Anda di halaman 1dari 21

Bab 9:Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) ; Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif Penilaian Kendalian Sekolah Rendah

(PKSR)
9.1 Penilaian Berasaskan Sekolah darjah untuk mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan individu secara menyeluruh. Mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna dan bermanfaat. Memainkan peranan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam usaha membina dan mereka bentuk jenis-jenis ujian yang lebih bermutu. 9.2 Pengertian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) pula ialah satu penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSM. Hanya melalui proses penilaian yang berterusan, guru dapat memastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid iaitu sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. 9.3 Prinsip tahap pencapaian murid serta untuk mengenal pasti dan membaiki kelemahan-kelemahan murid sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran menjadi lebih kronis.

Merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik

Satu bentuk penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSR dan Penilaian

Satu prinsip PKSR/PKSM yang penting untuk guru ialah bagi mengetahui

Dalam PKSR, guru menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran yang berlainan. Aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran yang berlainan dalam PKSR meliputi: a) pengetahuan b) kemahiran berfikir c) kemahiran berbahasa d) kemahiran mengira e) kemahiran belajar f) kemahiran amali g) kemahiran manipulatif h) kemahiran bersosial i) daya kreatif j) kemahiran proses sains k) perlakuan dan amalan nilai-nilai murni l) sikap m) kesihatan dan kecergasan n) kemahiran kenestetik o) bahan pembelajaran p) minat

9.4

Tujuan pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang diperoleh daripada PBS.

Untuk membaiki pembelajaran pelajar dengan mengubahsuai aktiviti

Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti. Untuk merangsang pelajar supaya terus membaiki pembelajarannya melalui tunjuk agar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PBS.

Untuk menyediakan pelajar menyesuaikan diri dalam alam kehidupan manusia melalui penilaian berterusan yang melatih mereka sentiasa sedia menerima teguran, bimbingan dan ajaran guru. Untuk mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya di peringkat tempatan supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermanfaat dan lebih bermakna. Untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru dalam usaha membina jenis-jenis ujian dengan lebih bermutu dan seterusnya meningkat prestasi mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

9.4.1 Ciri-ciri Menekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secara lisan dan ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan kemajuan pelajar dalam bilik darjah. Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatif maklumat yang diperoleh daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembangan pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan. Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan membaiki pembelajaran seterusnya. Menekankan penilaian secara berterusan membolehkan guru mengubahsuai strategi dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaian yang diperoleh dari semasa ke semasa. Menekan penilaian secara menyeluruh segala potensi pelajar seperti intelek, rohani, jasmani dan emosi dinilai. Menekankan penilaian dalaman guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan bukan diuruskan secara berpusat.

Langkah Pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 1. Merancang -guru perlu menentukan hasil pembelajaran,kaedah penilaian serta instrumen yang digunakan dalam proses penilaian.

2. Menjalankan pemerhatian secara individu/kumpulan - guru menggunakan instrumen spt senarai semak/catatan anekdot. - mengesan kekuatan dan kelemahan murid setelah beberapa kali sesi pembelajaran.

3.

Melaksanakan penilaian melalui ujian ujian lisan atau bertulis.

4.

Membina instrumen merujuk kpd Jadual Penentuan Ujian (JPU) membina soalan-soalan kognitif (Taksonomi Bloom) yang berlainan

Melaksanakan Penilaian cara lisan/penulisan - penilaian secara profesional supaya terdapat kebolehpercayaan yang tinggi. 5.

6. Merekod - mencatat kemajuan dan pencapaian murid secara sistematik. - menganalisis & mentafsir rekod untuk membuat tindakan susul atau penambahbaikan.

7. Melapor - penyampaian maklumat penilaian tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam bentuk markah atau gred dari semasa ke semasa kepada pihakpihak tertentu.

Tindakan susulan -peneguhan -pengayaan

Ya

Menguasai bahan yang diajar?

Tidak

Tindakan susulan -pemulihan

Meneruskan ke pelajaran baru

Rajah 1:

Langkah Pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

9.5

Penilaian Alternatif

- bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian formal seperti penilaian formatif dan sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah. - Jenis penilaian alternatif yang bolehdigunakan oleh guru ialah a) Portfolio b) Persembahan / Amali c) Pemerhatian a) Portfolio Satu koleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber yang relevan dengan objektif mata pelajaran. Digunakan sebagai rekod untuk menunjukkan pencapaian murid-murid untuk mata pelajaran yang berlainan di sekolah. Sebuah portfolio yang lengkap terdiri drpd pengumpulan bahan-bahan yang berikut iaitu: - nota-nota yang disediakan oleh guru - senarai semak yang disediakan oleh guru - refleksi kendiri pelajar - buku log

- catatan jurnal - gambar & foto Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada murid ialah portfolio kerja, portfolio dokumentari & portfolio produk akhir. Kebaikan: melibatkan murid dgn sepenuhnya dlm proses pengajaran & pembelajaran. Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid. Menilai tahap perkembangan murid-murid. Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru. b) Persembahan / Amali Untuk menguji kebolehan & kecekapan seorang individu. Melibatkan penggunaan radas, alatan konkrit/gambar & tidak banyak bergantung kpd penggunaan bahasa & kertas-pensel kecuali semasa arahan diberi. Amat sesuai bagi pelajar yang kelemahan bahasa. Guru mesti membimbing murid dlm penyediaan pembentangan spt berikut: - mengenal pasti punca-punca maklumat / sumber rujukan. - menstrukturkan pembentangan. - menilai & memberi maklum balas tentang pembentangan. Murid perlu membuat huraian secara terperinci mengenai penglibatan murid dlm kerja ini. Huraian dinilai oleh guru kerana ia merupakan satu penilaian yang sah mengenai pembelajaran murid. Dlm penilaian amali, guru akan menyuruh murid utk memanipulasi satu set data, selepas itu, mempersembahkan analisis mereka terhadap data itu.

Guru menilai persembahan / tunjuk cara murid berdasarkan aspek-aspek: contoh-contoh yang dikaitkan edaran-edaran yang berkait peralatan yang digunakan dlm persembahan

c) Pemerhatian Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar drpd bidang afektif & psikomotor, khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik & Pendidikan Jasmani. Satu bentuk penilaian autentik yang membantu guru membimbing muridmurid meningkatkan keupayaan mereka secara individu. Bertujuan utk membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh drpd mata pelajaran yang berlainan dlm kehidupan seharian. Memberi murid-murid masalah-masalah yang dihadapi dlm dunia sebenar. Contoh-contoh penilaian autentik yg boleh dijalankan oleh guru ialah melalui pemerhatian, projek / kerja lapangan. Mudah dilaksanakan oleh guru tetapi susah utk menjamin kesahihan dapatannya, kerana pemerhatian dipengaruhi oleh daya pengamatan, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai (guru). Strategi Pelaksanaan - dibuat secara berterusan mengikut objektif yang dikenal pasti / dirancang. - dibuat dengan menggunakan senarai semak/rekod anekdot kognitif, afektif, psikomotor, guru. bahan & persekitaran. - dibuat secara global / analitikal mengikut objektif yg ditetapkan oleh

Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif


PEMULIHAN Konsep Pemulihan: Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Program Pendidikan Pemulihan adalah ~ satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan pembelajaran dalm darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau pengajaran khusus oleh guru pemulihan. ~ satu pembelajaran kesedaran bertujuan untuk membolehkan murid menjalinkan kontak mesra dengan persekitarannya. ~ satu program yang lebih sesuai untuk murid-murid yang lemah dalam pencapaian akademik mereka. Tujuan dan Rasional Pendidikan Pemulihan: Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau. dalam darjah untuk

Untuk membantu murid dalam memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka. Untuk membantu murid memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam menyelesaikan masalah. Untuk membantu murid membina keyakinan diri. Unruk membantu murid yagn lemah membina konsep sesuatu kemahiran dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini. Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata pelajaran misalnya matematik mengikut kebolehannya. Sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR ialah disebabkan oleh PERBEZAAN INDIVIDU. Perbezaan individu ini perlu dijadikan satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancangkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. ~ menjalankan ujian dignostik

Masalah Pembelajaran: Masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang menyebabkan mereka memerlukan kelas pemulihan Boleh merupakan satu masalah kecil atau besar yang menjejaskan proses pembelajaran murid-murid itu di dalam bilik darjah. Terdapat beberapa masalah pembelajaran yang dikenalpasti di mana muridmurid yang menunjukkan ciri-ciri masalah ini perlu menjalankan kelas pemulihan

Jenis-jenis Masalah Pembelajaran: ~ Belajar secara lambat, selalu gagal ~ Pencapaian akademik yang tidak tinggi kerana penyesuaian diri dan rendah. konsep kendiri yang

~ Kerencatan akal menyebabkan pencapaian akademik yang lebih rendah daripada potensi sepenuh. ~ Kekurangan sosial: mempunyai kemahiran interpersonal yang rendah dan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. ~ Mundur prestasinya tidak sebaik yang dijangkakan Faktor-faktor Penyebab: Faktor-faktor penyebab yang menyebabkan murid memerlukan pendidikan pemulihan (i) Faktor psikologi Faktor kecerdasan mental ~ Semua murid mempunyai kecerdasan mental yang berbeza yang oleh faktor genetik/diwarisi daripada ibubapa ~ Kesannya: murid-murid tidak dapat mengikuti pengajaran guru pada kadar atau intensiti yang sama Faktor emosi yang tidak stabil ~ Murid-murid tidak dapat membuat penumpuan mental dan latihandi dalam bilik darjah ~ Murid-murid tidak berminat untuk mengikuti pengajaran guru ~ Kesannya: murid-murid sering ketinggalan dalam pembelajaran akademiknya (ii) Faktor Biologi/Kesihatan Murid-murid mempunyai masalah kesihatan Kesannya: murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran guru latihan dengan baik mungkin disebabkan

Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan otak/neurologi ~ mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik ~ mereka mempunyai masalah tingkah laku

(iii) Faktor Persekitaran Masalah bahasa ~ Masalah bahasa merupakan salah satu masalah pembelajaran di mana murid-murid tidak dapat menguasai bahasa dengan baik atau mempunyai masalah menyebut perkataan atau membaca. ~ Untuk mengatasi masalah ini, guru mesti memastikan yang muridmurid dalam kelas pemulihan nanti perlu didedahkan kepada pengalaman-pengalaman bacaan yang positif serta mengikut satu program bacaan yang berkesan Amalan Sekolah

Guru-guru sibuk menyiapkan sukatan pelajaran Aspek kemampuan murid yang pelbagai diabaikan Wujud jurang akademik yang besar di antara murid Murid-murid mundur dalam pembelajaran Memerlukan pendidikan pemulihan

Amalan ini merujukkan kepada pengajaran guru, cara pentadbiran serta susunan kurikulum yang tidak mengambil kira keupayaan murid yang pelbagai

(iv)

Faktor Emosi dan Sosial Kanak-kanak yang terencat dalam pembelajaran mungkin bersifat lebih ganas dan agresif. ~ sangat sensitif kepada kritikan guru ~ menunjukkan respon negatif dalan situasi tertentu ~ tidak dapat menyelesiakan masalah mereka dengan positif

Untuk murid-murid seperti ini, guru perlu meningkatkan tahap motivasi dan aspirasi murid-murid serta memastikan murid-murid mempunyai sikap positif terhadap buku dan bahan pembacaan

Cara-cara Penilaian Mengenalpasti Murid-murid yang Memerlukan Pemulihan:

PERMERHATIAN ~ mengenalpasti tanda-tanda yang ada pada murid ~ mengesan emosi dan tingkah laku murid ~ menyediakan borang-borang anekdot yang sesuai yang membantu guru memahami sebab-sebab kegagalan murid

Cara-cara Pengesanan Kesukaran

PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI ~ membentuk senarai semak di mana guru akan menandakan ruang yang berkaitan untuk setiap kemahiran yang berjaya diperolehi oleh murid

PENTAFSIRAN REKOD PROFIL ~ rekod profil disediakan pada setiap hujung penggal di mana pencapaian murid diberikan gred yang tertentu oleh guru ~ guru membuat pertandingan antara markah muridmurid lain ~ murid-murid yang selalu mendapat gred yang rendah memerlukan pemulihan

Peranan Guru Biasa Dalam Pelaksaan Pemulihan Untuk proses pemulihan menjadi efektif, ia perlu dijalankan pada peringkat pra sekolah atau awal sekolah rendah. Ia diperlukan di peringkat sekolah menengah jika seseorang pelajar memerlukannya Pencari dan pemulih kelemahan murid-murid Menjalankan ujian dignostik

Seseorang guru berjaya atau tidak dalam melaksanakan program pendidikan pemulihan bergantung kepada: a) kebolehan dan kecekapannya b) kerjasama dari rakan-rakan sejawat dan guru besar c) sokongan dari pihak sekolah d) kemahiran mengendalikan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran e) sumber dan personel yang disediakan dalam sekolah

Aktiviti Pemulihan: Guru menjalankan program bacaan tambahan ~ murid-murid membuat bacaan meluas dengan membuat pelbagai rujukan daripada buku dan Internet ~ memberi murid-murid bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangan kognitif muridmurid ~ tujuan: mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam kelas Pemulihan Guru mengalakkan murid-murid membuat kerja projek ~ dijalankan secara individu atau kumpulan ~ contohnya aktiviti projek yang meminta murid-murid membuat sesuatu hasilan atau menyelesaikan sesuatu masalah mudah ~ tujuan: menggalakkan murid-murid untuk berfikir menyelesaikan masalahmasalah dalam kelas pemulihan Guru memikirkan aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh permainan dna rekreasi yang penting

tujuan: mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

menyeronokkan dalam setiap aktiviti pemulihan Guru menggalakkan pembelajaran akses kendiri di kalangan murid-murid ~ murid-murid membina bahan akses kendiri daripada pelbagai media seperti bahan cetak, rakaman audio, radio dan computer ~ tujuan: memenuhi keperluan kognitif murid-murid Bahan-bahan Untuk Aktiviti Pemulihan: Guru perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk digunakan dalan kelas pemulihan Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan visual yang kurang: (i) (ii) Bahan-bahan pemulihan mestilah menarik dan berwarna-warni Tulisan yang digunakan dalam bahan pemulihan mesti besar saiznya

Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang rendah: (i) Guru perlu memberikan semua penerangan dengan suara yang kuat, terang dan jelas. Begitu juga dengan alat bantuan mengajar.

Untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal yang rendah: (i) Alatan mengajar perlu cukup besar supaya murid-murid boleh memegangnya atau memanipulasinya dengan mudah

PENGAYAAN

Konsep Pengayaan: Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah Tujuan dan Rasional Pengayaan: Untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada murid Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka Untuk membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang Untuk memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima

Jenis-jenis Aktiviti Pengayaan: Sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid Bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri Berbentuk lembaran kerja atau projek

Cara-cara Mengelolakan Aktiviti Pengayaan: Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai

Proses Pengajaran Pengayaan Matematik:

Pengayaan matematik ~ aktiviti tambahan yang lebih menarik, kompleks dan mencabar, bertujuan untuk meluaskan pengetahuan dan kemahiran matematik yang telah dipelajari oleh murid ~ pengayaan dibuat untuk kumpulan murid cerdas dan lambat

Mata Pelajaran Matematik

Penilaian dijalankan

Pelajar menguasai kemahiran

Pelajar lambat menguasai kemahiran Program Pemulihan Penilaian semula Menguasai kemahiran Program Pengayaan

Program Pengayaan

PENDIDIKAN INKLUSIF Konsep Inklusif: Peluang pendidikan yang disediakan bagi murid-murid yang mempunyai pelbagai jenis kecacatan( seperti kecacatan pendengaran atau penglihatan) yang belajar di dalam bilik darjah biasa bersama-sama dengan murid-murid yang sebaya dengan mereka. Dengan perkataan lain, palajar khas diintegrasikan dalam pendidikan bersama pelajar normal Di dalam kelas pendidikan inklusif, murid-murid mengikut kurikulum biasa yang telah diubahsuai oleh ahli-ahli pendidikan

Murid-murid dalam kelas pendidikan inklusif dibimbing oleh guru reses yang bekerjasama dengan guru kelas agar mereka dapat memahami konsep yang disampaikan oleh guru kelas dengan lebih efektif

Murid-murid yang mengalami kecacatan dibantu oleh alat sokongan khas Jika seseorang murid tidak dapat mengikut kurikulum biasa, murid-murid ini akan mengikuti kurikulum pendidikan khas.

Objektif Pendidikan Inklusif: Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak khas bahawa mereka juga sebahagian daripada ahli masyarakat Memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang standing dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka Untuk mengelakkan daripada berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Ciri-ciri Dalam Pendididkan Inklusif: Penerapan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran perlu dilaksanakan oleh guru. Pemupukan budaya sains dan teknologi penting dalam pendidikan inklusif Peningkatkan dan pengukuhan Bahasa Melayu diutamakan dalam sebarang program pendidikan inklusif Penekanan diberikan pendidikan berkonsepkan komputer

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif: Guru mesti menggunakan prinsip pemeringkatan isi

Strategi pengajaran dan pembelajaran mesti dapat meningkatkan penglibatan murid melalui kaedah-kaedah dan teknik-teknik bercerita, main peranan, lawatan dan projek

Di sekolah rendah, Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah Rendah(PKSR) dijalankan, manakala di sekolah menengah Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah Menengah(PKSM) dijalankan. Kedua-dua penilaian berasaskan kebolehan murid dan bukan terhad kepada satu kurikulum yang berstruktur. Penilaian yang bersifat formatif boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja dalam kedua-dua bentuk penilaian ini

Sebarang penilaian yang dibuat dalam kelas pendidikan inklusif mesti disediakan berdasarkan minat murid. Penilaian ini juga mesti mencabar minda dan pada masa yang sama tidak menyekat kebolehan murid

Penilaian digunakan dalam pendidikan inklusif boleh dibuat dalam bentuk berikut: (a) projek (b) rekod anekdot (c) perlakuan (d) demonstrasi

Murid-murid dalam kelas pendidikan inklusif terikat dengan peraturanperaturan bilik darjah yang sama seperti murid-murid yang lain

Jenis-jenis Kanak-kanak Istimewa: Kanak-kanak yang ~ bermasalah kerencatan akal/mental ~ bermasalah pencapaian akademik ~ bermasalah tingkah laku ~ bermasalah kecacatan fizikal ~ bermasalah kecacatn penglihatan ~ bermasalah kecacatan pendengaran ~ pintar cerdas

Kanak-kanak istimewa yang lain juga boleh dimasukkan dalam kelas pendidikan inklusif jika masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka tidak begitu serius

Jika kanak ini bermasalah pembelajaran/kecacatan/tingkah laku yang sangat serius, perlu dimasukkan dalam sekolah berasingan untuk mendapatkan pendidikan khas

Peranan Guru Reses dan Guru Biasa Dalam Pelaksanaan Pendidikan Inklusif: Dalam sekolah yang tiada program pendidikan khas, guru mesti mengajar kanak-kanak istimewa dangan kanak-kanak normal dalam satu bilik darjah yang sama. Oleh itu, guru reses atau guru biasa perlu menggunakan kaedah koperaktif dan kolaboratif dalam mengendalikan kelas inklusif Guru terpaksa mengelolakan aktiviti pemulihan untuk kanak-kanak istimewa dan aktiviti pengayaan pula disediakan untuk murid-murid yang menunjukkan pencapaian akademik yang baik Kebanyakan aktiviti dalam kelas pendidikan inklusif berlaku dalam aktiviti kumpulan

Anda mungkin juga menyukai