Anda di halaman 1dari 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR AINA FATINI BINTI JOHARI


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PELAJAR
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PELAJAR
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKENAAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


Kerna Syurga Bukan Percuma
1. Tajuk Buku:
Najmi Fetih
2. Pengarang:
2016
3. Tahun
diterbitkan:
Sentap Press Sdn. Bhd.
4. Diterbitkan oleh:
Berjayakah Khairul Rafeeq menempuhi segala dugaan dan halangan
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: untuk istiqamah dalam jalan hijrahnya? Inilah yang cuba diceritakan oleh
penulis dalam karyanya Kerna Syurga Bukan Percuma (KSBP). Hijrah
menurut definisi Kamus Dewan ialah perpindahan Nabi Muhammad SAW
dari Mekah ke Madinah. Hijrah turut membawa maksud meninggalkan
perkara yang buruk dengan menuju kepada kebaikan. Penulis cuba
menceritakan kisah penghijrahan seorang remaja yang selama ini
merupakan pelajar yang sering membuat masalah di sekolah. Pada suatu
hari, dia bertemu dengan seorang lelaki di surau. Lelaki ini digelar Abang
Surau. Pada awalnya, Abang Surau merupakan penyebab utama Khairul
Rafeeq cuba untuk berubah. Sikap dan keprihatinan Abang Surau
terhadapnya telah membuka matanya untuk berhijrah ke arah yang lebih
baik. Ukhwah yang terbina atas dasar sahabat dan hijrah menjadi semakin
kukuh dengan cara pendekatan yang digunakan oleh Abang Surau.
Abang Surau merupakan manusia yang banyak mengajar Khairul Rafeeq
tentang agama dan juga nilai dan darjat seorang sahabat. Menerusi
perjalanan hijrah ini, Khai diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Dia
dimusuhi oleh seorang pelajar bernama Nazmi serta rakan-rakan baiknya
sendiri. Nazmi dianggap baik kerana perwatakannya yang sering berjubah
malah dia sendiri merupakan ketua surau di sekolah mereka. Namun
hakikatnya, dia merupakan orang yang paling memusuhi Khairul Rafeeq
hanya kerana seorang perempuan. Akhirnya dendam kesumat memakan
diri Nazmi sendiri. Tambahan, kerana Nazmi juga Khairul Rafeeq telah
kehilangan Abang Surau yang sangat dicintainya. Perjalanan hijrah yang
beronak duri ini menguji Khairul Rafeeq untuk tetap teguh di jalan-Nya.

6. Manfaat/  Kehidupan di dunia tidak sama dengan kehidupan akhirat, oleh itu
pengajaran yang sepanjang kehidupan kita perlu sentiasa berusaha untuk
diperoleh
mendapatkan ganjaran syurga.
daripada buku
yang dibaca:

7. Tandatangan: Fatini.

Anda mungkin juga menyukai