Anda di halaman 1dari 2

SITI NUR AMIRAH ANATI BT SHAFRUDDIN 4PISMP MT

Mata pelajaran : Matematik


Tahun :4
Standard kandungan : Mengukur dan menganggar panjang
Topik : Panjang

Standard:
Setelah murid mengenal unit millimeter (mm), murid berupaya untuk mengukur objek
mengunakan teknik dan alatan yang betul. Kemahiran mengukur dalam unit millimeter digunakan
oleh murid untuk mengukur sesuatu objek yang terdiri daripada bentuk sekata seperti segi empat
dan bentuk tidak sekata seperti poligon yang mempunyai sisi yang tidak sama panjang. Alat yang
digunakan murid untuk mengukur objek terdiri daripada pembaris, tali, klip kertas dan pita
pengukur.
Indikator:
 Murid diminta untuk mengukur garis lurus yang mempunyai ukuran panjang berbeza
menggunakan pembaris dan pita pengukur
 Murid diminta untuk mengukur garis tidak lurus yang mempunyai ukuran panjang berbeza
menggunakan tali dan klip kertas
 Murid melakukan pemerhatian dan analisis terhadap gambar rajah yang ditunjukkan oleh
guru bagi menentukan unit yang digunakan sesuai untuk mengukur
 Murid dapat menyatakan cara mengukur objek dengan betul
o Mata perlu berserenjang dengan nilai bacaan pada pembaris
 Murid melaksanakan aktiviti inkuiri dengan mengukur objek yang berada di sekeliling
seperti meja dan papan putih menggunakan alat pengukur dalam unit millimeter
Konsep (Pengetahuan):
 Unit piawai ukuran panjang ialah millimeter, sentimeter, meter dan kilometer
 Milimeter merupakan unit ukuran piawai terkecil berbanding sentimeter, meter dan
kilometer
 Pengukuran objek dalam unit millimeter perlu menggunakan alat pengukur bersesuaian
seperti pembaris dan pita pengukur
 Cara yang betul untuk mengukur menggunakan pembaris ialah mata perlu berserenjang
dengan nilai bacaan
Kemahiran:
Murid berupaya untuk:
 Mengukur garis lurus menggunakan pembaris dan pita pengukur
 Mengukur garis tidak lurus menggunakan tali dank lip kertas
 Menentukan unit bersesuaian bagi mengukur objek yang berbeza
 Membuat ukuran objek dengan betul dan tepat
 Mengukur objek sekeliling menggunakan pembaris dalam unit millimeter
Konteks (Topik atau Kandungan):
 Mengimbas kembali unit piawai ukuran bagi panjang
 Menyatakan hubungan antara millimeter, sentimeter, meter dan kilometer
 Memperkenalkan alat pengukur yang bersesuaian bagi unit millimeter iaitu pembaris dan
pita pengukur
 Menunjukkan cara membaca ukuran alat pengukur yang betul
Idea utama:
 Panjang boleh diukur menggunakan unit piawai seperti millimeter, sentimeter, meter dan
kilometer
 Panjang objek tidak sekata boleh ditentukakan menggunakan alat pengukur seperti klip
kertas dan tali
 Panjang objek sekata boleh ditentukan menggunakan alat pengukur seperti pembaris dan
pita pengukur
 Objek yang diukur mempunyai lebar dan panjang yang berbeza
 Pembaris digunakan untuk mengukur objek yang lebih pendek manakala pita pengukur
boleh digunakan untuk mengukur objek yang lebih panjang
Soalan utama:
 Bagaimanakah cara membandingkan panjang dua garis yang berbeza bagi menentukan
mana lebih panjang?
 Bagaimana hendak mengukur dan menyatakan panjang objek tidak sekata dalam unit
millimeter?
 Adakah pembaris sesuai igunakan untuk mengukur objek yang besar?

Anda mungkin juga menyukai