Anda di halaman 1dari 8

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)

ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 8/ 2019 (1-8)

Meningkatkan kemahiran menyoal dalam pengajaran

Enhancing questioning skills in teaching

Syafiq Mah Hasan


Fakulti Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Corresponding author email: syafiqnor1996@gmail.com

Abstrak
Terdapat beberapa kemahiran yang boleh dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seperti kemahiran menyoal, kemahiran menerang atau demonstrasi dari guru dan demonstrasi dari
pelajar. Kemahiran menyoal merupakan soalan-soalan yang digunakan untuk mengetahui penguasaan
pelajar terhadap pelajaran yang dipelajarinya dan kemahiran menyoal ini juga digunakan untuk melihat
masalah yang dialami oleh pelajar dalam pelajaran. Menyoal tidak hanya tertumpu kepada soalan-soalan
yang berfokus satu perkara sahaja akan tetapi boleh dijadikan soalan bercambah dan melalui kemahiran
menyoal ini dapat meningkat kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Tanpa kemahiran menyoal, guru
tidak akan mengetahui tahap pemahaman pelajar mengenai maklumat yang disampaikan sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan ini menfokuskan kepada kemahiran menyoal dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan di dalam kelas makro pengajaran. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa kemahiran menyoal adalah penting bagi guru untuk melihat tahap
penguasaan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan itu, kemahiran menyoal juga
dapat mewujudkan komunikasi dua hala antara guru pelatih dengan pelajar dan menyebabkan proses
pengajaran lebih berkesan.

Kata Kunci: Kemahiran menyoal, pengajaran, pembelajaran

Abstract
There are several skills that can be implemented in teaching and learning process such as questioning,
explanation skills or teachers’ and students’ demonstration skills. Questioning skill is a set of questions
in which used by teachers to understand to what extent their students experience mastery in learning
process as well as to identify the problems experienced by the students. Questioning is not only focusing
on one subject matter, it is also can be used to generates other linking questions. This questioning process
could enhance the students’ higher order thinking. Without using the questioning skill, it may hinders
the teachers from truly understand the level of students’ understanding regarding the input from the
teaching and learning process. Hence, this action research focuses on questioning skill in teaching and
learning process was conducted in macro-teaching class. The finding showed that questioning skills is
an imperative skills in examining the students’ level of mastery in teaching and learning process. In
addition, questioning skills would also leads to two-way communication between teacher and the
students that results in more effective teaching and learning process.

Keywords : questioning skill, learning, teaching

PENGENALAN

Kemahiran menyoal adalah satu kemahiran yang sering digunakan oleh guru untuk mengetahui
tentang penguasaan pelajar dalam subjek yang dipelajari. Selain itu, kemahiran menyoal juga
digunakan oleh guru untuk melihat sejauhmana keberkesanan proses pengajaran yang
dikendalikan. Mengikut Mohd Syaubari dan Ahmad Yunus (2017), penguasaan proses menyoal
secara menyeluruh adalah salah satu pendekatan yang di bahaskan sebagai teknik pengajaran
berteraskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Dalam konteks pengajaran dan
pembelajarn, guru mengemukakan soalan-soalan kepada pelajar berkait dengan topik
pengajaran dan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi pelajar, khasnya dalam
penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi.

1
Meningkatkan kemahiran menyoal dalam pengajaran

Kemahiran Menyoal
Kemahiran menyoal ini adalah penggunaan soalan yang merupakan salah satu cara yang
digunakan oleh guru untuk menyampaikan kandungan pelajaran kepada para pelajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukakan perlulah berpotensi untuk membantu pelajar untuk mencapai
keupayaan kognitif secara optimum. Penguasaan kemahiran menyoal oleh guru bukan sahaja
dapat mengetahui pemahaman pelajar tentang maklumat yang disampaikan oleh guru, malah
kemahiran menyoal dapat menggerakkan minda pelajar, menilai pemahaman pelajar berkenaan
isi pelajaran, dan juga membimbing pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat tiga prinsip yang boleh digunakan sebagai panduan penggunaan untuk guru
melaksanakan kemahiran menyoal dengan berkesan. Tiga prinsip berkenaan yang perlu
difahami guru adalah prinsip pembentukan soalan, prinsip teknik mengemukakan soalan, dan
prinsip penerimaan jawapan. Huraian lanjut bagi setiap prinsip kemahiran menyoal adalah
sebagaimana berikut.

a) Pembentukan soalan iaitu guru haruslah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan
pembelajaran sebelum pengajaran dimulakan dan tentukan bahawa soalan yang
dikemukkan secara lisan dapat didengari oleh pelajar seluruh kelas.

b) Teknik mengemukakan soalan iaitu guru menggalakkan setiap pelajar memikirkan


jawapan, guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk
memberi masa mereka berfikir, kemudian menyebut nama pelajar.

c) Penerimaan jawapan iaitu pujian hendaklah diberikan oleh guru kepada pelajar yang telah
memberi jawapan yang betul untuk menggalakan pelajar berusaha memberi jawapan
dengan lebih baik. Jika jawapan yang dikemukan oleh pelajar kurang lengkap, guru perlu
memberi peluang kepada pelajar lain melengkapkan jawapan tersebut. Setelah itu, guru
perlu memberi jawapan terhadap soalan yang dikemukakan.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Selesai membentangkan makro pengajaran yang kedua, pengkaji mengenalpasti kelemahan dan
kekurangan yang ada pada diri pengkaji semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku di dalam kelas hasil daripada penilaian para pelajar melalui soal selidik dan
pemerhatian. Antara kelemahan dan kekurangan yang dapat dikenalpasti oleh pengkaji adalah
pengkaji kurang fokus dan kurang mengawal keadaan kelas dengan baik dalam menyampaikan
maklumat atau mesej kepada pelajar.

Selain itu, pengkaji juga kurang mempraktikan beberapa kemahiran untuk diaplikasikan di
dalam kelas. Kelemahan-kelemahan ini berlaku dalam pengunaan kemahiran menyoal.
Sepatutnya selepas pengkaji mengajar atau menyampaikan maklumat di dalam kelas, pengkaji
perlu menggunakan kemahiran menyoal untuk melihat adakah para pelajar memahami
maklumat yang disampaikan oleh pengkaji. Disebabkan kemahiran menyoal tidak digunakan
oleh pengkaji sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi kelas berbentuk
komunikasi sehala sahaja iaitu pelajar hanya mendengar sahaja. Meskipun pengkaji berjaya
menghabiskan sukatan pengajaran yang dirancang, namun pengkaji tidak dapat mengetahui
penguasaan pelajar mengenai maklumat yang disampaikan oleh pengkaji sewaktu proses
pengajaran.

2
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 8/ 2019 (1-8)

Seterusnya, apa yang dilihat semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tanpa
menggunakan kemahiran menyoal, ia menyebabkan proses pembelajaran hanya berfokuskan
pada guru sepenuhnya bukan melibatkan pelajar. Proses pengajaran yang baik memerlukan
pengkaji untuk melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran mereka, dengan demikian
wujudnya interaksi dua hala antara pengkaji dengan pelajar. Oleh itu, pengkaji perlu mengusai
kemahiran menyoal. Contohnya dengan mengajukan soalan kepada seluruh kelas, memberikan
masa untuk pelajar berfikir, memilih pelajar untuk menjawab, memberi respon kepada jawapan
pelajar, serta memberi ringkasan jawapan daripada persoalan yang dikemukakan.

MASALAH KAJIAN

Masalah kajian yang dihadapi oleh pengkaji adalah masalah dalam penggunaan kemahiran
menyoal di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini
menyebabkan pelajar kurang memahami perkara yang cuba disampaikan oleh pengkaji kerana
pengkaji tidak membuka soalan kepada pelajar dan juga tidak menggunakan kemahiran
menyoal untuk membantu pelajar memahami maklumat yang di sampaikan. Menurut Roselan
(2003), beliau menjelaskan bahawa masalah dalam pengajaran guru adalah proses penyoalan,
namun perkara ini tidak disedari sehingga menjadi masalah utama kebanyakan guru. Oleh itu,
sekiranya penguasaan kemahiran menyoal ini tidak disedari oleh guru, hal ini akan
menyebabkan guru sukar untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan
pelajar dan menjadikan KBAT sebagai satu budaya dalam diri pelajar. Tambahan pula, hasil
kajian Chew Fong Peng dan Zul Hazmi Hamad (2018) menunjukkan bahawa KBAT perlu
dijadikan budaya dalam teknik penyoalan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
bagi menghasilkan kualiti pelajar yang benar-benar berkualiti dan bertaraf dunia.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menyoal supaya proses maklumat dengan
menggunakan set induksi dan bahan-bahan Proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih berkesan.

METOD KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang menggunakan model kajian tindakan Kemmis
dan McTaggart (1988). Menurut Chua (2006), kajian tindakan adalah merupakan satu proses
berulangan iaitu kajian yang berterusan ke atas amalan sosial dan penyelidik membuat refleksi
tentang tindakannya dalam kitaran pertama sebelum kitaran kedua bermula sama ada
tindakannya telah mengubah keadaan semasa atau pun tidak. Kajian ini telah dilaksanakan oleh
pengkaji di dalam kelas makro pengajaran yang melibatkan seramai 12 orang pelajar.

PROSEDUR KAJIAN

Prosedur kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah merujuk kepada rajah kitaran berdasarkan
model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988).

3
Meningkatkan kemahiran menyoal dalam pengajaran

Rajah 1: Model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988)

Perancangan

Berdasarkan permasalahan ini, pengkaji telah mengenalpasti kelemahan yang timbul berpunca
daripada kelemahan pengkaji sendiri (iaitu sebagai guru) serta hasil daripada maklumbalas dan
perbincangan daripada penyelia. Kelemahan dari segi kemahiran menyoal telah menyebabkan
sesi pengajaran dan pembelajaran telihat membosankan dan pelajar di dalam kelas tidak aktif
bertanya kerana guru tidak mengemukakan soalan kepada pelajar dan tidak membenarkan
pelajar mengemukakan soalan kepada guru. Bukan itu sahaja, proses proses pengajaran dan
pembelajaran juga tidak jelas kerana kelemahan guru dari segi kemahiran menyoal telah
menyebabkan guru tidak mengetahui maklumat yang disampaikan difahami oleh pelajar atau
tidak. Pengkaji mendapati kemahiran menyoal ini sangat penting untuk menarik minat pelajar
di dalam kelas dan mencabar kognitif pelajar. Selain itu juga, melalui pembacaan yang telah
pengkaji lakukan, terdapat beberapa aspek yang perlu pengkaji lakukan dan praktikan dalam
untuk kemahiran menyoal agar tercapai objektif yang ingin disampaikan. Antara aspek yang
dirancang adalah :

a) Masa kajian

Pengkaji telah melakukan proses pengajaran semula selama 30 minit sahaja dan
menekankan kemahiran menyoal serta melaksanakan aktiviti pengukuhan berkaitan
maklumat yang telah pengkaji sampaikan di dalam kelas.

b) Pelajar yang terlibat

Pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah segelintir daripada pelajar yang menghadiri
kelas makro pengajaran.

c) Kemahiran fokus

Pengkaji memfokuskan kepada cara untuk memperbaiki kemahiran menyoal pengajaran.


Sebelum memulakan kelas, pengkaji membuat ulangkaji dan analisis terlebih dahulu
tentang teknik dan prinsip menyoal yang perlu ada dalam kemahiran menyoal. Setelah
mengulangkaji tentang bagaimana untuk membuat kemahiran menyoal yang baik,
pengkaji merancang untuk mengemukakan soalan berkaitan topik yang diajar.

4
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 8/ 2019 (1-8)

d) Pendekatan/Model/ Kaedah Pengarang

Sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pengkaji telah menggunakan Teori
Pembelajaran Masteri kerana teori ini menekankan tentang kefahaman dan penguasaan
pelajar terhadap isi pengajaran yang ingin pengkaji ajarkan. Selain itu juga, pemilihan teori
ini digunakan bagi memudahkan penerangan tentang hasil pembelajaran yang pelajar akan
dapat pada akhir pengajaran. Bukan itu sahaja, yang menarik menggunakan teori ini adalah
apabila pengkaji dapat mengenalpasti pelajar yang kurang faham sewaktu pengkaji
mengajar dan teori ini juga boleh membantu pelajar menguasai sesuatu pembelajaran
melalui kaedah atau aktiviti pembelajaran yang menarik serta boleh mendorong mereka
supaya lebih minat untuk belajar dan pengkaji boleh memperbaiki lagi teknik pengajaran
pengkaji dengan melihat kelemahan dalam pengajaran pengkaji.

e) Bahan bantu mengajar

Pengkaji menggunakan bahan bantu mengajar yang sama digunakkan dalam kelas makro
pengajaran terdahulu. Antaranya adalah video nyanyi buahan tempatan. Penayangan video
ini adalah untuk menggalakkan pelajar meneka topik yang akan diajarkan. Pengkaji
memilih untuk menayangkan video tersebut kerana pengkaji mengetahui para pelajar akan
semangat melihat dan bernyanyi bersama-sama. Oleh itu, pengkaji tidak mengubah video
tersebut dan juga digunakan dalam kelas makro pengajaran kedua.

Seterusnya, pengkaji juga menggunakan slaid power point sebagai bahan bantu untuk
makro pengajaran yang kedua. Slaid power point ini digunakan membantu pelajar lebih
memahami maklumat yang ingin disampaikan oleh pengkaji.

Pengkaji juga menggunakan bahan kertas A4 yang tertulis teka silang kata. Tujuan teka
silang kata ini untuk melihat adakah pelajar mengetahui buahan temapatan yang lain selain
buah diajar oleh pengkaji.

f) Alat yang digunakan untuk memungut data

Alat yang digunakan oleh pengkaji untuk memungut data ialah melalui borang soalan
selidik berkaitan kemahiran menyoal. Pengkaji bercadang untuk menilai komponen
kemahiran menyoal seperti ajukkan soalan kepada seluruh kelas, memberikan masa untuk
berfikir, memilih pelajar untuk menjawab, memberi respon kepada jawapan pelajar, dan
memberi tingkasan jawapan.

g) Perancangan Pengajaran

Pengkaji telah membuat Rancangan Pengajaran harian (RPH) yang akan digunakan
sewaktu makro pengajaran yang kedua. Strategi pengajaran yang pengkaji pilih ialah
berpusatkan pelajar. Pengkaji memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya dalam kelas
supaya pelajar memahami apa yang disampaikan oleh pengkaji.

Perlaksanaan aktiviti

Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan dan dirancang untuk membantu pengkaji
meningkatkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dalam kalangan pelajar-pelajar pengkaji.

a) Set Induksi

Aktiviti ini merupakan pengenalan tentang tajuk atau topik yang akan pengkaji terangkan
kepada pelajar-pelajar dimana pengkaji menanyangkan video lagu buah-buahan tempatan
dan meminta pelajar bersama menyanyikan.

5
Meningkatkan kemahiran menyoal dalam pengajaran

b) Penerangan

Aktiviti ini di mana pengkaji menerangkan konsep buah-buahan tempatan, lima jenis
buahan tempatan dan khasiat lima jenis buah tersebut. Khasiat-khasiat lima jenis buahan
tempatan diterangkan dengan jelas supaya pelajar memahami dan pengkaji juga
menggunakkan teknik menyoal kepada pelajar untuk mengetahui apakah maklumat yang
pengkaji sampaikan di fahami oleh pelajar.

c) Aktiviti papan putih

Melalui aktiviti ini, pengkaji yang berperanan sebagai guru telah menyenaraikan lima
buahan tempatan yang telah diajar oleh pengkaji pada papan putih. Selepas itu, pengkaji
memberi masa kepada pelajar untuk mengingati semula apa khasiat buah-buahan tersebut
yang telah dipelajari. Setelah itu, pengkaji memanggil lima orang pelajar untuk
menyenaraikan khasiat buah-buahan tempatan yang dipelajarinya pada papan putih.
Aktiviti ini sebagai pengukuhan kepada pelajar untuk mengingati kembali khasiat buah-
buahan yang telah dipelajari mereka.

d) Aktiviti teka silang kata

Bagi aktiviti teka silang kata, pengkaji yang berperanan sebagai guru mengedarkan kertas
teka silang kata kepada pelajar. Pelajar diberi masa untuk mengisi teka silang kata melalui
pembayang yang diberikan oleh pengkaji. Pengkaji menyediakan beberapa pantun sebagai
pembayang dan pelajar perlu mengisi jawapan tersebut. Tujuan aktiviti ini untuk melihat
adakah pelajar mengetahui buahan tempatan yang lain selain buahan yang diajar oleh
pengkaji di dalam kelas.

Pencerapan

Pengkaji mengajar dan berperanan sebagai guru, manakala kumpulan sasaran iaitu pelajar,
berperanan sebagai penilai untuk melihat sejauhmana pengkaji sebagai guru faham dan dapat
mengaplikasi kemahiran menyoal dalam kelas makro pengajaran yang kedua. Pengkaji juga
telah mengedarkan borang penilaian kepada pelajar untuk melihat kelemahan dan kekuatan
dalam pengajaran. Soal selidik ini diedarkan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas
daripada pelajar berkenaan dengan kemahiran yang digunakan oleh pengkaji di dalam
kelas untuk melihat kelebihan dan kekurangan.

Dapatan Analisis Soal Selidik

Selepas sahaja pelajar selesai menilai, pengkaji mengutip semula borang soalan penilaian
daripada pelajar. Berdasarkan soalan penilaian yang diagihkan ini, pengkaji membuat
pengiraan bagi mendapat data yang diberikan oleh pelajar-pelajar. Soalan penilain yang
diedarkan mendapat respon dan komen yang positif yang membina. Berikut adalah analisis soal
selidik yang telah dijawab oleh pelajar-pelajar :

6
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 8/ 2019 (1-8)

BIL SKALA Sesuai Kurang Tidak


Sesuai Sesuai
ITEM BILANGAN PELAJAR
KOMPONEN KEMAHIRAN MENYOAL
1 Fokus pada satu-satu idea yang diterangkan. 11 1 -
2 Idea yang disampaikan oleh guru jelas, ringkas dan 10 2 -
mudah difahami.
3 Guru menarik perhatian pelajar untuk memberi 10 2 -
tumpuan terhadap topik pembelajaran.
4 Guru ajukkan soalan kepada seluruh kelas. 12 - -
5 Guru memberikan masa untuk berfikir. 12 - -
6 Guru memilih pelajar untuk menjawab. 12 - -
7 Guru memberi respon kepada jawapan pelajar. 9 3 -
8 Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memberi 10 2 -
jawapan.
9 Guru membangkitkan rasa ingin tahu pelajar. 9 3 -
10 Soalan yang diberikan oleh guru sangat mencabar. 8 4 -
11 Guru melibatkan semua pelajar. 10 2 -

Bagi item yang pertama seramai 11 orang pelajar yang menyatakan sesuai digunakan dalam
kelas dan hanya 1 orang sahaja menyatakan kurang sesuai. Bagi item kedua, ketiga, kelapan
dan sebelas seramai 10 orang pelajar menyatakan sesuai digunakan di dalam kelas dan dua
orang menyatakan kurang sesuai. Seterusnya, bagi item empat, lima, dan enam pula seramai 12
orang menyatakan sesuai digunakan di dalam kelas. Selain itu juga, bagi item ketujuh dan
kesembilan seramai sembilan orang pelajar menyatakan sesuai digunakan di dalam kelas,
manakala serami tiga orang yang menyatakan sesuai. Bagi item yang kesepuluh seramai lapan
orang pelajar menyatakan sesuai, manakala seramai empat orang yang menyatakan kurang
sesuai. Keseluruhannya, hasil daripada borang soal selidik yang dijawab oleh pelajar setelah
selesai makropengajaran yang kedua, pengkaji mempraktikkan komponen dan kriteria yang
terdapat dalam kemahiran menyoal.

Dapatan pemerhatian

Pemerhatian merupakan kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pembolehubah


penyelidikan. Kebiasaanya, pemerhatian ini sering dilakukan sebelum, semasa dan selepas
melakukan kajian bagi memastikan kajian tersebut berhasil atau tidak. Pemerhatian dilakukan
oleh pengkaji di peringkat sebelum perlaksanaan dengan membuat pemerhatian tahap
kesediaan pelajar di dalam kelas. Pemerhatian seterusnya terus dijalankan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran, terutamanya ketika perlaksanaan kemahiran menyoal bagi
melihat respons pelajar dari masa ke semasa. Bagi melihat sama ada pelajar berjaya menguasai
hasil pembelajaran, pengkaji melaksanakan pemerhatian akhir selepas proses pengajaran dan
pembelajaran.

REFLEKSI DAN CADANGAN

Daripada kajian ini, maka jelaslah bahawa kemahiran menyoal adalah salah satu kemahiran
yang penting dalam pengajaran di dalam kelas. Tanpa melaksanakan kemahiran menyoal, guru
tidak dapat mengetahui dan mengenalpasti kefahaman pelajar. Bukan itu sahaja, tanpa
kemahiran menyoal guru tidak dapat melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif di dalam
pengajarannya. Kemahiran menyoal merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks.
Sekiranya kemahiran ini digunakan dengan berkesan, tahap prestasi pelajar akan meningkat
dan proses pengajaran dan pembelajaran akan bertambah aktif dan lebih merangsangkan.

7
Meningkatkan kemahiran menyoal dalam pengajaran

Sekiranya kemahiran ini masih gagal dikuasai sepenuhnya, seorang guru itu tidak akan berjaya
sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajarannya.
Kajian tindakan yang akan pengkaji jalankan pada masa akan datang adalah juga tidak hanya
menfokuskan kepada kemahiran menyoal sahaja, perlu menfokuskan kepada kemahiran papan
putih, menerang dan sebagainya. Antara cadangan untuk kajian selanjutnya adalah seperti
berikut:

a) Guru perlu memperbagaikan lagi set induksi bukan hanya menanyangkan video sahaja.
Boleh juga guru membawa buahan tempatan ke dalam kelas dalam kuantiti yang sikit untuk
ditunjukkan kepada pelajar agar proses pembelajaran lebih menarik.

b) Guru perlu memperbanyakkan lagi item soal selidik bukan hanya menfokuskan pada
kemahiran menyoal sahaja, ini supaya guru mengetahui kelemahan semasa mengajar.

RUJUKAN

Chew Fong Peng & Zul Hazmi Hamad. (2018). Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan Bahasa Melayu melalui teknik penyoalan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Vol. 8 Bil.(1): (1-12).

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong,

Victoria, Australia: Deakin University Press.

Maznah Abd. Samad, Boon Pong Ying, Rafidah Ruhani, Lee Hah, Chuah Kim Hwa & Noriati Ab. Rashid
(2006). Kursus diploma penguruan Malaysia. Ilmu pendidikan modul 3/3, unit 2/2 -
Refleksi pasca praktikum dan penyelidikan tindakan. Kuala Lumpur:Bahagian Pendidikan
Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2017). Pelaksanaan amalan pengajaran guru
pendidikan Islam sekolah menerusi kaedah penyoalan berdasarkan kemahiran berfikir aras
tinggi. Jurnal Tinta Artikulasi Membina Ummah. Vol 3(1):(42 - 53).

Roselan Baki. (2003). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publishing.

Anda mungkin juga menyukai