Komunikasi Antara Budaya
Komunikasi Antara Budaya
Komunikasi ialah pemberian makna kepada perilaku iaitu apa yang diperhatikan. Budaya
akan membentuk perilaku seseorang yang akhirnya “terbawa” ke dalam proses komunikasi.
Komunikasi adalah dinamik iaitu terus berlangsung dan selalu berubah-ubah. Komunikasi
adalah interaktif antara sumber dengan penerima. Dalam proses komunikasi, sumber dan
penerima membawa latar belakang dan pengalaman masing-masing. Salah satu pihak akan
cuba mempengaruhi pihak yang lain. Komunikasi tidak dapat ditarik balik. Contohnya,
penerima telah terima pengaruh dari mesej yang dihantar oleh sumber dan dipengaruhi
olehnya. Maka, pengaruh tersebut adalah tidak dapat ditarik balik. Komunikasi berlaku dalam
konteks fizikal dan sosial. Konteks fizikal terdiri daripada keselesaan dan kenyamanan
tempat komunikasi berlaku. Konteks sosial ialah hubungan sosial antara sumber dengan
penerima sama ada kawan dan musuh, guru dan murid, doktor dan pesakit dan sebagainya.
Komunikasi silang budaya berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa,
ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial. Komunikasi silang budaya ialah
komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti
konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain. Orang yang meghasilkan mesej dan
orang yang mentafsirkan mesej terdiri daripada individu yang berlainan budaya. Identiti
Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan padangan terhadap dunia, kepercayaan dan
tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan. Padangan terhadap dunia ialah
kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah sukar diubah.
Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah.
Sistem kod terdiri daripada verbal dan bukan verbal. Contohnya, elemen, struktur, proses
psikologikal dan sosiologikal akan mempengaruhi tafsiran terhadap sesuatu kod. Apabila kita
berinteraksi dengan orang lain, kita akan bentuk tanggapan diri kita terhadap orang tersebut
Menurut Sarbaugh apabila kita bercakap ia didefinisikan sebagai komunikasi silang budaya.
Komunikasi silang budaya ialah komunikasi antara dua atau lebih individu yang mempunyai
latar belakang, identiti yang berbeza dan mereka memaparkan identiti sendiri dalam proses
komunikasi. Semua komunikasi ada unsur silang budaya hanya sama ada ia pada tahap yang
tinggi, sederhana atau rendah. Komunikasi sangat berbudaya ialah komunikasi di mana tahap
perbezaan budaya adalah sangat tinggi. Komunikasi kurang berbudaya ialah tahap perbezaan
Contoh komunikasi silang budaya ialah interaksi pelajar Arfika dengan pelajar Melayu dari
UPM sebagai antara bangsa, interpersonal dalam konteks pendidikan. CEO berbangsa
German berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek
pejabat imigrasi Malaysia. Seorang pakar penasihat kepada MSC bermesyurat dengan ahli
lembaga pengarah MSC. Lembaga mesyurat terdiri dari oang Malaysia, Orang Jepun, Orang
peranan, hubungan yang diperolehi oleh sekelompok besar orang dari generasi ke generasi
melalui usaha individu dan kelompok. Budaya terdiri daripada budaya objektif dan subjektif.
Budaya obejektif ialah budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti. Contohnya,
pakaian, rupa, bahasa, adat reasam, makanan dan bentuk rumah. Budaya subjektif ialah
budaya dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti.
Contohnya, keprcayaan dan nilai amalan. Budaya adalah kompleks dari segi pengetahuan,
Fokus komunikasi ialah peranan dan pengaruh budaya ke atas komunikasi iaitu budaya
menpengaruhi cara kita berkomunikasi. Budaya sama ada ialah perilaku atau sesuatu yang
muncul semula jadi, dijaga dan diubahsuai. Respon terhadap budaya terdiri cara
berkomunikasi, keadaaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa serta perilaku bukan verbal.
Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat. Budaya akan mempengaruhi cara
kita berkomunikasi. Komunikasi terikat rapat dengan budaya. Budaya berbeza maka tingkah
laku dalam komunikasi juga akan berbeza. Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi,
bahasa dan gaya bahasa yang digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang
dipegang. Nilai yang dipegang akan membentuk tingkah laku yang akhirnya akan “terbawa”
ke dalam proses komunikasi. Perilaku dalam komunikasi dibentuk berdasarkan budaya yang
Budaya bersifat kompleks, abstrak dan luas yang akan menentukan perilaku seseorang. Setiap
mengamalkan budaya yang berbeza dengan orang lain walaupun perbezaan itu hanya sedikit.
Komunikasi berkonteks tinggi bagi mereka yang berbudaya konteks tinggi. Maka, gaya
komunikasi yang diamalkan adalah tidak langsung dan terdapat maklumat tersirat atau lebih
daripada satu maksud pada satu mesej. Tumpuan komunikasi berkonteks tinggi adalah
kandungan tersirat yang ingin disampaikan. Contohnya intonasi, isyarat badan dan
persekitaran. Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun,
Malaysia dan Indonesia. Komunikasi berkonteks rendah diamalkan oleh masyarakat yang
berbudaya konteks rendah. Ia fokus kepada apa yang dinyatakan secara lisan. Komunikasi
adalah jelas, tepat dan terus terang. Mereka memaksudkan apa yang dikatkan dan
menyatakan apa yang mereka maksudkan. Sekiranya tidak setuju dengan sesuatu, mereka
akan menyatakan TIDAK. Contoh negara yang mengamalkan komunikasi konteks tinggi
Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang timbal balik. Budaya terdiri daripada
culture”. Ini menunjukkan bahawa komunikasi adalah dua hala. Apabila budaya seseorang
berbeza maka, sistem nilai yang dipegang akan turut berbeza. Cara komunikasi kita adalah
bergantung kepada budaya kita iaitu bahasa yang digunakan, aturan serta norma.
Contohnya, orang Amerika biasanya bertegur dengan orang yang tidak dikenali. Manakala,
orang Malaysia hanya bertegur dengan orang yang dikenali sahaja. Perbezaan cara teguran
Komunikasi berbudi bahasa diamalkan dalam kalangan orang Asia. Orang Asia menjaga
harmoni. Orang Melayu berbudi dan berbahasa adalah sangat penting. Ini ditujukkan
menerusi kesan kepada cara komunikasi. Contohnya nilai bekerjasama umpamanya berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing. Nilai menjaga harmoni umpamanya bersatu kita teguh,
Budaya juga ditunjukkan menerusi komunikasi verbal dan bukan verbal. Contoh komunikasi
verbal ialah penggunaan bahasa yang sesuai dengan status dan pertalian antara sumber dan
penerima. Penggunan panggilan hormat seperti encik, pakcik, mak long dan sebagainya.
Orang Asia lebih menjada kedudukan hieraki, air muka orang lain dan teguran. Cakap kasar
dan menyampuk adalah dilarang. Contoh komunikasi bukan verbal seperti penggunaan warna
berlakunya salah faham. Salah faham akan menyebabkan proses komunikasi tidak dapat
dijalankan dengan lancar. Contohnya, seorang pelajar Korea sedang sibuk dengan belajar
kerana aka nada peperiksaan pada esok. Kebetulannya ketika dia sedang belajar, rakanya
seorang Melayu Malaysia datang. Dia memberitahu orang Melayu Malaysia bahawanya
sibuk lalu tutup pintu. Dalam budaya Korea, komunikasi yang diamalkan lebih terus terang
menyambut tetamu juga. Gaya komunikasi yang diamalkan adalah tidak terus terang. Ini akan
menyebabkan salah faham orang Melayu Malaysia terhadap orang Korea dan menganggap
Etnosentrik ialah memandang budaya sendiri sebagai pusat bagi sesuatu perkara lain yang
dinilai berdasarkan rujukkan kelompok sendiri. Etnosentrik dalam diri seseroang akan
menyebabkan kesukaran kita dalam proses memahami komunikasi orang lain sebab bahasa
Tiada kompetnsi budaya akan meningkatkan halangan komunikasi silang budaya. Contohnya
pengetahuan budaya sendiri dan orang lain, sensitiviti budaya, nilai budaya, dalam kumpulan
dan luar kumpulan, ketidakpastian, prejudis dan stereotaip. Pengetahuan budaya akan
Kita selalunya menggangap budaya kita sama dengan orang lain. Kita akan menggunakan
budaya sendiri sebagai standard untuk mengukur budaya orang lain. Apabila berlakunya
ketidak sehaluan dalam proses komunikasi adalah disebabkan perbezaan budaya. “Mindset”
yang terdapat pada seseorang akan membawa cabaran pertembungan kepada sikap,
berdasarkan satu budaya. Maklmat yang digunakan untuk menilai seseorang adalah terbatas
kerana hanya merujuk kepada budaya sendiri. Contohnya, orang Yunani distereotaip sebagai
Atribusi ialah memberi makna kepada sesuatu perbuatan sama ada perbuatan sendiri atau
orang lain. Semua komunikasi melibatkan proses atribusi sama ada ia sengaja atau tidak
sengaja. Contohnya Lamal tegas dengan pendirian ingin berjumpa dengan pengurus. Dalam
pandangan setiausaha dia seorang agresif dan biadap tetapi dalam pandangan Lamal ini
Bias dalam komunikasi terdiri daripada dalam kumpulan dan luar kumpulan. Dalam
kumpulan ialah mementingkan persamaan dengan orang lain. Manakala, luar kumpulan ialah
mementingkan perbezaan dengan orang lain. Luar kumpulan akan menambahkan jarak
perbezaan budaya dengan orang lain dan mempengaruhi cara kita memproses maklumat.
Luar kumpulan menganggap komunikator yang lain sebagai orang asing iaitu tidak boleh
dipercayai, tidak mudah jadi kawan, banyak perkara mengenainya tidak diketahui dan tidak
mereka merisau hasil komunikasi. Mereka gagal memberi perhatian kepada cara komunikasi
Contoh perbezaan budaya. Dalam temu janji orang Amerika menjaga masa dan akan
mengelakkan sebarang gangguan yang akan menjejaskan jadual waktu mereka. Orang Afrika
pula ialah jenis yang tidak mementingkan masa dan tidak perlu membuat temu janji sekiranya
ingin berjumpa dengan seseorang. Mereka rela dan biasa dengan ada gangguan dan perkara
yang tidak dapat dijangkakan. Di sini jelas menunjukkan pertembungan gaya pengurusan
Perbezaan gaya komunikasi disebabkan oleh perbezaan gaya pendedahan diri. Contohnyam
tingkah laku, kegemara, kerja dan belajar, wang serta personaliti. Contoh perbezaan gaya
pendedahan diri antara individualistik dan kolektivistik. Maklumat yang boleh dikongsi
antara dua masyarakat adalah berbeza. Masyarakat kolektivistik boleh berkongsi segala
dengan kerja. Maklumat mengenainya yang boleh dikongsi dengan orang lain adalah terhad.
Apbila orang individualistik bertemu dengan orang yang mengamalkan daya kolektivistik
akan berlaku pertembungan sekiranya mereka tidak mengenai budaya antara satu sama lain.
Halangan komunikasi dapat diatasi dengan memahami budaya orang lain sebelum
berinteraksi dengannya. Budaya terdiri daripada bahasa dan perilaku budaya orang lain. Kita
perlu memahami konsep budaya dan faktor yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan
komunikasi. Dengan adanya fahaman mengenai sosial budaya seseorang akan membolehkan
kita berkomunikasi dengan lebih lancar. Sosial budaya terdiri daripada persepsi, proses verbal
Strategi mengatasi cabaran komunikasi silang budaya terdiri daripada strategi kognitif, afektif
dan tingkah laku. Strategi kognitif ialah meningkatkan kefahaman budaya orang lain seperti
melalui internet atau menanya orang berpengalaman. Kita perlu mengenal pasti perbezaan
dan halangan komunikasi yang mungkin berlaku dalam interaksi sperti pola komunikasi, adat
reasam, nilai dan sikap. Pembelajaran bahasa tempatan akan memudahkan proses
komunikasi. Strategi afektif ialah berfikiran terbuka, sabar, memandang perbezaan secara
positif dan unik serta menyenangkan hati. Kita perlu bersifat adaptif dan flesible dengan
keadaan yang sentiasa berubah. Kita perlu sedia berkompromi, mempunyai sikap diplomasi
dan sensitive kepada situasi. Strategi tingkah laku terbahagi kepada akomodasi dan divergen.
Akomodasi ialah memberi tumpuan ketika orang lain sedang bercakap dan cuba memahami
apa yang disampaikan olehnya. Kita perlu perlahan kadar percakapan, ulang perkataan yang
berpotensi disalah dengar atau menimbulkan salah faham, sesuaikan tabiat komunikasi
dengan situasi serta memberi masa kepada komunikator untuk menyampaikan mesej.
Divergen ialah individu yang akan cuba mengelakkan daripada berinteraksi dengan orang
yang lain, elak dari suasana yang mungkin akan timbul konflik, tidak mengambil berat
terhadap konflik yang timbul dan menunjukkan perbezaan dari segi tabiat komunikasi.