Anda di halaman 1dari 41

PENGENALAN PENULISAN ILMIAH

PENGENALAN

Sebelum belajar menulis, kita perlu memahami konsep penulisan barulah kita boleh fokus terhadap
bidang yang menarik ini.

Penulisan - alat/medium utk menyampaikan maklumat. Ia aktiviti manusia yang melibatkan kemahiran,
disiplin, minat, bakat dan kreativiti. Menurut Kamus Dewan, menulis ialah perihal atau kegiatan menulis
(mengarang), hasil daripada menulis (mengarang). Dalam Bahasa Inggeris: To write atau to compose.

Amalan penulisan melibatkan kegiatan memikir, mengkaji, memilih, merakam dan menulis sekumpulan
pengalaman hasil daripada pemerhatian, pengalaman dan pemikiran seseorang pengkaryanya. Penulisan
akan mencatatkan, merekodkan dan membolehkan bahasa itu dilihat dengan nyata. Jacques: Penulisan -
mentafsir, menyusun atau membina kata-kata, menghurai, menghimpun, mengulas dan menyalin.

Berusaha memecah segala masalah dan mengetahui hakikat dengan sedalam-dalamnya.


Menganalisis dan menilai fenomena bahasa sebagai jalan - pendefinisian, penghuraian, penelitian,
pengamatan dan penghujahan. Penulisan - hasil pemikiran dan menguji keupayaan berfikir secara logik,
kritikal dan matang dalam membincangkan sesuatu perkara, idea dan fenomena.

PENULISAN DESKRIPTIF/ ILMIAH


Bersifat ilmiah, akademik dan mempunyai kaitan dengan bidang epistemologi
4 bentuk penjelasan (exposition), penghujahan (argumentation), penceritaan (narration) dan
penghuraian (description)

Jenis esei akademik, rencana, berita, laporan, buku dan autobiografi


a. Penjelasan
Tujuan: memberi pemahaman kepada pembaca tentang teks atau perkara.
Dikenali dalam kewartawanan
Menjawab soalan 5W1H
6 metod perlu dilaksanakan dalam menjawab 6 soalan tersebut;
1. Identifikasi tentukan subjek
2. Perbandingan dan perbezaan Menerangkan subjek dengan memberi imej persamaan dan
pertentangan dengan subjek lain.
3. Ilustrasi kegunaan contoh dan gambaran untuk menjelaskan idea yang umum dan idea-idea fokus
4. Klasifikasi penjelasan tentang sesuatu proses, perkara atau cara melakukan.
5. Definisi memberi pengertian tertentu, makna dan takrifan subjek.
6. Analisis pembahagian komponen dan menerangkan satu-persatu.

b. Penghujahan
Mengandungi pendapat dan penilaian penulis tentang sesuatu perkara atau subjek.
3 kaedah rayuan logik, rayuan emosi dan rayuan etika
1. Rayuan logik hujahan berlandaskan alasan dan kesimpulan dengan pembuktian secara induktif dan
deduktif
2. Rayuan emosi (pathos) menguasai pemikiran pembaca melalui elemen perasaan, pengaruh, peribadi
dan gaya kepengarangan.
3. Rayuan Etika (Ethos) hujahan dari kombinasi bahasa, suasana atau bunyi dan mesej. Wacana
bermoral, berbudi dan waras.

c. Penceritaan
Pemberitahuan tentang sesuatu cerita. Boleh dituls dlm bentuk naratif, esei atau rencana.
Berdasarkan manusia dan peristiwa realiti. Untuk penekanan terhadap subjek, peristiwa yang berlaku,
tema atau tentang tokoh.

d. Penghuraian
Menterjemah sesuatu tanggapan, subjek, objek, atau manusia.
1. Huraian Objektif menerangkan dengan tepat bentuk luaran sesuatu subjek dan bebas mengikut
tanggapan penulis kamera terhadap situasi sebenar.
2. Impresionis sebagai pemberitahu dan memanipulasi emosi pembaca sehingga ditafsir secara
berbeza.

STRUKTUR PENULISAN DESKRIPTIF


1. Pendahuluan kemuka definisi, sejarah atau pernyataan tesis
2. Isi mengandungi idea topik yang mengembangkan idea utama (tesis) dan dibina dalam perenggan.
3. Kesimpulan penutup yang berupa penemuan, cadangan, ringkasan dan rumusan.

JENIS PENULISAN ILMIAH

Esei Ilmiah - panjang antara 4 - 20 halaman bergantung kepada instruktor


Diterbitkan dalam jurnal, buletin, kertas persidangan dll. bukan kertas penyelidikan formal w/p ada kajian
ringkas diperlukan untuk mengukuhkan topik;
Elemen: Ada pernyataan tesis, pembuktian dan contoh dan bersifat objektif/ bukan pandangan peribadi.
Penulisan ilmiah dan formal dari segi bentuk dan gaya bahasa.
Untuk tujuan akademik yang memerlukan sokongan, penerangan, hujahan dan pembuktian.
Esei ilmiah - tugasan untuk pelajar IPT. Ia memerlukan fakta dan maklumat menerusi sumber sekunder
spt. Buku, jurnal, akhbar, prosiding dan majalah atau disebut kajian literatur atau kajian perpustakaan.

Laporan Penyelidikan: Tesis/ Disertasi/Kertas projek - kajian yang mendalam melibatkan


hipotesis bagi membuktikan kebenaran berdasarkan metodologi saintifik dan analisis terperinci.
Bentuk hasil penyelidikan yang mempunyai format tertentu.
Mengandungi latar belakang masalah, literature review, hipotesis kajian, metodologi kajian, analisis
kajian/ penemuan dan kesimpulan.
Laporan ditulis dalam Latihan Ilmiah, Disertasi, Tesis dan Kertas Kerja Pembentangan
Tesis, disertasi, kertas projek - hasil kajian ilmiah yang dilaporkan secara kemas dan sistematik.
Tesis, disertasi dan kertas projek memerlukan data primer untuk mengukuhkan fakta dan hasil kajian,
manakala maklumat sekunder diselitkan sebagai kaedah penjelasan dan pernyataan umum terhadap
fakta primer yang diperolehi.

Buku Ilmiah - berdasarkan piawai ilmiah yang standard berdasarkan prosedur penerbitan penerbit
tertentu. Genre terpenting dalam hierarki ilmu. Buku karya asli, terjemahan, kamus, ensiklopedia dll

KEPENTINGAN PENULISAN ILMIAH


Penulisan ilmiah merupakan alat komunikasi yang penting bagi tujuan memberi maklumat kepada
khalayak yang berupa fakta. Lantaran itu, tujuan penulisan ilmiah ialah untuk;

Penyebaran Ilmu: berdasarkan bidang yang dipilih oleh pengkaji atau penulis itu sendiri.

Pembangunan minda: Meningkatkan kemantapan intelek penulis dan pembaca.

Memahami manusia dan masyarakat: kajian yang berkaitan dengan penulisan ilmiah mestilah
berkaitan dengan manusia dan masyarakat terutama untuk bidang sastera dan sains sosial.

Meningkatkan ketakwaan: Hasil kajian dan penulisan akan dapat melahirkan sifat taabud dalam diri
tentang keindahan dan kebesaran Allah SWT yang mengatur hidup manusia sebaik-baik aturan.

FALSAFAH PENULISAN ILMIAH

Keesaan Allah (konsep Taabud)


Allah adalah punca ilmu dan perkara yang diketahui manusia amat terbatas.
Penulis perlu akur, ilmu yang diterima dan diperolehi akan dipertanggungjawabkan.
Autoriti ilmu adalah milik Allah dan penulis terikat dengan etika penulisan yang berhemah dan dibenarkan
Islam

Alam sejagat
medan atau bahan fokus penulis. Penulis meneroka segala ilmu dalam alam sejagat menerusi kajian dan
pemerhatian. Ilmu disaring dan dirakam dalam bentuk penulisan ilmiah.
Penulis perlu mematuhi hukum dan fitrah alam- memilih metod yang sesuai

Penulis dan teks ilmiah


Penulis bertanggungjawab merangka, menyusun dan menyiapkan teks ilmiahnya. Penulis perlu memiliki
kekuatan ilmu, ikhlas, jujur, tabah, kritis, peka, kreatif, pencinta bahasa, realis, objektif dan pragmatik

Pembaca
Pembaca ialah orang yang kritis dan analitis terhadap teks yang dibaca, membaca, memahami dan
mengguna semula fakta dan data. Pembaca - dicerna sebaqai ilmu dan hikmah untuk pembangunan
insaniah.

Ciri-ciri Penulisan Ilmiah


1. Maklumat benar, sahih spt fakta, data, carta, rajah dll
2. Sumber maklumat sahih dari sumber sekunder dan primer
3. Format standard dari segi kandungan teks, kutipan, rujukan (bibliografi) dan elemen-elemen
mekanisme penulisan berformat
4. Gaya yang formal
5. Meneroka dan menggali isu

TUJUAN PENULISAN ILMIAH

Pembelajaran - mengikut bidang tertentu bagi memahami subjek yang dipelajari dalam kelas
Penyelidikan penyelidikan mengikut bidang tertentu untuk membuat penemuan-penemuan baru dan
membuktikan kemantapan ilmu dan teori bagi memantapkan kepakaran seseorang
Penaakulan berdasarkan pengertian yang jelas, pertimbangan yang teliti, pemikiran yang logik.
Perlukan hujahan yang mantap- wacana ilmiah

Etika Penulisan Ilmiah


Prinsip moral dalam penulisan agar tidak berlaku plagiat dalam penulisan;
- Akta percetakan, Akta keselamatan Dalam Negeri (1960), Akta Menghasut (1948) Akta Pindaan
Perlembagaan (1971), Akta Hak Cipta (1987)

Kecelaruan dalam Penulisan Ilmiah


Penggunaan MLA atau APA dalam penulisan bibliografi sering berlaku apabila pelajar tidak memahami
kaedah yang sedang digunakan. Dalam peraturan umum, kaedah bebas boleh digunakan asalkan ia
bersifat berterusan atau tidak mencampur-baurkan kaedah. walau bagaimanapun, sesetengah Universiti
telah menetapkan kaedah tertentu dalam penulisan. maka pelajar perlu mengikuti kaedah yang
ditetapkan.

Petikan bibliografi yang amat sedikit (hanya 5 sumber shj). Bibliografi perlu mencukupi untuk
menunjukkan kesungguhan pelajar mencari bahan rujukan perpustakaan.

Terlalu banyak rujukan sekunder dari majalah dan akhbar, terutama masalah yang bersifat popular
kerana bahan ini dianggap kurang berautoriti.

kesilapan bahasa - ejaan dan istilah kerana kelemahan pelajar menguasai bahasa.

kesalahan teknikal - tanda baca dan taip- kecuaian pelajar dan memperlihatkan kemalasan pelajar
membuat semakan atau editing terhadap penulisannya.

Penggunaan kata kekunci untuk mengakses maklumat on-line - kaedah penulisan bahan interenet perlu
dinyatakan tarikhnya berserta alamat lamannya dengan lengkap.

Plagiarisme dalam Penulisan Ilmiah- kaedah cut and paste sering dilakukan oleh pelajar semasa
mengambil rujukan. hal ini memperlihatkan kesilapan pelajar dalam mengambil idea dan membuat
petikan. kesilapan kaedah citation boleh menyebabkan pelajar dituduh menciplak dan Integriti ilmu akan
dipertikaikan serta kesyumulan ilmu tercabar

Cara hindari plagiarisme;


- Memetik perkataan, frasa atau ayat - catat sumber rujukan kemudian berikan pandangan tentang
kutipan itu.
- Rumus atau ringkaskan petikan dari mana-mana sumber rujukan dan catatkan sumbernya.

Senarai Semak semasa membuat penyemakan penulisan ilmiah;


Topik tepat
Pernyataan tesis yang sesuai
Ejaan betul
Istilah tepat
Tanda baca tepat
Pengenalan menarik
Penutup menarik
Laras bahasa betul
Semakan draf pertama
Semakan draf kedua
Kaedah Pemerengganan betul

KULIAH 2: KOMPONEN DALAM PENULISAN ILMIAH


PENGENALAN
Bahasa: untuk menyampaikan segala idea, pengetahuan, pengalaman dan dapatan kajian. Gaya bahasa
mesti formal. Elakkan bahasa berikut;
Perkataan tidak baku: Samada / Sama ada, tak ada / tidak ada dll
Perkataan Slanga
Perkataan tidak sopan: kencing/ buang air kecil, pelajar bodoh/ pelajar lemah
Perkataan usang/kuno : arakian, hatta, syahdan
Perkataan puitis: usia yang senja
Perkataan daerah
Perkataan bombastik/ berlebihan: amat tinggi sekali/ amat tinggi atau tinggi sekali

KOMPONEN DALAM PENULISAN ILMIAH


Bukti: pengkajian dan penulis harus bertanggungjawab atas segala kenyataan, perenggan, ayat atau
perkataan yang ditulisnya. Sumber perlu dinyatakan dengan jelas pada setiap dakwaan.
Grafik: diperlukan dalam penulisan ilmiah untuk menyampaikan maklumat atau data yang diperolehi atau
sebagai bukti terhadap kenyataan penulis. Ia boleh jadi jadual, gambarajah, graf, carta, pelan dan iklan.
Tajuk perlu ditulis di bawah grafik.

Penyelidikan: penulisan ilmiah banyak bergantung kepada aktiviti penyelidikan spt tesis, disertasi dan
kertas kerja. Ia memerlukan persoalan atau masalah tertentu untuk diselesaikan.
Definisi konsep: konsep digunakan untuk menghuraikan idea dan pembaca mudah memahami segala
idea yang ingin disampaikan dan sebagai garis panduan memahami kajian.

Saintifik: segala perkara yang disampaikan dan dibincangkan perlukan pembuktian secara sistematik.
Lazimnya menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Kaedah induktif digunakan untuk membuat
hipotesis atau rumusan cerapan yang telah dilakukan manakala pembuktian melalui kaedah deduktif ialah
pengumpulan data dan maklumat untuk menentukan sama ada hipotesis yang dibina itu benar atau
sebaliknya.

Pernyataan masalah:Tanpa memahami masalah kajian, penulis sukar untuk menghasilkan tulisan llmiah
yang baik. Penulisan ilmiah bertujuan untuk menjawab semua masalah yang mendasari penulisan dan
ketidakjelasan masalah menyebabkan penulis dalam kebingungan. Masalah diperolehi dari sumber
pengalaman, hubungan manusia, alam dan tuhan dan hasil pembacaan. Faktor internal (penyelidik) dan
faktor eksternal (penyokong) perlu dipertimbangkan untuk mengenalpasti masalah. (minat penulis dan
data mencukupi)

Objektif: aktiviti tanpa objektif menjadikan pelaksanaannya tidak sempurna. Ia berfungsi sebagai
panduan untuk menghasilkan penulisan. Objektif dibina berdasarkan masalah kajian.
Hipotesis: merupakan pendapat yang belum sempurna. Ia bersifat sementara dan perlu diuji
kebenarannya melalui penyelidikan yang akan dijalankan. Hipotesi boleh bersifat negatif (Hipotesis Null)
dan hipotesis bersifat positif (hipotesis Alternatif).

Tinjauan literature: dilakukan untuk mendapatkan maklumat dan fakta yang berkaitan dengan
masalah yang ingin ditulis. Lazimnya setelah mengenalpasti masalah, penulis memerlukan maklumat dan
fakta yang berkaitan dengan masalah dalam konteks yang betul.
Fungsi tinjauan literature: dijadikan asas untuk menentukan masalah kajian, mendapatkan idea yang
jelas tentang masalah yang ingin ditulis, mengetahui dan membezakan masalah penulis dulu dan
maslaah ingin ditulis dan penulis dapat memfokuskan masalah kajian.
Komponen dalam Penulisan Ilmiah
Proses aktiviti tinjauan literature;

Nota kaki: ditulis di bahagian bawah halaman teks, pernomboran perlu mengikut urutan dan bermula
dengan nombor baru pada setiap bab.
Kesimpulan: perlu dilakukan rumusan bagi setiap bab sebagai mengenalpasti idea utamanya.

STRUKTUR PENULISAN
Pengenalan
Isi
Transisi
Pengakhiran/ kesimpulan

STRUKTUR ESEI
(RAJAH RUJUK KEPADA PENSYARAH)
Introduction
Beginning
Middle

End

Beginning

Middle

End
OUTLINE
Tema/Tesis
Fokus subjek
Definisi
Isi-isi utama/ topik subjek
Penjelasan
Pembuktian
Eksperimen
Kritikan
Kesimpulan
PEMERENGGANAN
Pemerengganan
Penulisan suatu proses yang saling berhubungan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain.
Perenggan, ayat atau perkataan berperanan dalam menentukan gaya dan mempunyai peranan tertentu
Perenggan memainkan peranan utama dalam pembentukan keseluruhan penulisan.
Setiap perenggan mempunyai hubungan antara satu sama lain.
Perenggan terbahagi kepada 2 iaitu Paragraph Unity dan Paragraph function.

Paragraph Unity (Perenggan yang padu)


- Kepaduan perenggan perlu jelas dan dapat diikuti oleh pembaca.
- Kepaduan dalam perenggan menggambarkan kepaduan dalam pemikiran
- Kepaduan - kesamaan (homogeneity) dan ikatan (cohesiveness)
- Setiap perenggan mesti mempunyai ayat topik (topic sentence)
- Ayat topik merupakan pengembangan dari tesis penulisan.

Bentuk Paragraf
Topic sentence Details

Details Topic sentence

Ayat topik 1

Huraian

Ayat topik 2

Huraian

Ayat topik

Huraian

Bagaimana perenggan berfungsi (Paragraph Function)


- menyelesaikan masalah penulisan / memulakan penulisan dan menyudahkannya
- Percontohan (examples)
- Sebab dan akibat (cause and effect)
- Pendefinisian
- Contrast and comparison (perbezaan dan perbandingan)
- perenggan permulaan
- perenggan Penutup
FUNGSI PERENGGAN
Memberi kerehatan kepada pembaca setelah mengalami satu pemikiran dari bacaan tersebut.
Menjelaskan tentang fakta yang ada dalam perenggan tersebut.
Memfokus satu idea dalam satu perenggan
sekumpulan unit idea dan disusun mengikut jalinan idea tersebut.
Struktur dalam perenggan mesti ada ayat topik, Isi/ hujahan dan kesimpulan
PERENGGAN PENGENALAN
Penarik, menyampaikan latar belakang maklumat dengan tepat dan ringkas dan mengemukakan tesis
penulisan
Ciri-ciri perenggan pengenalan: ringkas dan padat, sederhana pendek dan guna perkataan beraksi
Jenis perenggan pengenalan pengenalan ringkasan, deskriptif, ucapan langsung, penceritaan dan
pernyataan memeranjatkan

PERENGGAN PENUTUP
Perenggan Penutup kesimpulan utk penulisan dalam bentuk pernyataan semula atau penegasan semula
idea utama atau harapan penulis. Mengandungi penyimpulan, pengukuhan tema-mesej, penjelasan
pengertian dan kepuasan penulis/ pembaca
Perenggan isi
Perenggan yang mengisi tubuh penulisan dan mengemukakan idea topik dan perkembangan idea utama.
Kebiasaannya mengandungi lima perenggan isi sekurang-kurangnya.

Struktur perenggan
PENGENALAN
ISI 1
PERENGGAN TRANSISI
ISI 2
PERENGGAN TRANSISI

PENUTUP
PERENGGAN TRANSISI
kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain- memberitahu pembaca tentang
idea baru, meletakkan isi dalam perspektif sebenar dan menyatukan bahagian idea dan hujahan.

PERENGGAN DIALOG/ KUTIPAN


Ditulis dalam petikan langsung dengan perenggan khas.
Contoh;
Siddiq Fadzil menjelaskan,
Generasi baru merupakan barisan ansaru d-dawah, mujahid dawah yang dapat ditampilkan sebagai
qudwah- ikutan dan model teladan- dalam penghayatan segala cabang ajaran Islam dan hukum-
hukumnya.
CIRI-CIRI PERENGGAN
Kejelasan memberi makna penulisan idea yang terang, nyata dan mudah difahami. Dihasilkan melalui
ayat yang tepat dan tidak meleret-leret.
Kesatuan pemusatan keseluruhan idea terfokus kepada tajuk
Kepautan ayat-ayat yang dibina bergerak lancar atau idea tertinggal.
Kerapian pembaca mudah mengikuti aliran pemikiran dan idea penulis.
Latihan Tutorial
Analisis satu artikel jurnal
Idea utama artikel (tesis)
Idea topik dalam perenggan
Ayat transisi
Bentuk perenggan

KULIAH 3: PROSES PENULISAN ILMIAH


Mencari Topik Penulisan
Menjurus Topik Tulisan
Mencari Sumber bahan dan membuat catatan
Menganalisis, menilai dan mentafsir bahan
Menentukan format dan gaya penulisan
Penulisan
Penyemakan

Mencari topik dan


menjurus topik bidang
Mencari topik
Topik mesti baru atau mendekati tajuk daripada perspektif yang lain.
1. Meneliti minat peribadi
2. Berbicara dengan orang lain
3. Menggunakan Imaginasi
4. Membaca terbitan bidang
5. Literature review

Menjuruskan topik tulisan


Apabila memperolehi sesuatu topik, bentuknya belum sempurna. Faktor-faktor ini akan menjadi asas
sesuatu tulisan;
1. Khalayak sasaran;
a. Siapa pembaca/ kumpulan sasaran
b. Perkara yang diketahui oleh pembaca tentang subjek atau topik
c. Perkara yang perlu diberitahu kepada pembaca tentang topik.
d. Perkara yang diminati oleh pembaca

2. Tujuan tulisan;
a. Tujuan hujahan
b. Tujuan analisis
c. Tujuan penjelasan
3. Kenyataan tesis
a. Ayat lengkap, bukan frasa atau fragmen
b. Ayat yang menyatakan pendirian atau pendekatan tertentu
c. Ayat itu memerihalkan arah perbincangan penulis
d. Ayat itu menonjolkan subjek yang wajar dikaji.

4.Topik bidang penulis:


- Tulis tentang apa yang diketahui oleh penulis dan apa yang ingin diketahui.
5. ancang model yang dipilih untuk mencerakin isi;
- model sistem: rangka kasar isi dan susun idea dan isi mengikut kepentingan
dan sub-idea/isi
- model dialektika: penulisan perbincangan dan perbahasan tentang pelbagai
isu semasa/ membahaskan persoalan abstrak dan bersifat falsafah spt.
Perpaduan, persahabatan dll. Mencari jawapan terhadap persoalan yang timbul
- Model hipotesis: model saintifik untuk menghurai dan menggarap keseluruhan
maklumat dan idea yang dihimpun. Sesuai untuk tesis, disertasi dan laporan
penyelidikan.
Guna struktur sistematik;
kenalpasti masalah - ungkapkan pernyataan tajuk - tajuk diselidiki - kumpul data pelbagai sumber -
teori/hipotesis utk menjelaskan fenomena tajuk - analisa data utk sahkan hipotesis - kesimpulan
- Model Gabungan: kombinasi ketiga-tiga model. Sesuai utk penulisan jurnal, tesis dan laporan.
Model sistem (rajah1)
Peta Minda
Rangka asas
Pengenalan
Isi 1
Isi 2
Isi 3
Isi 4
Isi 5
Kesimpulan

Mencari sumber bahan dan membuat catatan


Sebelum membuat penyelidikan, penyiasatan perlu dilakukan untuk mencari bahan yang berkaitan
dengan sesuatu topik atau dikatakan literature review
1. Apakah jenis penyelidikan yang pernah dilakukan dalam bidang itu?
2. Apakah yag ditemui dalam kajian-kajian sebelum ini?
3. Apakah syor atau cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji untuk kajian masa depan?
4. Apakah yang belum dikaji lagi?
5. Bagaimanakah kajian boleh meningkatkan pengetahuan kita dalam bidang itu?
6. Apakah kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian masa lalu?
Mencari bahan
Perpustakaan
- buku, majalah,makalah dll
a. Sistem kad katalog
b. Sistem pengkalan data
c. Mikrofilem
d. Opac
Observasi
Wawancara
Soalselidik
Laman Web
Eksperimen
Kes
Membuat Catatan
Untuk tujuan ingatan.
Bentuk catatan;
- sistem kad
- fotostate
- Komputer bimbit
Perkara dicatat;
- Nama penulis
- Judul rujukan
- Nama terbitan
- Nombor panggilan perpustakaan
- Lokasi bahan
- Catatan peribadi tentang kandungan bahan yang penting.
- Kesesuaian bahan untuk bahagian/ topik yang berkaitan.

Menganalisis, menilai dan mentafsir bahan


Sebelum memilih kaedah analisis, perkara-perkara berikut perlu diteliti;
1. Bahan yang hendak diteliti
2. Kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji lain.
3. Tempoh masa dan kos yang terlibat
Proses Analisis bahan
Proses menilai data mengadun/ menganalisis data membuat pentafsiran data dan analisis.
Data ialah sebarang maklumat angka, fakta, persepsi dll yang dikumpul untuk dianalisis.
Sumber Data Sumber primary dan sumber sekunder
Sumber primary kaitan langsung dengan subjek kajian temubual, observasi, laporan, autobiografi,
diari, fail, artifak, tesis, minit mesyuarat, catatan pengembara dan karya asal pengarang.
Sumber sekunder sumber perantara subjek yang dikaji ulasan, makalah, buku-buku ilmiah.

Sumber autoritatif tulisan klasik atau tokoh yang sudah establish atau tokoh pengkaji sesutu bidang
secara intensif dan ekstensif dan diakui keilmuannya Imam al-Ghazali, al-ShafiI, Abu Yusuf, Ahmad
Ibrahim (undang-undang). Khoo Kay Kim (Sejarah Malaysia) dll.
Sumber tidak berautoriti penulisan dari yang tidak dikenali dalam bidang-bidang berkenaan.

Laman Web rasmi sahaja dari badan-badan kerajaan dan Ngo/ swasta tetapi memerlukan sokongan
lain catat nama badan pemilik laman, tajuk makalah, tarikh dipetik, alamat laman sering dipinda dan
diperbaharui.

Penilaian data/ bahan


Disebut kritikan data yang dilakukan pada dua peringkat;
1. Kritikan luaran ketulinan dan kekuatan sumber data kaedah penetapan hukum: tarjih, takhsis dan
nasakh.

a. Tarjih memperbandingkan asal-usul teks - bila dihasilkan, oleh siapa, siapa sebenarnya penulis
dalam konteks ilmu dan zamannya (tentukan mana sumber yang paling kuat).
b. Takhsis menilai dari sudut maksud umum atau khusus adakah kenyataan bersifat umum itu
mempunyai penjelasan yang khusus? Tulisan untuk masyarakat umum atau untuk masyarakat akademik?
bahan yang perlu dirujuk untuk masyarakat akademik kerana sumber dinyatakan dengan jelas,
perbincangan objektif dan mengikut peraturan akademik yang lazim.

Sambungan- penilaian bahan


c. Nasakh menilai kekinian teks menilai pendapat ulamak yang berbeza mengikut zaman,
pengetahuan, tempat dan pengalaman. Perbezaan tarikh zaman akan membolehkan pembaca
memperbandingkan pendapat2 berdasarkan zaman dan keadaan.
2. Kritikan dalaman menilai ketepatan maklumat yang ada dalam dokumen berkenaan cara membuat
rujukan kepada pelbagai sumber mengenai maklumat yang sama, kesepakatan sumber tentang fakta,
penjelasan konsep mengikut zaman dan budaya.

Analisis Data
Kaedah induktif dan deduktif dijelaskan.
1. Kaedah induktif/ induktif- generatif semua maklumat dikumpul bagi menghurai fenomena kajian dan
dicari hubungan-hubungan fakta-fakta atau keterangan yang terkumpul untuk mengenali bentuk-bentuk
atau untuk merumuskan sesuatu gagasan fikiran.

2. Kaedah deduktif Penyelidik menggunakan teori atau gagasan fikiran yang ada bagi membantu
mengumpul data dan menjelaskan fenomena kajian untuk dibandingkan dengan yang berlaku aplikasi
teori dalam menyelesaikan masalah.

3. Analisis data membanding, mengkategori dan menyusun data untuk menjelaskan sesuatu keadaan,
membuktikan hipotesis atau menjawab soalan. Maklumat yang diperolehi dibandingkan dan ditentukan
keabsahannya.

4. Pengkategorian melakukan pemisahan data dalam kumpulan yang mempunyai ciri yang sama.
Eg. Kategori sebab dan kesan. pemecahan kategori besar kepada yang lebih kecil kaedah ini
memerlukan sifat kritis.
5. Penyusunan fakta menghurai atau menjelaskan maksud-maksud tertentu peristiwa disusun
mengikut kronologi untuk jelaskan perjalanan sejarah atau bermula dengan fakta yang kuat kepada fakta
yang kurang kuat.

Penafsiran Data
Penafsiran data memerlukan kekuatan dan kekritisan pemikiran dalam memahami apa yang berlaku di
sebalik data yang terkumpul.
a. Data Kuantitatif kaedah statistik
b. Data kualitatif keupayaan mental menanggap masalah kajian menggunakan soalan mengapa.
Kekuatan Analisis
Kekuatan analisis kualitatif diukur dari pengumpulan data, kelengkapan, kekuatan data dan relevansi
data, kesesuaian kaedah, sumber primari atau autoriti.

Masalah dalam Analisis Data


1. Data khusus dikumpul untuk menjelaskan keadaan yang umum.
2. Data dikumpul tidak seimbang Data lain /sampingan melebihi data utama.
3. Pengkategorian tidak dilakukan dengan cermat
4. Pengkaji tidak memahami betul-betul teori atau pemikiran yang digunakan.
5. Memahami data secara luaran sahaja kemuka data tanpa analisis atau hanya berdasarkan persepsi
awalnya sahaja.
6. Analisa tidak berasas,. Tidak tersusun dan tidak rasional- tidak ke arah objektif kajian.
7. Tidak selaras antara objektif, analisis, rumusan dan cadangan yang dikemukakan.

Analisis Data dlm SPSS


Statistical Package For Social Science pakej statistik untuk menganalisis data dalam bidang sains sosial
Penggunaannya bukan sahaja untuk memasukkan data dan menganalisis bahkan mampu
mengemukakan carta dan grafik menarik bersesuaian dengan penemuan kajian.
Data biasanya dalam bentuk borang soal selidik yang dibentuk sesuai dengan tujuan kajian.

Fungsi SPSS;
- memasuk dan mengedit data
- memanipulasi data
- meringkaskan data (Jadual taburan kekerapan, secara deskriptif, jadual silang)
- Membentuk dan mengedit carta (carta palang,graf garis)
- memilih ujian statistik (kajian perbandingan, kajian perkaitan ) kaedah nominal (no mewakili), ordinal
(tahap kepuasan), interval (skala susunan), ratio (data diukur dgn nilai sebenar pemboleh ubah)

Analisis data menggunakan NVIVO 8


NVIVO 8 digunakan untuk menganalisis data kualitatif interview, literature review, teks penulisan, teks
ucapan
Data dianalisis secara manual terlebih dahulu, ditaip semula/ discan dan dimasukkan dlm sistem untuk
dianalisis
Penemuan diperolehi mengikut peratusan kekerapan penggunaan
Rujukan
1. John. E. Jordon, (1965), Using Rhetoric, New York: Harper & Row Publishers
2. (2001), Buku Panduan Penulisan Tesis/Disertasi Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam
3.Sivachandralingam Sundara Raja (2001) Pemikiran dan Penulisan Ilmiah, Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.
4.Zukarnain Zakaria dan Hishamuddin Md Som (2001) Analisis Data Menggunakan SPSS WINDOWS,
Skudai: Penerbit UTM
5.Md. Sidin Ahmad Ishak dan Mus Chairil Samani, (1996), Strategi Penulisan: Panduan Khusus Kepada
Penulisan, Universiti Kebangsaan Malaysia: Jabatan Komunikasi
6. Mohd. Azhar Abd. Hamid dan rakan-rakan, (2001), pengenalan kepada Penulisan Ilmiah, Skudai:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Latihan tutorial
Jelaskan fungsi SPSS dan NVIVO 8 dalam penyelidikan.
Bentangkan dalam kelas tutorial

KULIAH 4 & 5: METODOLOGI PENYELIDIKAN


PENGENALAN
Metodologi dalam penyelidikan amat penting bagi memberi panduan kepada
pengkaji bagaimana data dikutip dan dikumpul.
Penjelasan tentang metodologi yang digunakan akan memudahkan pengkaji
dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan secara lebih sistematik dan
menjimatkan masa
Metodologi penyelidikan terbahagi kepada dua;
Metode kualitatif
Metode Kuantitatif
Metode Kualitatif
Induktif, deduktif dan komparatif
Analisis teks/ analisis kandungan
Kajian perpustakaan

ANALISIS KANDUNGAN
Analisis kandungan merupakan metode penyelidikan yang membuat tumpuan
terhadap media.
Pengamatan atau ulasan diberikan terhadap apa yang diperkatakan, dibaca,
didengar, dilihat, ditonton dll.
Penyelidik membina pendapat terhadap sesuatu isu apabila didedahkan oleh
media seperti akhbar, majalah, TV, radio, buku, novel, puisi, cerpen, ucapan dll.

Ciri-ciri analisis kandungan;


Objektif pemecahan kategori yang jelas dan mengikut tatacara yang digunakan/
teori
Sistematik analisis dilakukan untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan
persoalan kajian
Kualitatif analisis yang dilakukan dikemukakan secara deskriptif dengan kaedah
induktif, deduktif dan komparatif

Kegunaan Analisis Kandungan


Menguji hipotesis
Memahami isu semasa
Mengkaji persoalan sejarah
Mengkaji pemikiran tokoh
Mengetahui trend masyarakat
Membuat penilaian terhadap penyampai

Metode analisis kandungan


Persampelan perincikan bidang, satu alat media (akhbar shj), tentukan masa
(2004) dan pemilihan saiz sampel yang munasabah secara rawak nombor.
Kategori tepat dengan tujuan kajian, berfungsi dan mudah dikendalikan;
- Unit catatan: himpunan dokumen tertentu dan kategori tertentu untuk memberi
pengertian subjek secara perkataan
- Unit konteks memberi pengertian terhadap subjek kajian secara pengertian
luas, tafsiran kualitatif
- Sistem perhitungan- cara mengira atau menjumlahkan data : pengekodan binari
(mempastikan kategori data ada), kekerapan kategori dokumen menyebut,
kekuatan kategori, jumlah ruang (liputan)
- Skor penonjolan isu menjadi perhatian besar, perbandingan antara media,
antara bahasa

Faedah kaedah analisis kandungan


Menjimatkan masa dan perbelanjaan seorang penyelidik dan hanya dokumen
yang terlibat
Keselamatan data direkodkan dan dokumen boleh diperolehi bila dikehendaki
Kajian sejarah rujukan mudah dalam buku di perpustakaan
Tidak menonjol - tiada kesan terhadap subjek kerana teks sudah sedia siap.
Saiz sampel - saiz sampel besar dan tiada masalah untuk dapatkan hasil
Berkualiti tinggi dokumen mempunyai nilai intelek berbanding soal selidik
Analisis jangka panjang menyelidiki arah aliran perubahan sikap, pemikiran
sehingga tempoh 50 th.

Kelemahan kaedah analisis kandungan


Menekankan aspek lahiriah bukan pengisian atau makna tersirat dalam teks
Terbatas kepada tingkah laku lisan dan tidak dapat menilai tingkah laku pengkarya
(tanpa lisan)
Kaedah pengukuran - sukar mengukur kandungan
Kategori dan pengekodan sukar mentakrif kategori yang pelbagai
Persampelan media yang tidak sempurna dan tidak dapat dikesan
Dari segi kualitatif dan kuantitatif dokumen kualitatif diukur secara kuantitatif
pengukuran tidak objektif
Metode Kuantitatif
Kajian lapangan
Borang selidik
Wawancara
Observasi

KAJIAN KES
Kajian pendekatan yang menyiasat secara mendalam sesuatu kejadian untuk
mendapatkan data atau maklumat penuh melalui pemerhatian yang dilakukan
oleh penyelidik ke atas satu unit kajian.
Ia boleh melibatkan kajian ke atas suatu unit kecil seperti kumpulan kecil atau unit
besar seperti keseluruhan komuniti.
Contoh: kes pembayaran biasiswa yang lambat.

Pengkaji mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber laporan, minit


mesyuarat, fail peribadi pelajar, dokumen berkaitan, menemubual kakitangan
terlibat.
Kebaikan kajian kes;
Liputan dibuat secara mendalam
Maklumat dapat dikumpul dengan cepat
Boleh bawa pakar terhadap kes kajian

Kelemahan kajian kes;


Kajian terhadap kes tidak boleh mewakili kes yang lain.
Pengkaji tidak dapat menentukan pembolehubah yang mempengaruhi keputusan
Seseorang pengkaji perlu fleksibel dalam memberi konsepsi kerana tanggapan
awal mungkin tidak sama dengan penemuan.
Jika melibatkan pakar, melambatkan penyelidikan- dari perspektif disiplin masing-
masing

PEMERHATIAN
Pengkaji memerhatikan satu bidang yang menjadi bahan permasalahannya.
Pengkaji akan menjelaskan kedudukan sebenar realiti masyarakat yang dikaji.
Pengkaji cuba membina teori dengan melihat perspektif dalaman responden
Pengkaji bersifat objektif kerana beberapa perkara yang berlaku dalam masyarakat
dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Becker (1958) 4 tahap kaedah pemerhatian;


Pemilihan dan definisi masalah/ konsep
Memastikan kekerapan dan taburan fenomena berkenaan
Memasuki setiap kajian dalam satu bentuk model
Persembahan kesimpulan

Penyelidikan pemerhatian penyelidikan kualitatif kaji cara hidup sesuatu


kumpulan atau perjalanan sesebuah organisasi melalui penglibatannya secara
langsung
4 jenis pemerhatian;
Pemerhatian mengambil bahagian dalam urutan tingkah laku kumpulan dikaji
menyelami sesuatu peranan dalam jangka masa tertentu dan dikawal oleh jadual
yang menentukan apa yang akan diperhatikan.
1. Berdasarkan jadual pemerhatian, tetapi sekadar memerhatikan tanpa
melibatkan diri secara langsung dalam urutan tingkah laku kumpulan
2. Pemerhatian tidak terkawal tiada jadual yang tetap kerana kajian terlalu besar
hanya sebahagian dalam kajian
3. Pemerhatian harian yang tidak sengaja dilakukan tanpa jadual dirancang.
4. Pemerhatian Ikut serta kaedah pemerhati mengikut bersama-sama dalam
kehidupan seharian komuniti dikaji sama ada secara terbuka atau tertutup
(senyap2).
Kajian penerokaan pengkaji tiada sebarang malumat atau mempunyai taksiran
prasangka tentang bidang kajian
Data bersifat deskriptif melihat, mendengar, menyoal dan membuat rakaman

Tahap melakukan pemerhatian ikut serta;


Memilih tempat kajian yang baik dapat maklumat mudah, wujudkan hubungan
baik dan rapat dan dapat menghubungkaitkan dengan tumpuan kajian
Mewujudkan perhubungan yang baik dgn pihak atasan atau pentadbiran di
tempat kajian ambil hati dan kepercayaan ahli masyarakat sasaran

Masalah dan konsep dalam pemerhatian ikut serta


Pengkaji menghabiskan masa dengan sekadar mendengar dan memerhati
keadaan masyarakat. Merangka soalan-soalan yang sesuai hendak dikemukakan
pengkaji menampakkan pola interaksi dan makna yang dapat diperolehi: siapa
yang memegang kuasa, siapa berwibawa dalam tugas tertentu, label2 dan
perkataan yang sering digunakan

Setiap kajian menampakkan masalah yang terasing tetapi dari penemuan


beberapa perkara menjadi sama.
Pengkaji rapat dengan pihak atasan peluang memerhatikan kawasan larangan
dan mendapatkan maklumat yang lebih.
Bila mengenal masyarakat wujudkan keseimbangan antara kajian dgn
penyertaan bersama penyampai maklumat.

Pengkaji boleh aktif dalam aktiviti masyarakat tetapi mengetahui batasannya.


Elakkan dari penglibatan jenayah atau yang ditegah atau memihak mana-mana
puak tidak jejaskan kajian/ masalah dalam mengumpul data
Dapatkan key informants satu atau dua penyampai maklumat berpengetahuan
tinggi, terutama untuk awal kajian.

Peranan Sumber Maklumat ;


Dapat memperkenalkan pengkaji kepada ahli masyarakat
Memberi keyakinan kepada masyarakat utk beri kerjasama
Menterjemah simbol atau perkara yang signifikan bagi kajian- nilai dan norma
masyarakat.

Pemerhati bersifat fleksibel kebebasan memilih jenis peranan yang sesuai dan
berkesan. Antara soalan;
Sejauhmana beliau mempengaruhi tempat kajian
Sejauhmana persepsi dan analisis tentang persekitaran dipengaruhi oleh
hubungan peribadi pengkaji dengan subjek
Sejauhmana kerja penyelidikan harus dirahsiakan

Persekitaran semulajadi pemilihan peristia berdasarkan pengamatan kehadiran


pemerhati yang tidak dikenali atau kesilapan memerhati manusia dan mencatat
data berlaku bias.

Kekuatan pemerhatian ikut serta


Klukhonn (1975) dapat maklumat dgn berhubung secara langsung dgn
responden, maklumat dari ramai orang, maklumat lebih dipercayai (kerjasama
sumber)
Kumpul data utama sendiri tangkap seluruh kejadian pada masa itu juga.
Memperolehi jenis komunikasi masyarakat kajian pemimpin kpd ahli
Tempoh kajian yang sesuai menerangkan perbezaan kejadian kebetulan dengan
kebiasaan

PERSAMPELAN
PERSAMPELAN maklumat diperolehi dari sebahagian daripada kumpulan yang
lebih besar. Kumpulan besar ini dikenali sebagai populasi.
Prinsip persampelan berdasarkan konsep kebarangkalian dan setiap elemen yang
dipilih mempunyai peluang yang sama dan mewakili populasi.
Jika mengkaji semua populasi disebut banci.

Tujuan Persampelan;
Mentaksirkan parameter populasi. Parameter ialah ciri-ciri populasi yang diminati
oleh pengkaji spt. umur, pekerjaan, kelulusan, sebab-sebab, sambutan dll. Sampel
yang baik mempunyai ciri-ciri persamaan dengan populasi.Statistik digunakan
untuk mentaksir parameter populasi.

Untuk menguji hipotesis statistikal tentang populasi. Contohnya, hipotesis: 85%


lelaki menonton TV. Dari sampel 77% lelaki menonton TV.
Saiz Sampel bergantung kepada 4 faktor;
1. Darjah ralat persampelan yang dapat diterima. Ralat persampelan ialah
perbezaan maklumat antara sampel (statistik) dengan populasi (parameter). Lebih
besar saiz sampel, statistik sampel lebih mirip parameter populasi.
2. Jenis populasi Jika populasi yang dikaji adalah sama ciri-cirinya (homogenan)
maka saiz sampel tidak terlalu besar. Tetapi jika populasi heterogenan (pelbagai)
saiz sampel hendaklah besar agar dapat mewakili populasi.
3. Rekabentuk kajian untuk sampel berlapis, setiap lapis tidak perlu saiz besar
kerana populasinya homogenan. Sampel berkelompok pula memerlukan saiz
sampel yang besar kerana terdapat lebih dari satu kelompoh akan dipilih,
kelompok 1, kelompok 2, kelompok 3 dll.
4. Jenis analisis teknik statistik tertentu menentukan jumlah yang besar seperti
analisis faktor memerlukan minimum 300 kes.

Faedah Persampelan Menjimatkan perbelanjaan dan data cepat diperolehi.


Had persampelan persampelan tidak sesuai jika perlukan maklumat semua
populasi
Jika persampelan tidak sistematik, sampel tidak mewakili populasi
Ralat persampelan perbezaan antara statistik (sampel) dengan parameter
(populasi)

Jenis persampelan;
Persampelan kebarangkalian setiap unsur mempunyai peluang yang sama untuk
dipilih sebagai sampel, saiz sampel khusus dan tahu saiz populasi.
Persampelan bukan kebarangkalian - Tiada sebarang asas untuk mentaksir ciri-ciri
sampel menyerupai populasi, sampel yang mudah didekati, bias, yang sudi
bekerjasama shj pengkaji tidak dapat mengatakan sampel mewakili populasi.

Prinsip Kebarangkalian: setiap satu elemen mempunyai peluang yang sama untuk
dipilih.
Jenis persampelan kebarangkalian Persampelan Rawak Mudah, Persampelan
Berlapis, Persampelan kelompok dan persampelan sistematik,

Persampelan Rawak Mudah 5 tahap;


Memperolehi satu rangka persampelan yag lengkap
Memberikan setiap ahli satu nombor khas
Menentukan saiz persampelan
Memilih ahli mengikut saiz yang ditentukan berdasarkan jadual nombor rawak
Memilih ahli daripada angka rawak tersebut.
Elemen persampelan diperolehi melalui cabutan nombor sama ada persampelan
berganti atau tanpa ganti.

Faedah PRM;
Setiap unsur populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih elak bias
Anggaran ralat persampelan dapat dikesan
Kaedah PRM menjadi asas semua jenis persampelan rawak.
Kelemahan PRM:
Tidak sesuai untuk semua keadaan
Senarai lengkap semua elemen populasi tidak diperolehi tidak praktikal untuk
kajian
Kaedah cabutan tidak semua helaian nombor berpeluang untuk dipilih.
PERSAMPELAN RAWAK BERLAPIS unsur-unsur asas dalam populasi diasingkan
terlebih dahulu kepada kumpulan, setiap kumpulan dikenali sebagai lapisan. Drpd
setiap lapisan, sampel dipilih dalam PRM sampel lebih besar
Cth: 2 lapisan, lapisan perempuan dan lapisan lelaki.

Faedah Persampelan Berlapis;


Penemuan lebih tepat
Memudahkan pentadbiran boleh dibahagikan kepada PRB berkadar dan tiada
berkadar.
PRB Berkadar saiz sampel lapisan menurut saiz populasi, 30, 30, 40
PRB Tidak Berkadar jumlah kadar yang sama dalam setiap lapisan, 50%/50%
setiap lapisan

PERSAMPELAN KELOMPOK - kajian untuk kawasan yang luas;


Bahagikan kawasan dan beri nombor
Pilih elemen setiap bahagian secara rawak selepas membuat senarai elemen yang
dipilih.
Cth: satu kawasan 50,000 org. Sampel hanya 200 org bahagikan bandar dlm
peta. Andai satu kawasan 500 keluarga, pilih secara rawak 200 org dgn memilih 50
org bagi setiap 4 kawasan yang ditandakan.

Kebaikan Persampelan Kelompok;


Sesuai utk populasi besar dan kawasan luas.
Tumpuan kajian di kawsan tertentu
Hanya perlukan sebarai nama kawasan untuk dipilih sahaja dengan kadar elemen
yang mencukupi.
Utk negara membangun yang tidak memerlukan rangka persampelan.

PERSAMPELAN SISTEMATIK pengkaji menentukan jarak langkau atau jarak jauh


apabila memilih sampel bermula sampel pertama (dipilih secara rawak) dan
sampel seterusnya mengikut kaedah kiraan langkau 5, 10, 100 dll.

Kebaikan Persampelan Sistematik;


Praktikal dan mudah
Tidak perlu rangka persampelan
Kelemahan;
Bukan bentuk kebarangkalian mengetepikan orang yang berada di antara
elemen yang dipilih.
Komposisi bangsa yang berbeza- wujud ketidakseimbangan data.

PERSAMPELAN TAK RAWAK apabila persampelan secara rawak tidak dapat


dilakukan;
Persampelan Kuota Tentukan saiz sampel dan ciri-ciri sampel, pilih sampel. Cth:
18 perempuan dan 22 lelaki dari orang cina, Melayu dan India. Persampelan
berlapis, tetapi tiada kebarangkalian kaedah ini dianggap tidak kuat- perlukan
kawalan.
Persampelan Bertujuan Untuk tujuan tertentu seperti menguji bentuk soal
selidik atau mendapatkan maklum balas yang cepat. Ia hanya gambaran
permulaan kajian

Rujukan: Syed Arabi Idid (2002), Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial,
Kuala Lumpur: DBP

TINJAUAN

Kuliah 5
Kaedah penyelidikan yg dijalankan utuk mengumpul data daripada satu populasi.
Semasa menjalankan tinjauan, perhatian utama ialah bagaimana mendapat
jawapan yang memuaskan daripada responden.
Data dikumpul melalui temubual bersemuka, pos atau telefon. Data diteliti dari
dokumen dan pemerhatian sendiri.
TINJAUAN
Temubual semuka soalan dikemukakan antara penemubual dan responden
menggunakan soalan2 tertentu.
Syarat penemubual;
Keupayaan mendapatkan maklumat: responden berahsia, jawapan tidak spt yang
diharapkan dan terlupa.
Kefahaman responden kemesraan.
Motivasi rsponden utk menjawab dgn benar penyelidik menjelaskan tujuan dan
bagaimana responden dipilih utk ditemubual.

Dorongan mendapatkan maklumat;


Penemubual memastikan maklumat dan pendapat responden dihormati
kerahsiaan.
Masa responden digunakan sebaiknya. Soalan pendek dan tidak berulang
tumpukan isu pokok shj.
Gangguan dalam menentukan masa utk menemuramah
Suasana menyeronokkan bukan ancaman responden
Responden tidak dianggap satu punca maklumat tetapi individu yang
berperasaan.
Hormati pendirian responden
Minat responden utk menjawab dikekalkan.

Peranan penemubual;
Mengenalpasti responden berdasarkan tujuan kajian
Penemubual mengatur masa dan tempat sesuai utk menemuramah
Mendapat maklumat lengkap dan betul dari responden
Berpakaian kemas
Mengetahui adat resam
Bertanya soalan dgn betul + jaga tingkahlaku

Mencatat jwpn dgn betul catat spt yg dikatakan oleh responden, jgn
dipendek2kan.
Kebaikan menemubual:
Pengawalan ke atas sampel tentukan responden dan kawasan kajian- halang bias
Kadar respon yang tinggi sukar elak jawab soalan
Tindak balas responden dikaji jemu, tidak faham soalan, minat
Keadaan responden tepat dgn kajian- siuman
Responden digalak bercakap pujukan dan jelaskan soalan jika tidak faham
soalan.

Kelemahan menemubual;
Perbelanjaan tinggi
Sistem kemas perlu diwujudkan penyediaan soalan dan soal selidik.
Penemubual mempengaruhi responden utk menjawab terutama berbentuk
pandangan da sikap.
Sifat penemubual spt jantina, bangsa dan umur perlu jaminan khusus agar
maklumat dirahsiakan.
Penemubual letih dan tidak amanah dgn tugas yg diberikan.
Masa yg lama temujanji
Temubual tidak menjamin kerahsiaan.

Temubual melalui telefon maklumat diperolehi melalui telefon.


Kebaikan menggunakan telefon;
Data cepat diperolehi, perjalanan tidak diperlukan
Perbelanjaan lebih rendah responden lebih ramai dan jumlah penemubual
rendah.
Borang soalselidik yang mengandungi soal selidik yg sensitif lebih tinggi gerak
balasnya.
Responden tidak terasa terancam sbb tidak dtg ke rumah.

Sampel dapat dihadkan dgn menentukan kawasan spt pengambilan kod kawasan
(03 dan 04 shj dll) dan memilih responden secara rawak.
Maklumat segera apabila tertinggal soalan semasa bersemuka.
Teknik penyiasatan boleh dijalankan.
Jumlah responden lebih tinggi

Kelemahan menggunakan telefon;


Terhad kepada yg memiliki telefon shj.
Proses menemubual tidak boleh lama
Guna soalan mudah shj
Gerak geri responden tidak dpt dilihat
responden sebenar tidak dapat dikesan penyamaran
Tidak dpt mengesan keikhlasan penemubual
Sukar mewujudkan kemesraan
Tidak beri kesempatan kpd responden utk berfikir
Kualiti data kurang

Tinjauan melalui pos mengirim borang soal selidik melalui pos. Responden
diminta mengisi dan mengirim semula kepada pengkaji melalui sampul surat yang
disediakan.
Faktor pos;
Faktor geografi - Ia digunakan apabila responden berselerak
Sistem pos baik
Kesudian menjawab
Perbelanjaan rendah tetapi kadar pulangan rendah
Tarikh perlu sesuai dgn responden tidak bercuti dll.
Surat susulan diperlukan

Tahap persediaan soal selidik;


Surat Pengenalan beralamat dan bernombor telefon
Sampul surat beralamat dan bersetem utk pengembalian
Soalan jelas dan mudah difahami
Andai tidak dijawab, buat surat susulan.

Bekaikan melalui pos;


Tempat terpencil dpt ditinjau]
Perbelanjaan rendah
Tiada bias
Responden ada masa utk berfikir
Mengatasi responden yang segan berhadapan
Surat sampai tinggi

Kelemahan melalui pos;


Penyiasatan tidak dapat dilakukan & tiada galakan utk menjawab
Responden dpt membaca keseluruhan soalan dahului dan akan mempengaruhi
jawapan
Responden meminta org lain menjawabkan
Jawapan tidak lengkap
Responden tidak kembalikan borang
Soalan mudah sahaja, jawapan muktamad dan penjelasan tidak diperolehi.
Sukar mendapatkan alamat dan nama lengkap responden.

SOAL SELIDIK
Soalan diatur secara tersusun untuk ditadbir oleh penemubual.
Kualiti dan mutu soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan. Jika soalan
kabur, jawapan yang diperolehi juga kabur
Perhatian yang teliti perlu dilakukan semasa membina soalan.
Setiap soalan berkaitan dgn objektif bg mengukur hipotesis- maklumat tepat dan
lengkap dan mencapai tujuan kajian dgn perbelanjaan sederhana.

Cara menggubal soalan;


Tentukan masalah kajian- elak soalan terlalu banyak
Soalan sesuai untuk dijawab kebolehan responden menjawab, responden
hendak jawab dan responden buat-buat menjawab
Soalan memudahkan semua pihak
bahasa sesuai

Jenis soalan;
Soalan fakta memerlukan jawapan salah dan betul
Soalan pendapat pemikiran dan tidak ditentukan
Susunan soal selidik; pengenalan organisasi dan tujuan kajian, susun soalan
mudah (tertutup) dan terbuka
Penbentukan soalan soalan khusus, soalan mudah, soalan tertutup (jelas),
soalan pendek, soalan mendorong utk dijawab, sesuai dgn statistik yg digunakan
utk analisis

KULIAH 6: PENULISAN ESEI AKADEMIK


PENULISAN ESEI AKADEMIK
Penulisan ilmiah dan formal dari segi bentuk dan gaya bahasa.
Untuk tujuan akademik dan pembelajaran.
Tajuk yang dipilih mestilah serius dan bersifat semasa mengikut bidang pelajaran masing-masing.
Rujukan diperlukan untuk sokongan, penerangan, hujahan dan pembuktian.

CIRI-CIRI PENULISAN ESEI


Pengitlakan (pernyataan) dikemukakan dalam esei mengikut pertimbangan minda yang matang hasil
pembacaan dan pengalaman serta pengamatan terhadap fenomena yang berlaku.
Sokongan, penerangan dan hujahan - sebarang pengitlakan memerlukan sokongan yang mantap agar
pembaca meyakini pernyataan penulis
Penulis menjurus kepada subjek yang dibincangkan atau bidang yang dipilih.
Ayat-ayat yang membina penulisan esei ayat yang jelas, mudah dibaca atau menggunakan ayat aktif
supaya cepat bergerak dari satu idea ke idea seterusnya pembaca hanya mahu mencari isi kandungan
dan hujahan penulis sahaja. Pembaca tidak mementingkan unsur-unsur penyampaian penulisan.
Analisa terhadap subjek yang dibincangkan buat dengan berhati-hati, menekankan kebenaran,
mengandungi kenyataan dan penerangan yang jelas- penganalisaan berdasarkan data kajian
penemuan dijelaskan dan dihuraikan dengan pembuktian kemahiran menganalisa amat berguna

Bahan-bahan bersifat kompleks tetapi kelihatan mudah dengan penggunaan analogi dan imej2 yang
jelas- konsep yang sukar dijelaskan
Idea dikemukakan ialah idea baru yang melibatkan kemanusiaan, kebudayaan, masyarakat, sejarah atau
idea lama tetapi dilihat dari perspektif yang baru
Esei juga mungkin satu penilaian semula terhadap pendapat orang lain atau sekadar penyelarasan
terhadap fakta yang sedia ada.
Khalayak pensyarah, pengkaji, mahasiswa

PENULISAN ESEI AKADEMIK


Fokus tajuk esei
Bidang
Pendefinisian konsep dari pelbagai sarjana
Isi
Penemuan kajian
Perbahasan para ilmuan tentang isu yang diperkatakan
Carta/ Jadual
Penutup
End note/ footnote/ sidenote
Senarai rujukan
Jumlah halaman 10 15 halaman

LAPORAN PENYELIDIKAN
Bentuk hasil penyelidikan yang mempunyai format tertentu.
Mengandungi latar belakang masalah, literature review, hipotesis kajian, metodologi kajian, analisis
kajian/ penemuan dan kesimpulan.
Laporan ditulis dalam Latihan Ilmiah, Disertasi, Tesis dan Kertas Kerja Pembentangan
KULIAH 8: KAEDAH PENULISAN NOTA KAKI DAN BIBLIOGRAFI
FUNGSI NOTA KAKI
Memberi maklumat tentang asal-usul sumber yang dirujuk.
Kaedah yang ada : The Chicago Manual Style, Turabian Style, American Psycological Association (APA),
Moden Language Association of America (MLA) dan Gaya Dewan.

PERANAN NOTA KAKI


Memberi maklumat lengkap tentang sumber rujukan buku, majalah, tesis, makalah, internet, jurnal dll.
Membuat rujukan silang (cross reference) iaitu memaklumkan pembaca bahawa perkara yang sama
dibincangkan dalam halaman atau bab lain dalam buku yang sama
Untuk memberi komen dan pandangan
Memberikan rujukan tambahan
Memindahkan petikan langsung dari teks ke nota kaki, untuk mengelakkan gangguan dalam teks.

FUNGSI BIBLIOGRAFI
Bibliografi maklumat lengkap tentang bahan rujukan yang digunakan untuk menghasilkan penulisan-
bahan utama yang telah dirujuk, bahan tambahan bacaan yang relevan, memberi penerangan ringkas
tentang bahan dirujuk.
Kaedahnya Chicago Manual, turabian, APA, MLA dan Gaya Dewan.

PEMBAHAGIAN BIBLIOGRAFI
Rekod rasmi yang tidak diterbitkan
Rekod rasmi yang diterbitkan
Dokumen peribadi
Surat khabar dan majalah
Senarai buku dan artikel
Bahan-bahan umum

AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION (APA)


Nyatakan nama keluarga pengarang, tahun buku diterbitkan dan halaman buku dalam kurungan.
Mengurangkan ruang dan maklumat tidak perlu dinyatakan dalam nota kaki.
Maklumat lengkap dalam bibliografi yang disusun mengikut abjad
Nota kaki yang ditulis digunakan sebagai rujukan tambahan tentang isu yang dibincangkan dlm teks,
istilah, rujuk bahan bacaan lain.
Nota kaki juga disebut Notes dan ditempatkan di akhir penulisan ditulis langkau dua baris dan ayat
pertama dimulakan dengan paragraf dengan lima bar ke dalam dari sebelah kiri.
contoh:
Menurut Bassett (1960), kegiatan pedagang negeri dapat dikesan di Negeri-negeri Melayu sejak awal
abad ke-17 Masihi (hlm.16). Pedagang negeri juga dikenali sebagai pedagang persendirian dan mereka
berdagang di luar bidang kuasa Syarikat Hindia Timur Inggeris (Furber, 1951,hlm. 33). Aktiviti mereka di
Semenanjung Tanah Melayu tertumpu di Kedah, Pahang, Johor, Selangior dan Linggi 1. Antara pedagang
negeri yang terkenal pada tahun 1970-an dan 1780-an ialah Francis Light, James Scott dan Thomas
Foirrest. Kemuncak pengaruh mereka terlihat dengan penguasaan Pulai Pinang oleh Francis Light pada
tahun 1786.
Nota
1Misi pedagang negeri di kepulauan Melayu terlihat sepanjang abad ke-18 Masihi. Pada tahun 17737,
beberapa orang kapten laut Inggeris telah mengadakan hubungan dagang dengan Terengganu (Bassett,
1960: 24 -9)

Bibliografi
Disebut senarai rujukan dan disusun langkau dua baris dan ikut abjad
Nama keluarga, tahun terbitan, tajuk buku, tempat terbit dan penerbit
Nama keluarga diikuti nama pengarang dalam singkatan (Andaya, B.W.)
Baris pertama tentang maklumat penerbitan, bermula dari kiri dan baris kedua ditolak tiga bar ke dalam
Permulaan tajuk buku dengan huruf besar diikuti huruf kecil.
Huruf pertama subtajuk dieja dgn huruf besar
Nama khas, awal perkataan huruf besar
Sebahagian besar maklumat dipisahkan oleh tanda titik dan noktah bertindih
Pengarang yang sama dirujuk pada tahun yang sama akan diulang dengan tahun penerbitan a, b dan
seterusnya
Tajuk tesis dan semua rujukan yang diterbitkan akan digaris
Tajuk artikel tidak digaris, tetapi jurnal akan digaris
Bagi artikel, jurnal dan tesis, perlu dinyatakan halaman
Contoh: Alvarez, A. (1970). The savage god: A study of suicide. New York: Random house

CHICAGO
Nota kaki atau nota hujung:
Nota kaki ditulis dengan nama penuh pengarang
Bahan yang diterbitkan digaris atau diitalik
Diletakkan di bahagian bawah setiap halaman atau diakhir penulisan
Disusun mengikut nombor
Dimulai agak ke dalam sedikit seperti paragraf
Kebanyakan maklumat dalam nota kaki dipisahkan oleh koma kecuali maklumat tentang penerbitan yang
dinyatakan dalam kurungan
Huruf pertama setiap tajuk buku dieja buruf besar kecuali kata hubung
Nota kaki ditulis langkau sebaris tetapi langkau dua barus antara noa kaki.
Bagi catatan hujung (end notes), nota dalam teks dan catatan hujung ditulis langkau dua baris.
Tidak perlu menggunkan singkatan op.cit dan loc. cit
Jika pengarang sama menulis dua buku, ringkaskan tajuk buku.
Contoh;
Kegiatan pedagang negeri dapat dikesan di Negeri-negeri Melayu sejak awal abad ke-17 Masihi.1
Pedagang negeri juga dikenali sebagai pedagang persendirian2 dan mereka berdagang di luar bidang
kuasa Syarikat Hindia Timur Inggeris.3 Aktiviti mereka di Semenanjung Tanah Melayu tertumpu di Kedah,
Pahang, Johor, Selangior dan Linggi.4 Antara pedagang negeri yang terkenal pada tahun 1970-an dan
1780-an ialah Francis Light, James Scott dan Thomas Forrest.5 Kemuncak pengaruh mereka terlihat
dengan penguasaan Pulai Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786.6
-----------
1D.K. Bassett, European Influence in the Malay Peninsula, 1511-1786, Journal of Malayan Branch Royal
Asiatic Society (JMBRAS), 33, 3, (1960), 16
2Ibid., 19
3H. Furber, John Company at Work, (Cambridge: Cambridge University Press, 1951), 15
4Bassett, 19
5D.K Bassett, Thomas Forrest an Eighteen Century Mariner, JMBRAS, 34, 2, (1961), 12
6Bassett, European Influence, 26
BIBLIOGRAFI (CHICAGO)
Rujukan disebut bibliografi dan disusun ikut abjad, nama keluarga, tajuk buku, tempat terbitan, penerbit
dan tahun terbitan
Bibliografi tidak diberi nombor dan disusun langkau sebaris
Maklumat dipisahkan oleh noktah
Nama keluarga pengarang ditulis lengkap (Andaya, Barbara Watson)
Jika pengarang menulis dua buah buku, buku kedua dan berikutnya akan disusuli dengan garis panjang

Abelard, Peter. Merit and Responsibility; A Study in Greek Values. Oxford: Clarendon Press, 1960
D.K. Bassett, European Influence in the Malay Peninsula, 1511-1786, Journal of Malayan Branch Royal
Asiatic Society (JMBRAS), 33, 3, 1960
_________ , Thomas Forrest an Eighteenth Century Mariner, JMBRAS, 34, 2, 1961

TURABIAN
Nota kaki (KAEDAH PERTAMA)
Nota kaki ditulis nama penuh pengarang diikuti tajuk buku, tempat terbit, penerbit, tarikh terbit dan
halaman
Kesemua rujukan yang diterbitkan digaris atau italik
Diletakkan dibahagian bawah setiap halaman dan dimulakan agak ke dalam sedikit seperti paragraf
Disusun ikut nombor urutan
Maklumat dipisahkan oleh tanda koma kecuali tentang penerbitan yang dinyatakan dalam kurungan
Huruf pertama setiap tajuk buku dieja huruf besar kecuali kata hubung
Ditulis langkau sebaris dan dua baris antara nota kaki
Gunakan singkatan ibid untuk rujukan pengarang yang dibuat secara berurutan, jika berbeza halaman
dinyatakan halaman selepas ibid. (ibid., hlm. 34)
Rujukan dari pengarang yang sama diselangi rujukan lain dinyatakan nama keluarga pengarang,
ringkaskan tajuk buku dan sebutkan halaman
Tidak perlu guna op. cit dan loc. Cit
Nota Kaki (Kaedah kedua);
Dimulakan dengan nama keluarga pengarang, diselangi dengan satu bar.
Tahun terbitan dan diikuti oleh koma dan halaman.
Jika pengarang menghasilkan dua buah buku pada tahun yang sama, perlu dinyatakan, ditulis a, b dan
seterusnya.
Kesemua maklumat ini dinyatakan dalam tanda kurung
Contoh:
Perubahan-perubahan yang berlaku di Eropah, pada awal abad ke-15 Masihi telah meletakkan asas bagi
kebanyakan perubahan dunia pada abad berikutnya (Green 1970, 24) Renaisans merupakan satu-
satunya gerakan intelektual yang menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih besar (Williamson
1964, 5)

Bibliografi
Disusun mengikut abjad dan nama keluarga ditulis dengan lengkap (Andaya, barbara Watson)
Huruf pertama dalam setiap perkataan tajuk buku dieja dalam huruf besar, kecuali kata hubung
Tahun terbit buku diletakkan diakhir
Bibliografi dimulakan di sebelah kiri dan baris kedua dijarakkan drpd baris pertama
Kesemua maklumat tentang penerbitan dipisahkan oleh tanda noktah, koma dan noktah bertindih
Halaman dikemukakan apabila merujuk artikel dalam jurnal atau bab daripada buku atau tesis.
Pengarang yang menulis lebih sebuah buku dibuat tanda panjang (8 bar) diikuti noktah
Buku yang tiada pengarang disusun ikut tajuk buku dan abjad
Rujukan yang diterbitkan digaris atau diitalik.
Tanda kutipan digunakan bagi artikel dan komponen lain yang hanya sebahagian daripada kseluruhan
penerbitan
Bibliografi ditulis Bibliografi Terpilih, Senarai Rujukan atau Sumber Rujukan
Contoh;
Seorang pengarang
Tillich, Paul, Systematic Theology. Chicago: University of Chicago Press, 1951.
Dua orang penulis
Houghton, Walter E. dan Stange, G. Robert, Victorian Poetry and Politics. Cambridge: Harvard University
Press, 1959.

MODERN LANGUAGE ASSOCIATION OF AMERICA (MLA)


Nota kaki
Jarang digunakan dalam bidang sains sosial.
Sesuatu petikan disusuli oleh pengarangnya.
Petikan berakhir dengan nombor halaman yang dinyatakan dalam kurungan.
Keterangan sumber lengkap di bahagian bibliografi
Nota kaki diperlukan apabila memerlukan huraian kandungan.
Contoh: Dalam buku History and Education, Paul Nash menyatakan, Facts do not speak for themselves:
They are meaningless and powerless without a human mind to give them shape form, organization,
sequence, interrelationship, and significance (10). 4
__________
4Untuk penjelasan lanjut tentang interpritasi dalam sejarah, rujuk Barzun dan Graff (42-56) dan
Suntharalingam (28- 40)

MLA bibliografi
Disebut Senarai Rujukan (Work Cited)
Diletakkan pada bahagian akhir tulisan dan dimulakan dalam halaman baru
Dilangkau dua baris
Rujukan yang melebihi satu baris, maklumat tambahan harus ditolak ke dalam sebanyak 5 bar dari
sebelah kiri
Disusun ikut abjad dan nama keluarga ditulis lengkap (Andaya, Barbara Watson)
Buku tiada pengarang dimulakan dengan tajuk buku
MLA bibliografi
Disusun ikut nama keluarga pengarang, (noktah), tajuk buku (digaris), tempat terbit (noktah bertindih),
maklumat penerbit (koma) dan tahun terbitan (noktah).
Pengarang dengan dua buku perlu menggunakan tanda sempang (tiga) diikuti titik kemudian tajuk buku.
Contoh;
Cooperman, Stanley. The Major Works of John Steinback. New York: Monarch, 1964

---. TheNovel of Violence in America. Dallas: Southern Methodist UP, 1976

GAYA DEWAN
Nota kaki
Maklumat yang ada hanya nama penulis, tarikh terbita bahan dan halaman dalam tanda kurungan.
Maklumat lengkap bahan rujukan dikemukakan dalam Senarai Rujukan.
Ditaip pada halaman yang sama dengan halaman teks atau akhiran
Dipisahkan daripada teks oleh garis halus sepanjang 2.5 cm
Nombor nota kaki dan bahan nota dicetak separas dan kedudukannya dipisahkan 1cm.
Baris nota berikutnya sejalur dengan ayat pertama nota.
Saiz taip nota kaki ialah 2 point lebih kecil daripada saiz teks.
Penomboran berurutan dan menggunakan nombor baru untuk bab yang baru.
Jika nota melebihi satu halaman, bahan dijadikan nota bab atau nota hujung dan diletakkan dihujung
bab.
Contoh:
Wakil-wakil Parti Rakyat Malaysia Kalimantan Utara itu sebenarnya merupakan Parti Rakyat Brunei yang
diharamkan penubuhannya oleh kerajaan Brunei. Parti itu, yang telah dibentuk degan restu Parti Rakyat
Malaysia Tanah Melayu (PRM), ialah cawangannya di Brunei (Ramlah Adam, 1994, hlm. 263).
Kehadiran mereka dalam kongres kedua PRM itu, menunjukkan adanya hubungan yang rapat antara
kedua-duanya. Hubungan ini akan terus berlanjutan sehingga melibatkan Ahmad Boestamam secara
mendalam.7

__________
7. Lihat perbincangan tentang hal ini pada bahagian akhir

Bibliografi
Disusun mengikut abjad, nama keluarga, tahun terbit, tajuk buku, tempat terbit dan penerbit.
Nama penulis atau editor diikuti tanda koma dan tahun terbitan
Tahun terbit diikuti tanda noktah
Judul terbitan dicetak italik dan diikuti noktah.
Bilangan jilid (jil.), bilangan edisi/ cetakan diikuti noktah
Tempat terbit diikuti noktah bertindih diikuti nama penerbit dan noktah.
Jika lebih satu karya, nama penulis diulang dan disusun mengikut urutan tahun terbitan
Pengarang menghasilkan dua karya dalam tahun yang sama, judul karya disusun ikut abjad
Contoh:
Ramlah Adam, 1994. Ahmad Boestamam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957- 1972. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zulkarnain Abdul Rahman, 1995. Ekonomi Sungai Ujong 1800 1895. Latihan Ilmiah Sarjana Muda
Sastera. Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Malaya.
Suffian Mansor, Julai 2000. Persidangan Yalta dan Kesannya Ke atas Asia Timur. Kertas Kerja yang
dibentangkan dalam Seminar Jabatan Sejarah. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Malaya.

RUJUKAN DARI INTERNET


CHICAGO (Nota kaki = Bibliografi)
1Tom Wilson, In the Beginning Was The Word: Social and Economic Factors in Scholarly Electronic
Communication, Kertas Kerja Elvira, 10 April 1995. (23 Mei 2000)

APA
Nota kaki:
(Superfund cleanup acceleration act of 1999, 1999)
Bibliografi:
U.S.Cong. Senate. (1999). Superfund cleanup acceleration act of 1999. Bil Senat 8. Diperolehi pada 16
April 1999 daripada Laman Web Dunia: http.thomas.loc.gov/cgiin/query/2?C105:S.8.html

Turabian
1Sivachandralingam, Pemikiran dan Penulisan Ilmiah di Universiti, Kertas kerja yang dibentangkan
dalam Bengkel Fasilitator untuk Modul Pengayaan Pembelajaran Pelajar Baru Sesi 1990/2000 di Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, April 1999. Talian Online Internet. Boleh diperoleh
daripada (20 Februari 2001).

MLA
Nota kaki dari internet ditulis seperti bahan bercetak
Contoh:
Harnack dan Kleppinger mendefinisikan usenet sebagai suatu jaringan (network) yang menyediakan
akses untuk kumpulan perbincangan elektronik (newsgroup).
Senarai Rujukan:
Harnack, Andrew dan Eugene, Kleppinger. Online! A Reference Guide to Using Internet Sources. New
York. 1997. 26 April 1999. http://www.indiana.edu/letrs/vwwp/nesbit/balsoc.html

Latihan Tutorial
Analisis Jurnal Usuluddin dan Jurnal Afkar. Analisis kaedah penulisan artikel yang digunakan.

KULIAH 9: UNSUR-UNSUR DALAM PENULISAN ILMIAH


UNSUR-UNSUR DALAM PENULISAN
Unsur-unsur dalam penulisan digunakan sebagai satu kaedah atau alat yang digunakan untuk mencapai
sesuatu maksud atau kaedah menyampaikan fikiran dengan jelas dan berkesan;
Pentakrifan satu cara membawa pemahaman pembaca terhadap sesuatu konsep atau subjek yang
ingin diperkatakan. Ia membawa pembaca kepada batasan makna dan pengertian terhadap sesuatu
perkataan dari sudut penggunaan dan logiknya. Sebarang pengertian yang tidak mengikuti batasan ini
akan terkeluar dari kandungan konsep tersebut.
Cara Pentakrifan
Takrifan senama melibatkan penggunaan perkataan senama atau seerti (sinonim), digunakan apabila
sesuatu istilah tidak difahami oleh pembaca.
Cth: bentuk = struktur = rangka
b. Takrifan Nominal/stipulatif pernyataan makna istilah baru atau lama yang mempunyai makna baru
Cth: welstanchuung = mayatilik = budaya
Wagas = wawasan + gagasan
c. Takrifan asal-usul/ etimologi mendapatkan makna sesuatu istilah melalui asal-usul dan sejarah
semantik, makna asal, perubahan dan perkembangan perkataan.
Cth:Khalifah = sejarah selepas kewafatan Nabi dan konsep masa kini.
Cara Pentakrifan
d. Takrif Contoh menerangkan konsep melalui contoh-contoh untuk memahami perkataan abstrak spt.
Agama, budaya, demokrasi an kesedihan.
e. Takrifan kelas pembahagian penerangan makna dengan meletakkan istilah pada kelasnya.
Cth: Aids = penyakit dari virus yang mengganggu sistem ketahanan badan mangsa.
f. Takrifan Ostensif takrifan literal dengan menunjukkan perkara yang ditakrifkan.

PENAMSILAN
Perbandingan yang dilakukan dengan memperkenalkan subjek kedua bagi menunjukkan persamaan dan
menerangkan topik utama. Fungsinya untuk menterjemah idea abstrak/ kompleks kepada bahasa konkrit.
Analogi penamsilan sampingan untuk tujuan penegasan atau penerangan. Ia merupakan subjek yang
mempunyai sifat yang amat berbeza.
Cth: Perceraian = negara yang gersang
b. Penamsilan logikal alat pemujukan dan menyediakan bukti untuk mengesahkan sesuatu kesimpulan.
Cth: kenal Allah = kenal kejadian-Nya spt kenal kejujuran melalui perbuatan seseorang.

PERBANDINGAN
Menanggapi sesuatu perkara melalui perbzaan dan persamaan, sekurang-kurangnya dua subjek.
Persamaan menekankan ciri-ciri serupa
Perbezaan melihat aspek-aspek berlainan tetapi kedua-duanya mempunyai tugas dengan cara yang
sama.
Cth: Doktor dan peguam = profesional

PENCERAKINAN
Teknik perkembangan topik dengan memecah-mecahkan kepada beberapa komponen dan kemudian
membincangkan komponen itu satu persatu dengan membentuk kesatuan antara bahagian-bahagian itu.
Membahagi-bahagikan subjek kepada bahagian-bahagian tertentu.
Cth: manusia = jasmani, rohani dan mental
b. Pencerakinan proses bagaimana sesuatu perkara berlaku dengan pembinaan unsur-unsur dalam
susunan yang logik.
i. Proses fizikal- natural, saintifik atau mekanikal
Cth: : Langkah-langkah mengatasi masalah
ii. Proses sejarah polotik/ sosial
iii. Aktiviti individu

PERCONTOHAN
Teknik bagi membantu untuk menandakan penulisan. Kaedah percontohan untuk memantapkan huraian
yang masih longgar dan menggambarkan sesuatu yag kukuh. Ditandai dengan misalnya, contohnya,
seperti, umpamanya dll.
Percontohan berganda pengembangan idea atau perenggan melalui percontohan, bermula dengan ayat
topik kemudia diterangkan melalui percontohan khusus yang berbilang dan pendek.
Percontohan mengembang perengan diperluas oleh contoh yang panjang. Penerangan yang jelas
terhadap fokusnya menggunakan satu contoh yang khusus.

PETIKAN
Merupakan sokongan terhadap hujahan, kenyataan atau idea yang dikemukakan bukti wibawa untuk
kuatkan dakwaan atau penilaian.
Petikan langsung memetik kata-kata serupa atau tepat dengan katakata sumber. Ditandai dengan
pengikat kata. Tujuannya untuk ketepatan dan kesahihan.
b. Petikan tidak langsung - mementingkan maksud/ idea dan ayat yang dikemukakan tidak sama dengan
kata-kata sumber. Mengalami perubahan mengikut kehendak pemetik dan tidak ditandai dengan pengikat
kata.

ANEKDOT
Bentuk percontohan dalam bentuk cerita ringkas yang menarik supaya dapat menjelaskan maksud.
Sifatnya dramatik dan lucu untuk mewujudkan kesegaran, hidup dan ceria, menyentuh perasaan hingga
sukar dilupakan menunjukkan pengalaman luas pencerita

PEMUJUKAN
Usaha untuk mengubah pemikiran, kepercayaan, dan perlakuan.
Pembaca dan memahami kehendak mereka adalah tumpuan penulis.
Penulis bukan shj perlu tahu taraf pengetahuan dan pembacaan pembaca tetapi juga kecenderungan,
minat, taraf pendidikan, kebolehan membaca, nilai, kecondongan, sikap, idaman dan perkara yg tidak
disenangi atau ditakuti.
Jenis pemujukan : pemujukan rasional dan pemujukan tidak rasional/ emotif.

Pemujukan Rasional
Rayuan intelek: berusaha membuat pembuktian dengan logik dan fakta-fakta.
Menganggap pembaca sebagai bijak & objektif.
Disebut juga penghujahan: mempengaruhi pembaca melalui alasan-alasan yg kukuh.
Pemikiran perlu jelas, waras, logik dan mempunyai daya tahan.
Menghormati pendapat orang lain.
Pendalilan Naqli al-Quran, Hadis, Fakta sejarah, fakta sains, pendapat pakar
Pendalilan Akli Pentakrifan, pentasdikan, pengklasifikasian

Pemujukan emotif/ tidak rasional


Merayu emosi atau disebut pathos .
Kesan emosi yang ditimbulkan ialah gembira, belas kesihan, gerun, rasa bersalah, marah, takut, cinta dll.
Penulis memain-mainkan perasaan pembaca untuk mengubah kepercayaan dan kelakuan pembacanya.
Pemujukan emotif sering mewujudkan masalah moral - alat pemujukan imej yang tidak semestinya jujur.
Imej memanipulasi emosi.
Bentuk pemujukan emotif - satira, Eulogi dan patos.

PENEKANAN
Penyusunan semua unsur dalam penulisan ditulis dengan cara paling sesuai dan mencapai matlamat.
Penekanan pemilihan perkataan yang nyata dan jelas
Meletakkan unsur penekanan di posisi yang tertentu
Membincangkan secara terperinci unsur yang diberi
Mengulang idea
Guna gaya bahasa dan hujah yang mantap.

GAYA / STYLE
Style kemampuan menulis dan mempergunakan kata-kata secara indah dan berkesan sinonim
dengan diksi pilihan kata yang sesuai; kata, frasa, klausa, kalimah, wacana Keseluruhan dan nada.
Gaya bahasa cara menggunakan bahasa dapat dinilai keperibadian, watak dan kemampuan penulis
menggunakan bahasa itu.
Gorys Keraf : Style cara mengungkapkan pemikiran melalui bahasa secara khas yang memperlihatkan
jiwa dan keperibadian penulis.
SENDI GAYA BAHASA
Gaya bahasa yang baik;
a. Kejujuran penulis mengikut peraturan, kaedah yang baik dan benar dalam berbahasa kata-kata
yang jelas, tersusun dan berstruktur ungkapan fikiran yang jujur;
Kata-kata kabur menyembunyikan fikiran.
Kata berbelit-belit penulis tidak tahu apa yang hendak diperkatakan/ cuba menyembunyikan
kekurangan.
b. Sopan santun memberi penghargaan atau menghormati pembaca memanisfestasikan melalui
kejelasan dan kesingkatan.
Kejelasan pembaca tidak perlu memeras otak untuk memahami maksud penulis; Jelas dalam struktur
gramatikal kata dan kalimah, Jelas dalam pengungkapan fakta melalui kalimah atau kata-kata, jelas
dalam urutan idea secara logis, Jelas dalam penggunaan kiasan dan perbandingan.

Kesingkatan mempergunakan kata-kata secara berkesan, meniadakan tautology atau pengulangan


yang tidak perlu atau longgar.
c. Menarik Gaya yang menarik diukur melalui komponen penggunaan ayat atau kalimah; membuat
perbezaan (variasi) memiliki kekayaan kosa kata, Humor yang sihat memberi kegembiraan dan
kenikmatan pembaca, bertenaga, imaginatif dan mempunyai pengertian yang baik

DIKSI/ DICTION
Diksi ialah pemilihan perkataan yang sesuai mengikut situasi. Penulis perlu bijak memilih perkataan yang
bersesuaian dan berkualiti untuk penulisannya.
Perkataan yang dipilih bukan sahaja tepat dari segi makna bahkan perlu sesuai dari segi konteks
penggunaannya;

A. KETEPATAN MAKSUD
Writer/ penulis melihat kepada subjek yang dipilih
Idea (concept) yang dipilih difahami oleh penulis dan pembaca
Thing (Referent: benda/perkara/ subjek) merujuk kepada subjek yang dipilih sama dengan yang
difikirkan oleh pembaca
Name (Word) perkataan yang dipilih sesuai dan tepat serta memberi pengertian yang serupa antara
penulis dan pembaca
Reader memahami apa yang disampaikan oleh penulis.

Sinonim : menggunakan perkataan yang sesuai antara dua perkataan yang sama makna tetapi
mempunyai maksud tersendiri
Tone: setiap perkataan mempunyai nadanya yang tersendiri. Pemilihannya berdasarkan nada yang sesuai
dengan suasana yang ingin diwujudkan.
Eufemismus iaitu memilih ungkapan halus atau menyenangkan untuk menggantikan perkataan yang
boleh menyinggung perasaan orang lain. Ia merupakan kiasan untuk mengubah atau menyesuaikan fakta
antara penulis dengan pembaca.

Ungkapan ini biasanya membantu jika perkataan itu sukar untuk diluahkan.
Perkataan yang munasabah/ tepat yang bukan sahaja mempunyai nilai estetika atau berkesan tetapi juga
mempunyai nilai etika.
B. KUALITI PERKATAAN
Solid Word: perkataan yang digunakan bersesuaian dengan situasi atau kalimah yang digunakan tepat
maknanya;
a. Specific word (perkataan yang khusus) spt. kasut, baju, seluar, sapu tangan, stoking dll.
b. General word (perkataan yang bersifat umum) spt. pakaian.
c. Concrete word (perkataan yang konkrit): merujuk kepada benda atau perkara yang khusus yang dapat
dikesan oleh deria, dapat disentuh, dilihat, dirasa dan dihidu. Spt. Buku berwarna merah itu terletak di
rak tengah.
d. Abstract words (perkataan yang abstrak) merujuk kepada kualiti yang dikongsi bersama-sama oleh
banyak benda dan perkara; Spt; kecantikan yang memberi gambaran yang berbeza-beza mengikut
kefahaman masing-masing.

Strong Word iaitu penggunaan perkataan yang tepat dan tidak meleret-leret untuk menjelaskan/
menghuraikan tentang maksud idea dalam ayat.
Spt: Akal membezakan antara manusia dengan binatang.
Fresh words iaitu penggunaan perkataan yang segar dan berlainan atau menggunakan satu perkataan
tetapi memberi maksud yang disebaliknya.
Spt: Masa yang diberikan terlalu lama untuk mendengar celotehnya untuk menunjukkan bosan.

Figurative words iaitu penggunaan perbandingan atau analogi dalam ayat;


a. Figures of Similarity; perbandingan dua perkarayang berlainan tetapi mempunyai sifat yang sama
Simili, Metafora
Allusion : persamaan sesuatu perkara dengan seseorang atau peristiwa
cth: persengketaan kaum dgn peristiwa 13 Mei 69

Hiperbola: menggunakan kata yang berlebih-lebihan untuk menerangkan sesuatu


cth: Darah mengalir deras seperti air sungai
Litotes: Pemakaian bahasa untuk tujuan merendah diri
Cth. Saya ini bukan sesiapa.
Irony: penggunaan kata dengan maksud yang sangat berbeza daripada makna sebenar
cth: Cantik sungguh muka awak! hodoh

b. Figures of Contiguity iaitu penggunaan nama sesuatu untuk merujuk kepada kelazimannya
Metonimi: penggunaan nama sesuatu benda untuk merujuk benda lain yang sifatnya ada hubungan
logik.
Cth: Bulan Sabit Islam
Sinekdote: Penggunaan nama sesuatu benda yang memang mempunyai perkaitan langsung.
Cth: benang pakaian

c. Figures of sound iaitu penggunaan perkataan yang mempunyai unsur bunyi yang sama.
Aliterasi : pengulangan konsonen yang sama untuk tujuan perhiasan atau penekanan.
Asonansi: Pengulangan huruf vowel.

PENGULANGAN
Tujuan;
- keindahan bahasa/ kelunakan bunyi
- penekanan/menguatkan makna
- penegasan
- keutamaan subjek
Pemakaian secara sederhana mengikut tujuan dan jangan keterlaluan.

KULIAH 10: KEBERKESANAN PENULISAN ILMIAH


CIRI UMUM PENULISAN YANG BAIK
WACANA kesatuan buah fikiran atau pernyataan yang disusun secara logis dan berkaitan antara satu
sama lain.
Perenggan dalam penulisan mempunyai satu perkara tertentu yang dijelaskan dengan menggunakan
ayat- satu perenggan menggambarkan suatu fikiran atau fakta utama yang dikembangkan dengan isi
sokongan setiap perenggan perlu asa satu subtema tertentu, iaitu dari pecahan tema yang menjadi
fokus keseluruhan karangan
Ayat berkesan ayat yang jitu- dapat melukiskan fikiran dan perasaan pengarang setepat-tepatnya
menimbulkan pemahaman kepada pembaca persis dengan yang dimaksudkan oleh pengarang

KAEDAH MENGGUNAKAN AYAT YANG BERKESAN


Kesatuan gagasan
Kepaduan
Penekanan
Kepelbagaian
Kesejajaran
Penalaran dan logika

Kesatuan gagasan
Gagasan atau idea berfungsi mengembangkan tema atau isu yang menjadi asas karangan
Kesatuan gagasan melibatkan ayat yang dihasilkan harus dapat memperlihatkan tema ayat itu
mempunyai fokus
Ayat yang dikemukakan hendaklah berisi satu gagasan sahaja. Elakkan ayat yang mengandungi beberapa
idea dalam satu ayat.
Ayat yang melebihi satu gagasan akan kehilangan fokus dan menjadi ayat yang lemah.
Contoh
Oleh sebab itu, salah satu jalan ialah membimbing anak ke arah kebebasan berfikir untuk meninggikan
daya cipta yang lebih tinggi, diiringi pula oleh pengawasan yang teliti dan saksama daripada orang tua
yang sekaligus perlu memahami kejiwaan anaknya.
Pentingnya kebebasan berfikir untuk meninggikan daya cipta
Pentingnya pengawasan yan teliti dan saksama daripada ibu bapa
Pentingnya ibu bapa memahami masalah kejiwaan anaknya.

Kesatuan gagasan bergantung juga pada jelas atau tidaknya subjek dan prediket dalam ayat.
Subjek dan prediket merupakan bahagian yang menjadi asas terbentuknya ayat
Subjek ialah pokok atau hal yang dibicarakan
Prediket ialah keterangan tentang hal itu.
Kepaduan
Kepaduan bererti hubungan timbal balik yang baik dan jelas antara unsur pembentuk ayat kata dan
frasa.
Jalinan antara kata dengan kata dan antara frasa dgn frasa akan membentuk ayat menepati jalan
bahasa
Kepaduan ayat terjejas jika susunan kata dalam konteks frasa nama tidak menurut Hukum D-M. Kata
yang diterangkan (kata utama) diletakkan di hadapan kata yang menerangkan.
Kata sendi tidak perlu sesudah kata kerja transitif
Contoh
Mereka tidak mengetahui akan kelebihan menuntut ilmu
Ketika memperkatakan mengenai masa depan ekonomi bumiputera, beliau mengisytiharkan
pembentukan Amanah Saham Bumiputera
Dengan lain perkataan- Dengan perkataan lain
Pengarah menghadiahkan saya sebatang pena
Pengarah menghadiahkan sebatang pena kepada saya
Pengarah menghadiahi saya sebatang pena

Penegasan
Penegasan ialah mengubah kedudukan bahagian tertentu dlm ayat.
(Susunan ayat yang biasa subjek dan prediket)
Diubah jadi ayat songsang prediket dan subjek
Sungguh cantik, lukisan itu
Menonjolkan perihal yang menjadikan pelaku dalam keadaan tertentu
Apabila diberitahu tentang hal yang sebenarnya, Amira menjadin tenang
Mengulang unsur tertentu dalam ayat
Kesejahteraan mestilah dilihat secara luas, iaitu kesejahteraan ekonomi, kesejahteraan sosial dan
kesejahteraan mental

Pertentangan dua kenyataan mendorong orang untuk berfikir secara jelas iaitu melihat yang positif dan
negatif sekaligus mesej lebih cepat.
Kita tidak mengingini generasi yang memuja kebendaan, tetapi generasi yang berpegang kuat pada nilai
akhlak
Penggunaan partikel kah, lah dan tah
Dialah yang datang semalam

Kepelbagaian
Kepelbagaian bererti kelainan bentuk yang digunakan utk menyatakan sesuatu maksud bentuk
berlainan tetapi sama maknanya.
Memanfaatkan unsur sinonim, kepelbagaian pola dan jenis ayat, kepelbagaian ayat aktif dan ayat pasif,
kepelbagaian perubahan kedudukan sesuatu unsur dlm ayat.Kepelbagaian dapat menghidupkan tulisan
dan mengelakkan kejemuan
Penguasaan bahasa penting utk memastikan pemilihan perkataan yang tepat
Contoh
Sinonim
Orang itu suka/ gembira menulis pada waktu lapang
Pola dan jenis ayat pola ayat inti atau ayat tunggal dan ayat terbitan menurut kesesuaian konteks
Negara kita masih perlu mengimport beras walaupun penanaman padi merupakan salah satu kegiatan
pertanian yang utama di negara ini.
Ayat aktif dan ayat pasif ayat aktif menekankan pelaku dan ayat pasif emnekankan subjek- lakukan
pergantian kaedah
Kesejajaran
Kesejajaran sesuatu gagasan atau idea yang dinyatakan dlm bentuk kata nama (gaya nominal) diikuti
oleh gagasan lain (sama fungsi) dlm bentuk kata nama juga. Percampuran kata nama dan kata kerja
akan merosakkan kelancaran ayat
Jika memilih kata kerja (gaya verbal) maka gunakan bentuk itu utk kesejajaran ayat
Cth;
Langkah memulihkan ekonomi negara hendaklah dimulakan dengan menghematkan belanja negara dan
individu, mengurangkan import barangan yang kurang penting, menggalakkan insudtri setempat dan
meningkatkan guna tenaga secara optimum.

Penalaran dan logika


Penalaran konsep daya hujah keupayaan untuk menggunakan daya hujah dengan baik
Logika sistem berfikir iaitu suatu gagasan disusun dapat diterima oleh akal yang sihat
Gagasan mempunyai pertalian antara fakta, disusun berdasarkan pemikiran dan makna yang sama

Anda mungkin juga menyukai