Anda di halaman 1dari 24

1.

Konsep Kajian Tindakan

Sebelum menjelaskan tentang kajian tindakan dengan lebih lanjut adalah perlu diketahui tentang
definisi kajian tindakan/penyelidikan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh dalam bidang
penyelidikan ini sendiri. Salah satu daripada definisi yang dinyatakan oleh Mc.Milan &
Schumacher (1977), bahawa penyelidikan merupakan satu proses sistematik dalam mengumpul
dan menganalisis data atau maklumat untuk tujuan-tujuan tertentu. Manakala Kerlinger (1986)
menyatakan bahawa penyelidikan itu adalah satu penyelidikan terhadap fenomena semula jadi
yang dilaksanakan secara sistematik, berempirikal, terkawal dan begitu kritikal berpandukan
teori serta hipotesis tentang pertalian atau ikatan yang diandaikan wujud di antara fenomena-
fenomena berkenaan.

2. Latar Sejarah Kajian Tindakan

Adalah terdapat beberapa asas disiplin dan epistemologi yang mana menjadi asas perkembangan
kajian tindakan. Terdapat beberapa tokoh-tokoh dan pelbagai asas pemikiran yang telah
memberikan sumbangan kepada kajian tindakan dalam pelbagai bidang disiplin. Sementara
perkembangan kajian tindakan dalam bidang pendidikan adalah seiring dengan konsep guru yang
mana guru sebagai penyelidik dan juga pengamal reflektif. Sejarah kajian tindakan telah banyak
dibincangkan serta didokumenkan dengan baik.

Asal usul kajian tindakan selalu dikaitkan dengan kerja-kerja Kurt Lewin (1880-1947) di
Amerika Syarikat. Beliau dikatakan sebagai orang yang mula-mula menggunakan perkataan
‘action research’ (kajian tindakan) kira-kira dalam tahun 1934. Pada pertengahan tahun-tahun
1940an, Kurt Lewen dikatakan telah membentuk teori kajian yang menjelaskan kajian tindakan
sebagai, “…proceeding in a spiral of steps, each of which is composed of planning, action and at
the evaluation of the result of action” (Kemmis & McTaggert, 1990: 8). Seterusnya Lewen
menyarankan bahawa untuk memahami dan mengubah amalan-amalan sosial tertentu, ahli-ahli
sains sosial perlu melibatkan pengamal daripada dunia sosial sebenar dalam semua fasa inkuiri
(McKernan 1991:10).1

1
Kajian Tindakan dalam Pendidikan, Othman Lebar, 2011. M.s: 30-31

1
Wallace, 1987, sejak abad ke 20an kajian tindakan telah berkembang di Amerika Syarikat
bersama peminat dan para pengikutnya. Menurut Bagdan & Biklen (1992: 223) pada masa itu
kajian tindakan dikenali sebagai, “the systematic collection of information that is designed to
bring abaout social change”. Sementara menurut McKernan(1996), sejak itu kajian tindakan
telah dipengaruhi oleh ramuan sejarah dan falsafah seperti berikut:

I. Gerakan Sains dalam Pendidikan di abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang mana metod
saintifik telah digunakan dalam pendidikan. Buktinya adalah melalui penulisan buku
tentang penggunaan metod saintifik dalam pendidikan oleh penulis-penulis seperti
Alexander Bain (Bain, 1879), Richard G.Boone(Boone, 1904) dan yang paling menonjol
adalah buku hasil tulisan Burdette Ross Buckingham yang bertajuk “Reaserch for
Teacher” (Buckingham, 1926).2
II. Pemikiran pendidikan eksperimentalis dan progresif, terutama kerja-kerja John Dewey
yang menggunakan metod induktif saintifik penyelesaian masalah sebagai logik untuk
menyelesaikan masalah dalam bidang-bidang seperti estetika, falsafah, psikologi dan
pendidikan.3
III. Gerakan Dinamika Kelompok dalam psikologi sosial dan latihan hubungan kemanusiaan
yang bergerak dalam abad ke-19 untuk menangani masalah sosial era tersebut melalui
inkuiri sosial kualitatif. Sekali lagi gerakan ini digunakan dalam tahun 1940an untuk
menangani masalah berkait dengan hubungan antara kelompok, prasangka kaum dan
pembangunan semula sosial, yang merupakan kesan bahang Perang Dunia ke-2 pada
ketika itu.penyelidik yang banyak terlibat pada ketika itu adalah Kurt Kewin (1880-
1947). Asal usul kajian tindakan selalu dikaitkan dengan kerja-kerja beliau di Amerika
Syarikat. Menurut beliau, menyelidikan yang diperlukan untuk mengkaji amalan sosial
adalah lebih sesuai dicirikan sebagai penyelidikan untuk pengurusan sosial atau
perekeyasan sosial (social engineering). Ia adalah merupakan satu jenis kajian tindakan
yang meneliti keadaan dan juga kesan dari pelbagai bentuk tindakan sosial. Asas kepada
model Lewin adalah penyelidikan mengandungi gelungan tindakan termasuk analisis,

2
Ibid m.s: 31
3
Ibid m.s: 31

2
pengumpulan fakta, pengkonseptualan, perancangan, pelaksanaan dan penilaian
tindakan. 4
IV. Dalam tahun 1950an dan 1960an, kajian tindakan telah digunakan dalam penyelidikan
industri, yang berkembang dalam kalangan penyelidik di Massachusetts Institute of
Technology di Amerika dan di Tavistock Institute, United Kingdom.5
V. Aktiviti perkembangan kurikulum rekonstruksionis pasca perang di Amerika Syarikat
yang mana melibatkan penulis-penulis rekonstruksionis sosial pasca perang menerajui
dan mempopularkan penggunaan kajian tindakan dalam pendidikan. Stephen Corey
(Corey, 1953) adalah penulis yang menerajui gerakan ini dan beliau percaya kajian
tindakan boleh mengubah dan meningkatkan amalan kurikulum secara signifikan sebab
pengamal sendiri menggunakan hasil kajian dalam kajian dan juga amalan mereka.6

Seterusnya kajian tindakan ini berkembang megikut aliran pemikiran yang berbeza, ini
termasuklah kumpulan kajian tindakan dari Amerika Syarikat yang mana asal usul pemikiran
mereka yang berasaskan gerakan pendidikan progresif yang banyak berkembang dalam kerja-
kerja Dewey. Kajian tindakan ini juga berkembang di United Kingdom di dalam pembaharuan-
pembaharuan kurikulum serta perkembangan profesionalisme dalam pengajaran (Elliott, 1991),
dan begitu juga di Australia, kajian tindakan ini berkembang dalam gerakan-gerakan ke arah
perancangan kurikulum secara kolaoratif (Kemmis, 1990).

3. Definisi Kajian Tindakan

Secara umumnya kajian tindakan ini merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh
pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain untuk mengubah dan
menambah baik amalan yang sedia ada. Dengan kata lain, kajian tindakan merupakan satu jenis
penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri yang melibatkan penyelidik sendiri dalam
mengkaji amalan yang biasa diamalkan. Definisi kajian tindakan mempunyai pelbagai variasi
dalam tradisi kajian tindakan seperti juga variasi di antara kajian tindakan dengan pendekatan

4
Kajian Tindakan dalam Pendidikan, Othman Lebar, 2011. M.s: 31
5
Ibid. m.s: 31
6
Ibid. m.s: 31

3
penyelidikan konvensional. Definisi klasik tentang kajian tindakan yang pernah diutarakan oleh
ahli-ahli kajian tindakan7 adalah seperti berikut:

Menurut definisi yang diberikan oleh Kurt Lewin, 1947: “ Action Research is a three-step spiral
process of (1) planning which involves reconnaissance; (2) taking actions; and (3) fact-finding
about the results of the action”.

Manakala definisi yang diberikan oleh Stephen Corey, 1953: “ Action Research is the process by
which practitioners attempt to study their problems scientifically in order to guide, correct, and
evaluate their decisions and actions.”

Walaubagaimanapun, perkembangan kajian tindakan selepas itu muncullah beberapa pandangan


serta definisi yang lebih terkini dikemukakan. McKernan (1988) misalnya menjelaskan bahawa
kajian tindakan itu sebagai:

“Action research is a form of self-reflective problem solving, which enables practitioners to


better understand and solve pressing problems in social settings”.

Manakala Kemmis dan McTaggart (1990) pula mengatakan kajian tindakan itu adalah; “a form
of collective self-reflective inquiry undertaken by participants in social situations in order to
improve the rationality and justice of their own social or educational practices, as well as their
understanding of these practices and the situations in which these practices are carried out”.

Sementara itu, Rapoport , 1970 mendefinisikan kajian tindakan sebagai: “ Action Research aims
to contribute both to the practical concerns of people in an immediate problematic situation and
to the goals of social science by joint collaboration within a mutually acceptable ethical
framework”.

John Elliott (1991) pula mengatakan bahawa kajian tindakan lebih menekankan kepada masalah
praktikal harian yang dialami oleh guru daripada masalah teoretikal yang didefinisikan oleh
penyelidik dalam disiplin tertentu. Menurut definisi ini, kajian tindakan itu lebih dikhususkan
dijalankan kepada guru untuk mengkaji masalah harian dalam pengajaran dan pembelajaran.

7
Kajian Tindakan dalam Pendidikan, Othman Lebar, 2011. M.s: 35

4
Manakala menurut Mc Niff (1998), kajian tindakan merupakan satu pendedahan untuk
memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru
menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan
tersebut dan bersedia mengubah amalan mereka.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang istilah serta isu-isu dalam kajian tindakan, namun
kebanyakan tokoh-tokoh dan pemikir ini bersetuju bahawa kajian tindakan itu adalah satu inkuiri
yang dilakukan oleh atau bersama ‘orang dalam’ (insiders) di sesebuah organisasi atau komuniti,
tetapi tidak kepada atau ke atas mereka. Ianya merupakan satu proses reflektif yang dijalankan
secara bertujuan dan bersistematik, oleh individu mahupun berkumpulan, yang biasanya
memerlukan satu bentuk bukti untuk menyokong sesuatu kenyataan, dan bermatlamat untuk
mengubah atau meningkatkan amalan.

Secara kesimpulannya, kajian tindakan adalah merupakan satu bidang penyelidikan yang
berbentuk renungan kendiri (self-reflective) yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik secara
kolaboratif di dalam sesuatu situasi sosial yang bertujuan untuk mempertingkatkan pemahaman
mereka terhadap amalan-amalan dan seterusnya mengambil tindakan yang perlu untuk
mengubah dan mempertingkatkannya.

4. Ciri-ciri Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah aktiviti ilmiah yang mengumpulkan pengetahuan baharu daripada sumber
primer atau utama dengan penekanan pada prinsip umum dan ramalan atau generalisasi di luar
sampel yang diselidiki. 8

Disini dijelaskan beberapa ciri-ciri penyelidikan iaitu; Penyelidikan ini perlulah mengunakan
kaedah atau cara yang rapi, teliti dan sistematik. Cara dan pegangan untuk menyelesaikan
permasalahan hendaklah berdasarkan pada pengetahuan yang dilakukan oleh penyelidik yang
terdahulu. Berdasarkan pengetahuan terdahulu itu, penyelidikan baru terkini hendaklahdiataur
dengan seteliti dan serapi mungkin. Data penyelidikan dikumpul secara objektif iaitu tidak
mengumpul data yang hanya menyokong kebenaran hipotesis dan meminggirkan data yang tidak
sesuai dengan tujuan peribadi penyelidik. Pengumpulan data tersebut adalah bertujuan

8
Sulaiman Masri, Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan. M.s:5

5
membuktikan kebenaran atau kebatilan hipotesis secara mutlak. Seboleh-bolehnya data
penyelidikan diorganisasikan dalam ukuran kuantitatif. Prosedurnya jelas serta boleh dinilai
secara empiris. Kesemua kesimpulan dibuat hendaklah berdasarkan sifat data yang diolah dan
semua dapatan dinyatakan dalam tahap ketelitian yang tinggi.

Juga terdapat beberapa ciri kajian tindakan yang membezakannya dengan ciri yang lain dalam
bentuk penyelidikan. Terdapat dua orang tokoh yang menjelaskan ciri-ciri penting dalam proses
kajian tindakan yang mana boleh diringkaskan seperti berikut:

PENJELASAN TOKOH-TOKOH MENGENAI CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN


NO Menurut Elliot (1978) Menurut Creswell (2005)
1 Kajian Tindakan memeriksa masalah yang difikirkan Fokus yang praktikal:
penting untuk diselesaikan oleh pengamal. menumpukan pada masalah
sebenar, latar belakang
pengamal, mengkaji isu dan
menyelesaikannya.
2 Masalah yang dikaji merupakan masalah yang boleh Amalan penyelidik sendiri:
diselesaikan. meneliti dan mengkaji amalan
3 Masalah yang dikaji memerlukan tindak balas yang dan situasi sendiri lalu membuat
praktikal. refleksi atas apa yang berlaku.
4 Matlamatnya adalah untuk meningkatkan pemahaman
penyelidik tentang masalah yang dikaji.
5 Kajian Tindakan menggunakan metodologi kajian kes
dalam menjelaskan apa yang berlaku dan bagaimana
tiap-tiap perkara berkait antara satu sama lain.
6 Kajian kes melaporkan persepsi dan kepercayaan orang
yang dikaji.
7 Menggunakan bahasa seharian yang digunakan oleh
pertisipan kajian.
8 Kajian Tindakan hanya boleh disahkan melalui dialog

6
dengan partisipan dalam keadaan yang tidak tertekan.
9 Perlu ada sebaran maklumat yang mudah dalam
kalangan mereka yang terlibat dalam kajian.

5. Tujuan Kajian Tindakan Di dalam Pendidikan

Sebenarnya tujuan utama kajian tindakan di dalam pendidikan adalah untuk melibatkan guru di
dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya sendiri.

Disini dinyatakan beberapa tujuan kajian tindakan di dalam pendidikan iaitu;

I. Bagi menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian mereka dengan membuat
refleksi bagi mendapatkan idea serta strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan
dan kemajuan di dalam pengajaran mereka.
II. Bagi menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki di dalam
pengajaran mereka dalam bilik darjah lalu membaiki tindakan serta menilai hasil dan
keberkesanan usaha tersebut. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan
dalam bilik darjahnya.
III. Kajian tindakan ini adalah membolehkan guru mentafsir keperluan dan kebolehan pelajar
serta meneliti amalan pedagogi serta pentaksiran mereka dalam melakukan proses-proses
yang sesuai bagi meningkatkan keberkesanannya.
IV. Bagi meningkatkan amalan profesional mereka sebagai seorang guru dan berterusan
belajar bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka sesuai dengan
perkembangan semasa dalam bidang pendidikan dan juga teknologi.
V. Bagi membolehkan guru meneliti dan menilai amalan mereka melalui penilaian kendiri
dan penilaian rakan sekerja.

6. Kepentingan Kajian Tindakan Di dalam Pendidikan

Kajian tindakan ini sekiranya dijalankan dengan baik maka akan memberi manfaat yang besar
serta pelbagai faedah kepada guru dan juga murid. Maka disini jelaslah bahawa kepentingan
kajian tindakan ini boleh dijadikan:

7
I. Sebagai asas dalam membuat keputusan pengajaran yang berasaskan data. Ketika tugas
seharian, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, guru perlulah sentiasa membuat
keputusan tentang sesuatu tindakan yang telah atau sedang dijalankannya. Sama ada
keputusan yang dibuat itu berkesan atau tidak banyak. Ianya bergantung kepada
keupayaan guru menggunakan sumber atau maklumat yang ada sebagai asas dalam
membuat keputusan. Bentuk dan sumber maklumat akan memberi kesan kepada kualiti
keputusan yang dibuat. Oleh kerana itu, untuk mendapatkan maklumat atau data yang
boleh dipercayai dari segi ketepatan dan kerelevannya, maka ianya mestilah diperolehi
melalui satu prosedur serta proses yang sistematik lagi teratur. Kajian tindakan ini dapat
membantu guru dan lain-lain pihak berkepentingan dalam mengenalpasti keperluan serta
dapat menilai tindakan dan perubahan yang dibuat melalui keputusan yang dibuat
berasaskan data.
II. Sebagai asas kepada perkembangan profesionalisme guru. Tidak dapat dinafikan bahawa
pendekatan kajian tindakan telah banyak digunakan oleh sekolah sebagai asas
perkembangan profesionalisme guru. Dalam ertikata yang lebih mudah, sebagaimana
mengikut Lawrence Stenhouse, tiada perkembangan kurikulum tanpa perkembangan
guru. Dengan terlibat dalam proses dan aktiviti kajian tindakan, guru dapat
mempertingkatkan amalan mereka berdasarkan penelitian dan refleksi ke atas amalan
dalam situasi yang sebenar. Jadi ini bersesuaian dengan konsep dan ciri-ciri kajian
tindakan dalam pendidikan professional yang menekankan peningkatan ilmu dan juga
kemahiran dalam bidang tugas serta bertanggungjawab.

7. Kenapa Guru Perlu Membuat Kajian Tindakan?

Kajian tindakan mengembangkan kemampuan dan kemahiran guru sebagai peneroka ilmu
pengetahuan yang professional. Guru yang dianggap sebagai professional ini tidaklah semata-
mata mengamalkan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi, bahkan juga mempraktikkannya
bagi menangani pelbagai masalah yang timbul dalam proses pengajaran dan pelajaran. Guru
yang professional lagi berwibawa ini merupakan guru yang akan sentiasa berusaha mencari jalan
penyelesaian bagi masalah yang dilalui semasa dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajarannya.

8
Dengan itu, guru bolehlah membuat penyelidikan mengenai permasalahan yang timbul supaya
dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan juga dapat memperbaiki kaedah pengajaran dan
pembelajaran serta meningkatkan keberkesanannya juga melalui tindakan yang sepatutnya
dijalankan mengikut rancangan yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, guru perlu membuat
kajian yang berupa kajian tindakan ini adalah kerana guru merupakan sumber utama penyebaran
pengetahuan dan kemahiran pelajar yang mana guru bertindak sebagai pemudah cara kepada
para pelajar dan juga kajian tindakan ini dapat mengubahsuai atau menguji kaedah-kaedah
pengajaran yang dicadangkan pada kajian lepas ke dalam topik pembelajaran yang akan datang.

Selain daripada itu, diantara sebab-sebabnya pula ialah kerana untuk mewujudkan pemahaman
guru tentang teknik dan kaedah pengajaran mereka sesuai dengan matlamat pengajaran melalui
penambahbaikan, untuk mengenalpasti masalah yang wujud serta mencari cara atau kaedah-
kaedah yang bersesuaian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru sama ada tentang
tingkah laku pelajar yang semakin merosot, suasana bilik yang tidak kondusif, alat bantu
mengajar yang tidak menarik dan sebagainya.

Malahan juga dengan adanya guru membuat kajian tindakan ini adalah kerana untuk
mempersiapkan guru dengan cara dan bahan yang kreatif, inovatif berintegrasi untuk pengajaran
dan pembelajaran yang lebih mantap dan berkesan lagi. Bahkan juga ianya kerana untuk
mewujudkan interaksi dua hala di antara guru dengan murid melalui cara pengajaran dan
pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang lebih sesuai mengikut peringkat umur dan
pengalaman murid-murid.

Melalui kajian tindakan tersebut juga dapat memberi kesan terhadap para pelajar sehingga dapat
menarik minat mereka untuk terus mengikuti pembelajaran yang lebih efektif, meningkatkan
motivasi dan dorongan supaya lebih rajin belajar, bergerak maju dan mencapai kejayaan yang
cemerlang berbantukan kepada bimbingan guru dan membentuk pelajar yang berilmu,
berdisiplin dan berwawasan.

Kajian tindakan yang dibuat oleh guru ini juga membolehkan guru menjadi individu yang lebih
peka dan sentiasa berwaspada pada keadaan sekelilingnya sehingga dapat membantu
mengurangkan atau mengatasi masalah disiplin pelajar yang semakin menjadi-jadi di sekolah
tersebut dan untuk menggalakkan guru menjadi seorang yang prihatin dan bertindak dengan

9
efektif terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah serta yang terakhir adalah
untuk menjadi panduan kepada guru-guru baru melalui kajian tindakan yang diwujudkan melalui
pengalaman guru-guru yang berpengalaman.

Oleh itu, guru yang dianggap sebagai penyelidik ini adalah perlu membuat kajian tindakan bagi
mewujudkan perasaan prihatin terhadap perkembangan, pembangunan dan pencapaian pelajar
mereka sendiri yang mana kajian tindakan ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk yang
melibatkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

8. Model-Model Kajian Tindakan

Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur iaitu menyelidik dan bertindak.
Kedua-dua unsur ini kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada model-model
penyelidikan yang menjadi ikutan penyelidik tindakan.

Antara model-model yang digunapakai di dalam kajian tindakan ialah:

1. Model Lewin
2. Model Kemmis & McTaggart
3. Model Somekh
4. Model CRASP Zuber-Skerritt
5. Model McKernan
6. Model Altrichter et.al
7. Model McBride & Schostak
8. Model Johnson

8.1 Model Lewin (1946)

Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatukitaran langkah-langkah (a spiral


of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu:

1. Merancang.
2. Bertindak.
3. Memerhati.

10
4. Mereflek.

Kitaran ini akan berterusan ke kitaran yang seterusnya yang melibatkan merancang semula,
bertindak, memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan
Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1

8.2 Model Kemmis & McTaggart (1988)

Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang
tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh
model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan
memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance)
terhadap sesuatu sitausi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan
dalam Rajah 2.

11
Rajah 2

8.3 Model Somekh (1989)

Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa iaitu:

1. Mengenal pasti masalah atau fokus kajian yang diminati


2. Mengumpul data
3. Menganalisis data dan membina hipotesis
4. Merancang plan tindakan
5. Melaksana plan tindakan
6. Mengumpul data untuk mengesan perubahan
7. Menganalisis dan menilai
8. Mengenal pasti fokus penyelidikan yang baru

Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas dengan lebih
terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada langkah yang lebih
terperinci. Namun, model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk
mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara terperinci. Model ini ditunjukkan dalam Rajah
3.

12
Rajah 3

8.4 Model CRASP Zuber-Skerritt (1991)

Model Zuber-Skerritt menggariskan lima ciri yang menjadi paksi utama kepada kajian tindakan,
iaitu:

1. Critical collaboration enquiry by (kolaborasi atau kerjasama kritikal)


2. Reflective practitioners who are (dilakukan oleh pengamal yang reflektif)
3. Accountable in making the results of their enquiry public (sentiasa bertanggungjawab
menyebarkan dapatan mereka)
4. Self-evaluative in their practice and engage in (menilai diri dalam amalan)
5. Particicative problem solving and continuing professional development (terlibat dalam
menyelesaikan masalah secara bersama demi pembangunan profesional yang berterusan)

Walaupun model ini tidak menunjukkan sebarang kaedah skematik tentang cara pelaksanaan
penyelidikan. Namun, jelas menunjukkan ciri-ciri yang perlu ada dalam proses kajian tindakan.
Kekuatan model ini ialah kebebasan yang diberi kepada penyelidik dalam melaksanakan kajian
tindakan. Suatu penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan sekiranya penyelidikan
melakukan penyelidikan secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama,
bertanggungjawab terhadap data yang dikemukakan kepada orang lain yang mempunyai
kepentingan, melakukan penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan
masalah demi peningkatan profesionalisme secara berterusan. Walau bagaimanapun,

13
memandangkan tiada format khusus diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik,
maka model ini boleh menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan
penyelidikan.

8.5 Model McKernan (1991)

Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekuarang-kurangnya dua lingkaran


penyelidikan, di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat iaitu:

1. Mengenal pasti masalah


2. Meninjau
3. Menentukan fokus penyelidikan
4. Pelaksanaan rancangan
5. Penilaian dan refleksi
6. Membuat keputusan.

Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu diklasifikasikan
sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah melalui sekurang-kurangnya
dua lingkaran penyelidikan. Hal ini bermakna, pendekatan yang dikemukakan oleh McKernan
(1991) sangat menekankan proses membentuk perancangan dan proses penilaian semula
perancangan serta membentuk semula perancangan untuk tujuan penambahbaikan. Walau
bagaimanapun, model ini tidak menyarankan amalan kolaboratif sebagaimana yang disarankan
oleh model CRASP Zuber-Skerritt. Pendekatan McKernan juga tidak menitikberatkan
pendedahan dapatan penyelidikan kepada umum. Model ini ditunjukkan di dalam Rajah 4.

14
Rajah 4

8.6 Model Altrichter et.al (1993)

Menurut Altrichter et.al (1993), setiap projek kajian tindakan mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri. Jadi mereka keberatan untuk menyediakan model yang menunjukkan langkah demi
langkah kerana ini akan membataskan laluan yang pelbagai untuk ditujui. Walau bagaimanapun,
mereka berpendapat bahawa kajian tindakan bermula dengan mencari titik permulaan (A).
kemudian, pungutan data dilakukan dan data dianalisis dan seterusnya ini memberi penjelasan
kepada situasi yang dikaji (B). lalu strategi tindakan dibentuk dan dilaksanakan (C). sesuatu
strategi tindakan yang baru tidak semestinya akan dapat menyelesaikan masalah. Maka langkah
baru bagi mendapatkan penjelasan akan dilakukan (C ke B) yang akan membawa kepada
pembentukan strategi tindakan yang selanjutnya. Hasil kajian perlu dikongsi dengan orang
ramai. Model ni ditunjukkan pada Rajah 5.

15
Rajah 5

8.7 Model McBride & Schostak (1994)

McBride dan Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran yang bermula
dengan mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal bagi tujuan membentuk
hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan
dikumpulkan bagi melihat kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis
dan penilaian yang dilakukan akan menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke
kitaran selanjutnya. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 6.

Rajah 6

16
8.8 Model Johnson (2002)

Johnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah penting dalam proses pelaksanaan
kajian tindakan. Langkah-langkah tersebut ialah:

1. Mengenal pasti masalah


2. Membuat perancangan berhubung data yang akan dipungut dan cara pemungutan
3. Memungut dan menganalisis data
4. Merumus
5. Berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang berkaitan.
Satu kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana penyelidik membincangkan persoalan
penyelidikan dalam kontek teoritikal. Rajah 7 di bawah menggambarkan model ini.

Rajah 7

Kekuatan utama model ini ialah penekaan terhadap aspek tinjauan literature dalam penyelidikan.
Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel kerana perbincangan persoalan
penyelidikan dalam konteks teoritikal boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas
penyelidikan dijalankan. Walau bagaimanapun pelaksanaan model ini mungkin memakan masa
kerana tidak mempunyai langkah-langkah yang lebih berstruktur.

17
9. Model Kemmis & McTaggart (1988)

Dalam perkembangan kajian tindakan, didapati beberapa model atau skema dikemukakan oleh
beberapa pengkaji seperti Stephen Kemmis yang dikatakakan telah mengemukakan model yang
lebih formal, preskriptif dan lari daripada konsep asal kajian tindakan yang dikemukakan oleh
Lewin (McNiff, 2001). Bagi Kemmis, idea beliau tentang kajian tindakan berasaskan konsep asal
Lewin tetapi beliau telah mengembangkannya dengan membuat tambahan. Beliau
mengembangkan modelnya dalam konteks pendidikan dan menggunakan istilah ‘educational
action research’. Dalam buku beliau yang bertajuk “Action Research Planner”, beliau telah
memperincikan penggunaan pendekatan kajian tindakan dalam pendidikan. Rajah 8 dapat
menjelaskan sedikit sebanya tentang model atau skema yang dikemukakan oleh beliau.
Sumbangan Kemmis dalam meningkatkan penggunaan kajian tindakan terutamanya dalam
pendidikan adalah banyak. Pengaruhnya telah memberi kesan secara langsung ke atas polisi
pendidikan di Australia dalam usaha menggalakkan guru menjadi penyelidik reflektif ke atas
amalan mereka sendiri.

Rajah 8

18
Di dalam model Kemmis & McTaggart ini mengandungi 4 langkah iaitu:

1. Merancang
2. Bertindak
3. Memerhati
4. Mereflek

Pada langkah yang pertama iaitu merancang. Penyelidik hendaklah mengetahui permasalahan
yang timbul terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rancangan ke atas permasalahan yang
akan diselesaikan. Setelah penyelidik mengetahui masalah yang dihadapi, penyelidik hendaklah
membuat penelitian terlebih dahulu terhadap masalah yang diperolehi. Setelah membuat
penelitian melalui data-data awal yang telah dikumpul dan diperolehi oleh penyelidik, langkah
seterusnya yang dilakukan oleh penyelidik ialah membuat rancangan terhadap permasalahan
yang telah diteliti melalui data-data yang diperolehi. Penyelidik hendaklah merancang mengenai
strategi, metod dan kaedah atau cara yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu tindakan ke atas
permasalahan tersebut.

Setelah penyelidik menjalankan langkah pertama iaitu merancang. Penyelidik akan beralih
kepada langkah yang ke dua iaitu bertindak. Di dalam langkah ini, penyelidik melaksanakan
sesuatu tindakan bersesuaian dengan rancangan yang telah dibuat melalui senarai semak yang
disediakan oleh penyelidik itu sendiri.

Langkah seterusnya ialah memerhati. Di dalam langkah ini, penyelidik akan membuat
pemerhatian dan penelitian melalui data-data yang diperolehi setelah menjalankan tindakan.
Data-data baru yang diperolehi akan dibuat penelitian yang baru dan membuat perbandingan
dengan penelitian yang pertama sebelum membuat sebarang keputusan.

Langkah yang terakhir ialah mereflek. Di dalam langkah ini, penyelidik akan mengimbas
kembali tentang penyelidikan yang telah dijalankan ke atas permasalahan yang diperolehi. Pada
langkah ini, penyelidikan akan meneliti sama ada metod, strategi dan kaedah atau cara yang
telah dirancang pada langkah pertama dengan melakukan tindakan melalui senarai semak pada
langkah ke dua dan membuat pemerhatian serta penilaian terhadap data-data yang diperolehi
pada langkah ke tiga, penyelidik akan beroleh sama ada keberhasilan atau ketidak berhasilan.
Jika pada langkah ini, penyelidik tidak memperolehi keberhasilan melalui data-data yang diteliti

19
setelah membuat rancangan dan tindakan maka penyelidik akan membuat lingkaran yang ke dua
dan beralih kembali kepada proses langkah yang pertama iaitu merancang kemudian bertindak
dan seterusnya memerhati sehingga mendapat keberhasilan dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi.

Setelah memperoleh keberhasilan, penyelidik tidak boleh berhenti setakat itu saja. Penyelidik
hendaklah berkongsi sama tentang kajian yang telah dijalankan dengan guru-guru yang lain atau
menggunakan kaedah yang sama pada pelajar-pelajar yang lain agar mendapat pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan, efektif dan sentiasa diperbaharui dari masa ke semasa.

10. Masalah-Masalah yang Dihadapi Di Dalam Bilik Darjah

Pelbagai ragam manusia di dunia ini pastinya ada yang ditimpa masalah dan yang ditekankan di
sini ialah masalah yang timbul di sekolah sama ada mengenal masalah disiplin pelajar, masalah
ponteng sekolah, masalah buli, masalah merokok, masalah pembelajaran dan sebagainya. Sesuai
dengan tabiat manusia, masalah yang dihadapi perlu diselesaikan dengan segera. Penyelesaian
masalah menghendaki seseorang membuat keputusan yang melibatkan ketidakpastian dan risiko.
Untuk mengurangkan risiko, guru perlu membuat kajian atau penyelidikan mengenai masalah
tersebut kemudian mencadangkan jalan penyelesaiannya yang berdasarkan modal-modal kajian
tindakan tersebut.

Di antara masalah-masalah yang dihadapi oleh guru di dalam bilik darjah ialah seperti berikut:

i. Kurang memberi ketegasan dalam pengawalan bilik darjah


ii. Alat bantu mengajar yang kurang menarik dan membosankan
iii. Bilik darjah yang tidak kondusif dan tidak bersih
iv. Pelajar yang sikap membuli kawan
v. Pelajar berangan-angan dan hilang fokus mengikuti pembelajaran
vi. Pelajar didapati tidur semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
vii. Pengajaran dan pembelajaran yang hanya berjalan secara satu hala komunikasi dan tiada
respon

20
Salah satu masalah atau isu besar yang ditekan di sini semasa menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik ialah tentang kurang memberi ketegasan dalam pengawalan
bilik darjah sehingga menimbulkan tingkah laku pelajar yang tidak bermoral dan semakin
menjadi-jadi.

10.1 Isu guru kurang memberikan ketegasan dalam pengawalan bilik darjah

Pengawalan bilik darjah merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh
seseorang guru sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik darjah tersebut. Guru pastinya
tidak dapat lari daripada menyentuh perihal berkaitan dengan soal disiplin pelajar. Oleh itu, jika
guru gagal atau kurang dalam pengawalan bilik darjah, maka suasana akan menjadi tidak
terkawal dan bising. Di sini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

10.1.1 Kesan terhadap guru

Jika guru kurang atau gagal dalam memberikan ketegasan dalam mengawal bilik darjah, maka
guru itu sendiri akan merasa tidak bersemangat kerana pelajar tidak memberikan respon, guru
merasa dirinya tidak layak dan banyak kelemahan yang perlu diubah, terasa dirinya tidak
dihormati oleh pelajar dan pelbagai perasaan timbul sehinggakan tidak mahu terlibat dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran lagi. Guru seperti ini memerlukan bantuan daripada guru
yang berpengalaman supaya dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajarannya di masa
akan datang.

10.1.2 Kesan terhadap pelajar

Jika guru tidak memberikan ketegasan semasa mengawal bilik darjah, maka pelajar dengan
sendirinya merasa guru itu tidak akan marah jika mereka membuat bising, pelajar tidak takut
kepada guru tersebut, pelajar akan mendampingi guru tersebut sebagai kawan sehingga
membolehkan mereka hilang hormat terhadap beliau, pelajar merasa bebas melakukan apa sahaja
yang mereka mahu seperti bercerita dengan riang semasa pengajaran dan pembelajaran guru,
hilang minat untuk belajar sehingga menimbulkan persoalan-persoalan yang keluar daripada
topik pembelajaran, tidak mengendahkan dan mempedulikan segala percakapan dan nasihat guru

21
malahan boleh mengakibatkan pelajar melawan cakap guru dan membuli rakan disekelilingnya
semasa guru wujud ataupun tidak ketika berada di dalam bilik darjah.

Pelajar akan sering mengemukakan alasan-alasan yang tidak bermunasabah kepada guru jika
mereka berkeinginan untuk keluar kelas atau dengan kata lain ponteng kelas, tidak menghantar
segala tugasan yang telah diberikan oleh guru, tidak membuat kerja sekolah mahupun kerja
rumah, akhir masuk kelas dan sesuka hati untuk tidak memasuki kelas, para pelajar akan
sewenang-wenangnya makan dan minum di dalam bilik darjah dan lain-lain lagi.

Jika semua ini dibiarkan dan tidak ada tindakan yang dilakukan, kemerosoton disiplin pelajar
akan semakin berleluasa mahupun di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

10.1.3 Kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran

Manakala kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran pula, jika guru kurang atau gagal
memberikan ketegasan dalam mengawal bilik darjah akan menyebabkan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran kurang berkualiti, tiada bermutu tinggi dan pastinya prestasi guru dan pelajar
berada ditahap yang sangat rendah sehingga boleh membawa kepada kegagalan kepada dua
pihak tersebut. Pengajaran dan pembelajaran boleh terganggu dan hilang tumpuan hanya kerana
disebabkan oleh pelajar yang tidak memberikan perhatian dan guru yang kurang memberikan
penekanan terhadap pengawalan bilik darjah yang ketat.

Daripada kesemua masalah-masalah guru yang timbul semasa kurang memberikan ketegasan
dalam mengawal bilik darjah ini, ada baiknya guru tersebut membuat kajian atau penyelidikan
bagi mengatasi masalah tersebut dengan mencari jalan penyelesaiannya supaya proses
pengajaran dan pembelajaran akan bertambah baik dan boleh meningkatkan prestasi kedua pihak
yang terlibat tersebut. Setiap permasalahan pasti akan menemukan jalan penyelesaiannya yang
mana penyelesaian bagi masalah ini adalah berdasarkan modal yang telah dipilih iaitu model
Kemmis & McTaggart (1988).

22
10.2 Jalan Penyelesaian Masalah Berdasarkan Model Kemmis & McTaggart (1988)

Di dalam model Kemmis & McTaggart (1988) ini, mempunyai 4 langkah dalam membuat
penyelidikan secara tindakan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Guru yang
kurang memberikan ketegasan dalam mengawal bilik darjah ini memerlukan penyelidikan bagi
menangani masalah yang telah timbul dengan menggunakan model ini.

Pertama sekali, guru yang dianggap sebagai penyelidik adalah dikehendaki untuk mengenalpasti
masalah yang timbul terlebih dahulu sebelum membuat perancangan tindakan ke atas masalah
tersebut. Masalah yang timbul ini adalah datangnya dari guru itu sendiri iaitu kurangnya
memberikan arahan yang tegas dalam pengawalan bilik darjah sehingga menyebabkan pelajar
menimbulkan beberapa tingkah laku yang kurang sopan, tidak menghormati guru dan
sebagainya. Jadi, permasalahan ini telah dikenalpasti dengan membuat penelitian yang
mendalam terhadapnya, kemudian barulah boleh mengemukakan rancangan tindakan yang sesuai
dengan masalahn tersebut seperti dalam mengubahsuai teknik dan kaedah pengajaran,
meningkatkan kemahiran berkomunikasi, mempelbagaikan soalan berdasarkan aras pengetahuan
mereka dan sebagainya.

Kemudian yang kedua pula, melaksanakan tindakan setelah membuat rancangan yang sudah
ditetapkan. Di dalam tindakan ini, guru melaksanakan tindakannya seperti mengubahsuai dan
menambaikkan teknik dan kaedah pengajaran, berinteraksi dengan pelajar secara individu,
berkumpulan dan menyeluruh di dalam bilik darjah dengan suara yang nyaring dan pelbagai
perbuatan atau cara yang menarik perhatian, mempelbagaikan alat bantu mengajar yang menarik,
mengemukakan bermacam-macam soalan sehingga dapat mengembangkan minda pelajar dan
meluah idea-idea yang bernas lagi bermanfaat. Tindakan yang dibuat ini boleh secara individu,
berkumpulan dan beramai-ramai supaya semua pelajar aktif dan menumpukan perhatian yang
mana tindakan ini telah disenarai di dalam senarai semak yang telah disediakan oleh guru
tersebut.

Langkah yang ketiga pula ialah proses memerhati yang mana ianya dibuat semasa menjalankan
tindakan tersebut. Sambil melaksanakan tindakan, guru perlu membuat pemerhatian dan
penelitian terhadap suasana kawalan bilik darjah sama ada menampakkan perubahan yang positif
atau masih lagi wujud masalah yang telah disebutkan tadi.

23
Manakala yang terakhir pula ialah mereflek. Guru akan mengimbas kembali tentang keadaan
yang telah dikaji tadi sama ada mengeluarkan keberhasilan melalui rancangan yang telah dibuat
atau tidak. Selepas itu, guru pun mengulang kembali proses atau langkah dari yang pertama iaitu
merancangan kemudian bertindak dan seterusnya memerhatikan dan mereflek dengan
mendapatikan keberhasilannya juga.

11. Rumusan

Oleh itu untuk meningkatkan peranan guru, maka guru hendaklah lebih kreatif dan afektif dalam
menyampaikan pengetahuan kepada para pelajar. Dengan sebab itu, guru hendaklah memikirkan
pelbagai pendekatan baru bagi menyesuaikan amalan mereka dengan kehendak pelajar pada
zaman globalisasi kini. Maka, satu platform yang paling mudah adalah dengan penggunaan
kaedah kajian tindakan bagi membolehkan guru menuju ke arah penambahbaikan.

Jelaslah bahawa pengawalan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan
pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang
maksimum dengan persediaan yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan lancar.

24

Anda mungkin juga menyukai