Anda di halaman 1dari 54

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)


KURSUS DALAM CUTI (KDC)

MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PAKKD2023
KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA

Berkuat Kuasa Mulai November 2018


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang


tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga
bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR


YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN D


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan November 2018


Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia.

ii
KANDUNGAN
MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak


ii
Pengarang

Kandungan iii

Panduan Pelajar iv

Pengenalan vi

Agihan Tajuk dan Unit vii

PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL


UNIT 1 1
KANAK-KANAK (PAKK)

ASAS PERTIMBANGAN DALAM PEMBANGUNAN


UNIT 2 7
KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

UNIT 3 KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 12

PERANCANGAN AKTIVITI BERDASARKAN KURIKULUM


UNIT 4 26
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ISU DAN TRENDA DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN


UNIT 5 34
AWAL KANAK-KANAK

Bibliografi 40

Panel 42

Simbol 43

iii
PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran


agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran


yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat
menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai
autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia
(PDPM) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di
mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu.
Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka
secara kuliah/tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian).
Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

iv
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai.
Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara
langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat
Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai enam eleman asas yang
konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit


2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat
media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang
pelajar pelajari secara interaksi bersemuka dan modul.

v
PENGENALAN

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan kurikulum dalam
Pendidikan Awal Kanak-kanak untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan konsep, prinsip, matlamat, objektif dan asas pertimbangan bagi


pembangunan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak secara bertulis.

2. Menganalisis Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak serta aktiviti mengikut


peringkat umur.

3. Menilai secara kritis aspek profesionalisme, nilai, sikap dan etika pendidik awal
kanak-kanak dalam proses pelaksanaan kurikulum melalui forum.

vi
AGIHAN TAJUK
Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah


pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara
kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40%
lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

JUMLAH JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
60%
27 JAM
TAJUK/ TOPIK KESELU-
KULIAH/ MODUL
RUHAN DALAM
TUTORIAL/ 40%
45 JAM TALIAN
AMALI 16 JAM
20%
40%
9 JAM
16 JAM
1. Pengenalan Kurikulum
Pendidikan Awal Kanak-
kanak (PAKK)
 Konsep PAKK (M/DT)
 Sejarah perkembangan 8 3 1 4
kurikulum PAKK (M)
 Prinsip, matlamat dan
objektif kurikulum PAKK
(K)
2. Asas Pertimbangan
Dalam Pembangunan
Kurikulum Pendidikan
Awal Kanak-kanak
 Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (M)
 Rukun Negara (M)
 Dasar Pendidikan 7 2 2 3
Kebangsaan (DT)
 Dasar Pendidikan Awal
Kanak-kanak (K)
 Pelan Pendidikan
Malaysia (DT)
 Deklarasi Antarabangsa
(K)
3. Kurikulum Pendidikan
Awal Kanak-kanak
 PERMATA Negara
 Model Konseptual (M) 13 4 3 6
 Bidang Pembelajaran
(M)
 Bidang Asuhan (M)
 Analisis kurikulum

vii
JUMLAH JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
60%
27 JAM
TAJUK/ TOPIK KESELU-
KULIAH/ MODUL
RUHAN DALAM
TUTORIAL/ 40%
45 JAM TALIAN
AMALI 16 JAM
20%
40%
9 JAM
16 JAM
berdasarkan peringkat
umur (K)
 Pemilihan/ penyediaan
bahan bantu
pengajaran dan
pembelajaran (DT)
 Kurikulum Standard
Prasekolah
Kebangsaan (KSPK)
 Model Konseptual
(M/DT)
 Analisis kurikulum
berdasarkan Tunjang
dalam KSPK (K)
 Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR)
 Kandungan kurikulum
Tahun 1 dan 2 (K)
 Kesinambungan
kurikulum Prasekolah
dengan Tahun 1
(M/DT)

4. Perancangan Aktiviti
Berdasarkan Kurikulum
Pendidikan Awal Kanak-
kanak
 Kurikulum PERMATA
(K)
5 3 1 1
 Kurikulum KSPK (K/M)
 Pemilihan/ penyediaan
bahan bantu
pengajaran dan
pembelajaran (M/DT)

viii
JUMLAH JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
60%
27 JAM
TAJUK/ TOPIK KESELU-
KULIAH/ MODUL
RUHAN DALAM
TUTORIAL/ 40%
45 JAM TALIAN
AMALI 16 JAM
20%
40%
9 JAM
16 JAM
5. Isu dan Trenda Dalam
Kurikulum Pendidikan
Awal Kanak-kanak
 Kanak-kanak
berkeperluan khas(K)
 Kesediaan guru
terhadap perubahan
kurikulum dan tuntutan
semasa(K)
 Persepsi masyarakat 8 4 2 2
terhadap kurikulum
PAKK(K)
 Dasar-dasar semasa
kerajaan(DT)
 Elemen merentas
kurikulum (M)
 Perkembangan
Teknologi
Pendidikan(DT)

JUMLAH 41 JAM 16 JAM 9 JAM 16 JAM

Nota:
K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian

ix
UNIT 1 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK (PAKK)

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

DI akhir topik ini, pelajar dapat:

i Menghuraikan konsep dan definisi pendidikan awal kanak-kanak dari perspektif


barat dan Islam.
ii Menghuraikan sejarah perkembangan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak di
Malaysia.

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai konsep dan
definisi pendidikan awal kanak-kanak dari perspektif barat dan Islam. Turut
dibincangkan ialah sejarah perkembangan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak di
Malaysia.

KANDUNGAN UNIT

1.1 Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)


1.2 Sejarah Perkembangan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)
1.3 Latihan

1
1.1 KONSEP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK)

Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan


pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di
rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan
sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru pendidikan awal perlu mempunyai pengetahuan
yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan
kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan
aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah.

Perkataan ‘pendidikan awal kanak-kanak’ diberikan pelbagai tafsiran oleh banyak


pihak. Antaranya, pendidikan awal kanak-kanak (early childhood) merujuk kepada
kanak-kanak yang berumur sejak lahir sehingga lapan tahun dan mendapat jagaan di
taman asuhan atau taman didikan, prasekolah atau sekolah rendah. Program
seumpama itu dikendalikan oleh pelbagai institusi yang berbeza-beza.

Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat


prasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur 3 hingga
6 tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat ‘kindergarten’. Selepas beberapa kajian,
konsep pendidikan awal ini dipindah supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas
lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hingga ke peringkat tiga
tahun dikenali juga sebagai peringkat ‘nursery’.

Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada
dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum,
pendidikan awal Islam dapat dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum
lahir dan peringkat sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir dipecahkan lagi kepada dua
tahap, iaitu dari mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga
hingga meningkat ke enam tahun.

1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-


KANAK (PAKK)

Menurut Ornstein & Hunkins (2012), kurikulum merupakan suatu dokumen


perancangan. Pelaksanaan kurikulum oleh guru merujuk kepada cara guru
menterjemahkan kandungan kurikulum tersebut. Dokumen kurikulum merujuk kepada

1
dokumen rasmi yang dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
termasuk Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Jabatan Pelajaran Wilayah
Persekutuan dan sekolah. Antara dokumen tersebut ialah Dokumen Standard
Prasekolah Kebangsaan, Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan pelajaran, Modul-modul
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, buku rekod pengajaran, surat pekeliling
dan surat siaran yang berkaitan dan rekod- rekod pentaksiran dan penilaian.

Menurut Akker (2003), dalam memahami perkara yang berlaku di dalam bilik
darjah, pelbagai jenis kurikulum telah dilabelkan oleh pengkaji. Antaranya adalah;
dokumen kurikulum yang dihasratkan, kurikulum yang diajar, kurikulum yang diterima
murid, kurikulum operasional, kurikulum sebenar, kurikulum yang digunakan, kurikulum
yang dialami, kurikulum yang dilaksanakan dan kurikulum yang dipelajari (Cuban, 1992).

Kurikulum yang diterima dan kurikulum yang dinilai, kurikulum yang diuji,
kurikulum yang dicapai, kurikulum potensi, kurikulum yang dilaporkan, kurikulum
tersembunyi dan kurikulum luaran, kurikulum terhindar (American Association of
University Women, dalam Brown, 2007) dan kurikulum nol. Kurikulum nyata adalah
pengajaran dan pembelajaran secara langsung berkenaan pelbagai aspek
perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani, intelek, merancang aktiviti
dan membuat penilaian. Kurikulum tersembunyi pula ialah perkara yang dipelajari oleh
kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku kanak-kanak secara tidak
langsung seperti tingkah laku dan tindakan guru serta pengaruh persekitaran.

Pendidikan prasekolah berkembang sejak tahun 50-an tetapi melalui Akta 1996
pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam pendidikan kebangsaan. Kerajaan
Malaysia mengiktiraf pendidikan prasekolah sebagai asas pembelajaran di sekolah
rendah dan seterusnya. Penstrukturan semula sistem pendidikan kebangsaan bertujuan
menyediakan pendidikan bermula dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat tertier
(Rohaty, 2003). Menurut Sufean Hussin (1996), pendidikan prasekolah di era tahun 50-
an tertumpu untuk kanak-kanak daripada golongan atasan kerana kadar yuran
perkhidmatan yang tinggi. Walaupun kebanyakan guru yang mengajar di prasekolah
ketika itu tidak mendapat latihan profesional dalam bidang pendidikan awal kanak-
kanak, namun kemahiran mereka tidak diambil kira kerana pendidikan prasekolah ketika
itu lebih bersifat elit. Kurikulum yang digunapakai ketika itu bersifat tradisional yang
menyediakan kemahiran asas dalam aspek membaca, menulis dan mengira sahaja.
Pada masa yang sama, wujud prasekolah yang ditaja dan dikendalikan oleh pertubuhan
agama Kristian yang dijalankan di gereja-gereja. Keadaan ini menjadikan peluang

2
pendidikan awal dalam kalangan kanak-kanak golongan bawahan menjadi semakin
terbatas terutama di kawasan luar bandar di Malaysia.

Pada tahun 1969 bermulalah detik paling bersejarah bagi perkembangan


pendidikan prasekolah di Malaysia. Hal ini berikutan langkah Yayasan Asia yang telah
menyumbangkan peruntukan kewangan kepada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia
untuk membiayai penubuhan beberapa buah pusat prasekolah. Pusat-pusat prasekolah
ini ditubuhkan di beberapa tempat di negeri Selangor adalah mirip 'Projek Head Start' di
Amerika Syarikat. Kalangan sasarannya adalah kanak-kanak dalam kalangan
masyarakat Melayu, Cina dan India yang miskin dan tidak berkemampuan.

Antara agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan


program pendidikan prasekolah ini adalah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan
Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah
Persekutuan (FELCRA), Yayasan Sabah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Sufean
Hussin, 1996).

Pusat-pusat prasekolah di Malaysia lebih dikenali sebagai Taman Didikan


Kanak-kanak (Tadika), Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan juga kindergarden.
Pertambahan bilangan tadika yang berlaku di Malaysia menunjukkan satu perubahan
yang amat menggalakkan dan memberangsangkan di peringkat pendidikan prasekolah.
Senario ini hasil daripada usaha dan keprihatinan yang dimainkan oleh semua pihak dan
pelbagai agensi kerajaan seperti KEMAS, FELDA dan RISDA. Agensi-agensi inilah yang
lebih banyak mensasarkan kegiatan pendidikan prasekolah mereka kepada kumpulan
kanak-kanak yang berada di kawasan luar bandar.

Menurut Rohaty (2003), kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan


Malaysia telah menganggarkan sejumlah 490,700 orang kanak-kanak yang berumur 5
tahun harus mendapat pendidikan prasekolah pada tahun 1991. Hakikatnya hanya kira-
kira 47% dari jumlah anggaran kanak-kanak tersebut yang telah berpeluang mengikuti
pendidikan prasekolah, manakala selebihnya, iaitu kira-kira 53% tidak berpeluang untuk
mengikuti kelas prasekolah. Ekoran daripada itu, pada awal Januari 1992, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah atau
dikenali prasekolah 'Annex' di seluruh Malaysia dan bilangan prasekolah ini kekal
sehingga tahun 2001.

3
Dalam tahun 2000, terdapat sebanyak 399,980 orang kanak-kanak mendaftar di
pusat pendidikan prasekolah mewakili 63.7% kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6
tahun. Garis panduan Kurikulum Prasekolah telah digubal untuk menstandardisasikan
kurikulum, kemudahan dan latihan guru di dalam sektor awam dan juga di pusat-pusat
prasekolah swasta supaya dapat memenuhi kualiti yang diperuntukkan dalam Akta
Pendidikan 1996 (Sufean Hussin, 1996). Pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan yang pertama telah dilaksanakan. Sebelum itu, satu program rintis telah
dilaksanakan di 100 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 2002 bagi memastikan
keberkesanan kurikulum tersebut.

Pekeliling Ikhtisas: Bil: 15/2002, Kementerian Pelajaran Malaysia telah


menetapkan bahawa Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh
semua tadika kerajaan, bantuan kerajaan, BBK (Balai Bukan Kerajaan) dan swasta
mulai 1 Januari 2003. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang telah digubal
mempunyai matlamat untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan masuk ke sekolah rendah.

Keprihatinan kerajaan kepada program pendidikan prasekolah terus dijelmakan


dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 apabila perluasan program
prasekolah telah menjadi salah satu fokus dan strategi dalam usaha untuk
memperkasakan sekolah kebangsaan. Pada tahun 2010 kerajaan telah melancarkan
NKRA di bawah Program Transformasi Kerajaan (PTK). Mulai tahun 2010 ini juga,
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah dilaksanakan di semua
prasekolah kerajaan dan bukan kerajaan. KSPK digubal berdasarkan reka bentuk
kurikulum berasaskan standard, berbentuk modular, dan berkisar pada enam tunjang
yang akan diteruskan pada sekolah rendah dan sekolah menengah. Penggubalan KSPK
mengambil kira keperluan bagi memastikan kesinambungan antara KSPK dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berlaku.

Bersesuaian dengan keperluan semasa dan berpandu kepada teori


pembelajaran yang menyatakan kanak-kanak mampu belajar lebih daripada satu
bahasa, maka KSPK memperuntukkan masa yang lebih panjang untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam bahasa Inggeris berbanding dengan apa yang terdapat dalam
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003.

4
Salah satu fokus inisiatif bagi meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti
adalah meningkatkan enrolmen prasekolah. Inisiatif NKRA mensasarkan pertambahan
enrolmen murid prasekolah, terutama di kawasan luar bandar, daripada 67% ke 87%
pada tahun 2012. Melalui NKRA, program pendidikan prasekolah telah mencapai
keputusan yang membanggakan. Senario pendidikan prasekolah di Malaysia terus
menyaksikan perkembangan yang memberangsangkan (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2012).

Di bawah gelombang 1 (2013-2015), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(2013-2025), peningkatan enrolmen dan penambahbaikan kualiti prasekolah diberi
tumpuan bertujuan untuk mencapai akses sejagat. Kerajaan menyasarkan peningkatan
sehingga 92% enrolmen murid dalam prasekolah yang berdaftar menjelang tahun 2015.
Sasaran ini menuntut pertambahan sebanyak 3,500 buah bilik darjah bagi menampung
hampir 71,000 orang kanak-kanak pada tahun 2015. Menjelang tahun 2020, kerajaan
menyasarkan enrolmen prasekolah sejagat seramai 900,000 orang kanak-kanak
berdaftar pada peringkat prasekolah seluruh Negara (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2013).
Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ini juga telah
menyarankan agar KSPK yang telah dilaksanakan pada tahun 2010 di semak semula.
Semakan ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada penguasaan abad ke-21
seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan bagi
membolehkan murid bersaing di peringkat global. KSPK (semakan 2017) dilaksanakan
mulai 2017 di semua prasekolah kerajaan dan swasta.

5
1.3 LATIHAN

LATIHAN

1 Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum? .


2 Huraikan sejarah pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak 0
hingga 4 tahun.

PANDUAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

a. Media digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk agihan tajuk)

b. Tajuk Pembelajaran: Pengenalan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)

c. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: -


 Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak

d. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk/soalan
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk/soalan
iv. Kesimpulan

e. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

6
ASAS PERTIMBANGAN DALAM PEMBANGUNAN
UNIT 2
KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK)

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat:

i Menghuraikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas


pertimbangan dalam pembangunan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak.
ii Menghuraikan Rukun Negara yang menjadi asas pertimbangan dalam
pembangunan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak.
iii Menjelaskan elemen-elemen falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun
Negara yang terkandung dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak.

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas pertimbangan dalam pembangunan
Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak. Turut dibincangkan ialah mengenai Rukun
Negara.

KANDUNGAN UNIT

2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan


2.2 Rukun Negara
2.3 Latihan

7
2.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak dibina berlandaskan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan sebagai teras untuk membina potensi individual kanak-kanak sebagai
modal insan berkualiti tinggi melalui pendidikan awal kanak-kanak Pernyataan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan adalah seperti berikut:

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

Rajah 1: Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada tahun


1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan
Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan dokumen-
dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun Negara,
Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal
secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan
negara. FPK digambarkan sebagai medium penghasilan produk (anak-anak murid) yang
menepati citarasa masyarakat dan hasrat Negara melalui kurikulum yang dibentuk.

FPK menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun.
Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan
sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan. Falsafah menggambarkan tujuan
prasekolah, nilai dan kepercayaan guru berkenaan bagaimana kanak-kanak belajar.
Falsafah yang dipegang oleh para guru prasekolah sangat mempengaruhi keputusan
yang dibuat untuk kanak-kanak. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk

8
mengembang bakat, potensi dan kebolehan mereka menerusi interaksi sosial dengan
orang lain dan pragmatik.

FPK bermatlamat ke arah memperkembangkan potensi individu secara


menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan modal
insan yang dihasratkan oleh negara Malaysia. Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah...”. Perkataan “berterusan” menunjukkan bahawa sistem
pendidikan tidak terhenti sebegitu sahaja, malahan berlangsung secara tekal dan dapat
membuktikan kedinamikan pendidikan berdasarkan keperluan individu, masyarakat dan
negara dari semasa ke semasa. FPK menentukan arah haluan, asas dan sumber
inspirasi kepada semua rancangan dalam bidang pendidikan. Misalnya, “...bertujuan
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, ...”. Ia menjadi asas penentuan kurikulum, ko-kurikulum dan citra guru yang
diharap-harapkan. Variasi usaha pendidikan yang sedia ada, direformasi secara mudah
dan dilaksanakan ke arah mencapai matlamat pendidikan negara dengan merujuk FPK
tersebut.

FPK menjadi medium merealisasikan misi Kementerian Pelajaran Malaysia


(KPM); iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia dan
memenuhi aspirasi negara kita. FPK menjadi rujukan para guru, para penggubal
kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.

2.2 RUKUN NEGARA

Lima prinsip Rukun Negara telah menjadi panduan, pegangan dan asas bagi guru-guru
mendidik kanak-kanak prasekolah kerana negara kita terdiri daripada masyarakat
majmuk dengan berbilang kaum yang mempunyai pelbagai cara hidup dan budaya,
bahasa dan latar belakang yang berbeza. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perkara yang perlu diutamakan oleh guru ialah agar kanak-kanak dapat
berkerjasama antara satu sama lain dalam usaha untuk menerapkan semangat
perpaduan pada peringkat asas lagi.

9
Perpaduan yang lebih erat, saling hormat menghormati dan menikmati
kemakmuran negara secara adil dan saksama diharapkan dapat dicapai sebaik
mungkin. Justeru, setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang agar
prinsip-prinsip Rukun Negara dapat direalisasikan.

Negara kita Malaysia sentiasa berhasrat hendak mencapai perpaduan yang lebih
erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-
tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Mari baca dan hayati ikrar yang menjadi pegangan rakyat negara kita ini.

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

 Kepercayaan kepada tuhan


 Kesetiaan kepada raja dan negara
 Keluhuran perlembagaan
 Kedaulatan undang-undang
 Kesopanan dan kesusilaan

10
2.3 LATIHAN

LATIHAN

1 Apakah asas pertimbangan dan proses pembentukan kurikulum prasekolah di


negara kita?
2 Rujuk matlamat atau objektif setiap kurikulum Pendidkan Awal, tunjukkan bukti
bahawa elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara dijadikan
rujukan untuk pembentukan kurikulum tersebut.

PANDUAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

a. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk agihan tajuk)

b. Tajuk Pembelajaran: Asas Pertimbangan dalam Pembangunan Kurikulum Pendidikan


Awal Kanak-Kanak

c. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran :-


 Dasar Pendidikan Kebangsaan (Prasekolah)
 Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Prasekolah)

d. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk/soalan
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk/soalan
iv. Kesimpulan

e. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

11
KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK)
UNIT 3

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat:


i. Menghuraikan Model konseptual, bidang pembelajaran dan bidang asuhan
Kurikulum PERMATA Negara.
ii. Menghuraikan Model Konseptual Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
iii. Menghuraikan Kesinambungan kurikulum prasekolah dengan Tahun 1

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah Kurikulum PERMATA
Negara, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR).

KANDUNGAN UNIT

3.1 PERMATA Negara - Model konseptual, bidang pembelajaran dan bidang asuhan
3.2 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) - Model Konseptual
3.3 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) – Kesinambungan kurikulum
prasekolah dengan Tahun 1
3.4 Latihan

12
3.1 PERMATA NEGARA - MODEL KONSEPTUAL, BIDANG PEMBELAJARAN DAN
BIDANG ASUHAN

Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia mempunyai tiga peringkat yang merangkumi tiga
kurikulum yang melibatkan usia antara 0 hingga 8 tahun. Oleh itu, kurikulum pendidikan
awal kanak-kanak boleh dibahagi seperti di bawah:
i. 0 hingga 4 tahun (Kurikulum PERMATA Negara)
ii. 5 hingga 6 tahun (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan)
iii. 7 hingga 8 tahun (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)

Kurikulum PERMATA Negara bermatlamat menyediakan program asuhan dan


pengalaman pembelajaran awal kanak-kanak berumur 0-4 tahun ke arah perkembangan
holistik dengan mengambil kira kepelbagaian potensi kanak-kana, berasaskan kaedah
belajar melalui bermain. Kurikulum PERMATA juga berpaksikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang menekankan kepada lima aspek utama bagi memastikan ianya
menjadi sebuah program yang holistik bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun iaitu
aspek:
 interaksi dan komunikasi aktif
 rangsangan minda dan literasi
 memperkasakan kanak-kanak
 pembelajaran secara bebas
 pemantauan kebolehan dan potensi kanak-kanak
 pembelajaran melalui permainan.

Pengisian kurikulum juga telah digubal untuk merangkumi enam bidang pembelajaran
utama khusus bagi mental, fizikal dan emosi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun iaitu :
i. Perkembangan Fizikal,
ii. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik,
iii. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran,
iv. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal,
v. Perkembangan Kreativiti dan Estetika
vi. Perkembangan Sahsiah, Sosio-Emosi dan Kerohanian
vii. Pengisian aspek pengasuhan pula meliputi:
 Keselamatan,
 pemakanan seimbang,
 penjagaan bayi dan kanak-kanak
 amalan pengasuhan

13
Kurikulum PERMATA berasaskan prinsip:
i. setiap anak permata negara
ii. setiap anak amat berharga
iii. setiap anak adalah modal insan negara
iv. berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah PERMATA
Negara (FPN)
v. Kerjasama antara pendidik, ibu bapa dan komuniti

Objektif kurikulum PERMATA Negara adalah untuk membolehkan kanak-kanak :


 mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan nilai-nilai murni dalam kehidupan
 mempunyai sahsiah dan kawalan emosi yang seimbang
 memahami persekitaran yang dapat membantu literasi awal
 menguasai kemahiran awal berbahasa, komunikasi
 mampu untuk bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya
 membina asas kebolehan berfikir secara logik
 mempunyai keupayaan dalam penguasaan Matematik
 mempunyai keupayaan untuk menumpu perhatian
 menguasai kefahaman tentang alam sekeliling melalui interaksi
 mempunyai kebolehan dalam pengurusan diri dan bebas membuat
keputusan berdasarkan kebolehan diri
 mendapat peluang untuk meneroka dan mencuba idea baharu, melalui pelbagai
bahan dan aktiviti kreatif

Pelaksanaan Kurikulum PERMATA Negara


 Amalan asuhan berasaskan kasih sayang
 Memperbayakkan interaksi dan komunikasi
 Merangsang pemikiran kreatif dan logik
 Menekankan kepada proses pembelajaran dan bukan kepada hasil
pembelajaran
 Menekankan kepada konsep kesediaan belajar (tanpa paksaan)
 Menanam rasa suka dan minat membaca, bukannya mengajar membaca
secara intensif
 Mengguna kaedah yang memberi kebebasan pembelajaran,
pengupayaan dan belajar melalui bermain
 Mengembangkan bakat dan potensi kanak-kanak
 Menggalakkan kreativiti kanak-kanak melalui aktiviti seni seperti kraf,
musik, lukisan, nyanyian, tarian dan lakonan

14
 Meningkatkan kefahaman pelbagai budaya dan pergaulan antara etnik
 Melaksanakan amalan kesihatan dan pemakanan yang seimbang
 Melakukan pengesanan awal dan intervensi kanak-kanak berkeperluan
khas dan berisiko melalui kaedah pemerhatian berterusan dan aktiviti
yang berasaskan kebolehan individu dan bersesuaian dengan peringkat
umur.

3.1.1 Model Konseptual Kurikulum PERMATA Negara

Kurikulum PERMATA Negara dibina berasaskan kepada konsep berikut:

i. Pendidikan secara holistik atau whole brain learning.

ii. Pendekatan kurikulum menekankan pengupayaan kanak-kanak (empowerment)


di mana kanak-kanak digalakkan meneroka, mencuba, menjalankan eksperimen,
berinteraksi dengan rakan-rakan dan orang dewasa secara bebas dalam
persekitaran yang selamat.

iii. Pembelajaran adalah menyeronokkan (learning is fun), bertujuan membina


kemahiran sosial, kemahiran awal matematik dan awal literasi, merangsang
minda dan meningkatkan minat ingin tahu (curiosity) yang tinggi, di samping
membina sosioemosi yang ceria dan tenang.

iv. Kurikulum dan pedagogi melibatkan penyertaan aktif ibubapa dan komuniti,
termasuk pakar bidang awal kanak-kanak, pegawai kesihatan/perubatan,
psikologi, neurosaintis, sosiologis, jabatan-jabatan kerajaan dan pihak-pihak
berkuasa tempatan.

v. Program asas pengasuhan berkualiti untuk bayi dan kanak-kanak adalah


meliputi aspek-aspek membina hubungan emosi (attachment), penjagaan,
pemakanan, kebersihan, kesihatan, keselamatan dan keselesaan persekitaran
(well-being).

vi. Proses pendidikan disebatikan dengan proses pengasuhan agar perkembangan


pembelajaran kanak-kanak dapat berlaku secara serentak, optimum dan
berkesan

15
vii. Penaksiran dan penilaian kanak-kanak adalah berasaskan pemerhatian klinikal
menggunakan kaedah 'pedagogi bermain' (play pedagogy) yang direkodkan
dengan jelas.

PENDIDIK

PERKEMBANGAN
SAHSIAH, SOSIO-
EMOSI &
KEROHANIAN
PERKEMBANGAN
KREATIVITI & PERKEMBANGAN
ESTETIKA BAHASA ,
PEMAKANAN LATIHAN URUS KOMUNIKASI &
SIHAT DIRI AWAL LITERASIA

SISTEM MODAL IBU BAPA


PENDIDKAN
INSAN
KESIHATAN, PERKEMBANGAN
SENAMAN &
PERKEMBANGAN KEBERSIHAN AWAL
KECERGASAN
FIZIKAL KESELAMATAN MATEMATIK DAN
PEMIKIRAN LOGIK

PERKEMBANGAN
DERIA
&PEMAHAMAN
DUNIA
PERSEKITARAN

KOMUNITI

MODEL KONSEPTUAL KURIKULUM PERMATA NEGARA

Kurikulum PERMATA Negara mempunyai dua bidang utama, iaitu :


 Bidang pembelajaran
 Bidang asuhan kanak-kanak

3.1.2 Bidang Pembelajaran

Terdapat enam bidang perkembangan iaitu:


i. Perkembangan sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian
ii. Perkembangan bahasa, komunikasi, dan literasi awal
iii. Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
iv. Perkembangan fizikal
v. Perkembangan kreativiti dan estetika
vi. Perkembangan awal Matematik dan pemikiran logik

16
Berasaskan bidang asuhan dan bidang pembelajaran ini, dan berdasarkan
kepada perkembangan peringkat umur yang berbeza aktiviti anak PERMATA
Negara adalah berdasarkan modul :
Modul 1 : Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak PERMATA 0 hingga 6 bulan
Modul 2 : Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak PERMATA 6 hingga 12 bulan
Modul 3 : Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak PERMATA 1 hingga 2 tahun
Modul 4 : Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak PERMATA 2 hingga 3 tahun
Modul 5 : Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak PERMATA 3 hingga 4 tahun
Modul 6 : Pendekatan Projek untuk kanak-kanak 4 tahun lebih

3.1.3 Bidang Asuhan

Terdapat empat aspek dalam bidang asuhan iaitu:


i. Pemakanan sihat
ii. Latihan Urus Diri
iii. Senaman dan Kecergasan
iv. Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan

3.2 KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) - MODEL


KONSEPTUAL

3.2.1 Model Konseptual

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berasaskan enam tunjang, iaitu


Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri;
Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang
tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan
disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan
membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan
keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta
inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1.

17
Rajah 1: Kerangka Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Tunjang Komunikasi
Tunjang Komunikasi menekankan kepada kemahiran berbahasa secara lisan dan bukan
lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini mengandungi disiplin ilmu bahasa yang wajib
dipelajari oleh semua murid prasekolah iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi
murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil, mereka wajib mempelajari Bahasa
Cina/Bahasa Tamil.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai


Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi keutamaan kepada aspek penghayatan
amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Tunjang ini mengandungi disiplin ilmu
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid
beragama Islam, manakala Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama
Islam.

Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusiaan menekankan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang
kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global serta penghayatan
semangat patriotisme dan perpaduan.

18
Tunjang Keterampilan Diri
Tunjang Keterampilan Diri memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi dan
pembinaan kemahiran berinteraksi serta kemahiran sosial dalam kalangan murid.
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum juga
ditekankan dalam Tunjang ini.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika


Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika menekankan perkembangan jasmani dan
kesihatan untuk kesejahteraan diri serta pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat
dan apresiasi terhadap karya seni dalam kalangan murid. Tunjang ini melibatkan
komponen Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan; serta Kreativiti dan Estetika.

Tunjang Sains dan Teknologi


Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada pengetahuan sains,
kemahiran dan sikap saintifik; serta pengetahuan dan kemahiran matematik. Disiplin
ilmu yang terkandung dalam tunjang ini ialah Sains Awal dan Matematik Awal.

Fokus

Kurikulum Prasekolah berfokus untuk melahirkan murid yang mempunyai kebolehan


berkomunikasi dan bersosialisasi dengan yakin. Di samping itu, kurikulum ini
menghasratkan murid yang mampu menghadapi cabaran, menyelesaikan masalah,
berkeinginan untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran seterusnya.

Kemahiran Abad Ke- 21

Satu daripada hasrat KSPK adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran
abad ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup
dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran abad ke-21 bermatlamat
untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid
seperti dalam Jadual 1 supaya berupaya bersaing di peringkat global. Penguasaan SK
dan SP dalam kurikulum prasekolah menyumbang kepada pemerolehan kemahiran
abad ke-21 dalam kalangan murid.

19
3.3 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) - KESINAMBUNGAN
KURIKULUM PRASEKOLAH DENGAN TAHUN 1

3.3.1 Prinsip KSSR


Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini
dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

Bentuk Kurikulum
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk
pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi
asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-
tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran
dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan
bersepadu.

Rajah 2 : Insan seimbang

20
Rajah 3 : Konsep KSSR

Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan,
kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani,
emosi, jasmani dan sosial.

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh


KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi
keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid
dikembangkan secara bersepadu.

Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid


KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.

Pendidikan Seumur Hidup


KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukanoleh semua murid
sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang
hayat.

21
3.3.2 Fokus KSSR

KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi
penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan
menggunakan akal atau logik.

Rajah 4 : Empat Kemahiran KSSR

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas


4M. Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid
menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran
nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi


kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran
yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

3.3.3 Organisasi Kurikulum


KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata
pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran
juga diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan
dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul
mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk
dikuasai oleh murid.

22
Organisasi Tahap I
Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras
Tema dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di
bawah.

Rajah 5 : Modul KSSR

Modul Teras Asas


Modul Teras Asas merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul
Bahasa, Modul Matematik, Modul Pendidikan Jasmani, dan Modul Pendidikan
Kesihatan. Modul-modul ini mesti dipelajari oleh semua murid.
Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Modul
Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam.

Modul Teras Tema


Modul Teras Tema menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. Terdapat
dua modul Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi (DST).
Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. DST pula
menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat
& Komunikasi (TMK). Modul Teras Tema mesti dipelajari oleh semua murid.

Modul Elektif
Modul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti
Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan,
Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan
murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa. Pihak sekolah perlu memilih untuk
melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut

23
kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta
prasarana sekolah.

3.3.4 Kurikulum Berasaskan Standard


KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam
suatu tempoh dan tahap persekolahan.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang Satu penetapan kriteria atau petunjuk
murid patut ketahui dan boleh lakukan (indicator) kualiti pembelajaran dan
dalam suatu tempoh persekolahan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
merangkumi aspek pengetahuan, standard kandungan.
kemahiran dan nilai.

Rajah 11: Standard KSSR

24
3.4 LATIHAN

LATIHAN

1. Kurikulum PERMATA mempunyai kesinambungan dengan Kurikikulum


Standard Prasekolah Kebangasaan.
Dengan menggunakan peta i think yang sesuai, tunjukkan unsur
kesinambungan tersebut.

2. Pilih salah satu bidang bagi setiap kurikulum. Rancang aktiviti


pembelajaran mengikut bidang yang anda pilih mengikut peringkat umur.

PANDUAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

a. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 3 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk agihan tajuk)

b. Tajuk Pembelajaran: Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak

c. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:


 PERMATA NEGARA - Pemilihan / Penyediaan Bahan Bantu Pengajaran
dan Pembelajaran
 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) – Model Konseptual
 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) – Kesinambungan
Kurikulum Prasekolah dengan Tahun 1

d. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i . Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk/soalan
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk/soalan
iv. Kesimpulan

e. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

25
PERANCANGAN AKTIVITI BERDASARKAN KURIKULUM
UNIT 4
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK)

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

i Menghuraikan perancangan aktiviti berdasarkan kurikulum pendidikan awal


kanak-kanak, iaitu Kurikulum PERMATA dan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.
ii Menghuraikan pemilihan dan penyediaan bahan bantu pengajaran.

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai perancangan
aktiviti berdasarkan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak, iaitu Kurikulum PERMATA
dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Turut dibincangkan ialah pemilihan
dan penyediaan bahan bantu pengajaran.

KANDUNGAN UNIT

4.1 Perancangan aktiviti berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan


(KSPK)
4.2 Pemilihan/penyediaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran
4.3 Latihan

26
4.1 PERANCANGAN AKTIVITI BERDASARKAN KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

Pengelolaan aktiviti terbahagi kepada 3 iaitu;


 Aktiviti kelas
 Aktiviti kumpulan
 Aktiviti individu

Aktiviti secara kelas:

1. Semua murid 2. Pemupukan kemahiran


menjalankan aktiviti bersosial
yang sama serentak

AKTIVITI KELAS

3. Pemupukan nilai murni 4.Pemupukan


seperti Kerjasama, hormat kemahiran berfikir
menghormati, Keadilan dan secara kritis, kreatif
Semangat bermasyarakat dan inovatif

 Contoh Aktiviti Kelas:


- bercerita
- circle time
- nyanyian/ gerakan
- lawatan luar
- bersoal jawab
- eksperimen

27
Aktiviti kumpulan:
 Pengelolaan aktiviti secara kumpulan
 Kumpulan kecil ; bilangan ahli yang kecil 5-8 orang
 Murid menjalankan tugas bersama untuk menghasilkan satu hasil
 Pembelajaran secara kolaboratif atau usaha sama

1. Pembelajaran secara 2. Bilangan ahli yang


koloboratif atau usahasama kecil

6. Proses
3. Murid
penerapan nilai menjalankan
murni tugas bersama
AKTIVITI KUMPULAN untuk
menghasilkan
satu hasil

5. Proses pemupukan
kemahiran sosial dan
4. Pembelajaran melalui
penyelesaian masalah
rakan sebaya

Aktiviti yang boleh dijalankan


- Main doh, main pondok, main bongkah
- Main permainan tradisioanl
- Cantuman puzzle
- Berkebun
- Penerokaan
- Permainan bahasa/matematik
- Kolaj/capan/renjisan/cetakan/melukis/
- Pertandingan: menyusun huruf/perkataan/gambar bersiri

28
Pengelolan aktiviti secara individu

1. Peluang untuk murid menumpukan


kebolehan istimewa yang ada Murid bebas mencuba dan
2.
padanya bagi meningkatkan Meneroka dengan gaya tersendiri
Kefahaman tentang sesuatu konsep
3. Peluang untuk
mengaplikasikan Kemahiran
berfikir seperti membuat
6. Murid secara aktif
Perbandingan, menganalisis
membuat aktiviti
dan menyelesaikan masalah
seperti binaan dari
bongkah, bermain
dengan doh atau
AKTIVITI
bermain suai pasang INDIVIDU

4. Peluang untuk guru


berinteraksi dengan
5. Peluang untuk mengukuhkan nilai murid secara individu
Murni seperti berdikarai, kerajinan serta membimbing
dan sayangkan hak sendiri serta mereka membuat
menghormati hak orang lain keputusan

 Contoh Aktiviti individu

- Melukis gambar
- Menyusun gambar bersiri
- Menggunting/menampal
- Menguntai manik/bunga
- Mengenakan butang baju
- Membaca buku kecil/kad bacaan
- Main doh/suai pasang
- Membasuh tuala/ sapu tangan/peralatan mainan/peralatan makan

29
Pembelajaran berpusatkan murid

Pembelajaran digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru sebagai pemudahcara
atau pembinbing. Murid mencari jawapan sendiri menerusi penerokaan dan pengalaman
yang dibina sendiri. Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran. Aktiviti ini
berpandukan kepada teori konstruktivis iaitu menekankan pembelajaran berlaku apabila
terdapat perubahan tingkahlaku hasil daripada pembelajaran yang dibina sendiri
menerusi pengalaman baru.

Kebaikan aktiviti berpusatkan murid


- Mendorong minat meneroka
- Menggalakkan murid berdikari
- Membina keyakinan diri
- Membna pengetahuan menerusi cuba jaya
- Memahami sendiri sesuatu konsep
- Menyelesaikan masalah ingin tahu
- Memberi peluang memilih bidang yang diminati
- Memupuk minat kepada penyelidikan saintifik
- Menerima kegagalan sebagai satu pengalaman pembelajaran
- Mewujudkan suasana ceria dalam pembelajaran

-
Pembelajaran berpusatkan guru

Aktiviti berpusatkan guru bermaksud pembelajaran yang berlaku atas rancangan dan
arahan guru. Peranan guru sebagai penentu aras pengetahuan yang diperlukan oleh
murid-murid. Kemahiran dalam sesuatu konsep dirancang oleh guru dan dilaksanakan
menerusi latihan dan pengulangan. Murid tidak mempunyai pilihan dalam menentukan
pembelajaran. Pengajaran guru lebih kepada satu hala. Guru mengajar dan murid
menerima. Murid digalakkan mengemukakan soalan dan guru membantu mendapatkan
jawapan kepada masalah yang dikemukakan.

Aktiviti berpusatkan guru adalah berpandukan kepada teori behavioris yang juga
dikenali sebagai teori perkembangan. Teori ini menekankan pembelajaran berlaku
mengikut kronologi umur. Pengetahuan perlu dirancang mengikut peringkat keupayaan
murid.

30
Pendekatan satu konsep, unit, gabungjalin, bertema dan inkuiri merupakan
pembelajaran yang kebanyakannya ditentukan oleh guru dan murid menerima
pengetahuan yang disediakan.

Antara kebaikan aktiviti berpusatkan guru:


(i) pengurusan masa pembelajaran;
(ii) murid yang lemah dapat bantuan pembelajaran;
(iii) tiada penangguhan jawapan;
(iv) latihan kecekapan kemahiran;
(v) mengenal pasti kelemahan murid yang tidak aktif;
(vi) pengetahuan setara menerusi aktiviti yang sama;
(vii) pencapaian yang boleh dijangkakan untuk setiap murid; dan
(viii) mengingat secara hafalan dan latih tubi.

4.2 PEMILIHAN/PENYEDIAAN BAHAN BANTU PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Bahan dan peralatan memainkan peranan penting dalam membantu pengajaran dan
pembelajaran di kelas prasekolah. Peralatan dianggap sebagai bahan media pengajaran
dan pembelajaran yang membantu kefahaman murid dalam proses pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran yang disampaikan secara
lisan tanpa menggunakan bahan bantu akan mengelirukan kefahaman murid. Murid di
peringkat prasekolah memerlukan bahan konkrit untuk menjelaskan sesuatu perkara
yang dipelajari, terutama perkara-perkara di luar pengalamannya amat memerlukan
bahan dan peralatan untuk menjelaskan sesuatu konsep.

Terdapat dua jenis bahan yang digunakan dalam kurikulum iaitu bahan guru dan
bahan murid. Bahan guru adalah bahan yang digunakan oleh guru semasa membuat
persediaan pengajaran. Bahan murid adalah bahan yang digunakan semasa murid
terlibat dengan aktiviti pembelajaran.Peralatan merujuk kepada perabot dan benda-
benda yang besar dianggap berharga dan sebagai pelaburan jangka panjang untuk
kemudahan prasekolah. Bahan merujuk benda-benda kecil, selalunya habis guna yang
boleh ditukar ganti.

31
Pemilihan bahan dan peralatan adalah penting untuk disesuaikan dengan
keperluan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, bahan
mestilah tahan lasak dan harga yang bersesuaian. Terdapat beberapa faktor dalam
membuat pemilihan bahan dan peralatan di prasekolah. Guru boleh membina sendiri
peralatan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan buangan untuk dijadikan
bahan pengajaran dan pembelajaran adalah sebagai salah satu cara menggalakkan
murid berkreatif.

32
4.4 LATIHAN

LATIHAN

1. Bincangkan ciri-ciri pemilihan bahan bantu mengajar yang


sesuai digunakan di taska dan prasekolah?
2. Senaraikan bahan-bahan persekitaran atau bahan terbuang
yang boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar . Pilih
satu dan simulasikan dalam kelas anda.

PANDUAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

a. Media digunakan:
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekurang-kurangnya 1 jam bagi satu
sesi. (rujuk agihan tajuk)

b. Tajuk Pembelajaran: Perancangan Aktiviti Berdasarkan Kurikulum


Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)

c. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:


 Pemilihan/penyediaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran

d. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk/soalan
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk/soalan
iv. Kesimpulan

e. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

33
ISU DAN TRENDA DALAM KURIKULUM
UNIT 5
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK)

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

i Menghuraikan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas.


ii Menghuraikan kesediaan guru terhadap perubahan kurikulum dan tuntutan
semasa.
iii Menghuraikan persepsi masyarakat terhadap kurikulum Pendidikan Awal Kanak-
kanak, dasar-dasar semasa kerajaan, elemen merentas kurikulum serta
perkembangan teknologi pendidikan.

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai kanak-kanak
berkeperluan khas serta kesediaan guru terhadap perubahan kurikulum dan tuntutan
semasa. Turut dibincangkan ialah persepsi masyarakat terhadap kurikulum Pendidikan
Awal Kanak-kanak, dasar-dasar semasa kerajaan, elemen merentas kurikulum serta
perkembangan teknologi pendidikan.

KANDUNGAN UNIT

5.1 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)


5.2 Latihan

34
5.1 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) selain yang ditetapkan dalam standard
kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan
keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa
dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti bahasa,
sains dan teknologi, kelestarian alam sekitar, nilai murni, patriotisme serta teknologi
maklumat dan komunikasi.

Elemen merentas kurikulum (semakan 2017), di tambah menjadi 10, iaitu


bahasa, sains dan teknologi, kelestarian alam sekitar, nilai murni, patriotism, teknologi
maklumat dan komunikasi, kreativiti dan inovasi, keusahawanan, kelestarian global dan
pendidikan kewangan. Empat elemen yang ditambah dikenal pasti sebagai pelengkap
kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah memastikan
kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Penerangan setiap Elemen Merentas Kurikulum (EMK) KSSR (semakan 2017)

Bahasa
 Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua
mata pelajaran.
 Semasa PdPc bagi setiap mata pelajaran, aspek sebut, struktur ayat,
tatabahasa,
 Istilah dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun
idea dan berkomunikasi secara berkesan.

Kelestarian Alam Sekitar


 Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu
dipupuk melalui PdP semua mata pelajaran.
 Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dalam
membentuk etika murid untuk menghargai alam.

35
Nilai Murni
 Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid akan
kepentingan dan mengamalkannya.
 Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan
yang menjadi amalan dalam kehidupan harian.

Sains dan Teknologi


 Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan literasi
sains serta teknologi dalam kalangan murid.
 Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang
kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan.
 Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdPc merangkumi empat perkara
iaitu :
a. Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan
dengan sains dan teknologi)
b. Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu)
c. Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan)
d. Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdPc

Patriotisme
 Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti
kokurikulum dan khidmat masyarakat.
 Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan
negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Kreativiti dan Inovasi


 Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul,
mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli
melalui ilham atau gabungan idea yang ada.
 Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan
mempraktikkan idea.
 Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan
pembangunan modal insan yang mampu menghadapi cabaran Abad 21
 Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam PdPc.

36
Keusahawanan
 Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciir-ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.
 Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti yang mampu
memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta
membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


 Penerapan elemen TMK dalam PdPc memastikan murid dapat mengaplikasi dan
mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari.
 Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah
menjadikan PdPc lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti
pembelajaran.
 TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan sebagai
pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata
pelajaran.

Kelestarian Global
 Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan murid berdaya fikir lestari
yang bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan harian dengan
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi melalui elemen
Penggunaan dan Pengeluaran Lestari, Kewarganegaraan Global dan
Perpaduan.
 Elemen Kelestarian Global penting dalam menyediakan murid bagi menghadapi
cabaran dan isu semasa di peringkat tempatan, negara dan global.
 Elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan dalam mata pelajaran yang
berkaitan.

Kewangan
 Penerapan elemen pendidikan kewangan bertujuan membentuk generasi masa
hadapan yang berkeupayaan membuat keputusan kewangan yang bijak,
mengamalkan pengurusan kewangan yang beretika serta berkemahiran
menguruskan hal ehwal kewangan secara bertanggungjawab.
 Elemen pendidikan kewangan boleh diterapkan dalam PdPc secara langsung
ataupun secara sisipan. Penerapan secara langsung adalah melalui tajuk-tajuk

37
seperti Wang yang mengandungi elemen kewangan secara eksplisit seperti
pengiraaan faedah mudah dan faedah kompoun. Penerapan secara sisipan pula
diintegrasikan melalui tajuk-tajuk lain merentas kurikulum. Pendedahan kepada
pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar adalah penting bagi
menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dapat
diaplikasikan secara berkesan dan bermakna.

38
5.2 LATIHAN

LATIHAN

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan


Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.
Secara berkumpulan (3 orang), rancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan EMK dalam pendidikan awal
kanak-kanak

PANDUAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

a. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk agihan tajuk)

b. Tajuk Pembelajaran: Isu dan Trenda Dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak

c. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:-


 Dasar-dasar semasa kerajaan
 Perkembangan Teknologi Pendidikan

d. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk/soalan
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk/soalan
iv. Kesimpulan

e. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

39
BIBLIOGRAFI

Akker, J.J.H. van den. 2003. Curriculum perspectives: an introduction. Dalam J. van den
Akker, W. Kuiper & U. Hameyer (Eds.), Curriculum landscape and trends (hlm. 1-
10). Dordrecht: Kluwer Academic Publishers.

Baldock, P. (2011). Developing early childhood services, past, present and future.
Glasgow: The McGraw Hill Companies.

Brewer, J.A. (2014). Introduction to early childhood education: preschool through


primary grades. (6th. Edition) New York: Pearson Education Inc.

Brown, R.A. 2007. Curriculum consonance in technology education classrooms: The


official, intended, implemented, and experienced curricula. Unpublished doctoral
dissertation, Indiana University. (UMI No. 3278212).

Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman (2007). Tadika berkualiti. Kuala
Lumpur: PTS.

Cuban, L. 1992. Curriculum stability and change. Dalam P. Jackson (Ed.), Handbook of
research on curriculum (hlm. 216-242). New York: Macmillan Publishing
Company.

Essa, E. L. (2014). Introduction to early childhood education. (7th ed.). Belmont:


Wadsworth Cengage Learning.

Henniger, M, L (2017). Teaching Young Children, An Introduction (6th ed) New Jersey,
Pearson Education.

Jabatan Perdana Menteri. Kurikulum PERMATA Negara (2011). Cyberjaya: Bahagian


Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA). Perbadanan Percetakan Negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025 (Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah). Putrajaya: Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Flipped Classroom Prasekolah. Putrajaya:


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran KSPK. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran KSSR Sains Tahun 2. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Marie, A. E. (2012). Curriculum for young Children: An introduction. (2nd ed.) Belmont:
Wadsworth Cengage Learning.

Mayesky, M. (2015). Creative activities and curriculum for young children. (11th ed.).
Australia: Cengage Learning.

Morrison, G. S. (2015). Early childhood education today. (12th ed.). New Jersey: Pearson
Education Inc.

40
Morrison, G. S. (2017). Fundamentals of early childhood education. (8thed.).United
States. Pearson Merill Prenticer Hall.

Ornstein, A.C. & Hunkins F.P. (2012). Curriculum: Foundations, Principles, and
Issues.(6th ed.) Allyn & Bacon

Puckett, M. B. & Diffily, D. (2004). Teaching Young Children: An Introduction to the


Early Childhood Profession, (2nd ed.). NY: Thomson Delmar Learning.

Rohaty Mohd Majzub. (2003). Pendidikan prasekolah: Cabaran kualiti. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Sufean Husin. (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

41
PENYELARAS MODUL PDPM (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)

Nama Pegawai Akademik

Dr. Siti Iwana binti Abu Samah Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak

PANEL PENGGUBAL
PAKKD2023 KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Bil. Nama Kelayakan Akademik


PhD (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
M.A Pendidikan (Sekolah Rendah)
1 Dr. Rusini binti Kamaluddin
B.A (Hons) (Pengajian Melayu)

Pn. Normasura binti Hj M Ed. (Pendidikan Awal Kanak-kanak)


2
Jani Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)

42
SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada


pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Buatkan ujikaji.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam


penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting


dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam


modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

43
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan.

Sediakan graf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih
jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah


dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

44

Anda mungkin juga menyukai