Anda di halaman 1dari 1

Realisme sangat berkait rapat dalam hubungan antarabangsa.

Kewujudan teori ini tidak


boleh dipisahkan dengan senario yang berlaku yang saling berkaitan dengan aktor si pelaku.
Dalam teori ini lebih mengutamakan kuasa yang ingin dipertahankan demi negara mereka
malahan perang sentiasa berlaku maka tiada kedamaian berlaku. Dalam perspektif ini, realisme
berpendapat bahawa sifat manusia tamak dan kejam. Oleh itu, dunia sentiasa dipenuhi dengan
konflik kepentingan. Malah dalam konteks ini, konflik dan perang yang lebih luas merupakan
sebahagian daripada masyarakat antarabangsa. Selain itu, ada pandangan bahawa sistem
antarabangsa adalah anarki, dalam erti kata bahawa tidak ada kuasa dominan dalam hubungan
antarabangsa atau, tidak ada kerajaan ke atas kerajaan. Realisme menolak andaian bahawa
hubungan antara aktor dikuasai oleh hubungan kerjasama. Ia adalah berdasarkan kepada satu
sistem antarabangsa anarki. Hal ini memberi peluang kepada realis supaya sangsi dengan
kekurangan kemajuan dalam politik antarabangsa. Di samping itu, kepentingan negara adalah
salah satu daripada andaian perspektif realisme melihat hubungan antara aktor dalam
hubungan antarabangsa.
Selain itu, realisme ini adalah pelakon utama dalam hubungan antarabangsa yang mana
ianya berfungsi sebagai salah satu entiti politik berdaulat dan bebas. Dalam erti kata lain,
dinamik politik global dikawal oleh kerajaan. Di samping itu, skop atau isu-isu dalam hubungan
antarabangsa yang dikuasai oleh isu politik yang tinggi adalah isu kemampanan sesebuah
negara. Negara memberi perhatian yang tinggi kepada nilai-nilai keselamatan negara dan
kewujudan sesebuah negara. Jadi dengan melihat kepada entiti yang sedia ada, realisme
menganggap bahawa kerajaan adalah sebuah negara kesatuan sebagai aktor, aktor yang
mewakili aktor lain.

Anda mungkin juga menyukai