Anda di halaman 1dari 5

a) Jelaskan ciri- ciri bahawa seorang ketua dalam sesebuah organisasi itu dapat memberikan kepimpinan yang berkesan.

b) Huraikan cara- cara untuk mengelakkan perbuatan pilih kasih dalam tindakan tindakan dalam kalangan pemimpin /ketua organisasi/jabatan.

NAMA : GAYATRI MARIMOTHU NO.KAD PENGENALAN : 850204055208 NO.GILIRAN : NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH SAINS REMBAU

JULAI 2011

ISI KANDUNGAN

PERKARA a) Jelaskan ciri- ciri bahawa seorang ketua dalam sesebuah organisasi itu dapat memberikan kepimpinan yang berkesan.

MUKA SURAT

b)

Huraikan cara- cara untuk mengelakkan perbuatan pilih kasih dalam

tindakan tindakan dalam kalangan pemimpin /ketua organisasi/jabatan.

PERAKUAN KETUA JABATAN

Seorang ketua dapat memberikan kepimpinan yang berkesan haruslah seorang pengamal ilmu yang mencintai, menguasai, sentiasa mencari & meningkatkan pengetahuan serta mengaplikasikannya dalam pelbagai aspek kehidupan. Ketua perlu mengamalkan sikap ingin belajar untuk mengajar, sentiasa meningkatkan penguasaan ilmu melalui pelbagai cara seperti pembacaan, menjalankan penyelidikan, menghadiri kursus atau seminar mahupun forum. Ketua harus berkolaborasi dengan rakan sejawat serta mempamerkan sikap keterbukaan kepada semua peluang pemerolehan ilmu. Ketua perlu membaca dgn meluas tentang pelbagai bidang. Dengan membudayakan membaca dalam kehidupannya, ketua perlu berupaya untuk memiliki pengetahuan terkini dan relevan. Ini dapat membantu ketua membuat keputusan peribadi dan profesional dengan lebih yakin serta benar. Ketua perlu berupaya untuk berfikir dan bersikap positif. Ketua perlu bersikap positif dalam pelaksanaan tugasnya, bentuk perhubungan dan interaksinya, keikhlasan hatinya dan seluruh kehidupannya adalah bersandarkan kepada nilai dan integriti ilmu serta perasaan yang luhur. Ketua juga harus berjaya menangani dan melaksanakan tanggungjawab dan cabaran secara profesional serta peribadi sebaik mungkin. Ketua perlu menjadi pelajar sepanjang hayat kerana perkembangan ilmu berlaku secara berterusan. Ketua dapat menggunakan ilmu untuk membawa kebenaran dan menegakkan keadilan serta dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.Ketua hendaklah menstrukturkan kepimpinannya dengan mengintegrasikan unsur- unsur kemahiran berikut : Ketua ialah tugasan agar -kemahiran berfikir - kemahiran komunikasi - kemahiran fasilitator - kemahiran ICT - kemahiran belajar - kemahiran menilai dan lain- lain pembimbing. Ketua harus menyemai minat dan motivasi terhadap dapat meningkatkan prestasi subordinat. Membimbing subordinat

mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta minat terhadap bidang yang diceburi, agar potensi subordinat dapat dioptimumkan. Ketua harus mengenalpasti dan membantu pelajar- pelajar yang mengalami masalah, sosioemosi dan kesihatan agar dapat membuat penyesuaian peribadi dalam aspek sosial, emosi, mental & fizikal. Membimbing subordinat menjadi insan yang positif dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat. Ketua juga merupakan seorang penyelidik.Budaya penyelidikan dan penulisan wajib dipupuk dalam kalangan ketua untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara profesional. Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses perkembangan peribadi yg memerlukan kesedaran tinggi Proses penyelidikan tindakan ditinjau sebagai suatu kitaran tindakan/ kajian berlingkaran yg merangkumi 4 peringkat: I. Merancang II. Bertindak III. Memerhati IV. Membuat reflektif. Ketua harus mempunyai sosialisasi dari sudut individu, merupakan proses mengembangkan diri. Hasil interaksi dgn orang lain, seseorang dapat membentuk identiti, mengembangkan nilai- nilai dan aspirasi. Proses sosialisasi menghendaki seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran dan peranan yang dapat membentuk personalitinya dan menyatukannya ke dalam kelompok masyarakat. memberi peluang kepada subordinat untuk menguasai pelbagai ilmu Ketua harus mempunyai kemahiran pengurusan yang baik memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi. Namun demikian perkembangan kemahiran pengurusan sahaja tidaklah mencakupi. Tidak kurang pentingnya penekanan yang seimbang diberikan kepada penerapan dan pengamalan nilai-nilai positif serta beretika. Ketua yang tidak mempraktikkan nilai-nilai kerja yang cemerlang, walaupun mereka mahir dalam proses pengurusan, boleh memberikan kesan yang merugikan kepada organisasi masing-masing. Justeru itu, setiap ketua perlu membimbing para pekerjanya untuk mencapai perkhidmatan cemerlang dengan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan masyarakat

berazam untuk meningkatkan mutu kerja mereka secara bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri, berkhidmat dengan penuh kemesraan, bekerjasama untuk membanteras kelemahan dan berpegang teguh kepada ajaran agama.

Anda mungkin juga menyukai