Anda di halaman 1dari 9

JENIS JENIS PEMIMPIN

1. Kepimpinan Demokratik
Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat
sesuatu keputusan/tindakan. Dia juga percaya kepada musyawarah. Dia sering
menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kebebasan kepada
mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan
masing-masing. Para pemimpin jenis demokratik ini juga dikatakan mudah lentur dan
bergantung kepada sumber-sumber kuasa yang tidak mendesak seperti kepakaran,
memujuk, alasan-alasan yang kukuh dan ganjaran. Di samping itu, dia juga
menekankan konsep perkongsian tanggungjawab apabila sesuai dan juga memberi
kuasa.
2. Kepimpinan Autokratik
Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin.
Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang diberi tanpa
banyak soal. Pemimpin autocrat dapat mempastikan tugas-tugas yang diberi
dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya, tetapi oleh kerana mereka
hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama mereka lemah
dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif. Stail kepimpinan autokratik
diangggap berkesan dalam situasi yang terdesak kerana ia membenarkan proses
membuat keputusan yang tepat.
3. Kepimpinan Lepas-Bebas
Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk
bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak mencampuri langsung. Dia melihat
mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta membezakan
antara betul dan salah. Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
tindakan yang dilakukan, membiarkan mereka bersendirian dan jangan mengusik. Apa
yang diperlukan hanyalah matlamat yang telah dipersetujui tercapai. Selain itu,
pemimpin jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan juga

tidak mempunyai perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di bawah pemimpinpemimpin itu tidak ada prosedur untuk membuat keputusan yang jelas, maka konflik
antara berbagai kumpulan dinamik sama ada formal atau tidak formal akan wujud dan
sukar untuk dikawal.
Ketiga-tiga gaya kepimpinan di atas adalah penentu kepada bentuk kuasa dan juga
penjalanan politik dalam pentadbiran di sekolah. Oleh itu terpulanglah kepada para
pentadbir gaya kepimpinan yang mana jadi amalan mereka selama ini. Sebagai
rumusannya, memang tidak ada satupun jenis kepimpinan yang terbaik kerana aplikasi
gaya kepimpinan itu juga bergantuk kepada amalan kerja dan sikap individu dalam
sesebuah organisasi.
Cuma apa yang dapat diperkatakan di sini, semua pentadbir seharusnya dapat
menghindarkan diri daripada menjalankan kuasa dan politik yang berunsurkan
kepentingan diri sendiri. Ini kerana amalan seumpama itu akan melunturkan sikap
saling mempercayai di antara satu sama lain yang akhirnya meruntuhkan sistem politik
organisasi yang cuba dibangunkan. Wallahualam..

4. Kepemimpinan Biokratik
Kempimpinan biokratik amat berstruktutur dan berfungsi mengikut prosedur-prosedur
tertentu seperti mana yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi. Pemimpin
Biokratik menggunakan kuasa rasmi yang diberi kepadanya melalui perlantikan jawatan
untuk menerajui sesebuah organisasi. Tujuan kepemimpinan boikratik dalam sesebuah
organisasi formal bertujuan memaksimakan kecekapan melalui pengurusan dengan
menggunakan pendekatan rasional.
Model kepemimpinan biokratik tulen mengikut Weber (1989) dalam buku ,Asas
Kepimpinan & Perkembangan Profesional-pemimpin, memberikan penekanan kepada
aspek-aspek seperti :1.
2.
3.
4.
5.
6.

Organisasi berasaskan matlamat.


Pembahagian bidang pengkhususan.
Struktur berhierarki.
Mementingkan peraturan dan tertib
Mempunyai prosedur kerja yang amat teknikal
Perjawatan berdasarkan kelayakan dan kecekapan bidang.

Aplikasi kepimpinan biokratik amat nyata dalam bidang organisasi sekolah dan Institusi
pendidikan. Antara ciri-ciri kepemimpinan biokratik dalam organisasi sekolah ialah:1. Struktur organisasi yang berhierarki dengan Guru Besar berada di pucuk
kepemimpinan.
2. Guru guru mempunyai bidang kepakaran masing-masing.
3. Mempunyai satu peraturan sekolah dan jadual waktu akademik yang patut
dipatuhi.
4. Ketua bidang atau panitia mata pelajaran akan bertanggungjawab dalam
memastikan aktiviti kurikulum dilaksanakan mengikut garis panduan atau sukatan
yang telah ditetapkan.
Guru besar yang mengamalkan kepemimpinan biokratik biasanya akan memastikan
segala proses dan prosedur yang diamalkan oleh organisasi dipatuhi dan dituruti
sebelum memulakan sebelum sesuatu tugas itu ditujukan kepada pihak yang lebih
tinggi. Selain itu, pemimpin biokratik juga mempunyai akauntabiliti terhadap tugasnya
dengan memestikan kualiti kerja dipelihara dan matlamat organisasi dicapai.

Jenis-jenis Kepimpinan

Teori Gaya Kepimpinan

ADL aue i tms o s koe rkz a r- taf ia tk i rk e


Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan autokratik ini juga dikenali sebagai kepimpinan kuku besi yang mana
gaya kepimpinan yang mementingkan status dan kedudukan. Pemimpin seperti
ini akan membolot semua kuasa yang diberikan kepada kumpulannya
Kepimpinan Demokratik
Demokratik kuku besi :
mereka yang mengambilkira pendapat orang bawahan apabila membuat
keputusan tetapi mereka akan perhatikan kerja orang bawahan mereka
dengan teliti serta terperinci.

Demokratik bebas :
pemimpin yang membenarkan orang bawahnnya memberi pandangan

dan kritikan sebelum membuat keputusan.


Kepimpinan Kerja
Pemimpin dalam kepimpinan kerja mementingkan kerja dan kepimpinan yang
dipimpinnya.
Mereka banyak melakukan aktiviti merancang dan melaksanakan kerja,
mendorong orang bawahan supaya mematuhi segala peraturan, membuat
sasaran kerja yang perlu dicapai, menerangkan dengan jelas pembahagian
tugas dan tanggungjawab antara ketua.
Pemimpin dalam kumpulan ini tidak mementingkan hubungan dengan kumpulan
yang mereka pimpin dan hanya mementingkan peningkatan kecekapan dan
prestasi.
Kepimpinan Manusia
Mereka memfokuskan kepada aktiviti membina hubungan kemanusiaan antara
dirinya dengan orang-orang yang berada di bawah pimpinannya.
Biasanya pengikut akan menyukai mereka kerana pemimpin ini mengutamakan
kebajikan dan memberikan banyak penerangan.
Teori Kepimpinan Transformasi
Bryman

(1992)

menyatakan

kepimpinan

trasformasi

merupakan

proses

berlakunya perubahan dan transformasi dalam setiap individu yang melibatkan


nilai, etika, piawaian dan matlamat jangka panjang bagi setiap individu.
Pemimpin pada transformasi ini melibatkan motif para pengikut, memberi
kepuasan kepada kehendak setiap individu dan melayan setiap individu sebagai
individu yang sama.

Ciri-ciri pemimpin transformasi


Membantu organisasi supaya dapat melaksanakan perubahan positif.
Mempunyai visi dan misi.
Diyakini, dihormati, ditaati dan disanjungi para pengikut.
Berupaya mengemukkan wawasan-wawasan baru dan menggerakkan seluruh
tenaga kerja bagi menerima wawasan-wawasan baru untuk bersatu dan
bekerjasama.
Melakukan tugas dan tanggungjawab transformasi orang dan organisasi yang
dipimpin.
Memberikan visi dan misi serta perjuangan yang jelas kepada organisasi yang
dipimpin.
Teori Kepimpinan Karismatik
Kepimpinan berasakan kepada sifat peribadi manusia yang menarik yang ada
pada seseorang.
Max Weber menyatakan karisma adalah bentuk pengaruh yang bukan berbentuk
kuasa tradisi atau formal tetapi lebih kepada persepsi pengikut bahawa
pemimpin dianugerahkan sifat-sifat luar biasa.
Pemimpin yang mempunyai karisma boleh menarik pengikutnya untuk mencapai
visi dalam kepimpinan.

Teori X dan Teori Y


Konsep teori yang telah diperkenalkan oleh Douglas Mc Gregor pada tahun 1960
Perbezaan gaya kepimpinan seseorang adalah bergantung kepada tanggapan
pemimpin terhadap orang bawahnya.
Teori X adalah pemimpin yang berkesan apabila mereka memimpin secara
autokratik dengan menggunakan pendekatan carol and stik atau pemusatan
tugas.
Teori

menyatakan

pemimpin

yang

berkesan

adalah

mereka

yang

menggunakan kepimpinan demokratik dan memberikan keutamaan kepada


faktor manusia.

Bibliografi :

Anonimus. (2011). Jenis-Jenis Kepimpinan. Diakses pada March 4, 2013 daripada


http://nadiawatan-club.blogspot.com/2011/04/yang-mana-satukah-jeniskepimpinan-anda.html

Gagasansahabatku. (2012). Jenis Jenis Pemimpin. Diakses pada March 4, 2013


Daripada http://gagasansahabatku.blogspot.com/2012/03/jenis-jenispemimpin.html

Anda mungkin juga menyukai