Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR PISMPSN1616

KE JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA, PEJABAT METEOROLOGI SARAWAK.

Lawatan sambil belajar ke Pejabat Meteorologi Sarawak adalah aktiviti yang telah dijalankan oleh siswa
pendidik PISMP Sains Ambilan Jun 2016. Butiran lawatan adalah seperti berikut:

Tempat lawatan : Pejabat Meteorologi Sarawak


Tarikh : 23 Januari 2017
Masa : 1.00pm – 4.30pm
Bilangan peserta : 14 orang

1. Pensyarah Pengiring
a) Cik Habibah binti Marzuki
b) Cik Rosidah binti Abdollah
c) Encik Muyang Anak Jami
d) Encik Noor Bahar bin Mohd Azhar

2. Tujuan Lawatan
a) Memenuhi keperluan ilmiah bagi kursus SCES3033 Bumi dan Angkasa Lepas.
b) Menambahkan pengetahuan mengenai kaedah pencerapan dan peramalan cuaca di
Malaysia.
c) Mendedahkan spesifikasi tugasan dalam bidang kajian cuaca kepada siswa pendidik.
d) Meningkatkan perasaan cinta dan minat terhadap ilmu pengetahuan dalam diri siswa
pendidik.
e) Mengasah kemahiran berkomunikasi siswa pendidik bagi tujuan pemerolehan ilmu.

3. Persediaan Awal
Perbincangan bersama pensyarah kursus telah diadakan bagi penetapan beberapa perkara
berkaitan lawatan ini. Antara perkara yang dibincangkan adalah:
a) Anggota rombongan yang melawat.
b) Pensyarah pengiring yang turut serta.
c) Pengurusan bas/pengangkutan siswa pendidik dan pensyarah pengiring.
d) Waktu bertolak dan balik.
e) Penyusunan semula jadual waktu kuliah.

4. Tempat Lawatan
Siswa pendidik dan pensyarah pengiring bertolak daripada kawasan kampus IPGKTAR
menggunakan bas IPGKTAR pada pukul 1.00pm dan tiba ke destinasi pada pukul 2.00pm.
Tempat pertama yang dilawati adalah seperti berikut:
a) Pejabat Meteorologi Sarawak
Salah satu cawangan kepada Jabatan Meteorologi Malaysia yang terdapat di Sarawak.
Pejabat yang beroperasi sepanjang masa (termasuk cuti umum) ini merupakan pusat
penerimaan dan pengurusan data daripada proses pencerapan cuaca di seluruh Sarawak.
Pusat ini bertanggungjawab menganalisa maklumat cuaca, meramal cuaca, dan
mengeluarkan amaran-amaran yang berkaitan dengan kajian cuaca seperti keadaan perairan
yang tidak selamat, mahupun kejadian cuaca buruk seperti tornado atau tsunami. Taklimat
ringkas dan pengenalan mengenai peranan Jabatan Meteorologi Malaysia juga diadakan di
sini.

Setelah selesai taklimat dan lawatan di lokasi pertama, kami menaiki bas sekali lagi menuju ke
lokasi lawatan seterusnya. Tempat kedua yang dlawati adalah seperti berikut:

b) Stesen Meteorologi Kuching


Lokasi pencerapan cuaca bagi kawasan Kuching ini terletak berhampiran dengan Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuching. Fungsi utama stesen ini adalah memastikan pesawat
berlepas dengan selamat dan memberi amaran sekiranya terdapat halangan dari segi keadaan
cuaca sebelum penerbangan. Selain mencerap cuaca menggunakan pelbagai peralatan
moden, stesen ini juga mengumpulkan data mengenai Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan
menghantarkan segala data yang diperoleh ke Pejabat Meteorologi Sarawak yang seterusnya
akan dihantar kepada dan disebarkan ke seluruh dunia oleh Agensi Meteorologi Jepun atau
Japan Meteorological Agency (JMA) yang terletak di Chiyoda, Tokyo.

5. Faedah Lawatan
a) Setiap siswa pendidik dapat melawat ke tempat yang belum pernah dilawati.
b) Dapat meluaskan pandangan dan mempelajari perkara-perkara baru.
c) Dapat menambahkan pengetahuan dan menghubungkaitkan intipati lawatan dengan kursus
SCES3033.

6. Penutup
Siswa pendidik dan pensyarah pengiring berpuas hati dengan lawatan ini. Pada pukul 4.30pm,
semua peserta lawatan bertolak kembali ke IPGKTAR dan tiba di kampus pada pukul 5.30pm.

Laporan disediakan oleh,

(ELSIE EGILIP)
Setiausaha Lawatan,
PISMPSN1616,
IPG Kampus Tun Abdul Razak.
LAMPIRAN

Penyampaian cenderamata oleh Pengerusi (Ketua Kumpulan PISMPSN1616) kepada


penceramah

Lawatan di bahagian pengurusan data Pejabat Meteorologi Sarawak


Ketibaan rombongan lawatan di Stesen Meteorologi Kuching

Sesi taklimat: Penerangan tentang salah Penyampaian cenderamata oleh


satu mesin yang digunakan untuk Pengerusi kepada penceramah
mengukur Indeks Pencemaran Udara
(IPU)

Anda mungkin juga menyukai