Anda di halaman 1dari 25

5

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Definisi perusahaan awam adalah kegiatan perindustrian, pertanian, kewangan


dan komersial yang dimiliki dan dikuasai sepenuhnya atau separa oleh Kerajaan Pusat,
Kerajaan Negeri dan agensi-agensi di bawahnya. Kegiatan-kegiatan yang dijalankan
adalah termasuk menjual barangan atau pun menyediakan perkhidmatan (Fester, J. W,
1980).
Sektor awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama dan
menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan tetapi telah juga terlibat secara aktif
dalam aktiviti ekonomi dan berkembang dengan begitu pesat sekali dalam 10 tahun lalu.
Perbelanjaan sektor awam telah meningkat dengan begitu besar sekali dari 28 peratus
pada tahun 1975 kepada 36 peratus pada tahun 1982 dan ini merupakan satu beban
kewangan yang besar untuk ditanggung oleh kerajaan. Keadaan ekonomi yang meleset
juga menjadi faktor utama yang membawa kepada Dasar Penswastaan ini diperkenalkan.

6
2.2

Faktor-faktor Perusahaan Awam di Malaysia.

Langkah-langkah penubuhan perusahaan awam di Malaysia telah bermula pada


tahun-tahun 60 an dan 70 an bilamana Malaysia baru sahaja merdeka dan sedang
berusaha untuk berdikari untuk memajukan negara. Faktor-faktor penubuhannya adalah :

i.

Ketidakseimbangan sosio-ekonomi
Pada tahun 60-an dan 70-an, mengikut kepada peratus populasi, golongan
Bumiputera adalah majoriti dengan perangkaan merangkumi 56.9 peratus
daripada jumlah populasi. Tetapi pemilikan Bumiputera dalam ekonomi hanya
2.0 peratus sahaja, jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.
Ini mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum pada ketika itu.

ii.

Ketidakseimbangan ekonomi mengikut kawasan.


Wujudnya ketidakseimbangan ekonomi mengikut kawasan iaitu negeri di Utara
dan Pantai Timur. Semenanjung serta Sabah dan Sarawak agak ketinggalan
dalam pembangunan jika dibandingkan dengan negeri di Pantai Barat
Semenanjung.

iii.

Pengurusan yang lebih fleksibel.


Rakyat memerlukan beberapa kemudahan asas seperti pengangkutan,
telekomunikasi, bekalan elektrik dan lain-lain. Pihak swasta, tidak sesuai
menjalankan aktiviti-aktiviti tesebut dan demi menjaga kebaikan dan kebajikan
sosial masyarakat, kemudahan-kemudahan ini disediakan oleh kerajaan melalui
perusahaan-perusahaan awam dan syarikat-syarikat milik kerajaan bagi

7
mengelakkan prosedur-prosedur yang ketat dan mendapatkan sistem pengurusan
yang lebih fleksibel.

2.3

Jenis-jenis Perusahaan Awam

Di Malaysia terdapat beberapa jenis perusahaan awam yang menjalankan aktiviti


dalam pelbagai kegiatan ekonomi. Jenis-jenis perusahaan awam yang dikenalpasti
adalah:
i.

Perusahaan Jabatan.
Jenis perusahaan ini ditadbir secara langsung oleh jabatan kerajaan yang berada
di atasnya. Segala urusan yang berkaitan seperti urusan-urusan kewangan,
pentadbiran dan peraturan adalah sama seperti diamalkan oleh jabatan-jabatan
kerajaan yang lain. Para pekerja perusahaan awam ini disifatkan sebagai
kakitangan kerajaan. Pendapatan dan perbelanjaan perusahaan ini ditentukan
oleh kerajaan melalui belanjawan tahunan kerajaan.

ii.

Perbadanan Awam
Perusahaan ini ditubuhkan dan tertakluk di bawah akta yang digubal khusus bagi
penubuhannya. Perbadanan awam mempunyai lembaga pengarah yang dilantik
oleh kerajaan. Peruntukan kewangan diterima daripada kerajaan atau pihak-pihak
lain dalam bentuk pinjaman atau grant. Perbadanan awam mempunyai kuasa
autonomi untuk membuat keputusan sendiri termasuk melakukan pengurusan
dan pentadbiran perbandaran. Sifat perusahaan ini adalah gabungan antara fungsi
mereka yang dinyatakan di dalam akta dan fungsi komersil.

iii.

Syarikat milik kerajaan


Syarikat-syarikat milik kerajaan ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan
fungsinya adalah sama seperti syarikat swasta yang lain dengan matlamat untuk
meraih keuntungan. Pengurusan kerajaan dalam syarikat-syarikat ini
kebiasaannya adalah dalam bentuk pemilikan saham yang melebihi 50 peratus
daripada jumlah ekuiti. Jumlah pelaburan kerajaan dalam syarikat-syarikat
kerajaan ini sehingga tahun 1992 sudah bernilai RM 23.0 billion ataupun 68.9
peratus daripada jumlah keseluruhan modal syarikat.

2.4

Prestasi Perusahaan Awam

Pengwujudan perusahaan awam telah bermula sejak di zaman penjajahan British


dengan adanya KTM, LLN dan lain-lain. Tetapi selepas DEB dilancarkan pada awal
tahun 70-an, lebih banyak lagi perusahaan awam telah ditubuhkan.
Matlamat utama penubuhannya adalah bagi mendekatkan jurang perbezaan taraf
ekonomi antara kaum yang begitu ketara. Pada ketika itu pegangan ekonomi Bumiputera
hanya sekitar 2.0 peratus sahaja. Dengan lahirnya DEB selepas didesak oleh Kongres
Ekonomi Bumiputera (1965), pelbagai strategi telah dirancang oleh kerajaan bagi
meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi. Untuk mencapai matlamat
tersebut kerajaan mengambil keputusan untuk mengambil bahagian secara langsung
dalam penubuhan dan operasi dalam pelbagai perusahaan yang produktif.
Oleh itu, lahirlah berbagai perusahaan awam dengan bilangannya yang banyak.
Ini menyebabkan kawalan kerajaan ke atas setiap satunya semakin lemah. Perusahaan

9
awam yang banyak ini telah menjadi tanggungan besar kepada kerajaan termasuklah
perbelanjaan sektor awam, hutang kerajaan dan perbelanjaan untuk rakyat.
Perkara ini berlarutan hingga ditahun 80-an dimana ekonomi negara terjejas
akibat krisis ekonomi disuluruh dunia. Pendapatan dan perbelanjaan kerajaan menjadi
tidak seimbang. Pada akhir tahun 1986, hutang tertangguh Malaysia adalah berjumlah
RM50.99 juta billion dan satu pertiganya adalah berpunca daripada perusahaan awam.
Perusahaan-perusahaan awam ini juga tidak memberikan keuntungan hasil dari
kegiatannya. Walaubagaimanapun, dari segi pencapaian matlamat DEB, perusahaan
awam telah berjaya sedikit dalam mendekatkan jurang perbezaan taraf ekonomi
bumiputera dengan kaum lain. Tetapi kesan sebaliknya, telah menyebabkan kerajaan
terbeban dengan masalah untuk menanggung perbelanjaan perusahaan awam tersebut.
Punca-punca berlakunya masalah tersebut adalah :
i.

Perancangan dan pengurusan perusahaan awam yang tidak efektif.

ii.

Penumpuan kerajaan kepada perusahaan awam yang menguntungkan sahaja


seperti MAS, MISC dan lain-lain.

iii.

Tekanan masalah-masalah kejatuhan ekonomi dunia.

iv.

Kejatuhan hanya barangan komoditi.

10
Jadual 2.1 menunjukkan perangkaan yang mengalami keuntungan atau kerugian.

Jadual 2.1 : Keuntungan/kerugian Perusahaan awam ,1986


Keuntungan/kerugian

Bilangan

Peratus (%)

(% pulangan modal)
Lebih 100
50 - 99
25 - 49
0 - 24
Negatif
Jumlah

68
41
43
307
277
736

9.30
5.60
5.80
41.70
37.60
100.00

Sumber: RAMANADHAN, V.V. , Privatisation in Developing Countries, London,


Routledge, 1989.

2.5

Penswastaan : Alternatif Kepada Perusahaan Awam

2.5.1

Definisi Penswastaan

Penswastaan (privatization) bermakna pemindahan pekhidmatan pelaburan atau


kepentingan kerajaan samada yang sedia ada atau yang baru untuk dikendalikan oleh
sektor swasta. Konsep ini adalah berlainan dengan konsep pemilik negaraan
(nationalization) yang bertujuan untuk menambahkan hakmilik dan penguasaan kerajaan
dalam kegiatan ekonomi (Yusof Ismail, 1993).
Penswastaan juga bermaksud pemindahan 3 komponen iaitu tugas pengurusan
kerajaan, aset ( dengan atau tanpa liabiliti ) atau menggunakan aset dan kakitangan
kepada sektor swasta. Kelebihan utama penswastaan ialah memupuk etika kerja yang

11
cekap dan produktif di kalangan pekerja memandangkan sektor swasta sememangnya
diketahui lebih cekap dan lebih bermotivasi ( Okposin, 2003).
Tumpuan kepada penswastaan di Malaysia bertambah hebat apabila Perdana
Menteri Malaysia yang keempat, Dr. Mahathir Mohamad, memulakan tugasnya pada
pertengahan tahun 1981. Di Malaysia, dua dasar utama yang berkait langsung dengan
penswastaan entiti awam ialah Dasar Penswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia.
Kedua-duanya diperkenalkan pada tahun 1983.

Dasar Penswastaan diperkenalkan untuk membawa perubahan positif ke dalam


organisasi, pengurusan dan prestasi perusahaan awam yang sebelum ini menjadi
tanggungjawab kerajaan. Dasar ini menggambarkan iltizam kerajaan untuk
mengurangkan penglibatan langsung kerajaan dalam kegiatan ekonomi, mengurangkan
tahap dan skop perbelanjaan awam serta membenarkan kuasa pasaran mengawal
ekonomi. Sementara itu, tujuan Dasar Persyarikatan Malaysia adalah untuk menjalin dan
mengukuhkan kerjasama antara sektor swasta dengan sektor awam yang akan membawa
kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh dan mantap (Okposin, 2003).

2.5.2

Objektif Penswastaan

Kerajaan mempunyai beberapa alasan dan objektif semasa merangka Dasar


Penswastaan. Alasan-alasan ini perlu diketahui, difahami dan dipertimbangkan oleh
semua pihak, terutamanya oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan apabila mengkaji
cadangan-cadangan untuk menswastakan perkhidmatan, pelaburan atau kepentingan
mereka. Di antara objektif-objektif penswastaan (Okposin, 2003) ialah seperti berikut:
i.

Meringankan Beban Kewangan Kerajaan.

12
Pemindahan perkhidmatan awam kepada sektor swasta dapat menjimatkan
perbelanjaan kerajaan, seterusnya mengelakkan defisit belanjawan dan
mengurangkan hutang kerajaan. Dana yang disimpan ini boleh digunakan untuk
membiayai projek pembangunan ekonomi yang lain, menumpukan kepada fungsi
tradisional, iaitu mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta
menyediakan sokongan ntuk mencapai pertumbuhan dan kestabilan ekonomi.
ii.

Meningkatkan Kecekapan Kerja dan Produktiviti


Penswastaan akan menambahkan bilangan syarikat dalam industri. Ekoran itu,
syarikat ini terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan tempat
dalam pasaran perniagaan. Untuk bersaing, syarikat yang diswastakan terpaksa
meningkatkan kecekapan dan produktiviti pekerja mereka yang membawa
kepada pengeluaran barangan berkualiti tinggi, persaingan penetapan harga dan
prestasi kewangan yang lebih baik.

iii.

Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi


Syarikat swasta berorientasi keuntungan dan akan menggunakan kos pengeluaran
minimum untuk menghasilkan keluaran maksimum. Penswastaan syarikat awam
bertujuan memupuk amalan ini yang akan mendatangkan kesan positif terhadap
output dan pendapatan negara. Hasil kerajaan daripada cukai langsung dan cukai
tidak langsung akan bertambah apabila syarikat yang diswastakan menghasilkan
lebih output dan memperoleh lebih keuntungan. Oleh yang demikian,
peningkatan output negara dan cukai kerajaan akan merangsangkan KDNK
negara.

iv.

Mengurangkan Saiz dan Penglibatan Sektor Awam dalam Ekonomi.


Penswastaan entiti awam akan mengurangkan saiz sektor awam dalam ekonomi.
Lama-kelamaan, ekonomi semakin dikuasai oleh sektor swasta yang cekap
dalam peruntukan faktor pengeluaran.

13

v.

Memenuhi Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Salah satu objektif DEB adalah menyediakan peluang untuk menambahkan
penyertaan bumiputera dalam sektor pembuatan dari segi kesaksamaan, guna
tenaga, pemasaran dan khidmat professional. Penswastaan akan mewujudkan
lebih banyak peluang perniagaan untuk disertai oleh bumiputera.

2.5.3

Bentuk-bentuk Penswastaan

Terdapat dua pendekatan dalam melaksanakan program penswastaan iaitu


samada pendekatan dikenalpasti kerajaan atau pendekatan daya usaha sektor swasta.
Di bawah pendekatan pertama, Unit Perancangan Ekonomi (UPE) akan mengenal pasti
jabatan yang akan diswastakan, melaksanakan program penswastaan, mengawasi dan
mengkaji semula kemajuan syarikat swasta. Walaubagaimanapun, pendekatan daya
usaha sektor swasta mengalu-alukan saranan sektor swasta yang inovatif dalam
mengenalpasti projek untuk penswastaan.
Seperti diterangkan sebelum ini, proses penswastaan melibatkan pemindahan
tugas pengurusan, aset dan kakitangan kepada sektor swasta. Pelan Induk Penswastaan
(PIP) yang dikeluarkan oleh UPE pada 1991, mengutarakan beberapa kaedah untuk
memindahkan komponen ini. Penswastaan harus melibatkan pemindahan sekurangkurangnya salah satu daripada tiga komponen ini untuk layak sebagai projek
penswastaan. Penswastaan yang dilaksanakan sebelum 1993 kebanyakannya melalui
pemindahan aset atau kakitangan. Disamping itu, penamatan kontrak perkhidmatan oleh
organisasi kerajaan juga biasa diamalkan (Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-200).

14
Penswastaan di Malaysia dilaksanakan dalam beberapa bentuk. Pemilihan bentuk
penswastaan ini bergantung kepada ciri-ciri aktiviti yang akan diswastakan (Yusof
Ismail, 1993). Antaranya ialah:
i.

Penswastaan secara menyeluruh.


Ini bermakna seratus peratus kepentingan kerajaan dipindahmilikkan kepada
sektor swasta. Keseluruhan hak milik, pengawalan dan pengurusan perusahaan
atau perkhidmatan yang berkenaan akan dikendalikan oleh swasta, sementara
kerajaan dianggap terpisah langsung dari sebarang kepentingan dalam
perusahaan tersebut.

ii.

Penswastaan secara sebahagian.


Dalam hal ini, hanya sebahagian sahaja hak milik kerajaan dalam sesebuah
agensi perkhidmatan dipindahkan atau dijualkan kepada sektor swasta, sementara
sebahagian lagi masih kepunyaan atau dikuasai oleh kerajaan, seperti Syarikat
Airod Sdn. Bhd (yang terlibat dalam aktiviti baikpulih kapal terbang).

iii.

Penswastaan secara terpilih.


Sesuatu agensi menjual bahagian tertentu sahaja daripada perkhidmatannya,
tetapi terus memliki bahagian-bahagian yang lain. Sesuatu perkhidmatan yang
dipilih untuk diswastakan mungkin boleh menyebabkan penswastaan secara
sepenuh atau sebahagian. Contohnya, Dermaga Kontena Pelabuhan Kelang.

iv.

Penswastaan berbentuk pengurusan, bercorak perniagaan swasta.


Konsep ini kerap diamalkan oleh kerajaan, di mana prinsip perniagaan akan
digunakan untuk mengurus syarikat yang terbentuk. Contohnya ialah Syarikat
Telekom Malaysia Berhad (STMB), Perwaja Steel Mill di Terengganu, Lembaga
Letrik Negara (kini Tenaga Nasional), dan agensi lain seperti Keretapi Tanah
Melayu, Jabatan Pos, Lembaga Padi dan Beras Negara dan Radio Televisyen
Malaysia.

15
v.

Penswastaan secara kontrak.


Ini terlaksana dengan pemberian kontrak perkhidmatan kerajaan kepada sektor
swasta tanpa merombak struktur organisasi agensi kerajaan tersebut, seperti
perkhidmatan memungut sampah.

vi.

Penswastaan secara pajakan.


Pendekatan ini membolehkan penyewaan kemudahan dan harta kerajaan yang
tertentu bagi mendapatkan hasil tanpa mengubah hakmilik harta berkenaan.
Contohnya ialah tempat meletak kereta. Dalam hal ini Kerajaan Tempatan
menyewakan lapangan meletak kereta yang dimilikinya kepada syarikat-syarikat
swasta. Melalui penswastaan, tugas pengutipan bayaran meletak kereta itu dibuat
oleh pihak swasta.

vii.

Penswastaan berbentuk pengurusan swasta.


Ini bermakna hanya kepakaran sektor swasta dari segi pengurusan dan
pengetahuan sahaja digunakan oleh kerajaan tanpa sebarang pertukaran hakmilik
modal. Contohnya ialah, pentadbiran hotel-hotel milik Kerajaan Negeri.

viii.

Cara penswastaan lain, termasuk Pembelian Syarikat oleh Pengurusan (MBO),


Bina-Kendali-Pindah (BOT), Bina-Kendali (BO), Bina-Pindah (BT) dan
Menukar Aset untuk membantu penswastaan pembangunan tanah.
Pembelian Syarikat oleh Pengurusan (MBO) melibatkan pengambilalihan

syarikat oleh kakitangan tertinggi pengurusan yang bekerja di syarikat tersebut.


Kumpulan pengurusan juga boleh bekerjasama dengan pekerja lain dalam langkah yang
dikenali sebagai Pembelian Syarikat oleh Pengurusan.
Kaedah BOT memerlukan pembinaan kemudahan oleh sektor swasta
menggunakan dananya sendiri, menguruskannya bagi tempoh tertentu yang dikenali
sebagai tempoh konsesi dan memindahkannya kepada kerajaan setelah tamat tempoh

16
tersebut. Semasa tempoh konsesi, sektor swasta dibenarkan mengutip hasil daripada
pengguna kemudahan tersebut.

Kaedah BO sama dengan kaedah BOT . Walaubagaimanapun, BO tidak


melibatkan pemindahan kemudahan kepada kerajaan. Kedua-dua kaedah BO dan BOT
biasanya disertai pemberian lesen atau konsesi.

Cara penukaran BT dan aset swasta diwujudkan untuk menampung cadangan


inovatif dan keperluan yang dinyatakan oleh pihak swasta. Peringkat awal pelaksanaan
program penswastaan sebelum PIP (Pelan Induk Penswastaan) dikeluarkan pada 1991
yang lebih ke arah penggubalan dasar dan peningkatan jentera pentadbiran adalah
sesuatu yang baik (Okposin, 2003). Penekanan untuk mempercepatkan proses
penswastaan mula dilihat pada 1990-an.

PIP dikeluarkan untuk membolehkan pelaksanaan strategi penswastaan yang


lebih sistematik dan teratur. Pelan Tindakan Penswastaan dirancang di bawah PIP dan
setiap satunya mengandungi pelan pusingan dua tahun. Pelan tindakan dikaji semula
pada akhir setiap tahun dengan menyenaraikan entiti awam yang akan diswastakan dan
entiti yang bersedia untuk diswastakan. Kajian semula tahunan pelan tindakan akan
memperlihatkan kemajuan terkini proses penswastaan dan menetapkan entiti yang akan
diswastakan bagi dua tahun akan datang. Pelan tindakan penswastaan pusingan dalam
Rajah 2.1.

17
Menyediakan

Mengkaji

Mengkaji

Mengkaji

Mengkaji

pelan tindakan

semula

semula

semula

semula

bagi 1991 dan

pelaksanaan

pelaksanaan

pelaksanaan

pelaksanaan

1992

dalam 11 dan

pada 1992 dan

pada 1993 dan

pada 1994 dan

menyediakan

menyediakan

menyediakan

menyediakan

pelan bagi

pelan bagi

pelan bagi

pelan bagi

1992-1993

1993-1994

1994-1995

1995-1996

Rajah 2.1 : Pelan Penswastaan Pusingan


Sumber : Pelan Induk Penswastaan, Unit Perancangan Ekonomi

2.5.4

Pencapaian Dasar Penswastaan Sehingga Kini

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2, sektor utama yang diswastakan antara
1991 hingga 1995 ialah sektor pembinaan, merangkumi 22.55 peratus daripada sejumlah
204 projek yang diswastakan. Kedua ialah sektor pembuatan, diikuti sektor perdagangan
borong dan runcit, hotel dan restoran, masing-masing 15.2 peratus dan 11.27 peratus.
Sesetengah projek utama yang diswastakan ialah projek LRT, Kompleks Sukan Negara,
Proton, TNB dan Laluan Kedua ke Singapura (Rancangan Malaysia Ketujuh, 19962000). Pecahan projek yang diswastakan mengikut sektor yang ditunjukkan dalam Rajah
2.2.

18

Pelombongan &
Kuari

Khidmat Kerajaan,
5.39%

Khidmat Lain,
8.82%

Pertanian %
Perhutanan,
7.84%

Perlombongan &
Kuari, 4.9%

Rajah 2.2: Projek Yang Diswastakan Mengikut Sektor,

Kewangan, Hartanah
& Khidmat
Perniagaan, 6.37%

Malaysia, 1991-1995
Pembuatan,
15.27%

Perdagangan
Borong 1991
& Runcit,
Antara
hingga 1995, kebanyakan projek penswastaan dilaksanakan melalui
Hotel & Restoran,

penjualan11.27%
ekuiti dan aset. Bilangan projek yang diswatakan mengikut
sektor dan cara
Pembinaan
Pengangkutan,
penswastaan ditunjukkan
dalam Jadual 2.1.
Penyimpanan &
Komunikasi

22.55 %

Elektrik, Gas &


Air

Definisi, objektif, garis panduan, dasar dan cara penswastaan, dirancang serta
dikaji semula secara berterusan untuk menggalak dan mempercepatkan proses
penswastaan di Malaysia. Prestasi dan pencapaian penswastaan boleh diukur
berdasarkan objektif yang dinyatakan dalam Dasar Penswastaan. Objektif pertama Dasar
Penswastaan ialah meringankan beban kewangan kerajaan. Bagi tempoh 1991 hingga
1995, kerajaan berjaya menjimatkan RM 51.59 bilion bagi perbelanjaan modal. Objektif
kerajaan bukanlah mengaut keuntungan daripada projek penswastaan, tetapi dua cara
yang lazim digunakan ketika Rancangan Malaysia Keenam berjaya membawa hasil
berjumlah RM14.12 bilion, iaitu RM 11.81 bilion daripada penjualan ekuiti dan RM2.31
bilion daripada penjualan aset. Disamping itu, kerajaan turut menambahkan pendapatan
berulang seperti sewaan, pajakan dan pengurusan yang mengurangkan beban

19

20
pentadbiran dari segi pengambilan pekerja, kenaikan pangkat dan latihan kepada
kakitangan (Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000).
Kedua, program penswastaan turut menyumbang kepada peningkatan kecekapan
dan produktiviti entiti yang diswastakan. Ini dapat dilihat dalam penunjuk kecekapan
dan produktiviti tiga entiti terpilih yang diswastakan seperti dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.2.: Simpanan, Hasil dan Pemindahan Pekerja Ke Sektor Swasta,


Malaysia, 1991-1995
Simpanan
(RM billion)
Perbelanjaan
51.59
Modal

Hasil

Bilangan Pekerja Sektor

(RM billion)
1. Penjualan
11.81

Awam yang Dipindahkan


Bilangan pekerja
43,038

Ekuiti
2. Penjualan

sektor awam
2.31

Aset

orang

yang dipindahkan
ke sektor swasta

Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000

Jadual 2.3: Penunjuk Kecekapan dan Produktiviti Tiga Entiti Terpilih yang
Diswastakan, Malaysia

21

Petunjuk

Sebelum

Selepas

Pengkorporatan/

Pengkorporatan/

Penswastaan

Penswastaan

Telekom Malaysia Bhd. (STMB)1


Pulangan atas Aset (ROE) setiap sen
Hasil Setiap Pelanggan (RM)
Pengeluaran Setiap Pekerja (RM)
Rangkaian Pertukaran Langsung Setiap

4.0
1,227
34,372
36

9.3
1,519
71,594
56

Pekerja
Kelajuan Capaian ke Khidmat Asas

35

60

(setiap sen)
Jawapan Kepada Aduan/Kesilapan (setiap

80

95

77.69
15.4
112,119

217.57
7.5
586,125

244,120
19.94

804,455
35.78

19.40

31.56

219

415

sen)
Lebuh Raya Utara Selatan2
Hasil Setiap Pekerja (RM)3
Tempoh Masa Perjalanan (Jam)
Purata Jumlah Lalu lintas harian
(Bilangan kenderaan)
Kelang Container Terminal Bhd.4
Purata daya Pemprosesan Kontena (TEU)
Kadar Pengendalian Purata Setiap Jam
Kapal (TEU)
Kadar Pengendalian Kren Setiap Jam
(TEU)
Purata Bilangan TEU Setiap Kapal

Catatan:
1

Diswastakan pada 1990

Perbandingan antara tempoh awal penswastaan pada 1989 dengan 1994

Dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru

Diswastakan pada 1986

Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000

22
Secara keseluruhannya, prestasi entiti yang diswastakan meningkat berikutan
peluasan keupayaan dan rangkaian khidmat serta penerapan teknologi baru. Pekerja
digesa memupuk tabiat kerja yang sihat dan diberi ganjaran mengikut prestasi melalui
bonus pada akhir tahun. Insentif lain yang mendorong pekerja supaya lebih produktif
ialah menawarkan Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS), Skim Opsyen Saham Ketaatan
Pekerja dan ganjaran tunai.
Ketiga, program penswastaan mempunyai kesan pengganda kepada pertumbuhan
ekonomi. Syarikat Malaysia yang bekerjasama dengan pemegang ekuiti asing atau
kontrak pengurusan asing berpeluang menerima pendedahan teknologi baru, kepakaran
dan kemahiran yang akan meningkatkan pengeluaran. Penerapan teknologi yang jitu,
latihan yang sesuai kepada pekerja dan tabiat kerja yang sihat merupakan faktor utama
yang menyumbang kepada kecekapan dan produktiviti syarikat yang pengeluarannya
akan menentukan pertumbuhan dalam keluaran negara iaitu KDNK. Contohnya,
penswastaan Lebuh Raya Utara-Selatan yang membimbing rakyat Malaysia agar
mengambil serta menguruskan teknologi baru dalam pembinaan pengangkutan. Lebuh
raya yang siap dibina membantu menjimatkan masa dan kos pengangkutan, sekaligus
menambahkan kegiatan pembuatan. Sumber yang dijimatkan oleh kerajaan melalui
penswastaan boleh disalurkan untuk menggalakkan pembangunan projek lain.

Objektif keempat Dasar Penswastaan ialah mengurangkan saiz dan penglibatan


sektor awam dalam ekonomi. Pengunduran kerajaan secara beransur-ansur daripada
kegiatan ekonomi melalui penswastaan berjaya mengurangkan saiz sektor awam.
Menurut Rancangan Malaysia Ketujuh, terdapat 204 entiti awam yang diswastakan bagi
tempoh antara 1991 hingga1995, justeru itu membenarkan ekonomi dikuasai oleh sektor
swasta.
Akhir sekali, objektif terakhir dasar penswastaan ialah menggalakkan penyertaan
bumiputera dalam ekonomi, sejajar dengan DEB. Di bawah dasar penswastaan, salah
satu keperluan adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan

23
bumiputera dalam semua ekuiti yang diswastakan. Untuk mencapai matlamat ini, antara
strategi yang dilaksanakan ialah:
i.

Melaksanakan program pembangunan-vendor untuk membangunkan industri


kecil dan sederhana (IKS). Sesetengah entiti besar yang diswastakan diminta
membentuk program pembangunan vendor untuk mendapatkan bahan pembuatan
daripada vendor IKS Bumiputera. Contohnya, Proton yang dikenali sebagai
syarikat peneraju menubuhkan Program Skim Komponen untuk memperoleh
bahagian kereta daripada 64 vendor IKS.

ii.

Mengenakan syarat bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus kerja kontrak bagi


projek yang diswastakan, dirizabkan untuk bumiputera. Kerja kontrak yang
diagihkan dengan jayanya kepada bumiputera di bawah peruntukan ini termasuk
sektor pembinaan, kumbahan, telekomunikasi dan kemudahan awam.

iii.

Meningkatkan pemilikan Bumiputera dalam entiti swasta menerusi MBO.


Kebanyakan usahawan Bumiputera yang terlibat dalam projek penswastaan
dibantu di bawah program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera.

iv.

Menawarkan saham kepada institusi awam seperti Amanah Saham Negeri,


Koperasi Polis Diraja Malaysia, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),
Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Di samping itu, program penswastaan juga berjaya mendapatkan dana melalui


penggemblengan dana daripada pasaran ekuiti. Contohnya, Petronas Dagangan Bhd. dan
Petronas Gas Bhd. memperoleh dana daripada Sekuriti Hutang Islam. Selanjutnya, 12
syarikat yang diswastakan turut disenaraikan di papan utama BSKL dalam tempoh 1991
hingga 1995. Daripada penghasilan saham, 901 juta saham diperuntukkan kepada
pelabur bumiputera dan institusi bumiputera dan institusi bumiputera yang diluluskan,

24
207 juta kepada pekerja syarikat yang diswastakan dan baki 834 juta kepada orang
ramai.

2.6

Keperluan Dasar Pensyarikatan Malaysia

Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated, dilancarkan pada 25


Februari 1983, Dua tahun selepas Dr. Mahathir Mohamad mula bertugas. Objektif utama
dasar ini adalah untuk menjalin dan mengukuhkan kerjasama yang akan menguntungkan
kedua-dua sektor swasta dan awam. Untuk mencapai matlamat ini beberapa langkah
diambil dalam melaksanakan dasar tersebut.
i.

Mengurangkan salah faham antara sektor swasta dengan sektor awam.

ii.

Kedua-dua sektor harus mempunyai satu matlamat utama iaitu mencapai objektif
negara.

iii.

Kedua-dua industri bertanggungjawab mempromosi dan mengekalkan imej baik


negara.

iv.

Mengubah peraturan dan prosedur kerja yang tidak sesuai dalam sektor awam.
Sektor swasta harus mengambil inisiatif mengesyorkan prosedur kerja yang
sesuai dalam sektor awam.

v.

Mempererat hubungan antara kementerian dalam jabatan kerajaan dengan


jabatan dan badan berkanun.

Kerajaan menyedari potensi bagi pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Untuk


mencapai tahap pembangunan yang diingini, kedua-dua sektor swasta dan sektor awam
perlulah menggunakan sumber yang ada dengan cekap. Oleh itu, dasar ini menyokong
dasar kerajaan yang lain seperti Dasar Perindustrian Negara dan Dasar Penswastaan.

25

2.7 Penswastaan Di Dalam Industri Pembinaan


Pada tahun-tahun 1970 an, dengan penemuan petroleum dan pengeluarannya
serta harga komoditinya yang baik, kerajaan telah berjaya dalam rancangan ekonominya.
Dengan itu ia telah menggerakkan kadar pertumbuhan purata di antara 7.0 kepada 8.0
peratus setahun (Profesor Madya Dr. Ismail bin Salleh, 1987).
Dalam tempoh tiga tahun pertama Rancangan Malaysia Ketiga, nilai ditambah
dagi sektor pembinaan sahaja bertambah dengan kadar purata tahunan sebanyak lebih
kurang 10.8 peratus (Rancangan Malaysia Ketiga 1975-1980,m.s 60). Ketika itu sektor
pembinaan berkembang dengan pesatnya. Faktor utama yang membawa kepada
pertambahan tersebut ialah wujudnya kenaikan permintaan terhadap rumah-rumah.
Menjelang penghujung tahun-tahun 1970 an, pengenalan aktiviti pembangunan
termasuklah aktiviti pembinaan di dalam sektor awam meningkat. Perbelanjaannya
mengatasi kemampuan hasil pendapatan negara. Pada tahun 1980, perbelanjaan untuk
kegiatan pembinaan sahaja di sektor awam meningkat kepada RM7463 juta (Laporan
Ekonomi 1979-1980, m.s 51).
Bermula dari awal tahun 80an, perbelanjaan terhadap pelaburan negara mulai
bertambah pada 36.0 peratus (Profesor Madya Dr. Ismail bin Salleh, 1987). Pasaran
barangan eksport utama pula menjadi lembap. Akibatnya, berlaku penurunan di dalam
pertumbuhan ekonomi dan perdagangan. Sektor pembinaan turut sama terjejas
pertumbuhannya.
Simpanan hasil negara yang bekurang menyebabkan kerajaan berhutang jumlah
wang besar. Kadar bunga yang diknakan terhadap pinjaman tersebut adalah tinggi.
Sehingga ke tahun 1982, perbelanjaan awam untuk pembangunan tidak berubah. Hutang

26
negara kian meningkat sebanyak tiga kali ganda iaitu USD 20.7 billion (Profesor Madya
Dr. Ismail bin Salleh, 1987). Keadaan ekonomi dunia yang semakin teruk telah
menyebabkan penurunan ketara di dalam pertumbuhan ekonomi. Hutang luar negara
juga meningkat.
Ketidakstabilan ekonomi dan kewangan negara menyebabkan kerajaan terpaksa
mengawal pelaburan dan perbelanjaannya. Selain daripada Dasar Jimat Cermat yang
diperkenalkan kerajaan telah memperkenalkan konsep penswastaan pada pertengahan
tahun 1983. Selepas pengenalan kepada penswastaan banyak projek ataupun aktiviti
pembangunan diswastakan. Sistem Penerbangan Malaysia merupakan salah satu contoh
perkhidmatan pengangkutan yang telah lama diswastakan. Terdapat beberapa peranan
ataupun tugas kerajaan telah diserahkan kepada pihak swasta untuk mengendalikan serta
menguruskannya. Kerajaan menyedari bahawa pembangunan negara perlu terus
bergerak walaupun di saat-saat keadaan ekonomi yang meleset. Sektor pembinan yang
merupakan salah satu sektor ekonomi yang utama telah mengalami perlaksanaan konsep
penswastaan. Sektor perumahan merupakan cabang industri pembinaan yang paling
popular diswastakan.
Pada tahun 1984, telah terdapat lebih kurang 50 buah projek perumahan yang
diswastakan. Projek-projek tersebut terletak di Gua Musang, Kelantan dan Melaka.
Kesemuanya bernilai sebanyak RM650 juta. Bilangan projek yang diswastakan itu
menunjukkan sambutan yang baik terhadap perlaksanaan penswastaan.
Pada tahun yang sama juga, pembinaan jalanraya lencongan Kelang Utara telah
diswastakan. Jalanraya yang menghubungkan Pelabuhan Kelang dengan Utara ini telah
menelan belanja sebanyak RM20 juta. Kemudian tahun demi tahun terdapat banyak
projek-projek pembinaan yang diswastakan.

27
2.7.1

Penswastaan Projek-projek Di dalam Industri Binaan.


Sektor pembinaan merangkumi pelbagai kegiatan ataupun aktiviti seperti

pembinaan tempat kediaman, bukan kediaman dan kerja-kerja kejuruteraan awam.


Antara kerja-kerja pembinaan yang biasa dijalankan oleh kerajaan termasuklah
membina, mengubahsuai dan membaiki lebuhraya, jambatan, perumahan,
pembentungan, sistem bekalan air, gas, elektrik, parit dan taliair. Begitu juga dengan
projek-projek untuk tapak-tapak perniagaan dan pembangunan bandar di mana kesemua
ini boleh diswastakan.
Sepertimana dengan sektor-sektor yang lain, sektor pembinaan juga boleh
diswastakan dan rasional di sebalik penswastaan tersebut adalah sama. Kerajaan
menyedari tugas dan tanggungjawab sektor swasta perlu dalam membentuk
pembangunan negara, membantu kerajaan dalam mencapai dan memenuhi permintaan
rakyat. Secara tidak langsung, ini memberi peluang kepada sektor swasta memegang
peranan sebagai rakan kerajaan untuk mengembeling tenaga dan sumber negara ke
arah kemajuan negara.
Kebanyakan projek-projek dalam industri binaan yang diswastakan mengambil
konsep penswastaan secara sepenuhnya dan konsep membina, mengendali dan
memindahkan (B.O.T). Konsep atau bentuk penswastaan secara penuh bermakna
kesemua pemilikan harta dan pegangan saham di dalam kegiatan atau pun perusahaan
tersebut dimiliki 100 peratus oleh sektor swasta. Dengan itu kerajaan tidak mempunyai
apa-apa hak pemilikan dan penguasaan ke atasnya. Konsep membina, mengendali dan
memindahkan (B.O.T) adalah merupakan salah satu cara penswastaan secara penuh. Ia
digunakan ke atas kegiatan dan perusahaan yang pada asalnya dikendali dan ditadbirkan
oleh kerajaan tetapi diserahkan sepenuhnya kepada sektor swasta untuk suatu tempoh
masa yang dipersetujui. Penyerahan semula akan dibuat selepas tempoh itu matang.
Sementara dalam waktu pengangan sektor swasta, mereka bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas pembinaan, pengendalian, pembiayaan dan kesemua aspek berkaitan
dengan projek atau kegiatan yang diserahkan itu. Selepas tamat tempoh konsesi,

28
penyerahan semula akan dibuat kepada pihak kerajaan. Kerajaan sama ada
membenarkan atau tidak tempoh tersebut diperbaharui dengan berasaskan kepada
persaingan tender.
Penswastaan di dalam sektor perumahan giat dijalankan oleh kerajaan-kerajaan
negeri. Penglibatan sektor swasta di dalam membangunkan tanah-tanah kerajaan terbiar
yang berpotensi untuk dibangunkan kepada kawasan bandar baru dan perumahan adalah
langkah bijak. Ia dapat mengurangkan beban kerajaan negeri di samping memenuhi
keperluan rakyat. Untuk projek pembangunan dan infrastruktur yang lain beberapa
syarikat swasta telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya. Beban kerajaan
dapat diringankan di samping memberi peluang kepada sektor swasta mengambil
bahagian di dalam rancangan pembangunan negara.

2.8

Kesimpulan

Di Malaysia, penswastaan entiti awam diperhebat hanya selepas permulaan


dasar penswastaan pada 1983. Sejak 1983, dasar ini terus digiatkan. Banyak entiti awam
diswastakan di bawah pelbagai cara penswastaan yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Kedua-dua sektor awam dan sektor swasta mendapat manfaat daripada
penswastaan. Pemindahan khidmat awam kepada sektor swasta berjaya mengurangkan
perbelanjaan kerajaan dan dana yang dijimatkan telah digunakan untuk membiayai
projek pembangunan ekonomi yang lain. Entiti yang diswastakan juga menyaksikan
peruntukan sumber yang cekap serta peningkatan produktitviti pekerjanya. Di bawah
pelbagai cara penswastaan, banyak perniagaan milik bumiputera diwujudkan. Pada
keseluruhannya, kegiatan ekonomi negara sedang membangun dan berkembang dengan
selari.

29

Walaubagaimanapun, di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh, kerajaan akan


meneruskan usahanya untuk menggalak dan mengukuhkan perundangan sedia ada bagi
membantu proses penswastaan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai