Anda di halaman 1dari 4

Info PdP Alaf 21 ;(Dapatan daripada LDP)

PdP alaf 21 mempunyai tujuh teras utama pedagogi iaitu ;


1. Perancangan Pengajaran , Kandungan dan Penyampaian

2. Mencipta persekitaran Pengajaran yang positif

3. Pentaksiran untuk Pembelajaran

4. Pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif

5. Kemahiran Penyoalan dan Berfikir

6. Pembezaan

7. Pengetahuan Profesional dan Refleksi

Ciri-ciri Pedagogi Alaf 21

PdP alaf 21 menekankan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif ,manakala g


uru bertindak sebagai fasilitator di dalam kelas.
Susun atur kerusi meja di dalam kelas pula adalah berbentuk kumpulan , bagi
memudahkan murid berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain. Pendekatan
pengajaran menggalakkan penggunaan teknologi maklumat (ICT) sesuai dengan peredaran
masa yang kini terdedah dengan internet dan aplikasi media yang lain.
Guru perlu menulis objektif pembelajaran di papan putih supaya murid jelas
matlamat aktiviti yang dijalankan .

melibatkan persekitaran pembelajaran emosi dan pembelajaran fizikal


PERSEKITARAN PEMBELAJARAN EMOSI :
Guru menetapkan peraturan murid perlu mematuhi peraturan dan rutin yang
ditetapkan .
Murid ditekankan dengan ganjaran dan akibat
Guru mempamer dan menggalakkan harapan yang jelas dan tinggi berdasarkan rasa
hormat, penghargaan , empati dan persefahaman
Bahasa positif , kata - kata semangat dan motivasi perlu ada dalam pdp.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN FIZIKAL

Sessi pdp diadakan dalam keadaan selesa, selamat , cekap dan mesra
Susun atur melibatkan pembelajaran berpusatkan murid , sesuai dengan usia dan
mata pelajaran
Menyediakan peluang murid akses sumber pembelajaran
Bahan pembelajaran dan hasil kerja murid dipamerkan.
PERBEZAAN DI ANTARA PEDAGOGI KONVENSIONAL DAN ALAF 21

Dimensi KONVENSIONAL ALAF 21


ASAS PEDAGOGI Memberi maklumat Membina maklumat
FOKUS PEMBELAJARAN Isi Pelajaran Belajar untuk belajar
STRATEGI Berinteraksi Bekerjasama dan
PEMBELAJARAN berinteraksi
MATLAMAT kawalan luaran Autonomi
PEMBELAJARAN
TEORI PEMBELAJARAN Tingkah laku kognitif
PERANAN GURU Mengajar Fasilitator
KAEDAH PENGAJARAN Terhad Terbuka
PENDEKATAN Luaran Mendalam
PEMBELAJARAN
STRUKTUR Tetap Fleksibel
PEMBELAJARAN
MODEL PENGAJARAN Berpusatkan guru Berpusatkan murid
OBJEKTIF Pemindahan maklumat Pertukaran idea/pemikiran
PEMBELAJARAN
KAEDAH PEMBELAJARAN Pasif Aktif

Dapatan daripada LDP ini maka dapat dirumuskan ;persediaan berikut untuk
melaksanakan pdp abad ke 21 ;

*Guru- guru yang melaksanakan pdp alaf 21 perlu ada;

1. Guru menunjukkan dan memberitahu objektif pembelajaran dan kriteria


kejayaan kepada semua murid di dalam kelas sebelum memulakan sessi pdp.
[Guru boleh menulis dan menampal objektif dan kriteria kejayaan itu di atas
papan tulis.] Murid lihat dan baca.

~ Objektif pembelajaran ditulis lebih umum .

manakala kriteria kejayaan ditulis secara khusus.

Contoh :

Objektif pembelajaran : Murid dapat menyenaraikan negeri-negeri di


Semenanjung Malaysia .

Kriteria kejayaan : Murid dapat menyenaraikan lima negeri -negeri di


Semenanjung Malaysia.

2. Lampu isyarat( atau dipanggil traffic light) - diperbuat daripada kadbod/


manilakad atau kad berwarna dan mempunyai icon wajah yang menggambarkan
faham , kurang faham dan tidak faham . Ia bagi kegunaan murid menunjukkan
aras pemahaman mereka sekaligus membantu guru mengecam murid yang
kurang memahami subjek yang diajar.

contoh icon traffic light : Guru boleh perbanyakkan icon ini untuk diberi
kepada semua murid untuk menggambarkan kefahaman mereka kepada
guru semasa sessi pembelajaran berlangsung.

.i) menggambarkan faham icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan "
saya faham cikgu"

ii) menggambarkan tidak faham icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya
tidak faham cikgu"

iii) menggambarkan masih keliru atau kurang faham icon ini murid tunjuk pada guru -
menggambarkan " saya masih keliru cikgu"

3. Anchor activiti : aktiviti pengukuhan bagi murid yang sudah memahami pembelajaran ,
boleh meneruskan aktiviti pengukuhan dengan menggunakan latihan yang disediakan
dalam sudut anchor aktiviti.

4. Parking Lot - untuk kegunaan murid yang malu bertanya jika tidak faham apa yang guru
sampaikan boleh menulis mesej / soalan yang mahu ditanya kepada guru dan menampal
kertas itu di board yang dinamakan 'parking lot'.

5. Sudut hasil kerja murid perlu diwujudkan bagi mempamerkan hasil kerja murid pada hari
guru mengajar. Sudut ini boleh diadakan di sudut matapelajaran supaya semua murid dapat
berkongsi hasil kerja rakan mereka.

6. Papan ganjaran - Murid yang bergerak secara berkumpulan boleh dimotivasikan dengan
papan ganjaran , di mana jika kumpulan berjaya memenuhi kehendak guru atau memenuhi
kriteria kejayaan dalam pdp pada hari berkenaan boleh diberi ganjaran / bintang untuk
ditampal di atas papan ganjaran.
Ini menggalakkan sikap ingin berlumba sesama mereka bagi mendapatkan ganjaran /.

* Satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua guru ialah, pedagogi abad ke
21 tidak semestinya menggunakan laptop serta LCD tetapi yang utama adalah pdp itu
berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator.

Anda mungkin juga menyukai