Teks Ucapan Sempena Majlis Restu Ilmu
Teks Ucapan Sempena Majlis Restu Ilmu
Yang Berusaha GPK Ko-Kurikulum, Encik Abdul Kadir, barisan Guru Kanan
Matapelajaran, guru-guru yang saya hormati serta putera puteri SMK Dato Lela
Pahlawan yang dikasihi sekalian.
Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah s.w.t
kerana dengan izin dan inayahNya dapat kita bersama-sama pada hari ini
sempena Majlis Restu Ilmu SPM 2016.
Terlebih dahulu Tuan Pengetua meminta saya sampaikan salam beliau kepada
semua yang hadir pada pagi ini. Beliau tidak dapat bersama dengan kita kerana
beliau terlibat dengan urusan pentadbiran di IAB.
Saban tahun Majlis Restu Ilmu ini diadakan di semua sekolah sebagai satu
majlis yang penting sebelum pelajar-pelajar Tingkatan 5 masuk berjuang di
dalam dewan peperiksaan. Di dalam majlis seperti inilah para pelajar dapat
memohon keberkatan dari guru mereka dan memohon dihalalkan ilmu yang
telah disampaikan.
Gunalah peluang ini untuk memohon daripada semua guru agar dihalalkan ilmu
mereka dan mohonlah daripada mereka doa agar urusan peperiksaan SPM nanti
dipermudahkan. In sya Allah dengan iringan doa dan berkat seorang guru,
urusan peperiksaan SPM nanti akan dipermudahkan.
Halalkanlah ilmu yang telah disampaikan dan iringilah anak-anak kita yang
akan berjuang di dalam dewan peperiksaan nanti dengan doa ikhlas seorang
guru. Sesungguhnya kejayaan mereka merupakan kejayaan kita juga.
Akhir kata, selamat menduduki peperiksaan SPM dan selamat berjuang. Sekian
terimakasih.