Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM
Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM
1.0 Pengenalan
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu
lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai
ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan sebagai
pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan
dan menggunakan situasi – situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan . Selaras
dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif , kreatif dan efektif dalam
penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan
amalan dengan kehendak pelajar sebagai ‘ knowledge worker ‘ dalam era revolusi
maklumat abaf ke – 21 .
Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci
kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan merujuk
kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) . Dengan ini ,
sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan –
latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang
optimum . Program – program pembangunan professional sudah tentu dapat
mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan negara .
Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut
Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala perkataan
keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan kelayakan ) sebagai guru
. Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri – ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas yang mencukupi , khidmat yang diperlukan
oleh masyarakat . Menikmati autonomi individu dan kumpulan , mementingkan mutu
perkhidmatan , mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai
organiasasi tersendiri untuk menguruskan soal – soal yang berkaitan dengan
pendidikan ( Lieberman 1956 ) .
Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang
khas . Berdasarkan ciri – ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara
ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan
oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu , bersikap
jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai autonomi bertugas
serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya .
Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke
hadapan . Perubahan – perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan
bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada masa
hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan
menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu , adalah mustahak bagi
setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan dari semasa ke
semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat . Jika hal ini
wujud , barulah tuntutan – tuntutan dalam transformasi kurikulum itu dapat ditangani .
Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan
sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan masyarakat . Adalah peranan guru
semakin hilang kewiwabawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan
pada kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam
dan arkitek .
Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan
bersungguh – sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang
unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan
Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 – 2025 iaitu memartabatkan profesion keguruan
antara agenda utamanya selain daripada “kemenjadian” murid . Para guru sebenarnya
mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya
dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran
selaras dengan kehendak teras PPPM .
2.0 Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM ) .
Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula sistem
pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan
Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah mengambil keputusan
melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan standard pendidikan
anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu bapa
serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi
muda untuk menghadapi keperluan abad ke – 21 .
Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh input
daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar
pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian Tinggi
Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu bapa , orang
ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan
telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan
mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan
tanda aras anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang
dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan . Pelan ini juga mencadangkan 11
anjakan starategik dan potensi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai
visi yang dihasratkan .
Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke semasa
. Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa perubahan tersebut
penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
( PPPM ) 2013 – 2025 oleh Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada
bulan September 2013 yang lalu adalah antara perubahan terkini dalam sistem
pendidikan kita .
Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :
pengetahuan (murid yang berpengetahuan).
kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .
kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .
kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang – kurangnya 2 bahasa) .
etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang
tinggi) .
identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).
Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri
utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat
tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan , mempunyai
kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa , mempunyai etika
dan kerohanian yang kukuh , serta murid yang beridentiti nasional . Hasrat yang
disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat sempurna sifatnya jika generasi yang lahir
dalam era PPPM 2013 – 2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh
hal yang demikian , guru perlulah melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan
agar berupaya melhirkan kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi
setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .
Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan
mengeluarkan banyak dana seperti i – Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal ini
demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga perlu
melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan guru serta
pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan . Sehubungan dengan itu
, setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat menyelesaikan masalah
dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha untuk melahirkan murid yang
mahir berfikir turut dilakukan di sekolah , khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut
, murid didedahkan pelbagai jenis soalan , termasuklah yang memerlukan daya pemikiran
yang kritis dan kreatif .
Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang
mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam
semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa . Menurut Mok
Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al – Alatas menyatakan ilmu merupakan
sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan serta semangat kepada jiwa
manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan luaran dan
dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu
seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya , terlibat dalam sumbangan , dan
bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P ,
guru akan memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk
ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu .
Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan kanak –
kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan peranan .
Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing – masing
untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing murid agar
menguasai kedua – dua kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk
menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak
mencabar .
Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu
menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak sekolah dan
ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid agar
meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang berpengetahuan
dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca , masih kurang memuaskan .
Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang dewasa terutama
sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang membaca pula , mereka kurang
cenderung untuk menasihati murid agar membaca . Jika guru yang berkenaan berbuat
demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut tidak dapat menghayati
kenikmatan membaca .
Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat membentuk
tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka membaca kepada tabiat
gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang menajdi guru diberi Allah
kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW) bermaksud “Bahawa orang yang
berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan perkataan mengajar
itu amat terpuji ”. Menurut Al – Ghazali pula dari perspektif Islam , tingkah laku manusia
mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan . Tingkah laku normal atau tidak normal
adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai
masalah psikologi . Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh
guru supaya murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat
diterima umum .
Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar . Carl
Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut
persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang
positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan lebih yakin .
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu bentuk
sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan produktif
.
Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku
negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan
menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah
laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P yang
akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .
Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina hubungan
yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah . Hubungan yang
dibina adalah berlandaskan perasaan guru – murid terutama di dalam pendidikan sekolah
rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan tepat kepada murid – murid .
Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian daripada muridnya . Melalui cara
ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih berkesan .
Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid – murid , guru
hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti
program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau memberikan
hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus menjadi amalan
membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah
membaca .
PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak
program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang
dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik akan
dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas
pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab.
Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin yang berkualiti
sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti
tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh sebab itulah
ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik kurang
penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap program sedemikian kurang
menggalakkan.
Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan
sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan
seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya
menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang
mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai
pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk membimbing murid
kea rah kehidupan berkualiti dan sihat.
Guru boleh berperanan sebagai ‘ mentor’ di mana peranannya merupakan
kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang
membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung dan
tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas atau
semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai
seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan skop
kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga
pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat.
PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada
seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa,
golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya meningkatkan
imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid ialah bahasa
kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa.
Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid agar menguasai
kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia
mencapai kemardekaannya, namun masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat
berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam
bahasa Melayu.
Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak
memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan timbul.Bagi
sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah ketika melaksanakan
P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan alasan memudahkan murid-
murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk menguasai bahasa Inggeris pula
berkait rapat dengan persekitaran murid yang jarang terdedah pada bahasa
antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang
dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan.
3.0 Rumusan :
Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri
seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada
pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang
pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam keluarga
yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian dan
memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk
mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan
masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang biasa
berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut sama
berbahasa dwibahasa.
Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah
berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani
segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif
sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup
berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member cabaran pada guru bagi
meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme
ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara
menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di
sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM.
Namun begitu, keberkesanannya juga bergantung pada pihak lain.
KPLI-KDC-PEMK2
______________________________________________________
2.4Pembangunan insan asas kualiti hidup
S e t i a p m a n u s i a i n g i n k a n h i d u p y a n g b e r k u a l i t i . B i a s a n y a i a dik
a i t k a n d e n g a n k e j a y a a n m e n c a p a i p r e s t a s i h i d u p y a n g t i n g g i d a n diiktira
f masyarakat. Kualiti hidup bermaksud kejayaan memperoleh
statusy a n g t i n g g i , k e m e w a h a n d a n k e b e n d a a n . N a m u n k o n s e p k u a l i t i i
n i tidaklah memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaandan
kemewahan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang
sejahteradan sesuai dengan fitrah insaniah. Oleh
itu perlulah dicari pengertiankualiti hidup yang lebih lengkap.Menurut paradigma pendidikan
bersepadu, kualiti hidup
bermaksudk e h i d u p a n y a n g h a r m o n i d e n g a n f i t r a h i n s a n i a i t u g a y a h i d u p
y a n g sentiasa harmoni dengan tabii atau fitrah insan yang dianugerah
AllahSWT.P e r s o a l a n n y a b a g a i m a n a k a h u n t u k m e m b i n a k u a l i t i h i d u
p menerusi pendidikan? Dalam hal ini kita memerlukan
guru yang dapatm e n j a l a n k a n t u g a s n y a s e b a g a i i b a d a h , d e n g a n s e n d i r i
nya ia akanberminat untuk membangunkan insan. Insan itulah juga y
ang akandigunakan untuk membangunkan negara bangsa. Apabila cir
i i n s a n terbina dalam diri pelajar, tentulah mereka dapat menjalani hidup
secaraharmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT.
Inilahy a n g d i n a m a k a n k u a l i t i h i d u p . D e n g a n p e r k a t a a n l a i n g u r u
y a n g mengamalkan etika keguruan ( tugas hakiki guru ) akan dapat melahirkanpelajar
dengan ciri keinsanan yang kehidupannya harmonis dengan fitrahatau tabii yang dianugerahkan
Allah SWT.
PNBM/ IPTHO/NOV08
______________________________________________________________________________
____
10
KPLI-KDC-PEMK2
______________________________________________________
KPLI-KDC-PEMK2
______________________________________________________
lagi padu, bukan saja bangsa menjadi mundur, malah sesebuah tamadunmungkin
mengalami kemerosotan daya saing yang
total.S t r a t e g i p e m b a n g u n a n i n s a n a t a u s u m b e r m a n u s i a s e p e r t i di
sarankan dalam RMK-9 seharusnya dilaksanakan secara menyeluruhdan holistik .
Sebab itulah kerajaan melabur secara besar-
besaran dalambidang pendidikan supaya mampu menghasilkan nilai tambah kep
adanegara dalam jangka
panjang.Bagi mencapai agenda negara itu, pendidikan menjadi wahanautama.
Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna. Dalamhal ini, warga pendidik adalah
golongan di barisan paling hadapan
dalamu s a h a m e m b i n a g e n e r a s i m a s a d e p a n M a l a y s i a y a n g c e m e
r l a n g , gemilang dan terbilang.Oleh itu, usaha melahirkan warga pendidik yang berkualiti,
komiteddan berdedikasi perlu diteruskan manakala hal ehwal kebajikan
merekaperlu dipelihara sejajar dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaanb
ahawa pendidikan adalah wadah pembinaan modal insan yangb
erkesan. Modal lain seperti wang, teknologi dan bangunan tidak mungkinsempurna jika
tidak ditunjangi dengan modal insan. Oleh itu,
konsepp e n d e m o k r a s i a n y a n g m e m b e r i p e l u a n g a d i l d a n s a m a r a t a k e
p a d a semua rakyat mendapatkan pendidikan berkualiti wajar diteliti dan
diberiperhatian.Dalam kata lain, seorang guru itu haruslah memiliki nilai dan
etikakeguruan yang selaras dan menjurus kepada nilai-nilai keagamaan yangteguh
dalam proses pembinaan negara bangsa . Memandangkan
bidangp e n d i d i k a n m e r u p a k a n s a l a h s a t u a s p e k p e n t i n g d a l a m m e n j a y a
k a n harapan dan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan
bertaraf d u n i a , g u r u -
g u r u j u g a p e r l u m e n y i a p k a n d i r i m e r e k a d e n g a n c i r i - c i r i pendidik yang
terbaik yang dapat membantu proses pembinaan negarabangsa yang cemerlang.
Seorang guru juga haruslah mempunyaiciri-ciri personal, ciri interpersonal, ciri
profesional, ciri intelektua
DEFINISI MULTIMEDIA
Apakah multimedia? Multimedia ialah gabungan teks, grafik, bunyi, video dan
aminasi yang menghasilkan prestasi yang menakjubkan. Ia juga mempunyai
keupayaan interaktif yang tinggi.
Dari perspektif pengguna komputer, multimedia bolehlah diertikan bahawa
informasi komputer yang boleh dipersembahkan melalui audio atau video sebagai
tambahan kepada teks, imej, grafik dan animasi. Contohnya menggunakan audio
dan video, ia merupakan atu perubahan bagi situasi yang dinamik dalam bidang
yang berlainan, seperti dalam sukan dan sains kesihatan, boleh dipersembahkan
dengan lebih baik selain daripada hanya mengunakan teks dan imej sahaja.
Di sini dapat kita memberi satu gambaran bahawa multimedia adalah satu
kombinasi data yang berbilang jenis dan media untuk penyampaian maklumat bagi
menjadikan komunikasi lebih berkesan. Ianya terdiri daripada gabungan grafik,
imej, video dan animasi bagi menghasilkan prestasi yang diluar jangkaan kita.
Mengikut apa yang dijelaskan oleh buku American Heritage Dictionary, sistem
multimedia adalah sebarang sistem yang menyokong lebih daripada sejenis media.
Namun, sistem multimedia boleh dibezakan daripada sistem-sistem lain melalui
beberapa ciri seperti kombinasi media, media-independence, integrasi dan kawalan
komputer.
Menurut Furht (Internet 1996) dari Atlantic University, Florida mendefinasikan
multimedia sebagai gabungan antara pelbagai media;
Teks, grafik, animasi,imej, dan video. Sedangkan Haffos Feldman 1994,
mendifinasikan multimedia sebagai suatu sistem komputer terdiri dari pelbagai
perkakasan dan perisian yang memberikan kemudahan untuk membolehkan
gambar; video, fotogarfi, grafik, dan animasi disepadukan dengan dengan suara,
teks, data yang dikendalikan dengan program komputer. Semua maklumat yang
ada dalam program multimedia ( suara, imej, teks dan data) kemudiannya
direkodkan dalam sebuah simpanan cakera optik.
Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang komputer
yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebih lengkap.
Multimedia merangkumi pelbagai media dalam satu perisian sehingga memudahkan
guru untuk menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar berasa terlibat dalam
proses pembelajaran kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya
interaktiviti.
Multimedia dalam pendidikan adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan
untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala proses pembelajaran adalah
berkesan.
Pelajar yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh
mempelajari ilmu yang ada di dalamnya sesuai dengan minat, kesukaan, bakat,
keperluan, pengetahuan dan emosinya.
ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA
P&P akan menjadi lebih menarik jika murid diberikan peluang untuk mencapai web
yang berkaitan di dalam internet. Internet sebagai sumber terkini amat sesuai
terutama sebagai sumber P&P untuk melihat isu terbaru di dalam matapelajaran
sains, geografi, dan sebagainya. Contohnya bagi pelajaran sains, ciptaan terbaru
adalah antara maklumat yang berguna, menarik, dan menunjukkan realiti sebenar
apa yang dipelajari oleh murid.
PENJARINGAN KOMPUTER MELALUI JARINGAN KAWASAN TEMPATAN SEBAGAI
SUMBER P&P (LAN)
LAN menyediakan laluan elektronik untuk pelbagai jenis maklumat ( suara, vedio,
data, dan teks ). Laluan ini membolehkan pergerakkan maklumat multimedia
melalui bangunan dalam semua arah dan membolehkan sumber ditambah kepada
jaringan untuk dikongsi. Jaringan akan membolehkan perkongsian maklumat
seperti pengkalan data, ensaiklopedia elektronik seperti Ecarta, Comton’s, Grolier,
Katalog Kad Perpustakaan, dan Pusat Sumber Online, dan data pentadbiran. Ini
akan menggalakkan kerjasama antara guru dan pelajar untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pelajar boleh bekerja secara
berkumpulan untuk sesuatu projek, menulis laporan dan menerbitkan majalah
sekolah. Ini akan memaksimunkan penggunaan sumber-sumber seperti pencertak
laser, jaringan CD-ROM, modem, dan talian telefon, serta perisian yang
dijaringkan.
Sekolah akan dihubungkan ke sekolah dan organisasi yang lain sama ada dalam
daerah, negeri, negara atau seluruh dunia. Beberapa media perhubungan boleh
digunakan seperti satelit, siaran kabel televisyen, telefon dan gelombang mikro.
Perhubungan ini akan menyediakan pelbagai kemudahan. Ini akan memberi
peluang untuk pelajar mengalami pembelajaran jarak jauh. Dengan adanya video
konferens, pentadbir dan guru tidak perlu meninggalkan sekolah untuk menghadiri
mesyuarat peringkat daerah dan negeri. Perhubungan WAN pula boleh
menyediakan sumber-sumber melalui on-line untuk membolehkan guru dan pelajar
mendapatkan maklumat dari rumah.
PERANAN MULTIMEDIA DALAM PENGURUSAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH
Terdapat banyak aspek dalam pengurusan sekolah yang boleh dibantu oleh
teknologi maklumat. Diantaranya adalah seperti berikut ;
a) Pengurusan kewangan sekolah
Penggunaan teknologi secara berkesan boleh membantu dalam menyediakan
belanjawan, perekaunan, pembiayaan projek, perancangan jangka panjang,
pengauditan dan kawalan bagi sekolah.
b) Sumber manusia
Penggunaan komputer dapat mempercepatkan proses perjadualan, meningkatkan
kemahiran pengurusan guru, pertukaran dan perlantikan guru baru dapat diketahui
dengan segera.
c) sumber-sumber pendidikan
Dengan menggunakan komputer, sesebuah sekolah dapat berhubung dengan
pengkalan data daripada pusat sumber kurikulum untuk memperolehi pelbagai
bahan P&P.
d) Maklumat pelajar
Maklumat pelajar terutamanya berkaitan percapaian akedemik dapat disimpan
dengan selamat dan menyeluruh. Selain daripada itu penilaian juga dapat dibuat
dengan lebih cepat berdasarkan maklumat-makllumat tersebut. Maklumat tentang
kegiatan ko-kurikulum kesihatan dan sebagainya dapat dicapai dengan mudah
melalui data-data yang tersimpan dalam komputer.
e) Kawalan keselamatan
Kawalan persekitaran sekolah dengan menggunakan sistem berkomputer dapat
memastikan keselamatan pelajar lebih terjamin.
PENUTUP
Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajran yang
bermutu tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Penggunaan komputer di
sekolah pada tahun 70-an dan 80-an tidak begitu berjaya kerana anggapan bahawa
sebuah komputer mampu membawa keajaiban di dalam bilik darjah tidak berasas.
Namun begitu, minat terhadap integrasi multimedia dan pendidikan tidak lenyap.
Tumpuan kepada multimedia interaktif terus berkembang. Kehadiran teknologi
multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana dapat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kajian lepas juga
membuktikan bahawa pelajaran akan tersimpan diingatan lebih lama apabila lebih
daripada satu deria dilibatkan semasa pengajaran berlaku.
Kepentingan Penggunaan Teknologi Maklumat ( TMK ) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahasa Melayu Pendahuluan Dasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan
(2001 – 2005) menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan
teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkan
pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan teknologi
maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan semua rakyat mendapat
manfaat daripada TMK . Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan
kemahiran penggunaan TMK dalam kalangan generasi muda. Keperluan terhadap penggunaan
TMK dalam pendidikan amat dirasai kerana TMK telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak
milik pelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai maklumat dan sumber pendidikan dapat dicapai
walau di mana jua berada. Pengaruh dan kemajuan era TMK mencetuskan inovasi dalam
pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran.Kewujudan masyarakat
berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaan komputer, internet, dan multimedia
menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan. Bangsa yang maju adalah
bangsa yang mementingkan perkembangan intelektual yang dirintis oleh kemajuan dunia
pendidikan. Dalam konteks ini teknologi maklumat berperanan untuk meluaskan penyebaran
pemikiran manusia sebagai agen revolusi sosial. Penguasaan TMK dapat membantu guru
menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak
semasa .Fungsi guru sebagai egen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat
setempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya menjadi rujukan dan idola dalam
masyarakat. Kemahiran guru dalam bidang TMK dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai
kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat
menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal
insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP). Tanggungjawab ini sememangnya terpikul atas bahu para guru
yang komited dengan tugas serta bersedia dan sanggup menerima perubahan mengikut peredaran
masa. Semua ini menuntut pengorbanan yang besar dari kalangan guru-guru untuk terus
menambah ilmu dan kemahiran, bertepatan dan bersesuaian dengan konsep pembelajaran
sepanjang hayat. Sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah merupakan pembelajaran
yang memerlukan pelbagai kaedah dan Alat Bantu Mengajar (ABM) agar pembelajaran lebih
berkesan serta menyeronokkan. Kita dapat bayangkan bagaimana mungkin seorang guru Bahasa
Melayu menerangkan tajuk pelajaran hanya dengan ‘chalk and talk’. Untuk itu penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) khasnya penggunaan komputer dan laman Web dalam
pengajaran dan pembelajaran sememangnya amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Namun beberapa kajian yang dijalankan
mendapati guru-guru Bahasa Melayu masih berada pada tahap yang rendah menjadikan komputer
sebagai budaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan oleh kurangnya,
kemahiran, saranan, serta nilai sikap dari guru tersebut. Sebagai cadangan terdapat beberapa pihak
yang menjadi tunjang dari kesuksesan pelaksanaan program ini: pertama pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai sebuah sistem, pihak pentadbir, guru besar dan PIBG. serta
bagaimana membangun nilai sikap guru Bahasa Melayu itu sendiri agar selalu selari dengan
kemajuan inovasi pendidikan Definisi Pelaksanaan TMK dalam Pendidikan Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat mentakrifkan pelaksanaan sebagai perihal, perbuatan atau proses melaksanakan
sesuatu rancangan, manakala Teknologi membawa pengertian alat yang digunakan oleh manusia
dan alat yang ada pada manusia iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran dalam ilmu
tertentu untuk menyelesaikan masalah hidup. Maklumat merujuk kepada makluman, pemberitahuan,
keterangan, butir-butir, dan pengetahuan. Komunikasi bererti perhubungan secara langsung atau
dengan perantara surat, radio, telefon dan lain-lain komunikasi atau penghubung dengan atau yang
sampai kepada orang ramai amnya. Pendidikan membawa erti perihal mendidik, didikan, latihan,
atau ajaran. Jadi maksud pelaksanaan TMK dalam pendidikan membawa maksud menggunakan
TMK secara saintifik, terancang, dan bersesuaian demi meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Selain daripada itu TMK juga boleh ditakrifkan
sebagai pelbagai bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus,
memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Pada
hari ini, TMK digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan
membawa impak yang lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998) Manakala Holmes
(1999), pula memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam
kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana
menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi
ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. British
advisory council for applied Research and Development mentakrifkan teknologi maklumat sebagai
suatu disiplin saintifik, teknologi dan kejuruteraan serta teknik pengurusan yang digunakan dalam
pengendalian dan pemprosesan maklumat serta penggunaannya; komputer dan saling tindakan
antara mesin (komputer dan manusia; dan hal yang berkaitan dengan sosial, ekonomi dan
kebudayaan. (British advisory council for applied Research dan Development: Report on Information
Technology; H.M. Stationery Office. 1980) Pendapat Pisapa (1994), integrasi TMK dalam P&P
bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah
kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalinkan bersama dengan kaedah pengajaran.
Guru perlu mengintegrasi TMK untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Ringkasnya peranan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran akan membawa
kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Berdasarkan
kepada penjelasan yang diterangkan para pakar di atas, maka jelas TMK mempunyai makna dan
ruang lingkup yang luas, hal ini disebabkan oleh penggunaan TMK tersebut tidak lagi diaplikasan
setakat pada bidang pendidikan sahaja, akan tetapi sudah masuk pada seluruh ranah aktifitas
manusia. Oleh itu perlu ditegaskan bahawa TMK yang dimaksud dalam huraian ini merujuk kepada
penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) khasnya di bidang computer dan laman Web atau disingkat
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran Bahasa Melayu. . STANDARD
KURIKULUM TMK UNTUK SEKOLAH RENDAH MATLAMAT Matlamat Standard Kurikulum TMK
adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ini
adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu
dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari peringkat awal
umur kanak-kanak dan akan kekal sepanjang hayat. OBJEKTIF Pada akhir persekolahan di
peringkat rendah, murid akan dapat i. Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika. ii.
Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian. iii. Menggunakan TMK untuk
mencari, mengumpul,memproses dan menggunakan maklumat. iv. Menggunakan TMK untuk
mendapatkan dan berkongsi maklumat. v. Menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. vi. Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran. vii.
Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif. FOKUS TMK
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah satu bidang pembelajaran yang melibatkan
pelbagai bidang khususnya sistem komputer dan komunikasi. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan
komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar,
mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa. Oleh itu,
Standard ini memfokuskan kepada aplikasi perisian dan pengetahuan perkakasan dalam
menghadapi pelbagai bentuk maklumat pada tahap kebolehan murid. Pada Tahap 1 (Tahun 1,
Tahun 2 dan Tahun 3), fokus adalah pada integrasi TMK merentas kurikulum. Pada Tahap 2 (Tahun
4, Tahun 5 dan Tahun 6), fokus adalah pada pembelajaran mengenai TMK. PERANCANGAN
KANDUNGAN Standard Kurikulum TMK untuk Sekolah Rendah menekankan pengintegrasian
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pengetahuan Pengetahuan meliputi perkara di bawah: a.
Konsep, fakta dan terminologi TMK. b. Proses yang berturutan dalam membangunkan produk
berasaskan TMK. Kemahiran Kemahiran perisian dan perkakasan dalam TMK akan melahirkan
perkara di bawah: a. Kemahiran berkomunikasi yang melibatkan perkongsian dan penyebaran
maklumat; dan keselamatan penyebaran maklumat. b. Kemahiran menyelesaikan masalah
merangkumi pemikiran kritikal, kreatif dan reflektif. c. Penyiasatan, penerokaan dan pencetusan
idea. Nilai Murid akan memperoleh kebolehan untuk mengendalikan sistem maklumat dengan yakin,
tepat dan tekun. Kod Etika komunikasi dalam TMK akan memupuk sikap dan
rasabertanggungjawab, hormat, kerjasama dan akauntabiliti. KANDUNGAN STANDARD
KURIKULUM TMK Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran. Terdapat tujuh Standard Kandungan. Standard Kandungan ini memberikan petunjuk
tahap kebolehan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Standard pembelajaran dalam
lingkungan Standard Kandungan akan diperkenalkan dan dikuasai oleh murid. Guru boleh
menggunakan standard ini dalam merancang aktiviti berasaskan TMK. 1.0 Menggunakan TMK
secara bertanggungjawab dan beretika Melalui Standard ini pelajar akan dapat: 1.1. Mengamalkan
pengetahuan berkaitan etika dan tanggungjawab penggunaan TMK dan maklumat. 1.2.
Mempraktikkan etika penggunaan TMK dan maklumat. 1.3. Mempraktikkan kebolehan untuk
menyatakan implikasi pelbagai pilihan TMK dan maklumat yang digunakan. 1.4. Menerima
tanggungjawab atas tindakan yang dilakukan berkaitan etika dan tanggungjawab penggunaan TMK.
2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian Melalui proses standard ini pelajar
akan dapat: 2.1 Menunjukkan kebolehan untuk menggunakan kemudahan TMK. 2.2 Menggunakan
pelbagai fungsi TMK. 2.3 Menganalisis kesesuaian pelbagai kemudahan dan sumber bagi
memenuhi keperluan spesifik (tugasan atau cabaran). 2.4 Memilih sumber TMK yang sesuai. 2.5
Mengeksploitasi sumber TMK yang sesuai bagi memenuhi keperluan semasa. 3.0 Menggunakan
TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat Melalui standard ini
pelajar akan dapat: 3.1 Mengenal pasti bila dan mengapa informasi diperlukan. 3.2 Menentukan
maklumat yang diperlukan. 3.3 Menilai dan memilih maklumat yang sesuai. 3.4 Memahami,
menganalisis, menggunakan dan seterusnya menyalurkan maklumat yang dipilih. 4.0 Menggunakan
TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat Melalui standard ini pelajar akan dapat: 4.1
Menggunakan TMK untuk mengenal pasti dan memperoleh maklumat dan pengetahuan pakar yang
berkaitan dengan bidang yang diminati. 4.2 Menilai sumber maklumat atas talian yang berkaitan
dengan sumber pengetahuan untuk kesahihan dan kebolehpercayaan. 4.3 Menggunakan kemahiran
TMK untuk berkolaborasi dengan rakan sebaya dan pakar bagi membina pengetahuan. 4.4
Menggunakan kemahiran TMK untuk menerbitkan dan membentangkan pengetahuan. 5.0
Menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan Melalui standard ini
pelajar dapat: 5.1 Mengaplikasikan lingkaran penyelesaian masalah termasuk mengenal pasti dan
menganalisis masalah tersebut; membangunkan strategi penyelesaian; memilih strategi yang sesuai
dan mengimplementasikan; dan menilai penyelesaian. 5.2 Mengaplikasikan strategi penyelesaian
masalah untuk menyampaikan maklumat atau membentangkan keputusan dengan menggunakan
TMK. 5.3 Menghubungkaitkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan; dan
nyatakan hasil keputusan atau cara penyelesaian. 5.4 Mengumpul segala proses dan hasilan yang
berjaya untuk kegunaan masa depan. 6.0 Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan
pembelajaran Melalui standard ini pelajar dapat: 6.1 Menggunakan alat TMK untuk menghasilkan
kerja yang efektif dan kreatif; dan untuk menyelesaikan projek dan tugasan. 6.2 Menggunakan TMK
untuk mewujudkan kolaborasi dengan rakan sebaya, pakar dan orang lain untuk meningkatkan
produktiviti. 6.3 Menggunakan TMK untuk meningkatkan peluang pembelajaran ke arah
pembelajaran sepanjang hayat. 7.0 Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara
kreatif dan inovatif Melalui standard ini pelajar dapat: 7.1 Menggunakan TMK untuk mengemukakan
idea yang sedia ada melalui cara yang unik dan baru. 7.2 Merancang strategi untuk mengemukakan
pengetahuan dan idea baru. 7.3 Membangunkan pelbagai produk media yang asli untuk
mengemukakan idea dan maklumat. 7.4 Menggunakan kemunculan teknologi baru (emerging
technology) untuk mengemukakan idea dan maklumat. 1 Teknologi Maklumat Dalam Dunia
Pendidikan. Sehubungan dengan usaha Merapatkan Jurang Digital dan Memperkasakan Sekolah
Kebangsaan yang terkandung dalam PIPP, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
melaksanakan pelbagai projek, antaranya: Projek Rintis Sekolah Bestari ; Projek Schoolnet dan
MySchoolNet ; Makmal Pengkomputeran; TV Pendidikan (TVP); P & P Matematik Dan Sains Dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) ; Mata Pelajaran TMK diperkenalkan ; Latihan TMK untuk Guru; Projek
Pengkomputeran Pengurusan. Kementerian Pelajaran (KPM) menyediakan infrastruktur,
perkakasan dan perisian yang lengkap dan mencukupi serta latihan dan bimbingan kepada guru-
guru untuk membolehkan TMK digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran. . KPM telah
melengkapkan lagi kemudahan saluran komunikasi di sekolah dengan akses jalur lebar melalui
kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta merangkaikan infrastruktur dan
perkakasan TMK melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar. TMK dalam pendidikan
merujuk kepada penggunaan perkakasan dan perisian komputer yang diintegrasikan dengan
multimedia dan internet yang diaplikasi dan digunakan secara langsung dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam institusi pendidikan khususnya di sekolah. Multimedia merupakan pelbagai
media yang digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai yang merangkumi teks,
grafik, audio, video, dan animasi. 1.1 Bagaimana TMK Digunakan Dalam Dunia Pendidikan
Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat dalam konteks aspek pengajaran
guru (guru menggunakan TMK) dan aspek pembelajaran (pelajar menggunakan TMK). Dalam
konteks pembelajaran, penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan
sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula TMK
digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan
memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan
dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai. Guru boleh menggunakan
TMK untuk pengurusan proses pembelajaran, Pengurusan Rekod Pelajar, dan Penjanaan Tabung
Soalan. Guru dapat menyediakan persembahan pengajaran yang menarik dengan menggunakan
aplikasi multimedia seperti Authoware, Freehand, Page Maker dan sebagainya kerana ia
mengandungi grafik yang menarik yang boleh diaudiokan, divideo, dan dianimasikan secara
bijaksana. Pelaksanaan pendekatan baru dalam pengajaran pembelajaran mengubah peranan
daripada "tuan" kepada "pembantu", daripada "pengarah" kepada "penyelia", daripada "diktator"
kepada "fasilitator". Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula
bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan
mencapai kriteria yang telah ditetapkan. Banyak juga kelebihan lain yang diperoleh sekiranya guru
menggunakan TMK dalam proses pengajaran pembelajaran harian mereka. Antara-antara kelebihan
tersebut ialah : 1.1.1 Memudahkan tugasan mengajar guru Kemahiran TMK yang saya miliki dapat
meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang saya ajar. Kemahiran TMK yang
saya perolehi melalui kursus yang dianjurkan oleh KPM, yang dikendalikan oleh unit ICT JPN dan
PPD serta Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru (PKG),
membolehkan saya melaksanakan tanggungjawab mendidik para pelajar saya dengan lebih
berkesan. Di sekolah saya diberi tanggungjawab mengajar mata pelajaran Sains dan Pendidkan
Moral serta Kemahiran Hidup. Untuk memperolehi manfaat mengguna TMK dalam mata pelajaran
Sains dan Pendidkan Moral, saya membuat perancangan dan penyediaan bahan bantu mengajar
menggunakan komputer. Aplikasi yang saya gunakan adalah program Microsoft Word, Microsoft
Power Point, dan Microsoft Excel,. Perkakasan berupa cakera padat (CD), projektor LCD, kamera
digital di samping kemudahan internet,dan penggunaan papan interaktif (smart board). Kemahiran
menggunakan perisian biasa yang sedia ada dalam komputer seperti Microsoft Powerpoint , Words
dan Excell serta bantuan kamera digital menjadikan kerja-kerja saya lebih mudah. Internet juga
banyak membantu saya dalam menyediakan bahan bantuan mengajar serta komunikasi dengan
pelajar secara terus dapat dilaksanakan menerusi e-mel dan laman blog serta facebook. Hasil
daripada proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK dan multimedia bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral saya dapati telah berlaku peningkatkan
penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang saya ajar. Hal ini dapat dilihat melalui
perubahan sikap, tingkah laku, minat dan prestasi pelajar sebelum, semasa dan selepas sesi
pembelajaran berjalan. Peningkatan penguasaan dalam mata pelajaran para pelajar tersebut dapat
saya rumuskan seperti berikut : A) Mengubah Stail Pembelajaran Murid-Murid: Berlaku
pembelajaran kendiri dan menggalakkan pembelajaran eksploratori (Penerokaan). Penggunaan
TMK untuk pembelajaran menggalakkan pembelajaran kendiri dan penerokaan. Ianya berlaku
apabila TMK digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-
ROM, internet, portal maklumat dan sumber-sumber maklumat yang lain.TMK juga dapat
memberikan pengalaman, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi serta
melihat demonstrasi sesuatu kejadian. Melalui cara ini para pelajar boleh mengawal dan
menentukan maklumat yang diterima melalui TMK. Para pelajar jga mempunyai kebebasan dalam
menggunakan kemudahan TMK berdasarkan kehendak mereka. Berdasarkan tajuk-tajuk yang
dipelajari dalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, saya memberikan beberapa alamat
yang berkaitan yang boleh dilayari oleh pelajar melalui intenet. Dengan cara ini membolehkan setiap
pelajar mencari dan mengakses sendiri maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-
bahan daripada internet. Para pelajar akan mengumpul bahan-bahan ini, dan maklumat ini akan
digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah. Bagi mata pelajaran
Sains sekolah rendah, saya membimbing dan menggalakkan para pelajar melayari laman web yang
tersedia, antaranya Portal Pendidikan Utusan, dan Enkabang.Net serta Tutor Astro yang mana di
dalamnya banyak memuatkan koleksi soalan dan nota panduan . Para pelajar yang melayari laman
web ini dapat menjawab terus soalan-soalan yang tersedia, mereka diminta untuk menjawab soalan
yang dikemukakan oleh komputer dan komputer akan menilai serta memberi maklum balas yang
sesuai berdasarkan kepada jawapan yang diberikan. Mereka akan memperoleh maklum balas
terhadap jawapan secara serta merta. Hal ini menimbulkan keseronokan sekaligus boleh
memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan.
Aktiviti ini boleh dilakukan sendiri oleh pelajar sama ada di rumah atau di Pusat Akses sekolah.
Pembelajaran kendiri ini membolehkan para pelajar mempunyai latihan yang secukupnya sebagai
persediaan menghadapai peperiksaan. Manakala pembelajaran penerokaan menjadikan murid yang
l pintar lebih berminat dengan isi kandungan yang lebih tinggi dan mencabar. Mereka mencari
sendiri hasil-hasil penyelidikan supaya mereka boleh maju ke hadapan tanpa mengikuti dengan
jemu rakan mereka yang kurang pintar. Hal ini memberikan keseronokan kepada pelajar-pelajar
saya. Kesimpulannya, TMK memudahkan pelajar meneroka ilmu-ilmu baru yang menjadikan proses
pengajaran pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Para pelajar dapat berfiki secara
kritis, penyelesaian masalah, pengalaman belajar yang autentik, pengetahuan yang dibina adalah
melalui interaksi sosial. Para pelajar telah bertukar sikapnya daripada seorang yang pasif menjadi
aktif semasa dan selepas proses pembelajaran dan pembelajaran berjalan. B ) Memudah Dan
Mempercepatkan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Penggunaan teks sama ada dalam bentuk
perkataan atau nombor menimbulkan masalah bagaimana untuk menerangkan bahagian-bahagian
yang sukar untuk diterangkan atau difahami melalui penggunaan teks. Maka penggunaan
multimedia dapat memudahkan pelajar memahami konsep yang abstrak dengan bantuan adunan
elemen-elemen teks, audio,video, animasi, dan grafik. Ini membolehkan sesuatu proses penerangan
dilakukan dengan lebih mudah dan pantas. Contohnya dalam menghuraikan kesan pencemaran
alam kepada hidupan dan manusia. Saya menayangkan rakaman video tentang punca-punca
pencemaran dan gambar-gambar yang dirakam menggunakan kamera digital akibat daripada
tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Pada akhir sesi pembelajaran saya dapati murid-
murid saya dapat menguasai isi pelajaran dengan lebih cepat. Ini terbukti apabila pelajar saya
menulis jawapan tentang kesan-kesan pencemaran alam terhadap manusia dan hidupan air. Bahan-
bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks,
muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu
konsep. Penggunaan muzik dan video sebagai alat bantu membolehkan para pelajar lebih
memberikan perhatian terhadap apa yang guru ajar. Para pelajar dapat menghayati isi pelajaran
dengan lebih jelas. Guru juga boleh menggunakan Microsoft Excel untuk merekod serta menggred
markah setiap kali diadakan ujian dan peperiksaan. Markah ini dianalisis untuk melihat aspek
kelemahan dan kekuatan pelajar. Aplikasi ini membolehkan guru membuat head count untuk setiap
orang pelajar di dalam sesuatu kelas yang diajar. Hasil daripada analisis yang guru perolehi
membolehkan guru menyediakan bahan atau soalan dengan memberikan perisian berbentuk latih
tubi kepada pelajar yang lemah untuk tujuan pemulihan, memberikan perisian yang berbentuk
tutorial kepada pelajar yang sederhana untuk tujuan pengukuhan dan memberikan perisian
berbentuk exploratory kepada pelajar pintar untuk tujuan pengayaan. Pengajaran yang guru
sampaikan lebih berkesan melalui media elektronik kerana pelajar dapat melihat sendiri apa yang
diterangkan oleh guru dengan bantuan komputer. Kaedah ini membolehkan murid memahami dan
menghayati situasi pembelajaran yang sebenar. Dengan kemahiran TMK yang guru miliki, guru
boleh memuat turun maklumat, gambar dan rakaman video dari internet. Guru juga menggunakan
perisian Microsoft Powerpoint dengan bantuan kamera digital masukkan gambar-gambar dan guru
boleh tayangkan kepada para pelajar menerusi projektor LCD. Para pelajar mungkin mendapat idea
dan pengetahuan untuk bertutur dan menceritakan apa yang disaksinya dari awal hingga akhir
dengan penuh keyakinan , ini menunjukkan proses pembelajaran yang berkesan telah berlaku.
Penggunaan papan interaktif semasa mengajar membolehkan guru membuat pembetulan setiap
kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar dengan serta-merta. Pelajar membuat tugasan
menggunakan papan interaktif, hasil tugasan mereka dipancarkan menerusi projektor LCD. Guru
boleh membuat penilaian terhadap hasil tugasan pelajar dan membetulkan kesalahan mereka pada
masa itu juga. Para pelajar dapat mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan tugasan mereka.
Hal ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar, dalam masa yang sama saya dapat membetulkan
kesalahan yang dilakukan dengan serta merta. Kesimpulannya jelaslah di sini, dengan
menggunakan TMK telah dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan para pelajar terhadap
mata pelajaran yang diajar. Proses pengajaran dan pengajaran menjadi lebih mudah dan lebih
menarik. Hasilnya para pelajar dapat menghasilkan tugasan yang sempurna. Hal ini dapat
membantu memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
kerana penggunaan TMK dalam pengajaran pembelajaran telah memudahkan tugas guru dan
pelajar dalam menguasai kemahiran yang di ajar. C.) Membentuk Jaringan Komunikasi Yang Efektif,
Cepat Dan Mudah Melalui TMK pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan
menarik. Penggunaan grafik, ilustrasi, dan apa bentuk gambar rajah yang digunakan dapat
meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Tambahan pula penggunaan pelbagai media
seperti audio, video dan animasi yang dinamik dapat meyampaikan maklumat dengan lebih efektif
lagi bila diadunkan dengan teks dan grafik. Penggunaan TMK sebagai alat komunikasi merupakan
serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. TMK membolehkan pelajar dan
guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai
bentuk elemen multimedia. Hal ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan dalam kalangan
pelajar di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Penilaian boleh dijalankan oleh guru
secara individu dan kumpulan, perbincangan akan dibuat selepas hasil tugasan dibentangkan di
dalam kelas. Hal ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran
berfikir serta komunikasi para pelajar. Selain itu Interaksi guru dan pelajar dapat dipertingkatkan
melalui TMK di mana guru dan murid berhubung terus melalui internet, e-mail atau berkunjung ke
laman blog. Melalui internet pelajar dapat berhubung dengan sesiapa sahaja walau di mana berada
kerana kadar caj yang dikenakan jauh lebih rendah dalam masa yang pantas.. Teknologi multimedia
membolehkan guru melihat wajah pelajar yang menghubungi guru pada paparan skrin komputer.
Pelajar dapat berbual secara terus dengan guru menerusi skrin komputer. Para pelajar akan
merujuk kepada guru apabila ada masalah yang berkaitan dengan pembelajaran dan pada masa
mereka memerlukan nota dan bahan rujukan. Interaksi dan komunikasi sebegini juga memudahkan
guru untuk memantau hasil kerja pelajar apabila mereka menge-melkan tugasa atau latihan kepada
guru. Pelajar boleh bertanya secara terus dan guru pula akan menjawab dengan cepat Jelaslah di
sini melalui TMK jalinan komunikasi yang mantap dapat dilakukan secara berkesan. Guru dapat
membantu meningkatkan jalinan komunikasi antara guru dengan pelajar dan pelajar sesama pelajar.
Pelajar juga dapat berkomunikasi dengan ramai orang di seluruh dunia hanya menerusi skrin
komputer menggunakan hujung jari sahaja. Ini menggambarkan kemahiran TMK yang guru miliki
telah dapat menumbuhkan inspirasi kepada para pelajar dan dapat meningkatkan komunikasi yang
efektif, cepat dan mudah. D). Pengekalan Informasi Yang Berkesan Multimedia digunakan sebagai
perantara dalam sesebuah penyampaian atau pesembahan maklumat kepada para pelajar. Ia
digunakan oleh individu yang mahukan kemudahan serta impak yang berkesan dalam persembahan
maklumat mereka dengan sesebuah komputer peribadi yang lengkap dengan elemen multimedia
dapat memberikan kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna warni, animasi serta video. Set
komputer yang dilengkapkan dengan multimedia telah diadaptasikan untuk memberi maklumat-
maklumat tambahan dalam bentuk yang menarik kepada pengguna. Terdapat fakta telah
membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan 75 peratus keupayaan untuk mengingat
berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan, 40 peratus daripada apa yang
mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh
sebab itu, ciri interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak
seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia Itu sendiri.
Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses
penyampaian maklumat, maka guru seharusnya tidak teragak-agak menggunakan TMK untuk
membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah.
Saya boleh menggunakan pelbagai jenis perisian untuk menyediakan set-set soalan pelbagai aras
secara interaktif. Soalan-soalan yang melibatkan konsep dan isi pelajaran itu boleh juga disediakan
dengan jawapan yang membolehkan para pelajar saya membuat penilaian secara sendiri. Bila
pelajar dapat menjawab soalan dengan betul mereka akan berasa seronok dan ingin mencuba lagi.
Cara ini membolehkan pelajar merasai pengalaman pembelajaran yang berbeza berdasarkan
prestasinya di dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran. Sebelum aktiviti tersebut dilakukan guru
harus memastikan yang pelajar telah menguasai terlebih dahulu konsep atau isi pelajaran yang
hendak diuji sebelum pelajar dibenarkan mempelajari konsep atau isi pelajaran pada tahap yang
lebih tinggi. Para pelajar boleh mengulang belajar sesuatu konsep atau isi pelajaran itu pada bila-
bila masa atau seberapa banyak yang dia mahu. Ditambah pula dengan penggunaan multimedia
yang menarik menyebabkan pelajar tidak merasa bosan untuk mengulangi mempelajarinya. Keadah
ini telah memperkuatkan lagi ingatan dan meningkatkan pemahaman serta minat pelajar terhadap
apa yang dipelajari. Guru boleh melayari laman-laman web yang berkaitan subjek yang diajar,
kemudian maklumat tersebut saya simpan dalam CD-ROM seperti ensaikopedia, pangkalan data
dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Bahan-bahan ini boleh digunakan dalam
bilik darjah dan pelajar boleh tayangkannya berulang kali. Hal ini dapat meningkatkan pemahaman
pelajar terhadap apa yang guru sampaikan. Ini menggambarkan TMK dapat meningkatkan
pemahaman dan menguatkan ingatan murid-murid terhadap isi pelajaran. Ternyata di sini bahawa,
TMK telah dapat membantu meningkatkan pemahaman dan mengekalkan maklumat yang diperolehi
pelajar melalui kaedah ulangan dan penerokaan.Teknologi maklumat telah memudahkan tugasan
guru dan pelajar serta dapat membantu pelajar mempertingkatkan daya ingatan. Apa yang didengar,
dilihat dan dialami oleh pelajar lebih lama kekal dalam memori ditambah dengan penggunaan
teknologi yang menarik dan interaktif. E) Menghasilkan Kerja Yang Berkualiti, Lengkap Dan Mantap
TMK dikatakan sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar melaksanakan tugasan
pembelajaran, di samping sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemerosesan perkataan oleh pelajar dalam
penghasilan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik akan menghasilkan plot graf.
Pelbagai perisian aplikasi yang boleh dimanfaatkan dalam melaksanakan tugasan pembelajaran
seperti Microsoft Word, Microsoft Excell, Microsoft Access, Microsoft Power Point, Paintshop, dan
sebagainya. Pelajar boleh memilih mana-mana perisian yang sesuai dengan kehendak dan
kemampuan mereka. Penggunaan perisian aplikasi ini dapat membantu pelajar melaksanakan
aktiviti pembelajaran. Perisian aplikasi Microsoft Excell yang sesuai boleh digunakan untuk
membantu murid membina graf-graf yang diperlukan. Manakala perisian Microsoft Powerpoint
membolehkan murid membuat pembentangan hasil tugasan yang guru berikan sama ada secara
kumpulan atau individu. Menggunakan komputer semasa mengajar dan belajar dapat meningkatkan
semangat atau motivasi pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru dalam hidup
mereka. Aplikasi multimedia yang melibatkan pelbagai jenis media yang menarik dan dinamik dapat
meningkatkan minat seseorang pelajar terhadap bahan pembelajaran yang disediakan. Selain itu
penggunaan TMK dan multimedia daapt mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang
pelajar untuk terus belajar. Apa yang penting sebagai guru, saya mestilah terus belajar dan
memahirkan diri dengan pelbagai kemahiran TMK supaya menjadi lebih inovatif, efektif dan
berinformasi dalam mendidik anak bangsa. Kelainan dalam paparan maklumat dapat
membangkitkan minat dan motivasi murid untuk terus mendalami ilmu pengetahuan atau maklumat
tentang mata pelajaran yang diminati. Apabila minat dan motivasi pelajar sudah dirangsang, proses
pembelajaran seterusnya lebih mudah dilaksanakan. Pengajaran pembelajaran menggunakan TMK
dan multimedia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
Saya juga mendapati penggunaan TMK membolehkan murid-murid menghasilkan segala
penciptaan dan menyelesaikan kerja yang rumit. Melalui penggunaan TMK murid dapat menguasai
pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan
pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam
teknologi akan melahirkan murid yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.
Penutup / Rumusan Penggunaan TMK dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk
meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di
negara kita menjadi lebih kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi
mengantarabangsakan kualiti pendidikan. TMK menjadi pemangkin kepada perkembangan
pendidikan bertaraf dunia yang menjadi impian Malaysia. Guru bukan sahaja merupakan sumber
inspirasi kepada para pelajar, malah guru-guru menjadi pendorong kepada kejayaan dan kemajuan
pelajar. Teknologi perlu dilihat sebagai satu alat dan bukan segala-galanya yang boleh mengambil
peranan penting seseorang guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar
kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana sekalipun teknologi
boleh mencorakkan pembelajaran. Pembelajaran memerlukan hubungan manusia dengan manusia
dan sentuhan guru terhadap Pelajar. Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk
membimbing, mendorong, membina keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah pembelajaran,
mengembang kemahiran diri, dan sebagainya tidak boleh diambil alih oleh teknologi. Dalam
menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan
pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu dan membimbing para pelajar serta
membantu guru meningkatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada
pelajar dan seterusnya berjaya membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan TMK sebagai medium paling berkesan ke arah
merealisasaikan impian tersebut. Apa lagi dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan pendidikan
di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia glokal berminda kelas pertama dalam
menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020. Sumber rujukan / Bibliografi Abdul Rahim Bin Abdul
Razak. (2005): Profesionalisme Keguruan Prospek Dan Cabaran: Kuala Lumpur . Dewan Bahasa
Dan Pustakaan. Holmes.W. (199): The Transforming Power of Information Technology , Community
College Journal , 70(2) : ms 10-15 Jamalludin Harun, Dr. Zaidatun Tasir.(2003): Multimedia Dalam
Pendidikan, Kuala Lumpur, PTS Publication & Distrubator Sdn. Bhd. Jamalludin Harun, Dr. Zaidatun
Tasir.(2005): Multimedia Konsep dan Praktis, Kuala Lumpur, Venton Publishing. Kamus Dewan
Edisi Ke-4.(2007): Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran
Malaysia.(2010): Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Tahun
Satu. Putrajaya. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2010): Kurikulum Standard Sekolah Rendah,
Modul Pengajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Teras Dunia Sains Teknologi, Tahun
Satu. Putrajaya. Modul OUM.(2006): HBEF2303- Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur. Meteor Doc. Sdn. Bhd Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001) Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Malaysia. SUMBER
INTERNET http://cgdahpm.blogspot.com/2010/01/kepentingan-ict-dalam-meningkatkan.html
http://engkizarquran.wordpress.com/2010/04/15/pentingnya-integrasi-ict-dalam- proses-pengajaran-
dan-pembelajaran. Dimuat turun pada 22/08/2012 http://iab-
academia.edu/RusminiKuAhmad/papers/524734/Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Dimuat turun pada 20/08/2012
http://www.slideshare.net/norhisham/teknologi-maklumat-untuk-pp. dimuat turun pada 06/08/2012
http://www.slideshare.net./shahwaran/penggunaan-ict-dalam-pp-presentation. dimuat turun pada
06/08/2012
1.0 PENGENALAN
Sebuah artikel bertajuk Penguasaan Guru dalam ICT diutamakan – TPM telah diterbitkan
oleh Utusan Online bertarikh 13 Januari 2010. Memetik daripada petikan tersebut,
Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan
penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru. Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada
pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik
komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.
Petikan tersebut jelas menyatakan tentang pentingnya seorang warga pendidik
menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi.Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan
pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui
penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi.ICT adalah singkatan daripada
‘Information and Communication Technology’ (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang
berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.Ruang
lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat.Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian
untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Manakala menurut Senn (1998) dalam Norasiah (2009) menyatakan teknologi
maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan
tahu-guna.Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan
organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. Jika dilihat pada sekeliling kita,
TMK tidak lagi digunakan sebagai penyebar maklumat malah dalam semua bidang
seperti pengiklanan, pengangkutan, perubatan, perniagaan keselamatan dan
sebagainya.Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan
komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, faks, telegram, PDA
dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.
Dapat dilihat pelbagai manfaat dan faedah yang boleh diperoleh dalam
penggunakan kemudahan ICT.Guru seharusnya mengambil kesempatan menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi secara optimum dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seharian. Menurut Mok Soon Sang (1996), ‘penggunaan komputer dalam
bidang pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baharu dalam bidang
pendidikan. Ini khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori
pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta
kemahiran dan latihan guru.Seperti yang kita lihat pada hari ini, Perkembangan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah mencapai suatu tahap di mana pengaruhnya
dapat dilihat dalam kehidupan manusia terutamanya di kawasan bandar. Kemudahan
teknologi telah menjadi sebahagian daripada cara hidup contohnya kemudahan
telekomunikasi (telefon bimbit), perkhidmatan bank (e-banking. Kad ATM), dan
sebagainya.Masyarakat juga diharapkan mampu menangani kehidupan di era teknologi
maklumat sehingga pada satu tahap teknologi tersebut menjadi sebahagian daripada
amalan biasa tanpa kita sedari.Namun begitu cabaran yang paling besar ialah mendidik
masyarakat agar menggunakan teknologi secara berfaedah dan bermanfaat.Oleh itu,
profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan
penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.
Berdasarkan petikan di atas dapat diketahui pelbagai langkah telah diambil oleh
pihak kerajaan bagi menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan.Hal inimemastikan
masyarakat Malaysia tidak ketinggalan dalam arus pemodenan selaras dengan
perkembangan dunia teknologi yang semakin pesat. Guru seharusnya berkemahiran
dalam mengendalikan kemudahan-kemudahan ICT yang telah disediakan di sekolah.
Oleh itu, guru yang profesional seharusnya peka terhadap segala perkembangan dalam
bidang pendidikan.Craft (2002) dalam Ismail dan Subki (2010) menyarankan seseorang
yang pendidik yang profesional,seseorang guru perlu peka terhadap insiatif pendidikan
yang terkni. Mok Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri
dengan menguasai kemahiran menggunakan Internet untuk memperoleh maklumat
tentang perkembangan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid
menggunakan Internet sebagai bahan dalam P&P. Guru profesional perlulah
mengaplikasikan teknologi maklumat ICT di dalam bilik darjah melalui program SLE
(Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap
penggunaan ICT. Menurut Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh (2007), antara aplikasi yang
boleh digunakan ialah word processing, spredsheet, database, desktop publishing, dan
graphing.
Menurut Timbalan Perdana Menteri lagi, ‘makmal komputer juga dibina di 6,633
sekolah.Pusat akses Internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi
kemudahan murid mencari maklumat di 3,029 sekolah di luar Bandar.
Kewujudan makmal –makmal komputer ini memberi lebih banyak peluang dan ruang
kepada guru untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai. Guru yang cemerlang akan
berusaha menjadikan bahan-bahan ini sebagai tutor dan demonstrasi semasa
pengajaran dan pembelajaran.Selaras dengan pembestarian sekolah, aktiviti pengajaran
dan pembelajaran seharusnya membolehkan murid akses kepada pelbagai sumber
pembelajaran. Kebolehan akses kepada pelbagai sumber pembelajaran
akanmembolehkan seseorang murid dilibatkan secara langsung untuk berinteraksi dan
bermuafakat dengan rakannya demi mencapai perkembangan maksimum mengikut
potensinya.Guru perlu mempelbagaikan sumber pembelajaran supaya murid dapat
melaksanakan setiap aktiviti pembelajaran dengan lebih berkesan. Antara aktiviti yang
boleh dilakukan dalam situaasi pengajaran dan pembelajaran ialah:
i. Mengenal pasti pelbagai sumber pengetahuan yang dicapai dalam sekolah bestari.
. Mempertingkatkan kelemahan dan kekuatan sumebr pembelajaran yang dikenal pasti.
Berdasarkan kriteria yang dikenal pasti, terdapat pelbagai sumber yang boleh digunakan
oleh guru untuk membolehkan murid mendapatkan maklumat yang berkaitandengan
pembelajaran yang sedang diikutinya.Antara sumber pembelajaran yang sesuai dan
boleh diakses oleh murid ialah sumber berasaskan komputer.
2.0 KESIMPULAN
Oleh kerana ICTbegitu memberi kesan kepada bidang pendidikan dan profesion
keguruan, maka sebagai seorang guru, kita perlulah menguasai kemahiran
tersebut.Keperluan perkembangan profesional guru dalam ICT haruslah dipertingkat dari
semasa ke semasa.Selain itu, sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah
dan alam pendidikan, para guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar,
pembimbing dan inventor yang positif dan berkesan bagi menjayakan pelaksanaan
sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah.Guru-guru mesti membuat
persediaan yang rapi baik dari segi mental (berfikiran terbuka, positif dan sanggup
menerima perubahan serta cabaran), sikap (ingin tahu dan belajar, berkeyakinan diri,
kreatif dan inovatif) mahupun dari segi fizikal (penggunaan ABM dengan pengetahuan
dan kemahiran TMK). Ini sejajar dengan nasihat yang diberikan oleh Tuan Haji Hussin
bin Haji Harun, Tuan Pengarah Pelajaran Perak, dalam Pendidik Bestari: Bicara Bestari
(2008): Keperluan tenaga abad ke 21 dicerakin dan dilaksanakan melalui pembangunan
potensi kemanusiaan secara bersepadu, memahami aspirasi dan agenda nasional,
menguasai sepenuhnya bidang ICT, mengamalkan pembangunan penyelidikan (R&D),
teknologi tinggi (high tech) dan pengurusan kewangan mapan. Perlu juga dipersiapkan
generasi ketiga yang berdisiplin, berhemah tinggi, mempunyai jati diri, memiliki ciri-ciri
kreatif, inovatif, responsif, proaktif, progresif dan produktif, dalam menghadapi proses dan
cabaran globalisasi, menterjemah dalam bentuk realiti sebuah negara Malaysia yang
maju dalam acuan sendiri.
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan
pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar.
Dari semasa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di
Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan menggunakan teknologi maklumat
dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat
penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan
mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku murid. Oleh itu, pengawalan
dan pengawasan yang rapi harus diberikan kepada murid semasa menggunakan
teknologi canggih ini.Didikkan awal dan penerapan nilai-nilai murni juga adalah penting
untuk melahirkan generasi bermaklumat yang bermoral. Sekiranya didikan nilai-nilai
murni telah ditanam di jiwa pelajar-pelajar, tidak akan berlaku kesalahan atau jenayah
komputer yang membimbangkan generasi akan datang.
2.0 Pendahuluan
Dasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005) menegaskan kepentingan
membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan.
Langkah ini bertujuan merancakkan pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti,
memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan
mempastikan semua rakyat mendapat manfaat daripada ICT.
Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam
kalangan generasi muda. Keperluan terhadap penggunaan ICT dalam pendidikan amat dirasai kerana
ICT telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai
maklumat dan sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana jua berada. Pengaruh dan kemajuan era
ICT mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran.
Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaan komputer, internet, dan
multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan. Bangsa yang maju
adalah bagsa yang mementingkan perkembangan intelektual yang dirintis oleh kemajuan dunia
pendidikan. Dalam konteks ini teknologi maklumat berperanan untuk meluaskan penyebaran pemikiran
manusia sebagai agen revolusi sosial
3.0 ISI
3.1 Definisi Frasa Penting:
3.1.1 Pelaksanaan ICT dalam Pendidikan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan pelaksanaan sebagai perihal, perbuatan atau proses
melaksanakan sesuatu rancangan, manakala ICT pula adalah singkatan daripada Information and
Communication Tecnology atau Melayunya Teknologi Maklmat dan Komunikasi. Teknologi membawa
pengertian alat yang digunakan oleh manusia dan alat yang ada pada manusia iaitu ilmu pengetahuan,
kemahiran, dan kepakaran dalam ilmu tertentu untuk menyelesaikan masalah hidup. Maklumat merujuk
kepada makluman, pemberitahuan, keterangan, butir-butir, dan pengetahuan. Komunikasi bererti
perhubungan secara langsung atau dengan perantara surat, radio, telefon dan lain-lain komunikasi atau
penghubung dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya. Pendidikan membawa erti perihal
mendidik, didikan, latihan, atau ajaran. Jadi maksud pelaksanaan ICT dalam pendidikan membawa
maksud menggunakan ICT secara saintifik, terancang, dan bersesuaian demi meningkatkan kecekapan
proses dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.
3.1.2 Guru Yang Berkemahiran
Guru adalah orang yang mengajar, mendidik, pengajar, pengasuh, Berkemahiran bererti mempunyai
kemahiran , mahir. kemahiran ditafsirkan sebagai terlatih untuk , cekap, lancar, pandai. Maksud guru
yang berkemahiran adalah tenaga pengajar, pengasuh, atau pendidik yang mempunyai kemahiran,
pandai dan terlatih dalam melaksanakan tugasnya untuk mengajar, mengasuh, dan mendidik.
3.1.3 Meningkatkan Penguasaan Murid
Meningkat bermaksud menginjak untuk naik ke atas, mencapai tingkat, bertambah banyak. Penguasaan
pula membawa maksud menguasai atau penguasaan. Murid ialah pelajar, orang yang menerima ilmu
pengetahuan maksud meningkatkan penguasaan murid ialah keupayaan menginjak ke atas atau
bertambah baik atau meningkat apa yang dipelajari oleh orang yang menerima ilmu pengetahuan.
ICT dalam pendidikan merujuk kepada penggunaan perkakasan dan perisian komputer yang
diintegrasikan dengan multimedia dan internet yang diaplikasi dan digunakan secara langsung dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan khususnya di sekolah. Multimedia
merupakan pelbagai media yang digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai yang
merangkumi teks, grafik, audio, video, dan animasi.
Penggunaan ICT untuk pembelajaran menggalakkan pembelajaran kendiri dan penerokaan. Ianya
berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-
ROM, internet, portal maklumat dan sumber-sumber maklumat yang lain. ICT juga dapat memberikan
pengalaman, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomina secara simulasi serta melihat demonstrasi
sesuatu kejadian. Melalui cara ini murid-murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang
diterima melalui ICT. Murid-murid mempunyai kebebasan dalam menggunakan kemudahan ICT
berdasarkan kehendak mereka.
Berdasarkan tajuk-tajuk yang dipelajari dalam bilik darjah, saya memberikan beberapa alamat yang
berkaitan yang boleh dilayari oleh murid melalui intenet. Dengan cara ini membolehkan murid-murid
mencari dan mengakses sendiri maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan
daripada internet. Murid-murid akan mengumpul bahan-bahan ini, dan maklumat ini akan digunakan
untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah.
Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat menengah rendah, saya membimbing dan menggalakkan
murid-murid melayari laman web yang tersedia, antaranya Portal Pendidikan Utusan, dan Trengganu.
Com. Memuatkan antaranya koleksi soalan dan nota panduan . Murid-murid yang melayari laman web
ini dapat menjawab terus soalan-soalan yang tersedia, mereka diminta untuk menjawab soalan yang
dikemukakan oleh komputer dan komputer akan menilai serta memberi maklum balas yang sesuai
berdasarkan kepada jawapan yang diberikan. Mereka akan memperoleh maklum balas terhadap
jawapan secara serta merta. Hal ini menimbulkan keseronokan sekaligus boleh memotivasikan murid
dengan peneguhan positif yang diberi apabila murid memberikan jawapan. Aktiviti ini boleh dilakukan
sendiri oleh murid saya sama ada di rumah atau di Pusat Akses sekolah.
Dalam mata pelajaran Tasawwur Islam terdapat pengetahuan yang tidak dapat dijangkau oleh panca
indera manusia apatah lagi kalau ianya perkara yang berlaku di luar ruang lingkup dan pengalaman
murid-murid. Jusetru, saya membimbing murid-murid mengakses internet untuk mendapatkan
pengetahuan dan gambaran yang lebih jelas. Contohnya, Bab 4 Tasawwur Islam Tingkatan 4 tentang
Konsep Alam. Saya bimbing murid-murid saya melayari laman web berkaitan pengetahuan geografi,
contohnya murid-murid saya dapat melihat kejadian letupan gunung berapi secara jelas seolah-olah
ianya berlaku depan mata. Saya kaitkan gambaran itu dengan kebesaran dan kekuasaan Allah yang
mencipta alam ini. Murid-murid saya dapat memahami dan mudah mengingatinya, malah dapat
menghuraikan kejadian tersebut secara terperinci. Murid-muid saya juga merujuk kepada World Facts
Book di laman web Central Intelligence Agency (CIA) dan ensaiklopedia untuk mendapatkan lebih
banyak maklumat. Murid-murid saya juga buat capaian di rumah untuk ulangkaji dan ulang tayang.
Pembelajaran kendiri ini membolehkan murid saya mempunyai latihan yang secukupnya sebagai
persediaan menghadapai peperiksaan. Manakala pembelajaran penerokaan menjadikan murid yang
lebih pintar lebih berminat dengan isi kandungan yang lebih tinggi dan mencabar. Mereka mencari
sendiri hasil-hasil penyelidikan supaya mereka boleh maju ke hadapan tanpa mengikuti dengan jemu
rakan mereka yang kurang pintar. Hal ini memberikan keseronokan kepada murid-murid saya.
Kesimpulannya, ICT memudahkan pelajar meneroka ilmu-ilmu baru yang menjadikan proses P & P
menjadi lebih menarik dan berkesan. Murid-murid saya dapat berfiki secara kritis, penyelesaian
masalah, pengelaaman belajar yang autentik, pengetahuan yang dibina adalah melalui interaksi sosial.
Murid-murid saya telah bertukar sikapnya daripada seorang yang pasif menjadi aktif semasa dan selepas
proses pembelajaran dan pembelajaran berjalan.
3.5.2 Memudah Dan Mempercepatkan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan atau nombor menimbulkan masalah bagaimana
untuk menerangkan bahagian-bahagian yang sukar untuk diterangkan atau difahami melalui
penggunaan teks. Maka penggunaan multimedia dapat memudahkan pelajar memahami konsep yang
abstrak dengan bantuan adunan elemen-elemen teks, audio,video, animasi, dan grafik. Ini menjadikan
membolehkan sesuatu proses penerangan dilakukan dengan lebih mudah dan pantas. Contohnya dalam
menghuraikan kesan pencemaran alam kepada hidupan dan manusia. Saya menayangkan rakaman video
tentang punca-punca pencemaran dan gambar-gambar yang dirakam menggunakan kamera digital
akibat daripada tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Saya menggunakan aplikasi Photo
Story untuk menyediakan bahan bantu belajar. Pada akhir sesi pembelajaran saya dapati murid-murid
saya dapat menguasai isi pelajaran dengan lebih cepat. Ini terbukti apabila murid-murid saya menulis
karangan tentang kesan-kesan pencemaran alam terhadap manusia dan hidupan air.
Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks,
muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu
konsep. Penggunaan muzik dan video sebagai alat bantu membolehkan murid-murid saya lebih
memberikan perhatian terhadap apa yang saya ajar. Murid-murid dapat menghayati isi pelajaran
dengan lebih jelas. Contohnya dalam pembelajaran KOMSAS, saya tayangkan rakaman drama, selepas
pembelajaran saya dapati murid-murid saya dapat memahami unsur-unsur plot, struktur plot dan dapat
menilai perwatakan serta nilai-nilai murni dari drama yang dipelajari.
Saya juga menggunakan Microsoft Excel untuk merekod serta menggred markah setiap kali diadakan
ujian dan peperiksaan. Markah ini dianalisis untuk melihat aspek kelemahan dan kekuatan pelajar.
Aplikasi ini membolehkan saya membuat head count untuk setiap orang murid yang saya ajar. Hasil
daripada analisis yang saya perolehi membolehkan saya menyediakan bahan atau soalan dengan
memberikan perisian berbentuk latih tubi kepada pelajar yang lemah untuk tujuan pemulihan,
memberikan perisian yang berbentuk tutorial kepada pelajar yang sederhana untuk tujuan pengukuhan
dan memberikan perisian berbentuk exploratory kepada pelajar pintar untuk tujuan pengayaan.
Pengajaran yang saya sampaikan lebih berkesan melalui media elektronik kerana pelajar dapat melihat
sendiri apa yang diterangkan oleh saya dengan bantuan komputer. Kaedah ini membolehkan murid
memahami dan menghayati situasi pembelajaran yang sebenar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu
penekanan diberikan untuk menguasai empat kemahiran iaitu membaca, memahami, menulis, dan
bertutur. Bagi mengajar kemahiran bertutur, murid-murid mesti mempunyai idea dan pengetahuan
yang luas. Bagi pelajar yang kurang membaca, masalah akan timbul kerana mereka tiada idea untuk
bercakap. Dengan kemudahan ICT yang saya miliki, saya muat turun maklumat, gambar dan rakaman
video dari internet. Saya juga menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dengan bantuan kamera
digital masukkan gambar-gambar dan saya tayangkan kepada murid-murid menerusi projektor LCD.
Murid-murid saya mendapat idea dan pengetahuan untuk bertutur dan menceritakan apa yang
disaksinya dari awal hingga akhir dengan penuh keyakinan , ini menunjukkan proses pembelajaran yang
berkesan telah berlaku.
Penggunaan papan interaktif semasa mengajar membolehkan saya membuat pembetulan setiap
kesalahan yang murid serta-merta. Murid membuat tugasan menggunakan papan interaktif, hasil
tugasan mereka dipancarkan menerusi projektor LCD. Saya membuat penilaian terhadap hasil tugasan
mereka dan membetulkan kesalahan mereka pada masa itu juga. Murid dapat mengetahui di mana
kekuatan dan kelemahan tugasan mereka. Hal ini dapat meningkatkan pemahaman murid, dalam masa
yang sama saya dapat membetulkan kesalahan yang dilakukan serta merta.
Jelaslah di sini, dengan menggunakan ICT telah dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan
murid-murid saya terhadap mata pelajaran yang saya diajar. Proses pengajaran dan pengajaran
menjadi lebih mudah dan lebih menarik. Hasilnya murid dapat menghasilkan tugasan yang sempurna.
Hal ini dapat membantu memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah kerana penggunaan ICT dalam P & P telah memudahkan tugas guru dan murid menguasai
pengajaran dan pembelajaran.
Melalui ICT pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan menarik. Penggunaan
grafik, ilustrasi, dan apa bentuk gambar rajah yang digunakan dapat meningkatkan keberkesanan dalam
pembelajaran. Tambahan pula penggunaan pelbagai media seperti audio, video dan animasi yang
dinamik dapat meyampaikan maklumat dengan lebih efektif lagi bila diadunkan dengan teks dan grafik.
Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat
dan komunikasi. ICT membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia. Hal ini akan
mewujudkan hubungan kerja berpasukan dalam kalangan murid di samping memantapkan kemahiran
berkomunikasi. Penilaian boleh dijalankan oleh guru secara individu dan kumpulan, perbincangan akan
dibuat selepas hasil tugasan dibentangkan di dalam kelas. Hal ini akan menggalakkan percambahan
pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid.
Interaksi saya dan murid dapat dipertingkatkan melalui ICT di mana saya dan murid berhubung terus
melalui internet, e-mail atau berkunjung ke laman blog. Melalui internet murid dapat berhubung
dengan sesiapa sahaja walau di mana berada kerana kadar caj yang dikenakan jauh lebih rendah dalam
masa yang pantas teknologi. Teknologi multimedia membolehkan saya melihat wajah murid yang
menghubungi saya pada paparan skrin komputer. Murid saya dapat berbual secara terus dengan saya
menerusi skrin komputer. Murid-murid saya akan merujuk kepada saya apabila ada masalah yang
berkaitan dengan pembelajaran dan pada masa mereka memerlukan nota dan bahan rujukan. Interaksi
dan komunikasi sebegini juga memudahkan saya untuk memantau hasil kerja murid apabila mereka
menge-melkan kepada saya. Murid-murid oleh bertanya secara terus dan saya pula akan menjawab
dengan cepat
Jelaslah di sini melalui ICT jalinan komunikasi yang mantap dapat dilakukan secara berkesan. Guru
dapat membantu meningkatkan jalinan komunikasi antara guru dengan murid dan murid sesama murid.
Murid dapat berkomunikasi dengan ramai orang di seluruh dunia hanya menerusi skrin komputer
menggunakan hujung jari sahaja. Ini menggambarkan kemahiran ICT yang saya miliki telah dapat
menumbuhkan inspirasi kepada murid-murid saya dan dapat meningkatkan komunikasi yang efektif,
cepat dan mudah.
ICT dikatakan sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran, di
samping sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian
aplikasi umum seperti pemerosesan perkataan oleh pelajar dalam penghasilan karangan atau
penggunaan perisian hamparan elektronik akan menghasilkan plot graf. Pelbagai perisian aplikasi yang
boleh dimanfaatkan dalam melaksanakan tugasan pembelajaran seperti Microsoft Word, Microsoft
Excell, Microsoft Access, Microsoft Power Point, Paintshop, dan sebagainya.
Pelajar boleh memilih mana-mana perisian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan mereka.
Penggunaan perisian aplikasi ini dapat membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran. Perisian
aplikasi Microsoft Excell yang sesuai boleh digunakan untuk membantu murid membina graf-graf yang
diperlukan. Manakala perisian Microsoft Powerpoint membolehkan murid membuat pembentangan hasil
tugasan yang saya berikan sama ada secara kumpulan atau individu.
Dalam pelajaran bahasa Melayu saya berikan tugasan kumpulan untuk membuat kupasan teks
Komponan Sastera (KOMSAS). Saya bimbing murid-murid saya untuk mendapatkan isi pelajaran, saya
galakkan murid saya menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dan juga Photo Story atau memilih
mana-mana perisian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan mereka untuk menghasilkan
tugasan. Penggunaan perisian aplikasi ini dapat membantu murid-murid melaksanakan aktiviti
pembelajaran dan menyiapkan tugasan yang saya berikan. Contohnya dalam pembelajaran KOMSAS
murid-murid diberikan tugasan kumpulan. Hasil kerja kumpulan dibentang oleh murid dengan aplikasi
Microsoft Powerpoint. Hasilnya saya dapati murid-murid saya lebih bersemangat serta dapat
menghasilkan satu kerjasama yang padu dalam kumpulan di samping menghasilkan satu persembahan
yang amat menarik yang menggambarkan mereka betul-betul faham dengan apa yang dipelajari pada
sepanjang proses P & P berlaku itu.
Menggunakan komputer semasa mengajar dan belajar dapat meningkatkan semangat atau motivasi
pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Aplikasi multimedia
yang melibatkan pelbagai jenis media yang menarik dan dinamik dapat meningkatkan minat seseorang
pelajar terhadap bahan pembelajaran yang disediakan. Selain itu penggunaan ICT dan multimedia
daapt mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang pelajar untuk terus belajar.
Apa yang penting sebagai guru, saya mestilah terus belajar dan memahirkan diri dengan pelbagai
kemahiran ICT supaya menjadi lebih inovatif, efektif dan berinformasi dalam mendidik anak bangsa.
Kelainan dalam paparan maklumat dapat membangkitkan minat dan motivasi murid untuk terus
mendalami ilmu pengetahuan atau maklumat yang tentang mata pelajaran yang diminati. Apabila
minat dan motivasi pelajar sudah dirangsang, proses pembelajaran seterusnya lebih mudah
dilaksanakan. P & P menggunakan ICT dan multimedia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan mencabar.
Saya juga mendapati penggunaan ICT membolehkan murid-murid menghasilkan segala penciptaan dan
menyelesaikan kerja yang rumit. Melalui penggunaan ICT murid dapat menguasai pelbagai kemahiran
manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan
menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan murid
yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.Kaedah pembelajaran begini amat
menarik dan hasil dari pemerhatian dan penilaian saya terhadap mutu tugasan, saya dapati murid-
murid saya telah berjaya menghasilkan tugasan yang berkualiti, lengkap dan mantap.
4.0 Penutup
Penggunaan ICT dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti
pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara kita menjadi lebih
kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan kualiti
pendidikan. ICT menjadi pemangkin kepada perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi
impian Malaysia.
Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada murid-murid, malah guru-guru menjadi
pendorong kepada kejayaan dan kemajuan murid. Teknologi perlu dilihat sebagai satu alat dan bukan
segala-galanya yang boleh mengambil peranan penting seseorang guru. Guru diperlukan untuk
mencorakkan perkembangan pelajar kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau
secanggih mana sekalipun teknologi boleh mencorakkan pembelajaran.
Pembelajaran memerlukan hubungan manusia dengan manusia dan sentuhan guru terhadap murid.
Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk membimbing, mendorong, membina
keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah pembelajaran, mengembang kemahiran diri, dan
sebagainya tidak ambil alih oleh teknologi.dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus
mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam
membantu dan membimbing murid-murid serta membantu guru meningkatkan usaha bagi meningkatkan
kualiti pendidikan yang diberi kepada murid-murid seterusnya berjaya membangunkan modal insan
cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan ICT sebagai
medium paling berkesan ke arah merealisasaikan impian tersebut. Apa lagi dalam usaha kerajaan untuk
mengangkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia glokal berminda kelas
pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020.
Bibliografi
1. Profesionalisme Keguruan Prospek Dan Cabaran, Abdul Rahim bin Abdul Rashid, DBP KL.2005
2. Kamus Dewan Edisi Ke-4,DBP KL, 2007
3. Rancangan Malaysia Ke – 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006 – 2010 Edisi pelancaran.KPM,
2006
4. Multimedia Konsep dan Praktis, Jamalludin bin Harun, Zaidatun bt.Tahir, Venton Publishing, Jun
2005
5. ICT dari Perspektif Profesional Isu-isu Pengurusan Organisasi, Penyelenggara Abdul Manaf Bohari,
Pearson Prentice Hall, PJ, 2006
6. Siri Perspektif Minda Sekolah Bestari dan ICT, Razak Ibrahim, Wan Norazlin Yusuf,Cemerlang Publica
tions Sdn. Bhd.Seri Kembangan, 2005
7. Multimedia Dalam Pendidikan, Jamalludin Harun, Dr. Zaidatun Tasir, PTS Publication & Distributors
Sdn Bhd. KL,2003
8. Bahan Bacaan Kursus Penilaian Tahap Kecekapan, Institut Aminudin Baki, Genting Highland, 2004