Anda di halaman 1dari 22

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN .............................................................................................................................. 2


2.0 KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI ....................................... Error! Bookmark not defined.
2.1 Fonetik......................................................................................... Error! Bookmark not defined.
2.2 Fonologi ...................................................................................... Error! Bookmark not defined.
3.0 ALAT-ALAT ARTIKULATOR DAN ARTIKULASI ................... Error! Bookmark not defined.
3.1 Artikulator................................................................................... Error! Bookmark not defined.
3.2 Artikulasi..................................................................................... Error! Bookmark not defined.
3.3 Perbezaan Artikulasi dan Artikulator .................................. Error! Bookmark not defined.
4.0 FONEM ......................................................................................................................................... 10
4.1 Fonem Segmental ................................................................................................................. 12
4.1.1 Vokal .................................................................................................................................. 12
4.1.2 Konsonan ......................................................................................................................... 14
4.2 Fonem Suprasegmental....................................................................................................... 17
4.2.1 Tekanan ............................................................................................................................ 17
4.2.2 Nada ................................................................................................................................... 17
4.2.3 Intonasi ............................................................................................................................. 17
4.2.4 Jeda ................................................................................................................................... 18
4.2.5 Panjang-Pendek ............................................................................................................. 18
5.0 TRANSKRIPSI TEKS ................................................................................................................. 18
6.0 KESIMPULAN ............................................................................................................................. 19
7.0 RUJUKAN .................................................................................................................................... 22

1
1.0 PENGENALAN
Dalam pengajaran bahasa Melayu, terdapat 3 kemahiran yang perlu diajarkan kepada
murid-murid iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran
lisan dan kemahiran membaca memerlukan penggunaan alat artikulasi yang cekap dan mahir.
Dalam kemahiran lisan, murid-murid perlu menguasai kemahiran mendengar dan bertutur.
Kemahiran bertutur memerlukan murid-murid mengenal dan dapat menyebut huruf-huruf
dalam bahasa Melayu dengan betul supaya huruf-huruf itu dapat membentuk sesuatu
perkataan yang bermakna. Guru perlu memastikan sebutannya adalah betul dan tepat supaya
murid-murid mendengar sebutan yang betul lalu mempelajari sebutan yang betul daripada
guru.

Dalam erti kata lain, bidang ini adalah menjurus kepada Fonetik dan Fonologi Bahasa
Melayu. Bidang ini sangat penting dan tidak perlu dipandang enteng kerana seseorang itu
akan menjadi penutur yang baik jika dapat menguasai bidang ini sepenuhnya. Alat-alat
artikulator dan artikulasi merupakan antara bahagian yang penting dalam bidang ini. Di
samping itu, fonem, fonem segmental dan supra segmental bahasa Melayu juga tidak
diketepikan dalam bidang ini. Justeru, perkara yang terkandung dalam Fonetik dan Fonologi
Bahasa Melayu perlu dikaji sedalam yang mungkin agar penutur yang baik dapat dilahirkan.

2.0 BANDING BEZA TEORI FONETIK DAN FONOLOGI

Sepertimana yang diketahui umum, bidang ini saling berkaitan antara satu sama lain.
Bahkan kedua-duanya saling melengkapi. Justeru, apabila kita berbicara tentang fonologi,
aspek fonetik juga akan turut disentuh. Walaubagaimanapun, ada ahli bahasa yang cuba
memisahkan kedua-dua bidang ini dengan menyatakan perbezaan fonetik dan fonologi.
Sebelum kita mengetahui perbezaan kedua-dua bidang ini, eloklah kita menyelidiki satu
persatu kedua-dua bidang ini dahulu.

2.1 Fonetik

Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan
tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan,
didengar dan diinterpretasikan. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008) dalam Bahasa Melayu
1, asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai
phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia.

2
Fonetik juga merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan
penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya.
Menurut Faridah Nazir dan Maridah Alias (2013) dalam Fonetik & Fonologi Bahasa
Melayu, fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah
pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Menurut Indirawati Zahid (2008) dalam Fonetik dan
Fonologi Bahasa Melayu fonetik ialah kajian bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia.
Radiah Yusoff dan Nor Aini Ismail (2005) dalam Linguistik Pengenalan, bidang fonetik
terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik
auditori. Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia dan
bahagian-bahagian artikulator yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Fonetik akustik pula
mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa seperti gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita
suara. Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui
telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan.
Kesimpulannya, fonetik ialah bidang yang mengkaji tentang bunyi-bunyi ujaran yang
dikeluarkan oleh manusia. Bidang ini juga mengkaji bunyi bahasa sejagat secara saintifik dari
segi pengeluarannya dan aspek-aspek pendengarannya. Tegasnya, bidang fonetik melihat
dari segi fizikal bagaimana bunyi itu dihasilkan.

2.2 Fonologi

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi
bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi
berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan
dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008) dalam Bahasa Melayu 1, fonologi ialah kajian
tentang sistem bunyi bahasa. Dalam erti kata yang lebih luas, fonologi berhubung dengan
anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ ujaran dan bagaimana manusia
menggunakan organ-organ tersebut. Bidang kajian fonologi juga termasuklah cara standard
untuk merakamkan ujaran dan kemudiannya menggambarkan semula menggunakan simbol-
simbol khusus.
Menurut Faridah Nazir dan Maridah Alias (2013) dalam Fonetik & Fonologi Bahasa
Melayu, fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut
manusia. Bunyi itu ialah bunyi bermakna kerana bunyi yang dikeluarkan oleh manusia melalui
alat pertuturan saling difahami oleh mereka.
Kesimpulannya, fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang sangat luas
dan mempunyai pelbagai bidang bahasa. Fonologi berkaitan dengan organ-organ pertuturan
manusia dan bagaimana manusia menggunakan organ tersebut untuk menghasilkan sesuatu

3
bunyi. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang
yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa
itu.

2.3 Perbezaan Fonetik dan fonologi

Menurut Faridah Nazir dan Maridah Alias (2013) dalam Fonetik & Fonologi Bahasa
Melayu, fonetik ialah bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-
alat artikulasi manusia dan memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonologi pula
ialah cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang
berfungsi atau dalam dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh kedua-dua belah pihak.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008) dalam Bahasa Melayu 1, fonetik mengkaji
fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya, manakala fonologi mengkaji sistem
bunyi-bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. Bidang fonetik menjadi
asas kepada kajian fonologi, manakala bidang fonologi menjadi input kepada kajian linguistik
pada aras yang lebih tinggi, iaitu morfologi dan sintaksis. Menurut Henderson (1971) dalam
Bahasa Melayu 1, bidang fonologi perlu diasingkan daripada bidang fonetik memandangkan
bidang fonetik tidak mungkin dapat merangkumi pemerian seluruh bunyi yang dihasilkan oleh
manusia, menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan menghuraikan sistem bunyi semua
bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna.
Menurut Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2008) dalam Fonetik dan Fonologi
Bahasa Melayu, fonetik merujuk kepada kajian tentang bunyi bahasa yang membincangkan
deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi dengan menggunakan organ
sebutan. Sementara itu, fonologi sebagai perkara yang pada asasnya adalah fonetik yang
memerlukan konsep, istilah dan notasi fonetik sebagai unsur tambahan bagi menghasilkan
satu set konsep-konsep baru yang tersendiri.
Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Fonetik berkaitan
dengan sifat fizikal bunyi serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi
neurofizikal. Manakala fonologi ialah kajian yang dilakukan tentang pola bunyi bahasa iaitu
tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bunyi
bahasa.
Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tubuh manusia, terutama yang
berhubungan dengan penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu tentang
perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Fonem merupakan istilah linguistik dan
merupakan gabungan terkecil dalam sesuatu bahasa yang masih boleh menunjukkan
perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi. Contohnya bunyi [k] dan [g] merupakan dua
fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar".

4
Sebagai rumusan, didapati kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama
lain. Bagi memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila sudah
menguasai bidang fonetik, barulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat
difahami dan dihuraikan dengan sempurna. Oleh itu, dapat dilihat bahawa fonetik dan fonologi
adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Garis pemisah antara kedua-duanya adalah
kurang jelas walaupun ada sarjana cuba meletakkan garis pemisahnya. Berikut adalah jadual
yang menunjukkan perbezaan antara fonetik dan fonologi daripada beberapa aspek yang
dicapai daripada (http://www.slideshare.net/sedasuhaida/nota-fonetik).

Aspek Fonetik Fonologi


Konsep Fenomena bunyi atau pertuturan Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu
manusia seluruhnya. dalam pertuturan bagi sesuatu
bahasa.
Ciri-ciri  Asas kepada kajian fonologi.  Input kepada kajian linguistik
 Tidak dapat memerikan seluruh tinggi, iaitu morfologi dan sintaksis.
bunyi yang dihasilkan oleh  Dapat merumuskan,
manusia, tidak dapat menghalusi menghuraikan dan menjelaskan
segala variasi bunyi tersebut dan segala bentuk bunyi dalam
tidak dapat menghuraikan sistem sesuatu bahasa secara teliti dan
bunyi semua bahasa yang terperinci dengan tujuan untuk
dituturkan oleh manusia dengan menentukan peraturan dan bentuk
sempurna. bunyi secara spesifik.

Aspek Fonetik Fonologi

Ciri-ciri  Terdiri daripada kajian  Kajian adalah berkaitan dengan


hubungan antara butir-butir leksikal
artikulasi, auditori dan akustik.
lain yang membentuk ayat.

Jadual 1: Perbezaan Fonetik dan Fonologi

5
3.0 BANDING BEZA ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa dan alat-alat
yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan
bunyi. Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi
terbahagi kepada dua, iaitu alat yang boleh digerak-gerakkan dengan bebas dan boleh
diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut serta daerah pengeluaran, iaitu tempat
yang tetap dan terletak di bahagian atas pengeluar itu. Tempat ini boleh dicapai oleh alat-alat
pengeluar itu.

3.1 Artikulasi

Menurut Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2008) dalam Fonetik dan Fonologi
Bahasa Melayu, artikulasi ialah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa
menghasilkan sesuatu bunyi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang
berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi yang berlainan. Alat artikulasi termasuklah gigi
atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut.
Penamaan bunyi-bunyi bahasa adalah berdasarkan kepada cara sesuatu bunyi itu
dihasilkan. Hal ini melibatkan alat dan daerah yang disentuh oleh alat artikulasi tersebut.
Sebagai contoh, jika hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi dan lelangit lembut
pula menyentuh rongga belakang tekak, maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi [t]. Bunyi
ini dilabelkan sebagai letupan gusi tidak bersuara kerana udara yang tersekat di belakang
lidah dilepas secara serta-merta dengan tidak menggetarkan pita suara. Jika pita suara
bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi bersuara manakala jika peti suara tidak
bergetar bunyi yang dihasilkan adalah bunyi tidak bersuara.

3.2 Artikulator

Menurut Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2008) dalam Fonetik dan Fonologi
Bahasa Melayu, artikulator adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat ini
terdiri daripada bibir atas dan bawah, hujung dan hadapan lidah, belakang lidah, gusi, lelangit
keras, lelangit lembut dan pita suara.

6
3.3 Perbezaan Artikulasi dan Artikulator

Jadual 2 menunjukkan perbezaan antara artikulasi dengan artikulator daripada


beberapa aspek yang dicapai daripada http://aranaz13 .blogspot. com /2013 /01/ perbezaan
- artikulasi-dan-artikulator.html

Artikulasi Perbezaan Artikulator


Artikulasi merupakan alat-alat yang Definisi Artikulator merupakan organ yang
terlibat dalam proses pengeluaran bunyi- menghasilkan bunyi bahasa
bunyi bahasa
Bahagian yang disentuh oleh artikulator Kedudukan Alat yang menyentuh
Gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit Contoh Lidah, bibir dan gigi bawah
lembut
Bersifat statik kerana tidak boleh Sifat Tidak bersifat statik kerana boleh bergerak
bergerak

Jadual 2: Perbezaan Artikulasi dan Artikulator

7
3.4 Peranan alat artikulasi dan artikulator dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa .

Rajah 1: Alat-alat artikulasi manusia

8
Alat artikulasi Peranan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa

 Menyekat perjalanan udara.

Bibir  Boleh dihamparkan [ i ] dan dibundarkan [ u ].

 Membuat sekatan kepada udara keluar daripada rongga


mulut.

 Bahagian hadapan, tengah dan belakang lidah penting dalam


pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal
Lidah tengah dan vokal belakang.

 Hujung lidah digerakkan untuk menyekat perjalanan udara.

 Sebagai daerah artikulasi iaitu daerah penyebutan.

Gusi  Membuat bunyi seperti [ t ], [ d ] dan [ l ] dengan bantuan


hujung lidah untuk membuat penyekatan.

 Lelangit keras – juga sebagai daerah artikulasi.

Lelangit  Lelangit lembut – menentukan sama ada bunyi itu sengau


atau tidak

(Apabila diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau.


Apabila dinaikkan, bunyi yang dinaikkan bukanlah bunyi sengau.)

Anak tekak  Alat pertuturan berfungsi seperti lelangit lembut.

 Menahan udara daripada bebas keluar dari rongga mulut.

Gigi  Dalam penyebutan huruf-huruf th [ Ɵ ],j [ ǰ ], c [ č ], dz [ ð ], gigi


berperanan sebagai daerah penyebutan.

Rongga  Menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru.

Pita suara  Menentukan sesuatu bunyi tersebut bersuara atau tidak.

Rahang  Berperanan dalam pembunyian bunyi vokal.

9
4.0 FONEM
Fonem sebuah istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sebuah
bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi. Maksud
yang lain bagi fonem ialah unit penggalan bahasa yang terkecil yang boleh membawa
perbezaan makna. Fonem juga boleh didefinisikan sebagai himpunan bunyi yang mempunyai
lambang asas yang sama, yang berbeza hanyalah lambang-lambangnya.
Kedua-dua fonem vokal dan konsonan bahasa Melayu berperanan dalam
membezakan makna. Konsonan dan vokal menggambarkan huruf-huruf yang mempunyai
bunyi yang saling berkaitan. Terdapat enam vokal dalam bahasa Melayu standard, iaitu /a/ ,
/e/ , /i/ , /o/ , /u/ , dan /ә/ dan penyebarannya adalah seperti dalam jadual di bawah.

Penggunaan Fonem Vokal

Huruf Fonem

Awal Tengah Akhir

a /a/ /awa?/ /cakap/ /mana/

/aku/ /gagap/ /pula/

e /e/ /ena?/ /leher/ /tauge/

/ekor/ /teleŋ/ /ole-ole/

i /i/ /ikat/ /mimik/ /tuli/

/iman/ /tipis/ /tari/

o /o/ /oleh/ /bohoŋ/ /pidato/

/oraŋ/ /toloŋ/ /solo/

u /u/ /ubat/ /bulat/ /sudu/

/ular/ /pulut/ /palu/

e /ә/ /әma?/ /pәnat/ /nasionalismә/

/әmpat/ /tәpat/ /mekanismә/

Jadual 2: Fonem Vokal

10
Dalam bahasa Melayu, terdapat 18 fonem konsonan asli. Jadual yang berikut
menunjukkan fonem konsonan asli Melayu dan contoh penggunaannya dalam perkataan.

Huruf Fonem Penggunaan Fonem Konsonan

Awal Tengah Akhir

b /b/ Batuk lambat sebab

c /č/ Cantik benci Mac

d /d/ Datuk ladang abad

g /g/ Gagal ligat monolog

h /h/ Hapak sahabat telah

j /ǰ/ Jamu sejuk garaj

k /k/ Kilas sakit tapak

l /l/ Lama Melayu kebal

m /m/ Manis taman sekam

n /n/ Nanti tanda makin

ng /ŋ/ Nganga tangkup belang

ny /ɲ/ Nyanyuk senyap -

p /p/ Panas papan kudup

r /r/ Rasa arus luhur

s /s/ Senak ansur deras

t /t/ Tamat pantun sukat

w /w/ Warisan sawah takraw

y /j/ Yuran wayang -

Jadual 3: Fonem Konsonan

11
Fonem dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu fonem segmental dan fonem
suprasegmental.

4.1 Fonem Segmental


Fonem segmental atau bunyi penggalan merujuk kepada proses mengeluarkan unit
linguistik daripada ujaran atau teks yang berurutan. Fonem ini dapat dianalisis kewujudannya.
Fonem segmental dapat dibahagikan kepada vokal dan konsonan. Perbezaan antara vokal
dan konsonan hanya terletak pada ada atau ketiadaan halangan ketika bunyi-bunyi itu
ditonasikan.

4.1.1 Vokal
Menurut Faridah Nazir dan Maridah Alias (2013) dalam Fonetik & Fonologi Bahasa
Melayu, vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal juga tergolong sebagai
bunyi bersuara. Oleh itu, untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral tanpa
sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam
bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.
Rajah 1 di bawah menunjukkan kedudukan bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.

Rajah 1: Kedudukan Bunyi Vokal Hadapan, Tengah dan Belakang

12
a) Vokal Hadapan

Cara penghasilan vokal ini berdasarkan bahagian lidah yang berkaitan dan mengikut
ketinggian lidah diangkat. Bunyi vokal hadapan misalnya, dihasilkan dengan menaikkan
hadapan lidah pada aras yang berubah-ubah, iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh rendah atau
rendah menghala ke arah lelangit keras. Bunyi vokal itu dibezakan mengikut tinggi atau
rendahnya bahagian hadapan lidah itu diangkat. Jika hadapan lidah dinaikkan tinggi, maka
terhasillah bunyi vokal [i], jika separuh tinggi atau separuh sempit terhasillah bunyi vokal [e],
jika separuh rendah atau separuh luas, terhasillah bunyi vokal [ε] dan jika diangkat sedikit
sahaja, terhasillah bunyi vokal [a]. Keadaan bibir adalah terhampar manakala luas bukaan
rahang pula mengikut luas atau sempitnya bunyi vokal-vokal itu.

b) Vokal Belakang

Vokal belakang terdiri daripada vokal [u] dan [o]. Bunyi ini terhasil apabila bibir
dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Terdapat perbezaan
dalam sebutan vokal [u] dan [o] kerana kedudukan belakang lidah lebih rendah apabila
membunyikan vokal [o] daripada ketika menghasilkan bunyi vokal [u[.

c) Vokal Tengah

Terdapat satu vokal tengah, iaitu [ә]. Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah
lidah dekat dengan lelangit. Bibir dihamparkan. Sunguhpun begitu terdapat satu vokal kata
pinjaman sebagai kelainan bagi huruf “e” iaitu iaitu [ɜ].

d) Diftong

Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata, yang disebut
secara berterusan tanpa ada segmen. Proses penghasilannya, terdapat ciri geluncuran tetapi
ada satu puncak.

Diftong yang pertama ialah [ai] dan untuk menghasilkannya, bahagian depan lidah
mula-mulanya berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan
untuk vokal [i] tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan [i] Contohnya, [pakai]. Diftong
yang kedua pula ialah [au]. Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal
[a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u], bibir yang mula-mula dihamparkan,
kemudian dibundarkan pula contohnya, [pulau]. Diftong yang ketiga diftong [oi]. Ketika

13
dihasilkan lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang
mula-mula bundar tetapi kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar tetapi
kemudian berkeadaan hampar. Contonhya, [amboi].

Jadual di bawah menunjukkan pergerakan lidah untuk membunyikan ketiga-tiga


diftong tersebut.

Rajah 2: Pergerakan Lidah untuk Membunyikan Diftong

4.1.2 Konsonan
Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan
dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan
terbahagi kepada dua jenis iaitu bersuara dan tidak bersuara seperti dalam jadual 9 di bawah.

Cara Sebutan Daerah Sebutan


Bibir Gusi Gusi-L Lelangit Lelangit Pita
Keras Keras Lembut Suara
Letupan tidak p t k
bersuara
Letupan bersuara b d g
Letusan tidak č
bersuara

Letusan bersuara ǰ
Sengauan m n ɲ ɧ
bersuara

14
Geseran tidak f s š x h
bersuara
Geseran bersuara v z
Getaran bersuara r
Sisian bersuara l
Separuh Vokal w y
bersuara

Jadual 4 : Bunyi-bunyi Konsonan

a) Letupan

Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang


dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian
bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-
merta dan akan terhasillah bunyi letupan.

b) Letusan

Selain itu, sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini
dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru.
Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang menyatakan
bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š]
untuk menghasilkan bunyi [č], manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk
mendapatkan bunyi [ǰ].

c) Sengauan

Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi
sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk
menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan
melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [ɧ], dan [ɲ].

15
d) Sisian

Hentian sebahagian akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan malaran.
Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus
udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah
menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini
menghasilkan bunyi [l].

e) Geseran

Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang
melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu
ialah [f], [v], [s], [z], [š], dan [h].

f) Malaran

Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti


menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi
malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah ahli fonetik
menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y].

Getaran bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap. Bentuk ini
menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan
menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi
getaran, iaitu [r].

16
4.2 Fonem Suprasegmental
Fonem suprasegmental ialah fonem yang mempunyai ciri-ciri prosodi (ciri fonologi
yang melampaui satu penggalan dalam pertuturan berterusan atau kontinum). Dua istilah lain
bagi fonem suprasegmental ialah fonem prosodi dan fonem sekunder. Fonem
suprasegmental terdiri daripada tekanan, nada, jeda, panjang-pendek dan intonasi.

4.2.1 Tekanan
Tekanan (stress) boleh ditakrifkan sebagai daya lebih yang digunakan apabila
mengartikulasikan satu bahagian ujaran berbanding dengan bahagian lain. Antara jenis
tekanan termasuk tekanan ayat dan tekanan pada perkataan. Tekanan juga boleh dihuraikan
sebagai darjah tenaga yang disertakan apabila mengujarkan sesuatu bunyi atau suku kata.
Menurut Raja Mukhtaruddin, umumnya terdapat dua darjah tekanan iaitu yang diberi tekanan
(kuat) atau tidak diberi tekanan (lemah). Tekanan biasanya ditandakan dengan [’].

4.2.2 Nada
Nada (tone) ialah kelangsingan (pitch) yang berfungsi pada peringkat perkataan. Dalam
bahasa nadaan (tone language), nada ialah satu daripada ciri yang membezakan makna
perkataan.

Nada bunyi bergantung pada frekuensi (kekerapan) getaran pita suara. Ada beberapa
jenis nada yang mempunyai kualiti yang berbeza. Selalunya nada bagi bunyi-bunyi vokal dan
bunyi-bunyi bersuara lebih ketara didengari berbanding dengan nada bunyi-bunyi tak
bersuara dan bunyi-bunyi bisikan.

Bunyi vokal mempunyai nada yang berlainan. Umumnya vokal dibezakan dengan dua
ciri nada. Vokal depan contohnya [i, e,] mempunyai nada yang tinggi dibandingkan dengan
vokal belakang seperti [u, o, ‹ ].

4.2.3 Intonasi
Intonasi (intonation) ialah nada suara yang turun naik sewaktu mengucapkan ayat atau
bahagian ayat. Dalam pertuturan biasa, nada suara sentiasa berubah-ubah. Apabila nada
suara menaik, wujudlah intonasi menaik. Apabila nada suara menurun, wujudlah intonasi
menurun. Apabila nada suara berada pada sesuatu kelangsingan agak lama, wujudlah
intonasi mendatar.

17
Satu ciri utama pertuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-
ubah, yang mencerminkan maksud isi percakapan dan keadaan emosi ketika bercakap.
Dalam bahasa Melayu intonasi amat penting dalam membezakan bahagian-bahagian subjek
dan predikat dalam ayat, membezakan jenis-jenis ayat seperti ayat penyata dan ayat tanya,
membezakan situasi percakapan seperti formal dan tidak formal, dan mungkin boleh juga
membantu kita lebih mengenali pengucap dari sudut-sudut tertentu seperti wilayah tempat
tinggal dan profesion.

4.2.4 Jeda
Jeda (pause) ialah hentian pendek antara perkataan semasa kita bertutur. Lambang
yang digunakan untuk jeda ialah “#”. Unsur ini boleh membezakan makna contohnya [#saya
makan nasi emak?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasik # ema?#]

4.2.5 Panjang-Pendek
Unsur panjang-pendek ini diberi lambang titik [:] yang dipanggil mora, [:] dikatakan
satu mora, [::] dikatakan dua mora dan [.] dikatakan setengah mora. Ada bahasa yang
memakai unsur ini sebagai ciri fonemis atau dapat membezakan erti. Dalam bahasa Inggeris
ada pasangan terkecil seperti [šip] “kapal”, dan [ši:p] “kambing biri-biri”; [sit] “duduk” dan [si:t]
“tempat duduk”. Hal ini menunjukkan unsur /:/ itu bertaraf fonem

18
5.0 TRANSKRIPSI TEKS

Teks Asal

Keburukan utama tabiat merokok ialah boleh menjejaskan kesihatan diri.Tabiat merokok
mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit kronik.Antara penyakit kronik tersebut ialah
barah paru-paru,barah hati,barah mulut dan penyakit jantung.Sesungguhnya,penyakit-
penyakit ini boleh membawa kematian.

Selain itu,tabiat merokok juga boleh menjejaskan kesihatan keluarga.Asap rokok yang
terdapat di dalam udara rumah akan menyebabkan keluarga terdedah kepada penyakit
berbahaya.Hal ini kerana asap rokok mengandungi pelbagai jenis bahan kima beracun yang
amat berbahaya.Apabila terdapat ahli keluarga sakit,pasti ia akan menyusahakan semua
orang dalam keluarga.

Tabiat merokok juga menyebabkan berlakunya pembaziran wang.Dalam sehari perokok


terpaksa berbelanja puluhan ringgit untuk membeli rokok.Dengan ini perbelanjaan sara hidup
perokok akan bertambah dan apa yang pasti tiada maanfaat yang diperolehi daripada tabiat
ini.Jika seseorang tidak merokok,pasti mereka boleh mennyimpan wang tersebut untuk masa
depan.

Disamping itu,tabiat merokok juga boleh mengotorkan alam sekitar,Udara akan menjadi
tercemar dengan asap rokok.Selain itu,terdapat juga perokok yang sengaja membuang
puntung atau kotak rokok di tempat awam.Keadaan ini boleh mencemarkan alam sekitar
sekali gus boleh merosakkan imej negara pada pandangan pelancong asing.

Bentuk Transkripsi

[Kәburukan] [utama] [tabiyat] [iyalah] [bolәh] [mәnjәjaskan] [kәsihatan] [diri]. [Tabiyat]


[mәrokok] [mәndәdahkan] [kita] [kәpada] [pәlbagay] [jәnis] [pәnyakit] [kronik]. [Antara]
[pәnyakit] [kronik] [tәrsәbut] [iyalah] [paru-paru], [barah] [mulut] [dan] [pәnyakit] [jantuŋ].
[Sәsuŋguhлa], [pәлakit-pәлakit] [ini] [bolәh] [mәmbawa] [kәmatiyan].

[Sәlayin] [itu], [tabiyat] [mәrokok] [juga] [bolәh] [mәnjәjaskan] [kәsihatan] [kәluwarga]. [Asap]
[rokok] [yaŋ] [tәrdapat] [di] [dalam] [udara] [rumah] [akan] [mәләbabkan] [kәluwarga]
[tәrdәdah] [kәpada] [pәлakit] [bәrbahaya]. [Hal] [ini] [kәrana] [asap] [rokok] [mәŋanduŋi]

19
[pәlbagay] [jәnis] [bahan] [kimia] [bәracun] [yaŋ] [amat] [bәrbahaya]. [Apabila] [tәrdapat] [ahli]
[kәluwarga] [saket], [pasti] [ia] [akan] [mәлusahkan] [sәmua] [oraŋ] [dalam] [kәluwarga].

[Tabiyat] [mәrokok] [juga] [mәлebabkan] [bәrlakuлa] [pәmbaziran] [waŋ]. [Dalam] [sәhari]


[pәrokok] [tәrpaksa] [bәrbelanja] [puluhan] [riŋit] [untok] [mәmbәli] [rokok]. [Dәŋan] [ini]
[pәrbәlanjaan] [sara] [hidup] [pәrokok] [akan] [bәrtambah] [dan] [apa] [yaŋ] [pasti] [tiyada]
[manfaat] [yaŋ] [dipәrolehi] [daripada] [tabiyat] [ini]. [Jika] [sәsәoraŋ] [tidak] [mәrokok], [pasti]
[mәrәka] [bolәh] [mәлimpan] [waŋ] [tәrsәbut] [untuk] [masa] [dәpan].

[Di] [sampiŋ] [itu], [tabiyat] [mәrokok] [juga] [bolәh] [mәŋotorkan] [alam] [sәkitar]. [Udara]
[akan] [mәnjadi] [tәrcemar] [dәŋan] [asap] [rokok]. [Sәlayin] [itu], [tәrdapat] [juga] [pәrokok]
[yaŋ] [sәŋaja] [mәmbuaŋ] [puntuŋ] [atau] [kotak] [rokok] [di] [tәmpat] [awam] [kәadaan] [ini[
[bolәh] [mәncәmarkan] [alam] [sәkitar] [sәkali] [gus] [bolәh] [mәrosakkan] [imәj] [nәgara]
[pada] [pandaŋan] [pәlancoŋ] [asiŋ].

20
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil
melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan
fonemik. Fonetik pula mengkaji bahasa dari segi pengeluarannya, daerah pengeluarannya
dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi
sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem
tulisan.

Segmen atau fonem pula mempunyai kaitan dengan bunyi bahasa. Setiap bunyi
merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan. Istilah segmen atau fonem
merupakan satu konsep yang abstrak, namun bermakna apabila berdiri dalam rentetan fonem
lain.

Setelah mengetahui unsur-unsur segmental dalam Bahasa Melayu, cara


menuturkannya juga perlu diketahui kerana tiap-tiap satu bunyi merupakan satu segmen atau
penggalan daripada arus tuturan. Oleh sebab itu, fonem segmental ialah salah satu bidang
yang menghuraikan cara menuturkan pelbagai segmen misalnya, konsonan, vokal dan diftong
dengan pelbagai pelbagai tingkat tekanan dan nada. Hal ini disebabkan oleh, segmen atau
fonem yang terdapat dalam perkataan atau ayat yang telah melalui beberapa proses,
khususnya intonasi, nada, jeda, tekanan, panjang pendek dan sebagainya. Sehubungan
dengan itu, unsur bahasa berupa tekanan, nada, jeda, dan panjang pendek ini dikenali
sebagai suprasegmental.

Artikulasi atau alat pertuturan pula merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses
pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu
artikulator dan daerah artikulasi. Simbol fonetik pula merujuk kepada senarai bunyi atau fonem
vokal dan konsonan bahasa Melayu yang dipadankan dengan simbol ejaan (huruf).
Sehubungan itu, apabila simbol ejaan (huruf) ditukar kepada simbol fonetik maka, berlakulah
transkripsi fonetik.

21
7.0 RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood (2012:24). Modul BML 3043: Fonetik dan Fonologi Bahasa
Melayu, Tanjung Malim, UPSI.
Arbak Othman,(1984). Tatabahasa bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbitan Sarjana
(M) Sdn. Bhd.
Artikel. (t.t).(t.p). Dicapai pada 19 Ogos 2017, daripada http://www. hmetro.com.my
/myMetro/articles/ PulauPerhentian_Tujuhjamberbaloi/MA/Article/index_html
Faridah Nazir & Maridah Alias, 2013. Fonetik dan Fonolgi Bahasa Melayu. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Faridah Nazir & Tuan Jah Tuan Yusof, 2013. Pengantar Lingusitik Bahasa Melayu.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Fonetik.(t.t).(t.p). Dicapai pada 19 Ogos 2017, daripada


http://www.slideshare.net/sedasuhaida/nota-fonetik

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006. Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Perbezaan Artikulasi dan Artikulator.(t.t).(t.p). Dicapai pada 19 Ogos 2017, daripada


http://aranaz13 .blogspot. com /2013 /01/ perbezaan - artikulasi-dan-artikulator.html

Perbezaan Fonetik dan Fonologi. (t.t).(t.p). Dicapai pada 20 Ogos 2017, daripada http:/
/abkar 178 .blogspot, .com/2012/11/ perbezaan -fonetik-dan-fonologi.htm

Radiah Yusoff dan Nor ,Aini Ismail, 2005. Linguistik Pengenalan. Selangor:Pearson
Malaysia Sdn. Bhd

Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Bahasa Melayu1. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

22

Anda mungkin juga menyukai