Anda di halaman 1dari 2

Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri.

Kamu sebagai ketua murid diminta menyampaikan ucapan tentang


cara-cara menjaga kebersihan diri.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakanrakan seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah "Caracara Menjaga Kebersihan Diri".
Hadirin sekalian,
Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagian hidup kita. Kita
mesti memastikan supaya telinga kita berada dalam keadaan yang bersih.
Kita perlu membersihkan telinga kita sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu dengan menggunakan putik kapas yang lembut.
Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari. Kita perlu menggosok gigi
sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Jika badan kita bersih, badan kita akan
menjadi sihat dan cergas.
Kita hendaklah memotong kuku supaya bersih. Jika kuku kita kotor, kuman
akan melekat pada kuku kita. Kuman tersebut boleh tersebar ke dalam
badan kita semasa kita menyuap makanan. Ini akan menyebabkan kita
dihinggapi penyakit seperti cirit-birit, batuk dan lain-lain lagi.
Hadirin sekalian,
Kita perlu menjaga kebersihan rambut. Kita mestilah menggunakan
syampu untuk membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah
dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.
Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh

itu, kita mestilah menanamkan sikap ingin menjaga kebersihan diri untuk
kebahagiaan hidup kita.

Soalan pemahaman
1. Berapa kalikah kita perlu mencuci telinga kita?
2. Mengapakah kita perlu mandi pada setiap hari?
3. Apakah yang akan berlaku jika kita tidak memotong kuku?Bagaimanakah
kuman boleh merebak?
4. Apakah yang akan berlaku jika kita tidak menggunakan syampu?
5. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri?

Anda mungkin juga menyukai