Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

SULTAN ISMAIL PETRA INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE


KM12, Jalan Kuala Krai, Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu, Kelantan Darulnaim
Tel: 609 – 712 9386, 712 9387 Faks: 609 – 712 9444
DK 214 (D)-JPT/BPP (D) 1000-701/406 (12) www.Kias.edu.my

KDI 2073
USUL FIQH

TAJUK : MUTLAQ DAN MUQAYYAD

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK

MUHAMMAD ZAKWAN BIN CHE RAMLI 21111060

LECTURER : AHMAD SYAKIR BIN MOHD NASSURUDDIN

KURSUS : DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM


MUTLAQ DAN MUQAYYAD

1.0. Al-Mutlaq (‫املطلق‬ )

Pendahuluan

Jumhur ulama menetapkan setiap mukallaf mestilah mengikuti dan beramal dengan
penetapan hukum yang dibawa melalui lafaz mutlaq selagi tiada dalil atau nas yang
menyebabkan hukum tersebut menjadi muqayyad. Seterusnya mereka menetapkan mukallaf
hendaklah beramal dengan penetapan hukum yang dibawa melalui nas dan lafaz muqayyad
sekali gus tidak boleh merubahnya selagi tidak terdapat dalil yang merubahnya.

Pengertian

Lafaz mutlaq dapat dijelaskan dengan pengertian berikut :

a) Mutlaq ialah lafaz khas yang menunjukkan hakikat lafaz menurut apa yang ada, tanpa
dibatasi atau tanpa menilai jumlah atau sifatnya, seperti : Perkataan raqabah ( ‫)رقبة‬.
Sebagaimana firman Allah berkaitan kaffarah zihar :

‫فَتَ ْح ِر ُير َرقَ َب ٍة ِم ْن قَ ْب ِل َأ ْن ي َ َت َم َّاسا‬


Maksudnya : Maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba
abdi sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. (al-Mujadalah : 3)

Perkataan raqabah ) ‫ )رقبة‬dalam ayat tersebut adalah lafaz Khas Mutlaq. Kerana ia
menunjukkan individu yang tidak ditentukan daripada jenis hamba serta tidak
dikaitkan dengan sifat mukmin atau kafir. Justeru itu, ia menjelaskan wajib
memerdekakan mana-mana hamba, samada beriman atau kafir.

b) Lafaz menunjukkan pengertian tidak terbatas atau luas, contohnya : Lelaki dan buku.
Lafaz tersebut boleh ditujukan kepada mana-mana lelaki, samada muslim atau kafir
juga mana-mana buku tanpa ikatan dan ikatan.
2.0. Al-Muqayyad ( ‫) المقيد‬

Pengertian

Di antara pengertian lafaz Muqayyad ialah :

a) Lafaz yang menunjukkan sesuatu makna secara menyeluruh dengan disertai perkataan
yang menunjukkan ada kaitan.
b) Lafaz Khas yang menunjukkan pada hakikat lafaz tersebut dengan diqayd atau
dibatasi oleh sifat, keadaan dan syarat tertentu. Antara bentuk lafaz muqayyad ialah :

i. Lafaz Muqayyad dibatasi dengan sifat, seperti: Hamba beriman ( ‫ة‬++‫رقب‬


‫)مؤمنة‬. Sebagaimana firman Allah :

‫َو َم ْن قَتَ َل ُم ْؤ ِمنًا خَ طَأ ً فَتَحْ ِري ُر َرقَبَ ٍة ُم ْؤ ِمنَ ٍة‬

Maksudnya : Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja,
maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekan seorang hamba sahaya
yang beriman. (an-Nisa : 92)

Lafaz atau perkataan raqabah dalam ayat tersebut muqayyad dengan perkataan
mukminah. Justeru itu, ia menunjukkan wajib memerdekakan hamba yang beriman.

ii. Lafaz muqayyad dibatasi dengan syarat. Sebagaimana firman Allah berkaitan
kaffarah sumpah :

‫ا ُم‬++‫ط َع‬ْ ِ‫هُ إ‬+ُ‫انَ فَ َكفَّا َرت‬++‫ا َعقَّ ْدتُ ُم األ ْي َم‬++‫ ُذ ُك ْم بِ َم‬+‫انِ ُك ْم َولَ ِك ْن يُؤَ ا ِخ‬++‫اللَّ ْغ ِو فِي أَ ْي َم‬++ِ‫ ُذ ُك ُم هَّللا ُ ب‬+‫ال يُ َؤا ِخ‬
‫ ْد‬+‫ ٍة فَ َم ْن لَ ْم يَ ِج‬+ َ‫ ُر َرقَب‬+ ‫ط ِع ُمونَ أَ ْهلِي ُك ْم أَوْ ِك ْس َوتُهُ ْم أَوْ تَحْ ِري‬ ْ ُ‫َع َش َر ِة َم َسا ِكينَ ِم ْن أَوْ َس ِط َما ت‬
‫صيَا ُم ثَالثَ ِة أَي ٍَّام‬ِ َ‫ف‬

Maksudnya : kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang
tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya
dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan sungguh-sungguh. Maka
bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin, dari jenis makanan
yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi
pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang
tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga
hari. (al-Maidah : 89)
Di dalam ayat tersebut menyatakan berkaitan kaffarah sumpah. Iaitu berpuasa tiga
hari. Ia disyaratkan apabila orang yang melanggar sumpah tidak mampu
memerdekakan hamba atau tidak memiliki makanan atau pakaian.
iii. Lafaz muqayyad dibatasi batasan atau keadaan tertentu, sebagaimana firman
Allah :

ِّ ‫ثُ َّم أَتِ ُّموا ال‬


‫صيَا َم إِلَى اللَّ ْي ِل‬
Maksudnya : Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam
(Maghrib). (al-Baqarah : 187)

Di dalam ayat tersebut menjelaskan ibadat puasa dibatasi hingga waktu malam. Oleh
sebab itu, puasa siang dan malam tidak diharuskan.

2.1. Penerapan Al-Mutlaq Pada Al-Muqayyad ( ‫) حمل المطلق على المقيد‬

Sesuatu lafaz nas syarak kadang kala tiba bentuk mutlaq, kemudian dating pula
bentuk muqayyad pada nas lain. Justeru itu lahir persoalan, apakah mutlaq itu
diamalkan menurut mutlaq dan muqayyad menurut muqayyad ataupun dibataskan
yang mutlaq berdasarkan nas muqayyad? Iaitu diterapkan mutlaq kepada muqayyad.

Konteks tersebut jumhur ulama mazhab syafie mutlaq dan muqayyad, hendaklah
diterapkan hukum mutlaq itu kepada muqayyad. Sebaliknya pula, kiranya sesuatu
hukum tidak bersatu, tidak boleh diterapkan mutlaq kepada muqayyad melainkan
dengan ada dalil. Untuk menjelaskan keadaan tersebut ia dapat diklasifikasikan
kepada 4 bentuk sebagaimana berikut :

a) Sama sebab dan hukum ( ‫) أن يختلف الحکم ويتحد السبب‬


Iaitu dalam keadaan apabila hukum dan sebab pada muqayyad dan mutlaq adalah
bersatu. Untuk itu, ulama menjelaskan bahawa dalam keadaan tersebut hukum mutlaq
itu diterapkan terhadap hukum muqayyad. Antara lain, ulama sepakat mengatakan
bahawa lafaz mutlaq bentuk itu hendaklah ditafsirkan mengikut kehendak muqayyad.
Antara contohnya ialah :
Ayat pertama : Sebagaimana firman Allah :
‫ت َعلَ ْي ُك ُم ْال َم ْيتَةُ َوال َّد ُم‬
ْ ‫حُ ِّر َم‬
Maksudnya : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak
disembelih), dan darah (yang keluar mengalir). (al-Maidah : 3)
Ayat kedua : Sebagaimana firman Allah yang lain :
ْ َ‫اع ٍم ي‬+
‫ا‬++‫ةً أَوْ َد ًم‬+ َ‫ونَ َم ْيت‬++‫ هُ إِال أَ ْن يَ ُك‬+‫ط َع ُم‬ ِ +َ‫ا َعلَى ط‬++‫ي ُم َح َّر ًم‬ ِ ُ‫ا أ‬++‫ ُد ِفي َم‬+‫لْ ال أَ ِج‬++ُ‫ق‬
َّ َ‫وح َي إِل‬
‫َم ْسفُوحًا‬

Maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang
telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak
memakannya, melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir. (al-
An’am : 145)
Lafaz al-dam dalam ayat pertama adalah bentuk mutlaq. Manakala dalam ayat kedua
pula lafaz al-dam (‫ ) الدم‬dibawa dalam bentuk muqayyad, iaitu dikaitkan dengan
keadaan mengalir. Namun begitu, hukum dalam kedua-dua ayat tersebut adalah
sama, iaitu haram memakan darah dan sebab hukum juga sama, iaitu boleh
menimbulkan kemudaratan akibat memakan darah.
Justeru itu, konteks tersebut ulam sepakat menerapkan lafaz mutlaq dan muqayyad.
Yang mana muqayyad itu diiktibar sebagai penjelas kepada mutlaq. Untuk itu, mereka
mentafsirkan darah yang diharamkan makan ialah darah mengalir, manakala darah
tidak mengalir, seperti: Hati, limpa juga darah yang tertinggal dalam daging halal
dimakan.

b) Berlainan sebab dan hukum ( ‫( ان يختلف المطلق والمقيد في الحکم ولسبب‬


Menurut ulama mazhab Hanafi, bentuk itu juga dikenali dengan
(‫) اختلف الموضوع واختلف الحکم‬. Iaitu lafaz Mutlaq dan Muqayyad berbeza dari
sudut sebab dan hukumnya. Antara contohnya ialah :
Ayat pertama : Sebagaimana firman Allah :

‫سا ِرقَةُ فَا ْقطَ ُعوا أَ ْي ِديَ ُه َما‬


َّ ‫ق َوال‬
ُ ‫سا ِر‬
َّ ‫َوال‬

Maksudnya : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri,
maka (hukumnya) potonglah tangan mereka. (al-Maidah : 38)
Ayat kedua : Sebagaimana firman Allah :

ِ ِ‫سلُوا ُو ُجو َه ُك ْم َوأَ ْي ِديَ ُك ْم إِلَى ا ْل َم َراف‬


‫ق‬ َّ ‫يَا أَيُّ َها الَّ ِذينَ آ َمنُوا إِ َذا قُ ْمتُ ْم إِلَى ال‬
ِ ‫صال ِة فَا ْغ‬

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan


sembahyang (pada hal kamu berhadas kecil), maka (berwudhuklah). Iaitu basuhlah
muka kamu,dan kedua belah tangan kamu meliputi siku. (al-Maidah : 6)
Di dalam ayat pertama, lafaz al-aidiy ( ‫ ) األيدي‬atau tangan dibawa secara mutlaq.
Manakala dalam ayat kedua pula, lafaz tersebut dibawa secara muqayyad, iaitu
dikaitkan dengan sampai ke siku ( ( ‫الى المرافق‬. Seterusnya hukum dalam kedua-
dua ayat tersebut juga berlainan. Di mana hukum di dalam ayat pertama berkaitan
dengan memotong tangan pencuri lelaki dan perempuan, manakala hukum di
dalam ayat kedua berkenaan dengan wajib membasuh tangan. Di samping itu juga,
sebab hukum dalam kedua-dua ayat tersebut juga berlainan. Yang mana sebab
hukum dalam ayat pertama ialah mencuri, manakala sebab hukum dalam ayat
kedua ialah berhadas atau hendak menunaikan sembahyang.
Berdasarkan keadaan dan huraian tersebut, jumhur ulama sepakat mengatakan lafaz
mutlaq bentuk itu tidak boleh diterapakan atau tidak boleh ditafsirkan mengikut
kehendak muqayyad. Namun begiru, lafaz mutlaq ditafsirkan mengikut kehendak
mutlaqnya dan lafaz muqayyad pula ditafsirkan mengikut kehendak muqayyadnya.
Alasan dan hujah mereka kerana tidak ada kaitan di antara keduanya.

c) Sama sebab, berbeza hukum ( ‫) ان يختلف الحکم ويتحد السبب‬


Menurut ulama mazhab Hanafi bentuk itu dikenali juga dengan ( ( ‫اذا اتحد الموضوع‬
‫ف الحکم‬++‫ واختل‬. Ulama sepakat apabila lafaz mutlaq mempunyai perbezaan hukum
dengan lafaz muqayyad, pengertian lafaz mutlaq tersebut tidak dapat disesuaikan
dengan lafaz muqayyad, walaupun di antara keduanya mempunyai sebab yang sama.
Justeru itu, hendaklah dikekalkan mutlaq menurut mutlaqnya serta diamalkannya
menurut skop yang dikehendakinya. Antara contohnya ialah :
Ayat pertama : Sebagaimana firman Allah :

ِ ِ‫سلُوا ُو ُجو َه ُك ْم َوأَ ْي ِديَ ُك ْم إِلَى ا ْل َم َراف‬


‫ق‬ َّ ‫يَا أَيُّ َها الَّ ِذينَ آ َمنُوا إِ َذا قُ ْمتُ ْم إِلَى ال‬
ِ ‫صال ِة فَا ْغ‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan
sembahyang (pada hal kamu berhadas kecil), maka (berwudhuklah). Iaitu basuhlah
muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku. (al-Maidah : 6)
Ayat kedua : Sebagaimana firman Allah :

ُ‫س ُحوا بِ ُو ُجو ِه ُك ْم َوأَ ْي ِدي ُك ْم ِم ْنه‬


َ ‫ص ِعيدًا طَيِّبًا فَا ْم‬
َ ‫فَلَ ْم ت َِجدُوا َما ًء فَتَيَ َّم ُموا‬

Maksudnya : Sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhuk dan mandi), maka
hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih iaitu : Sapulah akan
muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. (al-Maidah : 6)
Di mana hukum dalam ayat pertama tentang wudhuk dan wajib membasuh tangan

( ‫ ) وجوب غسل األيدي‬dibawa dalam bentuk muqayyad sampai ke siku, manakala


hukum dalam ayat kedua tentang tayammum dengan menyapu tangan ( ( ‫مسح‬
‫األيدي‬ adalah mutlaq atau tanpa dikaitkan sampai ke siku. Namun begitu, sebab

terhadap kedua-dua hukum adalah sama, iaitu ingin menunaikan sembahyang ( (


‫ اردة الصالة‬.
d) Berbeza sebab, hukum sama ( ‫ والسبب مختلف‬،‫( المطلق والمقيد واحد‬

Di kalangan ulama mazhab Hanafi ia dikenali dengan

‫ )) اذا اختلف الموضوع واتحد الحکم‬Iaitu hukum yang terkandung dalam nas mutlaq
dan muqayyad adalah sama, tetapi sudut sebab hukumnya adalah berlainan. Di antara contoh
perbezaan lafaz mutlaq dan muqayyad dari sudut sebab, tapi hukumnya keduanya adalah
sama ialah :

Ayat pertama : Berkaitan memerdekakan hamba dalam kaffarah zihar. Sebagaimana


firman Allah :

َّ ‫فَت َْح ِري ُر َرقَبَ ٍة ِمنْ قَ ْب ِل أَنْ يَتَ َما‬


‫سا‬

Maksudnya : Maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba abdi


sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. (al-Mujadalah : 3)
Ayat kedua : Berkaitan memerdekakan seorang hamba terhadap kaffarah pembunuhan
tidak sengaja :

‫فَت َْح ِري ُر َرقَبَ ٍة ُم ْؤ ِمنَ ٍˆة‬

Maksudnya : Maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan


seorang hamba sahaya yang beriman. (an-Nisa : 92)

Lafaz raqabah ( ( ‫رقبة‬ dalam ayat pertama yang berkaitan kaffarah zihar berbentuk mutlaq,
manakala dalam ayat kedua yang berkaitan dengan kaffarah membunuh orang mukmin secara
tidak sengaja berbentuk muqayyad. Seterusnya hukum dalam kedua-dua ayat tersebut adalah
sama, iaitu memerdekakan seorang hamba, tetapi sebab hukumnya berlainan. Iaitu sebab
hukum kaffarah zihar ialah suami yang menziharkan isterinya ingin kembali berseronok
dengan isterinya, manakala sebab hukum kaffarah membunuh ialah membunuh secara tidak
sengaja.
KESIMPULAN

Mutlaq adalah suatu lafaz yang menunjukan pada makna/pengertian tertentu tanpa dibatasi
oleh lafaz lainnya. Contoh: lafaz ” hamba sahaya/ raqabah ”. Muqayyad adalah lafaz yang
menunjukan pada makna tertentu dengan batasan kata tertentu. Contoh: ” hamba sahaya yang
mukmin/ raqabah mu’minah” yang bererti budak mukmin bukan budak lainnya. Kaedah
mutlaq adalah lafaz mutlaq tetap dalam kemutlaqannya hingga ada dalil yang membatasinya
dari kemutlaqan itu, sedangkan kaidah muqayyad adalah wajib mengerjakan yang muqayyad
kecuali jika ada dalil yang membatalkannya. Hukum dalam lafaz mutlaq dan muqayyad
iaitu :

1. Lafaz mutlaq dan lafaz muqayyad berdiri sendiri tanpa ada hubungan yang satu dengan
yang lainnya jika sebab dan hukumnya berbeda.

2. Lafaz dalam suatu ayat bersifat mutlaq dan dalam ayat lainnya bersifat muqayyad namun
sebab dan hukummnya sama. Di sini sepakat ulama menjadikan yang mutlaq, muqayyad.

3. Lafaz dalam suatu ayat bersifat mutlaq dan dalam ayat lainnya bersifat muqayyad dengan
hukum yang sama namun berbeza sebabnya. Di sini jumhur ulama menjadikan yang mutlaq
itu tetap pada kemutlakannnya, dan muqayyad tetap pada kemuqayyadannya, kecuali Syafii.

4. Lafaz dalam suatu ayat bersifat mutlaq dan dalam ayat lainnya bersifat muqayyad dengan
hukum yang sama namun berbeda sebabnya. Di sini jumhur ulama menjadikan yang mutlaq,
muqayyad, kecuali Hanafiyah
RUJUKAN

 Manna’ Khalil-Qathan, ( 2006 ), Cara Mudah Memahami Al-Quran, Kuala Lumpur:


Percetakan Zafar sdn. bhd, cetakan pertama.
 Dr. Ab. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, ( 2001 ), Perbahasan Usul Al-
Ahkam, Kuala Lumpur: Percetakan Salam Sdn.Bhd, cetakan pertama.

Anda mungkin juga menyukai