Anda di halaman 1dari 8

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 77

PROGRAM LINGUISTIK
ppbl pra0708.pmd 77 6/26/2007, 11:19 AM

78 / Buku Panduan Prasiswazah Akademik 2007-2008


STRUKTUR KURIKULUM PROGRAM LINGUISTIK
KOMPONEN SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 MATAPELAJARAN JAM MATA PELAJARAN JAM MATAPELAJARAN JAM KREDIT KREDIT KREDIT Kursus Wajib ZT1032 Tamadun Islam & 2 ZT1042 Hubungan Etnik 2 Kursus Universiti 3 Universiti Tamadun Asia Ko-Kurikulum 1 Ko-Kurikulum 1 Kursus Teras SKPD1013 Pengantar Sains 3 SKPD1023 Teknologi Maklumat 3 SKPD1043 Pengantar Falsafah 3 Fakulti Sosial Untuk Sains Sosial SKPD1033 Bahasa Inggeris 3 SKPD1053 Keterampilan 3 Untuk Sains Sosial Berbahasa dan Berkomunikasi Kursus Teras SKBP1013 Pengantar Pengajian 3 SKBP1023 Bahasa dan Teknologi 3 Pusat Bahasa dan Linguistik Maklumat Kursus Teras SKBL1013 Fonetik 3 SKBL1023 Sejarah Linguistik 3 SKBL2033 Linguistik dan Aplikasi 3 Program SKBL2043 Fonologi 3 SKBL2053 Morfologi 3 SKBL2063 Sintaksis 3 Kursus Elektif - - - - Elektif 3 Jumlah Jam 15 15 21 Kredit
ppbl pra0708.pmd 78 6/26/2007, 11:19 AM

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 79


STRUKTUR KURIKULUM PROGRAM LINGUISTIK
KOMPONEN SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH JAM MATAPELAJARAN JAM MATA PELAJARAN JAM MATAPELAJARAN JAM KREDIT KREDIT KREDIT KREDIT Kursus Wajib Kursus Universiti 3 12 Universiti Kursus Teras SKPD2063 Sistem Sosial 3 18 Fakulti dan Perlembagaan Malaysia Kursus Teras SKBP3033 Metodologi 3 9 Pusat Penyelidikan Kursus Teras SKBL2073 Semantik 3 SKBL3113 Psikolinguistik 3 SKBL3133 Stilistik 3 51 Program SKBL2083 Analisis Wacana 3 SKBL3123 Dialektologi 3 SKBL3143 Falsafah Bahasa 3 SKBL2093 Linguistik Sejarah/ 3 SKBL3153 Bahasa Asing 3 SKBL3206 Latihan Ilmiah 6 SKBL2163 Linguistik dan SKBL3183 Linguistik dan Komunikasi / Komputer/ SKBL2173 Laras Bahasa/ SKBL3193 Linguistik Dalam Sains 3 SKBL2103 Sosiolinguistik Pertuturan Kursus Elektif Elektif 3 Elektif 3 Elektif 3 15 Elektif 3 Jumlah Jam 18 18 18 Kredit JUMLAH UNIT KESELURUHAN 105
ppbl pra0708.pmd 79 6/26/2007, 11:19 AM

80 / Buku Panduan Prasiswazah Akademik 2007-2008

Kursus Program
SKBL1013 Fonetik Kursus ini membincangkan aspek pengkajian bunyi-bunyi bahasa iaitu bagaimana sesuatu bunyi itu dihasilkan oleh alat pertuturan dan ditanggapi oleh deria pendengaran manusia. Para pelajar diberi pendedahan tentang tiga kajian asas dalam ilmu fonetik iaitu kajian fonetik artikulatori, fonetik akustik dan fonetik auditori. Pemahaman pelajar ke atas aspek fisiologi pertuturan manusia, gelombang-gelombang bunyi bahasa serta penanggapannya oleh otak manusia akan diberi perhatian yang sewajarnya. Latihan amali dalam bentuk penghasilan transkripsi fonetik berdasarkan rakaman pertuturan pelbagai bahasa dan dialek juga akan turut diberi perhatian. Bacaan Asas Catford, J. C. 1977. Fundamental problems in phonetics. Edinburgh: Edinburgh

University Press. Edwards, H.T. 1992. Applied phonetics: The sounds of American English. California: Singular Publishing Group, Inc. Ladefoged, P. 1993. A course in phonetics. New York: Harcourt Brace Pub. Malmberg, B. 1993. Phonetics: Physiological phonetics, experimental phonetics, evolutionary phonetics. New York: Dover Publications Inc. Nor Hashimah Jalaluddin. 1998. Asas fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. SKBL1023 Sejarah Linguistik Kursus ini membicarakan sejarah perkembangan ilmu linguistik dari era pra modenisme hingga ke era pasca modenisme. Secara umumnya, fokus perbincangan berkisar kepada aliran pemikiran, tokoh dan aspek teori. Ini termasuklah sejarah pemikiran ahli linguistik zaman klasik (India, Yunani, dan Romawi). Tumpuan utama diberikan kepada persoalanpersoalan berhubung dengan idea-idea linguistik di zaman moden, iaitu yang berkaitan linguistik struktural, generatif, dan analisis wacana. Di sini, para pelajar diharapkan dapat melihat keterkaitan dan kesinambungan idea-idea linguistik dari zaman klasik hinggalah ke zaman moden serta mampu menilainya secara kritis. Bacaan Asas Hamel, A.G. Van. 1972. Sedjarah ilmu bahasa. Bandung: Nusa Indah. Harris, R.A, 1993. The Linguistics wars. Oxford: Oxford University Press. Descartes. Spinoza & Leibniz 1960. The rationalists. New York: Doplhin Books Doubleday. Robin R.H. 1993. Sejarah linguistik. Terj. Noor Ain Mohd. Noor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sampson, G. 1980. Schools of linguistics. London: Hutchinson.
ppbl pra0708.pmd 80 6/26/2007, 11:19 AM

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 81 SKBL2033 Linguistik dan Aplikasi Kursus ini secara amnya, cuba membincangkan kepentingan ilmu linguistik dan secara khususnya, peranan serta sumbangan pengajian dan pengkajian disiplin ini terhadap masyarakat dan pembangunan negara. Selain ini, kursus ini juga meneliti hubungan linguistik dengan disiplin-disiplin lain. Tumpuan lain dalam kursus ini ialah penelitian tentang peranan bahasa yang merupakan bahagian yang paling penting dalam kehidupan manusia. Persepsi manusia terhadap dunia serta cara manusia berfikir banyak sekali dipengaruhi oleh bahasa. Bacaan Asas Bonvillain, N. 1993. Language, culture and communication: The meaning of message. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall. Eschholz, P., Rosa, A. & Clark, V. (pnyt.). 1982. Language awareness. New York: St. Martins Press. Lakoff, R. T. 1990. Talking power: the politics of language in our lives. New York: Basic Books. Stubbs, M. 1986. Educational linguistics. New York: Basil Blackwell. Wierzbicka, A. 1992. Semantics, culture, and cognition: Universal human concepts in culture-specific configurations. New York: Oxford University Press. SKBL2043 Fonologi Kursus ini memperkenalkan fonologi sebagai satu bidang ilmu yang mengkaji tentang fungsi dan sistem bunyi sesuatu bahasa. Bermula daripada pendekatan teori struktural, kajian ini akan meneliti aspek fonologi yang melibatkan ciri-ciri segmental dan suprasegmental. Para pelajar kemudiannya didedahkan dengan konsep asas teori fonologi generatif model linear yang merangkumi teori fitur distingtif, struktur dalaman/permukaan,

proses fonologi dan pemformalisasian rumus fonologi, dan juga fonologi generatif model nonlinear yang meliputi aspek representasi fonologi. Bacaan Asas Kenstowicz, M. & Kisserberth, C. 1979. Generative phonology. Orlando: Academic Press. Lass, R. 1984. Phonology: an introduction to basic concepts. Cambridge: Cambridge University Press. Roca, I. & Johnson, W. 1999. A course in phonology. Oxford: Blackwell. Schane, S. A. 1992. Fonologi generatif. Terj. Zaharani Ahmad dan Nor Hashimah Jalaluddin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaharani Ahmad. 1993. Fonologi generatif: teori dan penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. SKBL2053 Morfologi Kursus ini meneliti tentang ilmu morfologi atau pembentukan kata yang dibincangkan mengikut pendekatan aliran struktural dan Generatif. Perbincangan tertumpu kepada
ppbl pra0708.pmd 81 6/26/2007, 11:19 AM

82 / Buku Panduan Prasiswazah Akademik 2007-2008 sejarah, konsep, jenis, proses, struktur, penggolongan kata dan perkaitan bidang morfologi dengan bidang fonologi dan sintaksis. Di samping itu prinsip dan andaian asas yang mendasari teori morfologi tersebut akan turut disentuh. Pelajar juga akan berlatih menghurai dan menganalisis data morfologi daripada pelbagai bahasa. Bacaan Asas Bauer,L. 1988. Introducing linguistic morphology. Edinburgh: Edinburgh University Press. Jensen,T. 1995. Morfologi struktur kata dalam nahu generatif. Terj. Ajid Che Kob. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Katamba. F. 1994. Morphology. London:The Macmillan Press Ltd. Spencer, A.1993. Morphological theory. Cambridge: Cambridge University Press. Spencer,A. & M. Zwicky, A. 1998. The handbook of morphology. Oxford: Blackwell. SKBL2063 Sintaksis Kursus ini membicarakan konsep asas dalam kajian sintaksis yang meliputi struktur, fungsi dan kategori nahuan. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan dengan aspek teori, sama ada asas teori fungsional atau formal dalam kajian sintaksis. Seterusnya pelajar juga didedahkan kepada cara untuk menganalisis ayat dengan mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan menggunakan data dari pelbagai bahasa yang sesuai. Bacaan Asas Brown, K. & Miller, J. 1991. Syntax: A linguistics introduction to sentence structure (2nd Ed.). London: Harper-Collins Academic. Radford, A. 1981. Transformational syntax. Cambridge: Cambridge University Press. Ramli Md. Salleh. 1995. Sintaksis bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Thomas, L. 1993. Beginning syntax. Oxford: Basil Blackwell. Webelhuth, G. (pnyt.). 1995. Government and binding theory and the minimalist theory. Oxford: Balckwell. SKBL2073 Semantik Kursus ini ialah pengenalan kepada kajian makna dalam bahasa. Kursus ini memberi tumpuan kepada perkembangan ilmu semantik dan cara penelitian makna. Aspek yang dibincangkan termasuklah sifat makna, seperti makna rujukan, analisis komponen makna, makna tatabahasa dan perkaitan makna dengan bahagian-bahagian konstituen frasa, ayat dan unit wacana yang lebih besar, dan perkaitannya dalam pelbagai peringkat nahu. Kepentingan ilmu ini dapat diluaskan kepada bukan setakat makna harfiah tetapi makna

sebenar pengucapan termasuklah makna berkonteks. Bacaan Asas Charles, T. (pnyt.). 1986. Meaning and interpretation. Oxford: Blackwell.
ppbl pra0708.pmd 82 6/26/2007, 11:19 AM

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 83 Hamidah Abdul Hamid. 1991. Pengantar logik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hofmann, T. R. 1993. Realms of meaning: an introduction to semantics. London: Longman. Lyons, J. 1995. Linguistics semantics: an introduction. Cambridge: Cambridge University Press. Saeed, L. J. 1997. Semantics. Oxford: Blackwell Publishers Ltd. SKBL2083 Analisis Wacana Kursus ini membincangkan analisis wacana dari perspektif linguistik. Perbincangan meliputi penjelasan tentang konsep asas wacana dan analisis wacana, kaedah dan pendekatan analisis, pembinaan wacana dan manfaatnya. Antara aspek yang dibincangkan ialah perpautan dan kesatuan, tema dan rema, struktur, stail, jenis, genre, dan strategi wacana. Aspek amalan sosial yang tumpat dalam wacana juga dibincangkan. Kursus ini turut menekankan aplikasi terhadap wacana terpilih. Wacana yang dianalisis adalah terdiri daripada wacana lisan dan tulisan; interaktif dan non-interaktif. Bacaan Asas Fairclough, N. 1995. Critical discourse analysis: the critical study of language. London: Longman. Nunan, D. 1993. Introducing discourse analysis. London: Penguin English. Salkie, R. 1995. Text and discourse analysis. London: Routledge. Schiffrin, D. 1994. Approaches to discourse. Oxford: Blackwell. Tarigan, H. G. 1995. Pengajaran wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. SKBL2093 Linguistik Sejarah Kursus ini membincangkan aspek pengkajian bahasa secara diakronik, iaitu melihat perkembangan bahasa melalui peredaran masa. Perbincangan dimulai dengan meneliti metodologi bandingan dan konsep asas bandingan sejarawi seperti kekerabatan bahasa, rekonstruksi bahasa purba, dan pengelompokan bahasa. Metodologi bandingan yang diguna pakai ialah metodologi kualitatif dan kuantitatif. Rekonstruksi bahasa purba dibuat melalui kaedah kesepadanan bunyi/bentuk, manakala pengelompokan bahasa pula dibuat melalui kaedah inovasi dan retensi. Bacaan Asas Bellwood, P. & Fox, A. 1995. The Austronesian: historical and comparative perspectives. Canberra: The Australian National University. Bynon, T. 1990. Historical linguistics. Cambridge: Cambridge University Press. Crowley, T. 1992. An introduction to historical linguistics. Auckland: Oxford University Press.
ppbl pra0708.pmd 83 6/26/2007, 11:19 AM

84 / Buku Panduan Prasiswazah Akademik 2007-2008 Fox, A. 1995. Linguistics reconstruction: An introduction to theory and method. New York: Oxford University Press. Wurm, S. A. & Wilson, B. 1975. English finderlist of Australian languages (postBrandstetter). Canberra: The Australian National University. SKBL2103 Sosiolinguistik Kursus ini membincangkan hubungan bahasa dengan masyarakat. Beberapa aspek akan dibincangkan, antaranya pendekatan yang terdapat dalam bidang sosiolinguistik, hubungan bahasa dengan kelompok masyarakat, hubungan bahasa dengan faktor sosial, ragam

bahasa dan perancangan bahasa. Selain itu, kursus ini juga akan membincangkan masalah bahasa di dalam berbagai-bagai jenis masyarakat, bahasa dan kumpulan-kumpulan sosial, sifat-sifat bahasa dan proses perkembangan dan perubahan bahasa. Di samping itu, kajian lapangan turut dijadikan sebahagian daripada kursus ini. Dengan itu, pelajar akan dapat mengaplikasikan segala pengetahuan yang diperolehi semasa kuliah dalam kerja lapangan yang akan dilaksanakan. Bacaan Asas Asmah Haji Omar. 1982. Language and society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chambers, J.K. 1995. Sociolinguistics theory: linguistics variation and its social significance. Oxford: Blackwell. Fasold, R. 1992. The sociolinguistics of society. Oxford: Blackwell. Nik Safiah Karim. 1992. Beberapa persoalan sosiolinguistik bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wardhaugh, R. 1997. An introduction to sociolinguistics. Oxford: Blackwell. SKBL2163 Linguistik dan Komunikasi Kursus ini membicarakan proses komunikasi dari perspektif linguistik. Antara perkara yang akan dibincangkan ialah lakuan bahasa yang melibatkan komunikasi verbal dan bukan verbal. Pemerincian terhadap bentuk-bentuk komunikasi antara peribadi, komunikasi kumpulan, dan komunikasi massa turut diperkatakan. Selain itu, perbincangan juga akan tertumpu kepada strategi berbahasa yang melibatkan penggunaan bahasa literal dan bukan literal. Kursus ini juga turut membincangkan asas untuk menjadi komunikator yang berjaya dan berwibawa serta sekaligus memperlihatkan peri pentingnya linguistik dalam komunikasi. Bacaan Asas Boden, D. & Zimmerman, D. H., (pnyt). 1991. Talk and social structure. Oxford: University Press. Busby, R. E., & Majors, R. E. 1987. Basic speech communication: principles and practices. Oxford: Halper & Row Publishers. Taylor, T. J., & Cameron, D. 1987. Analysing conversation: rules and units in the structure of talk. Oxford: Pergamon Press.
ppbl pra0708.pmd 84 6/26/2007, 11:19 AM

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 85 Timm, P. R. 1993. Basics for oral communication: Skills for career and personal growth. Cincinnati, Ohio: South-Westem Publishing Company. Wardhaugh, R. 1985. How conversation works. New York: Basil Blackwell. SKBL2173 Laras Bahasa Kursus ini membicarakan laras bahasa yang digunakan dalam situasi yang berbezabeza. Perbincangan dibahagikan kepada dua bahagian; bahagian pertama menyentuh tentang konsep, kepentingan dan teori yang mendasari bidang laras bahasa dan bahagian keduanya akan membincangkan aspek utama yang disentuh semasa meneliti sesuatu laras bahasa iaitu aspek leksis, tatabahasa, konteks dan keindahan bahasa. Aspek tersebut akan diaplikasikan dalam perbincangan beberapa laras bahasa prosa dan bukan prosa Bahasa Melayu. Bacaan Asas Kamaruddin Haji Husin. 1995. Laras bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Nathesan, S. 1995. Laras bahasa ilmiah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim. 1994. Bahasa dan undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim. 1989. Laras bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Ure, J. & Ellis, J. 1977. Register in descriptive linguistics and linguistics sociology.

Uribe: Oscar-Villeges. SKBL3113 Psikolinguistik Kursus ini membincangkan proses-proses mental yang terlibat dalam pemerolehan dan penggunaan bahasa, dan hubungannya dengan fikiran, budaya dan asal-usul idea. Teori linguistik struktural dan teori linguistik transformasi generatif turut dibincangkan dalam proses pemerolehan dan penggunaan bahasa. Perkara-perkara yang berkaitan dengan penguasaan bahasa dan bilingualisme juga turut dibincangkan. Di samping itu, aspekaspek yang berkaitan dengan masalah dalam pertuturan akan juga dibincangkan. Seterusnya, kursus ini akan turut membicarakan pengaplikasian ilmu psikolinguistik dalam pelbagai bidang, khususnya pendidikan bahasa. Bacaan Asas Aitchison. 1989. (edisi ketiga). The articulate mammal. London: Unwin Hyman. Carroll, D. W. 1994. (edisi kedua). Psychology of language. California: Brooks/Cole Publishing Company. Slobin, D. I. 1991. (edisi kedua). Ilmu psikolinguistik. Terj. Ton Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Steinberg, D. 1993. An introduction to psycholinguistics. London: Longman. Zulkifley Hamid. 1996. Bahasa: konsep, fungsi dan penguasaannya oleh penutur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
ppbl pra0708.pmd 85 6/26/2007, 11:19 AM

86 / Buku Panduan Prasiswazah Akademik 2007-2008 SKBL3123 Dialektologi Kursus ini membicarakan variasi atau kepelbagaian linguistik yang terdapat dalam sesuatu bahasa yang dikaitkan dengan faktor geografi ataupun daerah pemakaiannya. Antara ciri linguistik yang dibicarakan dalam melihat variasi dialek termasuklah aspek fonetik, fonologi, morfologi, leksikal, sintaksis, dan semantik. Para pelajar akan didedahkan dengan matlamat, prinsip asas, pendekatan dan kaedah dalam menentukan kepelbagaian dialek dan kesempadanannya. Antara kaedah dialektologi yang dibicarakan termasuklah struktural, generatif, dan HOMAL. Bacaan Asas Ajid Che Kob. 1985. Dialek geografi Pasir Mas. Monograf 3. Institut Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Asmah Hj. Omar. 1985. Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ayatrohaedi. 1983. Dialektologi: Sebuah pengantar. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. Chambers, J. K. & Trudgill, P. 1990. Dialektologi. Terj. Annuar Ayub. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahsun. 1995. Dialektologi diakronis: Sebuah pengantar. Yogyakarta: Gajah Mada University Press. SKBL3133 Stilistik Tujuan umum kursus ini ialah untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang linguistik dan pendekatan analitik wacana (discourse-analytical approaches) terhadap gaya bahasa dalam teks sastera. Tumpuan kursus ini ialah memperlihatkan satu analisis yang sistematik terhadap sesuatu teks sastera. Beberapa aspek yang diberi perhatian ialah aspek leksis, tatabahasa, bahasa kiasan serta pautan dan konteks semasa menginterpretasi sesuatu teks sastera. Kursus ini juga akan membincangkan hubungan di antara deskripsi, intrepretasi dan penilaian, semasa menganalisis sesuatu teks sastera. Bacaan Asas Leech, G. 1991. A linguistic guide to English poetry. London: Longman.

Leech, G & Short, M. 1993. Gaya dalam cereka. Terj. Umar Junus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Short, M. 1996. Exploring the language of poems, plays and prose. London: Longman. Thorndorrow, J. & Wareing, S. 1998. Patterns in language: an introduction to language and literary style. London: Routledge. Toolan, M. 1998. Language in literature: An introduction to stylistics. Arnold: Lonon SKBL3143 Falsafah Bahasa Kursus ini membincangkan tiga pendekatan utama sezaman dalam menghurai dan memerikan falsafah bahasa. Pemerian pertama bermula dengan pendekatan logik
ppbl pra0708.pmd 86 6/26/2007, 11:19 AM

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 87 simbolik-neo-positivist seperti yang dikemukakan oleh Quine. Kemudian diikuti oleh pendekatan kedua yang dikenali sebagai pendekatan bahasa biasa yang diperkenalkan oleh Wittgenstein dan Austin. Peringkat ketiga yang merupakan pendekatan terkini ialah pendekatan nahu transformasi generatif yang dipelopori oleh Chomsky dan pengikutpengikutnya. Bacaan Asas Fodor, J. & Katz, J. (pnyt.). 1964. The structure of language: Readings in the philosophy of langauge. Englewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall. Harnish, R. M. (pnyt). 1994. Basic topic in the philosophy of language. New Jersey: Prentice Hall. Harris, R. & Taylor, T. J. 1997. (edisi kedua). Landmark in linguistic thought 1. London: Routledge. Hashim Musa. 1994. Pengantar falsafah bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Searle, J. P. (pnyt.). 1971. Philosophy of language. Oxford: Oxford University Press. SKBL3153 Bahasa Asing Kursus ini mempelajari, meneliti dan menghuraikan aspek struktur salah satu bahasa asing selain daripada bahasa Inggeris. Penghuraian struktur itu mencakupi aspek fonologi iaitu pemerian tentang sistem dan fungsi bunyi bahasa, aspek morfologi yang menyentuh sistem pembentukan kata dan aspek sintaksis yang memerikan sistem binaan frasa dan ayat. Antara bahasa yang dipilih sama ada bahasa Arab, Perancis, Jepun, Korea dan bahasa-bahasa lain yang dirasakan sesuai mengikut keperluan semasa. Bacaan Asas Coursault Barraud Pascale B.S., M.A. 1992. Simple French. Kuala Lumpur: Europhone Language Institute (PTE) Ltd. Hashim Hanapiah. 1996. Learning basic Arabic for non-Arabic speakers. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Bahasa Asing, Fakulti Pengajian Bahasa, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ministry of Culture. 1992. Korean l Seoul: Seoul National University. Soh Foong Har & Thaiyibah Sulaiman. 1986. Buku latihan Kana bahagian 1. Memeo. Tong Sem Ting. 1980. Bahasa Cina lisan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. SKBL3183 Linguistik dan Komputer Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman tentang cara dan kaedah pemprosesan bahasa semula jadi (natural language processing) dengan menggunakan teknologi komputer. Antara aspek yang akan diteliti dan diberi tumpuan ialah gagasan tentang bahasa, cara bahasa beroperasi, dan penggunaan bahasa oleh manusia dan komputer. Selain daripada itu, pelajar juga akan didedahkan dengan kaedah pengajaran khususnya pengajaran bahasa yang berbantukan komputer (computer aided learning) yang berasaskan penerapan ilmu linguistik.
ppbl pra0708.pmd 87 6/26/2007, 11:19 AM

88 / Buku Panduan Prasiswazah Akademik 2007-2008 Bacaan Asas Allen, J. 1987. Natural language understanding. California: The Benjamin/Cummings Publishing Co. Butler, C. 1985. Computers in linguistics. New York: Basil Blackwell. Juriah Long. (pnyt.) 1998. Inovasi dalam perkaedahan pengajaran: Bahasa, sains sosial dan teknologi maklumat. Bangi: Penerbit UKM. Warnier, Jean-Dominigue. 1986. Computer and human intelligence. New Jersey: Prentice Hall. Winograd, T. 1983. Language as a cognitive process (Vol.1): syntax. Reading, MA: Addison Wesley. SKBL3193 Linguistik dalam Sains Pertuturan Kursus ini memaparkan penerapan ilmu linguistik dalam kajian Sains Pertuturan. Antara aspek yang diberi perhatian termasuklah fisiologi pertuturan dan pendengaran, akustik bunyi bahasa, daerah otak, dan fenomena kecelaruan berbahasa. Kegunaan beberapa peralatan makmal yang penting dalam analisis pertuturan normal dan abnormal juga turut dibicarakan. Tumpuan khusus diberikan kepada analisis spektrografik yang menyerlah pertuturan normal dan abnormal. Dalam hal ini, para pelajar turut didedahkan dengan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan fenomena afasia serta rawatan dan pemulihan yang lazim diterapkan bagi memahami fenomena tersebut dengan lebih mendalam. Bacaan Asas Borden, G. J., Harris, K. S., & Raphael, L. J. 1994. Speech science primer: Physiology, acoustics, and perception of speech. Baltimore: Williams and Wilkins. Grunwell, P. 1982. Clinical phonology. Ed. ke-2. London: Croom Helm. Ohde, R. N. & Sharf, D. J. 1992. Phonetic analysis of normal and abnormal speech. New York: MacMillan. Thomas, P. J. & Carmark, F. F. 1990. Speech and language. Boston: Allyn and Bacon. Yaras, M. 1998. Phonology development and disorders. San Diego: Singular Publishing Group. SKBL3206 Latihan Ilmiah Latihan Ilmiah ialah sebuah hasil penulisan yang seharusnya melibatkan dua bentuk penyelidikan, iaitu penyelidikan perpustakaan dan penyelidikan lapangan (termasuk kajian teks). Penulisan Ilmiah ditulis dalam beberapa bab yang disusun dalam satu susunan yang sistematik, yang merangkumi bab pengenalan, bab kajian kosa ilmu, bab metodologi, bab pemaparan dan penganalisisan data, dan seterusnya bab perbincangan dan kesimpulan. Latihan Ilmiah disiapkan dalam satu sesi pengajian dan ditulis dengan jumlah perkataan antara 20,000 hingga 25,000 patah perkataan.
ppbl pra0708.pmd 88 6/26/2007, 11:19 AM

Anda mungkin juga menyukai