Anda di halaman 1dari 3

Semasa saya menghasilkan RPH ini, saya telah memperolehi banyak pengalaman

sama ada pahit mahupun manis dalam hidup saya sebagai seorang bakal guru.
Pengalaman Pengalaman saya dalam menghasilkan penulisan RPH ini sedikit sebanyak
mengajar saya untuk mempersiapkan diri bagi menempuh alam bekerja sebagai seorang
guru kelak. Penghasilan RPH ini menyedarkan saya bahawa penulisan RPH yang baik
mestilah merangkumi strategi, kemahiran dan pentaksiran yang sesuai dengan tahap
keupayaan murid-murid agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Saya juga
telah belajar mengenai pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dengan
kebolehan murid-murid serta dapat menarik minat murid.. Pemilihan ini sangat penting
supaya murid-murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah
ditetapkan. Semasa menyempurnakan tutorial penghasilan RPH tersebut, saya juga
mengalami sedikit kekeliruan dari segi format penulisan RPH, namun ahli kumpulan saya
dapat membantu saya dengan menerangkan format RPH yang betul. Jadi, melalui
penghasilan RPH ini, saya dapat mempelajari cara menulis RPH dengan baik mengikut
format yang ditetapkan.

Sepanjang saya menyiapkan tugasan tutorial ini bersama rakan-rakan yang lain,
banyak cabaran dan pengalaman yang saya perolehi. Cabaran yang paling utama ialah
mengenai masalah capaian internet. Capaian internet di rumah saya agak lambat jadi agak
sukar untuk saya membuat tugasan. Namun, dengan bantuan rakan-rakan saya, akhirnya
dapat juga saya membantu mereka menyiapkan RPH tersebut. Selain halangan dan
cabaran yang dihadapi ketika menyiapkan tugasan, saya juga telah mendapat berbagai-
bagai jenis pengetahuan yang berguna khususnya, bagaimana hendak menghasilkan RPH
dengan format yang betul dan RPH yang terbaik adalah yang mempunyai kaedah dan teknik
yang sesuai dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan supaya murid sentiasa berasa
seronok untuk belajar sepanjang PdPc berlangsung. Selain itu, semasa saya berbincang
dengan rakan-rakan mengenai RPH ini, saya dapat banyak ilmu pengetahuan bagaimana
hendak mengajar murid-murid mengenai kata dasar, imbuhan awalan dan akhiran. Rakan-
rakan saya telah memberi banyak idea dan cadangan yang menarik untuk digunakan dalam
RPH tersebut.

Selain cabaran, dan pengalaman sepanjang menyiapkan RPH, saya juga ingin
menceritakan serba sedikit mengenai kelebihan dan kekurangan RPH yang saya dan rakan
hasilkan bersama. RPH yang kami hasilkan mempunyai set induksi yang menarik di mana
guru menggunakan video pada awal pembelajaran untuk menarik minat murid supaya fokus.
Selain itu, kekurangan dalam RPH ini ialah ianya tidak mempunyai banyak aktiviti yang
melibatkan murid untuk bergerak secara aktif di dalam kelas, hanya ada beberapa aktiviti
sahaja yang berpusatkan murid.

Dari segi Bahan Bantu Belajar (BBB) pula kami telah menghasilkannya dalam
bentuk grafik. ,BBB Grafik merupakan salah satu alat bantu mengajar yang boleh
dipersembahkan dalam bentuk imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar,
lukisan, gambar, foto, lakaran, ilustrasi dan sebagainya. Kumpulan kami telah menghasilkan
BBB grafik iaitu kad gambar dan kad perkataan yang sesuai dengan standard kandungan
yang diterima iaitu 5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata dasar, kata
imbuhan awalan, dan kata imbuhan akhiran. Kumpulan kami menggunakan BBB grafik pada
fasa persediaan iaitu aktiviti 1 dalam Rancangan Pengajaran Harian kerana ianya sesuai
sebagai BBB kearah menjerumus kepada penerangan maklumat atau fakta.

Pada pendapat saya, BBB yang dihasilkan oleh kumpulan kami dapat lihat bahawa
BBB yang dihasilkan mempunyai kekuatan dan kelemahan dalam proses penghasilan dan
hasil akhir alat tersebut. Kekuatan yang dapat saya lihat berdasarkan penghasilan BBB
bersama kumpulan saya ialah mudah digunakan oleh guru. Hal ini kerana penghasilan BBB
grafik tersebut tidak memerlukan grafik yang tinggi dan aplikasi yang sukar di akses. Ia
secara tidak langsung memudahkan penerangan guru dalam menyampaikan topik yang
ingin disampaikan. Bahan Bantu Belajar yang dihasilkan juga mudah untuk difahami oleh
setiap murid. Hal ini kerana, guru seharusnya berkemahiran dalam memilih atau
menghasilkan alat bantu yang mudah untuk difahami oleh murid khususnya. Manakala,
contoh yang digunakan merupakan contoh yang terdapat pada persekitaran murid. Oleh itu,
guru dapat memberi penerangan dengan melalui bahan grafik dan bahan maujud.

Terdapat kelemahan daripada BBB yang kami hasilkan. BBB yang kami hasilkan
kurang menarik kerana BBB tersebut merupakan kaedah tayang sahaja. Iaitu kami
meletakkan BBB yang kami hasilkan iaitu di dalam Power Point. Kaedah BBB yang kami
hasilkan ini tidak begitu sesuai untuk pengajaran yang singkat iaitu dalam tempoh setengah
jam sahaja. Seharusnya kami, menggunakan kaedah yang lain selain tayang power point
itu. Contohnya kami boleh hasilkan BBB dengan menunjukkan gambar yang sedia ada
ataupun dengan menggunakan bahan maujud supaya PdP akan menjadi lebih menarik
serta dapat menarik perhatian murid untuk mengetahui apa yang akan diajar oleh guru.

Akhir kata, sepanjang tugasan tutorial ini dihasilkan terdapat pelbagai masalah dan
cabaran yang dihadapi namun, saya dan rakan-rakan telah bekerjasama dalam kumpulan
dan kami berjaya menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya. Selain cabaran banyak juga
pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang kami menyiapkan Rancangan Pengajaran
Harian dan Bahan Bantu Belajar. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai