Anda di halaman 1dari 10

Konsep Sains Sukan 1

Konsep
1.1 Definisi Sains Sukan
Sains Sukan ialah satu kajian yang sistematik yang membabitkan sains dalam sukan. Ia
melibatkan perubatan fisioterapi, pemakanan, biokimia, anatomi, fisiologi, psikologi sosio
dan biomekanik. Contohnya menari, memburu, menunggang kuda, lawan pedang dan
permainan bola.

Sukan ialah aktiviti manusia yang melibatkan organisasi yang khusus dan
perlaksanaan undang-undang. Aktiviti ini melibatkan pertandingan atau cabaran bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan (Hawkey, 1993).

Sukan lazimnya melibatkan aktiviti fizikal, pertandingan dan mempunyai kuantiti


yang boleh diukur seperti masa, jaringan gol, jumlah mata dan jarak.

Swanson dan Massenggale (1997), menjelaskan bahawa Sains Sukan bermula


daripada Pendidikan Jasmani. PJ bermula sebagai satu bidang ilmu yang memberi
fokus kepada aktiviti fizikal yang menjadi elemen penting bagi meningkatkan tahap
kesihatan.

Bidang ini kemudiannya berkembang secara perlahan-lahan dan menjadi satu bidang yang
melibatkan disiplin-disiplin sains.
Selaras dengan perkembangan ini wujudlah istilah-istilah antaranya:

kinesiology

exercise science,

human performance,

exercise

sports science.

Sains Sukan juga merupakan gabungan beberapa disiplin yang berteraskan sains.
Antaranya disiplin perubatan sukan, anatomi, fisiologi, psikologi sukan, biomekanik dan
pemakanan sukan. Penggabungan disiplin ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi
sukan.

Kesimpulannya Sains Sukan ialah aplikasi prinsip, idea serta pengetahuan sains ke atas
aktiviti sukan. Merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan dan aktiviti kokurikulum
(Cheah Swee Ming, 1995)

<iframe width="640" height="360"


src="http://www.youtube.com/embed/i5dRT2vDXo0?feature=player_embedded"
frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Kepentingan sains sukan

PRESTASI SUKAN

Kaedah dan latihan yang saintifik dapat meningkatkan prestasi sukan.

Pengetahuan tentang Sains Sukan dapat meningkatkan prestasi atlet, jurulatih dan pegawai
sukan.

Kajian oleh saintis sukan dapat digunakan untuk meningkatkan program latihan supaya lebih
bersistematik.

Di Malaysia Institut Sukan Negara (ISN) dan Institusi Pengajian Tinggi berperanan
menjalankan kajian Sains Sukan bagi meningkatkan prestasi sukan.

KESIHATAN

Pengetahuan Sains Sukan dapat membantu atlet meningkatkan tahap kesihatan dan
kecergasan secara menyeluruh.

Pengetahuan tentang pemakanan sukan dapat membantu atlet dan jurulatih merancang diet
yang sesuai untuk kesihatan, kecergasan dan prestasi mereka.

Mengetahui kaedah dan prosedur latihan dapat mengelakkan kecederaan.

Selain itu pengetahuan tentang pencegahan dan rawatan kecederaan dapat membantu atlet
menangani masalah kecederaan.

REKREASI

Pengetahuan Sains Sukan dapat diaplikasikan dalam pelbagai aktiviti fizikal sama ada
sukan untuk kecemerlangan atau aktiviti rekreasi.

Mengetahui cara-cara menjalankan aktiviti atau penggunaan alatan berekreasi dengan betul
dapat meningkatkan lakuan motor seseorang.

Mengetahui aspek sains dalam perlakuan fizikal atau kemahiran dapat meningkatkan lakuan
motor seseorang.

Contoh : seseorang yang terlibat dalam aktiviti berkayak akan mengaplikasikan prinsipprinsip sains sukan untuk membantu meningkatkan prestasinya dalam aktiviti tersebut.

EKONOMI

Sukan merupakan satu bidang yang dapat memberi pulangan yang lumayan. Penggunaan
peralatan, pakaian, dan gelanggang yang canggih membantu meningkatkan prestasi atlet.

Sains Sukan dapat meningkatkan ekonomi negara dengan adanya tajaan, pelancongan,
kajian saintifik dan peralatan sukan.

Penganjur yang berpengetahuan sains sukan dapat menarik lebih banyak penyertaan atlet,
penaja, pelancong dan saintis sukan dalam sesuatu kejohanan. Faktor ini turut
menyumbang kepada peningkatan ekonomi.

KERJAYA

Perkembangan sukan tanah air, mewujudkan peluang-peluang kerjaya dalam bidang


berkaitan dengan sukan. Kerjaya ini merangkumi, jurulatih, pegawai sukan dan atlet yang
mempunyai pengetahuan sains sukan. Peluang-peluang pekerjaan dan pendidikan dalam
bidang sukan adalah luas.

Antara kerjaya yang berkaitan sains sukan ialah wartawan sukan, pengulas sukan, ahli
perniagaan, instruktur kecergasan, ahli fisioterapi sukan, pegawai perubatan sukan dan
psikologi sukan.

Dasar Sukan Negara (DSN)

Sebagai satu usaha dan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan sukan negara, KBS telah
mewujudkan Dasar Sukan Negara (DSN).

Dasar Sukan Negara ( DSN ) merupakan dokumen yang komprehensif ke arah


perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Penggubalannya melibatkan
beberapa pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan
sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-badan
sukarela dan anggota perseorangan yang mempunyai kepentingan dan kepakaran dalam
bidang sukan.

Dasar ini diluluskan oleh jemaah menteri pada 20 Januari 1998 dan merupakan satu dasar
sukan untuk semua.

Sukan Untuk Semua (Sukan Massa)

Sukan untuk semua bertujuan untuk mengekal dan meningkatkan tahap kesihatan dan
kesejahteraan anggota masyarakat.

Sukan untuk semua merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal dan
spontan yang diuruskan bertujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas.

Sukan untuk semua diwujudkan bukan semata-mata untuk pertandingan. Semua


masyarakat terlibat dalam aktiviti sukan samada sebagai peserta, pengurus dan penyokong.

Diperkenalkan bertujuan untuk menjana semangat perpaduan di kalangan masyarakat di


Malaysia.

Sukan Untuk Kecemerlangan

Sukan Untuk Kecemerlangan adalah sukan berbentuk pertandingan yang diuruskan


mengikut peraturan dan syarat-syarat Persekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa
Olimpik untuk menentukan pemenangnya.

Sukan untuk kecemerlangan bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlet pada peringkat
tertinggi. Dalam hal ini, atlet diberi peluang bertanding pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.

Memberi tumpuan kepada pembangunan sukan dari peringkat akar umbi sehinglah ke tahap
kecemerlangan.

Antara usaha untuk mencapai kecemerlangan ialah dengan mendapatkan khidmat jurulatih
dari luar negara, menghantar jurulatih tempatan berkursus ke luar negara, memastikan
semua jurulatih mempunyai sijil kejurulatihan yang diiktiraf dan menghantar atlet berlatih ke
luar negara supaya dapat bersaing dan berlatih dengan atlet bertaraf dunia.

Objektif Dasar Sukan Negara

Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang
meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.

Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asas


sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.

Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan,


kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.

Mencapai kecemerlangan ke tahap yang tertinggi dengan semangat kesukanan yang tulen
dan mempertingkatkan perpaduan serta imej negara.

Tunjang Sains Sukan


Sains Sukan Tulen
Sains Sukan terdiri daripada gabungan bidang-bidang biologi, kimia, fizik dan matematik.
Biomekanik Sukan merupakan gabungan fizik, mekanik kejuruteraan dan biologi.

Fisiologi Sukan merupakan gabungan biologi dan kimia.

Perubatan Sukan merupakan gabungan Sains perubatan, biologi, fizik dan kimia.

Sains Sukan Gunaan

Sains yang mengkaji pergerakan manusia , mengkaji bagaimana anggota tubuh


menghasilkan pergerakan dan bagaimana pergerakan manusia boleh diperbaiki dengan
menggunakan berbagai teknik yang menghasilkan kestabilan tubuh, daya dan imbangan
yang paling optimum.

Contoh : prinsip biomekanik digunakan apabila anda membengkokkan lutut secara


semula jadi ketika mendarat setelah melompat.

Sukan Sukan Generik

SAINS SUKAN UNTUK KECERGASAN

Falls ( 1980 ). Kecergasan Untuk Kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan


dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu
perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik ( kekurangan pergerakan )
seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai penyakit otot dan tulang.

SAINS SUKAN UNTUK PRESTASI TINGGI

Sukan untuk kecemerlangan bertujuan untuk meningkatkan preestasi atlet pada peringkat
tertinggi.

Atlet harus diberikan peluang bertanding pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antara usaha untuk mencapai kecemerlangan ialah dengan mendapatkan khidmat


jurulatih dari luar negara, memastikan semua jurulatih memepunyai sijil kejurulatihan
yang diiktiraf.

SAINS SUKAN UNTUK SUKAN MASSA

Sukan untuk semua (sukan massa) bertujuan mengekalkan dan meningkatkan tahap
kesihatan serta kesejahteraan anggota masyarakat.

Sukan massa merujuk kepada aktiviti aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal dan sukan
spontan yang diuruskan untuk tujuan menggalakan penyertaan yang luas.

Sukan demikian diwujudkan bukan semata mata untuk pertandingan pada peringkat
kebangsaan mahupun antarabangsa.

Hala Tuju Sains Sukan


Hala tuju sains sukan dalam kumpulan masyarakat amat penting bagi meningkatkan
tahap pengetahuan sains sukan dalam aktiviti kecergasan. Antaranya :
Sains Sukan untuk wanita
Sains Sukan untuk lelaki
Sains Sukan untuk kumpulan kesihatan dan kecergasan tahap pertengahan,
rendah dan tinggi.
Sains Sukan untuk sukan massa

Sains Sukan untuk orang kurang upaya


Sains Sukan untuk kanak-kanak
Sains Sukan untuk warga emas
Sains Sukan untuk semua dan atlet berprestasi tinggi

Kepentingan Sains Sukan dalam Masyarakat


Peningkatan tahap kesihatan diri dari segi fizikal, melalui kegiatan fizikal, beberapa
penyakit dapat dicegah. Contohnya serangan penyakit jantung, kolestrol berlebihan,
diabetis dan sebagainya.
Menguatkan otot-otot, otot-otot menjadi lemah jika tidak digunakan selalu. Jika dilatih
otot-otot menjadi lebih kuat, lebih kasar, bertenaga dan lebih sihat.
Membantu dalam melancarkan sistem fisiologi badan manusia seperti sistem respiratori,
sistem kardiovaskular, sistem perkumuhan dan sebagainya.
Meningkatkan kesihatan mental iaitu mengurangkan stress, keyakinan diri dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai