Anda di halaman 1dari 30

1

Objektif
• Pada akhir sesi, peserta dapat :

• Menghuraikan pengertian dan


konsep Ketuhanan, Kenabian dan
Ghaibiyyat dari pelbagai sumber.
(C2, A1, PLO1).

2
Kandungan Perbincangan
1. Definisi Nabi dan Rasul dari sudut
Bahasa dan Istilah

2. Hakikat Kenabian dan Kerasulan

3. Tugas Para Nabi dan Rasul

3
Definisi Nabi sudut Bahasa
dan istilah

4
DEFINISI NABI DAN RASUL DARI
SUDUT BAHASA

5
DEFINISI NABI DARI SUDUT BAHASA
• Orang-orang Arab pada kebiasaannya menggunakan
perkataan nabi di dalam dua bentuk seperti berikut:
Pertarna : Perkataan nabi yang berakhir dengan huruf
hamzah.( ) ‫النبئ‬
Kedua : Perkataan nabi yang berakhir tanpa huruf
hamzah.()‫النبي‬

• Ibn Durayd berpendapat perkataan nabi yang dimasukkan


huruf hamzah di akhir adalah berasal daripada perkataan
al-naba' yang membawa pengertian khabar atau berita. lbn
Manzur' turut berpendapat demikian berdasarkan dalil
yang dipetik daripada al-Qur'an:

‫يم‬
ِ ‫ظ‬ِ ‫ن ال َّنبَ ِإ ْال َع‬ َ ُ‫َساءل‬
ِ ‫ون َع‬ َّ ‫َع‬
َ ‫م يَت‬
"Tentang apakah mereka saling tertanya-tanya? Tentang
berita (al-naba) yang besar."
( surah al-Naba’ ayat 1)
Oleh yang demikian definisi Nabi menurut pendapat ini ialah
pembawa berita yang besar

6
DEFINISI NABI DARI SUDUT BAHASA
• Manakala Perkataan nabi yang tidak berakhir dengan huruf
hamzah pula berasal daripada perkataan al-nabwah atau al-
nabawah yang memberi erti ketinggian daripada sekalian isi
bumi. Al-Raghib menjelaskan pengertian al- nubuwwah di sini
merujuk kepada para nabi yang menjadi orang perantara di
antara Allah dengan orang-orang yang berakal daripada
kalangan hamba-Nya dengan tujuan untuk mengenepikan alasan
mereka di dalam segala urusan yang melibatkan kehidupan dunia
dan akhirat. Pengertian tersebut adalah berpandukan dalil al-
Qur'an:
‫ان َعلًِّيا‬
ًْ ‫يس إِنَّْهُ َكا َْن ِص ِدي ًقا نَّبًِّيا َوَرفَ ْعَْن ْاُُ َم َك‬ ِْ ‫ف الْ ِكَت‬
َْ ‫اب إِ ْد ِر‬ ْ ِ ‫َواذْ ُك ْْر‬
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al- •
Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah dia amat benar
(tutur katanya dan imannya), serta dia seorang Nabi, Dan Kami •
telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.
(surah Maryam ayat 56-57)
• Oleh yang demikian definisi Nabi menurut perkataan ini ialah
manusia yang tinggi kedudukannya berbanding manusia-manusia
yang lain

7
DEFINISI RASUL DARI SUDUT BAHASA
• Perkataan rasul berasal daripada kata dasar arsala - irsal,
yang memberikan beberapa pengertian dari sudut bahasa
antaranya ialah: Perutusan berita terutama berhubung
dengan persoalan keagamaan. Rasul yang disebutkan di
sini merujuk kepada seseorang yang menuruti berita yang
disampaikan oleh orang yang mengutuskannya. Hakikat
tersebut berdasarkan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT:
ً ‫ض ُهم ب َْع‬
‫ضا‬ َ ‫سولُهَا َك َّذ ُبو ُه َفأَ ْتبَ ْعنَا ب َْع‬ ً ‫ل مَا جَا َء أُ َّم‬
ُ ‫ة َّر‬ َّ ‫سلَنَا ت َ ْت َرا ُك‬ َ ‫م أ َ ْر‬
ُ ‫س ْلنَا ُر‬ َّ ُ‫• ث‬
‫ن‬َ ‫م ََّّل ُي ْؤ ِم ُنو‬ َ ‫م أَحَا ِد‬
ٍ ‫يث َف ُب ْع ًدا ل ِ َق ْو‬ ُ ‫ج َع ْلن‬
ْ ‫َاه‬ َ ‫َو‬
Kemudian Kami mengutus Rasul-rasul Kami silih berganti. Tiap-
tiap kali sesuatu umat didatangi Rasulnya, mereka
mendustakannya; lalu Kami binasakan umat-umat yang
demikian, lepas satu-satu dan Kami jadikan perihal mereka
sebagai cerita-cerita (yang mendatangkan iktibar); maka
kebinasaanlah kesudahannya bagi orang-orang yang tidak
beriman.
(surah al-Mukminun:44)

8
DEFINISI NABI DAN RASUL DARI
SUDUT ISTILAH

9
DEFINISI NABI DAN RASUL DARI SUDUT ISTILAH 1

• Pandangan pertama, Definisi ini adalah definisi yang


masyhur, definisi ini menyatakan bahawa Nabi diturunkan
wahyu kepadanya dalam bentuk syara’ dan tidak disuruh
untuk menyampaikannya, manakala Rasul pula disuruh
untuk menyampaikan wahyu yang diturunkan kepadanya.
Ini merupakan pandangan terpilih disisi Ibn Abi al-‘Izz al-
Hanafi dan Imam al-Sya’rani. (Rujuk Syarh al-‘Aqidah al-
Tohawiyyah, hal. 158 dan Al-Yawaqit wa al-Jawahir 2/22)
• Syeikh Sulaiman al-Asyqar telah menolak takrifan ini kerana
beberapa alasan:
1. Allah SWT mengutuskan nabi sebagaimana Dia
mengutuskan rasul, dan pengutusan semestinya
mewajibkan penyampaian wahyu.
2. Tidak menyampaikan wahyu Allah SWT dikira
sebagai menyembunyikan wahyu-nya, sedangkan Allah
SWT tidak menurunkan wahyu-Nya untuk disimpan
dalam hati seorang manusia dan hilang selepas
kematiannya. (Rujuk al-Rusul wa al-Risalat, hlm. 14-15)

10
DEFINISI NABI DAN RASUL DARI SUDUT ISTILAH (2)
• Pandangan kedua pula pula menyatakan bahawa Rasul
diturunkan kepadanya kitab atau hukum-hakam yang tiada dalam
syariat yang datang sebelumnya. Adapun Nabi pula diutus untuk
menyeru kepada syariat yang telah diturunkan sebelumnya, tanpa
didatangkan dengan kitab atau hukum yang baru. Maka, kita
katakan bahawa setiap Rasul itu adalah Nabi, namun bukan
semua Nabi itu Rasul. Terdapat pandangan yang menyatakan
bahawa Nabi dan Rasul itu adalah sama, namun pandangan
pertama adalah lebih sahih. Ini merupakan pandangan Imam al-
Zamakhsyari, Imam al-Baidhawi, Imam al-Nasafi, Syeikh Abd al-
Razzaq ‘Afifi dan Syeikh Sulaiman al-Asyqa. (Rujuk Tafsir al-
Kasyyaf 3/37, Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil 4/57, Tafsir al-
Nasafi 3/106, Muzakkirah al-Tauhid 1/43 dan al-Rusul wa al-Risalat,
hlm. 14-15)
• Antara dalil yang menjadi sandaran pandangan ini ialah firman
Allah SWT:
ُ ‫َح ُك‬
َ ‫م ِبهَا النَّ ِبي نو‬
‫ون‬ ُ ‫• ِإنَّا أَنز َْلنَا التَّ ْو َرا َة فِيهَا‬
ْ ‫ه ًدى َونُورٌ ۚ ي‬
• Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat,
yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi;
dengan Kitab itu nabi-nabi menetapkan hukum...
• (Surah al-Ma’idah (44)

11
DEFINISI NABI DAN RASUL DARI SUDUT ISTILAH (3)
• Namun pandangan KEDUA ini juga tidak terlepas
daripada kritikan. Disebut dalam satu hadith, bahawa
Nabi Nuh merupakan Rasul yang pertama. Ini
bermakna, Nabi Adam selaku Nabi pertama yang
diutuskan 10 kurun sebelumnya, merupakan seorang
Nabi namun bukan seorang Rasul. Dan jika definisi Nabi
sebagai penguat syariat yang terdahulu digunapakai,
maka syariat Nabi mana yang Nabi Adam bawa,
sedangkan Baginda merupakan Nabi yang pertama?
• Begitu juga apabila kita perhatikan firman Allah SWT:
‫ج َعلَنِي نَ ِبياا‬
َ ‫ي ْالكِتَابَ َو‬ ِ ‫ل إِنِي َع ْب ُد اللَّـ‬
َ ِ‫ه آتَان‬ َ ‫• َقا‬
• Maksudnya: Sesungguhnya aku (Nabi Isa) ini hamba
Allah; Dia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan
Dia telah menjadikan aku seorang Nabi.
• Surah Maryam (30)
• Ayat ini menunjukkan bahawa penurunan kitab itu
tidak hanya terhad kepada Rasul, tapi ia juga dimiliki
oleh pemegang risalah kenabian.

12
DEFINISI NABI DAN RASUL DARI SUDUT ISTILAH (4)
• Pandangan ketiga pula menyatakan bahawa Rasul itu diutuskan kepada kaum yang
kafir dan ingkar, manakala Nabi diutuskan kepada kaum yang beriman, untuk
mengajarkan mereka perkara mereka sudah ketahui dan sudah diajarkan
sebelumnya.
• Tidak disyaratkan bagi seorang Rasul untuk membawa syariat yang baharu, seperti
halnya Nabi Yusuf yang merupakan seorang Rasul, namun Baginda berpegang
kepada ajaran Nabi Ibrahim, sementara Nabi Daud dan Nabi Sulaiman merupakan
Rasul, namun mereka membawa ajaran Taurat. Kerana itulah disebut dalam hadith
bahawa “ulama merupakan pewaris para Nabi”, kerana para ulama tidak datang
membawa ajaran baharu, melainkan meneruskan ajaran Islam yang sudah diwarisi
daripada Rasulullah SAW. Ini merupakan pandangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.
(Rujuk al-Nubuwwat 2/714-718)
• Antara dalil penyokong bagi pandangan ini ialah tafsir Ibn ‘Abbas R.Anhuma
terhadap firman Allah SWT:
ِ ‫ن النَّا‬
َ ‫س فِي‬
‫ما‬ َ ‫ح ُك‬
َ ‫م بَ ْي‬ ْ َ‫ق لِي‬ َ ْ‫ب بِال‬
ِ ‫ح‬ َ ‫م الْكِتَا‬ َ َ‫ن وَأَنْز‬
ُ ‫ل َم َع ُه‬ َ ‫ن وَ ُم ْن ِذ ِري‬ ِ ‫ن ُمب‬
َ ‫َش ِري‬ ُ َّ ‫ث‬
َ ‫َّللا النَّبِيِي‬ َ ‫ح َد ًة فَبَ َع‬ ً ‫اس ُأ َّم‬
ِ ‫ة وَا‬ ُ َّ‫ن الن‬
َ ‫كَا‬ •
‫ه‬ ‫ي‬
ِ ِ ‫ف‬ ‫وا‬ ُ
‫ف‬ َ ‫ل‬َ ‫ت‬‫خ‬ْ ‫ا‬
• Maksudnya: Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah
yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi
sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan
balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan
balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci
yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum
di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan...
• (Surah al-Baqarah (213)

13
DEFINISI NABI DAN RASUL DARI SUDUT ISTILAH (5)
• Menurut Ibn ‘Abbas R.A, Jarak masa antara zaman Nabi Nuh
dengan Nabi Adam ialah selama sepuluh kurun, dan manusia
seluruhnya pada waktu tersebut berpegang kepada syariat Allah
SWT, namun kemudiannya terjadi perselisihan dan mereka mulai
ingkar dan kufur, lalu Allah SWT mengutuskan para Nabi sebagai
pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan. Kata Ibn
Kathir, pada tempoh waktu inilah diutuskan Nabi Nuh sebagai
Rasul pertama kepada umat manusia. (Rujuk Tafsir Ibn
Kathir 1/425)
• Selain itu, tsabit juga daripada Nabi SAW akan hadith tentang
syafaat pada hari akhirat, dimana:
• ‫ض‬ ‫ر‬ْ َ ‫هل األ‬ْ َ ‫سل إلَى أ‬ُ ‫نو‬
‫الر‬ ُ
‫ل‬ َّ
‫و‬ َ‫ت أ‬
َ ْ
‫ن‬ َ‫ك أ‬
َ َّ ‫ن‬ ‫إ‬ ُ
‫وح‬ُ ‫ن‬ ‫َا‬
‫ي‬ َ
‫ون‬ُ‫حا َفي َُقول‬
ً ‫و‬ُ ‫ن‬ َ
‫ون‬ ُ ‫ت‬ ْ ‫َفي‬
‫َأ‬
ِ ِ ِ ِ ِ
• Maksudnya: ...manusia berbondong-bondong datang kepada
Nabi Nuh (untuk meminta syafaat) lalu berkata: Wahai Nabi Nuh!
Sesungguhnya kamu ialah rasul pertama kepada penduduk di
bumi...
• Sahih al-Bukhari (4712)
Hadith ini juga menjadi penguat bahawa Nabi Adam seorang Nabi,
dan bukan seorang Rasul kerana kaum keluarganya ketika itu
semuanya beriman kepada Allah SWT.

14
DEFINISI NABI DAN RASUL DARI SUDUT ISTILAH (6)
• Kita juga melihat di dalam al-Qur’an, dimana Allah SWT
menyatakan secara jelas pengutusan Rasul-rasul beserta kaum
mereka dengan misi mengembalikan mereka ke jalan tauhid:
ٍ ‫ن إِل َ ٰـ‬ ْ ‫ه مَا ل َ ُكم ِم‬ َ ‫اع ُب ُدوا اللَّـ‬ ْ‫س‬ َ ‫• ل َ َق ْد أ‬
‫ه ََ ْي ُر ُه‬ ْ ‫م‬ ِ ‫ل يَا َق ْو‬ َ ‫ه َف َقا‬ِ ‫ى َق ْو ِم‬ ٰ َ ‫ل‬ ِ ‫إ‬ ‫ا‬ ً
‫ح‬ ‫و‬ ُ ‫ن‬ ‫َا‬
‫ن‬ ‫ل‬ َ ْ
‫ر‬
• Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh
kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku!
Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi
kamu selain daripadaNya.
• Surah al-A’raf (59)
ۚ ‫ه ََ ْي ُر ُه‬ ٍ ‫ن إِل َ ٰـ‬ ْ ‫ه َما ل َ ُكم ِم‬ َ ‫اع ُب ُدوا اللَّـ‬
ْ ‫م‬ ِ ‫ل يَا َق ْو‬َ ‫هو ًدا ۗ َقا‬ ُ ‫م‬ ْ ‫اه‬ ُ ‫خ‬ َ َ ‫ى َعا ٍد أ‬ ٰ َ ‫• وَإِل‬
• Maksudnya: Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara
mereka: Nabi Hud. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu
akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain
daripadaNya.
• Surah al-A’raf (65)
ۚ ‫ه ََ ْي ُر ُه‬ ٍ ‫ن إِل َ ٰـ‬ ْ ‫اع ُب ُدوا الل َّـ َه مَا ل َ ُكم ِم‬ ْ ‫م‬ ِ ‫ل يَا َق ْو‬َ ‫حا ۗ َقا‬ً ِ ‫م صَال‬ ْ ‫اه‬ ُ ‫خ‬ َ َ ‫مو َد أ‬ ُ َ‫ى ث‬ ٰ َ ‫• وَإِل‬
• Maksudnya: Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara
mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah
kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain
daripadaNya.
• Surah al-A’raf (73)
15
PERBEZAAN NABI DAN RASUL
• Aspek tugas;
• Aspek Bilangan:Bilangan nabi para nabi
jauh lebih ramai daripada bilangan para
rasul. Menurut setengah pendapat ulama
bilangan nabi adalah seramai 124000
manakala bilangan rasul hanyalah 313
orang sahaja
• Seorang Nabi tidak semestinya seorang
rasul. Namun rasul sudah semestinya
seorang Nabi
16
TUGAS NABI DAN RASUL
1. Menyampaikan wahyu dan Risalah Allah SWT
‫ما‬َ ‫اس فِي‬ ِ َّ ‫ن الن‬ َ ‫م بَ ْي‬َ ‫ح ُك‬ ْ َ‫ق لِي‬ ِ ‫ح‬ َ ْ‫ب ِبال‬َ ‫م الْكِتَا‬ ُ ‫ل َم َع ُه‬ َ َ‫ن وَأَنز‬َ ‫ن وَ ُمن ِذ ِري‬ َ ‫َش ِري‬ َ ‫َّللا ُ النَّ ِب ِيي‬
ِ ‫ن ُمب‬ ُ ‫ث‬ َ ‫ح َد ًة فَبَ َع‬
ِ ‫ة وَا‬ ً ‫اس ُأ َّم‬
ُ َّ‫ن الن‬َ ‫كَا‬ •
ْ‫ختَل َ ُفوا‬ ْ ‫ما ا‬ ْ ُ
َ ِ‫ن آ َمنوا ل‬ َّ
َ ‫َّللا ال ِذي‬ ُ ‫ه َدى‬ َ ْ ُ ْ ً ْ
َ ‫جاءتهم البَيِنَات بَغيا بَينَهم ف‬ ُ ْ ُ ُ ْ ْ ُ
َ ‫ن أوتوه ِمن بَع ِد َما‬ ُ َّ َّ
َ ‫ه إَِّل ال ِذي‬ ِ ‫ف فِي‬ َ ْ
َ ‫ه وَ َما اختَل‬ ْ ُ َ
ِ ‫اختَلفوا فِي‬ْ
‫م‬ٍ ‫ي‬ ‫ق‬ِ َ ‫ت‬ ‫س‬ْ ‫نو‬
‫م‬ ‫ط‬
ٍ ‫َا‬ ‫ر‬ ‫ص‬
ِ ‫ى‬ َ ‫ل‬ ِ ‫إ‬ ‫اء‬ ‫ش‬ َ َ ‫ي‬ ‫ن‬ َ
‫م‬ ‫ي‬ ‫د‬
ِ ْ
‫ه‬ َ ‫ي‬ ُ
‫َّللا‬ َ ‫و‬ ‫ه‬
ِ ‫ن‬
ِ ْ
‫ذ‬ ‫إ‬ ‫ب‬
ِِ ِ ‫ق‬ َ
‫ح‬ ْ ‫ال‬ َ
‫ن‬ ‫م‬
ِ ‫ه‬
ِ ‫ي‬‫ف‬
ِ
Pada mulanya manusia adalah satu umat. Maka Allah mengutusklan para nabi pemberi berita
gembira dan menakutkan. Dia juga menurunkan kitab-kitab suci yang benar kepada mereka
untuk menjalankan hukum di kalangan manusia dalam perkara-perkara yang mereka
perselisihkan. Perselisihan tidak berlaku kecuali mereka yang diberikan kitab tidak berdengki-
dengki sesama mereka selepas menerima keterangan yang benar. Allah memberi petunjuk
kepada orang beriman dengan izinNya tentang perkara-perkara yang mereka perselisihkan dan
Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki ke jalan yang lurus.
(surah al-Baqarah:213)

Sebagai pembawa risalah (‫)حامل الرساله‬, rasul menyampaikan apa adanya wahyu dari Allah
SWT sebagai petunjuk hidup.

َ ‫للا لَ َيهدِّ ي القَو َم ال َكا ِّف ِّر‬


‫ين‬ ِّ َّ‫ص ُم َك ِّم َن الن‬
َ ‫اس ِّإ َّن‬ ِّ ‫ت ِّر َسالَتَه ُ َوللا ُ َيع‬ ِّ ُ ‫سو ُل َب ِّلغ َما أ‬
َ ‫نز َل ِّإلَي َك ِّمن َّر ِّب َك َو ِّإن لَّم تَف َعل فَ َما َبلَّغ‬ َّ ‫َيا أَي َُّها‬
ُ ‫الر‬ •
Maksudnya: Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari
Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka
bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya dan Allah jualah akan
memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk
kepada kaum yang kafir.
(surah al-Ma’idah:67)

17
TUGAS NABI DAN RASUL
Sebagai pembawa risalah, tugas Rasulullah SAW adalah banyak sebahagiannya ialah:

1. Mengajar manusia supaya mengenal Allah SWT. Rasul diutus untuk menerang
dan memberitahu manusia tentang Tuhan sebenar yang Maha Esa.

2. Memberitahu kepada manusia akan segala perkara yang tidak mampu dicapai
oleh pemikiran manusia seperti perkara-perkara ghaib, hal ehwal akhirat dan lain-
lain.

3. Mengajar manusia cara beribadat dengan betul kepada Allah SWT seperti melalui
solat, puasa, haji, doa dan lain-lain. Tanpa rasul manusia tidak mungkin
mengetahui kaedah peribadatan yang betul kepada Allah SWT.

4. Menyampaikan berita gembira dengan balasan baik bagi orang yang mentaati
perintah Allah SWT dan memberi peringatan dengan balasan buruk bagi mereka
yang melanggar perintah Allah SWT

5. Menunjuk dan mengajar manusia akan peraturan-peraturan muamalat dalam


kehidupan

6. Memutuskan perselisihan akal manusia dengan dasar-dasar memelihara maslahat


am.

18
TUGAS NABI DAN RASUL
• Sebagai teladan dalam menerapkan risalah ( ‫قدوة‬
‫ )في تطبيق الرسالة‬dengan itu manusia mempunyai
figur keteladanan dalam mempraktekkan aqidah
dan syari'ah yang Allah kehendaki. Karena itu rasul
adalah manusia yang boleh ditiru, bukan malaikat
َ ‫َّللا و َْالي َ ْو‬
‫م‬ َ َّ ‫جو‬
ُ ‫ان ي َ ْر‬َ َ‫َسن ٌَة لِمَن ك‬ ْ ُ‫َّللا أ‬
َ ‫سو ٌَة ح‬ ِ َّ ‫ول‬ ُ َ ‫ان ل‬
ْ ‫ك‬
ُ َ‫م فِي ر‬
ِ ‫س‬ َ َ‫ل َ َق ْد ك‬
]21- 33[ ‫َّللا كَثِيرًا‬ ِ ‫ْاْل‬
َ َّ ‫خ َر وَذَكَ َر‬
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri
Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang
yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan
(balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut
dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa
susah dan senang

19
HAKIKAT KENABIAN

20
1. Pelantikan Daripada Allah SWT
• Nubuwwah bukanlah sesuatu yang boleh diperoleh secara
warisan atau melalui kekuatan atau darah keturunan dan
kedudukan, ianya adalah hasil dari pemilihan Allah ke atas
segolongan manusia yang dimuliakan dari kalangan
hamba-hamba-Nya. Sesuai dengan Firman Allah SWT:
‫صي ٌر‬ِ َ‫ع ب‬ ٌ ‫مي‬ َ َّ ‫ن‬
َ ‫َّللا‬
ِ ‫س‬ َّ ‫س ًَل َو ِمنَ ال َّناس إ‬ ُ ‫ة ُر‬ ِ ‫َصط َ ِفي ِمنَ ْالم َََلئ ِ َك‬ ُ َّ
ْ ‫َّللا ي‬ •
ِ ِ
• Maksudnya: Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat
dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui.
• ( surah al-Hajj ayat 75)

َ‫مين‬ ْ ‫ان َعلَى‬
ِ َ ‫ال َعال‬ َ ‫ع ْم َر‬ِ ‫ل‬
َ ‫م وَآ‬ ِ ‫ل إ ِ ْب َرا‬
َ ‫هي‬ َ ‫حا وَآ‬ً ‫م َونُو‬ َ ‫اصط َ َفى آ َد‬
ْ ‫َّللا‬
َ ‫ن‬ َّ ‫• إ‬
ِ
• Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi
Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga 'Imran,
melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka
masing-masing).

21
2. Rasul Adalah Manusia
• Rasul merupakan manusia biasa yang dilantik daripada kaumnya.
Walaubagaimanapun dia dari keturunan mulia dan diberikan
keistimewaan yang khusus oleh Allah SWT samada dari sudut akli
mahupun roh, sebagai persediaan menerima wahyu daripada
Allah SWT. Rasul adalah seorang lelaki yang memakan makanan
dan berjalan-jalan dipasar-pasar. Firman Allah SWT:

ِّ ‫ون فِّي اْلَس َوا‬


‫ق‬ َ ‫ام َو َيم ُش‬
َ ‫الط َع‬ َ ُ‫ين ِّإ َّل ِّإنَّ ُهم لَ َيأ ُكل‬
َّ ‫ون‬ َ ‫• َوما أَر َسلنَا َقب َل َك ِّم َن ال ُمر َس ِّل‬
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad)
melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di
pasar-pasar
(surah al-Furqan:20)

• Di antara ciri Rasul ialah berkahwin dan diperanakkan seperti


manusia biasa. Firman Allah SWT:

‫• َولَقَد أَر َسلنَا ُر ُسلا ِّمن قَب ِّل َك َو َجعَلنَا لَ ُهم أَز َوا اجا َوذُ ِّريًَّا‬
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu
dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan.
(surah al-Ra’d:38)

22
2. Rasul Adalah Manusia
• Para rasul mengalami apa yang dialami oleh manusia biasa seperti
sihat, sakit, gagah, lemah, gembira, bersedih, hidup dan mati.
Walau demikian segala perkara yang dialami oleh mereka tidak
akan menjatuhkan martabat mereka sebagai rasul. Firman Allah
SWT:

ُ‫ضر َوآت َينَاهُ أَهلَه‬


ُ ‫ين فَاست َ َجبنَا لَهُ فَ َك َشفنَا َما بِّ ِّه ِّمن‬ َ ‫اح ِّم‬ َّ ‫نت أَر َح ُم ا‬
ِّ ‫لر‬ َ َ ‫ض ُّر َوأ‬
ُّ ‫ي ال‬
َ ِّ‫وب ِّإذ نَا َدى َربَّهُ أَنِّي َم َّسن‬
َ ُّ‫َوأَي‬ •
َ ‫َو ِّمثلَ ُهم َّم َع ُهم َرح َمًا ِّمن ِّعن ِّدنَا َوذِّك َرى ِّلل َعا ِّبد‬
‫ِّين‬

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu


kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa
penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada
segala (yang lain) yang mengasihani. Maka Kami perkenankan doa
permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya,
serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya, dengan seganda lagi
ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu
peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya
bersabar dan mendapat balasan baik).
(surah al-Anbiya’: 83-84)

23
2. Rasul Adalah Manusia
• Setiap rasul tiada kuasa mentadbir alam ini, tidak boleh
memberi manfaat dan mudarat, serta tidak memberi apa-
apa kesan kepada kehendak Allah SWT. Mereka juga tidak
mengetahui perkara ghaib kecuali dengan kadar yang
dikehendaki oleh Allah SWT:

ُ ‫ب لَستَكث َر‬
‫ت ِّم َن الخَ ي ِّر َو َما‬ َ ‫نت أَعلَ ُم الغَي‬ َ َ‫• قُل لَّ أَم ِّل ُك ِّلنَف ِّسي نَف اعا َول‬
ُ ُ‫ض ًّرا ِّإلَّ َما شَاء للا ُ َولَو ك‬
َ ُ ‫ي ال ُّسو ُء ِّإن أَنَا ِّإلَّ نَذِّير َو َب ِّشير ِّلقَوم ي ُْؤ ِّمن‬
‫ون‬ َ ِّ‫َم َّسن‬
Katakanlah: Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi
diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang
dikehendaki Allah dan kalau aku mengetahui perkara-perkara
yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan
banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan
(tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain
hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-
orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-
orang yang beriman.
(surah al-A’raf:188)

24
3. Rasul Adalah Manusia dalam
kalangan kaum Lelaki
• Para rasul dilantik daripada kalangan lelaki
sahaja, tidak dari kalangan malaikat atau
perempuan. Firman Allah SWT, :
ِّ ‫وحي ِّإلَي ِّهم فَاسأَلُوا أَه َل‬
َ‫الذك ِّر ِّإن كُنتُم ل‬ َ ‫• َو َما أَر‬
ِّ ُّ‫سلنَا قَبلَ َك ِّإلَّ ِّر َجالا ن‬
َ ‫تَعلَ ُم‬
‫ون‬
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul
sebelummu (wahai Muhammad) melainkan
orang-orang lelaki yang Kami wahyukan
kepada mereka (bukan malaikat); maka
bertanyalah kamu kepada Ahluzzikri jika kamu
tidak mengetahui.
(surah al-Anbiya’:7)

25
4. Bukti dan Keterangan
• Perutusan para rasul telah disertakan dengan bukti dan
keterangan akan kebenaran perutusan mereka dari Allah
SWT. Perutusan abi Isa telah dinyatakan dalam taurat tetapi
ramalan tersebut diingkari oleh orang-orang Yahudi.
Demikian juga Nabi Muhammad saw kedatangan baginda
telah dinyatkan dalam Taurat dan juga injil, tetapi diingkari.
Firman Allah SWT:

‫د ًقا لِمَا‬ ِ ‫ص‬ َ ‫م ُم‬ ْ ‫َّللا إِل َ ْي ُك‬


ِ َّ ‫ول‬ُ ‫س‬ ُ ‫ل إ ِن ِي َر‬
َْ ‫س َرائِي‬ْ ِ ‫م يَابَ ِني إ‬ َ َ‫ن م َْري‬ ُ ‫يسى ا ْب‬
َ ‫ع‬ ِ َ ‫• وَإ ِ ْذ َقا‬
‫ل‬
‫ما‬َّ َ ‫حم َُد َفل‬ ْ َ ‫م ُه أ‬ُ ‫اس‬ ْ ‫دي‬ ِ ‫ن ب َْع‬ْ ‫ل يَأتِي ِم‬ ٍ ‫سو‬ ِ َ‫َي ِمنَ ال َّت ْو َرا ِة َو ُمب‬
ُ ‫ش ًرا ب ِ َر‬ َّ ‫بَ ْينَ يَد‬
`‫ين‬ ٌ ‫ح ٌر ُم ِب‬ ْ ‫س‬ ِ ‫ه َذا‬ َ ‫البَ ِينَاتِ َقالُوا‬ْ ِ‫م ب‬ْ ‫َه‬ُ ‫جَاء‬
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Isa Putra Maryam berkata:
"Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah
kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu
Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya)
seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya
Ahmad (Muhammad)" Maka tatkala rasul itu datang kepada
mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka
berkata: "Ini adalah sihir yang nyata".
(surah al-Saf:6)

26
5. Kesatuan Risalah
• Semua agama yang dibawa oleh nabi dan rasul dari nabi Adam hingga kepada
Nabi Muhammad S.A.W adalah membawa risalah yang sama iaitu agama
tauhid iaitu agama Islam. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W
adalah pelengkap kepada dan penyempurna kepada risalah Islam yang telah
dibawa oleh para rasul sebelumnya. Nabi dan Rasul membawa wahyu yang
sama, firman Allah SWT:
َ
ْ ‫يسى أ‬ َ ‫حا وَال َّ ِذي أَ ْو‬
َ ‫ح ْينَا إِل َ ْي‬
ِ ‫ك وَ َما وَصَّ ْينَا ِب‬ َ ‫ع ل َ ُكم ِم‬
‫ن‬ َ ‫ع‬ ِ َ‫وسى و‬ َ ‫م وَ ُم‬
َ ‫هي‬ِ ‫ه إ ِ ْبر ََا‬ ِ ‫ن َما وَصَّى ِب‬
ً ‫ه نُو‬ ِ ‫الدي‬
ِ ‫ن‬ َ َ‫شر‬
َ •
ُ َّ َ
ِ ‫ين وََّل تَتَ َفرقوا فِي‬
‫ه‬ َ ‫الد‬ ُ
ِ ‫أقِيموا‬
Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia
tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh dan yang
telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang telah
Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu:
Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau
berselisihan pada dasarnya
(Surah al-Syura ayat 13)

• Nabi dan rasul membawa agama yang sama iaitu Islam, sabda Rasulullah SAW
‫ إنَّه ليس بيني‬، ‫م ألنا‬
َ ‫ابن مري‬ َّ ، ‫ت‬
َّ‫وإن أ ْولَى الن‬ َّ ٌ ‫ واألنبيا ٌء‬، ‫إنَّا معاشرَ األنبيا ِء دي ُننا واح ٌد‬
ِ ‫اس ب‬
ِ ٍ ‫لعَل‬ ‫أخوة‬ •
ُ
‫وبينه نبي‬
Maksudnya: Kami semua nabi-nabi, agama kami sama, Nabi-nabi adalah
bersaudara. aku orang yang paling dekat kepada putera Maryam, karena tidak
ada satu pun nabi antara aku dan dia);

27
6. Rasul Bersifat Maksum

• Dari segi bahasa, 'Ismah bermaksud


terpelihara. Dari segi istilah, ia
bermaksud rahmat Allah SWT yang
khusus dikurniakan kepada seseorang
untuk membolehkannya
menghindarkan diri daripada dosa
dan salah dengan usaha dan ikhtiar
sendiri. Mereka digelar ma'sumun
(orang-orang yang terpelihara
daripada dosa dan kesalahan).
28
6. Rasul Bersifat Maksum
• Matlamat dan Dalil Rasul bersifat Maksum

• Terdapat beberapa hujah atau alasan untuk mempercayai kemaksuman


para nabi dan rasul. Alasan terpentingnya adalah kerana Allah mengutuskan
mereka untuk memimpin kaumnya ke jalan yang benar. Matlamaf ini tidak
akan tercapai sekiranya nabi tidak maksum. Gagasan al-Qur'an
membuktikannya. Dalil kemaksuman para rasul dapat dibuktikan melalui
hujjah berikut:
1. Para nabi dan rasul diutuskan untuk ditaati dan dituruti, dan bukanlah
menjadi tugas para pengikutnya untuk memeriksa dan menentukan mana yang
perlu diikut ataupun sebaliknya. Perkara ini hanya boleh dibenarkan sekiranya
para nabi dan rasul itu ma'sumun.
2. Allah SWT memerintahkan manusia mentaati para nabi."Wahai orang-
orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul." Banyak ayat-ayat al-
Qur’an yang menekankan ketaatan seperti itu. Ketaatan kepada Allah SWT di
dalam al-Qur’an diceritakan seriring dengan ketaatan kepada nabi dan rasul.
3. Perintah untuk taat kepada rasul tidak mungkin ditekankan dalam al-
Qur’an sekiranya rasul melakukan dosa dan maksiat. Jika sekiranya rasul
melakukan dosa dan maksiat maka sudah tentu manusia biasa juga akan
mengikut perbuatan tersebut. Dengan itu tetaplah rasul bersifat maksum iaitu
terpelihara dari melakukan perkara maksiat keji dan mungkar.

29
‫‪• Sekian. Terima kasih‬‬

‫وما توفيقي اَّل باهلل العلي العظيم •‬

‫‪30‬‬

Anda mungkin juga menyukai