Anda di halaman 1dari 4

Teks pengacara majlis pelancaran Program NILAM 2013

Bissmillahirrahmanirahim pembuka kata

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pemula bicara

Yg berusaha Tn. Hj Mohd Amin Bin Sulaiman,pengetua SMK Putra Perdana

Yang dihormati,

Pn Rogiah Bt Abd Moin, Penolong kanan Akademik,

Pn. Zarinah Bt. Md Hassan, Penolong kanan hal ehwal murid,

_______________________________, Penolong kanan ko-kurikulum,

Pn. Wan Khirani Bt. Wan Muhammad, Penolong Kanan Petang, (SESI PETANG)

Guru-guru yang disayangi dan rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta perkenannya maka dapat kita
bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi memeriahkah majlis pelancaran program NILAM
2013 peringkat sekolah.

Hadirin yg dimuliakan,

Program NILAM merupakan usaha kementerian pelajaran Malaysia yang bermatlamatkan


membina tabiat membaca dalam kalangan murid dari sekolah rendah sehingga sekolah
menengah. Rasional program ini untuk memastikan budaya cintakan ilmu berjaya dipupuk dalam
kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya bilangan murid selaras dengan hala tuju
kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya bermaklumat.

*PANTUN

Bunga melur dalam jambangan,

Di tepi kolam menjadi hiasan.

Kucipta pantun buat renungan,

Semarak Nilam empunya wawasan.

Ucapan pengetua
Hadirin sekalian,

Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis diteruskan dengan menjemput yang
berusaha , Tn. Hj Mohd Amin Bin Sulaiman, ,pengetua SMK Putra Perdana untuk
menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran program NILAM 2013 peringkat sekolah,
seterusnya merasmikan majlis. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha , Tn. Hj Mohd Amin Bin Sulaiman,atas ucapan
perasmian itu tadi.

*PANTUN

Mekar sejambak bunga gubahan,

Jatuh sekuntum di atas peti,

Membaca itu suruhan Tuhan,

Al-alaq diturun menjadi bukti.

Cerana kesumba indah melati,

Cantik tersemat dambaan puteri,

Ilmu ditimba sepenuh hati,

Kekuatan umat minda bestari.

Gimik Perasmian

Bagi menyempurnakan majlis pelancaran Program NILAM 2013 peringkat sekolah, majlis
mempersilakan Pn Hajah Rogiah Bt. Abd. Moin untuk menjemput dan mengiringi Tn. Hj Mohd
Amin Bin Sulaiman, bagi menerima kad dan menandatangani kad sebagai simbolik perasmian.

Majlis mengucap terima kasih kepada tuan pengetua, Tn. Hj Mohd Amin Bin Sulaiman dan Pn
Rogiah Bt. Abd. Moin

Hadirin sekalian,

*PANTUN
Tersenyum manis si dara jelita,

Diusik manja si teruna impian.

Rajin membaca adalah senjata,

Itulah rahsia pelajar cemerlang.

Penyampaian cenderahati kepada pengetua

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada Tuan
Pengetua. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn.Rogiah Bt. Abd. Moin,
Penolong Kanan Akademik menyampaikan cenderamata kepada Tn. Hj Mohd Amin Bin
Sulaiman,. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Hajah Rogiah atas penyampaian cenderamata itu
tadi.

Persembahan lagu NILAM

Para guru dan para pelajar yang dimuliakan,

Acara seterusnya ialah marilah kita bersama-sama bangun dan menyanyikan lagu ‘NILAM’.

*guru dan pelajar diminta berdiri*

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya nyanyian tadi, maka sempurna sudah majlis pelancaran program NILAM
2013 peringkat sekolah. Kerjasama daripada semua pihak iaitu murid-murid dan guru amat
diharapkan bagi menjayakan program ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada AJK pelaksana program, para guru dan para pelajar yang
menjayakan majlis ini.

*PANTUN

Kalau ada sumur di lading,

Bolehlah saya menumpang mandi.

Kalau ada umur yang panjang,


Boleh kita bertemu lagi.

Sekian,

Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt

Majlis diserahkan semula majlis kepada guru bertugas.

Anda mungkin juga menyukai