Anda di halaman 1dari 1

Resipi Apam Balik Homemade Yang Senang & Lembut.

Jimat, Sedap Dan


Boleh Makan Puas-Puas.

Oleh: EDITORIAL RASA


Tarikh: 12 Julai 2017

BAHAN-BAHAN:
 2 cawan tepung gandum
 1 1/2 cawan air
 1/3 cawan gula
 2 biji telur
 1 sudu teh baking powder
 1 sudu teh yis mauripan
 2 sudu besar minyak masak
 Secubit garam
 Sedikit pewarna kuning telur

BAHAN TABUR:
 Kacang tanah yg telah di kisar ( ikut suka)
 Gula ( ikut suka)
 1 tin jagung ala cream.
 Mentega (ikut suka)

CARA MEMASAK:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang.

2. Masukan baking powder,yis, minyak masak dan garam. Kisar lagi.

3. Masukkan air, tepung dan pewarna. Kisar lagi.

4. Perap adunan selama 1-2 jam.

5. Dengan menggunakan kuali non stick, masukkan bancuhan tepung. Kemudian


masukkan bahan tabur mengikut citarasa.

6. Setelah masak, lipat dan angkat. Sedia untuk dinikmati.

Anda mungkin juga menyukai