Anda di halaman 1dari 10

MODEL KECERDASAN EMOSI

Kecerdasan emosi merujuk kepada integrasi emosi dengan struktur kognitif


dalam personaliti individu, iaitu sejenis elemen psikologi yang dihasilkan daripada
penerapan emosi dengan kognitif seseorang. Sebagai seorang guru permulaan,
pemahaman dan pengalaman kompetensi kecerdasan emosi adalah satu aspek yang
amat penting untuk menjadi seseorang guru yang berkesan.
Kecerdasan emosi merangkumi pengendalian diri, semangat dan ketekunan
serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan,
kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan
kesenangan, mengatur suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak
melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan dalaman orang lain dan
berdoa untuk memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya, kemampuan untuk
menyelesaikan konflik serta untuk memimpin ( Azhar, 2004).
Terdapat tiga Model Kecerdasan Emosi iaitu :
1. Model Reuven Bar-On (EQ-i)
2. Model Mayer & Salovey (4 Branch Model)
3. Model Goleman (ECI)
Kebangkitan emosi boleh digerakan oleh rangsangan dari luar yang diterima melalui
pancaindera. Denyutan yang diterima oleh pancaindera dihantarkan kebahagian otak
yang dinamakan thalamus dan dari situ dihantar kebahagian cortex untuk menghasilkan
kebangkitan perasaan emosi. Menurut Young (1996) emosi ialah sejenis kecerdasan
sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di
antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat
ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu .
Kecerdasan emosi banyak dipelajari sepanjang hidup dan kompetensi di dalamnya
boleh berkembang sepanjang hidup.
Kecerdasan Emosi EQ ( emotional Quotient )
Kecerdasan Berfikir IQ ( Intelligence Quotient )
1

Model Pertama : Model Reuven Bar-On (EQ-i)


Reuvon Bar-On merupakan seorang ahli psikologi yang mengkaji bidang
Kecerdasan Emosi. Beliau telah membentuk Model Inventori Kompetensi Kecerdasan
Emosi.

Kaedah

pengukuran

yang

digunakan

untuk

menilai

individu

kerana

kebergantungan serta kesahihan sesuatu keputusan yang diperolehi. Kaedah ini


bermatlamat

mengenal

pasti

kemahiran

bukan

kognitif

seseorang

sehingga

menentukan kejayaan dalam bidang-bidang dalam hidup mereka.


Selain itu, tujuan utama kaedah ini adalah untuk menilai kualiti peribadi
seseorang individu itu lebih bijak mengawal emosi dari orang lain. Kaedah ini biasa
digunakan bagi proses pemilihan pekerja (selection) dan pembangunan kerjaya.
ReuvenBar-On telah menyebutkan definisi kepada Kecerdasan Emosi ialah sebagai
serangkaian

kemampuan,

kompetensi,

dan

kecekapan

bukan

kognitif,

yang

mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berhasil mengatasi tuntutan dan tekanan


lingkungan. Melalui definisi yang telah diberikan Reuven bar-On , dapatlah disimpulkan
bahawa kecerdasan emosi merupakan kemampuan-kemampuan yang merangkumi
pada aspek pengendalian diri, kemampuan untuk memotivasi diri sendiri dan
kemampuan untuk mencari pemecahan masalah sebagai sebahagian daripada dirinya.
Menurut Bar-On juga, terdapat 5 domain Kecerdasan Emosi, iaitu :

lT
p
M
d
o
m
a
e
P
iItr
u
s
y
n
g
k

Intrapersonal
Terdapat 5 domain kecerdasan emosi yang telah dinyatakan iaitu Intrapersonal,
Interpersonal, Pengurusan tekanan, Penyesuaian, dan Mood Am. Domain pertama
ialah Intrapersonal. Intrapersonal bermaksud kemampuan untuk mengenal dan
mengendalikan diri sendiri. Kemahiran intrapersonal merupakan satu kemahiran
mengawal perasaan dalam diri seseorang iaitu dapat membawa diri dalam berbagai
suasana dan ketika, tidak panik dan tidak gelabah sewaktu mengalami krisis.
Di dalam Intrapersonal terdapat beberapa subdomain yang perlu diketahui iaitu :
a.

Penjagaan diri : Penjagaan diri ialah kebolehan untuk sedar, faham, menerima
dan menghormati diri sendiri.

b. Kesedaran emosi : Kesedaran emosi

ialah kebolehan mengenalpasti dan

memahami emosi diri.


c. Asertif : Asertif bermaksud kebolehan menyatakan perasaan, kepercayaan,
pemikiran dan mempertahankan hak diri secara aman.
d. Berdikari : Berdikari bermaksud kebolehan melakukan sesuatu tanpa diperintah
dan boleh mengawal pemikiran dan tindakan tanpa terpengaruh dengan emosi.
e. Peningkatan diri : Peningkatan diri ialah kebolehan mengetahui potensi diri
sendiri dan melakukan sesuatu yang disukai.
Interpersonal
Domain kedua ialah Interpersonal EQ ialah kemampuan untuk bergaul, dan berinteraksi
dengan orang lain. Interpersonal yang dihuraikan di sini ialah terdiri daripada tiga
subdomain iaitu :
a. Assersi : Assersi didefinisikan sebagai kebolehan untuk menyampaikan secara
jujur dan jelas perasaan dan pemikiran diri kepada orang lain dalam satu
komunikasi yang selesa, berterus terang, dan bersesuaian.

b. Pengurusan kemarahan : Pengurusan Kemarahan ialah kebolehan untuk


menunjukkan kemarahan dengan membina dalam perhubungan intrapersonal
dan interpersonal.
c. Pengurusan kebimbangan : Pengurusan Kebimbangan ialah kebolehan untuk
mengurus kebimbangan diri (ketakutan) dan dapat menyampaikan perasaan ini
kepada orang lain dengan berkesan.
Pengurusan Tekanan
Domain ketiga pula ialah Pengurusan Tekanan. Pengurusan tekanan yang
dimaksudkan di sini ialah kemampuan untuk bertahan dalam menghadapi tekanan dan
mengendalikan diri atau dorongan serta kemampuan untuk bertenang serta memberi
tumpuan terhadap apa yang sedang berlaku. Pengurusan tekanan mempunyai dua
subdomain, iaitu :
a. Toleransi tekanan : Toleransi tekanan bermaksud kebolehan menghadapi situasi
yang genting dan keadaan emosi yang stabil teramat tanpa terjejas.
b. Kawalan dorongan (impuls) : Pengawalan dorongan bermaksud kebolehan
mengawal dan menunda dorongan atau perasaan ingin bertindak serta
mengawal emosi.
Penyesuaian
Penyesuaian bermaksud keadaan individu terhadap situasi di sekelilingnya.Individu
yang fleksibel ialah individu yang boleh berubah sewaktu menghadapi sebarang
masalah yang mendatang. Kemahiran yang amat penting sekali bagi seorang guru
kerana bakal menghadapi masalah daripada pelbagai aspek yang sukar untuk
ditangani. Penyesuaian ini harus dilentur pemikirannya bagi mengadaptasi persekitaran
tanpa sebarang masalah.
Domain Penyesuaian mempunyai 3 subdomain iaitu :
a. Ujian realiti : Ujian realiti dapat melihat kebolehan serta menilai apa yang dirasai
dengan apa yang sebenarnya berlaku.

b. Fleksibiliti : Fleksibiliti yang dinyatakan ialah kebolehan menyesuaikan perasaan,


pemikiran, dan tingkah laku mengikut situasi yang ada.
c. Penyelesaian

masalah

Penyelesaian

masalah

mengenai

kebolehan

mengenalpasti dan mentafsir masalah peribadi dan masalah sosial seterusnya


menjana dan melaksanakan penyelesaian yang berkesan.
Perasaan Am
Perasaan Am ialah sentiasa berfikiran positif dalam apa jua perkara dan tidak terlalu
emosi ataupun sensitif. Sentiasa ceria walaupun menghadapi masalah kerana ia boleh
membantu kita mengurangkan tahap tekanan serta bertindak bijak dalam apa jua
situasi dalam mengawal emosi.
Domain Perasaan Am pula mempunyai 2 subdomain iaitu :
a. Optimistik : Optimis merupakan kebolehan melihat daripada sudut positif dan
mengekalkan sikap positf walaupun dalam situasi sukar .
b. Keceriaan

atau

juga

dikenali

sebagai

kegembiraan

Keceriaan

atau

kegembiraan pula ialah kebolehan merasakan kepuasan hidup, menikmati hidup


dan mempamerkan emosi yang positif .

Model Kedua : Model Mayer & Salovey (4 Branch Model)


Pada tahun 1990 Mayer dan Salovey telah membawa dimensi baru dalam
Penilaian Pendidikan dengan memperkenalkan istilah kecerdasan emosi (EQ) kepada
dunia. Hal ini menyebabkan ramai pakar mengatakan kegiatan manusia tidak hanya
bergantung kepada kecerdasan intelek (IQ) seseorang tetapi keputusan yang mereka
buat dalam banyak perkara juga bergantung kepada EQ.
Ahli psikologi yang terawal merungkai makna kecerdasan emosi secara spesifik
ialah Mayer dan Salovey (1990). Menurut mereka, kecerdasan emosi merujuk kepada :
"Emotional intelligence is the ability to perceive, to access and generate emotions so as
to assist thought, to understand emotions and emotional knowledge, and to relectively
regulate emotions so as to promote emotional and intellectual growth". (Mayer dan
Salovey,1990)
Mayer dan Salovey (1993) seterusnya menyatakan bahawa kecerdasan emosi
membenarkan kita berfikir lebih kreatif dan menggunakan emosi bagi menyelesaikan
masalah. Menurut mereka, kecerdasan emosi juga merujuk kepada kebolehan
seseorang untuk memantau perasaan dan emosi sendiri dan orang lain, untuk
membezakan setiap emosi yang dirasai dan untuk menggunakan maklumat yang
diperolehi dalam pemikiran dan tindakan. Contohnya, menggunakan perkataan
kebolehan tetapi bukan kemahiran.
Dalam model ini, Model Mayer dan Salovey Mereka telah membahagikan
kepintaran emosi seseorang individu kepada empat cabang kebolehan. Cabang yang
pertama merujuk kepada Persepsi Emosi (Emotional Perception). Ia melibatkan
kebolehan seperti mengenal pasti emosi melalui mimik muka, muzik, cerita atau
sebagainya.

Persepsi emosi & pengekspreannya : kebolehan


mengenalpasti emosi dan meluahkannya dengan
tepat
Penggunaan emosi : kebolehan menggunakan emosi
secara konstruktif dalam membuat keputusan
KECERDASAN
EMOSI
Kefahaman emosi :
kebolehan memahami pelbagai emosi

Pengurusan emosi : adanya peningkatan dalam


aspek personal dan sosial

4 cabang Kecerdasan Emosi Model Mayer and Salovey


Mayer dan Salovey (1997), kemudiannya menyatakan kecerdasan emosi
didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengawal emosi diri dan orang lain, untuk
membezakan antara emosi tersebut dan untuk menggunakan kefahaman itu untuk
memantau pemikiran dan tindakan diri.
Terdapat juga sumber menyatakan, Mayer, Caruso dan Salovey (2000),
mendefinisikan kecerdasan emosi (Emotion Quotient) atau EQ sebagai kebolehan
seseorang mengenali makna emosi dan hubungannya dengan cara menakul dan cuba
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengannya.
Kecerdasan emosi

terlibat dalam kapasiti untuk menjangkakan emosi,

mengasimilasikan perasaan berkaitan dengan emosi, memahami maklumat mengenai


emosi dan menguruskannya.

Model Ketiga : Model Goleman (ECI)


Definisi yang diberikan oleh Goleman (1998) kepada Kecerdasan Emosi ialah
kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari aspek
perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia juga merupakan tindakan dan kepintaran untuk
mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan.
Goleman (1995) kemudiannya pernah mengatakan bahawa penilaian seseorang
individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada pada keintelektualnya
(IQ), tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya.
Bermaksud kecerdasan emosi sebagai kebolehan mengenalpasti emosi diri sendiri dan
orang lain, memotivasikan diri sendiri, menguruskan emosi dengan baik serta
pembinaan hubungan antara perseorangan.
Menurut buku The Emotional Intelligence yang ditulis oleh Goleman, terdapat
bukti kecerdasan emosi amat berkuasa malahan lebih berkuasa daripada IQ dalam
sebarang domain kehidupan manusia. Dalam erti kata lain kecerdasan emosi lebih
mampu mencorakkan kehidupan manusia daripada kecerdasan azali (sedia ada). Dari
sudut saintifiknya pula, Mayer (1997), dalam bukunya Emotional Development and
Emotional Intelligence, telah mendefinisikan kecerdasan emosi (emotional intelligence)
sebagai keupayaan untuk menakul emosi terbahagi dalam empat perkara iaitu
mempersepsi emosi, menyepadukan emosi dalam pemikiran, memahami emosi dan
menguruskan emosi.
Tuntasnya dari pelbagai definisi dan pandangan yang dikemukakan di atas,
dapat disimpulkan bahawa kesemua konsep yang dikemukakan telah dirangkum dalam
definisi kecerdasan emosi yang dikemukakan oleh Goleman iaitu Keupayaan
seseorang menyedari dan mengenal pasti perasaannya dan perasaan orang lain,
mempunyai motivasi kendiri, boleh mengurus emosinya sendiri serta mampu menjalin
hubungan dengan mesra dan baik.

Dari definisi yang dikemukakan oleh Goleman (1999), secara tidak langsung kita
boleh memahami bahawa terdapat lima domain dalam kecerdasan emosi. Domaindomain yang dimaksudkan adalah :
1) Self Awareness (menyedari emosi kendiri),
2) Self Regulation (mengawal emosi kendiri),
3) Self Motivation (motivasi kendiri),
4) Empathy (empati), dan
5) Social skill (kemahiran sosial)

Kesedaran kendiri (self-awareness) adalah mengetahui perasaan dalam satusatu situasi dan dapat memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan,
mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan keyakinan diri yang utuh
(Goleman 1999). Ini bermaksud, kesedaran diri juga sebagai objek yang membolehkan
diri menyesuaikan tingkah laku berdasarkan konsep diri, atau kesedaran dan
kefahaman terhadap diri dan persekitaran yang membolehkan berlakunya penilaian
kendiri. Manakala, bagi Weisenger (1998) kesedaran kendiri ialah kebolehan memantau
diri, menguasai tindakan dan tindak balas ke arah sesuatu matlamat.
Regulasi

kendiri

(self-regulation)

adalah

mengurus

emosi

agar

ianya

memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan tugasan, berhemah


dan menangguhkan sementara perasaan untuk memuaskan hati dalam mengejar
matlamat, dan cepat pulih daripada tekanan emosi (Goleman 1999). Weisenger (1998)
menyatakan

bahawa

kawalan

kendiri

ialah

memahami

emosi

terbabit

dan

menggunakan emosi tadi secara positif untuk mengawal keadaan.

Motivasi kendiri (self-motivation) adalah dengan menggunakan kehendak utama


hati dalam menggerak dan memandu arah seseorang untuk mencapai tujuan,
membantu dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri,
dan tetap tabah apabila menghadapi masalah dan kekecewaan (Goleman 1999). Ia
juga bermaksud menggunakan emosi untuk merangsang dalam mencapai sesuatu
matlamat atau menyelesaikan sesuatu tugasan, projek dan lain-lain.
Empati pula boleh mengesan perasaan orang lain, boleh melihat atau
memahami sudut pandangan orang lain dan boleh mencetus dan menyuburkan
kemesraan dan keserasian dengan individu yang pelbagai latar belakang (Goleman
1999). Terdapat juga menyatakan bahawa empati ialah melihat sesuatu daripada sudut
pandangan seseorang, memahami paradigma mereka dan juga memahami perasaan
mereka sepenuhnya secara emosional dan juga intelektual.
Kemahiran sosial (social skill) dapat mengurus pelbagai emosi secara efektif
dalam perhubungan dan mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan matlamatnya
serta mahir memujuk dan memimpin, berunding dan menyelesaikan konflik untuk
mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan (Goleman 1999).

10

Anda mungkin juga menyukai