Anda di halaman 1dari 3

MODUL ORIENTASI PEMUGARAN EMOSI MURID KEBIASAAN BAHARU

Slot 1

Hari/Tarikh : Rabu / 15.7.2020

Masa : 8.15pagi-9.15pagi (60 minit)

Kelas : 6 Vivegam

Tajuk : UJIAN PRA

Nilai : Menghargai diri

Objektif : Pada akhir slot ini murid akan dapat :

i. Mengetahui kelemahan dan kelebihan diri sendiri.


ii. Membantu murid menyediakan diri dengan kebiasaan baharu.

Sasaran : Semua murid

Langkah :

1. Guru membaca teks dan menerangkan sejarah Covid-19.

2. Guru mengedarkan lembaran aktiviti 1.1 (Lembaran Kenali Covid-19)

kepada murid-murid.

3. Guru menerangkan cara menjalankan aktiviti 1.

4. Guru membincangkan jawapan bersama murid.


MODUL ORIENTASI PEMUGARAN EMOSI MURID KEBIASAAN BAHARU

Slot 4

Hari/Tarikh : Rabu / 15.7.2020

Masa : 12.45tengahari (30 minit)

Kelas : 6 Vivegam

Tajuk : Refleksi dan Rumusan

Objektif : Pada akhir slot ini murid akan dapat :

1. murid dapat menzahirkan perasaan masing-masing.


2. guru dapat mengenalpasti keadaan emosi murid.

Sasaran : Semua murid

Lampiran :7

Langkah :

1. Guru memulakan sesi dengan mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada


murid.
2. Guru menyoal murid apa perasaan mereka apabila dapat kembali ke sekolah.
3. Kemudian, guru meminta murid untuk berkongsi dengan dengan rakan-rakan apa
yang mereka lakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
4. Bagi setiap aktiviti baik yang dikongsi, guru memberikan peneguhan yang positif
seperti memberi pujian dan menjelaskan manfaat yang diperolehi.
5. Setelah itu, guru meminta murid untuk menyatakan perasaan masing-masing
terhadap apa yang berlaku (tidak dapat ke sekolah).
6. Kemudian, guru memberikan kata-kata perangsang dan motivasi untuk
menaikkan semangat dan jati diri murid.
7. Akhir sekali, guru merumuskan kepada murid bahawa setiap apa yang berlaku
ada hikmahnya. Hidup tetap perlu diteruskan walau apa yang berlaku.

Falsafah

Hidup mesti positif.

Nota : Guru digalakkan membimbing murid yang pencapaian sederhana dan lemah untuk
berkongsi secara lisan. Guru mencatat perkongsian murid di papan putih. (rujuk lampiran 7)

Anda mungkin juga menyukai