Anda di halaman 1dari 8

KAJIAN KES

1.0 SUBJEK
Nama : Andrew
Jantina : Lelaki
Asal : Taman Sentosa, Sibu, Sarawak
Umur : 16 tahun
Bangsa : Cina
Agama : Kristian
Bilangan adik- beradik : Anak tunggal
Pekerjaan bapa :
Tinggal bersama : Ibu bapa
Pencapaian akademik : Lemah

2.0 KES
Nama Kes : Gangsterisme
Perihal Kes : Antara tingkah laku delikuen ini adalah gangsterisme. Gangsterisme boleh
dirujuk sebagai aktiviti yang bersifat jenayah atau sosial yang dijalankan oleh seseorang
individu atau sekumpulan individu. Kumpulan gengsterisme ini mempunyai ciri-ciri seperti
mengikut tingkah laku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan secara berunit,
konflik dan mempunyai perancangan. Golongan ini dikenali sebagai kumpulan yang
bertingkah laku dividen. Tingkah laku mereka sudah dianggap salah di sisi peraturan dan
undang-undang serta tidak dapat diterima oleh masyarakat. Kemunculan masalah
gangsterisme di kawasan sekolah akan menyebabkan pelajar mudah terlibat dalam kegiatan
seperti peras ugut, ketagihan rokok atau dadah, poteng kelas, vandalisme, pengaduhan kongsi
gelap dan sebagainya. Gejala ini semakin merebak di kalangan masyarakat khususnya dalam
golongan remaja.

3.0 KAJIAN KES


Andrew adalah anak tunggal. Sejak kecil lagi Andrew tinggal bersama dengan ibu bapa.
Ibunya bekerja sebagai dan bapanya bekerja sebagai. Setiap hari, ibu bapanya sibuk bekerja
dari pagi hingga ke lewat malam. Sering kali hanya Andrew seorang yang tinggal di rumah.
Ibu bapanya tidak pernah mengambil tahu tentang perkara Andrew. Ibu bapa Andrew juga
sering bertengkar pasal tiada seorang pun yang sanggup memikul tanggungjawab menjaga
Andrew. Andrew merasa diri sebagai beban ibu bapanya. Andrew sentiasa mengurungkan diri
seorang di bilik dan menangis. Andrew sering berfikir bahawa ibu bapa melahirkannya tetapi
tidak mahu menjaganya. Andrew merasa diri telah membuat sesuatu yang salah sehingga ibu
bapanya tidak mahu menghiraukannya. Jadi, Andrew lari dari rumah dan tinggal bersama
dengan rakan-rakannya. Andrew pun terpengaruh oleh rakan-rakannya untuk sertai dalam
kumpulan gangster tersebut. Andrew beranggap mereka ialah rakan sebenarnya berbanding
dengan ibu bapanya yang tidak mahu menjaganya. Andrew menjadi amat membenci ibu
bapanya kerana tidak pernah dijaga dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya.

Andrew gembira apabila bersama dengan rakan-rakannya dalam geng itu kerana mendapat
jagaan dan perhatian dalam geng tersebut. Andrew ikut sahaja apa yang disuruh oleh ketua
gengnya. Akhirnya, Andrew menjadi semakin memberontak. Andrew selalu panas baran dan
mengamuk apabila tidak puas hati dengan sesuatu. Di sekolah, Andrew terkenal dengan
samseng yang paling kejam dan tiada seorang pun yang berani menghampiri dan mencari
masalah dengannya. Andrew selalu membuli murid yang lemah, mengutip yuran
perlindungan daripada kalangan murid, ponteng sekolah, merosakkan harta benda sekolah,
dan menghisap rokok. Lan juga pernah dicari dan dihukum oleh guru-guru tetapi akhirnya
Andrew membalas dendam terhadap gurunya dengan merosakkan kereta guru. Menurut
Andrew apabila dia membuli orang lain dia akan berasa diri seorang yang hebat kerana tiada
seorang pun yang berani mengbantahnya serta dapat melepaskan kebenciannya pada ibu
bapanya. Lan juga tidak hiraukan apa yang dilabelkan oleh orang lain tentangnya.

3.0 ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL


Teori Yang Dipilih : Teori Pemusatan Klien
Rasional Teori Dipilih : Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan terhadap
isu-isu yangberkaitan dengan manusia secara holistik. Manusia dilihat mempunyai satu
kompasisiyang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berhubungkait di antara satu
samalain seperti perasaan, fikiran dan tingkah laku yang saling berinteraksi dan
bergeraksecara aktif, bukan secara berasingan dan compartmental. Teori ini berpendapat
bahawamanusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan untuk menyesuaikan diri dengan
apayang berlaku pada mereka. Apa yang mereka alami adalah akibat daripada matlamat
dantujuan diri sendiri. Dengan itu manusia boleh mengendalikan tanggungjawab
peribadinyasebagai manusia yang berguna, personaliti yang sihat yang lahir daripada
pengalamanhidup yang bermakna. Pendekatan ini telah menekankan kepada situasi semasa
danmenikmati sepenuhnya apa yang ada.

Kaunselor Gestalt berpendapat manusia sebenarnya lengkap dan


berkemampuanmenyesuaikan diri dengan apa yang berlaku kepadanya. Manusia boleh
mengendalikantanggungjawab peribadinya dan hidup sebagai manusia yang berguna. Antara
perkara-perkara penting ialah:

 Hidup sekarang, fokus pada sekarang.


 Nyatakan dan bukan cuba beri alasan.
 Cuba alami perasaan yang menyakitkan seperti juga apabila kita
 mengalami keseronokkan.
 Pikullah tanggungjawab terhadap tindakan perasaan dan pemikiran
 sendiri.
 Terima diri anda yang sebenar.

Melalui terapi Gestalt, seseorang individu boleh mengalami dengan sebenar-benarnya


perasaan dan tidak sekadar bercakap mengenainya sahaja. Terapi inimempunyai pelbagai
teknik untuk mencapai matlamat bagi menambahkan kesedaranmengenai diri individu. Terapi
Gestalt juga mengkaji masa lampau individu dengan carayang menarik dan mengiktirafkan
kepentingannya. Dengan cara ini seseorang individuakan menjadi lebih sedar akan
perasaannya dan berupaya untuk hidup sepenuhnyadengan cara mengatasi semua perasaan
masa lampau yang telah menghalangkemajuannya.

Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori :


Seperti di dalam kajian kes ini, Lan bertindak agak agresif dengan melakukanvandalisme di
sekolah kerana melepaskan kebenciannya pada ibu yang dianggapnyalangsung tidak pernah
menyayangi dirinya. Keadaan ini menyebabkan Lan menjadiseorang yang panas baran dan
mudah sahaja mengamuk.

Matlamat Terapi :
Matlamat Teori Gestalt adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam diri
individu kepada realiti dunia hari ini yang bersifat di sini dan sekarang(here and now). Secara
umumnya, terapi Gestalt inimemberi kesedaran kepada individu bahawa mereka mempunyai
tanggungjawab yang tersendiri. Teori ini juga membuat individu supaya akan lebih berdikari,
tidak bergantung kepada orang lain danmenyedarkan mereka bahawa mereka mampu
melakukan perkara-perkara yang jauh lebihbaik daripada apa yang disangkakan mereka
sendiri. Ianya juga membantu individu lebih mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam
tanpa perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran atau dengan kata lain
perkataan tidak perlu mengikut atau menyesuaikan diri mereka dengan masyarakat tersebut.
Perls pula berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai banyak potensi tetapi disebabkan
halangan yang banyak dalam hidupnya maka ia tidak berjaya mengalami hidupnya dengan
sempurna. Oleh itu melalui terapi ini, individu akan cuba dibantu agar dia dapat mengalami
dan merasai nikmat hidupnya dengan lebih sempurna. Terapi ini juga membantu individu
agar dapat merasai dan menyedari segala perasaan danpengalaman mereka masing-masing.
Hanya dengan merasa dan menyedari perasaan dan pengalamannya maka seseorang itu akan
berusaha ke arah mengubah personaliti dan diri mereka.

Teknik Yang Digunakan :

• Kerusi Kosong
Terapi Gestalt membuat andaian bahawa sesuatu konflik yang wujud di dalam diri seseorang
individu itu adalah hasil daripada pertikaian di antara Top Dog dengan Under Dog iaitu dua
bentuk fungsi yang wujud dalam personaliti.
Top Dog merupakan unsur yang menekankan kedudukan autoritarian,
moralistik, mendesak dan sebagainya. Ia mengandungi unsur ibu bapa yang sering
mengkritik dan yang selalu menekan perkataan ‘patut’ dan ‘harus’.
Under Dog pula merupakan unsur yang meyoal mangsa di dalam sesuatu
keadaan dan kerana peranan yang dimainkannya, ia sering bersikap membela diri, selalu
meminta maaf, tidak berdaya dan lemah. Ia sering memberi alasan-alasanbagi kelemahan-
kelemahan dirinya dan peranannya. Bagi menyelesaikan masalah ini, teknik berdialog
dengan menggunakan pendekatan kerusi kosong telah digunakan.
Lan merasakan dirinya sangat malang kerana tidak mendapat kasih sayang seorang ibu dan
ayah. Lan sebenarnya teringin mendapat kasih sayang sepertirakan-rakan yang lain tetapi
secara realitinya Lan telah dijaga oleh datuk dan jarang sekali dapat bertemu dengan ibu
malah ayahnya juga langsung tidak pernah ditemui.

4.0 TINDAKAN KAUNSELOR


Saya telah meneroka Lan sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah sebenar Lan. Sewaktu
penerokaan saya telah mengaplikasikan pelbagai kemahiran dalam menggunakan teknik
kerusi kosong seperti kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup, dorongan minima,
parafrasa, refleksi, merumus, konfrantasi, mentafsir mendengar, memimpin dan memfokus.
Kesemua kemahiran ini saya aplikasikan sebaik yang mungkin bagi memahami diri dan
situasinya, mengenalpasti keperluannya termasuk harapan, cita-cita serta matlamat hidupnya,
membuat rancangan untuk tindakan dan menjadi individu yang berfungsi dengan
sepenuhnya.
Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien. Komunikasi
non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang bergantung kepada lisan
dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi lebih banyak maklumat berbanding
dengan komunikasi verbal di mana pergerakan badan adalah lebih tulen maklumatnya. Saya
memfokuskan kepada pergerakan badan, aktiviti tangan, kaki dan juga kedudukan badan.
Saya dapat melihat Lan meluahkan perasaankecewanya apabila nafasnya pendek,
menghuraikan rambutnya sambil menunduk danmenggosok belakang leher. Oleh kerana itu
saya lebih memfokuskan kepada komunikasinon verbal Lan. Saya akan bertanya kepada dia
jika dia tidak nampak selesa dan apabilaluahannya tidak selaras dengan pergerakan yang
dilakukannya. Melalui pemerhatian inisaya akan dapat menilai sejauh mana luahan itu telus
dari Lan sendiri.

5.0 IMPLIKASI
Melalui teknik kerusi kosong, Lan telah berpeluang belajar bagaimana untukmeluahkan
perasaannya kepada ibu memandangkan selama ini Lan tidak pernah memberitahu kepada
ibu akan masalahnya. Apabila Lan menjalani teknik kerusi kosong, sekurang-kurangnya Lan
sudah dapat merasai apakah reaksi yang akan diterimanya nanti dan adakah ucapannya itu
sesuai untuk diluahkan kepada ibu. Teknik kerusi kosong ini sekurang-kurangnya dapat
membantu Lan meluahkan perasaannya.

Masalah Lan ini boleh diatasi dengan menggunakan kesemua kemahiran kaunseling yang
telah dipelajari. Kemahiran mendengar secara aktif amat penting bagi seorang kaunselor
yang mahu menyelami perasaan klien. Selain itu dengan adanya dorongan minima, refleksi,
parafrasa, rumusan dan soalan-soalan terbuka dan tertutupyang diaplikasikan akan
melancarkan lagi perjalanan sesebuah sesi kaunseling itu.
6.0 REFLEKSI

Kekuatan
Terapi Gestalt ini merupakan suatu pendekatan yang bertujuan untuk membantuklien bagi
membentuk personaliti baru yang lebih baik dan bertanggungjawab terhadapdirinya.
Contohnya Fais sendiri disedarkan akan tanggungjawabnya sebagai seorangpelajar dan Fais
juga bersetuju untuk merubah personalitinya kepada yang lebih baik.Fais juga sedar akan
tanggungjawabnya memberikan contoh yang terbaik kepada adiknyaagar perkara yang terjadi
kepada ayahnya tidak berulang lagi.
Terapi ini memberikan penekanan terhadap penggunaan pendekatan eksistensialatau
fenomenologi yang meletakkan bahawa manusia perlu mencari jalan dalamhidupnya dan
bertanggungjawab pada dirinya sendiri sekiranya dia mahu mencapaikematangan. Melalui
kesedaran manusia memperolehi kefahaman diri dan pengetahuanuntuk membantunya
berubah.

Kelemahan
Semasa melakukan sesi kaunseling menggunakan teori ini, saya dapat mengenalpasti
beberapa kekuatan dan kelemahan di dalam mengaplikasikannya. Antara kelemahan yang
terdapat di dalam mengaplikasikan teori ini ialah kecenderungan kaunselor untuk lebih
bersifat manipulasi dan mengawal adalah tinggi di mana saya sebagai kaunselor akan banyak
mengarah Lan untuk melakukan sesuatu seperti apabila Lan enggan bercakap dengan kerusi
kosong saya terpaksa meminta Lan melakukannya juga dan merasai kesannya. Teori ini
mempunyai kecenderungan mengenepikan unsur logikal, kognitif dan merendahkan faktor
intelektual dalam personaliti. Ini berlaku apabila Lan merasakan dirinya seakan-akan orang
gila apabila bercakap dengan kerusi kosong. Apabila Lan enggan bercakap dengan kerusi
kosong saya terpaksa menyatakan sesuatu bagi membuatkan Lan percaya bercakap dengan
kerusi kosong dia akan dapatmerasai situasi yang sebenar. Keadaan ini membuatkan saya
sebagai seorang kaunselor terpaksa bersedia berhadapan dengan pelbagai soalan-soalan yang
menguji saya untuk menjawab soalannya dengan baik.

7.0 CADANGAN

Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada semua pelajardan guru-
guru di sekolah agar mereka semua dapat memahami diri sendiri dan manusiadi sekelilingnya
dengan lebih baik. Selain itu agar warga sekolah dapat memperbaiki kelemahan dan
mengasah lagi kekuatan diri yang ada. Melalui ilmu kaunseling juga mereka akan dapat ilmu
bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sendiri denganlebih baik dan tidak
memudaratkan individu yang signifikan. Ini amat penting sebagaiasas dalam menjalani
kehidupan seharian.
Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan mengukuhkan lagi ilmu yang ada dengan
mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), sesi kelompok,
sesi individu, kem, program dan ceramah kepada semua warga sekolah. Dengan itu semua
akan mendapat manfaat dan dapat berkongsi ilmu kaunseling secara bersama-sama dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan lebih baik.
Cadangan ini diutarakan kerana melalui pengalaman saya menjalani praktikumdan
Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sebanyak dua kali, majoriti warga sekolah tidaktahu
akan kepentingan ilmu kaunseling dan juga timbul salah faham antara guru-gurudengan guru
pembimbing sekolah. Guru-guru menganggap guru pembimbing sekolahumpama malaikat
yang ‘sepatutnya’ dapat menyelesaikan masalah pelajar-pelajar disekolah. Untuk melahirkan
sekolah yang cemerlang bukanlah bergantung semata-matakepada guru pembimbing tetapi
adalah di atas peranan semua pihak. Jika semua wargasekolah menjalankan tanggungjawan
mereka dengan cekal dan amanah, pastinya sekolahcemerlang akan dapat dilahirkan dengan
banyak. Dengan itu, untuk menjayakan dan memantapkan sesebuah sekolah, bukanlah perlu
diusahakan oleh guru pembimbing sekolah sahaja tetapi atas kesedaran semua pihak.

8.0 PENUTUP
Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui tindakan
bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan baik dan mengaplikasikan
segala kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi kaunseling yang baik
dan berjaya.

Anda mungkin juga menyukai