Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN PENDIDIKAN SENI


TUGASAN III: PENULISAN ESEI
(TUGASAN INDIVIDU)
SEMESTER: SEM 2 PPISMP TAHUN: 2020

KOD KURSUS PSV1064

KURSUS PENGENALAN SENI DIGITAL DAN 3 DIMENSI

Nama Pelajar TUAN NURSYAFERA BALQISH BINTI TUAN ZAINUDDIN

Angka Giliran 2019172310317

No Kad 010908141268
Pengenalan
Kumpulan/ Unit PENDIDIKAN SENI / J 2.5

Nama Pensyarah PUAN AZLINA BINTI ABDUL RANI

Tarikh Hantar MAC 2020

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda Tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGHARGAAN 1

2.0 PENGENALAN 2

3.0 PROSES APRESIASI KARYA (BUJANG BERANI) 3-4

3.1 MENGGAMBARKAN

3.2 MENGANALISA 3

3.3 TAFSIRAN

3.4 PENILAIAN 4

4.0 RUMUSAN 5

5.0 RUJUKAN 6
1.0 PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya Tuan Nursyafera Balqish Binti Tuan Zainuddin,


pelajar PPISMP Sem 2 kos Pendidikan Seni Visual kelas J2.5 ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Azlina Binti
Abdul Rani, pensyarah kursus PSV1064 yang banyak memberi tunjuk ajar,
sokongan dan galakan sepanjang saya menjalankan kerja kursus ini.

Di samping itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu
bapa saya yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan dorongan dari jauh
bak kata pepatah jauh di mata dekat di hati. Berkat sokongan mereka terutamnya
dari segi kewangan membolehkan saya menyelesaikan tugasan ini dengan
jayanya.

Selain itu, sekalung penghargaan juga ditujukan buat teman-teman


seperjuangan saya yang sedikit sebanyak memberikan tunjuk ajar jika ada
sebarang keraguan. Terima kasih sekali lagi buat mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung. Semoga Allah S.W.T membalas budi baik mereka.

Akhir kata, terima kasih buat semua yang terlibat dalam memberikan
dorongan kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini dengan penuh dedikasi.
Terima Kasih.
2.0 PENGENALAN

Karya arca 3 dimensi tersebut merupakan karya kepada anak watan


Sabah iaitu Bayu Otomo Radjikin. Karya ini diberi tajuk "Bujang Berani" yang
dihasilkan pada tahun 1991. Pengkarya telah menghasilkan arca ini dengan saiz
berukuran 100x100x55cm. Kategori arca bersifat realistik atau abstrak. Arca
realistik menampilkan objek yang sebenar yang difahami kewujudannya seperti
patung manusia. Arca terbahagi kepada dua jenis iaitu arca estetik dan arca
berfungsi. Bagi arca oleh Bayu Otomo Radjikin adalah daripada arca jenis estetik
di mana arca ini yang dijadikan bahan peragaan atau tatapan sahaja. Ia
dipamerkan di ruangan galeri atau ruang dalam bangunan sebagai penghias.
Proses apresiasi karya "Buang Berani" adalah seperti berikut.
3.0 PROSES APRESIASI KARYA 3DIMENSI "BUJANG BERANI"

3.1 MENGGAMBARKAN

Disingkap dalam aspek menggambarkan atau diskripsi arca, ia dihasilkan


daripada media besi campuran dan 'plaster of paris' yang berukuran
100x100x55cm. Penggunaan media plaster mampu menghasilkan bentuk figuratif
manusia dengan sangat baik kerana media ini mudah dibentuk dan diukir.
Penggunaan media besi pada bahagian badan juga mampu untuk menghasilkan
bentuk badan dan menampakkan kekemasan justeru mewujudkan satu ekspresi
yang tepat pada karya. Bentuk arca ini dihasilkan dalam bentuk figura seorang
pahlawan yang gagah berani yang berjantina lelaki. Hal ini adalah berdasarkan
baju dan perhiasan pada figura tersebut,. Bahagian kepala dihiasi dengan
pembalut pada dahi dengan rambut panjang terurai seperti pergerakan sedang
berlaku. Dari aspek formalistik, didapati bentuk atau susunan besi pada bahagian
kepala telah memberi kesan pergerakan yang dinamik. Warna kusam kehitaman
pada baju dan putih perang pada bahagian muka diaplikasikan sacara majoriti.
Bahkan, garisan-garisan yang terhasil pada tekstur baju kelihatan berselerak dan
menampakkan usang. Rentetan itu, jika diperhatikan dengan mata kasar, mimik
muka figura memperlihatkan kening yang berkerut dan bukaan mulut yang luas
seperti mengalami kesakitan. Jika ditafsirkan lagi, mimik muka itu juga kelihatan
seperti ia sedang menjerit meluahkan segala yang terpendam di hati.

3.2 MENGANALISA

Jika ditelusuri dari aspek menganalisa karya pula, terang lagi bersuluh
karya "Bujang Berani" dihasilkan dengan sangat teliti sehingga berjaya
menimbulkan struktur pada wajah seperti mata, hidung dan mulut. Garapan
pengkarya ini banyak menggunakan unsur-unsur seni seperti jalinan dan garisan..
Selain itu, pada bahagian tengah arca iaitu pada pakaian arca, ia juga
menggunakan unsur rupa organik mahupun geometri yang diolah dan digabungkan
untuk menghasilkan bentuk-bentuk yang dikehendaki. Di samping itu, jelas terbukti
mimik muka figura tersebut merupakan nilai utama karya sekaligus merupakan
prinsip penegasan karya. Pengkarya telah menggunakan warna yang minimum
dan ia dapat dibuktikan di sebahagian kecil karya tersebut. Warna yang dipilih
hanya hitam dan putih keperangan yang merupakan warna kontra. Bukan itu
sahaja, gabungan bukaan mulut pada arca tersebut juga mempamerkan prinsip
kesatuan. Gabungan kesatuan mimik muka dengan bukaan mulut yang luas
memperlihatkan mesej yang sangat jelas jika diamati secara mendalam.
3.3 TAFSIRAN

Disingkap melalui sudut tafsiran karya pula, karya tersebut amat menarik
perhatian audien dari struktur wajah figura yang dihasilkan dengan penuh teliti.
Arca ini seperti ingin menyampaikan tentang luahan rasa yang dilalui oleh
golongan pahlawan yang hendak suara-suara mereka didengari oleh masyarakat.
Ekoran daripada itu, mesej yang hendak disampaikan ini jelas dilihat pada raut
wajah yang terdapat pada arca ini. Mimik muka figura tersebut dilengkapi dengan
kerutan kening dan bukaan mulut yang luas seolah-olah sedang menjerit dengan
sepenuh hati. Arca "Bujang Berani" ini kelihatan seperti seorang pahlawan yang
sedang mengalami kesakitan dari segi emosi. Bukan itu sahaja, gabungan
rambutnya yang panjang dan terurai itu juga memperlihatkannya seperti
menghadapi tekanan. Ditambah pula dengan pengaplikasian warna minimum dan
kontra iaitu hitam dan putih menampakkan lagi kesakitan yang dialami oleh figura
tersebut.

3.4 PENILAIAN

Setelah dikaji dan dinilai, karya ini berkisarkan cerita benar yang digubah
oleh Bayu Otomo Radjikin dalam bentuk arca iaitu mengenai pahlawan. Mereka
terpaksa berperang dan berjuang serta membawa pulang kepala musuh sebagai
tanda bukti kekuasaan. Karya beliau yang berjudul "Bujang Berani" ini berkisarkan
suatu tradisi iaitu tradisi suku Dayak Iban yang disebut sebagai Ngayau. Justeru,
Ngayau bermakna turun berperang dalam rangka mempertahankan status
kekuasaan. Sebagai tamsilannya, memperluas daerah kekuasaan yang dibuktikan
dengan jumlah kepala musuh. Semakin banyak kepala musuh yang diperoleh,
semakin berkuasa orang yang bersangkutan. Oleh hal yang demikian, pahlawan
perang ini disebut sebagai "Bujang Berani". Walaupun begitu, para pahlawan
berasa sakit dengan beban yang dipikul. Karya ini mengetengahkan mesej
pahlawan melalui riak dan mimik wajah pahlawan tersebut itu sendiri. Konklusinya,
arca Bujang Berani ini merupakan arca estetik yang dijadikan bahan peragaan atau
tatapan sahaja. Walaupun begitu, arca ini memiliki nilai intelektual yang
memerlukan daya pemikiran yang kritis untuk memahami maksud karya.
4.0 RUMUSAN

Karya arca yang telah dihasilkan oleh Bayu Utomo Radjikin iaitu seorang
artis yang berasal dari Sabah berjaya menarik minat audien. Arca ini diberikan
tajuk “Bujang Berani” yang telah dihasilkan pada tahun 1991 namun karya ini
masih ditatap dan dicontohi oleh para seniman zaman kini kerana ia tidak lapuk
dek zaman. Arca sebegini mempunyai nilai intelektual yang memerlukan daya
pemikiran yang kritis untuk memahami maksud estetiknya. Dengan kemahiran
penghasilan arca di tanah air kita ini, semoga negara kita akan terus maju dan
dapat bergerak seiring dengan negara yang lain dalam bidang seni arca.
5.0 RUJUKAN

Akbar Saman, (2009). Pendekatan Media Campuran dalam Arca Kontemporari.

Sarawak: UNIMAS.

Arnold Junil, (2014). Seni Arca. Dimuat turun daripada

https://www.scribd.com/document/346603963/bujang-berani

Balai Seni Lukis Negara. (1996). Persoalan tradisi & kemodenan: pameran seni

arca kontemporari Malaysia, 8 April 1996-8 Mei 1996. Kuala Lumpur.

Chang, H.W. (2008). Teori Seni Visual. Ampang, Selangor: Dawarna Sdn.Bhd.

Hamid Johari. (n.d.). Arca. Dimuat turun daripada

https://senivisual1.blogspot.com/2009/11/arca.htmlHaunter

Sam & Jacobus. (1985). Modern Art. New York: Harry N.Abrams

Mohd Akhbar Saman. (2009). Pendekatan Media Campuran dalam Arca Kontemporari.

Dimuat turun daripada https://ir.unimas.my/id/eprint/20597/1/Pendekatan

Anda mungkin juga menyukai