Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENDAHULUAN

Komunikasi melibatkan berbagai jenis perlakuan dan wujud dalam berbagai situasi

seperti awam dan persendirian, bisnes dan sosial, rumah dan sekolah, tidak formal dan formal.

Dalam kehidupan manusia sejagat, perhubungan merupakan suatu agenda yang utama

untuk membentuk sesuatu kejayaan dan matlamat. Perhubungan manusia dengan alam bermula

semenjak Nabi Adam a.s diturunkan oleh Allah s.w.t ke muka bumi ini. Dalam Al-Quran ada

menjelaskan mengenai bagaimana dua insan pertama ini dapat bertemu walaupun mereka

diturunkan ditempat yang berlainan. Situasi ini dapat diselesaikan dengan adanya teknik

perhubungan yang kini dikenali sebagai komunikasi

Manusia di dalam kehidupannya harus berkomunikasi, iaitu memerlukan orang lain dan

kelompok atau masyarakat untuk saling berinteraksi. Hal ini merupakan suatu hakikat bahawa

sebahagian besar peribadi manusia terbentuk dari hasil integrasi sosial dengan sesama dalam

kelompok dan masyarakat. Di dalam kelompok atau organisasi terdapat bentuk kepemimpinan

yang terdiri dari pemimpin dan pekerja. Di antara kedua belah pihak harus ada two-way-

communications atau komunikasi dua arah atau komunikasi timbal balik. Oleh itu perlunya kerja

sama untuk mencapai hasrat, sama adahasrat peribadi, ataupun organisasi. Bagi mencapai tujuan

organisasi. Kerja sama tersebut terdiri dari berbagai maksud yang meliputi hubungan sosiala atau

kebudayaan. Hubungan yang terjadi merupakan suatu proses adanya suatu keinginan dari

individu, untuk memperoleh suatu hasil yang nyata dan dapat memberikan manfaat untuk dirinya

dan organisasi.
1.1 Maksud komunikasi.

Komunikasi adalah suatu proses penyampaian pesan dari satu pihak kepada pihak lain

agar terjadi saling mempengaruhi diantara satu dengan yang lain.

Komunikasi adalah proses bagaimana proses informasi antara individu ditukarkan

melalui sistem simbol, tanda, atau tingkah laku yang umum.

Pada umumnya, komunikasi dilakukan dengan menggunakan kata-kata (verbal) yang

dapat difahami oleh kedua belah pihak. Seandainya tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami

mereka, komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-geri badan,

menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu.

Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa isyarat. Beberapa sarjana dalam bidang

komunikasi telah memberi pendapat mereka tentang komunikasi ini. Diantaranya ialah :

Schramm dan Robert pula mengatakan komunikasi adalah satu proses untuk

mengongsikan sesuatu orientasi terhadap satu set tanda – tanda maklumat ( Mansor Ahmad

Saman etal, 1984 )

Sebagai contoh, proses penyampaian mesej oleh seorang individu dan penerima mesej

oleh individu lain ataupun sekumpulan individu dengan membawa satu kesan dan peluang

memperolehi maklumat balas serta-merta. Misalnya, rakan sekerja, pelajar dan sebagainya,
penggunaan kata sapaan ‘Assalamualaikum’, ‘apa khabar’, terima kasih’, ’maafkan saya’ dan

sebagainya yang menunjukkan kesopanan dan menghormati.

Menurut Bittner ( 1988 ) pula mengatakan bahawa komunikasi adalah merupakan “ satu

perlakuan berkongsi simbol ”. Simbol – simbol ini adalah terdiri daripada verbal dan nonverbal

dan ia merupakan komponen di dalam proses komunikasi.

Menurut French ( 1993 ) komunikasi adalah satu usaha mewujudkan saling memahami

dalam minda orang lain.

Daripada definisi komunikasi di atas kita dapat mengatakan bahawa komunikasi adalah

satu proses yang melibatkan:

i. Pihak yang berkomunikasi

ii. Informasi yang dikomunikasikan

iii. Alat komunikasi.

Tidak ada komunikasi yang tidak melibatkan ketiga-tiga perkara di atas dan

sesungguhnya manusia itu tidak akan terlepas daripada ketiga-tiga perkara ini. Pada masa

bersendirian pun manusia dapat juga berkomunikasi, paling tidak dengan dirinya sendiri. Dalam

hal ini kedua pihak yang berkomunikasi adalah peribadi yang sama, atau dengan alam

lingkungannya. Semua tingkah laku manusia, dapat dikatakan bersifat komunikatif. Ini

bermaksud seorang penyelidik mendapat informasi dengan memperhatikan tingkah laku


seseorang, kendatipun seseorang itu tidak menyedari atau tidak bermaksud berkomunikasi

dengan si penyelidik.

Untuk memudahkan lagi definisi komunikasi ini Dance (1976) telah menggariskan

beberapa dimensi yang boleh digunakan untuk membezakan konsep komunikasi secara kritikal.

Perbezaan ini dibahagikan kepada tiga tahap berikut:

i. Tahap Pemerhatian

Definisi komunikasi dari yang luas atau am dan sempit atau khusus.

Menurut Ruesch (1957) komunikasi adalah satu proses yang menghubungkan bahagian yang

terasing. Dan definisi oleh American College Dictionary (1964) Komunikasi adalah Kaedah

hantar mesej tentera, arahan menggunakan telefon, telegraf, radio, kurier.

ii. Tahap tujuan atau niat

Komunikasi dilihat dari segi tujuan atau niat komunikator yang jelas ataupun tidak.

Menurut Miller (1966) komunikasi adalah sumber memancar mesej kepada penerima secara

sedar yang bertujuan mempengaruhi perlakuan penerima.


iii. Pertimbangan Normatif

Dimensi yang melihat dari segi kejayaan atau ketepatan proses komunikasi. Sebagai

contoh Menurut Hoben (1954) pertukaran secara verbal sesuatu idea atau pandangan. Dan

menurut Menurut Barelson & Steiner (1964) Komuikasi adalah proses pemancaran maklumat.

1.2 Definisi teori

Kenyataan atau penerangan yang dibentuk untuk menerangkan tentang sesuatu fenomena

yang bersifat sementara boleh diuji secara sistematik untuk menentukan kebenarannya. Ia boleh

diterima atau ditolak atau diubahsuai.

Beberapa orang sarjana dalam bidang ini mentakrifkan teori ini mengikut pendapat

mereka masing – masing. Diantaranya ialah :

Menurut Little John (1995), beliau menegaskan bahawa teori adalah ringkasan dan

rekaan, bukannya realiti. Beliau juga, menyatakan bahawa “teori ialah satu percubaan untuk

menerangkan dan menjelaskan satu pengalaman, atau satu idea tentang bagaimana sesuatu

kejadian itu berlaku”.

Menurut Griffin (1997) “teori adalah peta tentang kebenaran, jawapan sementara yang

dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena”


Menurut Cragan dan Shields (1998) mendefinisikan teori sebagai “satu lambang yang

mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang

memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan, dan membuat kawalan terhadap

fenomena komunikasi.

1.3 Teori komunikasi.

Teori komunikasi adalah konseptualisasi atau penjelasan logik tentang fenomena

peristiwa komunikasi dalam kehidupan manusia.

Menurut Cragan & Shield (1998) Ianya adalah hubungan di antara konsep teoritikal yang

membantu memberi (secara keseluruhan atau sebahagian) keterangan, penjelasan, penilaian atau

ramalan mengenai tindakan manusia berdasarkan komunikator (orang) berkomunikasi (bercakap,

menulis, membaca, mendengar, menonton, dan sebagainya) untuk tempoh tertentu melalui media

(bahan perkembangan teori) .

Menurut Littlejohn (1996) Ia juga adalah ‘satu teori atau sekelompok “collective4

wisdom” yang didapati dalam keseluruhan teori berkaitan proses komunikasi’.

Menurut Borman (1989) ‘Satu perkataan atau istilah yang merupakan payung untuk

semua perbincangan dan analisis yang dibuat secara teliti, sistematik dan sedar tentang

komunikasi’.
1.4 Kepentingan teori komunikasi.

Sebagai pekerja teori komunikasi penting di ketahui kerana ianya dapat membantu kita

menjadi seorang yang lebih berjaya dalam kerjaya mahupun kehidupan dalam kelompok

masyarakat.

Pengetahuan tentang teori komunikasi dapat membantu diri pekerja seperti :

1.4.1. Berkomunikasi dengan setiap tahap secara tepat dan sistematik.

1.4.2. Memberi maklumat dan arahan secara lisan dan bertulis dengan tepat dan khusus.

1.4.3. Menerima arahan dari pihak atasan dengan berkesan.

1.4.4. Menjadi panduan dalam membuat keputusan ataupun mengambil tindakan dalam satu-

satu hal.

1.4.5. Kita dapat mengenalpasti apa yang sedang berlaku di sekeliling kita da tahu membuat

jangkaan terhadap kejadian penting dalam kehidupan kita.

1.4.6. Kita akan menjadi lebih cekap dan berwaspada dalam menyesuaikan diri dengan

keadaan yang sentiasa berubah.

1.4.7. Kita juga menjadi orang yang lebih bersedia menghadapi masalah atau keadaan yang

lebih kompleks.

1.4.8. Dapat membaiki perasaan prasangka terhadap orang lain kepada penerimaan secara

positif atas apa yang berlaku di sekeliling kita.


KESIMPULAN

Daripada maklumat-maklumat yang dikumpulkan dapat disimpulkan bahawa kefahaman

tentang komunikasi, teori komunikasi dan kepentingan komunikasi bagi pekerja dalam sesebuah

organisasi dapat meningkatkan kualiti kerja dan menjayakan hubungan sesama rakan mahupun

sebagai ahli masyarakat yang dapat memberi sumbangan yang positif kepada negara khususnya.
BIBLIOGRAFI

Narimah Ismail, Ph.d (1999) KOM3002 Pengenalan Kepada Teori Komunikasi. Kuala Lumpur;

Cetakrapi Sdn.Bhd.

Griffin, E.(1997) a First Look at Communication theory.3rd ed.New York:McGraw Hill.

Littlejohn,S.W. (1996) Theories of Human communication. 5th ed.Belmont:wadsworth

Publishing.

Anda mungkin juga menyukai