Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Kursus Inovasi

Sepanjang kursus inovasi digital ini, saya telah memperolehi banyak ilmu
pengetahuan dan kemahiran menggunakan alatan digital dalam kehidupan seharian
saya. Saya telah mempelajari Model Triologikal yang dapat membantu saya
melaksanakan tugasan kursus untuk subjek ini. Model Triologikal telah dijadikan
panduan kepada saya untuk merancangkan langkah-langkah persediaan,
pelaksanaan dan penilaian kerja kursus saya. Seterusnya, saya juga amat bersyukur
kerana melalui kursus ini, saya lebih menguasai bagaiamana untuk memanfaatkan
aplikasi Microsoft Powerpoint dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya.

Saya juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi saya terutamanya


bersama rakan sekelas dan juga pensyarah kursus ini. Saya juga bersyukur kerana
melalui kursus ini saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan
inovasi dan pada masa yang sama telah membantu saya berfikir secara kreatif dan
inovatif. Akhir sekali, saya berharap saya dapat mengaplikasikan kesemua ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di bilik darjah pada masa yang akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai