Anda di halaman 1dari 29

LOGO

LOGO

CIRI2
KOMUNIKASI
BERKESAN
GBM1103 : BAHASA MELAYU
KONTEKSTUAL
DR. NOOR
Ciri-ciri komunikasi yang berkesan

1. Menggunakan bahasa secara positif

2. Bersifat empati

3. Menjadi pendengar yang baik

4. Menguasai teknik menyoal

5. Menjaga air muka orang lain

6. Bersikap terbuka

7. Bahasa tubuh yang berkesan


DEFINISI KOMUNIKASI

• Proses di mana manusia menghantar dan


menerima mesej
• Proses di mana manusia berkongsi atau
bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan
• Proses interaksi antara manusia , di mana
orang ramai bertutur dan bertukar-tukar
pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan
tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar
maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau
mental mereka
Komunikasi berkesan

• Mesej yang disampaikan difahami dengan


tepat dan jelas oleh penerima
• Makna mesej difahami dan dikongsi bersama
oleh penghantar dan penerima
• Perubahan yang berlaku (sekiranya
dikehendaki) akibat mesej adalah seperti
perubahan yang dikehendaki pengguna
• Mesej yang disampaikan mempunyai unsur
kos-efektif
1.Menggunakan bahasa secara positif
• Bahasa adalah elemen yang sangat penting dalam berkomunikasi
secaran lisan atau dalam bentuk bertulis.
• Cara seseorang mengekspresikan diri akan mempengaruhi sama
ada mesej diterima secara positif atau negatif.
• Ketika kita menyampaikan sesuatu maklumat yang kurang
menyenangkan, kita boleh menyampaikannya dengan lebih
santun menggunakan bahasa positif.
• Dengan berkomunikasi secara positif lebih memungkinkan
penyampai mendapatkan kerjasama daripada penerima.
Ciri-ciri positif

Beri sokongan dan


Beritahu orang tidak bercakap
tentang perkara yang kosong
dapat dilakukan CIRI-CIRI

POSITIF Menekankan
Menyarankan pilihan Tindakan
yang ada bagi penerima positif

Nyatakan dialog kata-kata positif

[Image Info] www.wizdata.co.kr - Note to customers : This image has been licensed to be used within this PowerPoint template only. You may not extract the image for any other use.
CIRI-CIRI NEGATIF

• Mengatakan orang lain Nada suka


tentang perkara yang tidak menyalahkan orang
boleh lakukannya. lain

1 2

3 4

Kata-kata seperti tidak


boleh, tidak mahu, tidak Tidak menekankan
mampu dll. Tindakan yang positif

Berikan contoh dialog kata-kata negatif???


Pilihan ditangan anda???

Ciri-ciri
Positif
dan
Negatif
2) Bersifat Empati
• Empati adalah kemampuan seseorang untuk
mengetahui apa yang dialami orang lain dari
sudut pandang dan perspektif orang
tersebut/kemampuan kita menempatkan diri
kita pada situasi/ keadaan yang dihadapi oleh
orang lain.
• Komunikasi ini mewujudkan interaksi yang
membolehkan satu pihak memahami sudut
pandangan pihak yang lain.
• Komunikasi empati dapat menjalin
persefahaman antara kedua-dua belah pihak.
Sabar dan Bersangka
tidak Tenang baik Memahami
menyampuk

Cara memupuk sikap empati dalam


komunikasi
Ciri-ciri Empati

1. Minat dan tertarik dengan pandangan orang


lain.
2. Sentiasa bersabar dan berusaha memperoleh
penjelasan yang secukupnya.
3. Bersikap tenang walaupun apa yang diluahkan
oleh orang lain melibatkan emosi sendiri
(contoh: marah, sedih dll.)
4. Bersikap bebas daripada prasangka dan tidak
membuat penilaian awal.
5. Menunjukkan sikap memahami orang lain.
3) Menjadi pendengar yang baik
• Mendengar adalah sebuah proses yang dilakukan
oleh indera pendengaran kita. Proses mendengar
akan memberikan pengertian dan pemahaman
terhadap sesuatu maklumat yang diterima,
• Untuk mampu mendengar kita memerlukan
keupayaan, konsentrasi dan fokus.
• Menjadi pendengar yang baik adalah sangat penting
bagi menghasilkan komunikasi yang berkesan.
• Pendengar yang baik harus tahu bila dia perlu
memperkatakan sesuatu, dan bila pula dia perlu
mendengar apa yang diperkatakan.
Ciri-ciri Pendengar yang Berkesan
1. Fokus dalam mendengarkan apa yang
hendak disampaikan.
2. Sabar dan tidak memotong percakapan
orang lain.
3. Beri sepenuh perhatian dan tunjukkan
bahawa anda mendengar dengan penuh
minat dan tunjukkan yang anda faham apa
yang diperkatakan
4. Tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan.
• Kebiasaan pendengar yang kurang baik:
1. Beranggapan bahawa perkara yang
dibincangkan tidak menarik/tidak penting
2. Mendengar secara memilih.
3. Fikiran menerawang/ tidak fokus.
4. Mencelah atau menyampuk/memberikan
komen sebelum orang yang bercakap itu
menghabiskan percakapannya.
5. Mengalihkan perhatian kepada hal-hal di luar
lingkungan perbincangan.
4) Menguasai teknik menyoal untuk
mendapatkan maklumat
• Dalam komunikasi, menyoal merupakan cara paling
mudah untuk memperoleh maklumat- maklumat yang
diperlukan dengan cepat dan tepat.
• Penyoalan boleh berlaku sama ada di pihak
penyampai atau penerima masej
• Menyoal dapat
-Meningkatkan motivasi dengan menggerak minda
-Menilai pemahaman
-Mengekalkan perhatian
-Mengeratkan interaksi dan hubungan sosial
-Memperoleh pengetahuan baru
6. Menjaga air muka orang lain
• Air muka adalah imej kendiri yang kita tonjolkan
kepada umum.
• Gambaran imej berkaitan harga diri, status atau
kedudukan dan maruah Imej diri yang kita tunjukan
mengikut situasi/keadaan.
• Menjaga air muka sendiri dan orang yang dilawan
bercakap amat penting dalam berkmunikasi.
• Menjaga air muka orang lain bererti menghormati
keperluan orang tersebut serta menghindari
kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah/ imej
orang tersebut
Cara menjaga air muka orang lain ketika
berkomunikasi
1. Menggunakan kata-kata yang sopan- tidak menghina dan
merendah-rendahkan peribadi orang lain
2. komunikasi tidak terus (cakap berlapik)- makna bergantung
kepada situasi dan diri individu
3. Mementingkan empati.
4. Merendah diri – tidak bercakap besar.
5. Hormat dan memahami budaya orang lain / cara
berkomunikasi orang lain.
6. Melebihkan orang lain daripada diri sendiri – mendengar
bila orang bercakap
7. Strategi penolakan yang sopan –tunggu masa/tempat yang
sesuai, pilih ayat/kata yang sesuai - menyatakan tidak
secara langsung.
6. Bersikap terbuka
• Bersikap terbuka ialah rela menerima idea-idea
baharu/pendapat orang lain.
• Sikap keterbukaan dapat mewujudkan sikap saling
memahami, menghormati, menghargai dan
bekerjasama antara anggota masyarakat.
• Penghantar dan penerima saling menghargai dan
menghormati serta menjamin hak-hak orang lain
• Dengan bersikap terbuka, masing-masing
memahami hak dan kewajipannya dalam
berkomunikasi dengan memberi peluang orang lain
untuk berkomunikasi (memberi pendapat,
mengemukakan soalan dan lain-lain)
Ciri-ciri keterbukaan dalam komunikasi

1. Menerima kritikan dan cadangan daripada orang


lain.
2. Memberi kesempatan kepada orang lain untuk
memberikan pendapat dan menyampaikan
aspirasi secara terbuka.
3. Saling mengingatkan apabila ada yang melakukan
kesilapan.
4. Tidak mengejek apabila ada yang melakukan
kesilapan.
5. Tidak marah apabila ditegur secara terbuka
6. Mampu menambah baik kesilapan atau
kekurangan yang ada pada diri.
Bahasa tubuh yang berkesan
• Bahasa Tubuh adalah komunikasi nonverbal
(tanpa kata-kata). Bahasa tubuh merupakan
proses pertukaran pikiran dan gagasan di
mana mesej yang disampaikan dapat berupa
isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata,
sentuhan, artifak (lambang yang digunakan),
diam, waktu, suara, serta postur dan gerakan
tubuh. (Richard E. Potter dan Larry A. Samoval
2006).
• Bahasa tubuh yang baik dapat menunjukkan
Bahasa tubuh dalam komunikasi

1. Ekspresi muka: mimik muka menentukan reaksi orang


lain
2. Gestur: isyarat dapat menggantikan ucapan
3. Kontak mata: mata dapat membaca apa yang ada di
hati
4. Sentuhan fizikal: contohnya cara berjabat tangan
dapat mengukur sejauh mana sesuatu hubungan
5.Nada suara: tinggi rendahnya suara dapat
menentukan erti/ makna ucapan
6. Jarak/ posisi berkomunikasi: jarak ketika
berkomunikasi berperanan untuk menandai jenis mesej
itu sama ada umum ataupun rahsia.
Kepentingan Bahasa tubuh dalam
berkomunikasi

1. Untuk menghindari kesalahfahaman


informasi.
2. Untuk memperkuat pengaruh komunikasi.
3. Untuk membina hubungan dengan lebih
cepat.
4. Untuk mengenali tanda pembohongan.
5. Untuk mengenali adanya tanda kebosanan.
6. Untuk mengerti apa yang tidak dikatakan
dan ada difikiran orang yang bercakap.
Contoh penggunaan bahasa tubuh ketika
berkomunikasi

1. Senyum - menandakan perasaan orang sedang senang hati,


selesa, setuju.
2. “Eye Contact” - menandakan keterbukaan,berminat, terus
terang.
3. Anggukan kepala - menandakan persetujuan, akrab, suka.
4. Menggaru belakang kepala/leher- menandakan kesan
bohong/ragu.
5. Memukul tubuh sendiri (kepala, dahi atau paha)-
menandakan lupa atau menyalahkan diri sendiri.
6. Tangan membentuk pyramid – menandakan sikap percaya
pada diri sendiri, mempunyai pendapat yang diyakini.
MENGAPA PERLU BERKOMUNIKASI DENGAN
BERKESAN???
APAKAH AKAN TERJADI JIKA KOMUNIKASI TIDAK
BERKESAN????
JAWAPAN
• Orang akan mendapati diri anda lebih menarik
• Anda akan mendapat ramai kawan
• Anda akan lebih difahami
JAWAPAN
• Anda akan selalu salah faham dan bertengkar
• Anda susah difahami oleh orang lain
• Segala kemahuan tidak dapat dicapai
• Anda tidak disukai
Soalan Tutorial

1. Bahasa ialah alat yang sangat penting dalam komunikasi secara lisan dan
tulisan. Cara anda mengekspresikan bahasa akan mempengaruhi penerimaan
mesej anda sama ada secara positif atau negatif.

a. Jelaskan kebaikan penggunaan Bahasa positif semasa proses pengajaran


dan pembelajaran (5 markah)

b. Nyatakan halangan yang terdapat dalam komunikasi semasa proses


pengajaran dan pembelajaran (5 markah)
LOGO

LOGO

Your company slogan in here

www.themegallery.com

Anda mungkin juga menyukai