proses kejadian Adam dan Hawa.Adam
diciptakan dari tanah liat secara langsung, atau secara tidak langsung dari bahan dasar lumpur.
Sebelum berubah menjadi manusia, Adam menerima hembusan roh dari Allah naIas yang
memberinya kemampuan untuk belajar, berIikir dan potensi untuk mengenali.Sementara itu,
Hawa pula diciptakan dari sel atau tulang Adam. Penciptaan tersebut memberi penjelasan yang
masuk akal mengenai kesamaan genetik dan jumlah chromosom pada kedua Adam dan Hawa.
Prosedur penciptaan tersebut sebagaimana diterangkan di dalam al-Qur`an bukan merupakan
mitos atau dongeng. Sebaliknya, yang merupakan mitos itu adalah anggapan bahwa Adam
sebagai manusia yang berjalan dengan dua kaki dan mampu mengenali alam semesta itu berasal
dari kera yang berbulu lebat,tidak mampu berIikir dan hidup di dalam hutan.
Menurut al- Ghazali keyakinan peribadi dapat membuktikan kewujudan Tuhan meskipun
hakikat ketuhanan itu tidak dapat dicapai dengan pandangan akal.Ini adalah kerana jiwa manusia
adalah cebisan nur Tuhan. Begitu juga dengan roh,di mana roh itu diertikan sebagai penumpang
dan badan manusia itu sebagai pembawanya.
Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah
sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang.Malaikat hanyalah dikurniakan
akal tetapi tidak dikurniakan naIsu sedangkan binatang hanya dikurniakan naIsu tanpa akal.
14
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika
mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada naIsu.
Kebanyakan ulama taIsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula
dari saripati tanah atau disebut sebagai nutIah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar
kerana semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah.
.1 Pegangan Agama I8lam
Agama Islam menyatakan manusia terdiri dari unsur roh dan jasad. Selain itu manusia juga akan
dibangkitkan semula di alam akhirat selepas mati. Segala ganjaran pahala dan dosa akan diberi
setimpal dengan apa yang dilakukannya di atas dunia. Manusia yang dilahirkan adalah suci
bersih dan perlakuan dosa adalah tangungganya sendiri dan hak untuk mengampunkannya adalah
hak mutlak Allah SWT.
8. KE1ADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN.
Kitab Kejadian iaitu Genesis telah menyatakan Tuhan menciptakan alam dengan segala isi-isinya
termasuk tumbuhan, haiwan dan manusia dalam enam hari. Pada hari ketujuh Tuhan berhenti
mencipta dan beristirehat serta disucikannya hari itu. Manusia pertama, Adam dijadikanNya dari
tanah dan ditempatkan dalam Taman Eden. Dari tulang rusuk Adam diciptakan pula isterinya,
Hawa. Seekor ular (iblis) telah menipu Adam dan Hawa untuk memakan buah larangan. Ini
mengakibatkan kemurkaan Tuhan lalu dikeluarkan keduanya dari Taman Eden dan hiduplah
mereka menempuh kesengsaraan hidup dunia biasa. Mereka berdualah menjadi nenek moyang
kepada segala manusia di muka bumi ini.
15
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
Terdapat persamaan di antara perspektiI agama Kristian dan Islam di mana mereka juga percaya
bahawa manusia adalah dijadikan dari tanah dan bukan melalui proses evolusi seperti yang
diutarakan oleh Charles Darwin. Mereka juga percaya bahawa Hawa itu adalah juga berasal dari
Adam. Agama Kristian berpegang kepada kitab Genesis dan juga Perjanjian Lama atau %he Old
%estament
Mengikut agama Kristian Adam dibahagikan kepada dua iaitu Adam pertama dan Adam
akhir.Namun Adam sebagai manusia pertama melakukan dosa dengan melanggar perintah Tuhan.
Sejak itu, tidak ada lagi manusia yang sempurna dalam dunia sepanjang zaman, bahkan semua
manusia memiliki dosa dalam gen mereka yang boleh bermutasi atau diwariskan dalam
keturunan manusia. Selepas itu diciptakan pula Adam Kedua atau akhir di mana dia boleh
dikorbankan untuk menebus dosa. Tuhan yang Maha Agung itu sendiri yang turun ke bumi dan
hidup seperti manusia biasa. Jesus yang selalu disebut di dalam agama Kristian itu telah
dilahirkan dari perut seorang perempuan untuk menjadi manusia biasa agar dapat dikorbankan
dengan sempurna.
8.1Pegangan Agama Kr8tan
Agama Kristian menyatakan manusia terdiri dari unsur roh dan jasad. Mereka juga percaya
tentang kehidupan di alam akhirat selepas mati di mana terdapatnya ganjaran dosa dan pahala
dari Tuhan. Selain itu,manusia semuanya dilahirkan dalam keadaan berdosa yakni dosa warisan
yang dilakukan oleh Adam dan pensaliban jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk
melepaskan manusia dari dosa warisan tersebut. Kesalahan kesalahan penganut Kristian boleh
diampunkan oleh paderi paderi tertentu apabila seseorang itu membuat pengakuan di
hadapannya.
16
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
. KESIMPULAN
Daripada apa yang dibincangkan dia atas saya telah membuat suatu kesimpulan iaitu asal usul
manusia bukanlah berpunca dari Teori Evolusi seperti yang dikemukakan oleh Charles Darwin
dan para penyokongnya. Terdapat empat hujah yang menyangkal teori evolusi Darwin.
Pertama, ia hanyalah satu andaian kerana teori ini tidak boleh dikaji dan dipastikan bila berlaku.
Kedua, perubahan mikro yang berlaku adalah terlalu kecil dan amat terbatas malah ia hanya
berlaku hanya kepada lingkungan sesuatu spesies (keluarga) sahaja. Ketiga, daya pergerakan
dalam perkembangan evolusi ialah proses mutasi atau kacukan iaitu sesuatu perubahan
mendadak yang sesetengahnya boleh diwariskan kepada keturunanya selepas itu walaupun tiada
penyesuaian diri dengan keadaan persekitaran. Contohnya variasi tumbuh-tumbuhan dan
binatang ternakan. Dan yang keempat, sesetengah Iosil yang ditemui tidak menunjukkan
perubahan daripada bentuk mudah kepada kompleks.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa ramai para sarjana yang tidak berpuas hati dengan apa yang
dikatakan oleh Charles Darwin. Mereka juga tidak bersetuju dengan hakikat bahawa nenek
moyang manusia berasal dari mawas. Ini adalah kerana manusia adalah makhluk yang mampu
berIikir,belajar dan berpotensi untuk melakukan pelbagai jenis perkara termasuk beribadat
kepada Allah SWT.



17
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
Sekadar renungan saya lampirkan sebuah karya Usman Awang ( Puisi Puisi Pilihan ):
,hirl,h Engk,u
emudian dunia ini serasa mutiara,
O tangismu melapang dada
Pertama masuk melihat bondamu,
Alangkah payahnya dalam wafah yang lesu,
Berapa banyak tenaga telah habis diburu
O engkau menguak dalam bendungan,
Alangkah montok anak suci baru dilahirkan
Begitu damai seluruhnya,anakku,
eliling yang manis kulihat terpaku,
( i dinding ibu Mariam ristus lambang Assunta,
i kakinya bunga dan kedamaian wafahnya berkaca)
Meski tidak kutanya,bonda mengetahui fua,
Sebab antara pandangan mata mengisi bicara,
Bergetar bibirnya. Adik aslina seorang putera,
(%uhan, segala pufi bagi Mu cuma')
18
PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063
Bblograf
1. Drs.Rosman Yunus,M.A.Ed,Ir. Bambang Haryanto,M.Si & Choirul
Abadi,S.H.I,(2006),Teor Darwn dalam Pandangan San8 dan I8lam:Jakarta,Prestasi
Kelompok Gema Insani,h.20,21,22.
2. MustaIIa Haji Daud, (1991),Tamadun I8lam:Kuala Lumpur,Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd,h. 259
3. Rahil Mahyuddin & Habibah Elias (2002), P8kolog Penddkan untuk
Perguruan:Shah Alam,Karisma Publications Sdn Bhd.h. 1,2,3
4. S.Robert,(1995),Penemuan San8 Genetk:England,Headstart Publishers
Limited,h.4,9,10,11,14,15,
5. Shahabuddin Hashim & Dr Rohizani Yaakub (2003), Teor Per8onalt Dar Per8pektf
I8lam,Tmur dan BaratKuala Lumpur,PTS ProIessional Publishing Sdn Bhd.
6. Shaver.G.K & Tarpy M.R, (1993) P8cholog: New York,Macmillan Publishing
Company,h.3
7. Usman Awang,(1987), Pu8 - Pu8 Plhan:Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia,h.130
8. Rosminah Haji Bakkang,( 2010,Dis),Menjejak Sala8lah Manu8a Sr Pertama Sapa
Manu8a Pertama:InIiniti,19,h.28,29,30,31

Anda mungkin juga menyukai